506 TEMA-TEMA MAZHAB SYIAH MENGENAI IMAMAH DALAM MUQADDIMAH IBN KHALDUN: SATU PERBAHASAN RINGKAS Rushda Amirah Binti Ishak i & Wan Mohd Fazrul Azdi Bin Wan Razali ii i (Corresponding author). Calon Sarjana, Pengajian Akidah dan Agama, Universiti Sains Islam Malaysia. [email protected]ii Pengarah, Pusat Pengajian Teras, Universiti Sains Islam Malaysia. [email protected]Abstrak Ibn Khaldun merupakan sejarawan dan ahli sosiologi Islam yang telah mendapat pengiktirafan dunia Islam dan Barat. Menerusi kitab Muqaddimah, beliau membentangkan sejarah bangsa Arab, Ajam dan Barbar, termasuk penelitian mengenai beberapa firāq Islam seperti Muktazilah, Al-Ashʿariyyah dan Syiah. Ibn Khaldun mengkhususkan sebuah subtopik bertajuk Mazhab Syiah mengenai Imamah di bawah bab atau fasal yang ketiga dalam Muqaddimah untuk menjelaskan mengenai Syiah. Makalah ini membentangkan beberapa pandangan Ibn Khaldun mengenai Syiah seperti yang terkandung dalam Muqaddimah. Melalui kaedah kajian kualitatif iaitu kajian kandungan secara semantik ke atas kitab Muqaddimah Ibn Khaldun (1984) mengenai Syiah, terdapat empat tema utama mengenai Syiah yang dapat dibincangkan dalam makalah ini. Empat tema utama mengenai Syiah ini adalah seperti berikut: pertama, definisi Syiah. Kedua, kategori teks (Nusus) dalam Syiah. Ketiga, Imamah. Dan keempat, pecahan kumpulan dalam Syiah. Makalah ini menghuraikan dan menganalisis keempat-empat tema tadi dengan pandangan-pandangan daripada para ulama firāq Ahli Sunnah Waljamaah seperti al-Ashāʿirah, al-Shahrastanī dan Muḥammad Abū Zahrah. Terdapat beberapa kritikan yang telah diberikan oleh Ibn Khaldun kepada pandangan-pandangan Syiah mengenai isu kepemimpinan yang wajar diambil iktibar dan teladan kepada para peneliti moden mengenai kajian firāq Islamiyyah. Kata kunci: Ibn Khaldun, Muqaddimah, firāq, Syiah, Imamah. PENDAHULUAN Nama Ibn Khaldun bukanlah satu nama yang asing dalam tradisi keilmuan Islam mahupun Barat. Nama tokoh ini dan karya penulisannya telah menjadi rujukan serta kajian oleh ilmuwan pelbagai bidang kepakaran termasuk bidang kajian Ilmu Agama. Ibn Khaldun (732H-808H) atau nama penuh beliau ialah al-ʿAllāmah Walī al-Dīn Abū Zayd ʿAbd al-Raḥmān Ibn Muḥammad Ibn Khaldūn al-Tūnisī al-Haḍramī (Enan, 2007,
12
Embed
TEMA-TEMA MAZHAB SYIAH MENGENAI IMAMAH DALAM MUQADDIMAH
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
506
TEMA-TEMA MAZHAB SYIAH MENGENAI IMAMAH DALAM MUQADDIMAH
IBN KHALDUN: SATU PERBAHASAN RINGKAS
Rushda Amirah Binti Ishaki & Wan Mohd Fazrul Azdi Bin Wan Razaliii
i (Corresponding author). Calon Sarjana, Pengajian Akidah dan Agama, Universiti Sains Islam Malaysia.
Maksud: Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah
kamu kepada Rasulullah dan kepada " ūlī al-amr" (orang-orang yang berkuasa) dari
kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu
perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (kitab) Allah (al-quran)
dan (sunnah) Rasul-Nya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat.
Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.
Manakala teks implisit yang menunjukkan pelantikan Ali sebagai imam atau
khalifah pula apabila Ali diutuskan semula oleh Rasulullah SAW untuk membacakan
surah Baraah selepas Abu Bakar membaca surah tersebut. Hal ini kerana baginda
menerima wahyu memerintahkan supaya Rasulullah mengutuskan seorang lelaki dalam
kalangan keluarga atau suku baginda. Ekoran daripada ini mereka mendakwa Ali lebih
layak menjadi imam berbanding Abu Bakar dan belum pernah terjadi Rasulullah
mendahulukan orang lain berbanding Ali. Namun, terdapat juga teks lain yang tidak
masyhur dan sukar difahami (Ibn Khaldūn, 1984, pp. 250-251; Ibn Khaldun, 2002, p. 210).
Tema Ketiga: Imamah
Secara keseluruhan daripada subtopik yang ke-27, dapat dikeluarkan tiga isu penting
mengenai Imamah. Pertama, Ali dilantik oleh Rasulullah menjadi imam selepas
kewafatan baginda. Kedua, Syiah berbeza pandangan mengenai status Ali sebagai imam.
Dan ketiga, Syiah berbeza pandangan mengenai pewaris imam selepas Ali. Secara
umumnya, Syiah bersepakat bahawa imamah bukan termasuk kepentingan umum yang
pemilihannya ditentukan oleh pandangan umum dan pelaksanaanya dipilih atas
kehendak mereka.
Hal ini kerana, Imamah merupakan rukun dan ajaran dalam Islam, dan seorang
nabi tidak boleh mengambil mudah dan menyerahkannya kepada ummah sebaliknya
wajib ke atas nabi menentukan seorang imam yang akan menjadi pemimpin mereka.
Syiah menggariskan bahawa seorang imam mestilah maksum atau terbebas daripada
dosa besar dan kecil. Dan mereka menyatakan Ali telah dipilih oleh Rasulullah sebagai
imam berdasarkan dua jenis dalil yang telah dibincangkan pada tema kedua.
Namun demikian, terdapat sebahagian daripada golongan Syiah yang ekstrim
dalam mengagungkan Ali sehingga menolak Abu Bakar dan Umar sebagai khalifah,
511
menganggap Ali sebagai nabi bahkan setaraf dengan tuhan. Dan ada yang menyebut
imam mereka sebagai manusia yang memiliki sifat tuhan atau tuhan dalam bentuk
jelmaan manusia. Pendapat mereka ini menyerupai kepercayaan Kristian terhadap nabi
Isa (Ibn Khaldūn, 1984, p. 251). Ini merupakan isu pertama dan kedua yang dapat dilihat
mengenai imamah. Hal ini juga disokong oleh Jād al-Haq Ali Jād al-Haq dan Hasanain
Muhammad Makhlūf yang menyebut antara perkara usul al-Imāmiyyah adalah
mengkafirkan sahabat dan mencaci mereka khususnya Abu Bakar dan Umar. Hal ini juga
turut disebut oleh Muhibbuddin al-Khatib sebagai perasaan benci dan dendam yang
tidak berkesudahan (Ahmad, 2017, pp. 26, 31; al-Khatib, 1980, p. 19).
Al-Ashʿariyyah berpendapat bahawa Imamah adalah wajib berdasarkan syarak
dan menegaskan ke atas perkara ini, al-Baghdādī mengatakan bahawa adalah wajib
menentukan imam pada setiap keadaan yang tidak memiliki imam yang jelas, dan
sekiranya dilihat jelas maka wajib mentaatinya. Manakala, al-Jūwainī mengatakan
Imamah bukanlah ketetapan dalam akidah tetapi merupakan sepenuhnya amanat umum
(Marjūnī, 2014, p. 388). Selain itu, penggunaan kata imam hanya digunakan oleh Syiah
dan tidak dijumpai penggunaan istilah tersebut oleh Ahli Sunnah Waljamaah kerana
istilah imam adalah lebih umum berbanding khalifah dan syiah berpendapat sebaliknya
(al-Taftazani, 2017, pp. 258-259).
Merujuk kepada isu khalifah diwasiatkan secara naṣ kepada Ali merupakan sebuah penyelewengan Syiah daripada sudut akidah kerana tidak terdapat naṣ al-quran mahupun hadis sahih yang jelas mengenai kekhalifahan Ali selepas kewafatan Rasulullah. Seterusnya kepercayaan mereka terhadap kemaksuman imam mereka yakni sunyi daripada dosa besar dan kecil serta tidak lupa juga menyimpang jauh daripada pegangan akidah yang benar (Mas'od, 2015, pp. 136-137). Menjawab kepada pelantikan imam adalah wajib daripada kalangan Syiah, al-Taftazani menggariskan beberapa syarat yang mesti ada pada seorang imam seperti berikut (al-Taftazani, 2017, pp. 259-264):
1. Imam mestilah nyata zahir di sisi orang ramai. 2. Imam mestilah tidak tersembunyi. 3. Iman mestilah tidak ditunggu-tunggu. 4. Imam mestilah daripada Quraish dan tidak boleh selain daripadanya, dan tidak
dikhususkan untuk berasal daripada Bani Hasyim dan keturunan Ali. 5. Tidak disyaratkan kepada imam untuk menjadi maksum. 6. Tidak disyaratkan untuk menjadi orang yang terbaik pada zamannya. 7. Imam disyaratkan untuk menjadi sebahagian daripada golongan yang memiliki
kewibawaan yang mutlak dan sempurna (ahli wilayah). 8. Imam ialah seorang yang mahir mentadbir dan berkemampuan melaksanakan
hukum-hakam, menjaga sempadan wilayah Islam dan menyelamatkan orang yang dizalimi daripada orang yang zalim.
9. Imam tidak dilucutkan dengan sebab kefasikan dan kezaliman.
512
Isu yang ketiga pula, menunjukkan perbezaan pendapat mereka mengenai
pelantikan imam selepas Ali dan disinilah dapat dilihat perpecahan kumpulan Syiah
mula berlaku. Perpecahan ini berlaku khususnya semasa pemilihan imam baru selepas
kematian tiga imam mereka iaitu Hussein (imam ketiga), Ali Zainal Abidin (imam
keempat) dan Jaafar Sadiq (imam keenam). Jadual dibawah menjelaskan secara ringkas
kumpulan-kumpulan yang terbentuk berdasarkan perbezaan mereka mengenai
pengganti tiga imam yang telah disebutkan:
Peristiwa Kumpulan Keterangan
Penggantian imam yang ketiga
iaitu Hussein
Al-Kaisāniyyah Berpendapat bahawa yang lebih
berhak untuk gantikan Hussein
ialah anak Ali (bukan daripada
Fatimah) iaitu Muhammad Abu
Hanafiah
Golongan lain Berpendapat bahawa pengganti
Hussein ialah Ali Zainal Abidin
Penggantian imam yang keempat
iaitu Ali Zainal Abidin
Al-Zaidiyyah Berpendapat bahawa harus
menggantikan dengan Zaid bin
Ali
Al-Imāmiyyah Berpendapat bahawa pengganti
Ali Zainal Abidin ialah Jaafar
Muhammad al-Baqir
Penggantian imam yang kelima
iaitu Jaafar Sadiq
Al-Ismāʿīliyyah Berpendapat bahawa Ismail bin
Jaafar sebagai imam yang
ketujuh
Al-Ithnā
ʿAshariyyah
Berpendapat bahawa Musa al-
Kazim sebagai imam yang
ketujuh
Jadual 1: Peristiwa perpecahan kumpulan Syiah (Ibn Khaldūn, 1984, pp. 251-255; Rasjidi, 2005, pp. 54-61).
Tema Keempat: Pecahan Kumpulan dalam Syiah
Pecahan kumpulan dalam Syiah ini (rajah 1) disusun berdasarkan turutan pendapat
Syiah mengenai Imamah seperti yang terkandung dalam Muqaddimah. Perpecahan
513
kumpulan dalam Syiah berlaku disebabkan mereka berbeza pandangan daripada segi
prinsip dan ajaran dan perbezaan dalam menentukan imam disebabkan oleh keturunan
Ali serta puteranya yang ramai sehinggakan mereka berselisih pendapat dalam
menentukan siapa yang layak menjadi imam. Namun demikian, pecahan kumpulan
dalam Syiah boleh dibahagikan kepada empat kumpulan besar (Rasjidi, 2005, p. 8; Teh
Dan keempat, al-Imāmiyyah (Teh, as-Saadi, & al-Athrasy, 2012, pp. 29-34). Manakala
Muḥammad Abū Zahrah membahagikan Syiah kepada tiga kumpulan iaitu ekstrim (al-ghulāt), sederhana dan liberal (Zahrah M. A., 1996, p. 39; Zahrah M. A., 1963, p. 35).
Rajah 1: Pecahan Kumpulan dalam Syiah (Ibn Khaldūn, 1984, pp. 251-255).
Pada akhir subtopik yang ke-27 dalam bab ketiga Muqaddimah, Ibn Khaldun
mencadangkan kepada para pembaca yang mahu mendapatkan pengetahuan dan
pemahaman yang lebih mendalam mengenai Syiah supaya merujuk kitab al-Milal wa al-
Nihal karangan Ibn Hazm dan al-Shahrastānī serta penulisan-penulisan yang lain. Ibn
Khaldun menegaskan bahawa beliau hanya mengambil pendapat yang popular
mengenai Syiah. Akhir sekali, belau menukilkan kata-kata berikut sebagai penutup
kepada subtopik yang ke-27 tersebut:
“Allah menyesatkan sesiapa yang dikehendaki-Nya dan memberi petunjuk
kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya”.
Pecahan Kumpulan dalam Syiah
Al-Wāqifiyyah
Al-Kaisāniyyah Al-Hāshimiyyah
Al-Zaidiyyah
Al-Imāmiyyah
Al-Ithnā ʿAshariyyah
Al-Ismāʿīliyyah / Al-Bāṭiniyyah / Al-Mulhidah
514
KESIMPULAN
Makalah ini menghuraikan perbahasan tema-tema mazhab Syiah mengenai Imamah
secara ringkas berdasarkan subtopik ke-27 dalam Muqaddimah Ibn Khaldun. Namun
demikian, makalah ini tidak membincangkan secara terperinci mengenai isu-isu yang
diketengahkan sebaliknya hanya menyentuh pendapat-pendapat yang masyhur
mengenai imamah berdasarkan isu-isu yang dapat dikeluarkan melalui tema yang
dibentuk.
Secara ringkasnya, penulisan makalah ini bermula dengan pengenalan yang
menceritakan sedikit latar belakang Ibn Khaldun, perihal Muqaddimah dan skop kajian
makalah ini. Kemudian, makalah ini mengemukakan kaedah kajian yang digunakan
seterusnya memasuki intisari utama makalah ini iaitu hasil kajian dan perbincangan.
Berdasarkan penelitian penulis ke atas subtopik yang ke-27, terdapat empat tema utama
yang dapat dikeluarkan.
Empat tema tersebut adalah pertama, definisi Syiah merangkumi dua bahagian
iaitu etimologi dan terminologi. Kedua, kategori teks (Nusus) dalam Syiah yang juga
mengandungi dua bahagian itu eksplisit (jaliy) dan implisit (khafiy). Ketiga, Imamah yang
merupakan topik utama perbahasan Ibn Khaldun mengenai Syiah. Tema ketiga ini
mengandungi tiga isu penting mengenai imamah iaitu Ali dilantik oleh Rasulullah
menjadi imam, Syiah berbeza pandangan mengenai status Ali sebagai imam dan Syiah
berbeza pandangan mengenai pewaris imam selepas Ali. Dan tema yang keempat,
pecahan kumpulan dalam Syiah.
Kajian yang lebih mendalam masih diperlukan bagi mengupas secara terperinci
mengenai mazhab Syiah khususnya pandangan mereka terhadap Imamah seperti apa
yang dinukilkan oleh Ibn Khaldun. Kemudian membandingkan dan mencari persamaan
pandangan Syiah terhadap isu Imamah dengan pandangan ulama Ahli Sunnah
Waljamaah yang muktabar serta mengambil sumber daripada kitab-kitab klasik yang
terkenal seperti Tarīkh al-Ṭabarī dan karya penulisan tokoh yang sezaman dengan Ibn Khaldun.
RUJUKAN
Buku
Al-Qur’an.
Ahmad, S. (2017). Fatwa Ulama al-Azhar terhadap Syiah 12. Sungai Buloh: Santai Ilmu
Publication.
515
al-Khatib, M. (1980). Asas-asas Mazhab Syiah Imam Dua Belas (Imamiah). (S. Abdullah,
Trans.) Kuala Lumpur: Utusan Printcorp.
al-Shahrastānī, A. a.-F.-K. (1992). Al-Milal wa al-Niḥal. Beirut: Dār al-Kutub al-ʿIlmiyyah.
al-Taftazani, S. (2017). Huraian al-Aqaid al-Nasafiyyah. (M. H. Marjunit, A. Yusof, & F.
Affandi, Trans.) Rawang: Awal Nahdah Resources.
Enan, M. A. (2007). Ibn Khaldūn: His Life and Works (Revised ed.). Petaling Jaya: The Other
Press.
Izzah, K. (2008). Meniti Titian Kebenaran. Al-Muntazar Resources.
Ibn Khaldūn. (1984). Al-Muqaddimah. Tunis: Dār al-Qalam.
Ibnu Khaldun. (2002). Mukadimah Ibn Khaldun. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Mahdi, M. (2014). Falsafah Sejarah Ibnu Khaldun: Kajian tentang Dasar Falsafah Ilmu Budaya.
(A. A. Rahman, Trans.) Kuala Lumpur: Institut Terjemahan & Buku Malaysia
Berhad.
Marjūnī, K. a.-D.-D. (2014). Al-ʿAqīdah al-Islāmiyyah wa al-Qaḍāyā al-Khilāfiyyah ʿinda