Top Banner
Tema: Dakwah Islamiyyah Sebagai Kekuatan Ummah 8 9 Oktober 2012 / 22 - 23 Dzulqaedah 1433H Dewan Merdeka, Putra World Trade Centre (PWTC), Kuala Lumpur Anjuran: Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT) Tajuk: Dakwah Islamiyyah Dalam Mendepani Gerakan Pemurtadan Di Malaysia Pembentang: A. Karim Omar
55

Tema: Dakwah Islamiyyah Sebagai Kekuatan Ummah · PDF fileSabit di kota Melaka.11 c. Apabila Belanda menjajah, mereka membawa fahaman Protestant. Permusuhan menebal mereka dengan Portugis

Feb 13, 2018

Download

Documents

buimien
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Page 1: Tema: Dakwah Islamiyyah Sebagai Kekuatan Ummah · PDF fileSabit di kota Melaka.11 c. Apabila Belanda menjajah, mereka membawa fahaman Protestant. Permusuhan menebal mereka dengan Portugis

Tema:

Dakwah Islamiyyah Sebagai Kekuatan Ummah

8 – 9 Oktober 2012 / 22 - 23 Dzulqaedah 1433H Dewan Merdeka, Putra World Trade Centre (PWTC), Kuala Lumpur

Anjuran:

Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT)

Tajuk:

Dakwah Islamiyyah Dalam Mendepani Gerakan Pemurtadan Di Malaysia

Pembentang:

A. Karim Omar

Page 2: Tema: Dakwah Islamiyyah Sebagai Kekuatan Ummah · PDF fileSabit di kota Melaka.11 c. Apabila Belanda menjajah, mereka membawa fahaman Protestant. Permusuhan menebal mereka dengan Portugis

____________________________________________________________

Dakwah Islamiyyah Dalam Mendepani Gerakan Pemurtadan Di Malaysia Muka surat 1

Dakwah Islamiyyah Dalam Mendepani Gerakan Pemurtadan Di Malaysia1

1 Mukadimmah 1.1 Latar Belakang

a. Mungkin bangsa Melayu di Tanah Air kita adalah satu-satunya bangsa di

dunia ini yang diperakui oleh pihak gereja bahawa paling sukar untuk mereka memurtadkan menjadi penganut Kristian. Namun ini mungkin hanya benar sehingga kajian yang dibuat pada tahun 1928.2 Mungkin sekarang ini agak sukar bagi bangsa kita, yang telah sekian abad mengaku sebagai penganut Islam Ahli Sunnah wal Jamaah Asyairah dan beramal dengan mazhab Asy-Syafi’i, untuk terus berbangga dengan fakta tersebut.

b. Akhir-akhir ini pelbagai laporan kerap menyebut berlaku kes-kes pemurtadan

orang-orang Melayu Islam terutamanya kerana menganut agama Kristian. Kes-kes ini telah banyak juga diperakui kesahihannya. Cuma yang tidak disepakati ialah bilangannya yang telah murtad sehingga kini.

1 Kertas ini untuk dibentangkan di Seminar Dakwah Nasional 1433H/2012 siri

Wacana Pemikiran dan Peradaban Ummah ke 4 bertemakan Dakwah Islamiah Sebagai Kekuatan Ummah pada 8 - 9 Oktober 2012 bersamaan 22 - 23 Dzulqaedah 1433H di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur dianjurkan oleh Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT).

2 Ini disebut oleh seorang pengkaji dalam thesis sarjana beliau sebagai "The Malays of

the Malay Peninsula make the boast that no one of their number has ever become a Christian. This statement though not absolutely true, is so near the truth that it shows the real problem involved in any attempt to Christianize these people.” Marmaduke Dodsworth, “The assimilation of Christianity by the Malays of the Malay Peninsular,” MA Thesis, University of Chicago, 1928, hal. iii.

Fakta ini turut diperakui benar dalam kajian ThD oleh Paderi Joseph Harry Haines di Princeton Theological Seminary pada tahun 1962 yang bertajuk “A History of Protestant Missions in Malaya During the 19th Century (1815-1881).”

Page 3: Tema: Dakwah Islamiyyah Sebagai Kekuatan Ummah · PDF fileSabit di kota Melaka.11 c. Apabila Belanda menjajah, mereka membawa fahaman Protestant. Permusuhan menebal mereka dengan Portugis

____________________________________________________________

Dakwah Islamiyyah Dalam Mendepani Gerakan Pemurtadan Di Malaysia Muka surat 2

1.2 Skop

a. Kertas ini hanya akan melihat beberapa aspek gerakan pemurtadan di Malaysia. Ianya tidak memberi tumpuan terhadap sebaran agama Buddha atau Hindu tetapi meletakkan fokus utama kepada gerakan dakyah agama Kristian yang lebih “evangelical” sifatnya serta sikap permusuhan dengan agama Islam yang amat nyata sejak berzaman dengan jutaan jiwa terkorban.

b. Di bahagian akhir, kertas ini akan cuba melihat kaedah-kaedah yang sesuai

dalam mendepani gerakan pemurtadan ini.

1.3 Had dan Kekurangan

a. Kertas ringkas ini sudah tentu tidak mampu memberi gambaran yang menyeluruh dan terperinci terhadap isu yang dibincang. Ianya sekadar lontaran isu-isu dan cadangan-cadangan yang ramai sudahpun maklum dan telah mereka usahakan. Cuma mungkin dengan meletakkan segalanya dalam satu kertas ini ianya lebih mudah difahami dan diteliti untuk tindakan bersama.

b. Kertas ini juga banyak kekurangannya dan tidak dapat disediakan dalam

bentuk kajian yang akademik dan hanya ditulis dalam bentuk isi-isi perbincangan sahaja. Mustahil juga penulisan ringkas ini dapat membawa pelbagai rujukan lain dan menyebut kesemua wadah dan pertubuhan yang bergerak terangan mahupun secara tersembunyi di Malaysia ini.

c. Mungkin cadangan di akhir kesimpulan, jika difikirkan wajar, boleh disusuli

untuk usaha dan tindakan yang lebih berstrategik yang boleh difikirkan bersama.

2 Gerakan Pemurtadan 2.1 Sejarah Ringkas Gerakan Dakyah dan Pemurtadan a. Sepanjang sejarah, gerakan dakyah pemurtadan Kristian (Christian

Missionary) terhadap umat Islam boleh dikatakan bermula dengan seorang yang bernama Raymond Lull (1232-1316M).3 Beliau yang juga dianggap sebagai seorang teologis dan penyair, memulakan usaha pendakyahannya di Andalusia dan Afrika Utara semasa Kerajaan Islam Sepanyol masih tertegak. Lull membuka sekolah “missionary” pada tahun 1276 dalam usahanya untuk

3 Samuel Zwemer, “Raymond Lull: First Missionary to the Moslems” (New York: Funk and Wagnalls, 1902)

Page 4: Tema: Dakwah Islamiyyah Sebagai Kekuatan Ummah · PDF fileSabit di kota Melaka.11 c. Apabila Belanda menjajah, mereka membawa fahaman Protestant. Permusuhan menebal mereka dengan Portugis

____________________________________________________________

Dakwah Islamiyyah Dalam Mendepani Gerakan Pemurtadan Di Malaysia Muka surat 3

berdakyah di negara-negara Islam dan pernah dipenjara dan dihalau namun tetap gigih dengan usaha pemurtadannya.

b. Kegigihan Lull lebih 700 tahun lalu telah merintis jalan untuk gerakan dakyah pemurtadan yang begitu tersusun kini. Malah asas panduan perancangannya masih digunapakai kini. Tiga asas perancangannya ialah;4 seorang pendakyah mesti memahami bahasa Arab dan seumpamanya dengan penuh komprehensif; mereka juga mesti belajar dari bahan-bahan rujukan Islam bagi berhujah dengan orang-orang Islam dan mereka juga mesti bersedia untuk berkorban untuk “pengsaksian terhadap Jesus”. Malah bermula dari saranan beliaulah pusat-pusat pengajian Kristian mula mengajar bahasa dan ilmu-ilmu Islam.

c. Pada kurun 18 dan kurun 19, pusat-pusat kaderisasi pendakyah Kristian

Protestant (Protestant missionary societies) mula tumbuh di United Kingdom dan Amerika Syarikat bagi menyaingi gerakan dakyah Kristian Katolik yang sudah lama diasaskan.

d. Pada akhir kurun 19 dan di awal kurun 20, timbul beberapa lagi tokoh

pendakyah yang banyak menyusun serta membina dasar-dasar pendakyahan dan menjadi panduan kepada pelbagai gerakan dakyah selepas runtuhnya kerajaan khalifah Islam.

e. Bermula zaman penguasaan Empayar British (akhir kurun 18 – awal kurun 20, dan hingga sekarang) gerakan yang tersusun dan terlatih mula tersebar. Pelbagai pusat pengajian khusus untuk penyebaran dakyah Kristian tumbuh dan penyediaan bahan-bahan yang lengkap. Pengalaman khusus dari mereka yang bergiat langsung berdakyah di bumi-bumi Islam memberi pengajaran untuk mereka mengemas-kini strategi dan taktik dakyah.5 Nama-nama seperti Samuel Zwemer6, James Barton, dan lain-lain lagi banyak meletakkan asas untuk disusuli oleh pendakyah kurun 20.

4 Dan Graves, “Raymond Lull, Troubadour for God,” http://www.christianity.com/ChurchHistory/11629855 - akses 21 Ogos 2012

5 Antara “buku panduan pendakyah” yang dihasilkan termasuk tulisan James L. Barton, “The Unfinished Task of the Christian Church: Introductory Studies in the Problem of the World's Evangelization,” Student Volunteer Movement for Foreign Missions, New York, 1908; juga oleh Barton, “The Christian Approach to Islam,” Pilgrim Press, Boston, 1918; dan buku-buku karangan Samuel Zwemer seperti “Islam, a Challenge to Faith: Studies on the Mohammedan Religion and the Needs and Opportunities of the Mohammedan World from the Standpoint of Christian Missions,” Student Volunteer Movement for Foreign Missions, New York, 1907.

6 Samuel Zwemer dianggap mereka, para pendakyah Kristian, sebagai seorang nabi untuk umat Islam ("Apostle to Islam") dan sebuah pusat pengajian “Zwemer Center

Page 5: Tema: Dakwah Islamiyyah Sebagai Kekuatan Ummah · PDF fileSabit di kota Melaka.11 c. Apabila Belanda menjajah, mereka membawa fahaman Protestant. Permusuhan menebal mereka dengan Portugis

____________________________________________________________

Dakwah Islamiyyah Dalam Mendepani Gerakan Pemurtadan Di Malaysia Muka surat 4

f. Dalam zaman kontemporari ini, semenjak akhir kurun lepas, elemen-elemen pengurusan dan perancangan strategik dan motivasi dari mereka yang berpengalaman dari dunia perniagaan dan perundingan yang dianggap sebagai pakar pengurusan dan pakar motivasi (“management gurus” dan “motivators”) mula membantu menyusun semula gerakan dakyah Kristian dalam era globalisasi kini. Perkara ini akan dibincang lebih dalam bahagian berikut, insha Allah.

2.2 Perkembangan Dakyah Gereja di Tanah Melayu

a. Sejarah pendakyahan oleh pihak gereja di Tanah Melayu bermula semenjak penjajahan Portugis di Melaka. Walaupun dengan penaklukan ini Melaka dijadikan pusat gerakan dakyah dan digunakan sebagai pangkalan oleh Francis Xavier, (centre for evangelization and used as a base)7, namun, pendakyahan Portugis akhirnya hanya tertumpu di Melaka sahaja, iaitu satu-satunya wilayah takluk mereka ketika itu di rantau ini dan kurang berhasil di kalangan orang-orang Melayu Islam ketika itu. Kaedah menambahbiak bilangan yang digunakan oleh Portugis (di mana-mana wilayah yang dijajah mereka, termasuk di Afrika dan di India) adalah lebih kepada cara mengahwini orang-orang tempatan.8

b. Walaupun pendakyahan di kalangan orang-orang Melayu “kurang berhasil,”9 tetapi ianya dilihat amat berjaya dan memberi impak moral dengan menjadikan penaklukan ini sebagai membalas dendam perang salib mereka - “ … the last of the Crusades, an effort to attack Islam in flank and rear.”10 Dendam salib Portugis turut dicatat dengan pengkisahan menangkap orang Melayu yang menentang Portugis dan merantaikan mereka sambil dipaksa mereka memecahkan kubur Sultan-sultan Melaka dan masjid-masjid untuk diambil batu-bata ini untuk dijadikan kubu pertahanan “A Famosa” (yang kita banggakan sebagai bangunan bersejarah Malaysia?). Mereka turut dipaksa untuk membina gereja. Ini dilaporkan oleh Raja Manuel (Portugis) kepada

for Muslim Studies” di Columbia International University, di Carolina Selatan, Amerika Syarikat (http://www.ciu.edu/muslimstudies) diasaskan khas untuk tujuan

kerja-kerja dakyah kepada umat Islam.

7 John Roxborogh, A brief overview of Malaysian Christianity, http://roxborogh.com/malaysia/ dan Joseph Harry Haines, A History of Protestant Missions in Malaya During the 19th Century (1815-1881) – disertasi ThD., Princeton Theological Seminary, 1962.

8 Louis B. Wright, Gold, Glory, and the Gospel - the Adventurous Lives and Times of the Renaissance Explorers, New York, Atheneum, 1970

9 Marmaduke Dodsworth, ibid., hal. iii.

10 Joseph H. Haines, ibid., hal. 59.

Page 6: Tema: Dakwah Islamiyyah Sebagai Kekuatan Ummah · PDF fileSabit di kota Melaka.11 c. Apabila Belanda menjajah, mereka membawa fahaman Protestant. Permusuhan menebal mereka dengan Portugis

____________________________________________________________

Dakwah Islamiyyah Dalam Mendepani Gerakan Pemurtadan Di Malaysia Muka surat 5

Pope Leo X bahawa pada 6 Jun 1513 “Palang Salib” telah menang atas “Bulan Sabit” di kota Melaka.11

c. Apabila Belanda menjajah, mereka membawa fahaman Protestant. Permusuhan menebal mereka dengan Portugis yang berfahaman Katolik ketika itu sedikit sebanyak kurang memberi penumpuan kepada pendakyahan orang-orang tempatan (Melayu)12 dan hanya lebih berminat dalam urusan perdagangan.

d. Namun, apabila British datang ke Tanah Melayu, mereka datang dengan lebih tersusun untuk menyebarkan dakyah Kristian mereka. Mempelajari dari sejarah kekejaman dan penghambaan yang dilakukan oleh Portugis di Afrika dan negara-negara sebelah timur dan juga kezaliman dan pembunuhan yang telah dilakukan oleh Sepanyol di benua Amerika, yang banyak menghasilkan penentangan dari orang-orang tempatan, British mengguna strategi dan taktik yang lebih berhemah dan cilik dengan “banyak berdiplomasi” dalam penjajahan mereka di seluruh pelusuk dunia.13

e. Kedatangan British ke Tanah Melayu turut bertepatan dengan perkembangan dramatik pada gerakan Kristian Protestant (The establishment of British rule in Malaya coincided with the dramatic expansion of Western Protestant Christianity ...).14 Dan Tanah Melayu juga digunakan sebagai pangkalan untuk menyebarluas dakyah mereka di negara China (Malaya as out-post and staging for missionary work in China [Ultra Ganges Mission])15

f. Walaupun penumpuan dakyah di Tanah Melayu ketika itu adalah terhadap

bangsa Cina dan India, pembukaan gereja (chapel) Melayu yang pertama di Singapura oleh Raffles pada 27 Jun 182316 serta menyediakan tapak tanah perkuburan khas untuk orang Melayu Kristian membuktikan niat jahat Raffles. Beliau turut berusaha membuka sekolah perempuan Melayu sebelum beliau digugurkan dari menjadi Gabenor pada tahun 1824.17

g. Bermula dari empat (4) Penempatan Selat (Straits Settlement), British berjaya menjalar masuk ke seluruh Tanah Melayu. Di segenap kawasan yang

11 ibid., hal. 60.

12 ibid., hal. 180.

13 Louis B. Wright.

14 Joseph H. Haines, ibid., hal. 27.

15 Ibid., hal. 91-137

16 Ibid., hal. 179.

17 ibid., hal. 180.

Page 7: Tema: Dakwah Islamiyyah Sebagai Kekuatan Ummah · PDF fileSabit di kota Melaka.11 c. Apabila Belanda menjajah, mereka membawa fahaman Protestant. Permusuhan menebal mereka dengan Portugis

____________________________________________________________

Dakwah Islamiyyah Dalam Mendepani Gerakan Pemurtadan Di Malaysia Muka surat 6

mereka berjaya menyelinap masuk melalui mainan diplomasi mereka, mereka berhasil meletakkan dua asas utama; gereja dan sekolah mereka. Maka dari dua institusi begini berkembanglah dakyah halus mereka dalam mendekati hati orang-orang tempatan.

2.3 Status

a. Angka sebenar umat Islam di Malaysia yang telah murtad sukar diperolehi dengan tepat. Begitu juga dengan statistik kes-kes pemurtadan yang berlaku setiap hari kini.

b. Menurut bancian tahun 2000,18 jumlah penganut agama Kristian pada tahun

1991 ialah seramai 1.4123 juta orang manakala pada tahun 2000 ialah seramai 2.0235 juta orang. Ini menandakan pertambahan seramai 611 ribu orang iaitu peningkatan sebanyak 43.28 peratus (1991 – 2000) atau sebanyak purata 4.81% setiap tahun.

c. Walaupun umat Islam di Malaysia adalah merupakan kelompok majoriti dan

melebihi 60 peratus, namun bilangan itu adalah termasuk juga dari mereka yang digolongkan sebagai pengikut ajaran sesat dan juga termasuk mereka yang disebut sebagai “murtad” oleh Sahibus Samahah Tan Sri Harussani, Mufti Perak, yang pernah menyebut (2006) golongan mereka yang telah murtad seramai 250,000. Kemudian termasuk juga golongan sesat ajaran Syiah, yang mengaku mempunyai seramai 200,000 – 300,00019 orang pengikutnya. Bilangan ini ditambah lagi dengan mereka yang mengikut pelbagai ajaran sesat yang masih aktif termasuk Qadiani, Al-Arqam/Rufaqah/Global Ikhwan, Ayah Pin, Mahmud ”Marzuq” Sik/Hulu Langat, Kahar Rasul Melayu dan banyak lagi.

d. Terbaru, kita perlu juga masukkan mereka yang berfahaman dan beriktikad

Liberal dan Plural. Mereka ini telah juga difatwakan sesat. Agak sukar untuk memberi anggaran angka sebenar mereka yang liberal dan menyamakan semua agama ini namun jika dilihat secara rambang dengan pelbagai suara sumbang dan komen dalam alam maya internet ianya agak mengerunkan.

18 Laporan Am Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2000, Jabatan Perangkaan

Malaysia, Oktober 2005, boleh diakses dari http://www.digitalibrary.my/dmdocuments/malaysiakini/260_general%20report%20of%20the%20population%20and%20housing%20concensus.pdf – diakses 8 September 2012.

19 Memorandum daripada Majlis Syiah Malaysia kepada Yang Dipertuan Agong

Malaysia bertarikh 6 Jun 2011.

Page 8: Tema: Dakwah Islamiyyah Sebagai Kekuatan Ummah · PDF fileSabit di kota Melaka.11 c. Apabila Belanda menjajah, mereka membawa fahaman Protestant. Permusuhan menebal mereka dengan Portugis

____________________________________________________________

Dakwah Islamiyyah Dalam Mendepani Gerakan Pemurtadan Di Malaysia Muka surat 7

e. Termasuk juga dalam bilangan yang memajoritikan umat Islam di Tanah Melayu ini ialah mereka yang tergolong dalam kumpulan penagih dadah dan pengidap HIV/AIDS yang rata-ratanya orang-orang Melayu beragama Islam.

f. Jika kesemua angka ini diambil kira, umat Islam yang dikatakan majoriti di

tanah tumpah darah kita ini sukar untuk tegaskan bilangan yang sebenarnya mengikut dan mengamalkan fahaman Ahli Sunnah wal Jamaah.

g. Dalam suasana politik Tanah Air yang amat dipolarisasikan oleh fahaman

politik kepartaian, secara rambangnya kita boleh pecahkan pula orang-orang Melayu Islam kepada tiga kumpulan yang semakin mengecil peratusannya. Maka dari segi suara umat Islam bagi menentukan masa depan yang terjamin untuk umat Islam di Tanah Air kita ini dalam menentang serangan pemurtadan dan Kristinisasi, umat Islam yang ada ini berpecah dan tidak berkualiti. Apakah ini mampu kita bertahan untuk menjamin kemurnian aqidah generasi seterusnya? Anak cucu kita!

2.4 Unjuran pemurtadan

a. Berdasar peningkatan peratusan penganut agama Kristian yang sebegini

(rujuk 2.3 b, di atas), jika dilakukan unjuran kasar garis lurus (straight line extrapolation), jumlah penganut Kristian pada tahun 2010 sepatutnya berjumlah 2,279,861. Namun menurut laporan Jabatan Perangkaan Malaysia jumlah penganut Kristian pada tahun 2010 ialah seramai 2,617,157 orang. Ini bermakna, kadar pertambahan penganut Kristian pada tahun 2000-2010 adalah lebih tinggi dari kadar pada tahun 1991-2000. Ini bermakna ia melebihi kadar unjuran garis lurus.20

b. Pakar kajian statistik Kristian, David Barret, yang menerbitkan World Christian Encyclopedia21 mengatakan kadar pertambahan penganut Kristian di Malaysia ialah sebanyak 1.2% setahun pada tahun 2000 dan seterusnya.

20 Pecahan peratusan penduduk Malaysia mengikut agama yang dianuti (mengikut

Bancian :

Islam - 61.3%

Budhha - 19.8%

Kristian - 9.2%

Hindu - 6.3% Lain-lain - 3.4%

Sumber: Banci Penduduk Dan Perumahan Malaysia 2010 (Banci 2010) http://www.statistics.gov.my/portal/download_Population/files/census2010/Taburan_Penduduk_dan_Ciri-ciri_Asas_Demografi.pdf

21 David B. Barrett bersama Kurian dan Johnson, World Christian Encyclopedia, Oxford University Press, 2001

Page 9: Tema: Dakwah Islamiyyah Sebagai Kekuatan Ummah · PDF fileSabit di kota Melaka.11 c. Apabila Belanda menjajah, mereka membawa fahaman Protestant. Permusuhan menebal mereka dengan Portugis

____________________________________________________________

Dakwah Islamiyyah Dalam Mendepani Gerakan Pemurtadan Di Malaysia Muka surat 8

Manakala, menurut Operation World,22 angka pertambahan penganut Kristian di Malaysia adalah sebanyak 1.9% peratus setahun. Ianya lebih tinggi dari unjuran Barret.

c. Dengan pelbagai model unjuran yang boleh digunakan, penganut agama Kristian boleh menjadi kelompok majoriti kurang dari 100 tahun akan datang.

d. Contoh yang paling mudah untuk kita lihat kejayaan gerakan mubaligh Kristian ini ialah model Korea Selatan. Dalam kurang 40 tahun dari hasil kerja bersungguh mubaligh untuk dakyah di Korea Selatan pada tahun-tahun 1970an 1980an, negara itu kini menjadi sebuah negara yang peratus bilangan penganut Kristian tertinggi di Asia Timur. Malah bilangan penganut Kristian kini menjadi kelompok terbesar di negara itu. 40 peratus dari penduduk yang seramai lebih 48 juta itu kini menganut agama Kristian.23 Sebagai contoh dipetik di sini:24 At the time of the Korean War, the nation’s Pentecostal believers could be counted only in the hundreds, but by the early 1980s, their ranks had swelled to almost half a million.

e. Jika kita rujuk pelbagai bahan kajian penyebaran Kristian, para mubaligh mereka berjaya menambahkan kadar bilangan penganutnya yang lebih besar dari kejayaan dakwah Islam terutama di negara-negara sasaran mereka:25 Evangelicalism is growing twice the pace of Islam and three times as fast as the overall world population according to Mandryk. He indicated that a significant growth of evangelicalism is seen in the global South such as Brazil, China, Bangladesh and Nigeria which have “exploding” Christian populations.

22 Operation World – the definitive prayer guide to every nation,

http://www.operationworld.org/malc - diakses 22 September 2012.

23 Sumber asal dari World Christian Database dipetik dalam artikel Presidential

Election in South Korea Highlights Influence of Christian Community, December 12, 2007, The Pew Forum on Religion and Public Life http://www.pewforum.org/Politics-and-Elections/Presidential-Election-in-South-Korea-Highlights-Influence-of-Christian-Community.aspx – akses 10 September 2012

24 Julie Ma, The Growth of Christianity in Asia and its Impact on Mission, Oxford

Centre for Mission Studies. m.s. 2, http://www.redcliffe.org/uploads/documents/the_growth_of_christianity_in_asia_16.pdf - diakses 10 September 2012

25 Jennifer Riley, Mission Expert: Evangelicalism Fastest Growing Religious

Movement, The Christian Post, http://www.christianpost.com/news/mission-expert-evangelicalism-fastest-growing-religious-movement-23381/#db4dzJ4Wf6pvgSzZ.99 – diakses 10 September 2012

Page 10: Tema: Dakwah Islamiyyah Sebagai Kekuatan Ummah · PDF fileSabit di kota Melaka.11 c. Apabila Belanda menjajah, mereka membawa fahaman Protestant. Permusuhan menebal mereka dengan Portugis

____________________________________________________________

Dakwah Islamiyyah Dalam Mendepani Gerakan Pemurtadan Di Malaysia Muka surat 9

3 Kaedah dan Strategi Pemurtadan Serta Ancamannya

a. Sewajarnya apabila membicara niat dan usaha dakyah jahat puak Kristian (Nasrani) kita berpandukan kepada firman Allah Azzawajalla:

بع ملتهم ولن ترض عنك اليهىد وال النصاري حت تت

Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan senang dengan kamu sehingga kamu mengikuti agama mereka ... 26

b. Dari panduan ini jelas bagi kita bahawa orang-orang Kristian tidak akan

berhenti dari melakukan pelbagai dakyah untuk membawa umat Islam mengikuti agama mereka. Dan mesti juga kita lihat bahawa usaha mereka ini berterusan sehingga akhir zaman.

c. Di aspek sejarah, bertolak dari titik mula pendakyahan Kristian secara global yang bersistematis, setelah kejatuhan Kerajaan Islam terakhir di Andalusia, gerakan penyebaran Kristian ini adalah di bawah arahan peringkat tertinggi Raja-raja Portugal dan Sepanyol serta mendapat restu dari peringkat tertinggi otoriti agama mereka (Pope). Perjanjian Tordesillas pada 7 Jun 1494 adalah petanda pembahagian dunia ini secara rasmi di antara kedua-kedua negara penjajah tersebut di bawah panduan Pope Alexander VI sendiri. [Walaupun kita telah lihat bahawa pendakyahan kepada orang Muslim telah bermula lebih awal lagi oleh Raymond Lull]

d. Tema yang dipopularkan adalah mencari kekayaan, kemegahan dan

menyebar fahaman gereja (gold, glory and the gospel). Tema yang sama ini berterusan hingga ke abad terkini apabila satu demi satu penaklukan kuasa besar dunia (Kristian) ke atas dunia Islam27 dilakukan walaupun diwarnai oleh alunan merdu pembebasan dan demokrasi.28

26 Al Quran, surah Al Baqarah: ayat 120

27 Presiden Bush beberapa kali mengungkapkan istilah “crusade” (perang salib) dalam memerangi “pengganas Al-Qaeda” termasuk yang dipetik ini seperti: "this crusade, this war on terrorism is going to take a while " - http://georgewbush-whitehouse.archives.gov/news/releases/2001/09/20010916-2.html - akses 22 Ogos 2012

28 Antaranya: Operation Freedom 2003 (Iraq), Operation Enduring Freedom 2001 (Afghanistan) atau nama asalnya Operation Infinite Justice, Operation New Dawn 2010 (Iraq) dan beberapa lagi.

Page 11: Tema: Dakwah Islamiyyah Sebagai Kekuatan Ummah · PDF fileSabit di kota Melaka.11 c. Apabila Belanda menjajah, mereka membawa fahaman Protestant. Permusuhan menebal mereka dengan Portugis

____________________________________________________________

Dakwah Islamiyyah Dalam Mendepani Gerakan Pemurtadan Di Malaysia Muka surat 10

e. Walaupun emas hari ini diganti dengan dengan minyak (black gold),29 keangkuhan penaklukan untuk meletakkan kuasa mereka di negara-negara yang baru “dibebaskan” (glory) dikerumi sama oleh “tentera-tentera” pendakyah dengan menyamar pelbagai rupa bentuk misi kemanusiaan dan bantuan (gospel).30

f. Kisah-kisah penculikan dan pembunuhan anggota misi bantuan dan penterjemah semuanya telah membongkar rahsia penyamaran pendakyah Kristian mengguna pelbagai taktik ini.

g. Kita boleh bincang dan teliti satu persatu kaedah-kaedah dan strategi yang

diguna oleh pendakyah Kristian dalam usaha mereka memurtadkan umat Islam. Walaupun kaedah-kaedah yang telah kita kenalpasti dalam senarai di bawah nampaknya sudah panjang dan banyak sekali, namun, mungkin banyak lagi taktik sulit lain yang mereka guna dan tidak dapat dikesan kita.

h. Turut disebut dan dibincang di akhir bahagian ini ialah beberapa isu dan

faktor penyumbang dalam gelombang pemurtadan dan pengkristianisasi ini.

29 Ini diperakui sendiri oleh Alan Greespan, bekas pengerusi bank pusat Amerika Syarikat (U.S. Federal Reserve) dengan menyebutnya dalam autobiografinya bertajuk “The Age of Turbulence,” 2007, http://www.guardian.co.uk/world/2007/sep/17/iraq.oil - akses 22 Ogos 2012.

30 Kebanyakan laporan orang awam dari misi bantuan atau penterjemah yang dibunuh samada di Afghanistan ataupun di Iraq adalah mereka yang datang dari pelbagai pertubuhan dakyah Kristian. Antara laporan yang boleh dibaca adalah: “Korean Missionaries Under Fire,” Majalah Times, 27 Julai 2007 - http://www.time.com/time/world/article/0,8599,1647646,00.html – akses 23 Ogos 2012

Dan ini adalah satu petikan dari artikel majalah Time tersebut:

Most Korean missionaries work in China, and go there under the guise of being researchers, or businessmen, so they won't be imprisoned for proselytizing.

Gambar dipetik dari artikel Majalah Time yang menceritakan kisah 23 pendakyah Kristian dari Korea

yang diculik di Afghanistan, mereka telah pergi dengan menyamar dengan pelbagai helah.

Page 12: Tema: Dakwah Islamiyyah Sebagai Kekuatan Ummah · PDF fileSabit di kota Melaka.11 c. Apabila Belanda menjajah, mereka membawa fahaman Protestant. Permusuhan menebal mereka dengan Portugis

____________________________________________________________

Dakwah Islamiyyah Dalam Mendepani Gerakan Pemurtadan Di Malaysia Muka surat 11

3.1 Pendidikan

Kaedah dakyah melalui pendidikan adalah antara yang terawal (semenjak zaman penjajahan) dilakukan oleh mereka bagi memasuki elemen ajaran Kristian dan kemudian mempengaruhi umat Islam untuk lebih terbuka menerima ajaran Kristian.

a. Tadika dan Tabika

Konsep “kindergarten” untuk mengasuh kanak-kanak kecil yang mula diasaskan di Jerman oleh Friedrich Fröbel (1782–1852), 31 anak seorang pastor, mengguna antara lainnya nyanyian lagu kanak-kanak yang diselitkan mesej gereja. Akhirnya lagu-lagu (nursery ryhmes) ini menjadi siulan kanak-kanak tanpa disedari kebanyakkan senikatanya adalah mesej ajaran Kristian.

Dalam pada lambakan tadika dan taski yang berorientasi Islam, tadika-tadika di bawah pentadbiran gereja dan pertubuhan-pertubuhan Kristian masih tetap menjadi pilihan bagi sesetengah ibu-bapa Islam yang kurang peka dengan kemungkinan pengaruh ajaran Kristian terhadap anak-anak mereka. Fenomena ini agak ketara di kawasan metropolitan.32

Di antara sebabnya ibu-bapa menghantar anak-anak mereka ke “tadika gereja” kerana ada yang merasakan prestij dan status yang lebih tinggi dengan tadika “barat” ini dan percayakan mendapat pendedahan kepada Bahasa Inggeris yang lebih baik. Malah mereka menyangkal dakwaan adanya unsur pengkristianan ini sebagai tuduhan yang tidak berasas semata-mata.

b. Sekolah “Mubaligh” (Mission Schools)

Ini adalah juga saluran terawal yang digunakan oleh pendakyah Kristian. Sekolah begini di peringkat awal dulu banyak memainkan peranan untuk usaha memurtadkan orang-orang Melayu dengan alasan memberi pendedahan pendidikan.

31 Wikipedia, carian Friedrich Fröbel - http://en.wikipedia.org/wiki/Friedrich_Fr%C3%B6bel – diakses 21 Ogos 2012

32 Sebagai contoh, tadika Maryvale Good Shepherd Nursery & Kindergarten (dalam

kompleks gereja), di Jalan Ulu Klang, dekat persimpangan MRR2/Lebuhraya DUKE, didapati ramai anak-anak kecil Islam yang dihantar oleh ibu bapa malah sebahagian besar dari ibu-ibu ini memakai tudung.

Page 13: Tema: Dakwah Islamiyyah Sebagai Kekuatan Ummah · PDF fileSabit di kota Melaka.11 c. Apabila Belanda menjajah, mereka membawa fahaman Protestant. Permusuhan menebal mereka dengan Portugis

____________________________________________________________

Dakwah Islamiyyah Dalam Mendepani Gerakan Pemurtadan Di Malaysia Muka surat 12

Dalam catatan paderi C. H. Thomsen (1821),33 bagi mengatasi masalah orang-orang Melayu yang hanya ingin belajar dalam aliran bahasa Arab, beliau merangkakan perancangan mengumpul serta mengasingkan 50 keluarga Melayu dari masyarakat ramai dengan memberi kemudahan ekonomi dengan syarat menyerahkan anak-anak mereka untuk masuk ke sekolah mubaligh. Pengasingan ini adalah bagi memudahkan usaha memurtadkan anak-anak Melayu ini.34 Raffles turut meluluskan 500 ekar tanah untuk menjayakan rancangan komuniti Kristian Melayu Thomsen ini di Singapura.35

Walaupun dengan dasar baru dan kepekaan Kerajaan sekarang terhadap ancaman sebegini (dengan pengambilalihan sekolah-sekolah mubaligh), kini pendakyahan secara terangan mungkin tidak lagi ketara di sekolah-sekolah “missionary” ini, namun, masih terdapat elemen-elemen luar kawalan kementerian dan jabatan pelajaran untuk memantau setiap taktik halus yang tidak jemu dilakukan oleh pendakyah yang masih berselindung. Bagi mereka yang berpengalaman melalui pendidikan di sekolah begini sudah pasti mempunyai banyak cerita yang mampu dikongsikan.

Dalam persidangan “Externally Focussed Church (EFC) Leadership Summit 2010,” satu perbincangan khas bertajuk “The State of Education in Malaysia”36 dengan menumpu khusus mengenai pentadbiran dan peranan sekolah mubaligh ini. Ini bermakna walaupun diperakui beberapa perubahan telah dilakukan terhadap sekolah-sekolah mubaligh ini, harapan masih diletakkan oleh mereka agar sekolah mubaligh seperti ini masih dapat memberikan peranannya dalam kerja-kerja pendakyahan mereka.

c. Pusat Tuisyen

33 Joseph H. Haines, ibid., hal. 176-178.

34 Di antara syarat ketat yang dikenakan kepada pelajar-pelajar Melayu yang masuk ke sekolah ini antara lain ialah bahawa pengawasan oleh pentadiran sekolah terhadap kanak-kanak mengatasi otoriti ibu-bapa, para pelajar tidak dibenarkan keluar dari sekolah dan tidak dibenar langsung bercampur atau berkawan dengan kanak-kanak di luar dari komuniti terkawal ini dan mereka dikehendaki menghormati hari-hari kebesaran Kristian. ibid.

35 Keberhasilan dari rancangan komuniti Kristian Melayu Thomsen ini tidak dinyatakan

dalam catatan Haines.

36 Persidangan ini telah diadakan di Pulau Pinang pada 23-24 April 2010. Sebahagian

rakaman video boleh ditonton di http://leadershipsummit2010.tumblr.com/post/652394230/day-2-education-panel-discussion-introduction. Persidangan ini turut menjemput YB Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP sebagai salah seorang penceramah jemputan. EFC Leadership Summit ini disusuli pada tahun-tahun berikutnya dengan nama “Transforming Our City Together (TOCT)”.

Page 14: Tema: Dakwah Islamiyyah Sebagai Kekuatan Ummah · PDF fileSabit di kota Melaka.11 c. Apabila Belanda menjajah, mereka membawa fahaman Protestant. Permusuhan menebal mereka dengan Portugis

____________________________________________________________

Dakwah Islamiyyah Dalam Mendepani Gerakan Pemurtadan Di Malaysia Muka surat 13

Walaupun pengaruh kaedah ini tidak banyak dilaporkan namun, pada bulan Ogos 2011, umat Islam digemparkan dengan pendedahan sebuah pusat tuisyen yang bergerak secara haram di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur dan “memaksa” ke atas pelajar mereka dengan fahaman dan ajaran Kristian.37 Mereka dipaksa menyanyikan lagu-lagu Kristian serta dipertontonkan video-video ajaran Kristian kepada pelajar-pelajar Melayu Islam ini.

Pendedahan tersebut hanyalah berlaku kerana kepekaan masyarakat. Mungkin apa yang berlaku di Jalan Klang Lama bukan suatu yang terpencil dan diyakini turut berlaku dengan cara berselindung di tempat-tempat lain. Kaedah tarikan yang digunakan ialah memberi khidmat tuisyen secara percuma dan mereka lazimnya beroperasi di kawasan sosio-ekonomi yang agak mendesak.

Satu pusat tuisyen Bahasa Inggeris untuk UPSR secara percuma di Pulau Pinang turut dikaitkan dengan seorang penggerak Kristian yang banyak terlibat dengan aktiviti kemasyarakatan.38

Pusat Tuisyen dan Tadika Harap Learning Centre di bawah Projek Harap adalah satu program anjuran MarketPlace Leadership Centre (MLC)39 yang antara lain memberi tuisyen Bahasa Inggeris secara percuma.

d. Kelab-kelab studi

Ura-ura untuk memberi pengiktirafan kepada kelab-kelab studi Bible sebagai salah satu akitiviti ko-kurikulum di sekolah-sekolah adalah suatu usaha untuk satu hari nanti menarik para pelajar Islam bersama dalam pengajian mereka.

37 “Pusat tuisyen didakwa sebar dakwah Kristian ditutup,” Utusan Malaysia, 20 Ogos 2011 http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0820&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_05.htm – akses 22 Ogos 2012 – lihat Lampiran 1.

38 A meet on how you can help the community, The Star, 9 April 2011,

http://thestar.com.my/metro/story.asp?file=/2011/4/9/north/8444681&sec=North – diakses 14 September 2012.

39 MarketPlace Leadership Centre (http://www.mlc.org.my/Projects.html) adalah

penganjur acara tahunan persidangan “Transforming Our City Together”. Antara projek MLC adalah “Projek Harap” yang menyediakan “Harap Learning Centre” antaranya HLC di Seri Siantan Bukit Baru Melaka. (rujuk http://michanpetite.blogspot.com/2011/03/free-english-tuition-at-harap-learning.html) Terdapat beberapa anak Melayu di bawah asuhan pusat ini dan guru-guru yang mengajar adalah para paderi dan sukarelawan gereja.

Page 15: Tema: Dakwah Islamiyyah Sebagai Kekuatan Ummah · PDF fileSabit di kota Melaka.11 c. Apabila Belanda menjajah, mereka membawa fahaman Protestant. Permusuhan menebal mereka dengan Portugis

____________________________________________________________

Dakwah Islamiyyah Dalam Mendepani Gerakan Pemurtadan Di Malaysia Muka surat 14

Kelab-kelab studi sememangnya telah wujud di banyak sekolah termasuk di sekolah-sekolah aliran kebangsaan. Ada juga kelab ini yang diwujudkan secara sembunyi.

Kerajaan telah mengambil satu langkah pro-aktif melalui arahan untuk mengawal penubuhan kelab-kelab sebegini. Namun, terdapat bantahan dari puak-puak yang selamanya memang sentiasa memusuhi segala usaha pengawalan yang dilakukan oleh kerajaan.40

3.2 Ekonomi

Umpan dan ugutan ekonomi bukan suatu kaedah yang baru. Orang-orang Musyrikin Mekah telah terlebih dahulu menggunakan taktik ini terhadap orang-orang Islam dan kaum keluarganya (walaupun yang tidak menganut agama Islam).

Dengan zaman yang amat materialistik sekarang, taktik ini mampu memberi tarikan dan impak yang berkesan untuk digunakan oleh perancang dakyah Kristian.

Dengan kemunduran ekonomi di kalangan umat Islam serta segala kedhaifan maka silauan umpan material sukar untuk ditepis. Ini kerana umpanan material ini tidak dizahirkan dengan niat jahat dakyah di peringkat awal. Umpan-umpan seperti ini bertujuan untuk mudah para pendakyah mendekati mereka yang serba kedhaifan.

Apabila umpan sudah dimakan dakyah Kristian mudah diselit secara perlahan dan tanpa disedari.

Kes DUMC yang mengemparkan umat Islam pada bulan Ramadhan tahun lalu cukup mengambarkan isu kemiskinan menjadi penyumbang dan memberi peluang untuk puak pendakyah menyerapi masuk menyebar ajaran mereka.

40 Dalam laporan bertajuk “Department and ordered a reinstatement of the affected

religious clubs”, The Christian Post (14 Ogos 2010) memetik:

“Several political leaders, including veteran opposition leader Lim Kit Siang, have called on authorities to revoke outdated directives and circulars that contravene the Federal Constitution, which guarantees freedom of religion.”

Ini merujuk kepada Pekeliling Jabatan Pelajaran Negeri Selangor bil. 20/2000, http://www.christianpost.com/news/religious-club-closures-in-schools-touch-nerve-in-malaysia-46323/#oSFmBsreYRYF3XIX.99 - diakses 9 September 2012

Page 16: Tema: Dakwah Islamiyyah Sebagai Kekuatan Ummah · PDF fileSabit di kota Melaka.11 c. Apabila Belanda menjajah, mereka membawa fahaman Protestant. Permusuhan menebal mereka dengan Portugis

____________________________________________________________

Dakwah Islamiyyah Dalam Mendepani Gerakan Pemurtadan Di Malaysia Muka surat 15

3.3 Kebajikan41

a. Lawatan hospital

Ini adalah suatu usaha yang dilakukan oleh pihak gereja dengan kaedah para sukarelawan dan paderi mereka melawat para pesakit di hospital. Walaupun tumpuan utama mereka adalah kepada pesakit-pesakit bukan Melayu Islam namun terdapat banyak laporan bahawa mereka ini turut menziarahi pesakit Melayu.

Modus operandi mereka dalam menziarahi pesakit Muslim ialah mengenalpasti mana-mana pesakit Muslim yang tidak ditemani atau diziarahi oleh saudara-mara atau sahabat handai.

Orang-orang kita yang dhaif, fakir miskin dan tersisih dari masyarakat amat terdedah dengan layanan mesra para mubaligh yang berkeliaran di hospital-hospital kerajaan.

Terdapat laporan, apabila pesakit keluar hospital, mereka akhirnya tinggal di rumah “tumpangan” milik gereja. Dalam satu kes yang telah dilaporkan, kesemua penghuni di dalam rumah tersebut adalah orang-orang Melayu yang telah murtad atau yang sedang dalam proses dimurtadkan. Pemilik atau penjaga rumah tersebut adalah seorang Melayu yang telah menjadi seorang paderi.42

b. Rumah Kebajikan

Rumah kebajikan atau rumah perlindungan (shelter home) untuk warga tua, pesakit HIV/AIDS, mereka yang gelandangan, remaja bermasalah dan seumpamanya yang telah disediakan oleh agensi-agensi kerajaan memang tidak mencukupi.

Badan-badan kebajikan yang bergerak secara persendirian bagi menyediakan kemudahan-kemudahan seperti ini pun tidak mampu memenuhi keperluan yang semakin bertambah. Pusat-pusat sebegini

41 Terdapat lebih dari 340 agensi/badan Kristian di Malaysia yang memberi pelbagai

khidmat kebajikan dan program yang tersenarai di bawah “Malaysian Care Service Directory”: (http://www.malaysiancare.org.my/subsystem.cfm?&menuid=100) yang dikumpul oleh Malaysian Care, sebuah pertubuhan kebajikan Kristian yang mempunyai kakitangan lebih 60 orang.

42 Penulis telah bersama mangsa pergi ke rumah tersebut pada tahun 2011. Rumah

tersebut merupakan rumah teres dua tingkat yang terletak di pinggir bandaraya Kuala Lumpur. Dari luar tidak ada apa-apa tanda ianya satu rumah “perlindungan atau tumpangan” untuk mangsa murtad.

Page 17: Tema: Dakwah Islamiyyah Sebagai Kekuatan Ummah · PDF fileSabit di kota Melaka.11 c. Apabila Belanda menjajah, mereka membawa fahaman Protestant. Permusuhan menebal mereka dengan Portugis

____________________________________________________________

Dakwah Islamiyyah Dalam Mendepani Gerakan Pemurtadan Di Malaysia Muka surat 16

banyak juga yang tidak mempunyai dana yang cukup walaupun dipunyai/dikendalikan oleh mereka yang komited dengan usaha mereka.

Kelompongan ini telah diisikan oleh pihak gereja dan ramai orang Melayu dan Islam yang akhirnya terpaksa menagih simpati dari kumpulan gereja ini.

Walaupun sesetengah pusat yang digerakkan oleh individu Kristian atau di bawah pengurusan gereja, tidak semuanya beroperasi secara besar-besaran. Ada yang bergerak dengan kadar 2-3 orang sukarelawan dan menumpu hanya kurang 10 orang pada satu-satu masa, namun keberkesanan mereka dalam menarik orang dhaif ini memadai bagi mencapai tujuan mereka.

c. Bantuan Mangsa HIV/AIDS dan penagih dadah

Berjalan selari dengan program di atas, penyediaan rumah kebajikan dan rumah perlindungan, program bantuan untuk mangsa HIV/AIDS ini meliputi sesi kauseling, rawatan dan penyediaan makanan.

Sesetengah tempat bantuan ini tidak mempunyai tempat tinggal. Ianya sekadar mangsa datang pada masa-masa tertentu yang telah ditetapkan.

Berdasarkan kepada rekod, orang Melayu adalah golongan yang paling ramai pengidap sakit HIV/AIDS dan penagih dadah.

Kesempatan dari kelompongan bantuan yang mencukupi oleh agensi kerajaan dan dari badan-badan amal Islam serta pesakit yang terdesak ini mudah diisi oleh kesungguhan serta dana yang besar pihak gereja dalam melaksanakan program ini nyata berkesan.

Dalam rencana “The Growth of Christianity in Asia and its Impact on Mission”, penulisnya, Dr Julie Ma mengesahkan kerja-kerja dakyah yang dilakukan melalui aktiviti sosial dan kebajikan ini: Western missionaries have engaged in a variety of social ministry, including education, orphanages, health clinics and hospitals, medical assistance, AIDS education, job training, drug rehabilitation, child care facilities and others. Asian missionaries are now engaged in diverse social ministries. In China, for example, Asian English instructors gain an easy access to the country and its people. In several countries, children’s programmes such as feeding and caring for street children have proved to be significant mission work. Social development in Cambodia and relief work in disaster areas are some

Page 18: Tema: Dakwah Islamiyyah Sebagai Kekuatan Ummah · PDF fileSabit di kota Melaka.11 c. Apabila Belanda menjajah, mereka membawa fahaman Protestant. Permusuhan menebal mereka dengan Portugis

____________________________________________________________

Dakwah Islamiyyah Dalam Mendepani Gerakan Pemurtadan Di Malaysia Muka surat 17

examples of growing ministries, often in partnership between Asian and western missionaries.43

d. Bantuan Bencana

Misi bantuan bagi bencana-bencana besar yang melanda di merata pelusuk dunia memperlihat gembelingan bersungguh dan kecekapan rangkaian antarabangsa gerakan Kristian dengan sokongan dana yang besar.44 Turut dihebahkan adalah satu kisah seorang paderi dari Virginia Amerika Syarikat yang membawa lari 300 orang anak yatim Aceh ke sebuah pusat asuhan Kristian di Medan yang telah dedahkan oleh Washington Post dengan jelas menyebut peristiwa ini sebagai usaha memurtadkan anak-anak kecil ini.45 Laporan seumpama ini turut dihebahkan semasa gempa di Haiti beberapa tahun selepas itu.46

Rangkaian seperti ini turut digembelingkan dalam bencana-bencana yang menimpa di dalam negara kita.

Crisis Relief Services & Training (CREST) - http://www.crestmalaysia.org, yang ditubuh pada tahun 1998 adalah salah satu badan khusus untuk gembelingan pasukan penganut Kristian dari pelbagai gereja seluruh negara berangkaian dengan organisasi Kristian antarabangsa yang lain untuk misi bantuan krisis dan bencana.47

43 Julie Ma, The Growth of Christianity in Asia and its Impact on Mission

http://www.redcliffe.org/uploads/documents/the_growth_of_christianity_in_asia_16.pdf - diakses 17 September 2012.

44 Banyak buku ditulis dalam mengambarkan kebanjiran misi bantuan gereja dari

seluruh pelusuk dunia datang berduyun-duyun ke wilayah Aceh selepas peristiwa Tsunami 26 Disember 2004. Antara buku yang member liputannya adalah “Serambi Makkah Dihempas Tsunami Diterjang Kristenisasi” oleh Hepi Andi Bastoni, Eman Mulyatman dan Artawijaya, Qalammas, Jakarta Timur, 2006 dan “Gerilya Salib di Serambi Mekkah – dari zaman Portugis hingga paska Tsunami” oleh Rizki Ridyasmara, Pustaka Al-Kautsar, Jakarta Timur, 2006.

45 ibid., Hepi Andi Bastoni dll., hal. 93-94 dan Rizki Ridyasmara, hal. 153-154.

46 'They knew it was wrong': Haitian PM slams ten Americans who tried to take a

busload of orphans out of the country, The Daily Mail – online, 2 February 2010, http://www.dailymail.co.uk/news/article-1247454/Ten-American-Christians-arrested-Haiti-trying-33-orphans-country.html#ixzz26juVvlti – diakses 16 September 2012.

47 CREST – Our Story, http://www.crestmalaysia.org/index.php/about-us/our-story -

diakses 16 September 2012. Crest adalah anggota gabungan afiliasi National Evangelical Christian Fellowship (NECF) Malaysia.

Page 19: Tema: Dakwah Islamiyyah Sebagai Kekuatan Ummah · PDF fileSabit di kota Melaka.11 c. Apabila Belanda menjajah, mereka membawa fahaman Protestant. Permusuhan menebal mereka dengan Portugis

____________________________________________________________

Dakwah Islamiyyah Dalam Mendepani Gerakan Pemurtadan Di Malaysia Muka surat 18

Program dan akviti untuk bantuan bencana seperti ini memerlukan dana yang besar dan partisipasi sukarelwan professional yang ramai. Dengan rangkaian antarabangsa yang meluas, pihak gereja di negara ini mendapat mendapat sumbangan dana dan sokongan sukarelawan yang terlatih dari seluruh pelusuk dunia.

e. Khidmat Kaunseling

Biasanya daripada iklan khidmat kaunseling yang mereka berikan tidak menampakkan niat dan unsur kegiatan dakyah Kristian. Mereka berlindung dengan nama-nama pertubuhan atau syarikat yang tidak langsung berkaitan Kristian. Namun, jika disiasat lanjut pemilikan saham atau nama-nama pengiat dalam badan-badan ini jelas boleh menggaitkan nya dengan gerakan Kristian.48

Satu keluarga Melayu Islam, kerana mempunyai masalah, telah menjadi mangsa murtad setelah melalui sesi-sesi kaunseling sebuah agensi sebegini di Lembah Klang beberapa tahun lalu . Alhmadulillah, kini keluarga tersebut telah sedar dan kembali semula ke Islam. Mereka sekeluarga, beberapa bulan lalu, masih diburu oleh kumpulan ini walaupun telah berpindah ke kediaman baru.

f. Program Anak Angkat

Pelbagai kaedah digunakan dalam memurtadkan anak-anak kecil melalui program anak angkat. Namun kes sepertimana yang telah disebutkan dengan melarikan anak-anak yatim bencana tsunami Aceh sebelum ini belum pernah dilaporkan. Mungkin kerana tiada bencana berskala seperti itu berlaku di Tanah Air kita.

Namun, pusat penjagaan kanak-kanak adalah satu medan yang mudah untuk mendedahkan mereka kepada ajaran Kristian serta mengasih setiap hari dengan kehidupan seorang Kristian. Sememangnya program sebegini berlaku untuk masyarakat bukan Melayu. Tetapi kepekaan masyarakat telah menyelamatkan beberapa insiden yang pernah berlaku dalam kes anak Islam berketurunan India sebelum ini.

Program sebegini banyak diiklankan di akhbar dan TV di Amerika Syarikat untuk menaja anak-anak kecil (child sponsorship) di benua Afrika.

48 Sebahagian dari senarai badan atau agensi kaunseling Kristian ini dapat diperolehi

dari laman sesawang National Association of Christian Counsellors (http://www.nacc-malaysia.org). NACC ini baru didaftarkan pada tahun 2011 dan bergabung dengan International Network for Christian Counselling.

Page 20: Tema: Dakwah Islamiyyah Sebagai Kekuatan Ummah · PDF fileSabit di kota Melaka.11 c. Apabila Belanda menjajah, mereka membawa fahaman Protestant. Permusuhan menebal mereka dengan Portugis

____________________________________________________________

Dakwah Islamiyyah Dalam Mendepani Gerakan Pemurtadan Di Malaysia Muka surat 19

3.4 Aktiviti Sosial Melalui program dan aktiviti sosial pendakyah Kristian lebih mudah berselindung menyelinap untuk mencapai niat dan tujuan asal mereka melalui tema-tema umum dan kabur dengan solekan atas nama pelbagai perjuangan kebebasan, hak asasi dan kesukanan. Dalam penganjuran pelbagai program berkaitan ini lazimnya tidak ada nama mana-mana pertubuhan-pertubuhan gereja secara langsung. Ianya berselindung di bawah nama pertubuhan-pertubuhan yang tidak langsung menampakkan unsur-unsur Kristian.

a. Sukan

Memang sukar bagi sesetengah orang (terutamanya peminat sukan) untuk menerima hakikat bahawa aktiviti kesukanan begini pun boleh dikaitkan dengan program pendakyahan secara halus yang dilakukan oleh gerakan Kristian antarabangsa. Kami telah kenal pasti antaranya ialah sebuah pusat latihan bolasepak untuk remaja “Brazil Football Centre” di Subang Jaya yang dikendalikan oleh Sportsalvation Sdn. Bhd. dengan kerjasama Brazil Sports Network dari Sao Paolo, Brazil. Pusat tersebut dirasmikan pada 27 November 2004. Sportsalvation Sdn. Bhd. adalah syarikat milik gereja Grace Assembly yang berpusat di Klang dan kesemua pelatih yang dibawa masuk dari Brazil adalah paderi atau aktivis gereja dari tempat masing-masing di bawah pertubuhan gereja World Mission Board (Junta de Missões Mundiais – JMM) di bawah Brazilian Baptist Convention (da Convenção Batista Brasileira – CBB). Laporan lanjut Brazil Football Centre (BFC) disebut dalam Lampiran 3. Pusat sukan ini memberi tumpuan kepada “membina bakat” para remaja belasan tahun sahaja. Ini adalah bersesuaian dengan kelompok fokus gerakan Kristian dengan apa yang disebut sebagai Jendela 4/14 yang memberi fokus kepada kelompok umur 4 tahun hingga 14 tahun.49 Dalam artikel majalah, Jornal de Missoes (Mission Journal), pengasas BFC, paderi Henry Pilai, dalam lawatan beliau ke World Mission Board (JMM) di Sao Paolo dipetik sebagai berkata “... one of several strategies is to evangelization through sports, especially football. “We are grateful to

49 Michelle A. Vu, Mission Strategist: New Focus Should be on 4/14 Window,

Christian Post Reporter, September 9, 2009, http://www.christianpost.com/news/mission-strategist-new-focus-should-be-on-4-14-window-40789/#O7S00YKze0BrQiTL.99 - diakses 19 September 2012.

Page 21: Tema: Dakwah Islamiyyah Sebagai Kekuatan Ummah · PDF fileSabit di kota Melaka.11 c. Apabila Belanda menjajah, mereka membawa fahaman Protestant. Permusuhan menebal mereka dengan Portugis

____________________________________________________________

Dakwah Islamiyyah Dalam Mendepani Gerakan Pemurtadan Di Malaysia Muka surat 20

Brazilian Baptists for sending the three 'missionaries of the ball', to reach the rest of the population.””50

b. Hiburan51 Penyerapan unsur-unsur dakyah Kritian melaui dunia hiburan merupakan suatu aspek yang yang amat luas sekali. Ianya meliputi bidang nyanyian lagu, filem-wayang, TV, pementasan drama dan lain-lain lagi. Kaedah halus yang digunakan ini adakala tidak nampak dengan jelas melalui kaedah apa yang disebut sebagai “subliminal techniques” yang memasukkan atau memaparkan unsur-unsur negatif mereka tanpa pendengar atau penonton sedari.

Ada juga yang mengguna taktik yang agak jelas dan nyata, namun kerana kepopularannya, unsur-unsur da kyah tersebut tidak dipandang serius malah ada yang memperlekehkan ingatan yang dibuat oleh mereka yang peka. Perkara ini ditambah lagi dengan kekeliruan apabila istilah-istilah dalam agama Islam digunapakai sama oleh pendakyah Kristian yang sememangnya berniat untuk mengelirukan umat Islam seperti lagu artis Indonesia, Agnes Monica berjudul “Allah Peduli” dengan kalimah Allah dalam liriknya itu merujuk kepada Tuhan Jesusnya.52

Dalam satu pementasan teater muzikal kerohanian berjudul “Antara…” pada tahun 2010, yang diarah oleh Erma Fatimah, menonjolkan jalan cerita “original sin” yang merupakan konsep dalam ajaran Kristian. Ini mungkin dilakukan tanpa disedari, namun ia mengambarkan bahawa cernaan karya yang tidak peka dengan kemasukkan unsur agama Kristian jika tidak dipantau dan dikawal boleh mempengaruhi secara halus masyarakat umum yang mungkin jahil dengan unsur-unsur halus sebegini.

Walaupun unsur-unsur agama Kristian sukar atau tidak dapat dikesan dalam panganjuran aktiviti-aktiviti hiburan, ianya sudah cukup untuk melalaikan umat Islam. Dan ini amat bertepatan juga dengan apa yang terangkum dalam

50 World Mission Expands Partnership in Malaysia, Jornal de Missoes (Mission

Journal), Sao Paolo, Brazil, 28 Februari 2008, http://www.jmm.org.br/index.php?option=com_content&task=view&id=2072&Itemid=439 – teks asal dalam bahasa Portugis, terjemahan melalui “google translate” – di akses 23 September 2012.

51 Change Your World - http://www.changeyourworld.com.my, dan City Harvest –

Emerge KL

52 Isu Kalimah Allah ini dibincang lanjut dalam perkara 3.12 nanti.

Page 22: Tema: Dakwah Islamiyyah Sebagai Kekuatan Ummah · PDF fileSabit di kota Melaka.11 c. Apabila Belanda menjajah, mereka membawa fahaman Protestant. Permusuhan menebal mereka dengan Portugis

____________________________________________________________

Dakwah Islamiyyah Dalam Mendepani Gerakan Pemurtadan Di Malaysia Muka surat 21

protokol-protokol Zionis yang disebut dalam buku “The Protocols of the Elders of Zion or The Protocols of the Meetings of the Learned Elders of Zion”. Suatu agenda besar yang tidak boleh kita ambil ringan tentang perancangan mereka.

3.5 Internet

Di zaman keterbukaan alam maya, satu medan baru kini memberi ruang dan peluang untuk pihak gerja mencapai umat Islam dengan cara yang lebih mudah. Melalui internet beberapa strategi digunakan untuk tujuan-tujuan ini, antaranya dan tidak terhad kepada yang berikut:

a. Menyiarkan pengakuan-pengakuan pemurtadan bekas orang yang menganut agama Islam, samada dalam bentuk artikel, rakaman video mahupun audio.

b. Memaparkan pelbagai sanggahan dan perdebatan memfitnah dan menghina agama Islam.

c. Menyediakan ruang-ruang bicara dan forum pembaca secara interaktif untuk menarik mereka yang tersesat dalam timbunan maklumat alam maya yang jika tidak dibimbing dengan betul senang untuk murtadkan atau dipesongkan akidah merka.

3.6 “Membina Gereja” (Church Planting) – projek membina seberapa banyak

gereja di merata pelusuk dunia terutama di kawasan yang disebut sebagai Jendela 10/40.

a. Jendela 10/40 (10/40 Window) adalah istilah yang mula diguna oleh seorang “Christian missionary strategist” Luis Bush53 pada 1990 bagi merujuk kepada kawasan yang terletak di garisan antara 10 dan 40 darjah utara garisan khatulistiwa. Kawasan ini dikatakan adalah kawasan taraf sosio-ekonomi paling mundur dan paling kurang mendapat akses kepada gerakan dakyah Kristian. [sila lihat Lampiran untuk senarai penuh]

53 Luis Bush lahir di Argentina dan dibesarkan di Brazil. Setelah tamat pengajjian dalam bidang ekonomi di universiti di Amerika Syarikat (1970), beliau dengan sebuah syarikat perunding sebelum mendiedikasikan hidupnya kepada dakyah Kristian pada 1973.Beliau kemudian banyak berdakayh di Amerika Latin kemudian menjadi Ketua Eksekutif Partners International - http://www.partnersintl.org (1986 to 1992) dan menjadi pengarah ”AD2000 & Beyond Movement” (1989-2001) kini dikenali sebagai Joshua Project - http://www.joshuaproject.net.

Page 23: Tema: Dakwah Islamiyyah Sebagai Kekuatan Ummah · PDF fileSabit di kota Melaka.11 c. Apabila Belanda menjajah, mereka membawa fahaman Protestant. Permusuhan menebal mereka dengan Portugis

____________________________________________________________

Dakwah Islamiyyah Dalam Mendepani Gerakan Pemurtadan Di Malaysia Muka surat 22

Gambar 1- Jendela 10/40 yang menjadi kawasan tumpuan untuk pendakyah

Kristian. Illustrasi dari Time Magazine, 30 Jun 2003 - http://web.archive.org/web/20070428234833/http://www.time.com/time/ covers/1101030630/map

b. Apa yang disebut sebagai “church planting” ini ialah usaha yang

menghasilkan terbina sebuah gereja baru ditempat yang didakyahkan. c. Justifikasi dalam usaha “church planting” ini kononnya mereka

dasarkannya dari petikan beberapa ayat dari Bible mereka.54 Istilah “church planting” ini dibezakan dengan membina gereja yang tempat yang sudah sedia ada gereja samada dari membesarkannya, membina semula atau menambahkan kemudahan gereja yang sedia ada. Istilah ini adalah merujuk kepada tempat baru yang belum ada gereja. Ini bagi membanyakkan bilangan gereja.

d. Terdapat pelbagai kaedah yang digunakan dalam strategi “church

planting” ini. Antaranya ialah apa yang dipanggil sebagai “parachute drop” di

54 Antara yang kerap dipetik ialah Matthew 28:18-20 (English Standard Version) - “All

authority in heaven and on earth has been given to me. Go therefore and make disciples of all nations, baptizing them in the name of the Father and of the Son and of the Holy Spirit, teaching them to observe all that I have commanded you.” – rujukan dari Damian Emetuche, “Church Planting: Biblical, Theological, and Missiological Considerations”, Global Missiology English, Vol 2, No 9 (2012), http://ojs.globalmissiology.org/index.php/english/article/view/717 - akses 6 September 2012.

Page 24: Tema: Dakwah Islamiyyah Sebagai Kekuatan Ummah · PDF fileSabit di kota Melaka.11 c. Apabila Belanda menjajah, mereka membawa fahaman Protestant. Permusuhan menebal mereka dengan Portugis

____________________________________________________________

Dakwah Islamiyyah Dalam Mendepani Gerakan Pemurtadan Di Malaysia Muka surat 23

mana seorang “penanam gereja” (church planter) bersama dengan ahli keluarganya akan berpindah atau bermustautin di suatu tempat baru membina satu yang baru daripada tiada langsung.

e. Satu lagi kaedah ialah berbentuk konsep gereja “ibu” menlatih pemimpin di kalangan orang tempatan yang baru didakyah untuk dibina satu gereja yang baru. Segala kemudahan pra-sarana dan sokongan kewangan disalurkan dari gereja “ibu”.

f. Kaedah “church planting” adalah dianggap sebagai salah satu kaedah pendakyahan yang paling berkesan.55 Malah inilah konsep yang telah sekian lama dilakukan bersama-sama dengan agenda penjajahan (colonialism) negera-negara Barat. Model inilah yang telah digunakan yang akhirnya kini terbentuk satu pertubuhan Kristian yang besar di Malaysia “Sidang Injil Borneo” (SIB) atau nama asalnya Borneo

Evangelical Mission.

g. Kisah bagaimana Trevor White (men. 2006) diumur mudanya datang meninggal kemewahan hidup di Sommerset, England hidup di kalangan penduduk Kadazan-Dusun di pendalaman Taginambur, dekat Ranau, Sabah, di awal tahun 1940an, berbekalkan peralatan pertukangan kayu semata menyebarkan agama Kristian di kalangan penduduk itu. Hasil kesungguhnya berdiri kukuh pusat penyebaran Kristian di Ranau kini di bawah naungan SIB. Itu adalah satu contoh “church planting” yang terawal di Sabah.

h. Walaupun tumpuan “church planting” difokus kepada kawasan “Jendela 10/40,” namun terdapat juga banyak usaha untuk mengusahakan “church planting” ini di Amerika Syarikat sendiri. Statistik terkini terdapat sekitar 4,000 buah gereja baru dibina setiap tahun, namun terdapat sebanyak 3,500 buah gereja pula yang ditutup atas pelbagai sebab.56

3.7 Motivasi dan Khidmat Perundingan

Mungkin ramai yang tidak perasan bahawa hampir kesemua pakar motivasi barat yang popular dan sebahagian besar “management gurus” adalah

55 Ini disebut oleh C. Peter Wagner dalam bukunya “Church Planting For a Greater

Harvest” terbitan Regal Books muka surat 11 diambil dari Danie Vermeulen, The Process of Planting a Church, Dawn Africa, Gauteng, South Africa, tidak disebut tahun.

56 Michael Duduit, “Church planting is more important now than ever,” 8 June 2012,

http://www.independentmail.com/news/2012/jun/08/church-planting-more-important-now-ever/?print=1 – akses 6 September 2012.

Page 25: Tema: Dakwah Islamiyyah Sebagai Kekuatan Ummah · PDF fileSabit di kota Melaka.11 c. Apabila Belanda menjajah, mereka membawa fahaman Protestant. Permusuhan menebal mereka dengan Portugis

____________________________________________________________

Dakwah Islamiyyah Dalam Mendepani Gerakan Pemurtadan Di Malaysia Muka surat 24

samada aktivis gereja atau mereka adalah sukarelawan mana-mana pertubuhan gereja. Sebagai contoh, disenaraikan beberapa tokoh tersohor: a. Peter Drucker, seorang keturunan Yahudi namun menganut Kristian

Protestant, adalah “…one of the most important inspirations behind the reorganization of the evangelical movement over the past thirty years or so. It was Drucker, …, who provided the theoretical basis for bringing the evangelical church formally into the US capitalist system as its welfare auxiliary.57

b. Ken Blanchard, yang terkenal dengan buku “One-Minute Manager”, adalah seorang evangelis Kristian tegar. Beliau merupakan pengasas bersama dan Chief Spiritual Officer The Ken Blanchard Companies.58 Beliau turut menubuh pusat latihan “Lead Like Jesus” untuk tujuan “inspire and equip people to become servant leaders – to lead like Jesus.”59

c. Stephen Covey, yang terkenal dengan siri buku “The Seven Habits” beliau adalah seorang Kristian Mormon dari Church of Jesus Christ Latter-day Saints. Kursus-kursus di bawah pusat latihan beliau “Covey Leadership Center" yang kemudian dikenali sebagai “FranklinCovey” amat popular di kalangan para pentadbir, pengurus and eksekutif di Malaysia. Dalam tulisan-tulisannya, termasuk “The Seven Habits of Highly Effective People” Covey dikatakan “regularly cites the teaching of Christ.”60 Beliau banyak juga menulis buku-buku motivasi khusus untuk gereja.

d. Norman Vincent Peale adalah pakar motivasi generasi terdahulu, tahun 1960an dan 1970an. Pearle rapat dengan pemerintah, terutama Presiden Nixon itu dan pernah berkata “Christ didn't shy away from people in trouble”61 – merujuk kepada krisis Watergate ketika itu. The Reverend

57 Iain Buchanan, The Armies Of God: A Study In Militant Christianity, Citizens

International, 2010, hal. 76.

58 Biography – Ken Blanchard, http://kenblanchard.com/img/pub/ken_blanchard.pdf -

diakses 23 September 2012.

59 http://www.leadlikejesus.com/about/ - diakses 23 September 2012.

60 Andrew Corbett, Christian Thinking Resources,

http://www.andrewcorbett.net/articles/reviews.htm - diakses 23 September 2012.

61 Norman Vincent Peale, Encyclopedia of World Biography, 2004,

http://www.encyclopedia.com/topic/Norman_Vincent_Peale.aspx - diakses 23 September 2012.

Page 26: Tema: Dakwah Islamiyyah Sebagai Kekuatan Ummah · PDF fileSabit di kota Melaka.11 c. Apabila Belanda menjajah, mereka membawa fahaman Protestant. Permusuhan menebal mereka dengan Portugis

____________________________________________________________

Dakwah Islamiyyah Dalam Mendepani Gerakan Pemurtadan Di Malaysia Muka surat 25

Billy Graham pernah berkata “I don't know of anyone who had done more for the kingdom of God than Norman and Ruth Peale or have meant any more in my life for the encouragement they have given me.”62 Peale adalah juga seorang ahli Scottish Rite Freemason.

Di samping program latihan dari tokoh-tokoh motivasi dan “management gurus” Kristian yang tersohor sebegini, terdapat juga program dan aktiviti berunsur motivasi kendalian tempatan yang terdapat unsur-unsur Kristian ataupun melibatkan penganjuran oleh pertubuhan berkaitan gereja. Antaranya, satu program yang disebut sebagai “Change Your World (CYW) Journey” di bawah modul “Quest” yang dikatakan telah dihadiri lebih 12,000 remaja di lebih30 buah sekolah dan kolej di seluruh Negara.63 Di kalangan pelajar sekolah yang hadir termasuk pelajar-pelajar Islam (dan bertudung!). Program CYW Journey yang dimulakan semenjak tahun 2009 dianjurkan oleh “gerakan” Change Your World (CYW) yang diasaskan oleh Kelvin Lim bersama isterinya, Cathryn. Kaedah yang digunakan ialah “Change Your World uses these creative tools especially music and creative arts in their engagement to Save Lives with the young generation.”64

CYW dan kedua-dua pengasas ini ada hubungkaitnya dengan 1 Accord Ministry (www.1am.com.my) dan gereja Eaglepoint (www.eaglepoint.org.my/). Nama-nama mereka tercatit sebagai “pastoral team” dan sememangnya mereka mengguna kaedah hiburan muzik untuk gereja mereka.

3.8 Marketplace Ministry

a. “Marketplace ministry” adalah suatu kaedah pendakyahan yang menumpu sasaran kerja-kerja pemurtadan di lapangan tempat kerja yang sekular berbanding dengan pendakyahan di rumah-rumah atau pun di gereja.

b. Kumpulan inilah yang telah menganjurkan satu majlis yang disebut sebagai satu pertemuan paderi-paderi yang telah berikrar menjadikan

62 Ucapan Billy Graham di National Council of Churches, June 12, 1966, http://self-

improvement.johor-bahru-insurance.com/Chronology:Norman_Vincent_Peale – diakses 23 September 2012.

63 What is CYW Journey?, Change Your World,

http://www.changeyourworld.com.my/events/journey/ - diakses 23 September 2012.

64 http://www.changeyourworld.com.my/about-us/ - diakses 23 September 2012.

Page 27: Tema: Dakwah Islamiyyah Sebagai Kekuatan Ummah · PDF fileSabit di kota Melaka.11 c. Apabila Belanda menjajah, mereka membawa fahaman Protestant. Permusuhan menebal mereka dengan Portugis

____________________________________________________________

Dakwah Islamiyyah Dalam Mendepani Gerakan Pemurtadan Di Malaysia Muka surat 26

Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan.65 Selain dari Marketplace Penang majlis tersebut turut dianjur oleh National Evangelical Christian Fellowship, Global Day of Prayer dan Penang Pastors Fellowship.66

c. Kumpulan Marketplace Ministry Penang turut menjadi antara penganjur “Transforming Our City Together (TOCT) Conference”. Malah pada TOCT 2011 satu keluarga Melayu dari Melaka turut sama dibawa ke Pulau Pinang dan diraikan kehadiran mereka sekeluarga. Dalam konferen “Externally Focused Church (EFC) Leadership Summit 2010,” sebelum ditukar nama kepada TOCT, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, adalah salah seorang penceramah jemputan.

d. Malah dalam kumpulan yang disebut Marketplace Ministry ini turut terdapat ramai tokoh/aktivis politik yang terlibat. Dan ini bersesuaian juga dibincang dalam topik berikut.

3.9 Penglibatan Dalam Arena Politik

a. Resolusi perhimpunan Christian Federation Malaysia (CFM) 17-20 Februari 1987 mahukan lebih ramai ahli politik dari kalangan pemimpin Kristian. Melalui kuasa yang ada pada mereka sudah tentu memudahkan urusan mereka.67

b. Bilangan menteri kabinet beragama Kristian sekarang berjumlah 5 orang68 dari jumlah seramai 28 orang. Ini bermakna seramai 18% dari ahli kabinet adalah beragama Kristian berbanding hanya kurang 10% sahaja penduduk Malaysia beragama Kristian.

c. Malah jika diamati dari kenyataan-kenyataan dan pendirian yang dibuat oleh ahli-ahli politik beragama Kristian ini mereka adalah lebih lantang dalam menentang dasar dan polisi Negara dan malah mereka juga banyak menyuarakan bantahan mereka dalam hal-hal tindakan agensi-agensi

65 Rokiah Abdullah dan Mohd. Khuzairi Ismail, Malaysia negara Kristian? Utusan

Malaysia, 7 Mei 2011.

66 Christians Accused of Trying to Turn Malaysia Into Christian State, The

Christian Post, 10 Mei, 2011http://www.christianpost.com/news/christians-accused-of-trying-to-turn-malaysia-into-christian-state-50160/#AL5WOgrEpJvJbgRC.99 – diakses 16 September 2012.

67 Ghazali Basri, Gerakan Kristian, Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi,

1999, hal. 57-58.

68 Ahli menteri kabinet beragama Kristian adalah Idris Jala, Maximus Ongkili, Peter

Chin, Bernard Dompok dan Douglas Uggah Embas.

Page 28: Tema: Dakwah Islamiyyah Sebagai Kekuatan Ummah · PDF fileSabit di kota Melaka.11 c. Apabila Belanda menjajah, mereka membawa fahaman Protestant. Permusuhan menebal mereka dengan Portugis

____________________________________________________________

Dakwah Islamiyyah Dalam Mendepani Gerakan Pemurtadan Di Malaysia Muka surat 27

agama Islam dan turut mencampuri perkara-perkara dalaman agama Islam.

d. Di dalam pakatan politik pembangkang turut mempunyai ramai tokoh dari anutan Kristian. Strategi dan agenda politik ini nampak ketara dengan kenyataan-kenyataan media yang dikeluarkan oleh pihak gereja berhubung isu-isu politik termasuk seruan mengundi untuk PRU 13 nanti.69

3.10 Pusat Rujukan Pangkalan Data yang lengkap

Gerakan dakyah dan permurtadan Kristianisasi sedunia dilengkapi dengan pusat-pusat rujukan dan pangkalan data yang lengkap bagi menyalurkan maklumat yang tepat untuk mereka mengatur strategi dan membantu aktivis mereka di lapangan. Antara yang sempat disenaraikan di sini, sekadar memberi gambaran sahaja, ialah:

a. Joshua Project:

Joshua Project is a research initiative seeking to highlight the ethnic people groups of the world with the fewest followers of Christ. Accurate, regularly updated ethnic people group information is critical for understanding and completing the Great Commission.70 Joshua Project sebelum ini dikenali sebagai AD2000 and Beyond - A Church for Every People and the Gospel for Every Person by the Year 2000 (http://www.ad2000.org/).

b. World Christian Database: The World Christian Database provides comprehensive statistical information on world religions, Christian denominations, and people groups.71

c. Global Mapping International: Global Mapping International (GMI) is an international team of evangelical research, GIS and IT professionals passionate about informing, equipping,

69 A Call To Prayer For The Church & Our Nation Malaysia, http://www.24-

7prayer.com/blog/1596 dan 13th General Election Pray & Vote, http://www.necf.org.my/newsmaster.cfm?&menuid=45&parentid=144&action=view&retrieveid=1390 - diakses 23 September 2012.

70 What is Joshua Project? http://www.joshuaproject.net/joshua-project.php - diakses

22 September 2012.

71 The World Christian Database, http://www.worldchristiandatabase.org/wcd/ - diakses

22 September 2012.

Page 29: Tema: Dakwah Islamiyyah Sebagai Kekuatan Ummah · PDF fileSabit di kota Melaka.11 c. Apabila Belanda menjajah, mereka membawa fahaman Protestant. Permusuhan menebal mereka dengan Portugis

____________________________________________________________

Dakwah Islamiyyah Dalam Mendepani Gerakan Pemurtadan Di Malaysia Muka surat 28

and connecting the Church for more appropriate and effective mission. Our mission is to produce and present world-class research that fuels emerging mission movements and leaders. Our highest priority is serving and empowering evangelical leaders in the developing world. We often work within partnerships, serving with like-minded organizations and associates around the world.72 Antara bahan yang dihasilkan oleh GMI adalah “Operation World” yang merupakan “a reference book and prayer guide” untuk digunapakai oleh penganut Kristian seluruh membacakan doa untuk masyarakat dan negera yang tertentu.

3.11 Dialog Antara Agama

a. Dialog antara agama turut digunakan sebagai salah satu strategi pihak

gereja dalam gerakan dakyah mereka. Jikapun persetujuan tidak dapat dicapai dalam dialog tersebut “sekurang-kurangnya segala rintihan mereka dapat didengar.”73

b. Malah mereka tidak berpuashati apabila pihak Islam tidak menyertai

Malaysian Consultative Council of Buddhism, Christianity, Hinduism, Sikhism and Taoism (MCCBCHST) – ringkasnya “Majlis Kafir” - yang mereka harap dapat memberi ruang untuk tujuan ini. Walaupun antara tujuan asalnya adalah untuk dialog antara agama namun mereka kerap mencampuri dan mendesak Kerajaan dan agensi-agensi Islam dalam isu-isu pentadbiran agama Islam.

c. Kaedah dialog “low profile” turut diguna untuk mencari pelbagai kaedah dan usaha untuk paling kurang merosakkan aqidah umat Islam. Meletakkan asas-asas kesamaan dalam dialog seperti ini umpama menyamakan Islam dengan agama-agama dan kepercayaan lain. Ini pun sudah cukup untuk mereka capai agar kita mengiktiraf agama mereka dan sudah pasti rosaklah aqidah kita dengan cara itu.

3.12 Isu Kalimah Allah

a. Isu Kalimah Allah bukanlah suatu isu terpencil dan bukan juga satu isu

bahasa samada boleh atau tidak puak Kristian menggunakan istilah ini.

72 Global Mapping International (GMI) - Researchers and information technologists

serving the global Church, http://www.gmi.org/about-us/who-we-are/ - diakses 22 September 2012.

73 ibid., Ghazali Basri, hal. 56.

Page 30: Tema: Dakwah Islamiyyah Sebagai Kekuatan Ummah · PDF fileSabit di kota Melaka.11 c. Apabila Belanda menjajah, mereka membawa fahaman Protestant. Permusuhan menebal mereka dengan Portugis

____________________________________________________________

Dakwah Islamiyyah Dalam Mendepani Gerakan Pemurtadan Di Malaysia Muka surat 29

Isu ini adalah isu strategi yang dirancang sekian lama bagi memberi impak yang sukar diperolehi tanpanya.

b. Dalam satu perjumpaan di Amerika Syarikat pada tahun 2010 yang mengumpulkan para mubaligh dari pelbagai pertubuhan dakyah Kristian yang ternama yang melakukan kerja-kerja dakyah di negara-negara Islam merumuskan kejayaan kerja-kerja mereka hasil dari strategi menterjemahkan bible dan bahan-bahan bacaan Kristian dalam bahasa tempatan dan terutamanya penggunaan “kalimah Allah”.74 Ini semua dilaporkan sendiri dalam sebuah majalah Kristian. (baca Lampiran 4 untuk maklumat lanjut)

c. Malah perancangan strategi dan cadangan untuk menterjemah ke bahasa-bahasa tempatan dan menggunakan istilah-istialah yang orang Islam biasa guna ini telahpun tercatat dalam risalah dan buku yang diterbitkan semenjak kurun ke 19 lagi. Dan Bahasa Melayu telahpun dikenalpasti di antara bahasa yang perlu diterjemahkan kepada. 75

74 Collin Hansen, The Son and the Crescent: Bible translations that avoid the phrase "Son of God" are bearing dramatic fruit among Muslims. But that translation has some missionaries and scholars dismayed, Christianity Today, Februari 2011 –http://www.christianitytoday.com/ct/2011/february/soncrescent.html – akses 25 Ogos 2012

75 Barton, The Christian Approach to Islam, 1918, hal. 225.

Pelbagai bahan bacaan dalam Bahasa Melayu yang boleh dicapai di alam maya

Page 31: Tema: Dakwah Islamiyyah Sebagai Kekuatan Ummah · PDF fileSabit di kota Melaka.11 c. Apabila Belanda menjajah, mereka membawa fahaman Protestant. Permusuhan menebal mereka dengan Portugis

____________________________________________________________

Dakwah Islamiyyah Dalam Mendepani Gerakan Pemurtadan Di Malaysia Muka surat 30

3.13 Kelemahan ummah

Aspek kelemahan ummah membantu usaha pendakyahan Kristian. Ummah yang serba kekurangan ini memudahkan untuk penjenayah akidah menusuk jarum-jarum hasutan mereka bagi memperdaya untuk menerima tipu-helah dakyah terselindung Kristian. Di antara faktor yang menyumbang kepada aspek kelemahan ummah ialah:

a. Kekurangan Ilmu dan maklumat b. Kurang kesedaran c. Kemiskinan dan kemunduran ekonomi d. Sikap tidak peduli e. Perpecahan Ummah

Perbincangan lanjut aspek-aspek ini boleh disumbang saran secara berasingan dengan mencari jalan dan ikhtiar untuk memperbaiki kelemahan-kelemahan ini. 3.14 Konglomerat Sebaran Kristian dan Gerakan Global

Walaupun dilihat gereja-gereja dan pertubuhan-pertubuhan Kristian bergerak dalam autonomi dan aktiviti masing-masing, namun kebanyakkannya bergabung atau mempunyai afiliasi dengan rangkaian konglomerat global yang lebih besar. Terdapat puluhan konglomerat seperti ini, antara boleh disebut di sini:

a. World Vision International – largest evangelical relief and development umbrella organization whose stated goal is "to follow our Lord and Saviour Jesus Christ in working with the poor and oppressed to promote human transformation, seek justice and bear witness to the good news of the Kingdom of God". Total revenue including grants, product and foreign donations for 2008 was $2.6 billion, employs over 40,000 people. World Vision is a major evangelical corporation that works in partnership with the US Govt. and as effectively a branch or a division of the State Department of US Government.76

b. Partners International - We have been a pioneer and recognized leader in mission partnerships with indigenous ministries since 1943.We identify indigenous Christian leaders and partner with them to advance God's Kingdom in the least Christian regions of the world. OUR PARTNERS are local Christians who have a visionary passion to share God's love with

76 Iain Buchanan, The Armies Of God: A Study In Militant Christianity, Citizens

International, 2010.

Page 32: Tema: Dakwah Islamiyyah Sebagai Kekuatan Ummah · PDF fileSabit di kota Melaka.11 c. Apabila Belanda menjajah, mereka membawa fahaman Protestant. Permusuhan menebal mereka dengan Portugis

____________________________________________________________

Dakwah Islamiyyah Dalam Mendepani Gerakan Pemurtadan Di Malaysia Muka surat 31

their own people. They speak the language, understand the culture, and live at the same economic level as the people they serve.77

c. Joshua Project is a research initiative seeking to highlight the ethnic people groups of the world with the fewest followers of Christ. Accurate, regularly updated ethnic people group information is critical for understanding and completing the Great Commission. Joshua Project gathers, integrates and shares people group information to encourage pioneer church-planting movements among every ethnic group and to facilitate effective coordination of mission agency efforts. Joshua Project compiles the work of numerous missions researchers to develop a list of all ethnic peoples that is as complete as possible.78

d. Lausanne Movement – atau Lausanne Committee for World Evangelization (LCWE) – adalah “Evangelical Christian movement that grew out of the 1974 International Congress on World Evangelization (ICOWE) and promotes active worldwide evangelism.”79 Perjumpaan 1974 di Lausanne, Switzerland itu disebut oleh Time Magazine sebagai “possibly the widest-ranging meeting of Christians ever held … ”80 Pertubuhan ini dikaitkan dengan Billy Graham dan majalah Christianity Today.

3.15 Gerakan Kristian Zionis (Christian Zionism) Gerakan ini bukanlah suatu yang sangat baru. Ianya adalah gerakan fahaman Kristian yang menyokong sepenuhnya penubuhan dan kekalnya negara rejim Zionis Israel. Istilah ini pertama kali digunakan pada sekitar 1880 sebelum tertubuhnya negara Israel. Tetapi mulai zaman itu bermulanya gerakan membawa pulang orang-orang Yahudi bumi mereka yang disebut

77 http://www.partnersintl.org/about/us/distinctives

78 http://www.joshuaproject.net/joshua-project.php - diakses 15 September 2012.

79 http://www.lausanne.org/en/about - diakses 15 September 2012.

80 Religion: A Challenge from Evangelicals, Time Magazine, 5 Ogos 1974,

http://www.time.com/time/magazine/article/0,9171,879423,00.html - diakses 15 September 2012.

Gambar 2 - Kibaran bendera Israel dalam majlis keagamaan dalam gereja di Malaysia

Page 33: Tema: Dakwah Islamiyyah Sebagai Kekuatan Ummah · PDF fileSabit di kota Melaka.11 c. Apabila Belanda menjajah, mereka membawa fahaman Protestant. Permusuhan menebal mereka dengan Portugis

____________________________________________________________

Dakwah Islamiyyah Dalam Mendepani Gerakan Pemurtadan Di Malaysia Muka surat 32

dalam Bible (the return of the Jewish people to its biblical homeland in Israel.)81 Pentingnya disebut di sini kerana pengaruh ini telah tersebar luas di Tanah Air kita. Rata-rata gereja yang pelbagai di negara kita ini mempunyai afiliasi dan hubungan rapat dengan pertubuhan gereja yang besar di Amerika Syarikat. Hampir kebanyakan mereka ini berpegang teguh dengan pendirian “to stand up and speak up for Israel.”82 Dan hampir kesemua tokoh pendakyah yang tersohor dan “televangelist” di Amerika Syarikat terlibat dengan terbuka menyuarakan sokongan terhadap konsep Zionis Kristian, termasuk Jerry Falwell, (Moral Majority), Pat Robertson (Christian Broadcasting Network) dan ramai lagi. Mereka semua, dari pelbagai denominasi, bergabung di bawah pertubuhan pro-Israel yang terbesar yang dipanggil Christians United for Israel (CUFI) [http://www.cufi.org] dan berbangga dengan keahlian seramai lebih 1.1 juta orang. Gereja-gereja di Malaysia yang jelas berfahaman sebegini dilihat turut mengibarkan bendera Israel dalam majlis-majlis mereka termasuk memainkan pelbagai peralatan simbolik anutan Yahudi. 3.16 Gerakan Kristian Militan

Satu lagi gerakan yang wajar dipantau dan penting untuk para pendakwah mengambil tahu ialah terdapat gerakan atau pertubuhan-pertubuhan Kristian Militan. Kumpulan seperti ini jika mereka adalah orang Islam sudah pasti mereka akan dipanggil penganas (terrorist). Antara yang jelas mengaku sendiri status gerakan militant mereka ialah yang diasaskan oleh Erik Prince pada 1997 dan bergerak di bawah “syarikat tentera swasta” yang dikenali sebagai Blackwater USA (sebelum itu dikenali sebagai Xe [sebutannya ‘zi’] tetapi kini dikenali sebagai Academi). Inilah kumpulan “askar” upahan yang banyak melakukan keganasan terutamanya semasa penaklukan Amerika di Iraq. Mereka adalah syarikat kontraktor keselamatan terbesar di bawah Jabatan Negara Amerika Syarikat (U.S. State Department).83

81 David Krusch, Christian Zionism,

http://www.jewishvirtuallibrary.org/jsource/Zionism/christianzionism.html - diakses 24 September 2012.

82 John Hagee, Understanding Christian Zionism, The Washington Post, 19

September 2012, http://www.washingtonpost.com/blogs/guest-voices/post/understanding-christian-zionism/2012/09/19/abd47aa6-0282-11e2-8102-ebee9c66e190_blog.html - diakses 24 September 2012.

83 Sebuah buku 464 muka surat bertajuk “Blackwater: The Rise of the World's Most

Powerful Mercenary Army” ditulis seorang wartawan bebas Jeremy Scahill, diterbit

oleh Nation Books pada 2007, menceritakan dengan lanjut dan detail kisah penubuhan dan kontrak-kontrak yang diperolehi oleh Blackwater.

Page 34: Tema: Dakwah Islamiyyah Sebagai Kekuatan Ummah · PDF fileSabit di kota Melaka.11 c. Apabila Belanda menjajah, mereka membawa fahaman Protestant. Permusuhan menebal mereka dengan Portugis

____________________________________________________________

Dakwah Islamiyyah Dalam Mendepani Gerakan Pemurtadan Di Malaysia Muka surat 33

Erik Prince dikatakan pernah mengaku beliau sebagai tentera salib Kristian yang ditugas menghapuskan orang Islam dan agama Islam dari muka bumi ini (as a Christian crusader tasked with eliminating Muslims and the Islamic faith from the globe).84 3.17 Lain-lain

Terlalu banyak untuk diperkatakan berhubungan pendakyahan dan Kristianisasi yang dilakukan mereka serta isu-isu berkaitan. Secara ringkas disebut beberapa lagi seperti berikut:

a. Kapal Logos Hope

Perpustakaan bergerak. M.V. Logos Hope ini dikatakan sebagai pesta buku terapung yang terbesar di dunia.85 Ia berlayar ke seluruh dunia sambil singgah berlabuh di beberapa pelabuhan terpilih. Ketika berlabuh, selain menjemput orang ramai naik ke kapal mereka, krew mereka turut mengadakan pelbagai program “kemasyarakatan” (dakyah) di hospital, rumah kebajikan dan sebagainya.

Kapal ini pernah berlabuh di pelabuhan Pulau Pinang, pelabuhan Klang dan di Sabah dan Sarawak. Pelawat pameran buku mereka termasuk orang-orang Islam kita dan aktiviti “kemasyarakatan” mereka turut melibatkan orang-orang Islam.

b. “Prayer”

Istilah diguna di sini ialah “prayer” dan tidak doa, solat atau sembahyang bagi membezakannya dengan ibadat orang Islam.

Atau tonton komentari TV siaran MSNBC (8 minit) oleh Keith Theodore Olbermann, penulis dan pengkritik politik Amerika, yang membongkar kekejaman dan kaitan Erik Prince dan Blackwater dengan tokoh-tokoh politik Amerika Syarikat dalam Youtube bertajuk

a. Erik Prince: Christian Crusader or Murdering Mercenary” http://www.youtube.com/watch?v=Oit0OcWUFGM, dan

b. Blackwater's Christian Crusaders http://www.youtube.com/watch?v=Kq6E0MIeGvQ

84 Erik Prince and the last crusade, The Economist, 6 Ogos 2009,

http://www.economist.com/blogs/democracyinamerica/2009/08/erik_prince_and_the_last_crusa

85 http://www.gbaships.org/

Page 35: Tema: Dakwah Islamiyyah Sebagai Kekuatan Ummah · PDF fileSabit di kota Melaka.11 c. Apabila Belanda menjajah, mereka membawa fahaman Protestant. Permusuhan menebal mereka dengan Portugis

____________________________________________________________

Dakwah Islamiyyah Dalam Mendepani Gerakan Pemurtadan Di Malaysia Muka surat 34

Pelbagai program “prayer” dilakukan untuk pelbagai tujuan. Namun terdapat dua jenis “prayer” yang perlu aktivis dakwah di negara ini ambil maklum. Pertama, “prayer” anjuran gereja-gereja tempatan sempena sambutan Jubilee (sambutan ini dibicara lanjut di bawah). “Prayer” sempena sambutan Jubilee turut mengambil sempena PRU13.86 Kedua, ialah “prayer” anjuran gerakan Kristian antarabangsa untuk umat Islam keseluruhannya dan untuk orang Melayu Islam di Malaysia. Mereka mengambil kesempatan bulan Ramadhan untuk “prayer” agar orang Islam ”menemui Jesus”.87 Tumpuan khas turut dibuat sempena Laylatul Qadr (!).88 Turut dilakukan mereka ialah “prayer” agar ada orang Melayu yang akan menganut Kristian dan menjadi pemimpin untuk melakukan kerja-kerja dakyah bagi memurtadkan orang-orang Melayu lain (Pray for the emergence of spiritual leaders among the Malay to proclaim the Gospel, teach, and pastor their own people.)89

Kenyakinan mereka akan “prayer” ini amat kuat dan terdapat banyak pusat/institusi khas untuk tujuan ini. Salah satunya “The World Prayer Center”

86 Prayer United: Year of Jubilee Celebrations,

http://www.necf.org.my/newsmaster.cfm?&menuid=43&action=view&retrieveid=1433 – diakses 24 September 2012.

87 Untuk bacaan lanjut, boleh dirujuk di beberapa laman sesawang berikut:

a. http://www.30-days.net/ministry/aboutus/, b. http://www.cbn.com/cbnnews/world/2011/July/Christians-Use-Ramadan-for-

Muslim-Outreach/ Kedua-duanya diakses pada 25 September 2012.

88 Dalam “40 Days of Fasting and Prayer for Muslims,” disebut “ 27th night of

Ramadan , called Laylat al-Qadr (Night of Power)” orang lebih mudah dan terbuka dengan “visions and supernatural guidance” yang bakal diterima dari “prayers” mereka (orang-orang Kristian), http://www.jmm.org.br/index.php?option=com_content&task=view&id=4927&Itemid=275 – diakses 23 September 2012 – dalam bahasa Portugis.

89 Muslims in Malaysia, 30-Days Ministry, http://www.30-days.net/muslims/muslims-

in/asia-east/muslims-in-malaysia/ – diakses 24 September 2012.

Page 36: Tema: Dakwah Islamiyyah Sebagai Kekuatan Ummah · PDF fileSabit di kota Melaka.11 c. Apabila Belanda menjajah, mereka membawa fahaman Protestant. Permusuhan menebal mereka dengan Portugis

____________________________________________________________

Dakwah Islamiyyah Dalam Mendepani Gerakan Pemurtadan Di Malaysia Muka surat 35

dianggap yang paling hebat dan lengkap sebagai “is hailed by some evangelicals as “the Pentagon of modern Christianity” or “God’s Air Command”.90”

c. Jubilee Celebration

Jubilee yang disebut oleh penganut Kristian di Malaysia dikaitkan dengan menyambut ulangtahun penubuhan Malaysia pada tahun 1963.91 Dengan kiraan pusingan yang mereka tetapkan maka kini tiba untuk sambutan Jubilee besar-besaran. Di bawah sambutan Jubilee 2012, gereja-geraja digesa untuk mengadakan “prayer” khas di seluruh negara dengan ada yang menyusun melalui jaringan pelbagai gereja agar “prayer” ini tidak putus-putus untuk tempoh sebulan.92

Ada juga mengaitkan “prayer” khas dan Jubilee ini dengan kemungkinan besar Pilihanraya Umum akan diadakan pada tahun ini.93 “Prayer”khas PRU13 ini bagi tujuan “Electing Politicians Who Are Competent and Genuine, and Committed to Integrity and Justice” dan yang disarankan dalam “prayer” mereka dalam isu PRU 13 ini adalah agar: 94

i. Pray that our citizens will have the discernment and wisdom to elect sincere

and politically competent leaders who will govern the nation with compassion, integrity, righteousness and justice.

ii. Pray that Christians will take their responsibility as voters seriously and do what is right.

iii. Pray that in the up-coming 13th General Elections that God will so overrule that governments which will be faithful to the mandate to rule for the good of the nation will come into power. Pray specially against the work of unseen spiritual powers that seek to keep the nation under their control through evil of all kinds.

90 Iain Buchanan, The Armies Of God: A Study In Militant Christianity, Citizens

International, 2010, hal. 97.

91 Pressing in for Malaysia to fulfil her Jubilee destiny,

http://www.jubileemalaysia.com/about dan What does JUBILEE mean? http://ccmalaysia.org/index.php/2012/09/prayer-united-calling-all-churches-to-pray-together/ - diakses 22 September 2012

92 Prayer United: Calling All Churches to Pray Together,

http://ccmalaysia.org/index.php/2012/09/prayer-united-calling-all-churches-to-pray-together/

93 A Call To Prayer For The Church & Our Nation Malaysia, http://www.24-

7prayer.com/blog/1596

94 ibid., perkara 9.

Page 37: Tema: Dakwah Islamiyyah Sebagai Kekuatan Ummah · PDF fileSabit di kota Melaka.11 c. Apabila Belanda menjajah, mereka membawa fahaman Protestant. Permusuhan menebal mereka dengan Portugis

____________________________________________________________

Dakwah Islamiyyah Dalam Mendepani Gerakan Pemurtadan Di Malaysia Muka surat 36

Satu pekeliling turut disebarkan oleh National Evangelical Christian Fellowship (NECF) berhubung PRU13.95 Ini semua mengambarkan agenda politik Kristian di Malaysia semakin ketara dan berani. (rujuk kembali di atas #3.9-Penglibatan Dalam Arena Politik m.s. 27)

Dirasakan setakat apa yang disenarai di atas ini terlalu ringkas untuk kita lihat dengan penuh kesungguhan dalam mengkaji dan memantau gerakan dakyah pemurtadan ini. Dan ini hanyalah satu aspek pemurtadan umat – banyak lagi aspek yang perlu kita sama-sama teliti dan mungkin tidak dapat kita cam kesemua perancangan musuh yang penuh muslihat.

95 13th General Election Pray & Vote,

http://www.necf.org.my/newsmaster.cfm?&menuid=45&parentid=144&action=view&retrieveid=1390

Page 38: Tema: Dakwah Islamiyyah Sebagai Kekuatan Ummah · PDF fileSabit di kota Melaka.11 c. Apabila Belanda menjajah, mereka membawa fahaman Protestant. Permusuhan menebal mereka dengan Portugis

____________________________________________________________

Dakwah Islamiyyah Dalam Mendepani Gerakan Pemurtadan Di Malaysia Muka surat 37

4 Mendepani Gerakan Pemurtadan Setelah melihat betapa meluas dan terencananya gerakan pemurtadan Kristianisasi dan bagi mendepaninya,dakwah Islamiyyah di negara kita ini mesti bergerak dengan beberapa saranan yang tidak hanya terhad kepada senarai berikut: 4.1 Berencana – menyeluruh dan strategik

a. Dakwah Islamiyyah mesti mempunyai perencanaan yang menyeluruh dan

strategik sifatnya.

b. Perlu adalah perancangan yang melihat dalam perspektif jangkauan yang jauh tanpa melupakan isu-isu terkini.

c. Maka perlu ada perancangan strategi jangka panjang dan strategi jangka pendek.

4.2 Efisien dan efektif

a. Perancangan strategik yang dirangka mesti melihat aspek kecekapan dan

keberkesanan bagi mencapai objektifnya.

b. Mengguna segala kaedah, teknik dan teknologi terkini – baik bagi penyampaian dakwah mahupun keberkesanan tindakan.

4.3 Kepelbagaian

a. Program dan aktiviti mesti pelbagai bagi memenuhi pelbagai aspek

kaedah dan teknik dakwah dan sasaran yang ditumpukan.

b. Tumpuan bukan sahaja sasaran dalaman (orang-orang Islam) tetapi mesti meletakkan keutamaan untuk mengIslamkan mereka yang bukan Islam.

c. Lain kelompok sasaran mungkin perlukan kelainan strategi dan kaedah mendampingi mereka.

4.4 Sokongan Dana

a. Bermula dari kajian dan perancangan hingga melaksana serta menilai

keberkesanan gerak kerja dakwah Islamiyyah memerlukan sumber dana yang banyak.

Page 39: Tema: Dakwah Islamiyyah Sebagai Kekuatan Ummah · PDF fileSabit di kota Melaka.11 c. Apabila Belanda menjajah, mereka membawa fahaman Protestant. Permusuhan menebal mereka dengan Portugis

____________________________________________________________

Dakwah Islamiyyah Dalam Mendepani Gerakan Pemurtadan Di Malaysia Muka surat 38

b. Sokongan dana yang mencukupi mesti dikenal pasti untuk mendapat aliran yang berterusan.

c. Tidak hanya mengharapkan dana dari sumber-sumber kerajaan sahaja (walaupun menjadi satu kemestian untuk agensi Islam kerajaan membantu).

4.5 Perlindungan Perlembagaan dan Enakmen

a. Kita wajar bersyukur kerana kita telah mewarisi negara kita yang telah dirangka sebegitu rupa dengan perlindungan yang ada dari aspek perlembagaan negara dan pelbagai enakmen yang luluskan bagi memastikan Islam didaulatkan.

b. Sememangnya berdasarkan Perlembagaan Persekutuan, Islam adalah agama negara. Dan segala dasar dan perlaksanaan agenda Kerajaan MESTI berlandaskan Islam. Itu adalah kelebihan dan istimewanya persekutuan yang dibentuk hasil dari kesepakatan Raja-raja Melayu hingga terbentuknya Malaysia hari ini. Maka, “Kerajaan Negeri atau kerajaan Persekutuan hanya dibenarkan oleh perlembagaan untuk menubuhkan atau membantu menubuhkan apa-apa institusi berkaitan agama Islam.”96

c. Ditambah lagi, Perkara 11 (4) Perlembagaan Persekutuan, adalah jelas menetapkan bahawa Undang-undang Negeri dan berkenaan dengan Wilayah-wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama di kalangan orang yang menganuti agama Islam.

4.6 Kekuatan dan keberanian politik

a. Menurut al-Mawardi, pemerintah dan pemimpin Islam Melayu negara

MESTI ada kekuatan dan keberanian politik untuk melaksanakan kewajipan menjaga agama Islam di negara ini.

96 Haji Naser Disa, 10 Salah Tanggapan Mengenai Kedudukan Islam Di Malaysia,

kertas pembentangan di “Seminar Mendaulatkan Islam sebagai Agama Negara”(SEMAIAN) di Masjid Negeri Shah Alam pada 17 Ogos 2011; dan di Konvensyen Pemacuan Tranformasi Sistem Perundangan Islam Di Malaysia anjuran IKIM dan MAIS pada 5-6 April 2011 - http://akarimomar.wordpress.com/2011/08/23/10-salah-tanggapan-mengenai-kedudukan-islam-di-malaysia/ - diakses 26 September 2012.

Page 40: Tema: Dakwah Islamiyyah Sebagai Kekuatan Ummah · PDF fileSabit di kota Melaka.11 c. Apabila Belanda menjajah, mereka membawa fahaman Protestant. Permusuhan menebal mereka dengan Portugis

____________________________________________________________

Dakwah Islamiyyah Dalam Mendepani Gerakan Pemurtadan Di Malaysia Muka surat 39

b. Dalam pada itu, menjadi kewajipan seluruh umat Islam untuk menyokong usaha menjaga agama Islam di negara ini.

c. Pemerintah dan rakyat wajib bersama-sama berganding mempertahankan kedaulatan Islam sebagai agama negara.

4.7 Penekanan Ilmu

a. Kefahaman yang betul menjadi asas memelihara aqidah yang tulen.

Faham ilmu yang betul seperti digariskan oleh Al-Ustaz Muhammad Uthman El-Muhammady dalam “Epistemologi Ahlis-Sunnah Wal-Jama'ah Dan Kepentingannya Dalam Pembinaan Tamadun”97 dengan memperincikan cawangan-cawangan Ilmu Ahlis-Sunnah dan ciri-cirinya termasuk juga keperluan memahami ilmu-ilmu lain dengan melihat melalui cerminan Ahli Sunnah wal Jamaah iaitu yang baku, menyeluruh dan sepadu itu sebagai tempat sandaran terakhir dalam fahaman dan amalan serta nilai-nilai kita.98

b. Pelbagai aspek penerbitan bahan, sebaran dan majlis-majlis ilmu mesti diperbanyakkan. Tumpuan sasaran dan kaedah penyampaian perlu dikaji keberkesanannya.

c. Pemantauan terhadap sebaran ilmu dan fahaman yang bercanggah dan menyesatkan mesti diperkemaskan bagi membendung mereka dari tersebar mengelirukan masyarakat umum.

4.8 Sebaran Maklumat

a. Di zaman komuniskasi dan teknologi maklumat sekarang, sebaran

maklumat yang betul dan mudah diakses amat perlu. Maklumat mesti betul dan tepat. Maklumat mesti luas sebarannya dan mudah dicapai apabila diperlukan di mana sahaja.

97 Muhammad Uthman El-Muhammady, Epistemologi Ahlis-Sunnah Wal-Jama'ah

Dan Kepentingannya Dalam Pembinaan Tamadun, http://blogtraditionalislam.wordpress.com/2009/03/27/epistemologi-ahlis-sunnah-wal-jamaah-dan-kepentingannya-dalam-pembinaan-tamadun - diakses 25 September 2012.

98 Muhammad Uthman El-Muhammady, Pengembalian Semula Kepada Fahaman

dan Penghayatan Faham Ilmu Ahlis-Sunnah Dalam Konteks Alam Globalisasi Masakini, http://blogtraditionalislam.wordpress.com/2009/10/22/pengembalian-semula-kepada-penghayatan-faham-ahlissunnah - diakses 25 September 2012.

Page 41: Tema: Dakwah Islamiyyah Sebagai Kekuatan Ummah · PDF fileSabit di kota Melaka.11 c. Apabila Belanda menjajah, mereka membawa fahaman Protestant. Permusuhan menebal mereka dengan Portugis

____________________________________________________________

Dakwah Islamiyyah Dalam Mendepani Gerakan Pemurtadan Di Malaysia Muka surat 40

b. Untuk memastikan kaedah penyampaian maklumat yang berkesan ini segala teknologi dan media terkini mesti digunakan. Umat Islam mesti melebihi kehebatan yang dirangka oleh musuh kita.

4.9 Gerakan “Vigilante”

Tindakan dan gerakan yang disebut sebagai “vigilante” adalah sebenar berdasarkan suruhan dalam ayat Al-Quran berhubung Amar Maaruf Nahi Mungkar:99

Dan hendaklah ada di antara kamu, sebahagian yang mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.100 Ayat ini dengan jelas memberi arahan bahawa hendak ada di kalangan kita umat Islam yang menyeru kepada kebaikan dan menghalang sebarang kemungkaran dari berlaku. Jika usaha “vigilante” seperti ini tidak wujud dalam satu-satu masyarakat maka kita tidak lagi mendapat pengiktirafan sebagai sebaik-baik umat:

Kamu umat terbaik, yang dihantar kepada seluruh manusia, kerana kamu mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran dan kamu beriman kepada Allah.101

99 Terdapat banyak ayat yang memerintah kita untuk amar maaruf nahi mungkar di

dalam Al-Quran yang tidak akan disebutkan semuanya di sini.

100 Al-Quran, surah Ali Imran: ayat 104

Page 42: Tema: Dakwah Islamiyyah Sebagai Kekuatan Ummah · PDF fileSabit di kota Melaka.11 c. Apabila Belanda menjajah, mereka membawa fahaman Protestant. Permusuhan menebal mereka dengan Portugis

____________________________________________________________

Dakwah Islamiyyah Dalam Mendepani Gerakan Pemurtadan Di Malaysia Muka surat 41

Kita menjadi ummah terbaik kerana, antaranya, kita melaksanakan amar maaruf nahi mungkar.

4.10 Kesepakatan dan kesatuan Ummah Bagi melaksanakan usaha amar maaruf nahi mungkar ini, Al-Quran menyebut pra-syaratnya sebagai:

Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam) dan janganlah kamu bercerai-berai dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang Neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliah), lalu Allah selamatkan kamu dari Neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayatNya.102

101 Al-Quran, surah Ali Imran: ayat 110.

102 Al-Quran, surah Ali Imran: ayat 103

Page 43: Tema: Dakwah Islamiyyah Sebagai Kekuatan Ummah · PDF fileSabit di kota Melaka.11 c. Apabila Belanda menjajah, mereka membawa fahaman Protestant. Permusuhan menebal mereka dengan Portugis

____________________________________________________________

Dakwah Islamiyyah Dalam Mendepani Gerakan Pemurtadan Di Malaysia Muka surat 42

5 Kesimpulan/Cadangan Dengan mengambil kira beberapa unsur yang disebut sebelum ini dalam mendepani gerakan terancang dakyah pemurtadan Kristian, kita semestinya bertindak segera, paling kurang, untuk tiga institusi berikut:

5.1 Penubuhan Pusat Kajian Strategik a. Jika kita lihat kepada keberkesanan kerja-kerja dakyah Kristianisasi

antaranya ialah kerana mereka melakukan gerak kerja dengan perancangan yang berstrategik. Sememangnya Islam menganjurkan perancangan gerak kerja yang strategik dan berencana.

b. Dengan itu, perlu wujud satu pusat kajian strategik yang dapat melakukan kajian dan perancangan untuk melaksanakan pengarahan kerja yang strategik dengan perancangan jangka panjang.

c. Pusat ini sewajarnya dapat melaksanakan beberapa peranan penting antaranya: i Kajian dan Inteligen:

Mengenalpasti serta mengumpul maklumat individu, pertubuhan dan agensi-agensi yang terlibat dalam gerakan dakyah dan pemurtadan.

Menjalankan kajian dan penyelidikan.

Mengadakan hubungan jaringan kerjasama dengan institusi kajian lain.

Menjalankan intervensi dalam isu-isu yang penting.

Melakarkan perancangan yang strategik bagi menyelamatkan umat dari pemurtadan.

ii Sumber Pangkalan Data dan Maklumat:

mengumpul serta mengemaskini segala data kes-kes pemurtadan, cara dan kaedah yang telah diguna oleh pendakyah, dan apa-apa yang berkaitan.

Menyediakan khidmat perpustakaan, bahan rujukan, media dan penerbitan.

iii Program yang akan dilaksanakan sewajarnya berbentuk strategik

bagi mencapai matlamat dan tujuan penubuhan pusat ini.

d. Pusat kajian ini perlu berdiri bebas dari pengaruh politik namun dapat memberi saranan dan cadangan kepada Kerajaan.

Page 44: Tema: Dakwah Islamiyyah Sebagai Kekuatan Ummah · PDF fileSabit di kota Melaka.11 c. Apabila Belanda menjajah, mereka membawa fahaman Protestant. Permusuhan menebal mereka dengan Portugis

____________________________________________________________

Dakwah Islamiyyah Dalam Mendepani Gerakan Pemurtadan Di Malaysia Muka surat 43

e. Sumber dananya boleh disumbang melalui majlis agama Islam negeri-negeri dan lain-lain agensi dan badan swasta.

5.2 Memperkasakan Agensi-agensi Dakwah

a. Satu-satunya agensi kerajaan yang ditubuhkan khusus untuk tujuan dakwah ialah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM). YADIM yang ditubuhkan hasil dari resolusi Kongres Ekonomi Islam Ke 2 pada tahun 1973 tidak menampak kejayaan yang diharapkan walaupun telah hampir memasuki tahun ke 40 penubuhannya.

b. YADIM boleh diperkasakan dan digerakkan dengan pimpinan dan pengurusan yang berpengalaman luas dalam bidang dakwah dengan visi dan misi untuk memikul serta melaksanakan amanah dakwah ini dengan bersungguh dan berkesan.

c. YADIM juga perlu bergerak dengan perancangan dakwah yang berstrategik, bekerjasama serta menggembeling pelbagai NGO dakwah yang sedia ada. YADIM mesti terkedepan dalam memastikan misi dakwah di negara ini.

d. Peruntukan dana yang mencukupi dengan pelan perancangan jangka panjang dan aktiviti jangka pendek harus disusun dan diurus dengan berkesan.

5.3 Mewujudkan Badan Koordinasi Agensi-agensi Islam

a. Terdapat ratusan agensi/badan Islam dan NGO-NGO Islam namun masing mempunyai objektif dan sasaran kerja yang ingin mereka capai.

b. Terdapat beberapa jaringan longgar dan gabungan untuk koordinasi NGO-NGO Islam di Malaysia namun didapati ianya tidak kekal dalam perancangan dan tindakan yang sepadu. Gabungan dan kesatuan ini hanya berlaku dan bertindak dalam isu-isu tertentu sahaja. Terdapat banyak kekangan yang wujud pada bagungan/ikatan masing-masing itu.

c. Harus ada satu usaha untuk mengadakan jaringan hubungan kerja dan pengagihan tugas dakwah dengan berkesan untuk pelbagai NGO Islam ini. Tugas ini wajar dipandu oleh satu organisasi yang berpengaruh dan boleh juga dilaksanakan oleh salah satu agensi di atas tadi atau yang baru ditubuh bergerak secara berasingan.

d. Mungkin juga wujud beberapa badan koordinasi lain lagi mengikut medan-medan dakwah masing, namun yang amat penting ialah wujudnya

Page 45: Tema: Dakwah Islamiyyah Sebagai Kekuatan Ummah · PDF fileSabit di kota Melaka.11 c. Apabila Belanda menjajah, mereka membawa fahaman Protestant. Permusuhan menebal mereka dengan Portugis

____________________________________________________________

Dakwah Islamiyyah Dalam Mendepani Gerakan Pemurtadan Di Malaysia Muka surat 44

koordinasi yang tidak bertindih dan dapat menyalurkan sumber dan tenaga dengan berkesan.

Sesi-sesi perbincangan lanjut melalui bengkel, seminar dan sidang sumbang saran mungkin perlu diatur bagi merangka perancangan di atas serta menyusun strategi seterusnya. Penulis memperakui bahawa banyak lagi saranan lain dan gerak-kerja yang lebih terperinci yang boleh dikemukakan namun mencukupi itu untuk satu tindakan segera yang diharap yang padu dan berkesan. Moga dengan saranan-saranan awal di atas dapat usahakan untuk mempertahankan aqidah umat Islam – anak cucu kita. Ameen, Ya Rabb. WalLahu ’alam

Page 46: Tema: Dakwah Islamiyyah Sebagai Kekuatan Ummah · PDF fileSabit di kota Melaka.11 c. Apabila Belanda menjajah, mereka membawa fahaman Protestant. Permusuhan menebal mereka dengan Portugis

____________________________________________________________

Dakwah Islamiyyah Dalam Mendepani Gerakan Pemurtadan Di Malaysia Muka surat 45

Sebahagian dari rujukan:

1. Sheikh Abdullah Basmeih, Al-Qur'an Tafsir Pimpinan Ar-Rahman, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

2. Angel Rabasa, Cheryl Benard, Lowell H. Schwartz, Peter Sickle, Building Moderate Muslim Networks, Rand Corporation, 2007.

3. Cheryl Benard, Civil Democratic Islam: Partners, Resources, and Strategies, Rand Corporation, 2004.

4. Yoginder Sikand, The Evangelical Challenge: A New Face of Western Imperialism, 15 March 2005, http://www.christianaggression.org/item_display.php?id=1110917956&type=articles - akses 20-Ogos-2012.

5. Iain Buchanan, The Armies Of God: A Study In Militant Christianity, Citizens International, 2010.

6. Christian Missionaries in the Muslim World - Manufacturing Kufr, (originally from 20th issue of Nida 'ul Islam Magazine, September-October 1997), http://www.contenderministries.org/islam/missionaries.php - akses 20-Ogos-2012.

7. J. Scott Bridger, Raymond Lull: Medieval Theologian, Philosopher, And Missionary To Muslims, St Francis Magazine Nr. 1 Vol. V (February 2009), http://www.stfrancismagazine.info/ja/images/pdf/Raymond-Lull-(JScott-Bridger).pdf – akses 20 Ogos-2012.

8. Samuel Marinus Zwemer, Raymond Lull: first missionary to the Moslems, Funk & Wagnalls Company, 1902, e-book: http://www.answering-islam.org/Books/Zwemer/Lull/index.htm - akses 20 Ogos 2012.

9. James Levi Barton, The Christian Approach to Islam, Pilgrim Press, Boston, 1918

10. James Levi Barton, The Unfinished Task of the Christian Church; Introductory Studies in the Problem of the World's Evangelization, Student Volunteer Movement for Foreign Missions, New York, 1908.

11. Jim Rockford, Is Planting Churches in the Muslim World 'Mission Impossible'? - Evangelical Missions Quarterly, Apr 01, 1997, Volume 33:2, pp. 156-161.

12. J.D. Payne, Discovering Church Planting: An Introduction To The Whats, Whys, And Hows Of Global Church Planting, Paternoster Publishing, 2009.

13. Yoginder Sikand, Christian Zionism: Terror in Jesus’ Name, 04 December 2005, Countercurrents.org, http://www.countercurrents.org/us-sikand041205.htm - akses 20 Ogos 2012.

14. Religion: Missionaries Under Cover, Time Magazine, 30 Jun 2003, http://www.time.com/time/magazine/article/0,9171,1005107,00.html

Page 47: Tema: Dakwah Islamiyyah Sebagai Kekuatan Ummah · PDF fileSabit di kota Melaka.11 c. Apabila Belanda menjajah, mereka membawa fahaman Protestant. Permusuhan menebal mereka dengan Portugis

____________________________________________________________

Dakwah Islamiyyah Dalam Mendepani Gerakan Pemurtadan Di Malaysia Muka surat 46

15. Joseph Harry Haines, A History of Protestant Missions in Malaya During the 19th Century (1815-1881) – disertasi ThD., Princeton Theological Seminary, 1962, tidak diterbitkan.

16. Hj. Nik Azran Muhamed dan Hj. Mohd Mahadi Hj. Isa, Gerakan Orientalisme & Kristianisasi – Ancaman kepada Ummah, Hijjaz Records Publishing, Petaling Jaya, 2009.

17. Louis B. Wright, Gold, Glory, and the Gospel - the Adventurous Lives and Times of the Renaissance Explorers, New York, Atheneum, 1970.

18. Collin Hansen, The Son and the Crescent, Christianity Today, February 2011 issue, http://www.christianitytoday.com/ct/2011/february/soncrescent.html - akses 25 Ogos 2012.

19. John Roxborogh, Early nineteenth-century foundations of Christianity in Malaya: Churches and missions in Penang, Melaka and Singapore from 1786-1842, 1990, http://www.roxborogh.com - akses 22 Ogos 2012.

20. Status of World Evangelisation, Where are We? A Reflection on the Current Status of Reaching the Unreached, a powerpoint presentation slide from http://conversation.lausanne.org. Boleh diakses dan dimuatturun dari: conversation.lausanne.org/.../Status_of_world_evangelisation.ppt – diakses 1 September 2012.

21. Ghazali Basri, Gerakan Kristian, Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, 1999.

22. John Russell Denyes, The Malaysia Mission of the Methodist Episcopal Church, Open Door Emergency Commission – Missionary Society of the Methodist Episcopal Church, New York, 1905.

23. Rokiah Abdullah dan Mohd. Khuzairi Ismail, Malaysia negara Kristian? Utusan Malaysia, 7 Mei 2011, http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0507&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm – diakses 10 September 2012

24. Hepi Andi Bastoni, Eman Mulyatman dan Artawijaya, Serambi Makkah Dihempas Tsunami Diterjang Kristenisasi, Qalammas, Jakarta Timur, 2006.

25. Rizki Ridyasmara, Gerilya Salib di Serambi Mekkah – dari zaman Portugis hingga paska Tsunami, Pustaka Al-Kautsar, Jakarta Timur, 2006.

26. Luis Bush, The 10/40 Window - Getting to the Core of the Core, AD2000 and Beyond, 1990, http://www.ad2000.org/1040broc.htm

27. Banci Penduduk Dan Perumahan Malaysia 2010 (Banci 2010) http://www.statistics.gov.my/portal/download_Population/files/census2010/Taburan_Penduduk_dan_Ciri-ciri_Asas_Demografi.pdf

Page 48: Tema: Dakwah Islamiyyah Sebagai Kekuatan Ummah · PDF fileSabit di kota Melaka.11 c. Apabila Belanda menjajah, mereka membawa fahaman Protestant. Permusuhan menebal mereka dengan Portugis

____________________________________________________________

Dakwah Islamiyyah Dalam Mendepani Gerakan Pemurtadan Di Malaysia Muka surat 47

Lampiran 1: Pusat tuisyen didakwa sebar dakwah Kristian

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0820&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_05.htm

Page 49: Tema: Dakwah Islamiyyah Sebagai Kekuatan Ummah · PDF fileSabit di kota Melaka.11 c. Apabila Belanda menjajah, mereka membawa fahaman Protestant. Permusuhan menebal mereka dengan Portugis

____________________________________________________________

Dakwah Islamiyyah Dalam Mendepani Gerakan Pemurtadan Di Malaysia Muka surat 48

Lampiran 2: Jendela 10/40 (Countries of the 10/40 Window)

Original List Revised List

Afghanistan Algeria Bahrain

Bangladesh Benin

Bhutan Burkina Faso

Cambodia Chad China

China, Hong Kong China, Macau

Cyprus Djibouti Egypt Eritrea

Ethiopia Gambia

Gibraltar Greece Guinea

Guinea-Bissau India Iran Iraq

Israel Japan Jordan

Korea, North Korea, South

Kuwait Laos

Lebanon Libya Mali

Malta Mauritania Morocco

Myanmar (Burma) Nepal

Afghanistan Albania Algeria

Azerbaijan Bahrain

Bangladesh Benin

Bhutan Brunei

Burkina Faso Cambodia

Chad China

China, Hong Kong China, Macau

Djibouti East Timor

Egypt Eritrea

Ethiopia Gambia Guinea

Guinea-Bissau India

Indonesia Iran Iraq

Israel Japan Jordan

Kazakhstan Korea, North

Kuwait Kyrgyzstan

Laos Lebanon

Libya Malaysia Maldives

Mali

Page 50: Tema: Dakwah Islamiyyah Sebagai Kekuatan Ummah · PDF fileSabit di kota Melaka.11 c. Apabila Belanda menjajah, mereka membawa fahaman Protestant. Permusuhan menebal mereka dengan Portugis

____________________________________________________________

Dakwah Islamiyyah Dalam Mendepani Gerakan Pemurtadan Di Malaysia Muka surat 49

Niger Oman

Pakistan Philippines

Portugal Qatar

Saudi Arabia Senegal Sudan Syria

Taiwan Tajikistan Thailand Tunisia Turkey

Turkmenistan United Arab Emirates

Vietnam West Bank / Gaza Western Sahara

Yemen

Mauritania Mongolia Morocco

Myanmar (Burma) Nepal Niger

Nigeria Oman

Pakistan Qatar

Saudi Arabia Senegal Somalia

Sri Lanka Sudan Syria

Taiwan Tajikistan Thailand Tunisia Turkey

Turkmenistan United Arab Emirates

Uzbekistan Vietnam

West Bank / Gaza Western Sahara

Yemen

Sumber: http://www.joshuaproject.net/10-40-window.php

Nota: 1. Garisan di bawah menandakan perubahan samada dibuang dari senarai atau

baru dimasukkan selepas pindaan. 2. Malaysia tidak dimasukkan dalam senarai asal Jendela 10/40.

Page 51: Tema: Dakwah Islamiyyah Sebagai Kekuatan Ummah · PDF fileSabit di kota Melaka.11 c. Apabila Belanda menjajah, mereka membawa fahaman Protestant. Permusuhan menebal mereka dengan Portugis

____________________________________________________________

Dakwah Islamiyyah Dalam Mendepani Gerakan Pemurtadan Di Malaysia Muka surat 50

Lampiran 3: Brazil Football Centre

Mengadakan sebuah pusat untuk melatih anak-anak muda untuk mahir bermain bolasepak sekali nampak amat baik hasrat tersebut. Ianya memberi lebih tarikan minat kanak-kanak apabila dilatih oleh jurulatih yang dibawa khas dari Brazil bagi memberi kemahiran “samba” mereka.

Namun, Brazilan Football Centre yang diadakan di Subang Jaya ini mempunyai agenda lain yang terselindung. Pusat ini diasaskan oleh seorang Senior Pastor bernama Henry Pillai. Pillai adalah juga pengasas gereja Grace Assembly, bermula di Klang, Selangor, yang kini dikatakan telah mempunyai rangkaian lebih 1,500 gereja seluruh dunia (melalui agenda “church planting”nya). Laman sesawang Grace Assembly menyenaraikan Brazil Football Centre sebagai salah satu aktiviti komuniti gereja:

Brazil Football Centre ini adalah di bawah kendalian program Brazil Football Network dari Sao Paolo, Brazil. Penaung BFN adalah Assyria Nascimento isteri Pele (pemain bolasepak terkenal dari Brazil). Assyria adalah seorang seorang penyanyi gospel dan juga pernah menjadi penyanyi solo dalam choir gereja evangelical. Seorang lulusan teologi, selain menyanyi beliau juga adalah seorang “minister” disebuah gereja Baptist.

Page 52: Tema: Dakwah Islamiyyah Sebagai Kekuatan Ummah · PDF fileSabit di kota Melaka.11 c. Apabila Belanda menjajah, mereka membawa fahaman Protestant. Permusuhan menebal mereka dengan Portugis

____________________________________________________________

Dakwah Islamiyyah Dalam Mendepani Gerakan Pemurtadan Di Malaysia Muka surat 51

Beliau juga pernah dicalonkan untuk anugerah tertinggi nyanyian gospel antarabangsa Gospel Music Association (GMA), Dove Awards, di Amerika Syarikat pada tahun 2006. Kesemua jurulatih yang dibawa dari Brazil adalah sukarelawan gereja/paderi dari World Mission Board (Junta de Missões Mundiais – JMM) di bawah Brazilian Baptist Convention (da Convenção Batista Brasileira – CBB). Ini diperakui sendiri oleh pengasas BFC, Pillai, dalam artikel majalah, Jornal de Missoes (Mission Journal). Pillai dalam lawatan beliau ke World Mission Board (JMM) di Sao Paolo dipetik sebagai berkata:103 “... one of several strategies is to evangelization through sports, especially football. “We are grateful to Brazilian Baptists for sending the three 'missionaries of the ball', to reach the rest of the population.””

Senarai kesemua jurulatih yang dibawa di bawah program dakyah melalui latihan bolasepak ini telah kami perolehi, lengkap dengan profil mereka, latar belakang aktiviti gereja sebelum ini dan beberapa komen yang dibuat mereka termasuk komen salah seorang dari mereka terhadap isu pemeriksaan DUMC oleh JAIS pada bulan Ramadhan tahun lepas.

103 World Mission Expands Partnership in Malaysia, Jornal de Missoes (Mission

Journal), Sao Paolo, Brazil, 28 Februari 2008, http://www.jmm.org.br/index.php?option=com_content&task=view&id=2072&Itemid=439 – teks asal dalam bahasa Portugis, terjemahan melalui “google translate” – di akses 23 September 2012.

Page 53: Tema: Dakwah Islamiyyah Sebagai Kekuatan Ummah · PDF fileSabit di kota Melaka.11 c. Apabila Belanda menjajah, mereka membawa fahaman Protestant. Permusuhan menebal mereka dengan Portugis

____________________________________________________________

Dakwah Islamiyyah Dalam Mendepani Gerakan Pemurtadan Di Malaysia Muka surat 52

Lampiran 4: Kenapa Tidak Boleh Dibenarkan Pihak Gereja Mengguna Istilah “Allah” Untuk Tuhan Jesus Mereka?

Dipetik dari sumber: http://membelaislam.wordpress.com/2011/02/11/kenapa-tidak-boleh-dibenarkan-pihak-gereja-mengguna-istilah-allah-untuk-tuhan-jesus-mereka - akses 25 Ogos 2012 11hb Februari 2011 Mungkin bagi sesetengah orang isu ini sudah reda. Tiada lagi perbincangan hangat berhubung keputusan mahkamah membenar pihak gereja mengguna istilah Allah untuk terjemahan kepada tuhan yang disebut dalam bible mereka. Namun, sebagai umat Islam kita mesti sentiasa berwaspada dan terus menghalang usaha pihak gereja untuk mengguna istilah ini dan istilah-istilah lain yang diguna khusus oleh umat Islam di Malaysia. Kenapa begitu? Sudah banyak diperbincangankan sebelum ini. Dan sudah banyak sebab diberikan. Tujuan tulisan ini ialah bagi memberi satu bukti kejayaan pihak gereja dalam usaha mengelirukan umat Islam di negara majoriti Islam dengan istilah-istilah yang diguna khusus oleh umat Islam di negara itu. Hujjah bahawa pihak gereja mempunyai niat jahat dan sengaja mengguna istilah-istilah yang diguna orang-orang Islam demi untuk mengeliru dan untuk memudahkan kerja-kerja dakyah mereka selalu disangkal oleh mereka yang “skeptics” serta mudah menerima “face-value” helah pihak gereja dan tidak percaya bahawa pihak gereja mempunyai rancangan jahat sedemikian. Dalam keluaran terbaru (Feb 2011), Christianity Today, “cover story” mereka adalah bertajuk “Muslims and the ‘Son of God’”, membongkar rahsia sebenar niat jahat mereka untuk “use religious vocabulary familiar to

Page 54: Tema: Dakwah Islamiyyah Sebagai Kekuatan Ummah · PDF fileSabit di kota Melaka.11 c. Apabila Belanda menjajah, mereka membawa fahaman Protestant. Permusuhan menebal mereka dengan Portugis

____________________________________________________________

Dakwah Islamiyyah Dalam Mendepani Gerakan Pemurtadan Di Malaysia Muka surat 53

Muslims” (mengguna istilah-istilah agama yang biasa untuk umat Islam) supaya memudahkan kerja-kerja dakyah mereka. Walaupun sebahagian besar dari pihak paderi sendiri yang menentang usaha untuk mengguna istilah-istilah yang “familiar to Muslims,” dan mereka ini “…charge their colleagues with compromise that undermines belief in Jesus Christ,” namun kerana niat jahat mereka untuk mempengaruhi dan memurtadkan umat Islam maka penggunaan istilah itu diteruskan. Dalam perbincangan di kalangan mereka yang melakukan kerja-kerja dakyah Kristian di negara-negara majoriti Islam pada tahun lepas, telah diperakui bahawa usaha mengelirukan umat Islam dengan istilah-istilah ini telah berjaya dengan “many thousands of Muslims in this nation alone, then, had found faith in Jesus” (ribuan telah berjaya dimurtadkan). “This nation” ini merujuk kepada sebuah negara Islam yang dirahsiakan namanya dari disiarkan dalam majalah tersebut. [mungkinkah Malaysia?] Artikel tersebut juga memetik seorang “missiologist” (pakar dakyah mereka yang telah melakukan kerja-kerja ini di Asia dan Afrika semenjak 1977 lagi) yang berkata “Missionaries can live in a Muslim culture for decades, blaming Muslims for being “resistant” to the gospel, when the problem actually lies with linguistic and cultural stumbling blocks.” Maka secara tidak langsungnya, kini mereka percaya bahawa mereka telah dapat melepasi satu “halangan” linguistik untuk kerja dakyah kepada umat Islam (di Malaysia). Dan dia merumuskan “Once these are removed, many Muslims are quite open and interested in knowing more about Jesus”. Kisah penggunaan istilah Allah juga disabitkan sebagai suatu kejayaan mereka untuk membuka minda orang Islam untuk menerima dan membaca bible – “Muslims reading Scripture for the first time won’t immediately reject the Bible as foreign to their culture”. Dengan itu, apa yang kita lihat berlaku di negara kita dengan usaha mereka mengguna istilah-istilah seperti Kiblat, Kaabah, solat, dan beberapa lagi adalah di antara usaha mereka untuk “strategically changed particularly challenging phrases.” Menurut tulisan itu lagi, mereka juga ada missionari khas untuk “discipling Muslims” dengan program latihan “teaches missionaries what Muslims believe so they can minister to them effectively.” Oleh kerana itu, sedarlah mereka yang “memperjuangkan” kebebasan untuk mengguna istilah-istilah yang lazimnya digunakan oleh umat Islam di negara ini,

Page 55: Tema: Dakwah Islamiyyah Sebagai Kekuatan Ummah · PDF fileSabit di kota Melaka.11 c. Apabila Belanda menjajah, mereka membawa fahaman Protestant. Permusuhan menebal mereka dengan Portugis

____________________________________________________________

Dakwah Islamiyyah Dalam Mendepani Gerakan Pemurtadan Di Malaysia Muka surat 54

bahawa bukannya kebebasan yang mereka cari tetapi kerja memurtad umat Islam yang menjadi matlamat mereka. _______________________________________________________________________ Untuk baca keseluruhan artikel The Son and the Crescent: Bible translations that avoid the phrase "Son of God" are bearing dramatic fruit among Muslims. But that translation has some missionaries and scholars dismayed – boleh diakses dari: http://www.christianitytoday.com/ct/2011/february/soncrescent.html