Modul p&p Geografi 942/1 Kaitan Ekologi dengan Manusia
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
5.8.1 Kesan Aktiviti Manusia terhadap Ekosistem Hutan Hujan Tropika (EHHT)
EHHT terganggu disebabkan fenomena penyahutanan
Penyahutanan bermakna penghapusan hutan secara besar-besaran utuk pelbagai tujuan seperti:
Pembalakan, pertanian ladang, petempatan, industri dan penengelaman untuk hidroelektrik.
Fenomena penyahutanan tanpa kawalan menyebabkan hutan dimusnahkan, permukaan bumi digondol dan terdedah secara meluas meliputi skala negara, wilayah dan benua tanpa mengira negara.
1. Ganguan terhadap kepelbagaian biologi. Spesies flora dan fauna pupus.
2. Kemusnahan habitat menyebabkan haiwan berhijrah.
3. Kerosakan ekosistem seperti kemusnahan rantaian makanan.
4. Perubahan cuaca iaitu berlaku pemanasan global kesan pertambahan CO2
5. Memusnahkan edaran nutrien
6. Perubahan iklim mikro iaitu peningkatan suhu setempat, pengurangan kelembapan udara, tiupan angin yeng lebih kencang.
7. Mendedahkan sistem geomorfologi kepada agen luluhawa.
8. Gangguan ke atas sistem hidrologi : mengurangkan kadar susupan, jumlah hujan tempatan, meningkatkan kadar air larian permukaan, mempercepatkan kadar luahan air sungai.
Pengurusan hutan melalui konsep pembangunan lestari
Perkataan lestari membawa maksud kekal dalam keadaan asal seperti pengekalan alam semulajadi.
Kemajuan atau pemodenan yang dicapai dengan mengekalkan ciri-ciri semulajadi alam sekitar.
Pembanguan lestari boleh ditakrifkan adunan pembangunan atau kemajuan dengan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar dari musnah.
Terdapat 3 aspek penting yang mesti digabungjalinkan dalam melaksanakan pembangunan lestari dalam sektor perhutanan iaitu langkah perundangan, langkah pengurusan yang strategik dan kempen kesedaran dan pendidikan alam sekitar.
Ukuran berdasarkan kandungan : Permintaan Oksigen Biologikal (BOD) Bakteria E. Coli Amoniakal Nitrogen Pepejal terampai (SS) Nilai keasidan (pH) Perubahan warna dan bau