Page 1
1
TEKS UCAPAN
YBHG. DR. MOHD GAZALI ABAS
PENGARAH
INSTITUT TADBIRAN AWAM NEGARA (INTAN)
PERHIMPUNAN BULANAN
(OKTOBER 2017)
ANJURAN
KLUSTER PENGAJIAN EKONOMI DAN KEWANGAN AWAM
4 OKTOBER 2017
DEWAN SERI BAIDURI
INTAN BUKIT KIARA
TEMA
“AMALAN KE ARAH PERBELANJAAN BERHEMAH”
Page 2
2
Yang Dihormati Pengacara Majlis,
Encik Farrell Rasu dan Puan Najwa Hambali,
Yang Berbahagia Dato’ Dr Syed Omar Sharifuddin Bin Syed Ikhsan
Timbalan Pengarah Kanan INTAN,
Yang Berusaha Ketua-Ketua Kluster INTAN, Felo Penyelidik Kanan,
Pendaftar INTAN, Pengarah-Pengarah INTAN Wilayah,
Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang saya kasihi sekalian.
Assalamualaikum Warrahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan
Salam Negaraku 1 Malaysia
Page 3
3
PENDAHULUAN
Hadirin yang saya hormati sekalian.
Alhamdulillah, marilah kita melafazkan setinggi-tinggi kesyukuran
kepada Allah S.W.T kerana di atas limpah kurnia dan izinNya jua, dapat
kita bersama-sama berkumpul pada petang ini bagi menjayakan
Perhimpunan Bulanan INTAN bagi bulan Oktober 2017.
Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima
kasih kepada Kluster Pengajian Ekonomi dan Kewangan Awam (KEKA)
yang sudi menjadi penganjur perhimpunan bulanan INTAN pada kali ini
dengan tema “Amalan Ke Arah Perbelanjaan Berhemah”.
Tema perhimpunan kali ini dipilih berdasarkan kepada situasi ekonomi
global dan juga pelbagai program transformasi ekonomi nasional yang
sedang dilaksanakan oleh Kerajaan bagi memastikan pembangunan
ekonomi demi kemakmuran dan kesejahteraan kepada rakyat.
Sepertimana yang kita semua maklum, kekuatan sesebuah negara
boleh dilihat dari pelbagai sudut, dan ekonomi merupakan salah satu
daripadanya.
Page 4
4
Bertepatan dengan tema perhimpunan bulanan kita pada kali ini,
“Amalan ke arah Perbelanjaan Berhemah”, saya ingin menarik
perhatian warga INTAN kepada kemajuan ekonomi negara serta
inisiatif-inisiatif kerajaan dalam meningkatkan taraf hidup rakyat
Malaysia serta konsep amalan perbelanjaan berhemah, terutamanya
kepada penjawat awam.
Pembangunan ekonomi Malaysia telah menunjukkan peningkatan yang
pesat semenjak kita mencapai kemerdekaan. Kemajuan ekonomi
negara boleh diukur dengan melihat indikator-indikator utama
antaranya Keluaran Dalam Negara Kasar atau KDNK dan KDNK per
Kapita.
Pada bulan Ogos dan September yang lalu, kita telah menyambut dua
peristiwa besar dalam sejarah Malaysia, iaitu Sambutan 60 Tahun
Kemerdekaan pada 31 Ogos dan Penubuhan Malaysia pada 16
September.
PERKEMBANGAN EKONOMI NEGARA
Page 5
5
Dalam kita menyambut dua peristiwa yang amat bersejarah ini,
sukacita saya ingin menarik perhatian tuan-tuan dan puan-puan
kepada beberapa kejayaan negara kita Malaysia dari perspektif makro
ekonomi.
Pada suku tahun pertama 2017, KDNK kita telah meningkat sebanyak
5.6% dan prestasi ekonomi negara terus berkembang dengan KDNK
suku tahun kedua 2017 mencatat pertumbuhan sebanyak 5.8%.
Ini jauh mengatasi anggaran pertumbuhan KDNK global untuk tahun
2017 iaitu 3.5%.
Kesejahteraan dan keselesaan hidup rakyat boleh diukur melalui
indikator pendapatan bagi setiap penduduk, yang juga disebut sebagai
Pendapatan Per Kapita.
Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) berdasarkan Rancangan
Malaysia Kesebelas (RMK-11) adalah sebanyak RM150 sebulan per
kapita dan RM657 sebulan bagi pendapatan isi rumah. Justeru
Kerajaan telah menetapkan Perintah Gaji Minimum (PGM) 2016 pada
kadar RM1,000 bagi meningkatkan pendapatan isi rumah di Malaysia.
Page 6
6
Susulan itu, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Malaysia telah
menetapkan gaji minimum bagi penjawat awam sebanyak RM1,200.
Hadirin yang dihormati sekalian,
Bulan Oktober ini, mempunyai satu lagi tarikh signifikan di dalam diari
negara kita iaitu, Pengumuman Bajet Negara. Pada tahun lepas, YAB
Perdana Menteri dalam mengumumkan Bajet 2017 telah memberi
penekanan kepada Perbelanjaan Berhemah dan perlunya bijak dalam
menguruskan kewangan dengan berbelanja pada kadar kemampuan
dan bersederhana.
Apakah yang dimaksudkan dengan Amalan Belanja Berhemah
sebenarnya?
Amalan Belanja Berhemah (dalam layman word) bermaksud:
“Usaha-usaha kita mengoptimumkan perbelanjaan kerajaan dengan
bijaksana tanpa sebarang risiko pembaziran dan pemborosan serta
penyelewengan wang kerajaan lebih-lebih lagi dalam keadaan
peruntukan kewangan yang terhad.
Page 7
7
Ya…. Wang kerajaan adalah wang Rakyat.
Wang Rakyat adalah Wang Kita, kerana kita semua adalah Pembayar
Cukai”.
Pengumuman bajet 2017 menampakkan peruntukan mengurus agensi-
agensi kerajaan telah dipotong, ada yang telah dipotong sehingga 49%.
Dalam konteks INTAN, kita dianggap bernasib baik kerana pemotongan
peruntukan mengurus kita adalah hanya sebanyak 6%. Pada masa
yang sama, program-program kita perlu dilaksanakan seperti sedia
kala.
Oleh itu, kita perlu merancang penggunaan peruntukan yang diterima
pada tahun ini dengan baik susulan Arahan Belanjawan Berhemah.
Saya difahamkan, Unit Sajian Pejabat Pendaftar telah mengurangkan
bilangan kuih yang disediakan untuk sesi minum pagi peserta kursus
daripada 2 jenis kepada 1 jenis sahaja. Mesyuarat dalaman INTAN juga
kini tidak disediakan makan minum.
Saya percaya, langkah penjimatan ini dapat memberi peluang kepada
anggota unit sajian untuk lebih fokus dalam meningkatkan kualiti
Page 8
8
perkhidmatan yang diberikan termasuk menyajikan kita menu-menu
yang terkini dan sedap rasanya.
Ini menunjukkan INTAN telah mula melaksanakan amalan belanja
berhemah seperti yang disarankan oleh Kerajaan.
Di dalam ucapan saya semasa saya mula-mula menjawat jawatan
sebagai Pengarah INTAN, saya pernah mengatakan yang bekerja di
INTAN ini memberikan kita pelbagai keupayaan untuk menerokai
secara kreatif pelbagai peluang yang hanya dihadkan dengan imiginasi
kita sahaja ataupun our creativity is only limited by our imagination.
Kekangan peruntukan bukanlah satu alasan untuk kita tidak
melaksanakan tugas dengan baik atau tidak memberikan perkhidmatan
yang cemerlang kepada pelanggan. Kita perlu berfikiran kreatif dalam
memastikan perkhidmatan INTAN terus cemerlang.
Sebagai contoh, peruntukan yang diterima oleh Kluster Pengajian
Ekonomi dan Kewangan Awam (KEKA) pada tahun ini tidak dapat
menampung kesemua kos pelaksanaan kursus di bawah Kluster.
Oleh itu, pihak kluster telah mengaplikasikan creative budgeting
dengan menggunakan dana Akaun Amanah INTAN untuk membiayai
Page 9
9
kos pelaksanaan Kursus Corporate Directors Leadership and Integrity
(CDLI) yang pada asalnya dibiayai oleh peruntukan mengurus INTAN.
Seperti yang Tuan/Puan sedia maklum, Kursus CDLI ini merupakan
Kursus Bitara INTAN (Signature Course). Kita tidak mahu isu kekangan
peruntukan ini menjejaskan prestasi INTAN dalam melaksanakan
kursus berimpak tinggi ini.
Dengan mengandaikan dana Akaun Amanah sebagai modal asas
INTAN, KEKA mensasarkan pulangan berlipat ganda menerusi kutipan
yuran kursus yang tinggi.
Ini adalah antara perubahan paradigma yang boleh dicontohi,
terutamanya dalam menelusuri perjalanan INTAN untuk menjana
pendapatan sendiri (business wing) dan membina budaya sebagai
sebuah entiti korporat pada masa hadapan.
Saya percaya hadirin sekalian tentu telah mengetahui mengenai
rancangan pengkorporatan INTAN. Di sini saya ingin menekankan
bahawa, sama ada ianya berlaku ataupun tidak, kita perlu
mengamalkan konsep penjanaan pendapatan sendiri bagi memperoleh
sumber kewangan tambahan. Selain itu, kita juga perlu memastikan
value perkhidmatan kita ditambahbaik dari semasa ke semasa.
Page 10
10
Saya pasti bukan hanya Pejabat Pendaftar dan KEKA sahaja, tetapi
kluster-kluster lain dan kampus-kampus INTAN juga telah mengambil
inisiatif kreatif dalam menangani isu kekangan peruntukan ini.
Perlu diingat, perbelanjaan berhemah bukan sahaja dilihat dari segi
kita merancang atau melaksanakannya secara kreatif, tetapi
bagaimana kita mengelakkan pembaziran, pemborosan tetapi pada
masa yang sama berusaha meningkatkan produktiviti dan memberi
nilai tambah dalam sesuatu perkara.
Usaha-usaha akan membawa INTAN ke arah institusi latihan yang
bertaraf “World Class”.
Semalam, ketika ucapan YAB Perdana Menteri Malaysia di Majlis
Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) kali ke 15 yang
bertemakan Aspirasi Perkhidmatan Awam Menuju TN50: Penyampaian
Untuk Kesejahteraan Rakyat dan Negara, beliau telah menekankan
beberapa sasaran yang harus dicapai oleh Malaysia melalui kerjasama
penjawat awam.
Antara sasaran yang telah digariskan adalah menjadikan Malaysia
sebagai:
Page 11
11
i. 'High-Income Advanced Economy’ pada tahun 2020;
mensasarkan nilai ekonomi dan dagangan semasa menjadi
dua (2) trillion ringgit pada tahun 2025;
ii. Menjana Revolusi Perindustrian Keempat bagi memberi impak
signifikan menjelang tahun 2030;
iii. Menjadi negara kompetitif hampir 'zero defect' pada tahun
2040; dan
iv. Sekaligus menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara
bangsa yang berketamadunan unggul dalam gelanggang
kelompok 20 negara termaju dan terbaik di dunia.
Saya ingin menarik perhatian tuan-tuan dan puan-puan sekalian
mengenai kesediaan kita untuk berubah dalam memainkan peranan
dan tanggungjawab masing-masing ke arah usaha menyokong amalan
Belanja Berhemah.
Saya percaya kita sudah lali mendengar saranan kerajaan supaya kita
mengamalkan Amalan Belanja Berhemah. Persoalannya
sejauhmanakah kita warga INTAN menghayati pelaksanaan amalan
Belanja Berhemah ini?
Page 12
12
Disini saya ingin mengaitkan dengan tiga konsep iaitu Sedar, Hayati
dan Bertindak. Sedar melibatkan fikiran. Hayati melibatkan fikiran dan
perasaan. Manakala Bertindak merujuk kepada perbuatan.
Sebagai contoh, kita sedar INTAN menghadapi kekangan bajet yang
sedikit sebanyak merencatkan kos operasi INTAN sebagai sebuah
institusi latihan bagi memberi perkhidmatan yang terbaik tetapi kita
tidak cuba mengoptimumkan sumber sedia ada antaranya aset, modal
insan, infrastruktur yang canggih di INTAN.
Dalam hal ini, adakah kita cakna dengan mengambil langkah awal atas
kapasiti kita sebagai seorang individu yang prihatin kepada organisasi
kita iaitu INTAN.
Terkini, JPA telah mengeluarkan Arahan Pentadbiran Dalaman
Bilangan 1 Tahun 2017 berhubung dengan Langkah-langkah
Mengoptimumkan Perbelanjaan Kerajaan seiring dengan 1 Pekeliling
Perbendaharaan (1PP) – Garis Panduan Langkah-langkah
Page 13
13
Mengoptimumkan Perbelanjaan Kerajaan yang dikeluarkan pada 11
Mac 2016.
Perkataan Membudayakan Amalan Belanja Berhemah lebih tepat
digunakan berbanding Mengamalkan. Apakah bukti-bukti kita sudah
membudayakan Amalan Belanja Berhemah di INTAN?
Untuk makluman hadirin sekalian,
Peruntukan perbelanjaan mengurus yang diterima INTAN sejak akhir-
akhir ini berkurangan mulai tahun 2016. Seperti yang saya maklumkan
tadi, pengurangan bajet kita pada tahun ini berkurang sebanyak 6%.
Walau bagaimanapun, jika dilihat dari aspek penyampaian
perkhidmatan kita, jumlah hari berkursus yang ditawarkan oleh INTAN
sehingga September 2017 meningkat sebanyak 10% (year-on-year).
Begitu juga dengan bilangan peserta yang menyertai kursus di INTAN.
Bilangan ini meningkat sebanyak 10% pada tahun ini.
Secara keseluruhannya, kita berjaya menjalankan lebih banyak sesi
interaktif pada tahun ini walaupun peruntukan yang diterima semakin
berkurangan.
Page 14
14
Ini menunjukkan satu peningkatan yang baik terhadap penyampaian
perkhidmatan kita. Kita telah menjadi semakin cekap dan efisien.
TAHUN
JUMLAH
PERUNTUKAN
MENGURUS
(RM’JUTA)
% ∆
JUMLAH
SESI
INTERAKTIF
% ∆
BIL.
HARI
KURSUS
% ∆ BIL.
PESERTA % ∆
2015 99.79 - 74,059 - 1,795 - 4,614 -
2016 97.54 (2.25) 48,481 (34.54) 1,087 (39.44) 6,160 33.51
2017 91.50 (6.19) 49,887 2.90 1,196 10.03 6,791 10.24
Saya harap pakar-pakar yang ada di INTAN dapat membangunkan satu
kaedah pengukuran kecekapan (efficiency) supaya dapat dijadikan
penanda aras untuk semua Institut Latihan Awam (ILA) di Malaysia.
Saya suka menarik perhatian semua berhubung dengan perbelanjaan
bil utiliti di semua Kampus INTAN yang mencatatkan pembayaran bil
keseluruhan berjumlah RM19.63 juta sejak tahun 2015 hingga Ogos
2017.
Page 15
15
Berdasarkan kepada rekod perbelanjaan bil utiliti INTAN, perbelanjaan
bil elektrik mencatatkan rekod yang tertinggi dengan jumlah RM16 juta
diikuti dengan bil air sebanyak RM1.9 juta, bil telefon RM900 ribu dan
RM840 ribu untuk Indah Water.
Umumnya, sebagai sebuah institusi latihan, kemudahan elektrik dan air
itu merupakan keperluan asas bagi tujuan keselesaan sesi
pembelajaran dan para peserta kursus. Ianya juga penting kepada
warga INTAN bagi melaksanakan tugasan harian dengan selesa.
Akan tetapi, kita perlu beringat, kemudahan tersebut bukanlah
diperolehi secara percuma, Kerajaan perlu menanggung kos utiliti
tersebut yang kian meningkat dari semasa ke semasa.
Berdasarkan analisis yang dilaksanakan oleh Kluster Pengajian
Ekonomi dan Kewangan Awam (KEKA), purata kos utiliti INTAN per
kapita untuk 3 tahun kebelakangan ini mencecah sehingga hampir
RM434 seorang sebulan.
Hadirin sekalian,
Page 16
16
Bagi menyokong amalan belanja berhemah ini, kita perlu bersama-
sama memastikan kos utiliti INTAN pada masa hadapan dapat
dikurangkan dengan cara yang lebih bijak. Work Smart, Work Hard.
Persoalannya bagaimana?
Pertama:
Tahukah anda kita boleh menghentikan pengaliran arus elektrik
dengan menutup suis utama berbanding hanya menekan butang shut
down pada computer.
Kedua :
Perlukah kita membuka suis lampu di waktu pagi, tengahari dan petang
jika cahaya matahari sudah mencukupi ? Bagi saya, lampu tidak perlu
dibuka kecuali dibuka pada waktu malam atau awal pagi kerana masih
gelap.
Ketiga:
Apakah suhu penghawa dingin berpusat dan split aircond yang ideal
dan jimat tenaga? Adakah 18 darjah celcius atau 24 darjah sudah
Page 17
17
memadai? Cuba anda fikir. Berdasarkan satu kajian yang dijalankan
oleh Direct Energy.com, setiap 1 penurunan dibawah 24 darjah
celcious kita sudah menggunakan antara 3- 5 % lebihan tenaga.
Keempat:
Adakah kita menggunakan telefon pejabat untuk urusan rasmi
sepenuhnya?
Sejauhmanakah, amalan-amalan ini boleh menyumbang kepada
penurunan bil utiliti di INTAN? Kita akan kaji dan saksikan pada bulan-
bulan berikutnya. Boleh ?
Selain itu, kita juga perlu mengoptimumkan penggunaan alat pakai
habis seperti alat tulis / kertas / katrij dan sebagainya bagi mengelakan
pembaziran. Kita hendaklah menggunakan kertas yang telah
digunakan sebagai draf dan menghadkan penggunaan kertas berwarna
dan toner berwarna.
Penggunaan aset-aset kerajaan dengan cermat dan mengikut fungsi
asalnya boleh mengelak risiko kerosakan dan sekaligus
mengurangkan kos pembaikan.
Page 18
18
Pelaksanaan EKSA di INTAN juga merupakan salah satu inisiatif
jabatan ke arah belanja berhemah menerusi program kitar semula dan
amalan persekitaran hijau (Green Environment).
Di sini kita amat bertuah kerana INTAN sedang giat berusaha ke arah
pentauliahan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA). Pada
kesempatan ini, saya menyeru seluruh warga INTAN agar mengubah
persepsi dan paradigma terhadap kepentingan pengurusan
persekitaran kerja yang harus dilihat dalam konteks yang lebih meluas
dan bukan sekadar pengurusan housekeeping semata-mata.
Sesungguhnya pengurusan persekitaran kerja merupakan satu
mekanisme pengurusan kawalan kualiti yang terbukti
keberkesanannya dalam mewujudkan suasana persekitaran yang
kondusif, selamat dan membantu dalam penghasilan output yang lebih
cekap dalam sesebuah organisasi.
Secara jujurnya, saya rasa sebenarnya mudah untuk INTAN mendapat
pentauliahan EKSA, memandangkan kita sudah biasa membuat
program-program bitara seperti INTAN Royal Talk, IPPIS, ALMP, DPA.
Our planning and execution competencies are there, it is whether we
want to do it or not.
Page 19
19
Di sini saya mencabar semua warga INTAN, terutama Ketua-ketua
Kluster supaya kita berjaya memperoleh Sijil Pentauliahan EKSA
kategori Cemerlang.
Amalan belanja berhemah bukan sahaja boleh diamalkan di pejabat.
Malah ianya juga perlu dipraktikkan dalam kehidupan seharian kita.
Berbelanjalah mengikut kemampuan diri ataupun “live within your
means”. Kita jangan jadi hamba kepada fesyen ataupun gajet, ingatan
ini bukan hanya untuk millennials sahaja tetapi untuk baby boomers
seperti saya juga.
Sesuatu perbelanjaan hendaklah dirancang terlebih dahulu lebih-lebih
lagi perbelanjaan percutian keluarga pada musim cuti sekolah nanti.
Kita juga harus berhati-hati dengan pelbagai skim yang menjanjikan
pendapatan lumayan dalam jangka masa yang singkat. Begitu juga,
jangan terlalu mudah diperdaya oleh bisikan-bisikan dan godaan wang
ringgit melalui penyalahgunaan kuasa.
Page 20
20
Kadang-kadang apabila perkara ini tidak dijaga dengan baik, ianya
akan membawa malapetaka kepada diri sendiri, keluarga dan
masyarakat. Dalam hal ini saya ingin berkongsi satu analisis yang
dibuat oleh Kluster Ekonomi mendapati bahawa seramai 31 orang atau
4% daripada jumlah keseluruhan pegawai INTAN iaitu 788 yang
mengalami keberhutangan serius dengan potongan gaji melebihi 60%
sehingga September 2017.
Kampus >60% <60% Jumlah
BUKIT KIARA 13 433 446
INTURA 2 79 81
IKWAS 1 68 69
INTIM 4 68 72
INTAN SABAH 10 69 79
INTAN SARAWAK 1 40 41
JUMLAH 31 757 788
PENUTUP
Hadirin yang dihormati sekalian,
Page 21
21
Akhir kata, marilah kita sama-sama mengucapkan syukur kepada
hadrat Allah SWT kerana kita masih diberi peluang untuk hidup dan
jadikan segala peristiwa yang telah terjadi samada kejayaan ataupun
tragedi sebagai pengajaran untuk kita dan generasi masa hadapan.
Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan
Selamat Menyambut Deepavalli kepada rakan-rakan kita yang
beragama Hindu dan terima kasih kepada semua yang hadir dalam
menjayakan perhimpunan bulanan pada kali ini.
Semoga segala amalan baik yang kita lakukan, mendapat barakah dan
ganjaran pahala daripada Allah SWT jua.
Sekian, terima kasih.
Wabillahi taufiq walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi
wabarakatuh. Terima kasih.