1.0 PENDAHULUANSastera merupakan satu bidang seni kreatif di
mana bahasa adalah medium pengantarnya. Sastera ditandai dengan
beberapa unsur khusus yang mampu membentuk tamadun dan peradaban
sesuatu masyarakat selain memperlihatkan sikap dan pandangan
pengarangnya. (Arbaie et al,2008) Secara ringkasnya sastera
dilengkapi dengan unsur-unsur yang berikut:S Seni bahasa yang
indahA Akaliah atau sisipan ilmu dan pemikiran pengarangS Sensori
atau daya sensitiviti pengarangT Tersurat & tersiratE Estetika
atau keindahan dari segi bahasaR Realiti kehidupanA Alternatif
Sastera Melayu mempunyai seni bahasa yang indah dan tersusun.
Diksi yang digunakan dapat memberi kesan penghayatan kepada
pembaca. Ianya mempamerkan kepakaran dan keahlian seorang pengarang
itu untuk meluahkan dan mengungkapkan makna yang difikirkan.Adunan
teknik-teknik yang sesuai dan ketepatan diksimenjadikan sesebuah
karya itu hidup dan bertenaga.Keberkesanan proses pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas dipengaruhi oleh beberapa unsur penting
iaitu guru, murid, persekitaran dan bahan bantu mengajar. Namun,
guru memainkan peranan penting dalam menentukan murid belajar.
Teknik yang diaplikasikan oleh guru merupakan aset penting sama ada
objektif pengajaran dan pembelajaran dapat dicapai atau sebaliknya.
Kaedah yang menarik dan berkesan amat penting khususnya dalam
mengajar subjek Bahasa Melayu.
Sehubungan dengan itu, kebanyakan murid beranggapan bahawa
mengikuti pengajaran Bahasa Melayu di bilik darjah amat membosankan
berbanding dengan mata pelajaran lain. Bagi pihak guru pula mereka
berpendapat bahawa pengajaran Bahasa Melayu agak sukar untuk
menarik perhatian murid. Kesannya ialah mata pelajaran Bahasa
Melayu kurang diminati oleh murid dan tiada komitmen yang
sewajarnya daripada guru.
2.0 KOMSASPerkataan sastera berasal daripada bahasa
Sanskrit,castrayang membawa maksud kitab suci. Kesusasteraan pula
membawa pengertian sebagai segala penghasilan sastera yang
dinikmati atau disampaikan, baik melalui tulisan dan pembacaan
mahupun melalui lisan dan pendengaran, (Harun Mat Piah et al;2006
hlm 6). Sastera merupakan satu bidang seni kreatif yang medium
pengantarnya adalah bahasa. Sastera bermula dari tradisi lisan dan
semakin berkembang mengikut peredaran semasa.Pernyataan ini
disokong oleh M.K Danziger dan W.S Jahnson (1983:2) yang
mendefinisikan sastera sebagai satu seni yang menggunakan kata-kata
sama ada lisan atau bertulis. Bahkan sastera juga merangkumi semua
aspek yang menggunakan bahasa yang bersifat kreatif, menurut Ismail
Husein (1998:23). Ini juga ditegaskan oleh Abu Bakar Hamid
(1997:13) yang memberi pengertiansastera sebagai satu seni yang
bercorak intelektual dan gabungan kepuasan intelek dan kepuasan
estetik.Selain daripada penggunaan bahasa-bahasa yang indah dan
tersusun, sastera juga diiringidengan unsur akaliah. Dalam erti
kata lain, seorang pengarang perlu memikirkan perutusan, amanat,
atau lontaran idea yang ingin disampaikan atau dikongsi dan
direnungi bersama oleh pembaca.(Arbaie et al,2008 hlm 1) Unsur
akaliah ini merupakan langkah pertama yang perlu ditetapkan sebelum
terhasilnya sesebuah karya.Dengan perutusan yang diingin
disampaikan, seorang pengarang perlu mengolah dan menggabungkan
serta melengkapi karyanya itu dengan daya rasa atau sensitiviti
mereka. (Arbaie et al,2008 hlm 1). Untuk itu, seorang pengarang
haruslah bersifat sensitif atau peka dan prihatin akan
masyarakatnya. Pengamatan pengarang akan masyarakatnya dijadikan
sumber asas dalam menghasilkan sesebuah karya. Kewujudan pelbagai
daya rasa ini akan membangkitkan dan meninggalkan kesan perasaan
kepada pembacanya. Daya rasa seperti belas simpati, benci , marah
atau geram akan dihubungkaitkan dengan fenomena yang dipaparkan.
Karya itu akan lebih bernilai sekiranya apa yang dipaparkan pernah
dilalui atau dialami oleh pembaca.Sastera juga mempunyai unsur
tersurat dan tersirat. Sastera tidak terhasil
dengankekosongan.(Araie et al,2008 hlm 5). Ianya terhasil atas
dorongan tertentu dengan menggunakan sumber-sumber yang terdapat di
persekitaran. Penafsiran pembaca yang berencam mengundang pembaca
memikirkan mesej yang ingin disampaikan. Namun tidak semua lambang
yang tersurat itu memberi erti apa yang tersirat. Akan wujud
makna-makna simbolik di sebalik kata-kata yang diungkapkan.Dalam
kesusasteraan Melayu, pengkategorian sastera dilakukan berdasarkan
zaman atau masa sesebuah hasil sastera itu dikesan atau wujud.
(Arbaie et al,2008 hlm 8). Secara umumnya, pengkategorian sastera
akan merujuk kepada tradisional dan moden. Sastera Melayu
tradisional meliputi dua genre iaitu prosa dan puisi.
Genre prosa dan puisi moden :
Genre prosa dan puisi tradisional adalah seperti yang
tersenarai:
Sastera Melayu tradisional merupakan karya-karya yang telah
diwarisi secara turun-temurun. Sastera tradisional disebarluaskan
melalui lisan dan memberi gambaran cara hidup atau budaya sesuatu
masyarakat. Ia bersifat kolektif atau hak milik bersama. Tiada
sesiapa yang tahu siapa pengarangnya dan tidak diketahui tarikh
sesuatu sastera itu dihasilkan. Ianya lahir di kalangan masyarakat
masa lampau dan disampaikan secara lisan dari satu generasi ke satu
generasi yang lain kerana pada umumnya masyarakat pada zaman
tersebut masih belum mengenal huruf dan tidak tahu menulis.
Penyebaran sastera Melayu tradisional juga terhad disebabkan
khalayak yang terbatas dan bersifat esklusif.Oleh kerana ianya
disampaikan melalui lisan, banyaklah berlakunya perubahan dan tokok
tambah serta penyesuaian. Tema, latar serta watak dalam sastera
tradisional berpusat kepada masyarakat yang mewarisinya dan
dipandang tinggi oleh masyarakat tersebut sehinggakan karya-karya
itu dianggap suci dan keramat.Sastera Melayu Moden pula mempunyai
ciri-ciri yang berlainan dengan sastera Melayu tradisional. Jika
sastera Melayu tradisional tersebar melalui lisan, maka sastera
Melayu moden pula disebarkan melalui tulisan. Penyebaran
hasil-hasil sastera yang berbentuk tulisan ini semakin berkembang
dengan kehadiran mesin cetak. Penyebaran ini semakin meluas dan
berjaya menembusi masyarakat pembaca yang ramai. Ini berbeza dengan
sastera tradisional yang hanya diketahui oleh golongan tertentu
sahaja. Jika sastera Melayu tradisional terhad kepada sesebuah
masyarakat tertentu sahaja yang bersifat esklusif, sastera Melayu
moden pula merupakan sebaliknya. Ianya bersifat individu atau
perseorangan kerana disertakan dengan nama pengarangnya. Ianya
tidak lagi bersifat kolektif atau kepunyaan umum tetapi khusus
dimiliki oleh pengarangnya. Bahkan sastera Melayu moden mempunyai
sistem hak cipta terpelihara. Walaupun ciri-ciri sastera
tradisional dan moden ini bertentangan, namun masih terdapat
persamaan dari segi fungsi sesebuah karya sastera itu
dihasilkan.Kesusasteraan Melayu, khususnya komsas boleh memainkan
peranan penting dalam pembentukan emosi kerana kesusasteraan Melayu
yang merupakan wadah fikiran, dan perasaan yang dijalin oleh bahasa
yang indah membenarkan murid-murid atau kanak-kanak sedar akan
perasaan sendiri semasa mereka memikirkan perasaan orang
lain.Kesusasteraan Melayu, seperti karya-karya seni yang lain bukan
sahaja memukau deria rasa dan intelek peminatnya, bahkan memaparkan
kehidupan, menenangkan keadaan huru-hara, menerangkan yang gelap
dan mencadangkan alternatif untuk mengatasi masalah. Secara singkat
hal ini bermakna bahawa unsur-unsur kesusasteraan Melayu yang
dibaca oleh murid-murid dalam mata pelajaran Bahasa Melayu berupaya
untuk membentuk dirinya agar menghormati orang lain, membina
sahsiah yang elok, dan bersikap toleransi. Selain itu, nilai-nilai
estetik yang diajar dalam pengajaran dan pembelajaran komponen
kesusasteraan Melayu dapat mendidik murid mengamalkan keperibadian
yang seimbang. Proses pengajaran dan pembelajaran komponen
kesusasteraan Melayu dalam mata pelajaran Bahasa Melayu akan
mewujudkan jati diri murid serta berilmu pengetahuan. Sebagai
contoh cerpen Diari Seorang Pengawas memaparkan secara langsung
dunia murid. Pengarang mengemukakan watak murid yang
bertanggungjawab terhadap tugasnya, dan ia merupakan satu role
model yang wajar bagi seorang murid yang menjadi pengawas di
sekolah (Sehijau Warna Daun, 2002: 50).Di samping itu, proses
pengajaran dan pembelajaran komponen kesusasteraan Melayu dalam
subjek Bahasa Melayu akan dapat memotivasikan murid untuk belajar
melalui bahan-bahan yang dibaca. Dengan ini, bahan yang dibaca atau
yang didengar akan menyalurkan pemikiran positif, kreatif, dan
kritis dalam proses pendidikan seumur hidup. Bahan-bahan komponen
kesusasteraan Melayu akan dapat menarik perhatian murid terhadap
topik yang akan disampaikan. Keadaan ini akan memupuk perkembangan
daya cipta atau imaginasi murid dalam proses pembelajaran secara
berterusan.
3.0 TEKNIK PENGAJARAN KOMSASPelaksanaan Komsas dalam mata
pelajaran Bahasa Melayu baru diperkenalkan pada tahun 2000, oleh
itu kajian terperinci terhadap hasil perlaksanaannya masih belum
banyak dilakukan oleh mana-mana penyelidik bahasa atau mana-mana
ahli pendidik setakat ini. Walau bagaimanapun sudah banyak kajian
serta penulisan yang berkaitan dengan penggunaan bahan sastera
dalam pengajaran Bahasa Melayu di sekolah yang telah dibuat oleh
para pengkaji bahasa atau ahli-ahli akademik serta para pelajar di
institusi pengajian tinggi. Othman (2001) dalam artikelnya Strategi
Pengajaran Bahan Sastera Dalam Bahasa Melayu antara lain menulis,
bagi mencapai keberkesanan maksimum dalam pengajaran dan
pembelajaran komponen sastera dalam mata pelajaran Bahasa Melayu,
haruslah wujud perancangan atau strategi yang mantap dari pihak
guru, pelajar, dan teks yang dipilih. Guru yang mempunyai
pengetahuan yang mendalam dalam bidang 2 kesusasteraan akan membawa
pengajaran di dalam kelas ke tahap yang lebih tinggi yang mendorong
pelajar-pelajar melalui proses pemikiran aras tinggi (Cohen 1991).
Mempelajari komsas kadang-kadang membosankan para pelajar terutama
bagi mereka yang kurang meminati bidang sastera. Terdapat pelbagai
kaedah yang boleh digunakan oleh guru untuk menarik minat pelajar
mempelajari komsas. Guru-guru biasanya akan mengadakan sesi
perbincangan di dalam kelas untuk membuat kajian dalam pelbagai
aspek terhadap sesebuah karya sastera yang terdapat dalam antologi
yang dikaji. Kaedah stereotaip inilah yang menimbulkan kebosanan
kepada pelajar. Bagi menggelakkan pelajar jemu mempelajari komsas,
maka pelbagai kaedah boleh digunakan oleh guru bagi mengaktifkan
pelajar dalam mempelajari komsas.Alternatif atau kaedah lain yang
boleh dijalankan oleh guru salah satunya, dengan cara menjadikan
karya sastera yang terdapat dalam komsas sebagai bahan ujian untuk
Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah (PLBS) dalam mana pelajar
menggunakan bahan komsas untuk bercakap di depan kelas. Untuk
tujuan ini pada peringkat awal guru bolehlah membuat pembahagian
tugas kepada para pelajar iaitu setiap pelajar diberi tugasan untuk
membaca sebuah karya yang ditetapkan.Dalam pengajaran dan
pembelajaran komsas, banyak aspek yang dapat diketengahkan dalam
sesi pembelajaran. Bagi pelajar yang dikehendaki bertutur berkaitan
dengan puisi sama ada puisi tradisonal atau sajak, akan diuji di
depan kelas berhubung dengan aspek-aspek berikut;
Manakala bagi pelajar yang diberi tugasan berkaitan dengan
prosa, sama ada prosa tradisional, cerpen atau drama, pelajar
dikehendaki bercakap di khalayak pelajar lain berhubung dengan
aspek-aspek di bawah.
Kaedah pengajaran ini menarik perhatian para pelajar kerana
setiap orang diberi tanggungjawab untuk membuat persembahan di
dalam kelas. Pelajar-pelajar lain juga akan diberi peluang untuk
mengajukan soalan kepada rakan mereka yang berucap di depan kelas.
Oleh itu setiap pelajar akan menyiapkan diri masing-masing untuk
aktiviti yang akan dijalankan. Pelajar-pelajar yang akan membuat
persembahan sudah tentu akan membuat persediaan yang rapi. Begitu
juga pelajar-pelajar lain akan bersedia dengan soalan-soalan yang
bakal ditanya. Pengalaman penulis yang mengendalikan aktiviti ini
di dalam bilik darjah melihat pelajar-pelajar seronok menjalani
aktiviti kerana setiap orang ada peranan.
Guru juga mendapat manfaat kerana dapat menjalankan dua kerja
dalam satu masa. Hal ini kerana guru dapat menilai markah pelajar
untuk PLBS, dan dalam masa yang sama juga pengajaran komsas dapat
dijalankan. Namun begitu, banyak lagi kaedah dan teknik yang
digunakan bagi melaksankan pengajaran dan pembelajaran komsas ini.
Berikut merupakan beberapa teknik yang dapat digunakan bagi
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran komsas.
TEKNIK KERUSI PANAS.
Kerusi panas merupakan satu teknik dalam latihan asas
penghayatan watak dan perwatakan. Teknik ini sering digunakan dalam
latihan asas teater untuk membuat justifikasi tentang perwatakan
sesuatu peranan yang akan dilakonkan berdasarkan skrip atau
improvisasi sesuatu cerita yang akan dipentaskan. Biasanya pelakon
akan cuba mengimaginasikan gaya atau aksi watak tersebut dalam
semua aspek seperti cara bercakap, berjalan, pemikirannya dan
seumpamanya. Pelakon juga dikehendaki mengkaji berkenaan watak
contoh tentang umur, gambaran fizikal dan bagaimanakah dia akan
bertindak. Dalam aktiviti kerusi panas ini m kita boleh melihat
pelbagai aspek pada diri watak yang dikaji berdasarkan teks yang
disediakan. Langkah ini sangat seronok diaplikasikan dalam
pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah khususnya untuk
pengajaran KOMSAS.Langkah-langkah pengajaran menggunakan teknik
kerusi panas adalah seperti berikut :
Guru memilih pelajar yang akan memainkan peranan watak dalam
cerpen, novel atau drama yang dipilih. Pelajar yang dipilih
dikehendaki duduk di kerusi yang disediakan di hadapan kelas dan
menghadap pelajar lain. Pelajar-pelajar lain akan mengemukakan
soalan kepada watak yang duduk dihadapan. Manakala murid yang
memegang watak tersebut perlu menjawab soalan berdasarkan watak
yang dipegang. Semasa sesi soal jawab bermula guru akan mengawal
kelas dan memberhentikan aktiviti apabila cukup masa yang
ditetapkan. Di akhir sesi soal jawab, guru akan merumuskan watak
dan perwatakan yang telah dimainkan oleh murid yang dipilih.
Berikut merupakan cara pelaksanaan aktiviti kerusi panas secara
berkumpulan yang boleh dijalankan secara serentak dalam satu sesi
pengajaran dan pembelajaran :
Guru akan membahagikan pelajar kepada beberapa kumpulan mengikut
keperluan dan kepentingan watak dalam karya. Setiap kumpulan akan
diberikan tugasan untuk membincangkan watak dan perwatakan yang
bersesuaian. Setiap kumpulan juga diminta untuk menyediakan soalan
untuk diajukan kepada kumpulan lain yang memegang watak yang telah
ditetapkan. Setelah soalan disiapkan, seorang wakil akan diminta
duduk di kerusi di hadapan kelas manakala ahli kumpulan lain yang
akan mengajukan soalan kepadanya tentang watak dan perwatakan di
kerusi panas. Jika pemegang watak tersebut tidak dapat menjawab
soalan tersebut, maka ahli kumpulan yang lain akan dapat membantu
pelajar tersebut untuk menjawab secara spontan. Manakala
rakan-rakan yang lain akan mencatat nota tentang watak dalam
lembaran grafik.
Melalui aktiviti ini murid dapat menjelaskan watak dan
perwatakan menerusi teknik kerusi panas. Selain itu, murid juga
akan dapat menyenaraikan nilai dan pengajaran berserta huraian.
Murid dapat menjelaskan tema dan persoalan dalam bahan KOMSAS yang
dibaca. Aktiviti ini sangat menarik dan akan dapat dilakukan oleh
pelajar dengan baik. Aktiviti ini juga membolehkan pelajar memahami
sesuatu watak dengan lebih mendalam kerana mereka meletakkan diri
mereka sebagai watak yang berkenaan. Sesungguhnya jika kita berada
di situasi sebenar, adakalanya kita akan berasakan kita mungkin
tidak mampu untuk melalui dugaan dan ujian yang dilalui oleh watak.
Pemilihan pelajar yang tepat, apatah jika mereka benar-benar
menghayati watak itu akan menjadikan mereka akur dengan kisah dan
jalan cerita dalam karya KOMSAS ini.
Teknik ini juga dapat mengungkapkan jalan cerita atau dikenali
sebagai plot dan teknik plot walaupun hanya melihat kepada watak
dan perwatakannya. Di samping itu, guru juga berpeluang untuk
memberikan motivasi kepada para pelajar untuk menjadi seorang yang
mempunyai kebolehan pelbagai dan sentiasa membina diri menjadi
seorang yang prihatin kepada banyak aspek di dunia ini.Contoh
pengajaran kerusi panas:
Arahan: Setiap murid perlu membaca cerpen Kasut Kelopak
Jantung.Semasa membaca, cuba kenalpasti perwatakan Cikgu Harun dan
tandakan kata kerja serta peribahasa yang dijumpai. Perwatakan
Cikgu Harun telah disenaraikan sebagai panduan. Setiap kumpulan
perlu berbincang dan memikirkan soalan-soalan berkaitan dengan
perwatakan Cikgu Harun. Setiap kumpulan perlu bersedia dengan
seorang wakil untuk melakonkan watak Cikgu Harun. CIKGU HARUN :
Guru darjah tiga di sebuah sekolah pedalaman. Beliau telah bersara
tiga puluh daripada tugas mendidik. PerwatakanSeorang yang penyabar
Seorang yang bertanggungjawab Seorang yang berjiwa sensitifSeorang
yang mempunyai perasaan simpati Seorang yang prihatin
TEATER PEMBACA
Teater Pembaca merupakan satu cara menghidupkan sebuah skrip
pendek. Skrip pendek ini dapat dilihat dalam drama atau cerpen.
Teater pembaca melibatkan pembaca membaca secara individu daripada
skrip pendek. Teater pembaca dikenali sebagai teater minda kerana
audiens dibiar untuk membayangkan babak dan aksi daripada suara dan
gerak isyarat yang simbolik daripada pembaca. Dalam teknik ini,
pelakon tidak perlu menghafal dialog dan persembahan yang
dijalankan sepenuhnya membaca teks. Aktiviti teater pembaca ini
akan mengutamakan penggunaan suara, sebutan, gerak badan terbatas
dan mimik muka.Penggunaan suara, sebutan, gerak badan dan mimik
muka membantu murid-murid yang menjadi penonton memahami,
menghayati dan merasakan seolah-olah cerita yang disampaikan
berlaku di hadapan mereka. Dalam pelaksanaan teknik ini, ruang yang
luas tidak diperlukan kerana teknik ini boleh dijalankan secara
spontan. Teknik ini juga tidak memerlukan latihan yang lama.Sesuai
dalam melatih keterampilan berbahasa, ia melibatkan gaya pengucapan
dan penyampaian yang bersahaja serta bersesuaian dengan situasi dan
watak yg dilakonkan. Teater pembaca ini menekankan aspek
'membaca'.
Berikut merupakan teknik pelaksanaan teater pembaca :
Beberapa orang murid dipilih untuk memainkan watak berdasarkan
jumlah pelakon dalam skrip. Seorang pencerita dipilih untuk membaca
bahagian penceritaan atau naratif dalam skrip. Sebelum TP bermula,
guru harus menyediakan ruang lakon di hadapan kelas atau ruang yang
menghadap penonton. Pelakon boleh duduk di atas kerusi atau
berdiri. Pembaca ditempatkan di bahagian tepi kiri atau kanan,
manakala pelakon lain di bahagian tengah mengadap penonton. Semasa
aktiviti TP dilaksanakan, pelakon akan membaca dialog mengikut
urutan dalam skrip. Pelakon yang tiba gilirannya akan bergerak
selangkah ke hadapan dan membacakan dialog dengan penuh perasaan,
seolah-olah berlakon di atas pentas. Selesai membaca skrip, dia akn
berundur semula ke tempat asal. Seorang pelajar juga boleh diminta
untuk melaksanakan tugas sebagai pembantu teknik untuk mengarahkan
penonton terlibat membantu dari segi kesan bunyi atau chorus
seperti lagu dan sebagainya.
Teater pembaca adalah satu aktiviti drama yang melibatkan
sekumpulan pelajar membaca sebuah cerita dengan intonasi yang betul
disertai dengan penghayatan yang tinggi. Aktiviti yang dapat
menimbulkan suasana cerita yang menarik dan mudah difahami.
Aktiviti yang mengutamakan penggunaan suara, sebutan, gerak badan
dan mimik muka bagi membantu pelajar memahami, menghayati dan
merasakan seolah-olah cerita itu sedang berlaku di hadapan
mereka.
Mengkombinasikan dengan nada, intonasi, gerak aksi terbatas atau
ekspresi pelakon. TP juga melibatkan bantuan daripada beberapa
orang chorus atau suara latar seperti kesan bunyi, lagu dan
sebagainya daripada penonton atau sekumpulan ahli. TP sesuai untuk
melatih ketrampilan berbahasa kerana melibatkan gaya pengucapan dan
penyampaian yang bersahaja sesuai dengan watak. TP tidak melibatkan
set dan prop yang berat. Guru hanya perlu menyedia prop mudah
seperti tanda yang boleh memperkenalkan identiti watak seperti
tanda nama atau pakaian di kepala yang diperbuat daripada kertas
araupun bahan yang terbuang.
TEKNIK PETA MINDA
Teknik peta minda merupakan teknik yang menggunakan kaedah
ringkas dalam menyatakan sesuatu fokus. Murid-murid mampu
mengingati fakta-fakta penting tentang topik-topik yang dipelajari
oleh mereka dalam tempoh masa yang singkat. Langkah-langkah
pelaksanaan teknik peta minda :Guru perlu menyatakan fokus yang
hendak dibincangkan. Fokus tersebut biasanya merupakan topik-topik
penting dalam kajian bahan komsas seperti tema, persoalan,
perwatakan, latar masyarakat, nilai dan pengajaran. Guru hendaklah
mengenal pasti kata kunci yang berkaitan dengan fokus sebagai
pancaran peristiwa atau huraian. Sekiranya perlu peta minda
tersebut juga hendaklah dilengkapkan dengan nama-nama watak/tempat
sebagai panduan kepada murid untuk mengaitkan antara fokus dengan
kata kunci. Seterusnya guru membimbing murid-murid menghuraikan
peta minda dengan membina ayat demi ayat. Dalam setiap ayat
semestinya ada penyataan dan huraian/contoh. Bahagian yang terakhir
murid-murid dikehendaki membentuk perenggan bagi menghasilkan
wacana yang sempurna tentang peta minda yang dibincangkan.
1
Berikut merupakan contoh pelaksanaan teknik peta minda dalam
pengajaran komsas :Peta Minda 1 : Novel Terminal Tiga Fokus :
Perwatakan Rimpa
Huraian/peristiwa; a) Seorang yang berani(Rimpa berani berhijrah
ke Kuala Lumpur untuk belajar di ASK) b) Seorang yang
bertanggungjawab(Rimpa mencari ayahnya sampai ke Nabawan) c)
Seorang yang penyayang(Rimpa menyayangi keluarganya) d) Seorang
yang mengenang budi(Rimpa sentiasa menziarahi Bang Maily) e)
Seorang yang tabah(Rimpa tabah menghadapi dugaan hidup)
TEKNIK TIGA DALAM SATUTeknik Tiga Dalam Satu merupakan satu
bentuk pelaksanaan pengajaran yang dijalankan di bilik darjah.
Teknik ini dapat mengatasi beberapa masalah murid dalam
pembelajaran komsas. Antara masalah yang dapat diselesaikan ialah
dapat menyelesaikan pertindihan penyataan dan huraian yang boleh
mengelirukan murid. Selain itu, teknik ini dapat mengelakkan murid
terbeban kerana terpaksa membaca banyak topik. Teknik ini juga
dapat memberikan kemahiran kepada murid dalam menjawab
soalan-soalan pemahaman serta membimbing murid cara bijak belajar.
Melalui teknik ini murid-murid akan lebih cepat faham dan mudah
mengingati proses pembelajaran.
Berikut merupakan pelaksanaan teknik tiga dalam satu :Contoh
Novel Seteguh Karang : Langkah 1 a) Guru menyatakan topik-topik
yang akan dibincangkan kepada murid iaitu nilai, latar masyarakat
dan pengajaran. b) Guru bersoal jawab dengan murid tentang konsep
nilai, latar masyarakat dan pengajaran. c) Guru membuat pengukuhan
terhadap jawapan pelajar bagi konsep-konsep tersebut.
Langkah 2 a) Guru menjelaskan kepada murid-murid bahawa dalam
menyatakan atau menghuraikan nilai, latar masyarakat dan pengajaran
terdapat perbezaannya. b) Guru membahagikan murid-murid kepada tiga
kumpulan iaitu A,B dan C. c) Kumpulan A membincangkan nilai,
kumpulan B tentang latar masyarakat dan kumpulan C tentang
pengajaran. d) Berdasarkan jawapan murid guru memaparkan jadual
untuk menjelaskan ketiga-tiga aspek tersebut boleh dibuktikan
melalui satu huraian/contoh sahaja. BilNilaiLatar
MasyarakatPengajaran Huraian/Contoh
1
Keberanian Masyarakat yang berani.Kita haruslah berani menyahut
cabaranAwanis berani menunggang motosikal yang tiada brek.
2Tolong-menolongMasyarakat yang saling membantu.Kita haruslah
saling bantu membantu.Kak Nor menumpangkan awanis dirumahnya.
3Kasih-sayangMasyarakat yang penyayang.Kita haruslah saling
menyayangi.Anita menyayangi kedua-dua kakak angkatnya itu.
4Ketabahan Mayarakat yang tabah.Kita hendaklah tabah menghadapi
ujian.Awanis redha dengan kematian kedua-dua ibu bapanya.
Langkah 3 a) Murid-murid diminta menjelaskan perbezaan antara
teknik menjawab nilai, latar masyarakat dan pengajaran berdasarkan
jadual. b) Seterusnya murid-murid dikehendaki membuat latihan
lanjutan untuk menguji pemahaman mereka terhadap pengajaran dan
pembelajaran yang berlangsung. c) Berdasarkan pemerhatian didapati
melalui kaedah ini murid-murid dapat menyampaikan jawapan dengan
tepat.
Teknik Tiga Dalam Satu dapat membantu murid menguasai topik yang
dipelajari dengan lebih cepat dan berkesan. Proses pengajaran dan
pembelajaran juga dapat dilangsungkan dalam suasana yang
menyeronokkan. Seterusnya mampu mencapai objektif pengajaran dan
pembelajaran.
4.0 CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN KOMSASBerikut merupakan
contoh rancangan pengajaran dan pembelajaran menggunakan teknik
peta minda :TingkatanSatu
Masa80 minit
GenreProsa Tradisional
TajukBudi Seorang Bapa Angkat
Fokus Utama10.6Mengulas karya sastera dari aspek watak dan
perwatakan, latar, plot, gaya bahasa dan sudut pandangan
Aras 1(vii)Memerihalkan latar dalam cerita
Fokus Sampingan2.5Memberikan penjelasan secara spontan tentang
sesuatu perkara yang berkaitan dengan isu yang dikemukakan
Aras 1(ii)Mengemukan idea yang sesuai dalam perbincangan
ObjektifPada akhir pelajaran, pelajar dapat :i. Mengenal pasti
latar tempat, masa dan masyarakat tang terdapat dalam prosa yang
dikajiii. Melukis gambaran suasana berdasarkan prosa yang
dikajiiii. Menulis 5 kata adjektif yang terdapat dalam prosa yang
dikaji
Kemahiran BahasaKemahiran MembacaKemahiran Berfikir
Sistem Bahasa
Tatabahasa : Kata Adjektif
Pengisian KurikulumIlmu : SejarahNilai : Bersabar, Berbudi
Pekerti, Bepekerti, Bertanggungjawab
Kemahiran Bernilai Tambah
Kajian Masa Depan (KMD)
Pengetahuan Sedia AdaSinopsis, Tema dan Persoalan serta Watak
dan Perwatakan daripada Prosa Budi Seorang Bapa Angkat
LangkahIsi PelajaranAktiviti Pengajaran dan
PembelajaranCatatan
Set Induksi(5 minit)Soalan:1. Berdasarkan gambar-gambar yang
dipaparkan tadi, bolehkah kamu menjangkakan tempoh masa zaman
tersebut?2. Nyatakan suasana dan tempat yang dinyatakan dalam
gambar tersebut? Guru menayangkan imej/gambar di hadapan kelas.
Murid memberikan pandangan masing-masing tentang tempoh masa dan
suasana masyarakat berdasarkan gambarajah. Guru mengaitkan
perbincangan dalam set induksi dengan tajuk pelajaran pada hari ini
iaitu tentang latar masa, tempat dan masyarakat. Guru mengaitkan
perkara yang dibincangkan dengan isi pelajaran pada hari ini
K.Berfikir:MenghubungkaitMenjana idea
K.ICT:MS Power Point
Nilai murni:Hormat menghormatiMenghargai orang lain
Langkah 1(30 minit)Lembaran pengurusan grafik yang melibatkan
tiga aspek: Latar Masa Latar Tempat Latar MasyarakatAktiviti
Berkumpulan Pelajar dibahagikan kepada tiga kumpulan. Setiap
kumpulan akan membincangkan aspek berikut: Kumpulan 1: Latar Masa
Kumpulan 2: Latar Tempat Kumpulan 3: Latar Masyarakat Guru
mengarahkan pelajar untuk berbincang dalam kumpulan bagi mengesan
ketiga-tiga jenis latar dengan merujuk kepada teks komsas. Lembaran
pengurusan grafik disediakan kepada pelajar bagi memudahkan
perbincangan berlangsung dengan baik. Wakil kumpulan membentangkan
laporan hasil perbincangan dan murid lain memberikan pendapat
tentang laporan kumpulan.K.Belajar:Mengumpul maklumatMenyoal
K.Berfikir:MenghubungkaitMenjana Idea
BBM:Lembaran Pengurusan Grafik
Nilai murni:BekerjasamaHormat-menghormati
LangkahIsi PelajaranAktiviti Pengajaran dan
PembelajaranCatatan
Langkah 2(15 minit)Pembentangan Kumpulan melibatkan tiga aspek:
Latar Tempat Latar Masa Latar Masyarakat
Pembentangan Kumpulan Guru mengarahkan pelajar untuk memurnikan
hasil perbincangan pada kertas sebak dalam bentuk peta minda. Wakil
kumpulan membentangkan laporan hasil perbincangan dihadapan
pelajar. Selesai pembentangan daripada setiap kumpulan, guru akan
memberikan ulasan bagi hasil perbincangan pelajar tersebut.
K.Berfikir:Menjana Idea
BBM:Kertas sebak Marker pen
Nilai murni:Bekerjasama
Langkah 3(15 minit)Soalan:
1. Bandingkan suasana masa kini dan masa dahulu?2. Bandingkan
masyarakat kini dan masyarakat dahulu?3. Bandingkan kehidupan masa
kini dan masa dahulu?
Perbandingan Gaya Hidup Guru mengarahkan pelajar berbincang
dalam kumpulan untuk membuat perbandingan gaya hidup masyarakat
sekarang dengan masyarakat yang terdapat dalam teks yang dikaji.
Guru meminta wakil kumpulan untuk melaporkan perbincangan. Guru dan
pelajar bersoal jawab tentang gambaran masyarakat zaman akan datang
dan pelajar memberikan pendapat
sendiri.K.Berfikir:MembandingbezaKajian Masa Depan
Nilai murni:Bekerjasama
LangkahIsi PelajaranAktiviti Pengajaran dan
PembelajaranCatatan
Langkah 4(15 minit)Sistem bahasa Kata Adjektif:1.
Cerdas2.Pandai3.Muda4.Keemas-emasan5.Berseri-seri
Kata Adjektif Dengan merujuk kepada teks komsas yang dikaji,
pelajar berbincang dalam kumpulan untuk mengesan kata adjektif yang
terdapat dalam teks tersebut. Pelajar mengisi lampiran Wakil
kumpulan menyebutkan hasil perbincangan tentang kata
adjektifKemahiran Belajar:Pembelajaran Masteri
BBM:Lampiran
Nilai murni:Bekerjasama
Penutup(10 minit)Soalan:Apakah isi pelajaran yang telah kamu
pelajari pada hari ini?Rumusan Guru bertanyakan maklum balas
pelajar berkenaan pelajaran hari ini tentang aspek latar dalam
bahan prosa Guru meminta seorang pelajar memberikan rumusan tentang
isi pelajaran yang dipelajari pada hari ini.
K.Berfikir:Menjana Idea
Nilai murni:Kasih Sayang
5.0 PENUTUPKeberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran di
dalam kelas dipengaruhi oleh beberapa unsur penting iaitu guru,
murid, persekitaran dan bahan bantu mengajar. Namun, guru memainkan
peranan penting dalam menentukan murid belajar. Teknik yang
diaplikasikan oleh guru merupakan aset penting sama ada objektif
pengajaran dan pembelajaran dapat dicapai atau sebaliknya. Kaedah
yang menarik dan berkesan amat penting khususnya dalam mengajar
subjek Bahasa Melayu. Sehubungan dengan itu, kebanyakan murid
beranggapan bahawa mengikuti pengajaran Bahasa Melayu di bilik
darjah amat membosankan berbanding dengan mata pelajaran lain. Bagi
pihak guru pula mereka berpendapat bahawa pengajaran Bahasa Melayu
agak sukar untuk menarik perhatian murid. Kesannya ialah mata
pelajaran Bahasa Melayu kurang diminati oleh murid dan tiada
komitmen yang sewajarnya daripada guru.Kesimpulannya teknik-teknik
yang telah dinyatakan di atas dapat digunakan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran untuk memantapkan penguasaan peristiwa
dalam komsas khususnya novel dan cerpen. Di samping itu dapat
membantu guru memberikan penjelasan yang kukuh kepada murid untuk
menyelesaikan masalah teknik dalam menjawab soalan yang mempunyai
perbezaan bentuk. Seterusnya dapat menjadikan proses pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu dengan lebih menarik dan menyeronokkan
murid.
BIBLIOGRAFIArbaie Sujud. 2008.Sastera Melayu Suatu Pengantar
.Kuala Lumpur : Tinta PressSdn Bhd.
Asmah Haji Omar. 2008.Ensiklopedia BAHASA MELAYU.Kuala Lumpur:
DewanBahasa dan Pustaka
Harun Mat Piahet al. 2006.Kesusasteraan Melayu Tradisional.
Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka
Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir, 1997. Penggunaan Bahan Sastera
dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Disertasi untuk
ijazah Sarjana Pengajian Bahasa Moden, Universiti Malaya
http://www.moe.gov.my/jpnselangor/images/stories/kertaskerja/hjh%20ghazani/laporan%20TMB%20Komsas.pdf
dilayari pada 15 April 2013
http://www.slideshare.net/wanizzahwanshamshudin/pengenalan-komsas
dilayari pada 15 April 2013
http://teknikdankaedahmengajarkomsas.blogspot.com/ dilayari pada
1 Mei 2013
http://lamanbahasa-aliza.blogspot.com/2011/04/teknik-mengajar-komsas.html
dilayari pada 5 Mei 2013