TEKNIK MENJAWAB SOALAN KBAT PENDIDIKAN MORAL SPM
TEKNIK MENJAWAB SOALAN KBAT
PENDIDIKAN MORAL SPM
FORMAT UJIAN BERTULIS SPM
PERKARA KERTAS 1 (Ujian Bertulis)
Jenis Item Bahagian A - StrukturBahagian B - Esei
Bilangan Soalan Bahagian A – 8 soalan (jawab semua)Bahagian B – 3 soalan (pilih 2)
Jumlah markah Bahagian A – 80 markahBahagian B – 20 markahJumlah -- 100 markah
Tempoh masa 2 jam 30 minit
CADANGAN PENGAGIHAN MASAPERUNTUKAN MASA JUMLAH MASA
Bahagian A ; Struktur
8 soalan x 10 minit (untuk setiap soalan)
80 minit
Bahagian B : Esei
2 soalan x 15 minit (untuk setiap soalan)
30 minit
1 soalan tambahan (esei) – digalakkan
Semak & Tambah Jawapan
15 minit
25 minit
Tempoh masa 150 minit (2½ jam)
TEKNIK MENJAWAB SOALAN STRUKTUR
SOALAN TANYA NILAI (*SPM 2014 - LANGSUNG TIADA)
Contoh soalan :
a.Apakah nilai ……(1 m)
b.Nyatakan dua nilai …….. (2 m)
c.Berikan tiga nilai ……… (3 m)
d.Senaraikan tiga nilai ………..(3m)
Contoh jawapan :
a.Bertanggungjawab
b.Hemah tinggi, harga diri
c.Toleransi, kasih sayang, rasional
d.Berdikari, kesederhanaan, kerajinan
SOALAN TANYA MAKSUD/DEFINISI NILAI
(* SPM 2014 – LANGSUNG TIADA)
Contoh soalan :
a.Berikan maksud salah satu nilai di 1(a) (2 m)
b.Berikan maksud nilai …………………. (2 m)
Contoh jawapan :
a. (Bertanggungjawab ialah kesanggupan seseorang untuk memikul) (dan melaksanakan kewajipannya dengan sempurna). (2m)
SOALAN TERANGKAN NILAI (*SPM 2014 – 4 SOALAN)
Contoh Soalan :
a. Terangkan dua nilai ……………………………. (4 m)
Format Jawapan : W N KK H/C
Contoh Jawapan :
a. David (W) mengamalkan nilai bertanggungjawab (N). Dia melaksanakan tugas (K.K.) untuk belajar dengan bersungguh-sungguh. (H/C) (2 m)
SOALAN TANYA FAKTA
Contoh soalan :
a.Berikan tiga cara ……………………. (3 m)
b.Nyatakan dua kesan …………………..(2 m)
c.Jelaskan dua usaha ………………….. (2 m)
d.Huraikan dua kebaikan ………..............(2 m)
Contoh jawapan :
i.Melaporkan kepada pihak berkuasa tentang penderaan tersebut
ii.Menyelamatkan kanak-kanak berkenaan
iii.Menasihati ibu kanak-kanak agar menghentikan penderaan
SOALAN TANYA FAKTA SERTA HURAIAN LANJUTAN
(* PERHATIKAN PERUNTUKAN MARKAH)
Contoh soalan :
a.Huraikan dua cara ……………………… ( 4m)
b.Terangkan tiga manfaat ………………….(6 m)
c.Jelaskan dua usaha ……………………… (4 m)
Format jawapan : Fakta Huraian/Contoh
Contoh jawapan :
i.(Melaporkan kepada pihak berkuasa) (supaya ibu tersebut ditangkap dan dipenjarakan)
ii.(Menyelamatkan kanak-kanak berkenaan) (lalu menghantarnya ke Rumah Kebajikan Masyarakat)
SOALAN KBAT (* PERHATIKAN PERUNTUKAN MARKAH)
Contoh Soalan :
a. Apakah rumusan yang boleh dibuat daripada keseluruhan maklumat yang diberi? …………………………………………….(1 m)
b. Pada pendapat anda, wajarkah tindakan beliau?
Kemukakan tiga alasan……………………………(4 m)
c. Bolehkah kejadian tersebut dielakkan daripada terus berulang?
Beri hujah anda secara terperinci berdasarkan nilai-nilai murni yang dipelajari. …………………………………………(4 m)
d. Nyatakan perasaan anda apabila kejadian tersebut melanda negara.
Beri alasan. ………………………..........................(3 m)
Contoh soalan KBAT :
a.Pada pendapat anda, apakah yang akan berlaku sekiranya pihak berkuasa tidak membanteras kegiatan pemerdagangan manusia. Kemukakan hujah anda.
(3 markah)
Contoh jawapan :
Sekiranya pihak berkuasa tidak membanteras kegiatan pemerdagangan manusia, (keselamatan dan keamanan negara akan terancam). (Masalah sosial dan gejala negatif akan meningkat, contohnya kegiatan pelacuran). (Gejala ini jika tidak dibendung pasti akan mencemarkan imej negara di mata dunia).
Contoh soalan:
1. Semasa perhimpunan, Alvin dan beberapa orang pelajar telah ditahan oleh pengawas kerana bercakap semasa upacara menyanyi lagu Negaraku dan tidak membaca ikrar Rukun Negara.
a. Adakah anda bersetuju dengan tindakan Alvin dan pelajar-pelajar tersebut? Berikan dua alasan.
[3 markah]Contoh Jawapan :
Saya (tidak bersetuju) dengan tindakan mereka. Ini disebabkan Alvin dan rakan-rakannya (tidak menghormati lagu Negaraku dan Rukun Negara), (bercakap ketika berada dalam perhimpunan) dan (tidak mematuhi peraturan dalam majlis perhimpunan).
ANUGERAH KANAK-KANAK TERBAIK KEBANGSAANSEMPENA HARI KANAK-KANAK SEDUNIA 2015
-Anugerah Tunas Jaya Kebangsaan-Anugerah Kanak-kanak Khas Terbaik Kebangsaan
a. Berdasarkan maklumat di atas, mengapa Anugerah tersebut perlu diadakan setiap tahun?
[3 markah]
b.Apakah rumusan yang boleh dibuat daripada jawapan di (a)? [1 markah]
Contoh Jawapan :
a.Anugerah tersebut diadakan pada setiap tahun kerana (ia dapat memberi motivasi kepada kanak-kanak untuk mencapai kejayaan dalam apa jua bidang yang diceburi). (Ia juga telah memberi persaingan sihat di kalangan kanak-kanak supaya mereka berusaha gigih untuk mencapai kecemerlangan). (Anugerah merupakan satu pengiktirafan di atas bakat yang telah mereka sumbangkan kepada dunia perkembangan kanak-kanak dan negara).
b.Sumbangan kanak-kanak perlu diiktiraf kerana mereka adalah aset negara yang perlu dihargai/yang tidak ternilai.
TEKNIK MENJAWAB SOALAN ESEI
(FORMAT SOALAN YANG DIBERI BERDASARKAN KERTAS SPM 2013 & 2014)
BENTUK SOALAN 1 : MENGANALISIS SITUASI BERDASARKAN NILAI
Isu : Ponteng sekolah
Berdasarkan situasi tersebut, beri pendapat anda tentang tindakan Ah Kow berdasarkan tiga nilai murni.
(10 markah) Teknik menjawab :
Watak : Ah Kow/Dia/Beliau
Nilai : N1/N2/N3
Format : Nilai/Huraian/Contoh (NHC)
Format NHC
N1 KerajinanH1a Hadir ke sekolah setiap hariH1b Tidak ketinggalan dalam pelajaranC1 Boleh capai keputusan cemerlang dalam peperiksaan
N2 BertanggungjawabH2a Memainkan peranan beliau sebagai pelajarH2b Belajar bersungguh-sungguh/Tekun belajar C2 Beri tumpuan semasa guru mengajar
N3 Mematuhi peraturan dan undang-undangH3a Akur dengan peraturan sekolahH3b Elak dikenakan denda/demeritC3 Melebihi 60 hari, boleh dibuang sekolah
BENTUK SOALAN 2 : MENGANALISIS SITUASI TANPA NILAI
Contoh soalan
Berdasarkan pernyataan di atas, huraikan lima kebaikan sekiranya kita mengeluarkan pendapat dan kritikan mengikut saluran yang betul.
(10 markah)
KEBAIKAN HURAIAN/CONTOH
1. Masalah diselesaikan secara baik Menjaga sensitiviti sesebuah kaum.
2. Imej negara terpelihara Keselamatan dan kedaulatan negara dikekalkan
KEBAIKAN HURAIAN/CONTOH
3. Perbalahan dan kekacauan dapat dielakkan
Perpaduan kaum dapat dikekalkan
4. Memuaskan hati semua pihak Perasaan orang lain tidak tersinggung
5. Kehidupan masyarakat aman dan harmoni
Mengelak perasaan takut dan terancam
Masukkan nilai dalam huraian (*Max : 3 N)
Kebebasan bersuara/Toleransi/Hidup bersama secara aman/bertanggungjawab/rasional/mematuhi peraturan dan undang-undang
BENTUK SOALAN 3 : MEMBUAT KEPUTUSAN DAN MENILAI
Maklumat berikut berkaitan Shanthi yang menghadapi dilema tentang kerjaya masa depannya.
Monolog Shanthi :
“Saya nak jadi guru. Tetapi ibu pula mahu saya jadi peguam. Yang mana harus saya pilih?”
Pada pendapat anda, wajarkah Shanthi mengikut nasihat ibunya?Berikan hujah anda secara terperinci berdasarkan nilai-nilai murni yang dipelajari.
[10 markah]
Shanthi wajar mengikut nasihat ibunya. [1 markah]
Nilai Fokus/Fakta Huraian/Contoh
1. Hormat dan taat kepada anggota keluarga
• Patut mentaati ibunya
• Menjaga perasaan ibunya.
• ibunya lebih berpengalaman.
• ibunya mahu yang terbaik untuk dirinya.
• perlu beri layanan yang baik kepada ibunya.
2. Rasional • Fikirkan cadangan ibu demi masa depan
• imej peguam lebih dipandang tinggi dari pekerjaan guru.
3. Kasih sayang terhadap keluarga
• Ambil hati ibu sebagai tanda kasih sayang
• ibu bersusah payah membesarkannya.
• menjaga hati ibu.• Membalas jasa dan
pengorbanan ibu.
Shanthi tidak wajar mengikut nasihat ibunya. [1 markah]
Nilai Fokus/Fakta Huraian/Contoh
1. Rasional • Perlu mengikut pilihan sendiri
• Memilih kerjaya yang diminati
• Dapat mengembang-kan minatnya dalam bidang perguruan
• Dapat menjalankan tugas dengan baik.
2. Kebebasan bersuara
• Ada hak untuk memilih kerjaya sendiri
• Tidak timbul perasaan tertekan apabila bekerja.
3. Bertanggung- jawab
• Memikul/melaksanakan tugas membimbing generasi muda
• Dapat melahirkan insan yang berpendidikan tinggi dan berakhlak mulia
1. PASTIKAN WATAK ANDA
TEPAT
2. ESEI DITULIS DALAM
SATU PERENGGAN
SAHAJA.
“SEMOGA BERJAYA DALAM SPM”
SEKIAN, TERIMA KASIH
Cikgu Ainon(17.9.2015)