MEMBUAT CORAK DAN REKAAN HBAE2103 Penghargaan Alhamdulillah dan bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya akhirnya berjaya juga saya menyiapkan tugasan ini setelah bertungkus lumus sedaya upaya upaya untuk menghasilkan keseluruhan bahan tugasan ini sebaik dan sesempurna mungkin. Di samping itu, saya ingin menyalurkan ribuan malah jutaan kalungan dan ungkapan terima kasih kepada pensyarah pembimbing, En Mohd Hasni B. Mat Hassan yang melaksanakan pengajaran bagi mata pelajaran Membuat Corak dan Rekaan (HBAE2103) di atas keprihatinan beliau dalam memberi kerjasama sepenuhnya serta bimbingan yang menyeluruh untuk saya menyiapkan tugasan ini. Selain itu, saya juga ingin menyampaikan kalungan ucapan terima kasih saya yang tidak terhinggga kepada ahli keluarga saya di atas sokongan dan bantuan berupa kewangan untuk membantu saya bagi menyiapkan keseluruhan tugasan saya ini dari awal penghasilannya sehingga ke titik akhir saya melaksanakan tugasan ini. Malah, saya juga ingin menyampaikan ungkapan terima kasih saya kepada rakan-rakan yang turut sama-sama mencurah tenaga dan memberikan buah fikiran dengan berkongsi pelbagai idea-idea yang bernas dalam usaha untuk saya menyiapkan tugasan ini. Saya juga ingin menyampaikan ucapan terima kasih saya kepada pihak perpustakaan IPSMB kerana telah banyak membantu saya merangka perjalanan tugasan ini dengan sempurna. 1
33
Embed
Teknik Ikatan Dan Celupan dalam Projek Hiasan Dalaman
Teknik ikat dan celup, aplikasi unsur seni dan prinsip rekaan
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
MEMBUAT CORAK DAN REKAAN HBAE2103
Penghargaan
Alhamdulillah dan bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya akhirnya
berjaya juga saya menyiapkan tugasan ini setelah bertungkus lumus sedaya upaya
upaya untuk menghasilkan keseluruhan bahan tugasan ini sebaik dan sesempurna
mungkin.
Di samping itu, saya ingin menyalurkan ribuan malah jutaan kalungan dan ungkapan
terima kasih kepada pensyarah pembimbing, En Mohd Hasni B. Mat Hassan yang
melaksanakan pengajaran bagi mata pelajaran Membuat Corak dan Rekaan
(HBAE2103) di atas keprihatinan beliau dalam memberi kerjasama sepenuhnya serta
bimbingan yang menyeluruh untuk saya menyiapkan tugasan ini.
Selain itu, saya juga ingin menyampaikan kalungan ucapan terima kasih saya yang
tidak terhinggga kepada ahli keluarga saya di atas sokongan dan bantuan berupa
kewangan untuk membantu saya bagi menyiapkan keseluruhan tugasan saya ini dari
awal penghasilannya sehingga ke titik akhir saya melaksanakan tugasan ini. Malah,
saya juga ingin menyampaikan ungkapan terima kasih saya kepada rakan-rakan yang
turut sama-sama mencurah tenaga dan memberikan buah fikiran dengan berkongsi
pelbagai idea-idea yang bernas dalam usaha untuk saya menyiapkan tugasan ini.
Saya juga ingin menyampaikan ucapan terima kasih saya kepada pihak perpustakaan
IPSMB kerana telah banyak membantu saya merangka perjalanan tugasan ini dengan
sempurna.
Akhir sekali, sekali lagi saya ingin mengalungkan ribuan malah jutaan ungkapan
penghargaan saya kepada semua pihak yang telah banyak membantu saya dalam
usaha saya untuk menyiapkan tugasan ini sesempurna mungkin.
Sekian, terima kasih.
1
MEMBUAT CORAK DAN REKAAN HBAE2103
Pengenalan
Rekaan dan corak merupakan suatu asas utama dalam meghasilkan sesuatu karya
seni. Pada dasarnya, tanpa rekaan dan corak, hasil seni baik yang tradisional mahupun
yang mengikut zaman akan tidak terhasil. Dalam teorinya, corak ialah suatu susunan
motif sama ada secara teratur, terancang atau secara bebas. Ini bermaksud corak
boleh dibahagikan kepada dua cabang iaitu Corak Terancang dan Corak Tidak
Terancang. Motif pula merupakan rupa atau bentuk asas dalam satu-satu rekaan atau
gubahan. Motif terdiri daripada motif flora, fauna, geometrical dan organik. Corak
Tradisi mempunyai motifnya tersendiri dan mempunyai nama-nama tertentu yang
berunsur tradisional. Contoh yang biasa kita dengan adalah seperti corak bunga
buluh,pucuk rebung,bunga kiambang dan sebagainya.
Corak dan Rekaan
Bidang ini memberi peluang kepada murid memahami pelbagai cara untuk
menghasilkan corak dan mengaplikasikan menjadi suatu rekaan lain. Corak dan rekaan
tersebut boleh juga dipadankan kepada mana-mana hasil daripada bidang kegiatan lain
seperti binaan, kraf dsb.
Bidang ini membolehkan murid mengenali dan mengkaji pelbagai corak dalam alam
dan kehidupan seharian. Bahagian ini menegaskan kegiatan mengenal motif dan
olahannya untuk menghasilkan rekaan corak tertentu.
Kegiatan ini memberi peluang kepada murid membuat rekaan corak tidak terancang,
corak terancang dan juga corak tradisional dengan teknik tertentu. Aspek apresiasi
hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran . Kegiatan ini boleh dilakukan
dalam pelbagai cara seperti pergerakan, peragaan dan lakonan.
2
MEMBUAT CORAK DAN REKAAN HBAE2103
Corak terhasil daripada pelbagai teknik dan cara. Antaranya melalui kegiatan seperti:
CORAK TIDAK TERANCANG
1. Pualaman
2. Tiupan
3. Titisan
4. Ikatan dan celupan
5. Renjisan dan percikan
CORAK TERANCANG :
1. Lukisan
2. Catan
3. Cetakan
4. Capan
5. Lipatan dan guntingan
6. Resis
7. Kolaj
8. Kaligrafi
3
MEMBUAT CORAK DAN REKAAN HBAE2103
Hiasan Dalaman
Mengikut Kathleen Chee (2008), hiasan dalaman merupakan satu perancangan dan
penyusunan untuk menghias ruang dalaman dengan mementingkan aspek fungsi, cita
rasa dan tabiat pengguna. Susunan dan reka letak perabot dan barang hiasan
bergantung pada jenis bilik masing-masing. Walau bagaimanapun, keperluan asas
seperti peredaran angin dan udara, serta pencahayaan tidak berubah.
Hiasan dalaman merupakan satu salah aktiviti yang dilakukan untuk mengindahkan,
menghasilkan, merubah sesuatu suasana ruang di dalam rumah agar kelihatan lebih
menarik, cantik, sesuai dengan persekitaran rumah.
Terdapat pelbagai jenis hiasan dalaman, antaranya ialah :
Hiasan dalaman ruang tamu
Hiasan dalaman ruang dapur
Hiasan dalaman ruang makan
Hiasan dalaman bilik tidur
Hiasan dalaman bilik mandi
Hiasan dalaman bilik belajar
Hiasan dalaman bilik ibadat
Dalam hiasan dalaman ini, terdapat konsep-konsep yang diberi sentuhan bagi
menghasilkan sesuatu ruang tampak lebih menarik mengikut cita rasa seseorang.
Antara konsep-konsep yang diketengahkan adalah konsep asia, konsep moden,
konsep moden kontemporari, konsep tradisional, konsep retro, dan banyak lagi.
Berdasarkan tugasan yang diberikan, saya menghasilkan suatu projek yang melibatkan
hiasan dalaman bilik tidur. Saya telah memilih lampu tido sebagai hiasan dalam bilik
tidur tersebut.
Lampu tidur
4
MEMBUAT CORAK DAN REKAAN HBAE2103
Lampu tidur bukanlah digunakan bagi seseorang yang takut dengan kegelapan. Lampu
tidur merupakan suatu hiasan yang amat menarik bagi menaikan suasana yang
tenteram dan selesa.
Contoh-contoh lampu tidur bagi hiasan dalaman yang telah banyak dipasaran ialah :
Contoh-contoh lampu tidur
Bagi memenuhi tugasan yang diberikan, saya telah menggunakan teknik ikatan dan
celupan dalam projek “lampu tidur” saya ini.
5
MEMBUAT CORAK DAN REKAAN HBAE2103
“ Lampu Tidur “
Teknik Ikatan dan Celupan
Definisi Ikatan dan Celupan ( Tie and Dye)
6
MEMBUAT CORAK DAN REKAAN HBAE2103
Berdasarkan Wikipedia, Teknik ikat celup ialah sejenis teknik untuk menghasilkan corak
pada tekstil. Teknik ini digunakan pada penghasilan kain pelangi dan shibori. Teknik ini
sudah wujud sejak 618-906 SM lagi, yakni pada zaman Dinasti Tang, Cina.
Menurut modul OUM, HBAE2103 Membuat Corak dan Rekaan, teknik ini merupakan
satu proses mencorak kain dengan mengikat bahagian tertentu dan kemudian
dicelupkan ke dalam pewarna. Dalam proses tersebut, terdapat beberapa cara
mengikat kain. Setiap jenis ikatan akan menghasilkan corak yang berlainan. Di antara
jenis ikatan yang selalu digunakan ialah cara simpulan, ikatan, lipatan, dan juga jahitan.
Corak yang akan dihasilkan adalah corak jenis mengembang. Besar atau kecil corak
yang akan terhasil adalah bergantung pada celupan dan cara lipatan kain tersebut.
Teknik celupan juga menentukan penghasilan corak kerana sekiranya celupan dibuat
terlalu dalam corak yang terhasil adalah besar, sebaliknya jika dicelup cetek, coraknya
yang akan terhasil adalah kecil.
Sejarah corak ikatan dan celupan
Mengikut catatan sejarah, corak kain ikatan dan celupan dalam bentuk primitive
diketahui wujud sejak 2000 tahun di Parsi dan Mesir. Di Negara China dan Jepun, kain
bercorak begini mula digunakan sejak abad ke-tujuh dan ke-lapan lagi. Di Tanah
Melayu, kain bercorak sebegini mula diperkenalkan sejak abad ke-15 Masihi iaitu pada
zaman pemerintahan Parameswara di Melaka. Pada tahun 1770-an batik pelangi telah
diperkenalkan di Kepulauan Melayu. Sejarah tekstil Malaysia mula diketahui pada abad
ke-18 apabila Batik Minah Pelangi memulakan perusahaan kain batik di Terengganu.
Dalam tahun 1911, Haji Che Su B. Haji Ishak memulakan perusahaan kain batik di
Lorong Gajah Mati, Kota Baharu, Kelantan. Pada masa itu teknik pembuatan batik
hanyalah menggunakan teknik ikat dan celup dan dikenali sebagai ‘Batik Pelangi”. Pada
masa itu kain diimport dari Thailand jenis “ Kain Pereir” sementara itu warna dibuat
sendiri menggunakan pewarna buah dan kulit kayu. Warna kain batik pelangi hanyalah