UTAMA (/) MENGENAI KAMI (/MENGENAI_KAMI-1) BAKAL PELAJAR (/UPM/BAKAL_PELAJAR-10) PELAJAR SEMASA (/UPM/PELAJAR_SEMASA-11) STAF (/UPM/STAF-13) ALUMNI (/UPM/ALUMNI-14) PETA LAMAN (/SITEMAP) MAKLUMBALAS (/MAKLUMBALAS) Selamat Datang Ke Laman Portal Universiti Putra Malaysia AKADEMIK (/akademik-15) PENYELIDIKAN (/penyelidikan-3) JARINGAN (/jaringan-16) ANTARABANGSA (/antarabangsa-2) PERKHIDMATAN (/perkhidmatan-19) KEHIDUPAN KAMPUS (/kehidupan_kampus-18) (/) » BERITA (/BERITA) » Tekad bantu ibu jadi azimat kejayaan dua pelajar cemerlang UPM Senarai Berita (/berita) Tekad bantu ibu jadi azimat kejayaan dua pelajar cemerlang UPM Oleh Azman Zakaria Foto Marina Ismail dan Noor Azreen Awang SERDANG, 4 Nov - Ketiadaan belaian kasih sayang daripada bapa sejak dari bangku sekolah menengah tidak menghalang dua pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM), Khairuddin Akmal Mohamad Kamal dan Nurul Ain Ismail, mencapai kejayaan cemerlang dalam akademik dan memenangi anugerah sempena Majlis Konvokesyen UPM 2017. Khairuddin Akmal yang mengikuti program Bacelor Sains Pertanian, Fakulti Pertanian menerima anugerah Pingat Emas Canselor, manakala Nurul Ain yang mengikuti program Bacelor Pendidikan (Pengajaran Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Pertama), Fakulti Pengajian Pendidikan menerima Anugerah Pelajaran Diraja (kategori Bumiputera). Anugerah Pelajaran Diraja (kategori Bukan Bumiputera) diterima oleh Eow Shiang Yen yang mengikuti program bachelor Sains (Pemakanan dan Kesihatan Komuniti), Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan. Mereka masing-masing menerima pingat emas, sijil dan RM5,000 dari Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Tuanku Canselor UPM pada Majlis Konvokesyen ke-41 UPM hari ini. Selain mereka, lapan lagi pelajar juga menerima anugerah dari Tuanku Canselor. Khairuddin Akmal, dari Kuantan, Pahang berkata beliau berasa sebak dan terharu ketika diberitahu oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) bahawa beliau menerima anugerah itu. “Pingat ini begitu besar maknanya… ia hadiah untuk ibu. Kekurangan dalam kehidupan tanpa bersama bapa sejak saya berusia 15 tahun, saya jadikannya sebagai kekuatan untuk saya berjaya dalam akademik demi ibu yang banyak berkorban. “Ibulah yang menjadi emak dan bapa kepada kami adik beradik,” kata anak keenam daripada tujuh beradik itu. LIHAT JUGA Impian graduan kurang upaya genggam P kenyataan (/berita/impian_graduan_kurang_upaya_ge _phd_jadi_kenyataan-36407) Pasangan suami isteri terima PhD serentak (/berita/pasangan_suami_isteri_terima_phd ak-36405) Dua beradik terima Ijazah Bacelor Sastera (/berita/dua_beradik_terima_ijazah_bacelo a-36403) Universiti Putra Malaysia 43400 UPM Serdang Selangor Darul Ehsan 1800 22 5587 +603 8948 7273 [email protected] (mailto:[email protected]) B1509930834 Carian. Tetapan Newsletter Dokumen Entiti Kami BM Page 1 of 3 Tekad Bantu Ibu Jadi Azimat Kejayaan Dua Pelajar Cemerlang UPM | Universiti Putr... 6/11/2017 http://www.upm.edu.my/berita/tekad_bantu_ibu_jadi_azimat_kejayaan_dua_pelajar_ce...
3
Embed
tekad bantu ibu jadi azimat kejaya - core.ac.uk · Anugerah Pelajaran Diraja (kategori Bukan Bumiputera) diterima oleh Eow Shiang Yen yang mengikuti program bachelor Sains (Pemakanan
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
UTAMA (/) MENGENAI KAMI (/MENGENAI_KAMI-1) BAKAL PELAJAR (/UPM/BAKAL_PELAJAR-10)
PELAJAR SEMASA (/UPM/PELAJAR_SEMASA-11) STAF (/UPM/STAF-13) ALUMNI (/UPM/ALUMNI-14)
PETA LAMAN (/SITEMAP) MAKLUMBALAS (/MAKLUMBALAS)
S e l a m a t D a t a n g K e L a m a n P o r t a l
Universiti Putra Malaysia
AKADEMIK (/akademik-15) PENYELIDIKAN (/penyelidikan-3) JARINGAN (/jaringan-16) ANTARABANGSA (/antarabangsa-2)
PERKHIDMATAN (/perkhidmatan-19) KEHIDUPAN KAMPUS (/kehidupan_kampus-18)
(/) » BERITA (/BERITA) » Tekad bantu ibu jadi azimat kejayaan dua pelajar cemerlang UPM
Senarai Berita (/berita)
Tekad bantu ibu jadi azimat kejayaan dua pelajar cemerlang UPM
Oleh Azman Zakaria
Foto Marina Ismail dan Noor Azreen Awang
SERDANG, 4 Nov - Ketiadaan belaian kasih sayang daripada bapa sejak dari bangku sekolah menengah tidak menghalang dua pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM), Khairuddin Akmal Mohamad Kamal dan Nurul Ain Ismail, mencapai kejayaan cemerlang dalam akademik dan memenangi anugerah sempena Majlis Konvokesyen UPM 2017.
Khairuddin Akmal yang mengikuti program Bacelor Sains Pertanian, Fakulti Pertanian menerima anugerah Pingat Emas Canselor, manakala Nurul Ain yang mengikuti program Bacelor Pendidikan (Pengajaran Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Pertama), Fakulti Pengajian Pendidikan menerima Anugerah Pelajaran Diraja (kategori Bumiputera).
Anugerah Pelajaran Diraja (kategori Bukan Bumiputera) diterima oleh Eow Shiang Yen yang mengikuti program bachelor Sains (Pemakanan dan Kesihatan Komuniti), Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan.
Mereka masing-masing menerima pingat emas, sijil dan RM5,000 dari Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Tuanku Canselor UPM pada Majlis Konvokesyen ke-41 UPM hari ini. Selain mereka, lapan lagi pelajar juga menerima anugerah dari Tuanku Canselor.
Khairuddin Akmal, dari Kuantan, Pahang berkata beliau berasa sebak dan terharu ketika diberitahu oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) bahawa beliau menerima anugerah itu.
“Pingat ini begitu besar maknanya… ia hadiah untuk ibu. Kekurangan dalam kehidupan tanpa bersama bapa sejak saya berusia 15 tahun, saya jadikannya sebagai kekuatan untuk saya berjaya dalam akademik demi ibu yang banyak berkorban.
“Ibulah yang menjadi emak dan bapa kepada kami adik beradik,” kata anak keenam daripada tujuh beradik itu.
LIHAT JUGA
Impian graduan kurang upaya genggam PhD jadi kenyataan(/berita/impian_graduan_kurang_upaya_genggam_phd_jadi_kenyataan-36407)
Menurutnya, bapanya berpisah dengan ibunya ketika beliau berusia 15 tahun, dan kos persekolahannya ditanggung oleh ibunya serta ahli keluarganya yang lain.
“Pengorbanan ibu itulah yang mendorong saya untuk belajar bersungguh-sungguh… saya nak balas jasa ibu,” katanya yang juga aktif dalam bola sepak dengan mewakili UPM dalam Liga IPT 2017.
Nurul Ain pula berkata, beliau terus melakukan sujud syukur sebaik sahaja BHEP menghubungi memaklumkan beliau menerima anugerah itu.
“Rasa sangat bersyukur… tak sangka dapat anugerah sebab ramai yang cemerlang,” kata anak sulung daripada tiga beradik itu yang berasal dari Kulai, Johor.
Beliau berkata, bapanya meninggal dunia ketika beliau berusia 14 tahun dan sejak itu semua urusan keluarga termasuk persekolahan adik beradik dilakukan oleh ibu.
Katanya, ibunya bekerja di kilang dan sehingga kini masih bekerja untuk menyara keluarga dan dua adiknya yang masih bersekolah.
“Keadaan kehidupan keluarga saya inilah saya jadikan azimat dan pembakar semangat untuk saya belajar bersungguh-sungguh. Saya hendak membantu ibu dan membantu adik-adik,” katanya
Shinag Yen pula berkata, beliau tidak menjangka menerima anugerah itu dan percaya pemilihan bukan saja berdasarkan pencapaian akademik tetapi juga mengambilkira pembabitan dalam aktiviti kokurikulum.
Anak kedua daripada dua beradik berasal dari Kepong Kula Lumpur itu melahirkan penghargaan kepada pensyarah, staf fakulti serta rakan-rakan yang sentiasa memberi tunjuk ajar dan sokongan. - UPM
Kemaskini:: 04/11/2017 [syifarida]
PERKONGSIAN MEDIA
HUBUNGI KAMI
Universiti Putra Malaysia43400 UPM Serdang Selangor Darul EhsanMALAYSIA