1 TAWARAN A PERMOHONAN KEMUDAHAN CUTI BELAJAR UNTUK MENGIKUTI KURSUS DALAM PERKHIDMATAN KEPADA PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL (P&P) (BUKAN GUNASAMA) DI KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM) SECARA SEPENUH MASA SESI AKADEMIK TAHUN 2020 / 2021 Permohonan Tawaran A terbuka kepada semua pegawai Kumpulan Pengurusan & Profesional (Bukan Gunasama) di KKM yang memenuhi syarat-syarat permohonan. Pegawai boleh memohon kursus peringkat Sarjana / Kedoktoran (Ph.D) / Area of Special Interest (Selain Subkepakaran bagi Pegawai Perubatan Pakar dan Pegawai Pergigian Pakar). Pegawai perlu memilih salah satu kategori Cuti Belajar berikut untuk pengajian Sesi Akademik Tahun 2020 / 2021 iaitu: i. Cuti Belajar Bergaji Penuh Dengan Hadiah Latihan Persekutuan (CBBP Dengan HLP) bagi Kursus Dalam Negara dan Luar Negara (bagi bidang kritikal yang tidak ditawarkan Dalam Negara). ATAU ii. Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Hadiah Latihan Persekutuan (CBBP Tanpa HLP) bagi Kursus Dalam dan Luar Negara.
132
Embed
TAWARAN A - ehlp.moh.gov.myehlp.moh.gov.my/documents/iklan/profesional/SYARAT TAWARAN A SARJANA... · 1 tawaran a permohonan kemudahan cuti belajar untuk mengikuti kursus dalam perkhidmatan
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
1
TAWARAN A
PERMOHONAN KEMUDAHAN CUTI BELAJAR
UNTUK MENGIKUTI KURSUS DALAM PERKHIDMATAN KEPADA
PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL (P&P)
(BUKAN GUNASAMA)
DI KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM)
SECARA SEPENUH MASA
SESI AKADEMIK TAHUN 2020 / 2021
Permohonan Tawaran A terbuka kepada semua pegawai Kumpulan
Pengurusan & Profesional (Bukan Gunasama) di KKM yang memenuhi
syarat-syarat permohonan.
Pegawai boleh memohon kursus peringkat Sarjana / Kedoktoran (Ph.D) / Area
of Special Interest (Selain Subkepakaran bagi Pegawai Perubatan Pakar dan
Pegawai Pergigian Pakar).
Pegawai perlu memilih salah satu kategori Cuti Belajar berikut untuk pengajian
Sesi Akademik Tahun 2020 / 2021 iaitu:
i. Cuti Belajar Bergaji Penuh Dengan Hadiah Latihan
Persekutuan (CBBP Dengan HLP) bagi Kursus Dalam Negara
dan Luar Negara (bagi bidang kritikal yang tidak ditawarkan
Dalam Negara).
ATAU
ii. Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Hadiah Latihan
Persekutuan (CBBP Tanpa HLP) bagi Kursus Dalam dan Luar
Negara.
2
PERMOHONAN TAWARAN A:
KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL (BUKAN GUNASAMA)
UNTUK MENGIKUTI KURSUS DALAM PERKHIDMATAN
SECARA SEPENUH MASA
SESI AKADEMIK TAHUN 2020 /2021
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
1. Pegawai hendaklah memenuhi syarat-syarat am seperti berikut:
i. Mempunyai pengetahuan, kemahiran, pengalaman, minat dan perwatakan /
sikap yang sesuai bagi menentukan kejayaan dalam pengajian dan
seterusnya berupaya memberi sumbangan ke arah meningkatkan
keberkesanan perkhidmatan dan organisasi. Pegawai juga hendaklah
mempunyai kelayakan Ijazah Pertama yang diiktiraf atau kelayakan yang
setaraf dengannya;
ii. Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Bukan
Gunasama) yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan tetap dan telah
disahkan dalam perkhidmatan pada tarikh tutup permohonan;
iii. Telah berkhidmat sekurang-kurangnya selama tiga (3) tahun (lantikan selewat-lewatnya pada / sebelum 1 Januari 2016 pada tarikh tutup permohonan;
iv. Berumur tidak melebihi 45 tahun bagi pengajian peringkat Ijazah
Kedoktoran (Ph.D) dan tidak melebihi 50 tahun bagi kursus peringkat
Sarjana / Area of Special Interest (selain Subkepakaran);
v. BAGI PEGAWAI PERGIGIAN
Mempunyai prestasi cemerlang dengan markah purata Laporan Nilai
Prestasi Tahunan (LNPT) tidak kurang daripada 85% bagi mana-mana
tiga (3) tahun LNPT yang tertinggi daripada lima (5) tahun terakhir
perkhidmatan pegawai (penilaian genap 12 bulan bagi setiap tahun).
Pengecualian penilaian genap 12 bulan bagi tahun penilaian hanya
diberikan kepada Pegawai wanita yang pernah mengambil Cuti Tanpa
Gaji (CTG) atau Cuti Separuh Gaji (CSG) untuk menjaga anak tidak
melebihi 90 hari dalam tahun penilaian sebagaimana ketetapan
Pekeliling Perkhidmatan Bil 5 Tahun 2014;
3
SELAIN DARIPADA PEGAWAI PERGIGIAN
Mempunyai prestasi cemerlang dengan markah purata Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT) bagi tiga (3) tahun terakhir berturut-turut (2016, 2017 & 2018) tidak kurang daripada 85% (penilaian genap 12 bulan bagi setiap tahun);
vi. Mematuhi syarat genap tempoh tamat mengikuti kursus jangka pendek /
panjang yang terdahulu dengan jayanya seperti berikut;
Tempoh Kursus
Tempoh Tamat
Mengikuti Kursus
(pada 1 Januari 2020)
Lebih daripada 12 bulan 2 tahun
Lebih daripada 3 bulan dan kurang
daripada 12 bulan 1 tahun
Kurang daripada 3 bulan Tiada
vii. Pegawai hanya dibenarkan memohon kursus pada peringkat yang lebih
tinggi daripada kelayakan akademik yang telah dimiliki;
viii. Pegawai masih belum mendapat tempat di mana-mana institusi pengajian
tinggi di dalam / luar negara atau pegawai telah mendapat tempat
pengajian tetapi belum memulakan pengajian di mana-mana institusi
pengajian tinggi di dalam / luar negara; layak memohon CBBP dengan /
tanpa HLP;
ix. Sekiranya pegawai telah pun mengikuti pengajian secara separuh masa
dengan tempoh pengajian masih berbaki sekurang-kurangnya tiga (3)
semester pada tarikh tutup permohonan, pegawai hanya layak memohon
CBBP tanpa HLP.
Pegawai perlu menukar mod pengajian dari Separuh Masa ke Sepenuh
Masa atau mendapat pengesahan belajar Sepenuh Masa dari institusi
pengajian / universiti jika berjaya mendapat CBBP tanpa HLP;
x. Pegawai yang pernah diluluskan cuti belajar tetapi gagal kerana
kelemahan akademik tidak layak diberi kemudahan cuti belajar dari
kategori yang sama. Pegawai berkenaan hanya boleh dipertimbangkan
kemudahan cuti belajar di bawah kategori yang lebih rendah daripada
kategori cuti belajar yang telah diluluskan sebelumnya. Contohnya, pegawai
yang pernah diluluskan CBBP dengan HLP tetapi gagal disebabkan oleh
kelemahan akademik hanya layak dipertimbangkan CBBP / CBTG tanpa
HLP setelah menyelesaikan tuntutan penalti / gantirugi;
4
xi. Pegawai tidak pernah menerima sebarang tajaan Kerajaan Malaysia bagi
peringkat kursus yang sama;
xii. Pegawai tidak pernah menarik diri daripada sebarang kursus tajaan
Kerajaan Malaysia. Pegawai yang menarik diri dari pengajian tidak layak
ditawarkan Biasiswa Dalam Perkhidmatan dan tidak layak dipertimbangkan
sebarang bentuk cuti belajar di sepanjang tempoh berkhidmat dengan
Kerajaan;
xiii. Pegawai tidak pernah menolak tawaran program Sarjana / Kedoktoran
(Ph.D) / Area of Special Interest yang ditawarkan oleh Kerajaan Malaysia
dalam tempoh dua (2) tahun yang lepas;
xiv. Pegawai bebas daripada sebarang pertuduhan / prosiding dan tindakan
tatatertib atau dakwaan mahkamah;
xv. Pegawai bebas daripada penyakit yang boleh menjejaskan keupayaan untuk
mengamalkan perubatan (unfit to practice) dari segi fizikal dan mental
seperti di Lampiran A;
xvi. Pegawai telah mengisytiharkan harta;
xvii. Pegawai bukan merupakan Peminjam Tegar atau peminjam yang disenarai
hitamkan oleh JPA atau badan-badan pinjaman Kerajaan yang lain;
xviii. Pegawai perlu mengemukakan permohonan dengan lengkap dan
menyediakan:
a. Kertas Cadangan Penyelidikan (Proposal Paper) yang lengkap bagi
mod Penyelidikan atau Mixed-mode; atau
b. Rangka Kursus (Course Structure) setiap sem bagi mod Kerja
Kursus.
xix. Pegawai hanya dibenarkan memohon bidang kursus yang ditawarkan
melalui iklan tawaran KKM sahaja;
xx. Pegawai hanya dibenarkan memohon bidang yang berkaitan dengan
tugas semasa serta berkaitan dengan Skim Perkhidmatan berkenaan
sahaja. Pegawai tidak dibenarkan memohon bidang lain. Contohnya: Skim
Kejururawatan tidak dibenarkan untuk memohon untuk Program Perubatan;
dan
5
xxi. Semua permohonan yang dikemukakan hendaklah mematuhi prinsip-prinsip
asas yang dinyatakan dalam JPA(L)S.175/4/1-1 KLT.8(22) – “Garis
Panduan Kemudahan Cuti Belajar Kepada Pegawai Awam Yang
Mengikuti Kursus Jangka Sederhana dan Kursus Jangka Panjang
Secara Sepenuh Masa”.
2. Syarat-syarat tambahan adalah seperti berikut:-
2.1 Program Pergigian
i. Permohonan kursus Sarjana Pergigian Klinikal dalam negara yang mempunyai
kelulusan / kelayakan tambahan e.g. MFDS / MJDF / Morth / FRACDS / Basic
Medical Science akan diberi keutamaan;
ii. Permohonan kursus dalam negara yang mempunyai kelulusan ujian IELTS
dengan markah 6.0 akan diberi keutamaan;
iii. Calon telah berkhidmat sekurang-kurangnya genap empat (4) tahun dari
tarikh lantikan hingga tarikh tutup permohonan;
iv. Calon hanya boleh memohon kursus yang telah tersenarai sahaja untuk
pertimbangan Program Kesihatan Pergigian kecuali bagi bidang Area of
Special Interest; dan
v. Bagi melepasi proses saringan temuduga yang akan dijalankan, calon perlu
mempunyai ciri-ciri berikut:
a. Sikap dan personaliti yang bersesuaian dan cemerlang sebagai seorang
Pakar Pergigian;
b. Kemahiran insaniah (soft-skills), tahap keyakinan diri yang tinggi dan
berdedikasi;
c. Minat dan inisiatif tinggi dalam bidang kepakaran yang dimohon;
d. Pengetahuan am yang tinggi dan peka terhadap situasi semasa; dan
e. Berkebolehan dan mampu untuk berkomunikasi dengan baik
menggunakan Bahasa Melayu.
6
2.2 Program Farmasi
i. Permohonan mengikuti pengajian di peringkat Sarjana hanya akan
dipertimbangkan bagi pemohon yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya
genap lima (5) tahun dari tarikh lantikan sehingga tarikh tutup permohonan;
ii. Permohonan mengikuti pengajian di peringkat Ph.D hanya akan
dipertimbangkan bagi pemohon yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya
untuk tempoh lapan (8) tahun dari tarikh lantikan sehingga tarikh tutup
permohonan;
iii. Pegawai yang sedang dalam pengajian CBBP tanpa HLP tidak layak untuk
memohon CBBP dengan HLP;
iv. Calon hanya boleh memohon kursus yang telah tersenarai sahaja untuk
pertimbangan Program Farmasi;
v. Pegawai yang memohon mengikuti pengajian di peringkat Ph.D perlu memiliki
kelayakan Sarjana dalam bidang yang berkaitan dengan Farmasi atau bidang
tugas Farmasi. Contohnya: Master in Business Administration (MBA) tidak
layak memohon Ph.D bidang Farmasi);
vi. Bidang yang dipohon adalah berkaitan dan bersesuaian dengan tugas serta
penempatan terkini pegawai. Walau bagaimanapun, pertimbangan boleh
diberikan dalam kes-kes tertentu sekiranya memberi faedah selaras dengan
halatuju Program Farmasi / KKM;
vii. Permohonan HLP hanya tertakluk di IPTA di dalam negara sahaja dan IPT di
luar negara (bagi bidang kritikal yang tidak ditawarkan dalam negara).
Permohonan untuk CBBP tanpa HLP pula boleh dimohon di IPTA / IPTS di
dalam negara dan IPT di luar negara. Bagi kursus berkaitan Farmasi Klinikal
hanya IPT yang menawarkan Ijazah Pertama dalam Farmasi layak
dipertimbangkan;
viii. Pegawai tidak dibenarkan untuk:
a. Penangguhan sebelum atau semasa tempoh cuti belajar; dan
b. pertukaran kursus.
7
ix. Tempoh pelanjutan setelah menerima tawaran Cuti Belajar yang layak
dipertimbangkan adalah seperti berikut:
a. Sarjana: maksimum tiga (3) bulan sahaja; atau
b. Ph.D: maksimum enam (6) bulan sahaja.
Rayuan pelanjutan pengajian selepas pelanjutan diluluskan kali pertama
adalah tidak dibenarkan.
2.3 i. Program Perubatan (Kursus Bidang Tadbir Urus Klinikal) –
Pengurusan Hospital
a. Mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya 24 bulan dalam bidang
Pengurusan Hospital sama ada di peringkat pengurusan hospital, Jabatan
Kesihatan Negeri ataupun Ibu Pejabat KKM pada tarikh permohonan ditutup;
dan
b. Bersetuju dengan penempatan yang ditetapkan oleh Ketua Program setelah
tamat kursus kelak.
ii. Program Perubatan (Area of Special Interest – bukan Subkepakaran)
a. Mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya 18 bulan dalam bidang yang
dimohon pada tarikh permohonan ditutup .
2.4 Pengajar
i. Telah berkhidmat sekurang-kurangnya genap lima (5) tahun dari tarikh
lantikan P&P sehingga tarikh tutup permohonan;
ii. Permohonan mengikuti pengajian di peringkat Sarjana hanya akan
dipertimbangkan bagi mod Kerja Kursus (Coursework) atau mod campuran
(Mix mode) sahaja.
2.5 Program Sains Kesihatan Bersekutu
i. Pegawai Pemulihan Perubatan (Cara Kerja)
a. Mempunyai Sijil Kompetensi / Credentialing Profesion Pemulihan Perubatan
Cara Kerja.
8
ii. Pegawai Pemulihan Perubatan (Pendengaran)
a. Pernah menghasilkan / terlibat dalam sekurang-kurangnya satu (1) kajian
dalam bidang audiologi; dan
b. Pemilihan bidang pengajian berdasarkan unjuran bidang pengkhususan yang
ditetapkan dan disokong oleh Ketua Profesion.
iii. Pegawai Pemulihan Perubatan (Fisioterapi)
a. Mempunyai Sijil Kompetensi / Credentialing Profesion Pemulihan Perubatan
Fisioterapi.
iv. Pegawai Penyediaan Makanan
a. Berkhidmat dalam profesion selama tiga (3) tahun dan ke atas dalam profesion
Pegawai Penyediaan Makanan; dan
b. Terlibat dalam menghasilkan sekurang-kurangnya satu (1) kajian / projek QA
/ Inovasi berkaitan operasi / pengurusan perkhidmatan makanan;
v. Pegawai Psikologi (Klinikal)
a. Berkhidmat dalam profesion lima (5) tahun dan ke atas dalam profesion
Psikologi Klinikal; dan
b. Menghasilkan sekurang-kurangnya satu (1) kajian berkaitan psikologi klinikal
/ bidang lanjutan.
vi. Pegawai Psikologi (Kaunseling)
a. Bagi permohonan pengajian peringkat sarjana, calon telah berkhidmat
sekurang-kurangnya genap lima (5) tahun dari tarikh lantikan hingga tarikh
tutup permohonan;
b. Permohonan mengikuti pengajian di peringkat Ph.D hanya akan
dipertimbangkan bagi pemohon yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya
untuk tempoh lapan (8) tahun;
c. Calon bersetuju dengan penempatan yang akan ditetapkan oleh Program
setelah tamat kursus kelak; dan
9
d. Bagi melepasi proses saringan temuduga yang akan dijalankan, calon perlu
mempunyai ciri-ciri berikut:
Sikap dan personaliti yang bersesuaian dan cemerlang sebagai seorang
Kaunselor / Pegawai Psikologi;
Kemahiran insaniah (soft-skills), tahap keyakinan diri yang tinggi dan
berdedikasi;
Minat dan inisiatif tinggi dalam bidang pengajian yang dimohon;
Pengetahuan am yang tinggi dan peka terhadap situasi semasa; dan
Berkebolehan dan mampu untuk berkomunikasi dengan baik
menggunakan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
vii. Pegawai Pengimejan (Juru X-Ray) (Diagnostik)
a. Berkhidmat dalam profesion Juru X-Ray (Diagnostik) selama lima (5) tahun
dan ke atas;
b. Mempunyai Ijazah dalam bidang yang diiktiraf untuk profesion Juru X-Ray
(Diagnostik);
c. Mempunyai Sijil Kompetensi / Credentialing Profesion Juru X-Ray (Diagnostik);
d. Mempunyai Sijil Diploma Lanjutan dalam bidang Pengimejan Payudara /
Kardiovaskular / CT Scan (jika bidang pengkhususan Sarjana / Ph.D adalah
berkaitan); dan
e. Menghasilkan sekurang kurangnya satu (1) kajian berkaitan pengimejan
perubatan / radiografi diagnostik / bidang pengkhususan;
2.6 i. Program Penyelidikan & Sokongan Teknikal (P&ST) (Selain Jurutera)
a. Pegawai yang berjaya mengikuti kursus dengan tawaran CBBP dengan HLP /
tanpa HLP akan ditempatkan semula ke program dan kembali berkhidmat di
program P&ST.
10
ii. Program Penyelidikan & Sokongan Teknikal (P&ST) (Jurutera)
a. Pegawai yang memohon untuk melanjutkan pengajian peringkat Sarjana
dengan HLP hendaklah sekurang-kurangnya telah berkhidmat selama lima (5)
tahun dalam Skim Kejuruteraan, KKM; dan
b. Tajuk tesis yang dimohon calon hendaklah berkaitan dengan Kejuruteraan
Penjagaan Kesihatan (Healthcare Engineering) atau Kejuruteraan Kesihatan
Umum (Public Health Engineering) atau bidang tugas Bahagian Perkhidmatan
Kejuruteraan.
11
TAWARAN PROGRAM SARJANA / KEDOKTORAN (PH.D) / AREA OF SPECIAL INTEREST
1. Tajaan CBBP dengan HLP pada sesi akademik 2020 / 2021 hanya
ditawarkan bagi kursus di dalam negara sahaja kecuali bagi bidang
kritikal yang tidak ditawarkan dalam negara.
2. Pegawai hanya boleh memohon bidang / kursus yang ditawarkan mengikut
Program masing-masing seperti di Lampiran B.
3. Hanya pegawai yang layak tapisan KKM akan dipertimbangkan untuk
mengikuti pengajian. Pegawai yang tidak memohon atau melepasi tapisan
KKM walaupun telah ditawarkan tempat pengajian di institusi tidak akan
dipertimbangkan sebarang Cuti Belajar.
4. Pegawai yang berjaya dipilih akan ditawarkan:
i. Cuti Belajar Bergaji Penuh (CBBP) dengan Hadiah Latihan
Persekutuan (HLP); atau
ii. Cuti Belajar Bergaji Penuh (CBBP) tanpa Hadiah Latihan
Persekutuan (HLP).
5. Surat tawaran dan dokumen perjanjian akan dikeluarkan kepada pemohon
yang berjaya sahaja oleh Bahagian Pengurusan Latihan (BPL) melalui
Sistem Permohonan eHLP KKM yang boleh dicapai melalui laman sesawang
http://ehlp.moh.gov.my.
6. Pegawai yang menolak tawaran ini akan dikenakan penalti dua (2) tahun
iaitu tidak boleh memohon penawaran Cuti Belajar dalam tempoh berkenaan.
7. Pegawai yang menerima tawaran ini adalah terikat untuk berkhidmat
dengan Kerajaan Malaysia bagi suatu tempoh yang dinyatakan atau
gantirugi sebanyak yang dinyatakan di dalam kontrak perjanjian pegawai
dengan Kerajaan Malaysia.
12
TATACARA PERMOHONAN
1. Permohonan Cuti Belajar hendaklah dibuat secara atas talian (online)
menerusi Sistem Permohonan eHLP KKM (http://ehlp.moh.gov.my).
Permohonan dibuka mulai 8 Julai 2019 hingga 9 Ogos 2019.
2. Setelah permohonan diisi dengan lengkap di sistem eHLP, calon wajib
memuat naik helaian pengesahan Unit Sumber Manusia dan perakuan
Ketua Jabatan ke dalam sistem eHLP.
3. Dokumen yang WAJIB dihantar ke BPL adalah seperti berikut:
i. Dua (2) dokumen asal permohonan yang telah lengkap diisi termasuk
pengesahan Unit Sumber Manusia dan perakuan Ketua Jabatan;
dan
salinan muka hadapan buku perkhidmatan.
ii. Dua (2) salinan kad pengenalan yang telah disahkan;
iii. Dua (2) salinan Kertas Cadangan Penyelidikan (Proposal Paper) yang
lengkap bagi mod Penyelidikan atau Mixed-mode dengan merujuk
kepada Panduan Menulis Kertas Cadangan Penyelidikan / Pengajian
(Lampiran C); atau
Dua (2) salinan Rangka Kursus (Course Structure) setiap sem bagi
mod Kerja Kursus.
iv. Dua (2) salinan Ijazah Pertama lengkap dengan transkrip atau
perincian peratusan markah / PNGK / atau kelulusan yang setaraf
dengannya yang telah disahkan;
v. Dua (2) salinan Ijazah Sarjana lengkap dengan transkrip atau perincian
peratusan markah / PNGK / atau kelulusan yang setaraf dengannya
yang telah disahkan (bagi permohonan pengajian peringkat Ph.D);
vi. Dua (2) salinan surat tawaran Universiti yang telah disahkan (bagi
pegawai yang telah mendapat tempat pengajian tetapi belum
memulakan pengajian atau bagi pegawai yang telah memulakan
xv. Kecederaan atau kecacatan fizikal yang dialami semasa menjalani latihan
atau kursus yang disahkan oleh Pakar Perubatan Kerajaan dan atau Pakar
Perubatan yang diperakukan oleh penaja sebagai tidak sihat untuk
meneruskan pengajian; dan
xvi. Lain-lain penyakit yang disahkan sebagai penyakit kronik dan tidak sihat
untuk meneruskan pengajian oleh Pakar Perubatan Kerajaan dan atau Pakar
Perubatan yang diperakukan oleh penaja.
LAMPIRAN B
1
SENARAI BIDANG KURSUS YANG DITAWARKAN UNTUK MENGIKUTI KURSUS
DI PERINGKAT SARJANA/ PH.D/ AREA OF SPECIAL INTEREST SESI 2020/2021
(PROGRAM PERGIGIAN)
BIL BIDANG PERINGKAT LOKASI CATATAN
BEDAH MULUT
1 Master in Clinical Dentistry (Oral and Maxillofacial Surgery)
Sarjana Dalam Negara
CBBP dengan HLP
2 Master of Oral and Maxillofacial Surgery
Sarjana Dalam Negara
CBBP dengan HLP
3 Doctor of Clinical Dentistry (Oral and Maxillofacial Surgery)
Sarjana Dalam Negara
CBBP dengan HLP
4 Combination of Master in Clinical Dentistry (Oral Surgery) and Diploma in Membership of The Faculties of Dental Surgery of The Royal College of Surgeons [ MClinDent (Oral Surgery) + MFDSRCS]
Sarjana Luar Negara CBBP tanpa HLP
5 Combination of Master in Clinical Dentistry (Oral Surgery) o and Diploma in Membership of the Joint Dental Faculties of The Royal College of Surgeons [ MClinDent (Oral Surgery) + MJDFRCS]
Sarjana Luar Negara CBBP tanpa HLP
LAMPIRAN B
2
BIL BIDANG PERINGKAT LOKASI CATATAN
6 Combination of Master of Dental Science (Oral Surgery) and Fellowship of the Royal Australasian College of Dental Surgeons [MDSc (Oral Surgery) + FRACDS]
Sarjana Luar Negara CBBP tanpa HLP
7 Fellowship in Faculty of Dentistry of the Royal College of Surgeons of Ireland in Oral Surgery with Oral Medicine [FFDRCS (Ire) (OSOM)]
Sarjana Luar Negara CBBP tanpa HLP
8 Management Of Oral Cancer Area of Special Interest
Luar Negara CBBP tanpa HLP
9 Orthognathic Surgery Area of Special Interest
Luar Negara CBBP tanpa HLP
10 Management & Rehabilitation Of Oral Oncology
Area of Special Interest
Luar Negara CBBP tanpa HLP
11 Management Of Dentofacial Anomalies
Area of Special Interest
Luar Negara CBBP tanpa HLP
LAMPIRAN B
3
BIL BIDANG PERINGKAT LOKASI CATATAN
12 Oral Cancer & Reconstructive Surgery
Area of Special Interest
Luar Negara CBBP tanpa HLP
ORTODONTIK
13 Master of Orthodontics Sarjana Dalam Negara
CBBP dengan HLP
14 Doctor of Clinical Dentistry (Orthodontics)
Sarjana Dalam Negara
CBBP dengan HLP
15 Membership in Orthodontics of the Royal College of Surgeons [MOrth RCS]
Sarjana Luar Negara CBBP tanpa HLP
PERIODONTIK
16 Master in Clinical Dentistry (Periodontology)
Sarjana Dalam Negara
CBBP dengan HLP
17 Masters in Restorative Dentistry (Periodontics)
Sarjana Dalam Negara
CBBP dengan HLP
18 Doctor of Clinical Dentistry (Periodontology)
Sarjana Dalam Negara
CBBP dengan HLP
19 Masters in Clinical Dentistry (Periodontology)
Sarjana Luar Negara CBBP tanpa HLP
LAMPIRAN B
4
BIL BIDANG PERINGKAT LOKASI CATATAN
20 Master of Dental Surgery (Periodontology)
Sarjana Luar Negara CBBP tanpa HLP
21 Doctor in Clinical Dentistry (Periodontology)
Sarjana Luar Negara CBBP tanpa HLP
22 Master of Science in Clinical Dentistry (Periodontology)
Sarjana Luar Negara CBBP tanpa HLP
23 Doctorate in Clinical Dentistry (Periodontics)
Sarjana Luar Negara CBBP tanpa HLP
24 Diploma of Membership in Periodontics, Royal College of Surgeons (M Perio FDSRCS)
Sarjana Luar Negara CBBP tanpa HLP
25 Doctor of Clinical Dentistry (Periodontics)
Sarjana Luar Negara CBBP tanpa HLP
26 Diploma of Membership in Restorative Dentistry (Periodontology)
Sarjana Luar Negara CBBP tanpa HLP
27 Rehabilitation In Periodontally Compromised Patients
Area of Special Interest
Luar Negara CBBP tanpa HLP
PERGIGIAN PEDIATRIK
28 Master in Clinical Dentistry (Child Dental Health)
Sarjana Dalam Negara
CBBP dengan HLP
29 Doctor of Clinical Dentistry (Pediatric Dentistry)
Sarjana Dalam Negara
CBBP dengan HLP
LAMPIRAN B
5
BIL BIDANG PERINGKAT LOKASI CATATAN
30 Combination of Masters in Clinical Dentistry in Paediatric Dentistry (Children's Dentistry) and Membership of the Faculties of Dental Surgery Royal College of Surgeons [MClinDent (Paediatric Dentistry)+ MFDSRCS]
Sarjana Luar Negara CBBP tanpa HLP
31 Combination of Masters of Dental Science in Paediatric Dentistry and Membership of the Faculties of Dental Surgery Royal College of Surgeons [MDentSc (Paediatric Dentistry) + MFDSRCS]
Sarjana Luar Negara CBBP tanpa HLP
32 Combination of Masters in Clinical Dentistry and Membership of the Faculties of Dental Surgery Royal College of Surgeons [MClinDent (Paediatric Dentistry) + MFDSRCS]
Sarjana Luar Negara CBBP tanpa HLP
33 Combination of Masters in Clinical Dentistry andMembership of the Joint Dental Faculties Royal College of Surgeons [MClinDent (Paediatric Dentistry) + MJDFRCS]
Sarjana Luar Negara CBBP tanpa HLP
LAMPIRAN B
6
BIL BIDANG PERINGKAT LOKASI CATATAN
34 Combination of Masters of Dental Science (MDSc) in Paediatric Dentistry and Fellowship of the Royal Australasian College of Dental Surgeons [MDSc (Paediatric Dentistry) + FRACDS]
Sarjana Luar Negara CBBP tanpa HLP
35 Sarjana Pergigian Pediatrik atau kelulusan setaraf dari UK dan Lulus Intercollegiate Diploma of Membership in Paediatric Dentistry (MPaed Dent) from the Faculties of Dental Surgery of Royal College of Surgeons
Sarjana Luar Negara CBBP tanpa HLP
36 Master in Dental Science (Paediatric Dentistry)
Sarjana Luar Negara CBBP tanpa HLP
37 Doctor of Clinical Dentistry (DCD) in Pediatric Dentistry
Sarjana Luar Negara CBBP tanpa HLP
38 Master of Dental Surgery (Paediatric Dentistry) and Advance Diploma in Paediatric Dentistry
Sarjana Luar Negara CBBP tanpa HLP
39 Master of Dental Surgery (Paediatric Dentistry)
Sarjana Luar Negara CBBP tanpa HLP
40 Pediatric Oral Surgery Area of Special Interest
Luar Negara CBBP tanpa HLP
LAMPIRAN B
7
BIL BIDANG PERINGKAT LOKASI CATATAN
PERGIGIAN RESTORATIF
41 Master in Clinical Dentistry (Conservative Dentistry),
Sarjana Dalam Negara
CBBP dengan HLP
42 Master in Clinical Dentistry (Prosthetic)
Sarjana Dalam Negara
CBBP dengan HLP
43 Master of Restorative Dentistry (Conservative)
Sarjana Dalam Negara
CBBP dengan HLP
44 Master of Restorative Dentistry (Prosthodontics)
Sarjana Dalam Negara
CBBP dengan HLP
45 Doctor of Clinical Dentistry (Restorative Dentistry)
Sarjana Dalam Negara
CBBP dengan HLP
46 Combination of Master in Clinical Dentistry in Fixed and Removable Prosthodontics and Membership of the Faculties of Dental Surgery Royal College of Surgeons [MClinDent (Prosthodontics) + MFDSRCS]
Sarjana Luar Negara CBBP tanpa HLP
47 Combination of Master in Clinical Dentistry in Prosthodontics and Membership of the Faculties of Dental Surgery Royal College of Surgeons [MClinDent (Prosthodontics) + MFDSRCS]
Sarjana Luar Negara CBBP tanpa HLP
LAMPIRAN B
8
BIL BIDANG PERINGKAT LOKASI CATATAN
48 Combination of Master of Clinical Dentistry and Membership of the Faculties of Dental Surgery Royal College of Surgeons [MClinDent (Prosthodontics) + MFDSRCS]
Sarjana Luar Negara CBBP tanpa HLP
49 Combination of Master of Clinical Dentistry and Membership of the Joint Dental Faculties of the Royal College of Surgeons [MClinDent (Prosthodontics) + MJDFRCS]
Sarjana Luar Negara CBBP tanpa HLP
50 Combination of Masters of Dental Science and Fellowship of the Royal Australasian College of Dental Surgeons (FRACDS) [MDSc (Prosthodontics) + FRACDS]
Sarjana Luar Negara CBBP tanpa HLP
51 Diploma of Memberships in Restorative Dentistry (Prosthodontics), Royal College of Surgeons
Sarjana Luar Negara CBBP tanpa HLP
LAMPIRAN B
9
BIL BIDANG PERINGKAT LOKASI CATATAN
52 Full-Mouth Rehabilitation Area of Special Interest
Luar Negara CBBP tanpa HLP
53 Tooth Wear Area of Special Interest
Luar Negara CBBP tanpa HLP
PATOLOGI MULUT DAN PERUBATAN MULUT
54 Master in Clinical Dentistry (Oral Pathology and Oral Medicine)
Sarjana Dalam Negara
CBBP dengan HLP
55 Combination of Doctor of Clinical Dentistry (Oral Pathology) and Fellowship in Royal Australasian College of Dental Surgeons (FRACDS) [DClinDent (Oral Pathology) + FRACDS ]
Sarjana Luar Negara CBBP tanpa HLP
56 Combinations of Masters of Dental Science (MDSc) and Fellowship in Royal Australasian College of Dental Surgeons (FRACDS) [MDSc (Oral Pathology) + FRACDS]
Sarjana Luar Negara CBBP tanpa HLP
LAMPIRAN B
10
BIL BIDANG PERINGKAT LOKASI CATATAN
57 Doctor of Clinical Dentistry (Oral Medicine and Oral Pathology)
Sarjana Luar Negara CBBP tanpa HLP
PERGIGIAN FORENSIK
58 Master in Forensic Odontology Sarjana Luar Negara CBBP dengan HLP
PERGIGIAN KEPERLUAN KHAS
59 Doctor of Clinical Dentistry (Special Needs Dentistry)
Sarjana Dalam Negara
CBBP dengan HLP
60 Doctor of Clinical Dentistry (Special Needs Dentistry)
Sarjana Luar Negara CBBP tanpa HLP
KESIHATAN AWAM PERGIGIAN
61 Master of Community Oral Health and Doctor of Dental Public Health
Sarjana Dalam Negara
CBBP dengan HLP
62 Master of Dental Public Health and Doctor of Dental Public Health
Sarjana 00+ CBBP dengan HLP
63 Master of Science in Dental Public Health and Doctor in Dental Public Health
Sarjana Dalam Negara
CBBP dengan HLP
64 Dental Public Health Area of Special Interest
Luar Negara CBBP tanpa HLP
LAMPIRAN B
11
BIL BIDANG PERINGKAT LOKASI CATATAN
ENFORCEMENT LAW
65 Master of Enforcement Law Sarjana Dalam Negara
CBBP tanpa HLP
LAMPIRAN B
1
SENARAI BIDANG KURSUS YANG DITAWARKAN UNTUK MENGIKUTI KURSUS DI PERINGKAT SARJANA/ PH.D/ AREA OF SPECIAL INTEREST SESI 2020/2021
(PROGRAM FARMASI)
BIL BIDANG PERINGKAT LOKASI CATATAN
1 Clinical Pharmacy Sarjana Dalam Negara CBBP Dengan HLP
2 Pharmacy Practice Sarjana Dalam Negara CBBP Dengan HLP
3 Social & Administrative Pharmacy
Sarjana Dalam Negara CBBP Dengan HLP
4 Pharmacoinformatics/ Health Informatics/ Information System
Sarjana Dalam Negara CBBP Dengan HLP
5 Pharmacoeconomic / Health Economics
Sarjana Dalam Negara CBBP Dengan HLP
6 Cybersecurity Sarjana Dalam Negara CBBP Dengan HLP
7 Enforcement Law Sarjana Dalam Negara CBBP Dengan HLP
8 Criminal Justice Sarjana Dalam Negara CBBP Dengan HLP
37 Pharmaceutical Technology Sarjana/ Ph.D Dalam Negara/ Luar
Negara
CBBP Tanpa
HLP
38 Toxicology Sarjana/ Ph.D Dalam Negara/ Luar
Negara
CBBP Tanpa
HLP
39 Pharmacokinetic/ Pharmacometrics
Sarjana/ Ph.D Dalam Negara/ Luar
Negara
CBBP Tanpa
HLP
40 Phytochemistry/ Pharmacognosy
Sarjana/ Ph.D Dalam Negara/ Luar
Negara
CBBP Tanpa
HLP
41 Herbal Medicine Sarjana/ Ph.D Dalam Negara/ Luar
Negara
CBBP Tanpa
HLP
42 Pharmaceutics Sarjana/ Ph.D Dalam Negara/ Luar
Negara
CBBP Tanpa
HLP
43 Pharmacology Ph.D Dalam Negara/ Luar
Negara
CBBP Tanpa
HLP
LAMPIRAN B
5
BIL BIDANG PERINGKAT LOKASI CATATAN
44 Natural Science Ph.D Dalam Negara/ Luar
Negara
CBBP Tanpa HLP
45 Biomedical Sciences Ph.D Dalam Negara/ Luar
Negara
CBBP Tanpa HLP
LAMPIRAN B
1
SENARAI BIDANG KURSUS YANG DITAWARKAN UNTUK MENGIKUTI
KURSUS DI PERINGKAT SARJANA/ PH.D/ AREA OF SPECIAL INTEREST SESI
2020/2021
(PROGRAM PERUBATAN/ KESIHATAN AWAM)
BIL BIDANG BIDANG PERINGKAT LOKASI CATATAN
1 Perubatan Bidang Tadbir Urus Klinikal – Master in Hospital Administration / Hospital Management / Health Management
Sarjana Luar Negara
2 Perubatan Bidang Tadbir Urus Klinikal - Ekonomi Kesihatan Master in Healthcare Financing System / Health Expenditure / Health Economics
Sarjana Luar Negara
3 Perubatan Bidang Tadbir Urus Klinikal - Master in Health System Planning (Health Policy, Formulation and Development/ Strategic Management of Clinical Services Delivery/ Health Policy and Management/ Health Planning) dan seumpamanya
Sarjana Luar Negara
4 Perubatan Bidang Perubatan Tradisional dan Komplementari - Master in Complementary Medicine / Traditional Medicine and revelant area of interests
Sarjana Dalam / Luar
Negara
5 Perubatan Bidang Etika dan Perundangan Perubatan - Master in Medical Law and Ethics/ Medical Acts and Regulations/ Medical Ethics and Medical Jurisprudence
Sarjana Dalam / Luar
Negara
LAMPIRAN B
2
BIL BIDANG BIDANG PERINGKAT LOKASI CATATAN
6 Perubatan Bidang Tadbir Urus Klinikal - Master in Clinical / Medical / Health Informatics
Sarjana Dalam / Luar
Negara
7 Perubatan Bidang Etika dan Perundangan Perubatan - Master in Enforcement Law
Sarjana Dalam Negara
8 Perubatan Master in Health Technology Assessment
Sarjana Luar Negara
9 Perubatan Master of Science (Medical / Bio Statistics)
Sarjana Dalam Negara
10 Perubatan Master in Clinical Epidemiology
Sarjana Dalam Negara
11 Perubatan Masters of Science for Area of Special Interest
Sarjana Dalam / Luar
Negara
12 Perubatan Ph.D in Public Health Ph.D Dalam / Luar
Negara
13 Perubatan Ph. D in Complementary / Traditional Medicine/ Herbal Medicine
Ph.D Dalam / Luar
Negara
LAMPIRAN B
3
BIL BIDANG BIDANG PERINGKAT LOKASI CATATAN
14 Perubatan Ph.D for Area of Special Interest
Ph.D Dalam / Luar
Negara
15 Perubatan Ph.D in Health Technology Assessment
Ph.D Luar Negara
16 Perubatan Ph.D in Clinical Epidemiology
Ph.D Dalam Negara
17 Perubatan Ph.D in Evidence Based Medicine
Ph.D Luar Negara
18 Perubatan Master of Science in Traditional Medicine/Herbal Medicine
1. akan mematuhi peruntukan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam Yang
Akan Mengikuti Kursus Jangka Panjang Secara Sepenuh Masa iaitu “Cuti
Belajar Bergaji Penuh (CBBP) dengan Hadiah Latihan Persekutuan (HLP)
/ CBBP Tanpa HLP / CBTG Tanpa HLP seperti yang telah ditetapkan
dalam JPA(L)S.175/4/1-1 KLT.8(22) – “Garis Panduan Kemudahan Cuti
Belajar Kepada Pegawai Awam Yang Mengikuti Kursus Jangka
Sederhana dan Kursus Jangka Panjang Secara Sepenuh Masa” dan
semua peraturan yang berkaitan dengannya;
2. bersetuju untuk ditempatkan di mana-mana fasiliti mengikut keperluan
perkhidmatan setelah tamat cuti belajar. Sehubungan itu, saya
sesungguhnya faham dengan jelas syarat-syarat yang dinyatakan di atas.
Sekiranya tidak mematuhi salah satu syarat tersebut atau gagal
melaksanakan perkara yang dinyatakan, Bahagian ini boleh mengambil
tindakan sewajarnya ke atas saya.
.…………………………. .. ………………………
(Tandatangan Pegawai) (Tarikh)
*potong yang berkenaan
1
JPA(L)S. 175/4/1-1 KLT. 8 (22)
GARIS PANDUAN KEMUDAHAN CUTI BELAJAR KEPADA PEGAWAI AWAM YANG MENGIKUTI KURSUS JANGKA SEDERHANA DAN
KURSUS JANGKA PANJANG SECARA SEPENUH MASA
TUJUAN
1. Garis Panduan ini bertujuan untuk menjelaskan mengenai dasar
pemberian kemudahan cuti belajar kepada pegawai awam bagi mengikuti
kursus jangka sederhana dan kursus jangka panjang/secara sepenuh masa
sama ada dengan biasiswa, tanpa biasiswa atau dengan tajaan persendirian.
TAFSIRAN
2. Bagi tujuan Garis Panduan ini;
i. “Biasiswa” bermakna kemudahan yang diperuntukkan oleh
Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Asing atau Badan
Antarabangsa bagi membiayai yuran pengajian, elaun sara
hidup dan kemudahan-kemudahan lain semasa dalam tempoh
berkursus;
ii. “Cuti Belajar” (dalam Perintah Am Bab C 1974 disebut sebagai
Cuti Berkursus) bermakna cuti yang diluluskan oleh Kerajaan
kepada seseorang pegawai bagi mengikuti kursus jangka
sederhana dan kursus jangka panjang secara sepenuh masa.
Dalam tempoh tersebut, pegawai dibenarkan meninggalkan
tugas untuk berkursus dan tidak dikira sebagai putus
perkhidmatan atau sebagai berhenti kerja;
2
iii. “Kursus” bermakna sebarang kursus atau latihan berbentuk
akademik atau kemahiran atau kepakaran, latihan amali / latihan
praktikal, program sangkutan/internship;
iv. “Kursus Jangka Sederhana” bermakna kursus sepenuh masa
yang tempohnya melebihi tiga (3) bulan tetapi tidak melebihi dua
belas (12) bulan kalendar termasuk hari kelepasan mingguan,
kelepasan am dan cuti akademik;
v. “Kursus Jangka Panjang” bermakna kursus sepenuh masa
yang tempohnya melebihi dua belas bulan kalendar termasuk
hari kelepasan mingguan, kelepasan am dan cuti akademik;
vi. “Tempoh Cuti Belajar” bermakna suatu tempoh yang
diluluskan meliputi:
a. tempoh kursus yang diikuti termasuk hari kelepasan
mingguan, hari kelepasan am dan cuti akademik yang jatuh
dalam masa kursus itu;
b. tempoh perjalanan ke tempat kursus dan perjalanan balik
selepas kursus mengikut jalan yang paling dekat; dan/ atau
c. tempoh menunggu di luar negara yang tidak dapat dielakkan
kerana urusan perjalanan setempat (Perintah Am 36 Bab C
1974).
3
LATAR BELAKANG
3. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2005 telah menggariskan
Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam. Bagi menyokong dasar
tersebut, Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2005 yang
merangkumi struktur dan program-program latihan yang lebih sistematik dan
komprehensif telah dikeluarkan sebagai garis panduan untuk memastikan
supaya anggota awam dilengkapi dengan latihan berasaskan kompetensi dan
pembelajaran berterusan.
4. Bagi melengkapkan kedua-dua Dasar dan Pelaksanaan Pelan Latihan
Sektor Awam tersebut, Garis Panduan Kemudahan Cuti Belajar ini
dikeluarkan sebagai rujukan kepada Kementerian/Jabatan/Agensi dalam
menguruskan pemberian cuti belajar kepada pegawai-pegawai yang ingin
mengikuti kursus yang melebihi tiga bulan.
KATEGORI CUTI BELAJAR
5. Kemudahan cuti belajar dibahagikan kepada tiga (3) kategori seperti
berikut:
i. Cuti Belajar Bergaji Penuh (CBBP)
Cuti yang diluluskan oleh pihak berkuasa melulus kepada
seseorang pegawai untuk mengikuti kursus atau pengajian di
mana dalam tempoh tersebut pegawai dibayar gaji, imbuhan
tetap dan lain-lain elaun yang berkelayakan mengikut syarat dan
peraturan yang ditetapkan sama ada dengan atau tanpa
biasiswa.
4
ii. Cuti Belajar Separuh Gaji (CBSG)
Cuti yang diluluskan oleh pihak berkuasa melulus kepada
seseorang pegawai untuk mengikuti kursus atau pengajian di
mana dalam tempoh tersebut, pegawai dibayar gaji, imbuhan
tetap dan lain-lain elaun yang berkelayakan atas kadar separuh
mengikut syarat dan peraturan yang ditetapkan sama ada
dengan atau tanpa biasiswa.
iii. Cuti Belajar Tanpa Gaji (CBTG)
Cuti yang diluluskan oleh pihak berkuasa melulus kepada
seseorang pegawai untuk mengikuti kursus atau pengajian di
mana dalam tempoh tersebut, pegawai tidak dibayar gaji,
imbuhan tetap dan lain-lain elaun yang berkelayakan mengikut
syarat dan peraturan yang ditetapkan sama ada dengan atau
tanpa biasiswa.
PRINSIP-PRINSIP ASAS
6. Prinsip asas pemberian kemudahan cuti belajar adalah seperti berikut :
i. Kuasa melulus cuti belajar adalah di bawah tanggungjawab
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) kecuali bagi
Kementerian/ Jabatan yang telah diwakilkan kuasa oleh KPPA;
ii. Cuti belajar boleh diberi kepada pegawai yang diluluskan
mengikuti kursus atau pengajian yang melebihi tiga (3) bulan.
Bagi kursus yang tempohnya tiga (3) bulan atau kurang,
kelulusan menghadiri kursus yang diberikan oleh Ketua Jabatan
adalah dianggap sebagai cuti menghadiri kursus;
5
iii. Pegawai yang telah mengikuti cuti belajar melebihi 12 bulan di
dalam atau luar negara, boleh dipertimbangkan untuk
mengikuti kursus jangka sederhana atau kursus jangka panjang
yang berikutnya sama ada di dalam atau luar negara selepas
genap dua (2) tahun tamat mengikuti kursus yang terdahulu
dengan jayanya;
iv. Pegawai yang telah mengikuti cuti belajar kurang 12 bulan tetapi
melebihi 3 bulan di dalam atau luar negara, boleh
dipertimbangkan untuk mengikuti kursus jangka sederhana atau
kursus jangka panjang yang berikutnya sama ada di dalam
atau luar negara selepas genap satu (1) tahun tamat
mengikuti kursus yang terdahulu dengan jayanya;
v. Pegawai yang diluluskan untuk mengikuti pengajian atas
pembiayaan Badan Swasta, Badan Bukan Kerajaan, Badan
Antarabangsa atau Negara Asing boleh diberi kemudahan cuti
belajar mengikut kelayakan masing-masing;
vi. Pegawai yang pernah diluluskan cuti belajar tetapi gagal kerana
kelemahan akademik tidak layak diberi kemudahan cuti belajar
dari kategori yang sama. Pegawai berkenaan hanya boleh
dipertimbangkan kemudahan cuti belajar di bawah kategori yang
lebih rendah daripada kategori cuti belajar yang telah
diluluskan sebelumnya. Contohnya, pegawai yang diluluskan
CBSG tetapi gagal disebabkan oleh kelemahan akademik hanya
layak dipertimbangkan CBTG;
vii. Pegawai yang sedang bercuti belajar dan dikenakan tindakan
tatatertib / disiplin atau tindakan mahkamah, akan ditamatkan
cuti belajar ;
6
viii. Pegawai yang menarik diri tanpa izin/kelulusan daripada
mengikuti kursus/pengajian setelah diluluskan cuti belajar tidak
layak dipertimbangkan untuk kemudahan cuti belajar
seterusnya;
ix. Pegawai yang ingin memohon kemudahan cuti belajar untuk
Kursus Jangka Panjang, kursus yang diikuti oleh pegawai
mestilah pada peringkat yang lebih tinggi daripada kelayakan
akademik yang telah dimiliki;
x. Pegawai dalam Kumpulan Sokongan hanya boleh diberi
kemudahan cuti belajar untuk pengajian di peringkat Sijil,
Diploma dan / atau Ijazah Pertama sahaja;
xi. Tempoh cuti belajar tidak boleh diambil kira sebagai tempoh
sedang berkhidmat bagi tujuan menyelesaikan tempoh ikatan
perjanjian sebelumnya atau tempoh perkhidmatan wajib seperti
yang diperuntukkan oleh undang-undang melainkan dinyatakan
sebaliknya; dan
xii. Pegawai yang diluluskan cuti belajar masih tertakluk kepada
Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib)
1993 dan lain-lain peraturan yang berkuat kuasa.
7. Kriteria pemberian cuti belajar, kesan terhadap perkhidmatan pegawai
dan perkara lain yang berkaitan bagi setiap kategori cuti belajar adalah
seperti di Lampiran A, Lampiran B dan Lampiran C.
8. Pegawai yang diluluskan cuti belajar akan dikenakan ikatan kontrak
berkhidmat dengan Kerajaan dan sekiranya melanggar syarat-syarat dalam
perjanjian akan dikenakan tuntutan ganti rugi.
7
9. Bagi pegawai yang tidak dapat menghabiskan pengajian dalam
tempoh yang telah ditetapkan, pelanjutan cuti belajar boleh dipertimbangkan
sekiranya pegawai memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan dari masa ke
semasa.
PERTANYAAN
10. Sebarang pertanyaan berkaitan dengan Garis Panduan Kemudahan
Cuti Belajar Kepada Pegawai Awam Yang Mengikuti Kursus Jangka
Sederhana Dan Kursus Jangka Panjang Secara Sepenuh Masa ini,
hendaklah dirujuk kepada:
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Jabatan Perkhidmatan Awam Bahagian Pembangunan Modal Insan Aras 6, Blok C1, Kompleks C Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62510 PUTRAJAYA
Telefon : 03-88853000/4000 Faks : 03-88810743 Emel : [email protected]
8
LAMPIRAN A
A. CUTI BELAJAR BERGAJI PENUH (CBBP)
Cuti Belajar Bergaji Penuh (CBBP)
Cuti yang diluluskan oleh pihak berkuasa melulus kepada seseorang
pegawai untuk mengikuti kursus atau pengajian di mana dalam tempoh
tersebut pegawai dibayar gaji, imbuhan tetap dan lain-lain elaun yang
berkelayakan mengikut syarat dan peraturan yang ditetapkan sama ada
dengan atau tanpa biasiswa.
Prinsip
1. Cuti ini diberikan kepada pegawai untuk mengikuti kursus bagi
pembangunan kompetensi dan bukan untuk kemajuan kerjaya di mana
kelayakan yang diperolehi tidak melayakkan pegawai dilantik ke kumpulan
perkhidmatan yang lebih tinggi.
2. Pegawai layak mendapat kemudahan CBBP maksimum dua kali
sahaja sepanjang tempoh perkhidmatan bagi mengikuti kursus Jangka
Panjang.
Syarat-syarat Pemberian
3. Pegawai perlu memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan seperti berikut:
i. Berkhidmat secara tetap;
ii. Disahkan dalam skim perkhidmatan semasa;
iii. Memperoleh markah purata Laporan Nilaian Prestasi Tahunan
(LNPT) sekurang-kurangnya 85 peratus bagi tempoh genap tiga
(3) tahun kalendar berturut-turut;
9
iv. Diperakukan oleh Ketua Perkhidmatan/ Jabatan (Panel
Pembangunan Sumber Manusia), mengikut yang mana
berkenaan;
v. Berumur tidak melebihi 46 tahun untuk peringkat Sarjana dan
tidak melebihi 44 tahun untuk peringkat Doktor Falsafah (Ph.D)
(Kursus Jangka Panjang) pada tarikh tutup permohonan, tarikh
memulakan pengajian atau satu tarikh yang ditetapkan penaja
mengikut mana yang berkenaan;
vi. Berumur tidak melebihi 46 tahun untuk Kursus Jangka
Sederhana pada tarikh tutup permohonan, tarikh memulakan
pengajian atau satu tarikh yang ditetapkan penaja mengikut
mana yang berkenaan;
vii. Telah mendapat tempat di universiti/institusi untuk mengikuti
kursus yang diluluskan;
viii. Bebas daripada sebarang pertuduhan dan tindakan tatatertib;
ix. Telah mengisytiharkan harta; dan
x. Pegawai bukan merupakan Peminjam Tegar Pinjaman/
peminjam yang disenaraihitamkan oleh JPA atau badan-badan
pinjaman Kerajaan yang lain.
Kategori Cuti Belajar Bergaji Penuh (CBBP)
4. Kemudahan CBBP dibahagikan kepada tiga (3) kategori seperti
berikut:
i. Cuti Belajar Bergaji Penuh Dengan Biasiswa (CBBPDB);
ii. Cuti Belajar Bergaji Penuh Dengan Separa Biasiswa (CBBPSB);
dan
iii. Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBPTB)
10
Cuti Belajar Bergaji Penuh Dengan Biasiswa (CBBPDB)
5. CBBPDB boleh dipertimbangkan kepada pegawai yang diluluskan
mengikuti Kursus Jangka Panjang atau Kursus Jangka Sederhana yang
mendapat biasiswa di bawah tajaan Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan
Asing/Badan Antarabangsa. Contoh kursus yang boleh dipertimbangkan
CBBPDB ialah kursus Ijazah Lanjutan (Sarjana dan Ph.D) di bawah Hadiah
Latihan Persekutuan.
6. Pegawai di bawah tajaan Kerajaan Asing/ Badan Antarabangsa boleh
dilanjutkan tempoh CBBP sekiranya diluluskan oleh penaja berkenaan.
Cuti Belajar Bergaji Penuh Dengan Separa Biasiswa (CBBPSB)
7. CBBPSB boleh dipertimbangkan kepada pegawai yang telah
diluluskan CBBPDB (kecuali bagi pegawai di bawah tajaan Kerajaan Asing/
Badan Antarabangsa) tetapi tidak dapat menamatkan kursus atau pengajian
dalam tempoh yang telah ditetapkan. Pemberian ini adalah dalam bentuk
pelanjutan tempoh cuti belajar yang mana dalam tempoh tersebut hanya
yuran pengajian sahaja yang layak diberikan.
8. CBBPSB juga boleh dipertimbangkan kepada pegawai di bawah
Spouse Programme sekiranya memenuhi syarat-syarat yang sedang
berkuatkuasa.
11
Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBPTB)
9. CBBPTB boleh dipertimbangkan kepada pegawai yang telah diluluskan
CBBPSB tetapi masih tidak dapat menamatkan kursus atau pengajian dalam
tempoh yang telah ditetapkan. Pemberian ini adalah dalam bentuk pelanjutan
tempoh cuti belajar.
10. CBBPTB boleh juga dipertimbangkan kepada pegawai yang ingin
mengikuti kursus di bawah syarat khas dalam skim perkhidmatan yang
ditetapkan dari semasa ke semasa oleh Kerajaan atau kursus-kursus
Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL) seperti Penolong Jururawat atau
Jururawat Masyarakat yang mengikuti latihan Jururawat Terlatih.
11. CBBPTB juga boleh dipertimbangkan kepada pegawai yang ingin
mengikuti Kursus Jangka Sederhana atau Kursus Jangka Panjang dengan
pembiayaan sendiri tertakluk kepada perkara-perkara di perenggan 2 dan
perenggan 3.
Pergerakan Gaji
12. Pegawai yang diluluskan CBBP boleh diberi pergerakan gaji sebenar
sepanjang tempoh kursus sebagaimana yang ditetapkan dalam Pekeliling
Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2002 dan Surat Pekeliling Perkhidmatan
Bilangan 5 Tahun 2002.
Kekananan
13. Tempoh CBBP tidak menjejaskan kekananan.
12
Pemangkuan
14. Pegawai yang sedang memangku apabila diluluskan CBBP yang
melebihi 92 hari akan hilang kelayakan pemangkuannya sebagaimana
Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 1993.
Penilaian Tahap Kecekapan
15. Pegawai boleh dibenarkan menduduki Penilaian Tahap Kecekapan
tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan sebagaimana Surat Pekeliling
Perkhidmatan Bil. 5 Tahun 2002. Pegawai perlu mendapatkan kelulusan
Ketua Jabatan masing-masing di mana kos-kos berkaitan adalah di bawah
tanggungan pegawai dan tidak menjejaskan pengajian.
Kenaikan Pangkat
16. Pegawai boleh dipertimbangkan untuk kenaikan pangkat dalam
tempoh mengikuti kursus tersebut sekiranya telah memenuhi syarat dalam
skim perkhidmatan berkenaan.
Bayaran Elaun dan kemudahan
17. Pembayaran elaun dan kemudahan kepada pegawai yang diluluskan
Cuti Belajar Bergaji Penuh adalah tertakluk kepada syarat dan peraturan yang
ditetapkan dari semasa ke semasa. Bayaran-bayaran yang terlibat adalah
seperti di bawah :
i) Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal
Pegawai dalam perkhidmatan yang dibayar Bayaran Insentif
Perkhidmatan Kritikal dan telah diluluskan CBBP melebihi tiga
bulan, tidak layak diberi Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal
kecuali bagi Pegawai Perubatan, Pegawai Pergigian dan
13
Pensyarah Perubatan yang mengikuti kursus Sarjana Perubatan
atau Pergigian yang mana berkenaan.
ii) Imbuhan Tetap Perumahan
Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) akan diberi kepada pegawai
sekiranya hanya diluluskan CBBP. Bagi pegawai yang
diluluskan CBBP dengan ditawarkan biasiswa, mereka boleh
memilih sama ada untuk menerima Imbuhan Tetap Perumahan
atau Elaun Bantuan Sewa Rumah yang disediakan di bawah
pakej biasiswa.
iii) Elaun Perumahan Wilayah
Elaun Perumahan Wilayah (EPW) tidak akan diberikan kepada
pegawai yang mengikuti kursus melebihi 3 bulan.
iv) Elaun Bantuan Sara Hidup dan Bayaran Insentif Wilayah
Pegawai yang menghadiri kursus melebihi tiga (3) bulan di
dalam atau di luar negeri adalah TIDAK memenuhi syarat
kelayakan untuk dibayar Bayaran Insentif Wilayah (BIW). Oleh
yang demikian, ketetapan telah dibuat bahawa:
i) Bantuan Sara Hidup adalah terpakai untuk menggantikan
BIW sekiranya tempoh melanjutkan pengajian bagi
Pegawai itu melebihi tiga (3) bulan tetapi kurang dua
belas (12) bulan;
ii) pegawai yang berasal dan bertugas di Semenanjung
Malaysia yang diluluskan CBBP untuk mengikuti
kursus/pengajian di Sabah/Sarawak layak dibayar
Bantuan Sara Hidup mengikut lokasi institusi
pengajiannya;
14
iii) pegawai yang berasal dari Sabah/Sarawak dan bertugas
di Semenanjung yang diluluskan CBBP untuk mengikuti
kursus/pengajian di Semenanjung layak dibayar Bantuan
Sara Hidup mengikut lokasi institusi pengajiannya;
iv) pegawai yang berasal dan bertugas di Sabah dan
diluluskan CBBP untuk mengikuti kursus/pengajian di
Sarawak atau sebaliknya, layak menerima Bantuan Sara
Hidup mengikut lokasi institusi pengajiannya; dan
v) pegawai yang berasal dan bertugas di Sabah yang
diluluskan CBBP untuk mengikuti kursus/pengajian di
Sabah atau pegawai yang berasal dan bertugas di
Sarawak yang diluluskan CBBP untuk mengikuti
kursus/pengajian di Sarawak adalah layak menerima
Bantuan Sara Hidup mengikut lokasi pengajiannya.
Elaun / Imbuhan Lain
18. Pegawai yang diluluskan CBBP layak menerima imbuhan/elaun lain
dengan kadar penuh daripada jumlah yang berkelayakan.
Faedah Persaraan
19. Tempoh CBBP boleh di masuk kira bagi tujuan pengiraan faedah
persaraan atau faedah terbitan sepertimana diperuntukkan di bawah undang-
undang pencen yang berkuatkuasa.
15
Tempoh Ikatan Kontrak Dan Tuntutan Gantirugi
20. Pegawai yang menerima kemudahan CBBP adalah dikenakan ikatan
kontrak untuk berkhidmat dengan Kerajaan atau dikenakan tuntutan gantirugi
sekiranya melanggar syarat-syarat perjanjian.
16
LAMPIRAN B
B. CUTI BELAJAR SEPARUH GAJI (CBSG)
Cuti Belajar Separuh Gaji (CBSG)
Cuti yang diluluskan oleh pihak berkuasa melulus kepada seseorang
pegawai untuk mengikuti kursus atau pengajian di mana dalam tempoh
tersebut, pegawai dibayar gaji, imbuhan tetap dan lain-lain elaun yang
berkelayakan atas kadar separuh mengikut syarat dan peraturan yang
ditetapkan sama ada dengan atau tanpa biasiswa.
Prinsip
1. Cuti ini diberi kepada pegawai dalam perkhidmatan Kumpulan
Sokongan bagi mengikuti kursus di peringkat Sijil / Diploma / Ijazah Pertama
di mana kelayakan yang diperolehi akan melayakkan pegawai dilantik ke
kumpulan perkhidmatan yang lebih tinggi.
2. Pegawai layak mendapat kemudahan CBSG maksimum dua kali
sahaja sepanjang tempoh perkhidmatan bagi mengikuti kursus Jangka
Panjang.
Syarat-syarat Pemberian
3. Pegawai juga perlu memenuhi syarat-syarat seperti berikut :
i. Berkhidmat secara tetap;
ii. Disahkan dalam skim perkhidmatan semasa;
iii. Memperoleh markah purata Laporan Nilaian Prestasi Tahunan
(LNPT) sekurang-kurang 85 peratus bagi tempoh sekurang-
kurangnya genap tiga (3) tahun kalendar berturut-turut;
17
iv. Diperakukan oleh Ketua Perkhidmatan / Jabatan (Panel
Pembangunan Sumber Manusia), mengikut yang mana
berkenaan;
v. Berumur tidak melebihi 45 tahun pada tarikh tutup permohonan,
tarikh memulakan pengajian atau satu tarikh yang ditetapkan
penaja mengikut mana yang berkenaan;
vi. Telah mendapat tempat di universiti / institusi untuk mengikuti
kursus yang diluluskan;
vii. Mengikuti kursus yang diiktiraf oleh Kerajaan;
viii. Mempunyai keupayaan membiayai perbelanjaan yang berkaitan
dengan kursus yang akan diikuti;
ix. Mendapat kelulusan penangguhan bayaran hutang dengan
Kerajaan sekiranya ada sebagaimana Surat Pekeliling
Perbendaharaan Bilangan 11 Tahun 2005;
x. Bebas daripada sebarang pertuduhan dan tindakan tatatertib;
xi. Telah mengisytiharkan harta; dan
xii. Pegawai bukan merupakan Peminjam Tegar Pinjaman /
peminjam yang disenaraihitamkan oleh JPA atau badan-badan
pinjaman Kerajaan yang lain.
Pergerakan Gaji
4. Pegawai yang diluluskan CBSG boleh diberi pergerakan gaji secara
isyarat tidak lebih daripada tiga kali pergerakan gaji sepanjang tempoh
perkhidmatan sebagaimana yang ditetapkan dalam Pekeliling Perkhidmatan
Bilangan 4 Tahun 2002.
18
Kekananan
5. Tempoh CBSG tidak menjejaskan kekananan.
Pemangkuan
6. Pegawai yang sedang memangku apabila diluluskan CBSG yang
melebihi 92 hari akan hilang kelayakan pemangkuannya sebagaimana
Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 1993.
Penilaian Tahap Kecekapan
7. Pegawai boleh dibenarkan menduduki Penilaian Tahap Kecekapan
tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan sebagaimana Surat Pekeliling
Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2002. Pegawai perlu mendapatkan kelulusan
Ketua Jabatan masing-masing di mana kos-kos berkaitan adalah di bawah
tanggungan pegawai dan tidak menjejaskan pengajian.
Kenaikan Pangkat
8. Pegawai boleh dipertimbangkan untuk kenaikan pangkat dalam
tempoh mengikuti kursus tersebut sekiranya telah memenuhi syarat dalam
skim perkhidmatan berkenaan.
Bayaran Elaun dan kemudahan
9. Pembayaran elaun dan kemudahan kepada pegawai yang diluluskan
CBSG adalah tertakluk kepada syarat dan peraturan yang ditetapkan dari
semasa ke semasa.
19
i) Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal
Pegawai dalam perkhidmatan yang dibayar Bayaran Insentif
Perkhidmatan Kritikal dan telah diluluskan CBSG melebihi tiga
bulan tidak layak diberi Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal.
ii) Imbuhan Tetap Perumahan
Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) akan diberi kepada pegawai
sekiranya hanya diluluskan CBSG dengan kadar separuh
daripada jumlah yang berkelayakan. Bagi pegawai yang
diluluskan CBSG dengan ditawarkan biasiswa, mereka boleh
memilih sama ada untuk menerima Imbuhan Tetap Perumahan
atau Elaun Bantuan Sewa Rumah yang disediakan di bawah
pakej biasiswa.
iii) Elaun Perumahan Wilayah
Elaun Perumahan Wilayah (EPW) tidak akan diberikan kepada
pegawai yang mengikuti kursus melebihi 3 bulan.
iv) Elaun Bantuan Sara Hidup dan Bayaran Insentif Wilayah
Pegawai yang menghadiri kursus melebihi tiga (3) bulan di
dalam atau di luar negeri adalah TIDAK memenuhi syarat
kelayakan untuk dibayar Bayaran Insentif Wilayah (BIW). Oleh
yang demikian, ketetapan telah dibuat bahawa:
v) Bantuan Sara Hidup adalah terpakai untuk menggantikan
BIW sekiranya tempoh melanjutkan pengajian bagi
Pegawai itu melebihi tiga (3) bulan tetapi kurang dua
belas (12) bulan;
vi) pegawai yang berasal dan bertugas di Semenanjung
Malaysia yang diluluskan CBSG untuk mengikuti
kursus/pengajian di Sabah/Sarawak layak dibayar
20
Bantuan Sara Hidup atas kadar separuh mengikut lokasi
institusi pengajiannya;
vii) pegawai yang berasal dari Sabah/Sarawak dan bertugas
di Semenanjung yang diluluskan CBSG untuk mengikuti
kursus/pengajian di Semenanjung layak dibayar Bantuan
Sara Hidup atas kadar separuh mengikut lokasi institusi
pengajiannya;
viii) pegawai yang berasal dan bertugas di Sabah dan
diluluskan CBSG untuk mengikuti kursus/pengajian di
Sarawak atau sebaliknya, layak menerima Bantuan Sara
Hidup atas kadar separuh mengikut lokasi institusi
pengajiannya; dan
v) pegawai yang berasal dan bertugas di Sabah yang
diluluskan CBSG untuk mengikuti kursus/pengajian di
Sabah atau pegawai yang berasal dan bertugas di
Sarawak yang diluluskan CBSG untuk mengikuti
kursus/pengajian di Sarawak adalah layak menerima
Bantuan Sara Hidup atas kadar separuh mengikut lokasi
pengajiannya.
Elaun / Imbuhan Lain
10. Pegawai yang diluluskan CBSG layak menerima imbuhan / elaun lain
dengan kadar separuh daripada jumlah yang berkelayakan.
21
Faedah Persaraan
11. Tempoh CBSG boleh dimasuk kira bagi tujuan pengiraan faedah
persaraan atau faedah terbitan sepertimana diperuntukkan di bawah undang-
undang pencen yang berkuatkuasa.
Tempoh Ikatan Kontrak Dan Tuntutan Gantirugi
12. Pegawai yang menerima kemudahan CBSG adalah dikenakan ikatan
kontrak untuk berkhidmat dengan Kerajaan atau dikenakan tuntutan gantirugi
sekiranya melanggar syarat-syarat perjanjian.
22
LAMPIRAN C
C. CUTI BELAJAR TANPA GAJI (CBTG)
Cuti Belajar Tanpa Gaji (CBTG)
Cuti yang diluluskan oleh pihak berkuasa melulus kepada seseorang
pegawai untuk mengikuti kursus atau pengajian di mana dalam tempoh
tersebut, pegawai tidak dibayar gaji, imbuhan tetap dan lain-lain elaun yang
berkelayakan mengikut syarat dan peraturan yang ditetapkan sama ada
dengan atau tanpa biasiswa.
Prinsip
1. Cuti ini diberikan kepada pegawai bagi mengikuti kursus di peringkat
Pra-Ijazah (Sijil atau Diploma), Ijazah Pertama atau Ijazah Lanjutan yang
tidak layak dipertimbangkan kemudahan Cuti Belajar Bergaji Penuh atau Cuti
Belajar Separuh Gaji.
2. Pegawai layak mendapat kemudahan CBTG maksimum dua (2) kali
sahaja sepanjang tempoh perkhidmatan, sama ada kursus di peringkat Sijil /
Diploma / Ijazah Pertama atau Ijazah Lanjutan. Kelulusan kali kedua boleh
dipertimbangkan di peringkat pengajian yang lebih tinggi daripada yang
sebelumnya.
23
Syarat-syarat
3. Pegawai perlu memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan seperti mana
berikut:
i. Berkhidmat secara tetap;
ii. Disahkan dalam skim perkhidmatan semasa;
iii. Memperoleh markah purata Laporan Nilaian Prestasi Tahunan
(LNPT) sekurang-kurang 85 peratus bagi tempoh sekurang-
kurangnya genap dua (2) tahun kalendar berturut-turut;
iv. Diperakukan oleh Ketua Perkhidmatan / Jabatan (Panel
Pembangunan Sumber Manusia), mengikut yang mana
berkenaan;
v. Berumur tidak melebihi 45 tahun bagi pengajian di peringkat
Sijil, Diploma dan Ijazah Pertama, 46 tahun bagi pengajian di
peringkat Sarjana dan 44 tahun bagi pengajian di peringkat
Ph.D pada tarikh tutup permohonan, tarikh memulakan
pengajian atau satu tarikh yang ditetapkan penaja mengikut
mana yang berkenaan;
vi. Telah mendapat tempat di universiti / institusi pengajian;
vii. Mengikuti kursus yang diiktiraf oleh Kerajaan;
viii. Mempunyai keupayaan membiayai perbelanjaan yang berkaitan
dengan kursus yang akan diikuti;
ix. Mendapat kelulusan penangguhan bayaran hutang dengan
Kerajaan sekiranya ada sebagaimana Pekeliling
Perbendaharaan Bilangan 11 Tahun 2005;
x. Bebas daripada sebarang pertuduhan dan tindakan tatatertib;
xi. Telah mengisytiharkan harta; dan
xii. Pegawai bukan merupakan Peminjam Tegar Pinjaman /
peminjam yang disenaraihitamkan oleh JPA atau badan-badan
pinjaman Kerajaan yang lain.
24
Pergerakan Gaji
4. Pegawai yang diluluskan CBTG boleh diberi pergerakan gaji secara
isyarat tidak lebih daripada tiga kali pergerakan gaji sepanjang tempoh
perkhidmatan sebagaimana yang ditetapkan dalam Pekeliling Perkhidmatan
Bilangan 4 Tahun 2002.
Kekananan
5. Tempoh CBTG layak diambil kira untuk kekananan.
Pemangkuan
6. Pegawai yang sedang memangku apabila diluluskan CBTG yang
melebihi 92 hari akan hilang kelayakan pemangkuannya sebagaimana
Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 1993.
Penilaian Tahap Kecekapan
7. Pegawai boleh dibenarkan menduduki Penilaian Tahap Kecekapan
tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan sebagaimana Surat Pekeliling
Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2002. Pegawai perlu mendapatkan kelulusan
Ketua Jabatan masing-masing di mana kos-kos berkaitan adalah di bawah
tanggungan pegawai dan tidak menjejaskan pengajian.
Kenaikan Pangkat
8. Pegawai boleh dipertimbangkan untuk kenaikan pangkat dalam
tempoh mengikuti kursus tersebut sekiranya telah memenuhi syarat dalam
skim perkhidmatan berkenaan.
25
Bayaran Elaun dan Kemudahan
9. Pegawai yang diluluskan CBTG tidak layak menerima sebarang gaji,
Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal, Imbuhan Tetap Perumahan, Elaun
Perumahan Wilayah dan elaun-elaun lain mengikut peraturan yang berkuat
kuasa.
Faedah Persaraan
10. Tempoh CBTG boleh di masuk kira untuk tujuan pengiraan faedah
persaraan atau faedah terbitan sepertimana diperuntukkan di bawah undang-
undang pencen tertakluk kepada syarat memenuhi semua kriteria
sebagaimana yang dinyatakan dalam Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2
Tahun 1998.
Tempoh Ikatan Kontrak Dan Tuntutan Gantirugi
11. Pegawai yang menerima kemudahan CBTG dengan biasiswa adalah
dikenakan ikatan kontrak untuk berkhidmat dengan Kerajaan atau dikenakan