2.0KONSEP FRASA, KLAUSA DAN AYATKONSEP
Frasa Menurut Abdullah Hassan (2002) menyatakan bahawa frasa
sebagai sekumpulan ayat. Asraf pula (1988) memerihal bahawa frasa
boleh terdiri daripada hanya sepatah kata saja dengan tugasnya
sebagai subjek atau predikat atau objek dan ada pula yang tidak
boleh tidak terdiri daripada dua patah kata sekurang-kurangnya.
Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2008), frasa ialah unit
yang boleh berdiri daripada satu susunan yang mengandungi sekurang-
kurangnya dua perkataan ataupun satu perkataan yang berpotensi
untuk diperluas menjadi dua perkataan atau lebih.
Merupakan binaan yang boleh terdiri daripada satu patah
perkataan atau rentetan beberapa patah kata yang berfungsi sebagai
konstituen dalam ayat sama ada sebagai subjek, predikat, objek atau
keterangan.
Frasa tidak boleh dipecahkan kepada subjek dan predikat.
Terdapat empat jenis frasa iaitu Frasa Nama (FN), Frasa Kerja
(FK), Frasa Adjektif (FA) dan Frasa Sendi Nama (FS).
Menurut binaannya, frasa dapat dibahagikan kepada dua jenis
iaitu frasa endosentrik dan frasa eksosentrik.- Frasa endosentrik
mempunyai satu unsur inti yang menjadi wakil bagi frasa nama, frasa
kerja dan frasa adjektif. Contohnya, frasa nama mempunyai kata nama
sebagai unsur inti- Frasa eksosentrik ialah frasa sendi nama iaitu
tidak mempunyai satu unsur inti yang dapat mewakili keseluruhan
frasa.
Klausa Klausa ialah satu unit rangkaian kata yang mengandungi
subjek dan predikat yang menjadi konstituen kepada ayat.
Dalam binaan ayat, klausa merupakan ayat yang membentuk ayat
majmuk.
Terbahagi kepada dua jenis iaitu klausa bebas dan klausa tak
bebas.- Klausa bebas ialah klausa yang dapat berdiri sendiri.
Apabila diucapkan dengan intonasi yang sempurna, ia akan menjadi
ayat yang lengkap.- Klausa tak bebas ialah klausa yang tidak dapat
berdiri sendiri dan dalam ayat majmuk, ia dipancangkan ke dalam
klausa utama.
Ayat Menurut Asmah Haji Omar (1993) berpendapat ayat adalah unit
tertinggi dalam tatabahasa Melayu. Ia mestilah dimulakan dengan
perbuatan senyap dan juga diakhiri dengan perbuatan senyap.
Merupakan unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam
susunan tatabahasa dan mempunyai makna yang lengkap.
Boleh terbentuk daripada satu patah kata atau susunan beberapa
patah kata. Pengucapan dimulakan dengan kesenyapan, dan diakhiri
dengan kesenyapan apabila diucapkan dengan intonasi yang
sempurna.
Terbina daripada unsur-unsur frasa, klausa dan kata.
Jumlah ayat dalam sesuatu bahasa tidak terhad tetapi dapat
digolongkan kepada ayat dasar (ayat inti) dan ayat terbitan (ayat
transformatif)
3.0 JENIS-JENIS FRASA DAN KLAUSA3.1 Jenis-jenis FrasaFrasa ialah
satu binaan atau unsur ayat yang terdiri daripada
sekurang-kurangnya dua perkataan atau jika terdiri daripada satu
perkataan, ia berpotensi untuk diperluas menjadi dua perkataan atau
lebih. Frasa tidak boleh dipecahkan kepada subjek dan
predikat.Seperti yang diterangkan di atas, ada empat jenis frasa
iaitu:
Frasa Endosentrik ialah frasa yang mengandungi satu unsur inti .
Unsur inti ini mewakili seluruh frasa berkenaan. Frasa dinamakan
mengikut unsur inti ini. Antara frasa endosentrik ialah frasa nama,
frasa kerja, dan frasa adjektif. Frasa Eksosentrik ialah frasa yang
tidak mempunyai unsur inti yang dapat mewakili keseluruhan
frasanya. Oleh itu, frasa jenis ini dikatakan frasa eksosentrik
kerana pusatnya bergantung kepada suatu unsur luaran. Frasa sendi
nama merupakan jenis frasa eksosentrik.
3.1.1 Binaan Frasa NamaBinaan frasa nama boleh terbentuk
daripada satu perkataan sahaja ataupun sederetan perkataan. Jika
dibentuk oleh sederetan perkataan, maka terdapat dua jenis hubungan
antara perkataan itu. Jenis pertama ialah jenis yang terdiri
daripada satu perkataan yang merupakan inti bagi seluruh frasa nama
itu, sementara perkataan atau perkataan yang lain merupakan
penerang atau penerang-penerangnya. Jenis yang kedua ialah jenis
yang terdiri daripada unsur inti di dalamnya. Inti ialah unsur yang
diberi penumpuan makna dan mewakili seluruh frasa itu dari segi
makna, sementara penerang merupakan unsur yang menerangkan makna
dalam inti itu. Contohnya, dalam frasa nama bapa budak itu, intinya
ialah bapa, sementara budak dan itu ialah penerang-penerang yang
menerangkan bapa. Contoh-contoh bagi frasa nama mengandungi binaan
inti + penerang adalah seperti berikut:Perbuatan makan suap akan
menjejaskan ekonomi negara. Inti Penerang PredikatFN Subjek
Kelakuan baik selalu mendapat pujian. Inti Penerang Predikat FN
Subjek Contoh- contoh frasa nama yang mengandungi binaan inti +
inti adalah seperti berikut : Ibu bapa tidak perlu datang Inti Inti
Predikat FN Subjek
Frasa nama yang mengandungi unsur-unsur yang mempunyai hubungan
inti + penerang boleh terbentuk daripada jenis-jenis hubungan
berikut :> Inti + penerang nama> Inti + penerang bukan
nama
1) Inti + Penerang namaDalam binaan frasa nama jenis inti +
penerang nama, semua konstituen terdiri daripada kata nama; intinya
terdiri daripada kata nama dan penerangnya juga kata nama. Kata
nama yang mengisi unsur penerang ialah:a) Penerang nama
keturunan.b) Penerang nama jenis.c) Penerang nama penyambut.d)
Penerang nama kegunaan.e) Penerang nama kelamin.f) Penerang nama
tempat.g) Penerang nama arah.h) Penerang nama anggota badan.i)
Penerang nama tenaga penggerak.j) Penerang nama hal atau perkara.k)
Penerang nama milik.l) Penerang nama khas.m) Penerang nama
panggilan atau gelaran.Penerang-penerang nama di atas sebenarnya
memberikan keterangan lanjut tentang aspek-aspek tertentu pada inti
kata nama.
a) Inti + Penerang kata nama keturunan Frasa nama Orang Melayu
Inti Suku bangsa Kadazan Penerang Nama Keturunan
b) Inti + Penerang nama jenis Frasa nama Harimau bintang Inti
Gelang emas Penerang Nama Jenisc) Inti + Penerang nama penyambut
Frasa nama Penyendal pintu Inti Pemandu teksi Penerang Nama
Penyambut(Alat atau pelaku) Pengarang cerpen d) Inti + penerang
nama gunaan Frasa nama Alat pemadam Inti batu penanda Penerang Nama
Gunaan Kayu pemukul
e) Inti + penerang nama kelamin Frasa nama Orang lelaki Inti
Ayam jantan Penerang Nama Kelamin Anak perempuan
f) Inti + penerang nama tempat Frasa nama Penduduk bandar Inti
Cina Melaka Penerang Nama Tempat
g) Inti + penerang nama arah Frasa nama Tingkat atas Inti pintu
hadapan Penerang Nama Arah Bangunan balakangh) Inti + penerang nama
anggota badan Frasa nama Rantai leher Inti Sarung kaki Penerang
Nama Anggota Kepala lutut Badani) Inti + penerang nama tenaga
penggerak Frasa nama Kapal api Inti Mesin kaki Penerang Nama Tenaga
Perahu galah Penggerakj) Inti + penerang nama perihal atau perkara
Frasa nama Garis permulaan Inti surat perjanjian Penerang Perihalk)
Inti + penerang nama milik Frasa nama pekerjaan mereka Inti Bumbung
sekolah Penerang Nama Milik Kawasan Jerman
l) Inti + penerang nama khas Frasa nama Teluk Siam Inti Kerajaan
Malaysia Penerang Nama Khas Gunung Jerai
m) Inti + penerang nama panggilan atau gelaran Frasa nama Haji
Othman Inti YB Senator Fatimah Penerang Nama Panggilan Sang Arnab
atau Gelaran
2) Inti + Penerang Bukan Namafrasa nama juga boleh terbentuk
daripada inti yang menerima penerang bukan daripada jenis kata
nama. Penerang bukan nama terdiri daripada penerang-penerang yang
dibentuk oleh perkataan yang bukan daripada kelas kata nama,
iaitu:a) Inti + penerang penentuPenerang penentu ialah unsur yang
memberikan sifat ketentuan kepada kata nama dan kedudukannya yang
boleh di hadapan atau di belakang inti. Ada dua golongan penerang
penentu kata nama, iaitu : Penentu hadapan Penentu belakangPenentu
hadapanPenentu hadapan ialah unsur-unsur yang hadir di hadapan kata
nama, dan unsur-unsur itu terdiri daripada kata bilangan yang boleh
diikuti oleh penjodoh bilangan, seperti yang terdapat dalam contoh
berikut: Frasa Nama Penentu hadapan Inti Beberapa pucuk senapang
Bilangan Penjodoh bilangan Namun, kata abstrak tidak boleh menerima
penjodoh bilangan, misalnya *sebuah keberanian. Demikian juga,
beberapa kata bilangan jenis tak tentu, misalnya semua, segala,
sedikit, dan selainnya tidak boleh diikuti oleh penjodoh bilangan,
umpamanya *semua batang sungai, *segala orang manusia, dan *sedikit
helai kertas. Penentu belakangPenentu belakang ialah unsur-unsur
yang hadir sesudah kata nama, dan unsur-unsur itu terdiri daripada
kata penentu itu dan ini, seperti yang terdapat dalam contoh
berikut: Frasa Nama Inti Penentu belakang Pemenang Bangunan itu
inib) Penerang kata kerja atau akar kata kerjaPenerang kata kerja
atau akar kerja umumnya menerangkan perlakuan kepada inti.
Contohnya tempat menari; menari ialah perlakuan yang berkaitan
dengan tempat itu. Contoh lain adalah seperti berikut: Frasa Nama
Inti Penerang kata kerja Majlis Meja bahas tulisc) Penerang kata
adjektifPenerang kata adjektif ialah unsur yang menerangkan makna
sifat bagi inti. Contohnya : Frasa Nama Inti Penerang Kata Adjektif
Rumah Sekolah haram rendahd) Penerang kata adverbaPenerang kata
adverba ialah unsur yang menerangkan cara atau masa bagi kata nama
inti. Contohnya : Frasa Nama Inti Penerang Kata Adverba lawatan
jawapan julung kali sekali gus e) Penerang frasa sendi nama
Penerang frasa sendi nama ialah unsur-unsur yang mengandungi kata
sendi nama diikuti kata nama atau frasa nama, dan mendukung
antaranya makna tempat, waktu, bahan asal, dan matlamat.Contohnya
adalah seperti berikut ; Frasa Nama Inti Penerang frasa sendi nama
hadiah untuk abang Sendi nama Nama f) Penerang bilangan
ordinalPenerang bilangan ordinal ialah kata bilangan yang
menunjukkan kedudukan dari segi urutan bilangan , misalnya pertama,
kedua, kesepuluh, keseratus dan sebagainya. Unsur-unsur demikian
hadir sesudah inti. Contohnya adalah seperti berikut Frasa Nama
Inti Penerang Bilangan Ordinal lawatan cucu ketiga kesebelas 3)
Binaan Frasa Nama : Inti + IntiBinaan frasa nama inti + inti tidak
mempunyai unsur penerang, kerana makna keseluruhan frasa nama itu
didukung oleh kedua-dua kata nama inti. Oleh itu, binaan jenis ini
tidak mempunyai makna penerang. Terdapat dua golongan frasa nama
dari jenis inti + inti, iaitu berdasarkan makna yang didukung oleh
perkataan-perkataan :a) Inti + inti dengan maksud sama ertib) Inti
+ inti dengan maksud lawan ertiInti + inti dengan maksud sama
ertiPerkataan-perkataan yang mengisi kedua-dua inti dalam binaan
frasa nama demikian membawa sama erti, iaitu merupakan semacam
ulangan. Contohnya ; Frasa Nama Inti Inti tubuh hutan badan rimba
inti + inti dengan maksud lawan ertiPerkataan-perkataan yang
mengisi kedua-dua inti dalam binaan frasa nama jenis ini membawa
makna yang berlawanan .Contohnya adalah seperti berikut : Frasa
Nama Inti Inti jantan saudara betina saudari
3.1.2 Binaann Frasa KerjaBinaan Frasa Kerja Tanpa ObjekFrasa
kerja yang tidak mempunyai frasa nama sebagai objek terdiri
daripada satu jenis kata kerja sebagai intinya, yang disebut kata
kerja tak transitif. Kata kerja tak transitif ialah sejenis kata
yang tidak perlu disambut oleh sebarang frasa nama sebagai objek
untuk melengkapkannya. Frasa nama sebagai objek boleh ditakrifkan
sebagai unsur yang mengikuti kata kerja transitif dalam ayat aktif,
dan ayat demikian boleh mengalami proses pasif. 0ika sesuatu ayat
aktif tidak dapat dipasifkan, maka itu bererti kata kerja dalam
ayat tersebut bukan kata kerja transitif. Oleh itu, tidak berobjek.
Terdapat tiga jenis kata kerja tak transitif, iaitu: Kata kerja tak
transitif yang tidak menerima unsur pelengkap. Kata kerja tak
transitif yang dapat menerima pelengkap sesudahnya. Kata kerja tak
transitif yang dapat diikuti oleh kata nama sebagai penerang.Kata
Kerja Tak Transitif Tanpa PelengkapKata kerja tak transitif jenis
ini adalah kata kerja yang tidak memerlukan perkataan lain berlaku
selepasnya bagi melengkapkannya. Kata kerja ini dapat berdiri
dengan sendiri tanpa ada perkataan lain melengkapkan maknanya.
Contohnya:1. Siti Salina pulang.2. Dia tidur.3. Padi akan
luruh.
Kata Kerja Tak Transitif dengan PelengkapKata kerja tak
transitif yang dapat menerima pelengkap ialah kata kerja yang tidak
mempunyai makna yang lengkap sekiranya tidak diikuti oleh unsur
pelengkap. Namun, unsur-unsur itu bukanlah objek kerana ayatnya
tidak boleh dipasifkan. Antara contoh kata kerja tak transitif
termasuklah beransur, tinggal, menjadi, berbuat, ada, berbantalkan,
bertilamkan, dan sebagainya. unsur-unsur yang menjadi pelengkap
kepada kata kerja tak transitif boleh dibahagikan kepada tiga
jenis. Kata adjektif sebagai pelengkap Frasa sendi nama sebagai
pelengkap Kata nama sebagai pelengkap
Kata Kerja Tak Transitif dengan Kata Nama Sebagai Penerang
Kata nama sebagai penerang yang mengikuti kata kerja tak
transitif bukanlah objek kerana ayat yang mengandunginya tidak
boleh dipasifkan. 6ata nama tersebut hanya menjadi penerang bagi
kata kerja tak transitif dan bukan pelengkap kerana kata nama
penerang boleh ditiadakan tanpa merosakkan kesempurnaan makna kata
kerja demikianContohnya:SubjekFrasa Kerja
Kata KerjaPenerang
Lelaki ituPeladang
ituMerekaberseluarberkebunbelajarjean.kelapa.bahasa Melayu.
Binaan Frasa Kerja dengan ObjekFrasa kerja yang mengandungi
frasa nama sebagai objek ialah frasa yang dibentuk oleh kata kerja
transitif sebagai intinya dan frasa nama yang mengikut kata kerja
itu sebagai objek atau penyambutnya. Ayat-ayat yang mengandungi
frasa nama sebagai objek itu boleh dipasifkan.BilContoh AyatAyat
yang Dipasifkan
12
3Kami makan ayam goreng.Dia menjalankan tugas dengan baik.Budak
itu membaca buku.Ayam goreng itu kami makan.Tugasnya dijalankan
olehnya dengan baik.Buku dibaca oleh budak itu.
Perkataan-perkataan yang condong dalam ayat di atas menjadi
subjek atau unsur yang diterangkan dalam ayat yang telah
dipasifkan. Jenis-jenis frasa kerja yang mengandungi frasa nama
sebagai objek:a) Frasa kerja yang mengandungi satu objek.b) Frasa
kerja yang mengandungi dua objek.Frasa Kerja dengan Satu ObjekFrasa
kerja dengan satu objek adalah seperti yang terdapat dalam
ayat-ayat di bawah:1) Saya menjawab surat itu.2) Mesin itu mengepam
air.3) Letupan bom itu mengacau-bilaukan keadaan.4) Kami
menghampiri budak yang sedang terhenda-hendap itu.Terdapat sejumlah
perkataan yang berbentuk kata kerja tetapi membawa makna adjektif.
Perkataan ini boleh menerima kata penguat, dan frasa nama yang
mengikutinya boleh digugurkan.
Contohnya:SubjekKata PenguatMakna Adjektif
Filem ituKejadian ituKeputusannyasungguhsungguhamatmenyeramkan
(kami).menyedihkan (kita).menggembirakan (saya).
Frasa Kerja dengan Dua ObjekFrasa kerja yang dibentuk oleh kata
kerja transitif sebagai intinya boleh mengandungi dua frasa nama
yang menjadi objek kepada kata kerja itu. Objek-objek ini mempunyai
fungsi yang berbeza-beza. Objek-objek tersebut adalah objek tepat
dan objek sipi. Objek tepat ialah objek yang menjadi penyambut
secara langsung kepada kata kerjanya, sementara objek sipi ialah
objek yang tidak menjadi penyambut secara langsung kepada kata
kerjanya. Contoh ayat :1) Ahmad menghadiahkan buku kepada Ali.2)
Wanita itu membelikan baju untuk anaknya.
Ayat-ayat di atas boleh diubah menjadi ayat berikut:
a) Ahmad menghadiahi menghadiahi Ali buku.b) Wanita itu
membelikan anaknya baju.
Dalam kedua-dua ayat di atas, terdapat frasa nama yang berfungsi
sebagai objek kepada kata kerja, iaitu Ali dan buku dalam ayat a)
dan anaknya dan baju dalam ayat b). Dalam binaan di atas, frasa
nama yang mengikuti secara langsung kata kerja ialah objek tepat
kepada kata kerja, iaitu dalam ayat a) dan anaknya dalam ayat b),
manakala frasa nama yang mengikuti objek tepat disebut objek sipi.
Apabila ayat-ayat sedemikian dipasifkan hanya frasa nama yang
menjadi objek tepat akan mengambil penjudulan, iaitu menjadi subjek
atau unsur yang diterangkan.
Seterusnya, berikut adalah contoh-contoh ayat yang mengandungi
frasa kerja dengan dua objek; bentuk-bentuk yang condong ialah
objek tepat.
1) Dia mencarikan isterinya buah nangka.2) Ibu memasakkan tetamu
makanan tengah hari.3) Ayah menghadiahi ibu sejambak bunga ros.
Ayat-ayat di atas jelas mengandungi binaan yang meletakkan objek
tepat sesudah kata kerja dan objek sipi mengikuti objek tepat.
Apabila ayat-ayat di atas diubah susunannya, iaitu objek tepat asal
diletakkan di bahagian belakang ayat dengan didahului oleh kata
sendi nama untuk atau kepada, dan menjadikannya frasa sendi nama,
maka ayat-ayat yang terhasil akan hanya mengandungi satu objek.
Contohnya:
a) Dia mencari buah nangka untuk isterinya.b) Ibu memasak
makanan untuk tetamu.c) Ayah menghadiahkan sejambak bunga ros
kepada ibu.
Ada juga frasa kerja yang seolah-olah mengandungi dua objek,
seperti ayat berikut:
a) Sultan menamai tempat itu Melakab) Dia menjadikan budak itu
anak angkatnya.
Sebenarnya, contoh-contoh ayat di atas mengandungi hanya satu
objek sahaja, iaitu frasa nama yang mengikuti kata kerja secara
langsung, manakala perkataan Melaka dan anak angkatnya hanya
berfungsi sebagai penerang kepada objek dan tidak boleh dijadikan
objek tepat seperti dalam contoh di bawah:
1) Sultan menamakan Melaka untuk tempat itu.2) Dia menjadikan
budak itu sebagai anak angkatnya. Untuk menjelaskan lagi ayat 1)
dan 2), perkataan sebagai boleh diletakkan di hadapan unsur-unsur
penerang itu.1) Sultan menamai tempat itu sebagai Melaka2) Dia
menjadikan budak itu sebagai anak angkatnya.3.2.3 Binaan Frasa
Adjektif Binaan frasa Adjektif: Unsur Pengisi Frasa AdjektifFrasa
adjektif boleh terdiri daripada satu perkataan adjektif sahaja atau
deretan perkataan yang mengandungi kata adjektif dengan kata bantu
dan kata penguat, sama ada di hadapan atau di belakangnya.
Perhatikan contoh-contoh di bawah ini:Kata BantuPenguatKata
AdjektifPenguat
--sudah-belum-masihmasih--terlalu----agak--pandainakalbesartuamasakjahatkecilkecilcantik---sekalisangatbetul-amatsungguh
Seperti yang telah disebutkan, inti frasa adjektif terletak pada
kata adjektif. Bahagian inti pula terdiri daripada dua jenis,
mengikut binaannya:i. binaan satu perkataanii. binaan dua
perkataanBinaan Satu PerkataanBinaan ini terdiri daripada satu kata
adjektif, seperti rajin, tinggi, nakal, baik, pucat, kosong,
sederhana, cemas, dan sebagainya, seperti contoh-contoh di bawah:
Pelayan kedai Pak Ali sangat rajin Kawan-kawan Ahmad sangat cerdik.
Adiknya sangat cergas. Warna kereta saya merah Wanita itu baik
sungguh.Contoh-contoh di atas ialah contoh kata adjektif yang
terdiri daripada satu kata dasar, iaitu perkataan tanpa imbuhan.
Kata adjektif ini juga terdiri daripada perkataan berimbuhan,
misalnya: sepandai, kemerah-merahan, terbaik, setinggi, seperti
yang terdapat dalam ayat-ayat berikut:a) Aminah tidak sepandai
adiknya.b) Dalam darjah ini markah Hamid yang terbaik.c) Langit
kemerah-merahan pada waktu senja.d) Bangunan ini tidak setinggi
bangunan itu.Binaan Dua PerkataanBinaan jenis ini terdiri daripada
dua perkataan iaitu:a) Kata Adjektif + Kata Adjektifb) Kata
Adjektif + Kata NamaCantuman kata adjektif dengan kata adjektif
atau kata adjektif dengan kata nama membentuk konstituen baharu
dengan makna baharu. Di bawah ini dibincangkan binaan adjektif yang
terdiri daripada dua perkataan.a) Binaan Kata Adjektif + Kata
AdjektifBinaan adjektif yang terdiri daripada kata adjektif + kata
adjektif boleh terdiri daripada:
Dua kata adjektif yang menekankan unsur keserasian makna,
contohnya: riang gembira letih lesu cantik molek lemak manis gagah
berani penat lelah kurus kering Dua kata adjektif yang maknanya
berlawanan. Contohnya: tinggi rendah pahit manis baik buruk tua
muda kecil besar miskin kaya Deretan dua kata adjektif dengan
perkataan yang kedua digunakan oleh sebab unsur rima, yakni
keindahan bunyi. Contohnya: tinggi lampai gemuk gedempol kaya raya
lemah gemalai kering kontangBinaan Kata Adjektif + Kata NamaBinaan
adjektif yang terdiri daripada kata adjektif + kata nama
mengandungi kata adjektif yang menjadi inti frasa dengan kata nama
sebagai penerangannya. Binaan kata adjektif ini boleh terdiri
daripada: Frasa adjektif yang membawa maksud keserupaan: merah
jambu hijau daun muda remaja Frasa adjektif yang membawa maksud
kiasan: Panjang tangan Besar kepala Ringan tulang Rabun ayamUnsur
Penguat dalam Frasa AdjektifFrasa adjektif boleh terdiri daripada
satu kata adjektif dan boleh juga terdiri daripada kata adjektif
yang disertai unsur penguatnya. Ada tiga jenis unsur penguat:i.
Penguat hadapan.ii. Penguat belakang.iii. Penguat bebas.
Penguat hadapan ialah perkataan yang terletak di hadapan kata
adjektif.Contohnya, terlalu nakal, paling sedap, sangat cantik, dan
seperti yang terdapat dalam ayat-ayat di bawah:
Anak kecil itu terlalu nakal. Masakan Mak Limah paling sedap.
Pemandangan matahari terbenam sangat indah.
Penguat belakang ialah perkataan yang terletak di bahagian
belakang kata adjektif. Contohnya, baik sekali, lambat benar, indah
nian, dan seperti yang terdapat dalam ayat-ayat di bawah: Perangai
anak Pak Ali baik sekali. Kereta api itu lambat benar. Rumah di
atas bukit itu indah nian.
Penguat bebas ialah perkataan yang kedudukannya bebas, iaitu
sama ada di hadapan atau di belakang kata adjektif. Contohnya, amat
indah dan indah amat, sungguh berani dan berani sungguh, dan
seperti yang terdapat dalam ayat-ayat di bawah: Pemandangan di
pantai itu amat indah. Pemandangan di pantai itu indah amat.
Pahlawan itu sungguh berani. Pahlawan itu berani sungguh.Dua unsur
penguat boleh juga hadir berderetan sebelum kata adjektif.
Contohnya, sungguh amat merdu, sangat kurang sopan, terlalu amat
pedih, dan seperti yang terdapat dalam ayat-ayat di bawah: Suara
Siti Nur Haliza sungguh amat merdu. Perangainya sangat kurang
sopan. Bisanya terlalu amat pedih.
Kata Bantu dalam Frasa Adjektif.Frasa adjektif boleh juga
terdiri daripada kata adjektif yang disertai oleh kata bantu,
misalnya, sudah besar, belum cerdik, masih kecil, dan harus pandai.
Contoh ayat-ayat di bawah: Anak itu sudah besar. Dia belum cerdik
lagi. Anak kucingnya masih kecil.Ada juga kata bantu tertentu yang
boleh hadir sebelum atau selepas penguat, misalnya: masih amat
kecil, belum terlalu jauh, belum sangat pandai, sungguh masih
letih, tentu sudah masak, dan benar telah pandai. Contoh ayat
adalah seperti di bawah: Anak-anak jiran saya belum bersekolah
kerana masih amat kecil. Pihak dapat mengesan jejak pencuri itu
kerana dia belum terlalu jauh. Buah cempedak yang diperam itu sudah
terlalu masak.
3.1.4 Binaan Frasa Sendi NamaFrasa sendi nama boleh terbentuk
daripada salah satu binaan berikut:a) Kata Sendi Nama + Frasa
Namab) Kata Sendi Nama + Kata Arah + Frasa Namac) Kata Sendi Nama +
Frasa Nama + Frasa Keterangand) Kata Sendi Nama + Kata Arah + Frasa
Nama + Frasa Keterangan
Kata Sendi Nama + Frasa NamaKata sendi nama dalam frasa sendi
nama wujud sebagai perkataan yang letaknya di hadapan suatu frasa
nama. Contohnya:Kata Sendi Nama
Kata Sendi NamaFrasa Nama
dikedarijambatan sekolah rendahJohor Bahru
Kata Sendi Nama + Kata Arah + Frasa NamaKata sendi nama dalam
frasa sendi nama wujud juga sebagai perkataan yang letaknya di
hadapan frasa nama yang didahului oleh kata arah. Walau
bagaimanapun, frasa sendi nama boleh juga wujud tanpa kata arah.
Contohnya:Frasa Sendi Nama
Kata Sendi NamaFrasa Nama
Kata ArahFrasa Nama
dike daribelakangdalam hujungrumah bilik umum kampung
Kata Sendi Nama + Frasa Nama + Frasa KeteranganSatu lagi binaan
frasa sendi nama terbentuk apabila frasa nama yang menjadi
pelengkap kepada kata sendi nama itu diikuti keterangan, sebagai
unsur frasa pilihan.Frasa Sendi Nama
Kata Sendi NamaFrasa Nama
Kata ArahFrasa Keterangan
kedaridalamnegara JepunSabah perlawananpada tahun laludengan
bapanyadi sekolah kami
Kata Sendi Nama + Kata Arah + Frasa Nama + Frasa KeteranganFrasa
sendi nama boleh juga dibentuk daripada kata sendi nama diikuti
oleh kata arah, frasa nama, dan frasa keterangan. Contohnya:Frasa
Sendi Nama
Kata SendiNamaKata ArahFrasa NamaFrasa Nama Keterangan
kedari dipadaselatan belakang atas hujungnegara Perancis rumah
pangkuan ibu minggupada musim sejukdengan segerasepanjang masauntuk
bergotong-royong
3.2Jenis-jenis KlausaKlausa ialah deretan kata yang mempunyai
subjek dan predikat, yang menjadi konstituen ayat. Dari segi
struktur, klausa sama dengan ayat kerana mempunyai subjek dan
predikat. Dari segi fungsi, klausa sama dengan frasa kerana
berfungsi pada frasa tertentu dalam ayat. Klausa terbahagi dua,
iaitu klausa bebas dan klausa tak bebas. Klausa bebas tidak
memerlukan klausa lain untuk berfungsi sebagai ayat dan diucapkan
dengan intonasi yang sempurna, tetapi klausa tak bebas, memerlukan
klausa lain untuk berfungsi sebagai ayat dan tidak ditandai
intonasi yang lengkap.Seperti yang diterangkan di atas, ada dua
jenis klausa iaitu:
4.0 KONSEP AYAT 4.1Ayat Dasar dan Ayat TerbitanAyat dasar ialah
ayat yang menjadi dasar atau sumber bagi pembentukan semua ayat
lain dalam sesuatu bahasa. Walaupun terdapat berbagai-bagai jenis
ayat dari segi binaan dan susunannya, asas binaannya terdiri
daripada beberapa pola tertentu, yang disebut pola ayat dasar
sesuatu bahasa.Ayat terbitan boleh didefinisikan sebagai ayat yang
mengalami proses perubahan atau tranformasi daripada ayat dasar.
Wujud pada peringkat struktur dalaman dan wujud dalam bentuk yang
serupa. Proses gramatis melibatkan pelaksanaan rumus transformasi
yang berfungsi mengubah struktur memperluas sesuatu unsur dalam
ayat atau frasa. Proses transformasi mengakibatkan pengguguran,
penyusunan dan perluasan.Ayat dasar mewujudkan pola daripada pola
itulah terbit ayat yang lain, sama ada ayat tunggal atau ayat
majmuk, ayat pendek atau ayat panjang, ayat aktif atau ayat pasif
dan sebagainya. Dalam bahasa Melayu, pola ayat dasar boleh
dibahagikan kepada empat jenis dengan berpandu kepada jenis-jenis
binaan subjek dan predikatnya.
SubjekPredikatJenis Pola
Pola 1AliguruFrasa Nama + Frasa Nama
Pola 2Adikkusedang tidurFrasa Nama + Frasa Kerja
Pola 3Pegawai ituamat rajinFrasa Nama + Frasa Adjektif
Pola 4Rumahnyadi PenchalaFrasa Nama + Frasa Sendi Nama
Daripada ayat dasar kita dapat membina ayat-ayat yang lebih
panjang atau lebih kompleks, yang kita namai ayat terbitan. Ayat
terbitan terbentuk apabila beberapa unsur, baik unsur perkataan
mahupun unsur frasa ditambah pada frasa subjek atau frasa predikat
sesuatu ayat dasar. Misalnya, bentuk ayat dasar bahasa Melayu,
seperti yang diberikan di atas, dapat diperkembang menjadi ayat
terbitan seperti berikut:SubjekPredikat
Ayat 1Aliguru sementara di sekolah itu.
Ayat 2Adik bongsukusedang tidur di serambi rumah.
Ayat 3Pegawai kanan pejabat ituamat rajin dan cekap pula.
Ayat 4Rumah kediamannyadi Penchala dalam Wilayah
Persekutuan.
4.2Subjek dan PredikatSubjek merupakan konstituen dalam sesuatu
ayat yang terdiri daripada satu perkataan atau beberapa perkataan
yang berfungsi sebagai frasa nama dan menjadi unsur yang
diterangkan manakala predikat merupakan kumpulan perkataan yang
tergolong dalam satu frasa dan menjadi unsur yang menerangkan
subjek. Berikut merupakan contoh ayat:a) Petani itu membajak
sawahnya setiap hari.Subjek : Petani ituPredikat : membajak
sawahnya setiap hari
b) Samsul menjawat jawatan baharu di syarikat ayahnya.Subjek :
SamsulPredikat : menjawat jawatan baharu di syarikat ayahnya.c)
Anak Pak Hashim yang tampan itu menjadi guru sementara di Sekolah
Kebangsaan Langgar.Subjek : Anak Pak Hashim yang tampan ituPredikat
: menjadi guru sementara di Sekolah Kebangsaan Langgar.Pembahagian
atau pemenggalan kepada frasa subjek dan predikat bagi sesuatu ayat
tidak boleh dilakukan tanpa peraturan. Dalam ayat (a) di atas,
unsur itu membajak, misalnya tidak boleh digabungkan untuk menjadi
binaan sebab bentuk itu dan membajak termasuk ke dalam kelompok
unsur berasingan. Oleh itu, ayat (a) tidak mungkin boleh dipenggal
dengan memisahkan petani sahaja sebagai frasa subjek, dan itu
membajak sawahnya setiap hari sebagai frasa predikat.4.3Bentuk
AyatSecara amnya, bentuk ayat terbahagi kepada dua iaitu ayat
tunggal dan ayat majmuk. Nik Safiah Karim et al (2008), ayat
tunggal ialah ayat yang terbina daripada dua bahagian, iaitu subjek
dan predikat. Subjek ialah bahagian ayat yang diterangkan dan
predikat ialah bahagian ayat yang menerangkan subjek.
4.3.1 Ayat Majmuk GabunganAyat majmuk gabungan terdiri daripada
dua ayat atau lebih yang dijadikan satu dengan cara menggabungkan
atau mencantumkan ayat-ayat tersebut dengan kata hubung seperti
dan, atau, tetapi dan sebagainya seperti contoh yang berikut:i.
Murid-murid bernyanyi dan menari.ii. Ahmad kurus tetapi adiknya
gemuk.iii. Encik hendak ke pejabat atau hendak ke sekolah?
Ayat-ayat yang disambungkan itu setara sifatnya iaitu ayat-ayat
itu sama taraf dan boleh berdiri sendiri. Hubungan antara satu ayat
dengan ayat yang lain wujud disebabkan disusun berturut-turut.
Malah, ayat ini juga boleh disambungkan tanpa kata hubung; apabila
berlaku, nada suara berfungsi sebagai penanda, iaitu disuarakan
sebagai deretan penyataan. Sebagai contoh:Ali berdiri tegak,
memerhatikan gerak-geri merekaBagi pembentukkan ayat majmuk
gabungan kata hubung seperti dan, lalu, lagi dan serta digunakan
dalam ayat. Sebagai contoh:i. Mina minum kopi dan Amin minum
teh.ii. Mereka bangun lalu turun ke serambi.iii. Datuknya banyak
pengalaman lagi besar pengaruhnya. iv. Dia bercakap dengan kuat
serta menepu-nepuk dadanya.Perkaitan antara ayat antara ayat majmuk
jenis ini dapat digambarkan secara gambar rajah seperti
berikut:Ayat
Ayat 2Kata HubungAyat 1
Rajah di atas menunjukkan ayat majmuk gabungan (Ayat 1) terdiri
daripada gabungan Ayat 2 dengan Ayat 3 melalui kata hubung. Dari
segi teori ayat majmuk jenis ini terdiri daripada cantuman beberapa
ayat tunggal seperti gamabar rajah yang berikut: Ayat
Ayat 4Ayat 3Ayat 2Ayat 1
...........
Bagi menerangkan dengan lebih lanjut, sila perhatikan rajah di
bawah.Ayat
Ayat 2Kata HubungAyat 1
Amin minum tehMina minum kopidan
Menerusi contoh di atas, kata hubung diletakkan di tengah-tengah
ayat atau antara dua ayat yang dihubungkan dan tidak berpihak
kepada mana-mana ayat. Kata hubung berperanan untuk menghubungkan
ayat-ayat dan menjadikannya ayat yang lebih besar. Dalam
penyambungan ayat, terdapat beberapa perkara dapat berlaku pada
bahagian-bahagian ayat yang terlibat. Contoh di bawah menunjukkan
kesemua bahagian ayat yang digabungkan dikekalkan. Kata HubungAyat
1Ayat 2Ayat Majmuk
danMina minum kopiAmin minum tehMina minum kopi dan Amin minum
teh.
tetapiAiman kurusAdiknya gemukAiman kurus tetapi adiknya
gemuk.
Jika, ayat-ayat yang digabungkan itu mempunyai unsur yang sama
dan diulang, maka bahagian yang sama itu boleh digugurkan.
Misalnya, daripada ayat:Kata HubungAyat 1Ayat 2Ayat Majmuk
DanAli pandai bermain bolaAli pandai bermain hokiAli pandai
bermain bola dan hoki.
LaluTetamu undangan itu tibaTetamu undangan itu naik ke
pentasTetamu itu tiba lalu naik ke pentas.
Ayat-ayat yang digabungkan adalah daripada jenis yang sama dan
boleh terdiri daripada ayat penyata, ayat perintah atau ayat tanya
tetapi biasanya ayat-ayat tersebut tidak boleh dicampuradukkan
jenisnya. Selain itu, ayat terbitan yang yang merupakan ayat-ayat
yang digabungkan dengan kata hubung dan perlu mempunyai hubungan
makna bagi menjadikan ayat tersebut gramatis seperti ayat
berikut:Ali bermain bola dan adiknya bermain guli. Proses
penggabungan ayat boleh digunakan untuk deretan beberapa ayat.
Lihat contoh yang berikut:Pada cuti sekolah yang lalu saya melawat
datuk, nenek, pak cik, mak cik dan saudara-mara di kampung. Ayat di
atas menunjukkan bahawa terdapat lima ayat tunggal yang telah
dijadikan satu ayat majmuk dengan menggugurkan empat frasa yang
berulang-ulang iaitu pada cuti sekolah yang lalu saya melawat.
Malah kehadiran dan yang berulang-ulang boleh dihilangkan kecuali
yang akhir, seperti contoh berikut:Ibu memasak, ayah membaca buku
dan abang mendengar radio. Asalnya ayat di atas adalah seperti di
bawah:Ibu memasak dan ayah membaca buku dan abang mendengar
radio.
Kadangkala penggunaan kata hubung dihilangkan sama sekali
misalnya dalam ayat di bawah dan tidak menerima tekanan, maka dan
boleh di gugurkan. Adik ke sekolah dan ayah ke hospital. Adik ke
sekolah, ayah ke hospital.Ayat gabungan dibentuk dengan menggunakan
beberapa kata hubung. Penggunaan kata hubung yang berlainan dapat
menghasilkan sekurang-kurangnya tiga jenis gabungan utama, iaitu:a)
Gabungan yang susunan fakta-faktanya berurutan dengan menggunakan
kata hubung gabungan seperti dan, lalu, lagi, serta dan sambil.
Contohnya:i. Penduduk Taman Mewah rajin dan bersatu padu.ii. Aiman
berehat sambil berzikir.
b) Gabungan yang susunannya yang memberikan maksud pertentangan
fakta dalam ayat-ayat yang digabungkan, contohnya:i. Sungai itu
cetek tetapi arusnya deras.ii. Majalah itu mahal padahal kualitinya
rendah.c) Gabungan yang susunannya yang menggabungkan dua ayat atau
lebih, menggunakan kata hubung yang berpasangan lebih seperti lebih
baik...daripada, apakah...ataupun, adakah...atau(pun), sama
ada...atau, dan sebagainya. Contohnya:i. Daripada makan gaji lebih
baik bekerja sendiri.ii. Lebih baik mereka pergi dengan motosikal
daripada memandu kereta.
4.3.2 Ayat Majmuk Pancangan.Ayat majmuk pancangan merupakan
gabungan ayat-ayat tunggal yang tidak setara membentuk satu ayat
baru. Dalam ayat majmuk pancangan terdapat satu ayat utama atau
induk (klausa utama) dan satu atau beberapa ayat kecil lain yang
dipancangkan dalam ayat induk itu. Terdapat tiga jenis ayat majmuk
pancangan dalam bahasa Melayu iaitu: 4.3.2.1 Ayat Majmuk Pancangan
RelatifAyat majmuk relatif ialah ayat-ayat yang menggunakan kata
relatif yang dalam binaannya. Contoh ayat yang ditandai dengan
penggunaan perkataan yang, ialah :i. Kucing Siam yang berwarna
putih itu mengandung lagi.ii. Mereka tersesat di dalam hutan yang
didiami binatang buas.4.3.2.2 Ayat Majmuk Pancangan KomplemenAyat
majmuk pancangan komplemen ialah ayat yang menggunakan kata
komplemen bahawa dan untuk dalam binaannya. Ayat majmuk pancangan
komplemen terbahagi kepada empat jenis iaitu:
Berikut merupakan contoh bagi jenis-jenis ayat majmuk pancangan
komplemen:
i. Ayat komplemen frasa nama subjek, misalnya: Sungguh sukar
untuk saya untuk melupakan peristiwa tersebut. Bahawa penyanyi itu
telah menyalahgunakan dadah adalah benar.
ii. Ayat komplemen frasa nama objek tepat, misalnya: Ketua
Pengarah itu mengesahkan bahawa beliau akan bersara awal. Suspek
pertama menafikan bahawa dia telah merompak bank itu.
iii. Ayat komplemen frasa kerja Mereka berfahaman bahawa
keuntungan syarikat semakin meningkat. Kenyataan itu bermaksud
bahawa beliau akan berhjrah ke sektor swasta.
iv. Ayat komplemen frasa adjektif Jurulatih Malaysia begitu
yakin bahawa kejohanan All England tahun ini akan dikuasai oleh
pemain Asia. Jurulatih bola sepak Malaysia sedar benar bahawa para
pemainnya banyak melakukan kesilapan dalam perlawanan itu.
4.3.2.3 Ayat Majmuk Pancangan KeteranganAyat majmuk pancangan
keterangan ialah ayat majmuk yang terbit daripada satu ayat induk
dan satu ayat kecil atau lebih yang berfungsi sebagai keterangan
kepada predikat ayat induk. Ayat majmuk pancangan keterangan
terbahagi kepada sembilan jenis iaitu:
i. Keterangan musababAyat majmuk pancangan keterangan musabab
merupakan unsur yang menerangkan sebab berlakunya sesuatu kejadian
atau perbuatan. Kata hubung keterangan musabab adalah seperti
kerana, lantaran dan oleh sebab. Contohnya ialah : Aceh musnah
kerana ditimpa bencana Tsunami. Oleh sebab salah faham mereka tidak
bertegur sapa.
ii. Keterangan waktuAyat majmuk pancangan keterangan waktu ialah
unsur yang menerangkan masa sesuatu perbuatan atau kejadian. Kata
hubung pancangan keterangan ialah sejak, semenjak, setelah,
sewaktu, sementara, tatkala dan ketika. Contohnya ialah : Dia hidup
senang setelah menjalankan perniagaan sendiri. Ketika remaja lagi
bakat kepimpinannya sudah terserlah.
iii. Keterangan syaratAyat majmuk pancangan keterangan syarat
ialah unsur yang menerangkan tuntutan yang mesti dipenuhi. Kata
hubung keterangan syarat adalah seperti sekiranya, andai kata,
jikalau, jika dan kalau. Contoh-contoh ayat ialah : Sekiranya abang
gagal dalam peperiksaan kali ini ayah akan merampas permainan
videonya. Dia akan membotakkan kepala kalau mendapat anak
lelaki.
iv. Keterangan caraAyat majmuk pancangan keterangan cara ialah
unsur yang menerangkan gaya atau kaedah sesuatu perbuatan atau
kejadian berlaku. Kata hubung keterangan cara ialah dengan.
Contohnya ; Adik pergi ke sekolah dengan menaiki bas sekolah.
Mereka mengira dengan menggunakan kalkulator.
v. Keterangan tujuanAyat majmuk pancangan keterangan tujuan pula
ialah unsur yang menerangkan maksud bagi sesuatu perbuatan atau
kejadian. Kata hubung keterangan tujuan adalah seperti untuk, demi
dan bagi. Contohnya ialah;
Pertandingan mereka cipta diadakan untuk mencungkil bakat
pelajar dalam menghasilkan ciptaan baharu. Bagi menggalakkan
perpaduan antara kaum, kerajaan menubuhkan Jabatan Perpaduan
Negara.
vi. Keterangan perbandinganAyat majmuk pancangan keterangan
perbandingan ialah unsur yang menerangkan sesuatu kejadian yang
menjadi persamaan. Kata hubung keterangan perbandingan adalah
seperti, macam, seolah-olah, seakan-akan, ibarat, bagaikan dan bak.
Contohnya ialah ; Amir dan Aiman merupakan rakan karib, hubungan
mereka ibarat isi dengan kuku. Suasana kehidupan penduduk desa itu
amat harmoni lantaran mereka saling membantu bagaikan aur dengan
tebing.
vii. Keterangan pertentangan Ayat majmuk pancangan keterangan
pertentangan ialah unsur yang menerangkan perbuatan atau kejadian
yang berlawanan. Kata hubung keterangan pertentangan adalah seperti
walaupun, meskipun, kendatipun, biarpun, walaubagaimanapun, namun,
sekalipun dan sedangkan. Contohnya ; Walaupun malam sudah larut,
Faizal masih terus mengulang kaji pelajarannya. Dia belum berkahwin
meskipun umurnya telah mencecah 40 tahun.
viii. Keterangan akibat Ayat majmuk pancangan keterangan akibat
ialah unsur yang menerangkan kesan atau hasil sesuatu perbuatan.
Kata hubung pancangan akibat ialah hingga dan sehingga.
Contoh-contoh ayat ialah ;
Kanak-kanak itu menjerit terlalu kuat hingga hilang suaranya.
Angin bertiup kecang sehingga banyak pokok yang tumbang.
xi.Keterangan harapan Ayat majmuk pancangan keterangan harapan
ialah unsur yang menerangkan sesuatu perbuatan atau kejadian yang
dihajati. Kata hubung keterangan harapan ialah supaya, agar,
semoga, moga-moga dan kalau-kalau. Contohnya ialah ; Amalan kitar
semula perlu diamalkan agar alam tidak tercemar. Ahmad berkerja
dengan gigih supaya dapat meringankan beban bapanya. 4.3.3 Ayat
Majmuk CampuranAyat majmuk campuran merupakan ayat yang mengandungi
lebih daripada satu jenis ayat, yakni yang terdiri daripada
campuran ayat tunggal dengan ayat majmuk atau deretan jenis ayat
majmuk dengan menggunakan pelbagai kata hubung. Ayat sedemikian
biasanya panjang, contohnya adalah seperti : Kawalan modal terpilih
Malaysia selama ini telah menerima kritikan pihak asing yang
mengatakan bahawa Malaysia telah menutup ekonominya daripada
pemodal asing, tetapi tindakan mengenakan cukai keluar ini
membuktikan kita masih mengamalkan sistem pasaran bebas dan menolak
dakwaan mereka. Berdasarkan penerangan di atas, jelaslah bahawa
ayat bahasa Melayu sebenarnya boleh terdiri daripada berbagai-bagai
bentuk. Di samping ayat tunggal, ayat dalam bahasa Melayu dibentuk
melalui proses pemajmukan, mengikut cara yang dibincangkan dalam
bab ini. Sesuatu ayat itu boleh terdiri daripada satu ayat tunggal,
atau sederetan ayat yang dibina melalui proses gabungan, relatif,
komplemen atau keterangan.
4.4Ragam AyatMerujuk Tatabahasa Dewan dalam bidang sintaksis,
kejadian ayat aktif dan ayat pasif tergolong dalam huraian ragam
ayat. Ayat aktif mengandungi kata kerja yang mengutamakan subjek
asal sebagai judul, manakala ayat pasif pula mengutamakan subjek
terbitan sebagai judul.Ayat aktif ialah ayat yang mengandungi kata
kerja yang mengutamakan subjek asal sebagai unsur yang diterangkan.
Ayat aktif terdiri daripada ayat aktif transitif dan ayat aktif tak
transitif. Ayat aktif transitif ialah ayat yang mengandungi kata
kerja transitif yang diikuti oleh frasa nama atau klausa komplemen
sebagai objek atau unsur penyambut. Ayat aktif tak transitif ialah
ayat yang mengandungi kata kerja yang tak transitif iaitu yang
tidak diikuti oleh objek sebagai penyambut.
a) Ayat Aktif TransitifSubjekPredikat
Kata Kerja TransitifObjek
PekerjaBudinAir matamembaikimembelimembasahijalan itu.buah
durian.pipinya.
b) Ayat Aktif Tak TransitifSubjekPredikat
Kata Kerja Tak TransitifObjek
Kanak-kanakOmbakDianasedang mandimemutihmenangisdi kolam itu.di
pantai Damai.sepanjang malam.
Ayat pasif ialah ayat yangasalnya daripada ayat aktif transitif
iaitu yang mengandungi kata kerja tetapi mengutamakan objek asal
sebagai unsur yang diterangkan. Ayat pasif dalam bahasa Melayu
digolongkan kepada tiga jenis iaitu:
i) Ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasifSubjekKata Kerja
PasifOleh + Frasa NamaKeterangan
Kereta ituSemak samunsudah dibelidibersihkanoleh Aminoleh
pekerjaminggu lepassetiap bulan.
ii) Ayat pasif dengan kata ganti nama diri pertama dan
keduaSubjekFrasa Kerja Pasif dengan Ganti Nama Diri Pertama atau
keduaKeterangan
Kereta ituKuih itusudah saya bersihkanbelum awak makanpagi
tadi.lagi.
iii) Ayat pasif dengan perkataan kena yang hadir sebelum kata
kerjaSubjekKenaKata Kerja DasarOleh+Frasa Nama
Rusa ituBudak itukenakenatembakkejaroleh pemburu.oleh
anjing.
4.5Jenis AyatAyat-ayat dalam bahasa Melayu boleh dibahagikan
kepada empat jenis iaitu:
MaksudContoh
Ayat PenyataAyat penyata ialah ayat yang diucapkan dengan maksud
untuk menyatakan atau menerangkan sesuatu hal. Bapa saya wartawan
di Utusan Melayu. Mereka meninggalkan kota raya itu semalam.
Ayat TanyaAyat tanya ialah ayat yang digunakan untuk menanyakan
sesuatu hal. Anda sudah melabur dalam syarikat itu? Siapakah
gurunya?
Ayat PerintahAyat perintah ialah ayat yang digunakan untuk
menimbulkan sesuatu tindakan. Ayat perintah terdiri daripada empat
jenis iaitu ayat suruhan, ayat larangan, ayat silaan, dan ayat
permintaan. Siapkan kerja itu dengan segera. (suruhan) Jangan
berludah di sini. (larangan) Sila buat laporan di balai polis.
(silaan) Tolong tutup pintu itu. (permintaan)
Ayat SeruanAyat seruan ialah ayat yang digunakan untuk
melahirkan perasaan seperti takut, marah, gembira, sakit, benci dan
sebagainya. Tanda seru (!) biasanya diletakkan pada akhir ayat
seruan Oh, Tuhanku! Amboi, garangnya! Cis, berani kamu mengganggu
dia! Syabas, kamu telah menang!
4.6Susunan dalam AyatTerdapat dua bentuk susunan ayat dalam
bahasa Melayu, iaitu susunan biasa dan susunan songsang. Dalam
susunan biasa, subjek terletak di hadapan ayat manakala predikat
pula terletak di belakang ayat. Ayat songsang ialah ayat yang
predikatnya di hadapan dan subjeknya di belakang.
Contoh ayat susunan biasa:SubjekPredikat
Ayat 1Aliguru sementara di sekolah itu.
Ayat 2Adik bongsukusedang tidur di serambi rumah.
Ayat 3Pegawai kanan pejabat ituamat rajin dan cekap pula.
Ayat 4Rumah kediamannyadi Penchala dalam Wilayah
Persekutuan.
Contoh susunan ayat songsang:PredikatSubjek
Ayat 1Guru sementara di sekolah ituAli.
Ayat 2Sedang tidur di serambi rumahadik bongsuku.
Ayat 3Amat rajin dan cekap pulapegawai kanan pejabat itu.
Ayat 4Di Penchala dalam Wilayah Persekutuanrumah
kediamannya.
21