Top Banner
LMCP1532 Pembangunan Bandar Mapan Bandar Anda dan Agenda tempatan 21 Nama : Muhammad Khairil Haizad Bin Kamal No Matrik : A160258 Nama Pensyarah : Prof Dato’ Dr. Riza Atiq Abdullah Bin O.K Rahmat
12

Task 5

Mar 21, 2017

Download

Education

HaizadKamal
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Page 1: Task 5

LMCP1532 Pembangunan Bandar Mapan

Bandar Anda dan Agenda tempatan 21

Nama : Muhammad Khairil Haizad Bin KamalNo Matrik : A160258Nama Pensyarah : Prof Dato’ Dr. Riza Atiq Abdullah Bin O.K Rahmat

Page 2: Task 5

Soalan

Anda diminta oleh Datuk Bandar untuk memberi penilaian dan cadangan mengenai perlaksanaan Agenda Tempatan 21 (Local

Agenda 21) bagi bandar anda

Page 3: Task 5

Sekinchan merupakan salah satu bandar yang terdapat di dalam peta negeri Selangor. Sekinchan terletak didalam daerah Sabak Bernam, manakala Sabak Bernam merupakan daerah yang bersempadan dengan negeri Perak. Sekinchan merupakan satu Bandar yang kurang membangun, namun kini ianya mula membangun dan seringkali didatangi pelancon-pelancong yang bukan sahaja tempatan malahan pelancong asing. Berikut merupakan peta Sekinchan, Selangor.

Page 4: Task 5

Peta 1 : Bandar Sekinchan(Sumber : https://www.google.com/maps/@3.507953,101.0876978,6306m/data=!3m1!1e3)

Page 5: Task 5

Peta 2 : Lokasi tempat tarikan di Sekinchan

(Sumber : http://www.sekinchan.org/ )

Page 6: Task 5

Agenda 21Sosial

1. Tempat pelancongan

Pada dahulunya ianya hanyalah satu “Bandar koboi” kini Sekinchan merupakan satu Bandar yang sedang pesat membangun. Kawasan-kawasan disekitarnya sering sekali didatangi oleh pelancong-pelancong yang bukan sahaja dikalangan orang tempatan Malaysia namun pelancong-pelancong asing.

Pantai Redang merupakan salah satu tarikan pelancong bukan sahaja dari kalangan kaum Cina Malaysia namun dari kalangan kaum Cina Singapura. Di sana terdapat tokong yang seringkali didatangi oleh penganut agama itu, mereka dating ke situ untuk memohon doa dan hajat.

Selain itu, Sekinchan juga boleh dikatakan popular dengan hasil tanaman sawah padinya. Tanjung Karang sehingga Sungai Besar merupakan jelapang padi bagi negeri Selangor. Di Sekinchan juga terdapat kilang-kilang menghasilkan beras yang boleh dilawati oleh para pelancong.

Berikutnya, terdapat juga bangunan 3D art di sana, terdapat banyak lakaran lukisan 3D yang dihasilkan, memang cantik dan mempesonakan. Terdapat banyak aktiviti dan kawasan yang boleh dilawati bersama keluarga.

Page 7: Task 5

Sumber dari google.com

Page 8: Task 5

2. Kaunter perkhidmatan, utility dan kewangan

Perkhidmatan yang terdapat di Sekinchan ialah pejabat pos dan bank. Bank yang ada di sana ialah Maybank, BSN, dan Hong Leong Bank. Kewujudan pusat perkhidmatan bank dan pejabat pos ini dapat membantu penduduk dalam melakukan penyimpanan, pengeluaran, pertukaran cek ke wang ringgit dan sebagainya. Terdapat juga beberapa buah stesen minyak antaranya Petronas, Caltex dan BHPetrol

Page 9: Task 5

3. Pusat Kesihatan

Sekinchan mempunyai pusta kesihatannya tersendiri yang disediakan oleh pihak kerajaan, selain itu terdapat juga klinik-klinik swasta.

Page 10: Task 5

Ekonomi

1. Perniagaan Makanan

Sekinchan amat terkenal dikalangan mereka yang suka makanan-makanan laut. Banyak ikan-ikan hasil tangkapan masyarakat tempatan di sana dibeli oleh tuan kedai untuk dimasak dikedai mereka. Ikan ikan yang dijual adalah segar

Page 11: Task 5

Lain-lain

1. Pendidikan

Di Sekinchan terdapat sekolah-sekolah. Antaranya ialah SMJK Yoke Kuan, SK Yoke Kuan

Page 12: Task 5

Sekian Terima Kasih