TEMASYA HIGHLANDERS 21, 22, 23 MAC 2014 KERTAS KERJA TEMASYA HIGHLANDERS ‟14 KOLEJ IBRAHIM YAAKUB TARIKH 21, 22, 23 MAC 2014 TEMPAT KOLEJ IBRAHIM YAAKUB UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA ANJURAN MAJLIS EKSEKUTIF PELAJAR TIMBALAN KETUA EKSEKUTIF KOLEJ IBRAHIM YAAKUB UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA TEMA KASIH AMAL HIGHLANDERS
15
Embed
TARIKH TEMPAT ANJURAN TEMA - iFolio - Authentication · Quran dan juga bacaan selawat Qasidah bersama anak-anak yatim dan ... Pemenang perlu berusaha untuk menghabiskan makanan yang
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
TEMASYA HIGHLANDERS
21, 22, 23 MAC 2014
KERTAS KERJA
TEMASYA HIGHLANDERS ‟14
KOLEJ IBRAHIM YAAKUB
TARIKH
21, 22, 23 MAC 2014
TEMPAT
KOLEJ IBRAHIM YAAKUB
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
ANJURAN
MAJLIS EKSEKUTIF PELAJAR
TIMBALAN KETUA EKSEKUTIF
KOLEJ IBRAHIM YAAKUB
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
TEMA
KASIH AMAL HIGHLANDERS
TEMASYA HIGHLANDERS
21, 22, 23 MAC 2014
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
KERTAS KERJA
TEMASYA HIGHLANDERS 14
KOLEJ IBRAHIM YAAKUB
1.0 TUJUAN
Kertas kerja ini disediakan bertujuan untuk memohon pertimbangan dan kelulusan
serta bantuan kewangan daripada Kolej Ibrahim Yaakub dan Jabatan Perkhidmatan
Pelajar untuk mengadakan Temasya Highlanders 2014 yang merupakan tradisi sekian
lama Kolej Ibrahim Yaakub bagi meraikan seluruh warga kolej ini dalam satu
program anjuran kolej dan MEP.
2.0 PENGENALAN
2.1 Majlis Eksekutif Pelajar (MEP) yang dahulunya dikenali dengan nama
JAKSA merupakan sebuah organisasi induk di setiap kolej kediaman yang
telah ditubuhkan khas untuk menjaga kebajikan warga kolej. Selain itu,
organisasi ini juga telah diamanahkan untuk merangka dan sekaligus
melaksanakan program-program di kolej kediaman.
2.2 Temasya Highlanders ini merupakan hasil buah fikiran MEP untuk
menjayakan satu program berbentuk hari keluarga. Di samping itu, program
ini juga bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim serta memberi
kesedaran kepada warga Kolej Ibrahim Yaakub supaya lebih menghargai kolej
ini dan rasa bertanggungjawab untuk terus memajukan dan mengharumkan
nama kolej. Selain hanya menjadikan kolej ini sebagai tempat penginapan.
2.3 Program ini juga turut menyelitkan kepimpinan, agar ahli jawatankuasa
pelaksana program ini, bukan sahaja cemerlang dalam akademik, tetapi juga
dapat menyumbangkan idea-idea kreatif dan inovatif di samping mengasah
bakat mereka dalam mengendalikan sesebuah program. Seterusnya melahirkan
modal insan yang mempunyai pelbagai kemahiran bagi menghadapi
persaingan dalam bidang pekerjaan selepas bergraduasi.
3.0 MISI
Memperbaharui dan memupuk kembali semangat kekeluargaan dan rasa bertanggujawab
dalam diri mahasiswa/i di UKM, khususnya di Kolej Ibrahim Yaakub sepanjang berada di
sini tanpa mengabaikan rasa prihatin terhadap masyarakat di luar kampus. Membina
semangat perpaduan dan integrasi yang utuh dalam kalangan mahasiswa/i menerusi
konsep yang dianjurkan oleh program.
4.0 MATLAMAT
Untuk menjadi mahasiswa yang aktif, progresif dan berinovasi yang:
TEMASYA HIGHLANDERS
21, 22, 23 MAC 2014
4.1 Membina warga kolej yang mempunyai hubungan yang erat dan bersatu padu
antara satu sama lain walaupun berlainan agama, bangsa dan fahaman di Kolej
Ibrahim Yaakub.
4.2 Mengeratkan siratulrrahim antara pelajar-pelajar kolej dengan pihak
pengurusan kolej.33333333333333333333333jn
4.3 Melahirkan pemimpin-pemimpin muda dalam kalangan mahasiswa/i yang
berkebolehan dan berkaliber dalam kemahiran berorganisasi serta
memantapkan kecemerlangan dalam kemajuan pendidikan.
4.4 Membentuk akhlak dan sahsiah yang bermoral dan berwawasan berteraskan
nilai-nilai murni yang berpaksikan Rukun Negara.
5.0 OBJEKTIF
5.1 Memupuk budaya berfikiran kreatif dalam kalangan pelajar Kolej Ibrahim
Yaakub.
5.2 Memberi peluang kepada para pelajar untuk menambah pengalaman dalam
menguruskan program.
5.3 Memberi peluang kepada para pelajar untuk menunjukkan bakat terpendam
dalam bidang kepimpinan.
6.0 TEMA
”Kasih Amal Highlanders”.
7.0 ANJURAN
Majlis Eksekutif Pelajar,
Kolej Ibrahim Yaakub, Universiti Kebangsaan Malaysia.
8.0 TARIKH
Program ini dicadangkan untuk diadakan pada:
Tarikh : 21, 22, 23 Mac2014
Hari : Jumaat, Sabtu dan Ahad
Masa : 3 petang-12 tengah malam, 8.30 pagi-12 tengah malam, 9 pagi-12 tengah
malam
9.0 TEMPAT PROGRAM
Tempat program yang dicadangkan ialah di Kolej Ibrahim Yaakub Universiti
Kebangsaan Malaysia.
TEMASYA HIGHLANDERS
21, 22, 23 MAC 2014
10.0 PUBLISITI/SASARAN
10.1 Poster
Poster akan ditampal di sekitar Kolej Ibrahim Yaakub pada papan kenyataan yang
dibenarkan.
Poster bersaiz A3 pelbagai warna akan digunakan.
Poster yang disediakan mengandungi informasi mengenai aktiviti yang disediakan
bagi menarik pengunjung untuk menyertai seterusnya memeriahkan program ini.
10.2 Banner
Banner akan digantungkan selepas mendapatkan kelulusan daripada Unit
Keselamatan.
Banner akan digantung pada tempat yang dibenarkan sahaja.
10.3 Jaringan Internet
Program ini juga akan dipromosikan melalui laman-laman sosial seperti laman blog
Kolej, Facebook dan Twitter.
Di Laman Twitter, kami akan mencipta HASHTAG #TH2014 bagi menarik golongan
mahasiswa UKM dan muda mudi untuk berkunjung ke Program ini.
Di Laman Facebook, kami akan mencipta satu page yang diberi nama TEMASYA
HIGHLANDERs ‟14 bagi mempromosikan program ini dimata umum.
10.3 Digital Board UKM
Program dipromosikan melalui papan digital board yang terdapat pada pintu masuk
UKM setelah permohonan diluluskan oleh pihak UKM.
11.0 PENGLIBATAN AHLI-AHLI PROGRAM
Ahli Jawatankuasa seramai : 50 orang
Sasaran : 2000 pengunjung
12.0 CADANGAN PERASMI
i. Perasmian Pembukaan/ Penutup
1) Prof.Madya Dato’ Dr. Mohd Rizal bin Mohd Yaakop
Pengetua Kolej Ibrahim Yaakub,
Univesiti Kebangsaan Malaysia
13.0 STRUKTUR ORGANISASI
Rujuk Lampiran A
TEMASYA HIGHLANDERS
21, 22, 23 MAC 2014
14.0 ATUCARA MAJLIS
Rujuk Lampiran B
15.0 PERINCIAN PROGRAM
KONSERT AMAL WOW HIGHLANDERS BERSAMA LET’S ROCK MALAYSIA
UNTUK MEMBANTU PESAKIT KANSER.
Melalui konsert ini, program akan menjemput beberapa artis seperti Aizat, Kumpulan Tona
Warna, Fauziah Latif dan beberapa pelajar Universiti yang berbakat untuk melakukan
persembahan pada malam tersebut secara amal untuk membantu pesakit-pesakit kanser bagi
menyara kehidupan mereka. Konsert ini akan diadakan pada malam penutup program. Pihak
program akan menjemput beberapa VIP bagi merasmikan malam penutup Temasya
Highlanders ini. Program ini sekali gus merapatkan hubungan antara warga KIY dan
masyarakat luar dalam keadaan yang santai.
REWANG TH
Rewang TH ini merupakan satu program yang bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara
warga KIY khususnya. Melalui program ini, AJK bersama warga KIY akan bergotong
royong dalam menyediakan makanan sebelum dijamu kepada semua hadirin yang hadir pada
majlis Tarannum Al-Quran yang diadakan pada sebelah malamnya. Dalam masa yang sama,
pihak kami mengambil kesempatan untuk menguar-uarkan aktiviti yang terkandung dalam
program Temasya Highlanders ini. Kami akan mengedarkan flyers dan membuat beberapa
pengumuman untuk menjemput para hadirin menyertai pertandingan-pertandingan yang
disediakan selama berlangsungnya Temasya Highlanders ini.
KIY BERSELAWAT BERSAMA ANAK-ANAK YATIM/ MISKIN DAN WARGA
UKM
Kami selaku pihak program bercadang untuk mengadakan majlis pertandingan Tarannum Al-
Quran dan juga bacaan selawat Qasidah bersama anak-anak yatim dan golongan anak-anak
fakir miskin kerana objektif kami tidak hanya tertumpu kepada warga Kolej Ibrahim Yaakub
dan warga UKM tetapi juga kepada masyarakat luar. Hal ini demikian kerana kami ingin
menabur bakti kepada masyarakat luar yang tidak berpeluang untuk menikmati kehidupan
yang sempurna dek kerana kehilangan ahli keluarga dan kedaifan hidup. Melalui program ini,
kami dapat mendekatkan diri kami dengan golongan ini agar kami dapat membantu dari segi
bantuan kewangan atau barangan, rohani dan jasmani mereka. Program ini juga menyediakan
sumbangan barangan kelengkapan sekolah seperti bag ,pakaian sekolah dan kasut sekolah
kepada anak-anak ini agar permulaan sesi persekolahan mereka lebih ceria.
CERAMAH ILMU OLEH PENCERAMAH BEBAS
Perkongsian ilmu dilihat salah satu medium yang membolehkan semua pihak mempelajari
ilmu baru daripada progam ini. Program akan menjemput penceramah bebas yang terkenal
bersama beberapa Imam Muda seperti Imam Muda Asyraf dan Imam Muda Najdi untuk
TEMASYA HIGHLANDERS
21, 22, 23 MAC 2014
membincangkan topik-topik yang bermanfaat. Program ini bertujuan untuk mendedahkan
penonton dan pengujung yang rata-ratanya pelajar UKM bahawa ilmu tidak semestinya
dituntut dalam kuliah semata-mata. Topik yang akan dikupas adalah topik yang sangat dekat
dengan permasalahan yang sering dihadapi oleh remaja khususnya yang bergelar mahasiswa.
SI CILIK BERAKSI
Aktiviti ini menjemput peserta daripada tadika-tadika sekitar Bangi dalam aktiviti seperti
mewarna, bercerita dan pakaian beragam. Hadiah akan diberikan bagi menghargai pemenang
yang berbakat sekali gus membantu mereka mencungkil bakat serta berasa yakin akan
kemampuan diri mereka. Akiviti ini juga mendedahkan pihak urus setia program mempelajari
cara untuk menguruskan komuniti dalam pelbagai peringkat umur dan mewujudkan
komunikasi dengan masyarakat luar.
PAMERAN SUPERBIKES BERSAMA FAUZIAH LATIF
Progaram akan menjemput penyanyi terkenal, Fauziah Latif bersama kumpulan motor
berkuasa tinggi untuk mengadakan pameran bagi membolehkan pengunjung mendekati
penyanyi tersebut yang dalam masa yang sama mempromosikan jualan tiket Persembahan
Amal Highlanders. Persembahan Amal Highlanders merupakan malam penutup Temasya
Highlanders yang diadakan bagi mengumpulkan sumbangan untuk pesakit kanser di
Malaysia. Kunjungan beliau bukan hanya untuk mempamerkan motor berkuasa tinggi tetapi
untuk tujuan amal.
LIGHTNING EATER
Pertandingan ini merupakan salah satu aktiviti untuk mencapai keseronokan kepada peserta
untuk menarik minat mereka terhadap program ini. Pemenang perlu berusaha untuk
menghabiskan makanan yang disediakan dalam masa yang singkat. Makanan ini akan
disediakan oleh pihak program bagi menjadikan pertandingan ini adil. Program ini
melibatkan 10 peserta iaitu daripada mahasiswa UKM dan tetamu jemputan daripada Ladies
Bikers.
BILIK BERHANTU TH.. Mohon Jangan Menjerit
Membawa Anda Mengalami Keseraman Tahap Ekstrem
Bilik berhantu ini akan membawa anda mengalami keseraman tahap ekstrem yang berbeza
daripada rumah hantu sebelum ini, khas buat para pengunjung yang menginginkan tahap
keberanian mereka dicabar. Di dalam rumah ini, akan disediakan suasana yang membawa
ketakutan berdasarkan cerita- cerita seram yang benar. Bilik Berhantu TH berbeza dengan
rumah hantu yang telah direka oleh program sebelum ini kerana mengambil beberapa
trademark cerita hantu seperti Zombie Kampung Pisang, Pontianak Harum Sundal Malam,
The Ring dan The Eyes untuk dijadikan sumber inspirasi untuk membawa pengunjung
merasai ketakutan. Malahan membantu pengunjung menambah kepercayaan kepada Tuhan
dengan pengalaman yang disediakan ini.
TEMASYA HIGHLANDERS
21, 22, 23 MAC 2014
JAGUH FUTSAL
Futsal merupakan salah satu pertandingan yang digemari oleh remaja masa kini. Futsal
mampu menjadi medium untuk memupuk semangat kesukanan dalam kalangan mahasiswa
UKM. Aktiviti ini bukan hanya tertumpu pada satu kolej sahaja tetapi melibatkan semua
kolej. Kolej Ibrahim Yaakub menjadi pengantara untuk mengumpulkan para pemain bagi
mencari jaguh di antara pemain futsal kolej yang hebat. Sekali gus melahirkan mahasiswa
yang hebat bukan sahaja dalam pelajaran tetapi juga dalam sukan. Selaras dengan pemintaan
negara yang mahu melahirkan modal insan yang aktif dalam akademik dan aktiviti-aktiviti
luar yang mampu meningkatkan nilai dalam individu tersebut.
SENAMROBIK BERSAMA MILO
Bagi melahirkan mahasiswa yang terbaik bukan sahaja dari segi mental tetapi juga dari segi
fizikal, program ini menyediakan satu slot yang dipanggil senamrobik bersama MILO.
Minuman MILO membekalkan tenaga kepada peserta-peserta slot ini dan minuman akan
diberikan secara percuma bagi membekalkan tenaga kepada peserta. Hal ini sekali gus
melahirkan mahasiswa yang aktif mental dan fizikal.
RAJA DOTA (‘DOTA’ BUKAN SEKADAR HOBI)
Program ini menyediakan pertandingan merebut gelaran Raja Dota untuk warga lelaki UKM
dan pengunjung luar. Program ini dijangka mendapat sambutan ramai kerana golongan ini
akan berminat untuk menguji keupayaan mereka. Hal ini sekali gus mengiktiraf bakat mereka
dengan hadiah yang disediakan oleh pihak kami.
MASTERCHEF
Program ini bertujuan untuk mencungkil bakat peserta dalam bidang masakan dengan
memberikan bahan-bahan tertentu yang telah disediakan. Tema masakan yang diberikan ialah
bebas dan para peserta harus menyiapkan hidangan mengikut kreativiti masing-masing
dalam masa 1 jam sebelum dinilai oleh juri professional.
GERAI JUALAN
Gerai jualan ini memberi peluang kepada para peniaga untuk menjual barangan mereka.
Bukan sahaja terbuka kepada peniaga dari luar tetapi juga terbuka kepada usahawan muda
Kolej Ibrahim Yaakub yang mempunyai perniagaan sendiri. Pihak kami akan menjemput lori
minuman Milo dan KFC ke program kami untuk menjadikan program ini lebih meriah dan
mampu menarik pengunjung.
TEMASYA HIGHLANDERS
21, 22, 23 MAC 2014
SAYA BANGGA MENJADI ANAK NEGERI…
Peserta yang ingin menyertai perlulah menghantar gambar yang menunjukkan bahawa
mereka bangga menjadi mana-mana anak negeri di Malaysia ke laman Facebook Temasya
Highlanders yang akan disediakan oleh pihak urus setia. Pemenang akan ditentukan
berdasarkan ‘like’ yang diperoleh daripada pengunjung laman Facebook. Peserta diberi
kebebasan untuk mempromosikan gambar mereka megikut kreativiti individu. Mereka juga
bebas untuk menterjemahkan idea sebagai seorang anak jati negeri.
16.0 BELANJAWAN………………………………………………………………….........
Rujuk Lampiran C
17.0 PEJABAT URUSAN
Sebarang maklumat lanjut, penerangan, pertanyaan dan urusan berkaitan, sila