436 TANGKAPAN KANAK-KANAK YANG BERKONFLIK DENGAN UNDANG- UNDANG JENAYAH SYARIAH DI MALAYSIA Wafaa’ Binti Yusof Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia Anita Abdul Rahim & Asma Hakimah Abdul Halim Fakulti Undang-undang, Universiti Kebangsaan Malaysia PENGENALAN Tatacara tangkapan menyusul sebaik sahaja suatu maklumat yang boleh dipercayai dan munasabah diterima atau timbul syak wasangka yang munasabah di pihak penguatkuasa undang-undang bahawa suatu jenayah telah dilakukan oleh seseorang. Tatacara tangkapan sebagaimana yang diperuntukkan dalam kebanyakan enakmen tatacara jenayah syariah negeri-negeri melibatkan Bahagian III, Bab 2 dan bermula dari seksyen 10 hingga ke seksyen 27. Suatu tangkapan dikatakan telah berlaku apabila seseorang itu menyerah dirinya sama ada dengan percakapan atau tingkah lakunya atau bila badannya dipegang atau ditahan (ETJS 2003 Seksyen 10). Frasa ‘menggunakan segala langkah yang perlu’ menunjukkan pelbagai cara kemungkinan diaplikasikan oleh pihak penguatkuasa agama dalam pelaksanaan dan penguatkuasaan tatacara tangkapan. Peruntukan yang sama diguna pakai terhadap kanak-kanak yang berkonflik dengan undang-undang jenayah syariah. Mereka tidak terkecuali dari tatacara ini. Ini dibuktikan dari data penglibatan kanak-kanak dalam beberapa kategori jenayah syariah di negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Data ini tidak akan wujud kecuali setelah tangkapan telah berlaku. Hasil analisis yang dilakukan terhadap data yang terkumpul adalah seperti berikut: Jadual 1 Taburan bilangan kategori jenayah yang dilakukan oleh suspek kanak-kanak di Selangor dari 2008-2014 Jenayah/Tahun 2008 2009 2010 2011 2012 2013 2014 Khalwat 13 3 11 7 10 33 50 Persetubuhan luar nikah 2 0 0 0 0 0 0 Zina 0 0 0 0 0 0 2 Doktrin palsu 0 0 1 0 0 0 0 Menghina atau menyebabkan dipandang hina agama Islam 0 0 0 0 0 0 0 Menghina penguat kuasa agama 0 0 2 0 12 0 0 Pungutan khairat 0 0 0 1 2 2 2 Judi 0 0 0 0 0 4 0
13
Embed
Tangkapan Kanak-Kanak Yang Berkonflik Dengan Undang-Undang ...
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
436
TANGKAPAN KANAK-KANAK YANG BERKONFLIK DENGAN UNDANG-
UNDANG JENAYAH SYARIAH DI MALAYSIA
Wafaa’ Binti Yusof
Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam,
Universiti Kebangsaan Malaysia
Anita Abdul Rahim & Asma Hakimah Abdul Halim
Fakulti Undang-undang,
Universiti Kebangsaan Malaysia
PENGENALAN
Tatacara tangkapan menyusul sebaik sahaja suatu maklumat yang boleh dipercayai dan
munasabah diterima atau timbul syak wasangka yang munasabah di pihak penguatkuasa
undang-undang bahawa suatu jenayah telah dilakukan oleh seseorang. Tatacara tangkapan
sebagaimana yang diperuntukkan dalam kebanyakan enakmen tatacara jenayah syariah
negeri-negeri melibatkan Bahagian III, Bab 2 dan bermula dari seksyen 10 hingga ke
seksyen 27. Suatu tangkapan dikatakan telah berlaku apabila seseorang itu menyerah
dirinya sama ada dengan percakapan atau tingkah lakunya atau bila badannya dipegang
atau ditahan (ETJS 2003 Seksyen 10). Frasa ‘menggunakan segala langkah yang perlu’
menunjukkan pelbagai cara kemungkinan diaplikasikan oleh pihak penguatkuasa agama
dalam pelaksanaan dan penguatkuasaan tatacara tangkapan. Peruntukan yang sama diguna
pakai terhadap kanak-kanak yang berkonflik dengan undang-undang jenayah syariah.
Mereka tidak terkecuali dari tatacara ini. Ini dibuktikan dari data penglibatan kanak-kanak
dalam beberapa kategori jenayah syariah di negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur. Data ini tidak akan wujud kecuali setelah tangkapan telah berlaku. Hasil
analisis yang dilakukan terhadap data yang terkumpul adalah seperti berikut:
Jadual 1 Taburan bilangan kategori jenayah yang dilakukan oleh suspek kanak-kanak di
Selangor dari 2008-2014
Jenayah/Tahun 2008 2009 2010 2011 2012 2013 2014
Khalwat 13 3 11 7 10 33 50
Persetubuhan luar
nikah 2 0 0 0 0 0 0
Zina 0 0 0 0 0 0 2
Doktrin palsu 0 0 1 0 0 0 0
Menghina atau
menyebabkan
dipandang hina
agama Islam 0 0 0 0 0 0 0
Menghina penguat
kuasa agama 0 0 2 0 12 0 0
Pungutan khairat 0 0 0 1 2 2 2
Judi 0 0 0 0 0 4 0
437
Sumber: Bahagian Pengurusan Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Selangor.[17 Julai
2015]
Jadual 2 Taburan bilangan kategori jenayah yang dilakukan oleh suspek kanak-kanak di
Wilayah Persekutuan dari 2009-2013
Jenayah/Tahun 2009 2010 2011 2012 2013
Tidak menghormati Ramadhan 2 1 0 2 0
Berjudi 0 0 1 0 0
Minuman yang memabukkan 5 2 0 2 3
Pelacuran 0 0 0 0 0
Persetubuhan luar nikah 38 20 15 41 28
Khalwat 31 8 17 27 9
Orang lelaki berlagak perempuan 1 0 0 2 0
Perbuatan tidak sopan di khalayak
ramai 5 0 0 0 0
Sumber: Bahagian Pengurusan Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Wilayah
Persekutuan [23 April 2014]
Namun, enakmen tatacara jenayah syariah negeri-negeri tidak menyediakan peruntukan
khusus berkaitan tatacara tangkapan terhadap suspek kanak-kanak atau yang membezakan
cara tangkapan suspek kanak-kanak dan suspek dewasa. Begitu juga peruntukan undang-
undang yang melarang mereka melakukan tangkapan terhadap golongan ini. Terdapat
sedikit perbezaan dalam tindakan pihak penguat kuasa agama ketika tangkapan suspek
kanak-kanak dilaksanakan. Perbezaan tersebut hanya dari sudut layanan dan budi bicara
penguat kuasa agama ketika tangkapan dibuat terhadap golongan di bawah umur ini. Budi
bicara tersebut bukanlah satu tiket untuk penguat kuasa agama melepaskan suspek kanak-
kanak yang terlibat dalam kes jenayah syariah. Perlu difahami bahawa tangkapan belum
menunjukkan seseorang itu bersalah atau sesuatu yang mesti berakhir dengan pendakwaan
di mahkamah. Sebaliknya ia bergantung pada merit kes yang berlaku (Siti Norjihan 2014).
Secara tidak langsung ia menafikan kesahihan dan kewajaran tindakan budi bicara
sesetengah pihak penguat kuasa agama yang melepaskan suspek kanak-kanak yang
melakukan jenayah syariah.
Ketiadaan peruntukan undang-undang berkaitan tatacara tangkapan suspek kanak-kanak
dilihat bukanlah halangan dan masalah kepada pihak penguat kuasa agama. Peruntukan-
peruntukan dan tatacara yang ada sekarang dikatakan mencukupi untuk diaplikasikan
kepada golongan ini. Malahan mereka menegaskan peruntukan dalam enakmen tatacara
jenayah syariah merupakan peruntukan umum dan tertakluk kepada semua orang Islam
tanpa mengira umur (Hardi 2013; Sharom 2013; Mohd Hilmi 2013). Ini bermakna
peruntukan memberi pegawai penguat kuasa agama bidang kuasa untuk bertindak ke atas
suspek kanak-kanak juga.
Istilah pesalah muda atau pesalah remaja1 dalam enakmen tatacara jenayah kelihatannya
lebih difokuskan dan diberi penekanan dalam tatacara di bawah bidang kuasa hakim syarie
1 Pesalah muda atau pesalah remaja merupakan dua istilah yang diguna pakai dalam enakmen tatacara
jenayah syariah negeri-negeri. Istilah kanak-kanak hakikatnya hanya disebut sekali sahaja dalam enakmen
438
atau mahkamah dan bukannya tatacara di bawah bidang kuasa pihak penguat kuasa agama.
Roh seksyen 128 adalah pada mahkamah dan bukanlah tugas penguat kuasa agama untuk
mengambil tahu seksyen tersebut serta menentukan sama ada suspek di bawah umur atau
tidak (Norhisham 2012). Oleh itu, penguat kuasa agama akan bertindak jika suatu jenayah
syariah diadukan atau berlaku di hadapan mereka tanpa mengira umur termasuk tangkapan
jika perlu dilakukan. Dengan kata lain semua kes jenayah boleh ditangkap dan disiasat.
Penentuan sama ada kes tersebut boleh diteruskan atau tidak bergantung pada laporan
siasatan pihak penguat kuasa agama dan kebenaran dari Ketua Penguat kuasa Agama
sebelum dilanjutkan kepada pendakwa syarie (Hardi 2013; Sharom 2013; Mohd Hilmi
2013).
PELAKSANAAN DAN PENGUATKUASAAN TATACARA TANGKAPAN
KANAK-KANAK YANG BERKONFLIK DENGAN UNDANG-UNDANG
JENAYAH SYARIAH
Pendekatan amalan penguat kuasa agama dikatakan agak berbeza sedikit apabila
melibatkan suspek kanak-kanak dan bergantung pada pegawai penguat kuasa yang terlibat
(Hardi 2013; Sharom 2013; Mohd Hilmi 2013) walaupun definisi tangkapan yang sama
diguna dalam kedua-dua kes yang melibatkan suspek kanak-kanak dan suspek dewasa.
Tidak ada satu definisi yang khusus untuk membezakan kedua-duanya. Malahan tidak ada
garis panduan yang jelas disediakan untuk pegawai penguat kuasa agama dalam kes
tangkapan suspek kanak-kanak.
Terdapat dua pendekatan yang berbeza dalam amalan penguatkuasaan dan pelaksanaan
tangkapan terhadap suspek kanak-kanak di kalangan penguat kuasa agama. Pegawai
penguat kuasa agama dalam pendekatan pertama, akan membuat tangkapan berdasarkan
kesalahan yang dilakukan dan bukannya berdasarkan status umur suspek. Nyatanya
tangkapan dibuat apabila satu kesalahan disyaki dan dipercayai secara munasabah telah
dilakukan dan sebagaimana tangkapan suspek dewasa, butiran diri suspek kanak-kanak
diambil serta direkodkan setelah suspek dibawa ke bahagian siasatan selepas tangkapan.
Status umur suspek kanak-kanak dikenal pasti pada peringkat siasatan melalui butiran diri
yang diambil. Ketua Penguat kuasa Agama akan dirujuk jika tangkapan melibatkan kanak-
kanak berumur 10 tahun untuk tindakan seterusnya dan kebiasaannya mereka dilepaskan.
Lazimnya siasatan diteruskan jika melibatkan tangkapan suspek kanak-kanak berumur 14
atau 16 tahun dan Ketua Penguat kuasa Agama menurut undang-undang boleh perintahkan
suspek tersebut dilepaskan jika siasatan membuktikan bahawa suspek belum baligh kerana
sempadan yang diguna pakai dalam kes jenayah syariah ialah baligh (Hardi 2013; Sharom
2013; Mohd Hilmi 2013).
Manakala pendekatan kedua memperlihatkan penguatkuasaan tatacara tangkapan
hendaklah mengikut umur sebagaimana yang diperuntukkan dalam enakmen tatacara
tersebut. Malahan tiada tafsiran kanak-kanak diperuntukkan dalam enakmen jenayah mahupun tatacara
jenayah syariah negeri-negeri. Lihat Anita Abdul Rahim & Wafaa’ Yusof, Umur Pesalah Kanak-kanak:
Ketidakseragaman dalam Enakmen Jenayah Syariah dan Enakmen Tatacara Jenayah Syariah di Malaysia,
Jurnal Kanun. Jil. 24(1), Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 2012, hlm. 1-21; Wafaa’ Yusof &
Anita Abdul Rahim, The Age of Criminal Responsibility from the Perspective of Malaysian Shariah Law,
Asian Social Science, Vol.10, Canadian Center of Science and Education, Canada, 2014, hlm. 95-102,