ZM ENTERPRISE 1 1.0 Pengenalan Perniagaan Kumpulan kami telah bercadang untuk menjalankan perniagaan menjual sarung dan bantal kusyen yang bercorak batik. Pada zaman moden ini, produk bercorak batik merupakan pilihan kepada semua orang. Kebanyakkan orang, terutamanya golongan berada menempah dan membeli sarung dan bantal kusyen bercorak batik sabagai hiasan pada kerusi mereka dan dalam kereta mereka. Masyarakat kini sentiasa meminati pakaian atau fabrik yang bercorak batik kerana penggunaan corak batik menampakkan pengguna lebih elegen dan bergaya, maka syarikat kami telah mengeluarkan produk sarung dan bantal kusyen yang dapat memenuhi permintaan pengguna dalam menyediakan sarung dan bantal kusyen. Produk ini menggunakan fabrik yang bermutu tinggi dan hiasan tambahan yang dijahit menggunakan tangan bagi mencantikkan dan mengukuhkan lagi jahitan. Kami telah menyediakan 3 jenis produk iaitu produk pertama ialah sarung bantal kusyen yang menggunakan fabrik bercorak batik, produk kedua ialah produk yang menggunakan fabrik tanpa corak batik tetapi dihias bercorak batik dengan menggunakan bahan hiasan dan produk ketiga adalah bantal kusyen yang pelbagai bentuk mengikut citarasa pelanggan. Disamping itu, kami juga menjual bahan-bahan hiasan pada fabrik dan fabrik yang bercorak batik. Kami akan mengutamakan dua aktiviti iaitu produk dan perkhidmatan. Perkhidmatan yang akan diberikan adalah memberi nasihat tentang fesyen atau rekaan yang sesuai dengan bentuk sarung bantal kusyen dan menerima tempahan menjahit sarung bantal kusyen yang dikehendaki pelanggan. Bagi produk pula kami menyediakan pelbagai bentuk dan rekaan sarung dan bantal kusyen yang menarik dengan harga yang berpatutan.
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
ZM ENTERPRISE
1
1.0 Pengenalan Perniagaan
Kumpulan kami telah bercadang untuk menjalankan perniagaan menjual sarung dan
bantal kusyen yang bercorak batik. Pada zaman moden ini, produk bercorak batik merupakan
pilihan kepada semua orang. Kebanyakkan orang, terutamanya golongan berada menempah dan
membeli sarung dan bantal kusyen bercorak batik sabagai hiasan pada kerusi mereka dan dalam
kereta mereka.
Masyarakat kini sentiasa meminati pakaian atau fabrik yang bercorak batik kerana
penggunaan corak batik menampakkan pengguna lebih elegen dan bergaya, maka syarikat kami
telah mengeluarkan produk sarung dan bantal kusyen yang dapat memenuhi permintaan
pengguna dalam menyediakan sarung dan bantal kusyen. Produk ini menggunakan fabrik yang
bermutu tinggi dan hiasan tambahan yang dijahit menggunakan tangan bagi mencantikkan dan
mengukuhkan lagi jahitan.
Kami telah menyediakan 3 jenis produk iaitu produk pertama ialah sarung bantal kusyen
yang menggunakan fabrik bercorak batik, produk kedua ialah produk yang menggunakan fabrik
tanpa corak batik tetapi dihias bercorak batik dengan menggunakan bahan hiasan dan produk
ketiga adalah bantal kusyen yang pelbagai bentuk mengikut citarasa pelanggan. Disamping itu,
kami juga menjual bahan-bahan hiasan pada fabrik dan fabrik yang bercorak batik.
Kami akan mengutamakan dua aktiviti iaitu produk dan perkhidmatan. Perkhidmatan
yang akan diberikan adalah memberi nasihat tentang fesyen atau rekaan yang sesuai dengan
bentuk sarung bantal kusyen dan menerima tempahan menjahit sarung bantal kusyen yang
dikehendaki pelanggan. Bagi produk pula kami menyediakan pelbagai bentuk dan rekaan sarung
dan bantal kusyen yang menarik dengan harga yang berpatutan.
ZM ENTERPRISE
2
2.0 Nama Dan Alamat Perniagaan
Nama syarikat kami ialah ZM Enterprise. Penggunaan ZM Enterprise akan tertera pada
label yang terdapat pada sarung bantal kusyen yang sayrikat kami keluarkan. Objektif syarikat
kami adalah untuk memberi jaminan kepada pelanggan berpuas hati dengan kualiti jahitan yang
syarikat kami lakukan. Perniagaan kami akan beroperasi di Bandar Marang Terengganu. Tujuan
kami beroperasi perniagaan kami di sana kerana populasi orang di sana banyak.
Kebanyakkannya adalah terdiri daripada golongan kaya dan golongan yang bekerja serta
berkereta. Terdapat juga di pusat peranginan dan hotel.
3.0 Tujuan Penyediaan Rancangan
Tujuan utama rancangan diperlukan adalah untuk memberi keterangan atau maklumat
berkenaan dengan sebuah perniagaan yang hendak dijalankan dan dilaksanakan. Selain itu,
dengan adanya rancangan perniagaan yang terperinci, ini akan meyakinkan para pihak yang
bekerjasama dengan syarikat kami, termasuk pihak pemiutang iaitu institusi kewangan dan pihak
pembekal bahan mentah bahawa perniagaan yang akan dijalankan dapat dimajukan dan dapat
diusahakan. Dengan penyelidikan terhadap saiz pasaran dan persaingan yang dihadapi, syarikat
boleh menyediakan rancangan yang sepatutnya untuk menghadapi saingan di pasaran. Di
samping itu, rancangan perniagaan ini juga dapat dijadikan sebagai alat untuk mempromosikan
produk yang dihasilkan oleh sesebuah organisasi. Selain itu, rancangan perniagaan juga dapat
membantu pemilik perniagaan mengenalpasti keberkesanan perniagaan yang dijalankan olehnya.
Tujuan penyediaan rancangan ini dan pihak yang memerlukannya.
Usahawan
Pembekal
Institusi kewangan atau pelabur
Kakitangan
ZM ENTERPRISE
3
Usahawan
Usahawan untuk membolehkannya memahami projek atau perniagaan yang mendalam.
Rancangan ini boleh memberi rujukan kepada usahawan untuk menguruskan perniagaan tersebut
dan tujuan pelaburan dan pembiayaan.
Pembekal
Rancangan perniagaan yang terperinci memberikan keyakinan kepada pembekal yang
bekerjasama dengan syarikat. Dengan itu, kami boleh mendapat bekalan dan bahan yang
diperlukan secara kredit.
Institusi kewangan atau pelabur
Rancangan perniagaan disediakan kepada institusi kewangan adalah untuk memantapkan
permohonan bagi pembiayaan projek melalui pinjaman, skim khas atau mendapatkan rakan
kongsi pelaburan tambahan untuk perniagaan yang dijalankan.
Kakitangan
Rancangan perniagaan mendedahkan kakitangan syarikat dengan arah tujuan syarikat, oleh itu,
kakitangan mempunyai matlamat yang jelas untuk membantu syarikat mencapai objektif yang
ditetapkan.
ZM ENTERPRISE
4
4.0 Latar Belakang Perniagaan
Nama Perniagaan: ZM Enterprise
Alamat Perniagaan: No 13, Bangunan Mara, Bandar Marang, 21600 Marang, Terengganu
Alamat surat Menyurat: ZM Enterprise, No 13, Bangunan Mara, Bandar Marang, 21600 Marang,
Terengganu
No telefon: 09-6182223/09-6182224
Bentuk syarikat: Perkongsian
Kegiatan utama: Menjual produk sarung dan bantal kusyen
Tarikh mulakan perniagaan: 17 Oktober 2013
Tarikh pendaftaran: 14 Ogos 2013
Nombor pendaftaran: PG0036918-W
Modal permulaan : RM 300,000.00
Nama bank: CIMB Bank
Jenis Akaun: Akaun semasa
Nombor akaun Syarikat: 2009203698710170
Syarikat kami adalah berbentuk perkongsian yang terdiri daripada 2 orang pekongsian.
Kedua-dua daripada kami bukan sahaja merupakan pekongsi kepad syarikat tetapi juga
merupakan orang yang bertugas dalam bahagian pentadbiran, pengeluaran, kewangan dan
pemasaran. Syarat-syarat perkongsian yang akan dipersetujui oleh kami adalah tertakluk kepada
Akta Perkongsian 1967. Dalam aspek modal permulaan, modal yang diperlukan adalah sejumlah
RM300,000.00.
ZM ENTERPRISE
5
Oleh kerana syarikat kami merupakan syarikat yang bermodal kecil maka setiap pekongsi akan
mengeluarkan wang simpanan sendiri atau bantuan ahli keluarga untuk memulakan perniagaan
ini.
4.1 Senarai kakitangan pengurusan
Nama Jawatan Bil
Muhd Zulkifli Bin Hamzah Pengurus besar, pentadbiran dan Operasi 1
Mastura `Aqasiah binti Muktar Pengurus Kewangan dan Pemasaran 1
4.2 Latar belakang pemilik (rakan kongsi)
4.2.1 Latar belakang rakan kongsi 1
Jawatan : Pengurus Besar, Pentadbiran dan Operasi
Nama penuh: Muhd Zulkifli Bin Hamzah
No I/C : 871017-11-5553
Tarikh lahir: 17 Oktober 1987
Umur : 26 tahun
Jantina : Lelaki
Alamat Tetap : Lot 1353 Kg Telaga Batu, 21600 Marang Terengganu.
No Telefon: 013-333888
Taraf Perkahwinan : Bujang
Kursus Yang Pernah Dihadiri : seminar keusahawanan, sesi motivasi francaisi-francaisor,
bengkel perdagangan, kursus pengurusan syarikat, seminar pembuatan, seminar pengurusan
pengeluaran operasi, kursus kualiti barangan.
ZM ENTERPRISE
6
Pengalaman: ketua pentadbiran, pengarah eksekutif,penolong pengarah eksekutif, Penolong
penyelia, pembantu penolong operasi.
Modal sumbangan : RM 150,000.00
4.2.2 Latar belakang rakan kongsi 2
Jawatan : Pengurus Kewangan dan Pemasaran
Nama penuh : Mastura `Aqasiah binti Muktar
No I/C : 890621 – 06 – 5558
Tarikh lahir: 21 Jun 1989
Umur : 24 tahun
Jantina : Perempuan
Alamat Tetap : No. 342 Blok C, Bukit Kechil,Kuala Terengganu.
Telefon: 013 - 9177777
Taraf Perkahwinan : Berkahwin
Kursus Yang Pernah Dihadiri : seminar keusahawanan, kurus kewangan syarikat, seminar
perdagangan, bengkel pemasaran, kursus pelanggan dan pengguna