USAHASAMA ANTARA SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA DENGAN TABUNG KANAK-KANAK PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU (UNICEF) PENUBUHAN DI TEMPAT KERJA OLEH MAJIKAN SEKTOR KORPORAT DAN PERNIAGAAN TAMAN ASUHAN KANAK-KANAK PEKELILING AMALAN PERNIAGAAN TERBAIK 1/2010 ( Agensi di bawah KPDNKK ) KPDNKK
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Ibu PejabatMenara SSM @ SentralNo. 7, Jalan Stesen Sentral 5Kuala Lumpur Sentral50623, Kuala LumpurT (+6.03) 2299 4400F (+6.03) 2299 4411
w w w. u n i ce f. o r g / m a l ays i aUSAHASAMA ANTARASURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIADENGAN TABUNG KANAK-KANAK PERTUBUHANBANGSA-BANGSA BERSATU (UNICEF)
PENUBUHAN
DI TEMPAT KERJA OLEH MAJIKAN SEKTOR KORPORAT DAN PERNIAGAAN
TAMAN ASUHAN KANAK-KANAK
PEKELILING AMALAN PERNIAGAAN TERBAIK 1/2010
Dicetak atas 100% kertas kitar semula
( Agensi di bawah KPDNKK )
( Agensi di bawah KPDNKK )
KPDNKK
Penubuhan Taman Asuhan Kanak-KanakDi Tempat Kerja oleh Majikan SektorKorporat dan Perniagaan
1. Objektif Pekeliling Amalan Perniagaan Terbaik 1/2010 (BBPC 1/2010) Suruhanjaya
Syarikat Malaysia (SSM) adalah:
Untuk memberi panduan kepada para majikan di sektor swasta mengenai
penubuhan taman asuhan kanak-kanak bagi pekerja-pekerja mereka.
Untuk menyumbang ke arah pembangunan ekonomi berpendapatan tinggi yang
menyeluruh dan mapan dari segi sosial dengan menggalakkan persekitaran kerja
yang mesra keluarga.
Untuk memastikan keperluan bagi asuhan dan perkembangan awal kanak-kanak
dalam persekitaran sektor korporat dipenuhi.
2. Dengan pembangunan ekonomi, asuhan bagi kanak-kanak di luar rumah telah
menjadi suatu realiti di negara-negara maju dan membangun di mana kanak-kanak
terpaksa menghabiskan masa yang lebih lama di taman asuhan kanak-kanak .
Dalam menuju ke taraf negara maju pada tahun 2020 dengan hasrat untuk
meningkatkan penyertaan tenaga kerja wanita, penyediaan taman asuhan kanak-
kanak yang berkualiti tinggi menjadi suatu keutamaan kepada Malaysia. Pada tahun
2008, jumlah tenaga kerja wanita yang berumur dari 25-34 tahun ialah sebanyak
62.5%, iaitu peningkatan sebanyak 58% berbanding dengan tahun 2001 . Pada
tahun yang sama, jumlah bilangan kanak-kanak di bawah 5 tahun mencecah hampir
3 juta orang, bersamaan dengan 11% daripada jumlah penduduk Malaysia.
3. Kajian Kajian antarabangsa telah mengesahkan kepentingan pembelajaran dan
asuhan awal kanak-kanak yang berkualiti tinggi adalah pelaburan dalam
pembangunan sosial dan ekonomi yang menyeluruh bagi sesebuah negara. Analisis
kos faedah ke atas penglibatan awal kanak-kanak telah menunjukkan bahawa dalam
pelbagai persekitaran yang berbeza, pulangan ke atas pembelajaran dan asuhan
awal kanak-kanak boleh meningkat setinggi USD8 bagi setiap USD1 yang
dilaburkan .
4. Selaras dengan Pelan Tindakan Kanak-Kanak Negara, pekeliling ini memberikan
tumpuan kepada penubuhan taman asuhan kanak-kanak dalam atau berdekatan
dengan premis perniagaan yang beroperasi sepanjang waktu kerja biasa ke arah
penyediaan asuhan kepada kanak-kanak yang berumur antara 0 dan 4 tahun,
sebagaimana yang ditetapkan dalam Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984.
Latar Belakang
Objektif

Memperoleh Buku Garis Panduan bagi Penubuhan Taman Asuhan
Kanak-Kanak dan Borang Permohonan di pejabat Jabatan
Kebajikan Masyarakat
Memperoleh kelulusan daripada Jabatan Kesihatan, Jabatan Bomba
& Penyelamat dan pihak berkuasa tempatan yang berkaitan
Mengemukakan borang Permohonan berserta dokumen yang
berkaitan kepada Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah
yang terdekat
5. Konvensyen mengenai Hak Kanak-Kanak, yang diratifikasikan oleh Malaysia pada
tahun 1995, mengiktiraf hak setiap kanak-kanak untuk berkembang dengan
sepenuhnya dan dilindungi daripada pengaruh yang memudaratkan, penderaan dan
eksploitasi. Perkara 18 Konvensyen mengenai Hak Kanak-Kanak memperuntukkan
langkah-langkah yang sesuai untuk memastikan bahawa kanak-kanak yang ibu
bapanya bekerja mempunyai hak untuk memperoleh faedah daripada perkhidmatan
dan kemudahan asuhan kanak-kanak yang layak bagi mereka.
Prinsip panduan
6. Seksyen 6(1) Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 (Akta) menyatakan bahawa tiada
seorang pun boleh menjalankan atau mengambil bahagian dalam pengurusan suatu
taman asuhan kanak-kanak yang tidak didaftarkan di bawah Akta. Walau
bagaimanapun, peruntukan ini tidak terpakai jika taman asuhan tersebut dijalankan
oleh Kerajaan Persekutuan atau Negeri. Taman asuhan kanak-kanak juga perlu
mematuhi peraturan-peraturan dan garis panduan yang dikeluarkan berhubung
dengan penubuhan taman asuhan kanak-kanak.
7. Terdapat empat jenis taman asuhan kanak-kanak bagi kanak-kanak yang berumur
antara 0 dan 4 tahun di bawah Akta iaitu:
(i) Taman asuhan kanak-kanak di tempat kerja;
(ii) Taman asuhan kanak-kanak komuniti;
(iii) Taman asuhan kanak-kanak di institusi; dan
(iv) Taman asuhan kanak-kanak di rumah.
Penubuhan taman asuhan kanak-kanak oleh majikan sektor swasta termasuk di bawah
kategori taman asuhan kanak-kanak di tempat kerja.
Rangka kerja perundangan dan pengawalseliaan secara am
8. Cadangan pilihan bagi penubuhan taman asuhan kanak-kanak termasuklah:
(i) Majikan/syarikat/perniagaan memulakan inisiatif sendiri.
(ii) Majikan/syarikat/perniagaan yang berada dalam satu bangunan/premis
pejabat bersama-sama menubuhkan suatu taman asuhan umum bagi
kanak-kanak.
(iii) Majikan/syarikat/perniagaan sama ada dengan sendiri atau bersama,
menubuhkan suatu pusat, sama ada berdekatan dengan tempat kerja atau
berdekatan dengan kawasan perumahan pekerja. Walau bagaimanapun, pusat
ini tidak dianggap sebagai taman asuhan kanak-kanak di tempat kerja. Pusat ini
termasuk di bawah kategori taman asuhan kanak-kanak di institusi. Pusat ini
boleh dijalankan oleh majikan/syarikat/perniagaan itu dengan sendiri atau
oleh individu/agensi melalui kontrak di bawah terma-terma dan syarat-syarat
yang dipersetujui bersama.
9. Jika majikan/syarikat/perniagaan tidak boleh menubuhkan taman asuhan kanak-
kanak yang sesuai dan mampu memenuhi kepentingan terbaik kanak-kanak,
majikan/syarikat/perniagaan perlu mempertimbangkan peruntukan insentif bagi
asuhan kanak-kanak. Ini termasuklah peruntukan subsidi bagi asuhan kanak-kanak
yang diberikan kepada pekerja secara langsung dan menjadi sebahagian daripada
skim pakej faedah.
Garis PanduanPelaksanaan
Pilihan bagi penubuhan taman asuhan kanak-kanak olehmajikan
Tatacara am bagi pendaftaran taman asuhan kanak-kanak

10. Kos bagi mengendalikan taman asuhan kanak-kanak bergantung kepada kos
pengendalian setiap taman asuhan — lokasi, bilangan kanak-kanak, jumlah
kakitangan, pembelajaran dan pengalaman pengasuh, perabot dan alat yang
disediakan, latihan yang diberikan dan lain-lain.
11. Insentif kewangan semasa bagi penyediaan taman asuhan kanak-kanak oleh
majikan termasuklah:
(i) Elaun Bangunan Industri dan potongan cukai ke atas perbelanjaan
penyelenggaraan; dan
(ii) Pengurangan cukai sebanyak 10% setahun ke atas kos penubuhan taman
asuhan kanak-kanak selama tempoh 10 tahun bagi majikan yang menubuhkan
taman asuhan kanak-kanak.
Dinamik kewangan
12. Asuhan yang diberikan kepada kanak-kanak mestilah menyokong prinsip-prinsip
mengenai kepentingan terbaik, kesaksamaan dan penyertaan kanak-kanak. Di
bawah prinsip Konvensyen mengenai Hak Kanak-Kanak, penubuhan sesebuah
taman asuhan kanak-kanak perlu berlandaskan prinsip-prinsip yang berikut :
(i) Tiada diskriminasi.
(ii) Kepentingan terbaik kanak-kanak.
(iii) Penyertaan kanak-kanak.
(iv) Kehidupan dan perkembangan kanak-kanak.
(v) Kebertanggungjawaban kanak-kanak.
(vi) Hak kanak-kanak yang tidak boleh dibahagikan.
13. Program yang diadakan di taman asuhan kanak-kanak di atau berdekatan dengan
tempat kerja perlu:
(i) Memberi tumpuan kepada kepentingan terbaik kanak-kanak
Membangunkan program dan aktiviti yang mengiktiraf sifat kanak-kanak yang
unik dan tersendiri, keutamaan dan pendapat mereka.
(ii) Berusaha untuk mewujudkan masyarakat yang bersepadu
Program ini haruslah mampu menyatupadukan berbagai-bagai kemahiran ke
dalam budaya dan pembelajaran mereka yang pelbagai, melalui pengalaman
masyarakat dan kehidupan kekeluargaan.
(iii) Menggalakkan hubungan erat dan ikatan
Program ini perlu memastikan perkembangan melalui hubungan erat dan
ikatan antara kanak-kanak dengan pengasuh utama yang tetap. Tanpa
hubungan erat dan ikatan ini, kanak-kanak akan mengalami keciciran dalam
perkembangan mereka yang akan meninggalkan kesan sepanjang hidup.
(iv) Mengurangkan stigma dan diskriminasi
Kanak-kanak daripada keluarga yang taraf sosio-ekonominya lebih rendah dan
masyarakat etnik yang berlainan mungkin berhadapan dengan diskriminasi.
Oleh itu, taman asuhan kanak-kanak perlu menyediakan suatu persekitaran
tanpa diskriminasi yang boleh menawarkan perlindungan, mewujudkan
persefahaman dan memberikan pembelaan terhadap penyisihan dan
diskriminasi.
(v) Menggalakkan keupayaan untuk mewujudkan hubungan
Program ini mestilah menggalakkan kanak-kanak supaya bertemu dan
berkawan dengan kanak-kanak yang lain.
(vi) Mengadakan peluang bagi kemahiran hidup dan penglibatan kebudayaan
Program ini perlu memupuk semangat di kalangan kanak-kanak supaya
mempelajari kemahiran hidup dan juga mengenai warisan kebudayaan mereka
melalui proses pengalaman hidup dan dengan tanggungjawab dan peranan
yang berlainan dalam lingkungan kawan-kawan, keluarga dan masyarakat.
(vii) Perlindungan dan penyeliaan
Program ini mestilah mengandungi polisi perlindungan yang mencukupi bagi
kanak-kanak dan kakitangan.
14. Taman asuhan kanak-kanak perlu mempunyai suatu program menyeluruh yang
memastikan keperluan perkembangan dan bersesuaian dengan kebudayaan bagi
kanak-kanak yang menekankan penglibatan ibu bapa.
15. Akta (termasuk peraturan-peraturan yang dikeluarkan di bawahnya) dan dasar
Jabatan Kebajikan Masyarakat mempunyai kehendak yang khusus yang
menggariskan standard minimum bagi asuhan di taman asuhan kanak-kanak.
16. Tahap minimum bagi asuhan yang diperlukan termasuk:
(i) Penyediaan suatu program dan jadual yang lengkap mengenai aktiviti kanak-
kanak di bawah asuhannya.
(ii) Penyediaan suatu set menu yang berkhasiat bagi pengambilan makanan
kanak-kanak. Makanan yang disediakan mestilah termasuk susu, makanan yang
mengandungi protein, sayur-sayuran segar dan buah-buahan segar.
Prinsip-prinsip utama asuhan

Kesihatan kanak-kanak perlu diperiksa setiap hari apabila mereka tiba di taman asuhan kanak-kanak. Suatu bilik yang sesuai perlu diadakan untuk mengasingkan dan memberikan jagaan sementara bagi sekurang-kurangnya seorang kanak-kanak yang sakit dan ibu bapa kepada kanak-kanak yang sakit perlu dimaklumkan dengan serta-merta apabila kanak-kanak jatuh sakit.
Kesihatan kanak-kanak
Mempunyai suatu skim yang praktikal bagi tujuan pengosongan sekiranya berlaku kebakaran. Latihan kebakaran perlu dijalankan sekali dalam tiga bulan. Semua laluan keluar hendaklah dikosongkan daripada halangan pada setiap masa.
Latihan kebakaran danpengosongan
Sekurang-kurangnya satu kit pertolongan cemas yang disenggarakan dengan baik dan lengkap dengan bekalan bahan-bahan/perubatan hendaklah disediakan.
Kit pertolongan cemas
Pegawai perubatan atau pengamal perubatan berdaftar hendaklah diberitahu jika disyaki terdapat penyakit berjangkit di kalangan kanak-kanak atau pekerja.
Penyakit berjangkit
Merokok (dan meludah) adalah dilarang di taman asuhan kanak-kanak.Merokok
(iii) Pembinaan taman asuhan kanak-kanak hendaklah mengikut kehendak
minimum yang dinyatakan dalam undang-undang kecil pihak berkuasa
tempatan.
(iv) Taman asuhan kanak-kanak hendaklah mempunyai seorang penyelia,
pengasuh kanak-kanak yang mencukupi, tukang masak dan pekerja lain.
Bilangan minimum pengasuh kanak-kanak adalah seperti yang berikut:
Minimum 1 pengasuh kanak-kanak bagi tiap-tiap 3 orang bayi/kanak-
kanak yang berumur di bawah 1 tahun (atau 2 pengasuh kanak-kanak
bagi tiap-tiap 3 orang bayi/kanak-kanak yang kelainan upaya berumur di
bawah 1 tahun).
Minimum 1 pengasuh kanak-kanak bagi tiap-tiap 5 orang kanak-kanak
yang berumur antara 1-3 tahun (atau 2 pengasuh kanak-kanak bagi
tiap-tiap 5 orang kanak-kanak yang kelainan upaya berumur antara 1-3
tahun).
Minimum 1 pengasuh kanak-kanak bagi tiap-tiap 10 kanak-kanak yang
berumur antara 3-4 tahun (atau 3 pengasuh kanak-kanak bagi tiap-tiap
10 orang kanak-kanak yang kelainan upaya berumur antara 3-4 tahun).
(v) Pengasuh kanak-kanak hendaklah berumur sekurang-kurangnya 18 tahun dan
menghadiri Kursus Asuhan Permata (kelulusan Kursus Asas Asuhan Kanak-
Kanak [KAAK] sebelum 2012 adalah juga diterima pakai) yang diiktiraf oleh
Jabatan Kebajikan Masyarakat. Tempoh kursus ialah 137 jam dan yuran yang
dikenakan adalah sebanyak RM800.00 (terdapat subsidi yang disediakan oleh
Jabatan Kebajikan Masyarakat atas permohonan).
(vi) Aspek kesihatan dan keselamatan di taman asuhan kanak-kanak:
Keluasan minimum lantai bagi tiap-tiap kanak-kanakialah 3.5 meter persegi.
Luas lantai
Diasingkan daripada bilik-bilik yang digunakan bagiaktiviti kanak-kanak.
Dapur
Taman asuhan kanak-kanak perlu dilengkapi dengan kemudahan untuk mencuci pakaian, bilik persalinan dan bilik mandi.
Kemudahan mencuci danmandi
Satu tandas bagi setiap 10 orang kanak-kanak.Tandas
(vii) Ruang di taman asuhan kanak-kanak:
(viii) Permainan kanak-kanak yang mencukupi disediakan dan adalah dalam keadaan
baik. Jenis dan bentuk katil, buaian dan kelengkapan untuk tidur bagi kanak-
kanak mestilah juga sesuai, boleh dibasuh dan bersih.
(ix) Pengurusan taman asuhan kanak-kanak mestilah sentiasa berhubungan
dengan ibu bapa atau penjaga kanak-kanak melalui pelbagai program dan
aktiviti yang dirancang.

Persatuan Pengasuh Berdaftar MalaysiaNo. 53A-G, Block E, Zenith Corporate Park, Jalan SS 7/26, Kelana Jaya, 47301 Petaling Jaya, Selangor.Tel: +603-7880 1367Faks: +603-7880 2941E-mel: [email protected]
PENDAFTAR SYARIKAT/PERNIAGAANSURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA
28 Januari 2010
NOTA:
Pekeliling Amalan Perniagaan Terbaik ini menjadi panduan umum berkenaan dengan penubuhan
taman asuhan kanak-kanak. Butir-butir maklumat selanjutnya terdapat dalam Kit Peralatan kepada
Pekeliling Amalan Perniagaan Terbaik 1/2010.
Pekeliling Amalan Perniagaan Terbaik ini tidak mewujudkan apa-apa obligasi di sisi
undang-undang untuk dipatuhi oleh syarikat dan perniagaan dan hanya menggariskan amalan
terbaik untuk diterima pakai mengikut pilihan syarikat/perniagaan. SSM dan UNICEF
menggalakkan supaya Pekeliling Amalan Perniagaan Terbaik ini diterima pakai untuk mencapai
kemampanan perniagaan dan menyokong tanggungjawab sosial korporat.
Edisi Pertama 2010Edisi Kedua 2015
Program berkualiti tinggi yang disediakan di taman asuhan kanak-kanak akan
meningkatkan pencapaian pendidikan dan akhirnya menyumbang kepada ekonomi
kanak-kanak.
Kewujudan taman asuhan kanak-kanak membolehkan tenaga kerja berkembang
dan menjadi lebih produktif yang boleh menyumbang kepada pertambahan
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara, peningkatan hasil awam, pengurangan
kadar kemiskinan dan perbelanjaan kebajikan, dan peningkatan pulangan bagi
pelaburan awam dalam bidang pendidikan.
Pembangunan modal insan dan ekonomi makro
Taman asuhan kanak-kanak yang disediakan di tempat kerja membolehkan ibu
bapa yang bekerja memberikan tumpuan kepada kerja mereka dan menghasilkan
produktiviti dan kualiti kerja yang lebih baik dengan pengetahuan bahawa anak-
anak mereka dijaga dengan baik,
Taman asuhan kanak-kanak yang disediakan oleh majikan akan meningkatkan
reputasi dan nama baik syarikat/perniagaan.
Majikan
Keseimbangan antara kerjaya dan kehidupan yang lebih baik dan kebarangkalian
yang tinggi untuk kembali bekerja walaupun masih memberikan pemakanan
optimal kepada anak mereka melalui penyusuan ibu sepenuhnya selama 6 bulan
pertama selepas kelahiran.
Membolehkan hubungan erat antara ibu bapa dan anak dikekalkan melalui waktu
lawatan semasa waktu makan tengah hari.
Pekerja
Perkembangan fizikal, kognitif, linguistik, emosi dan sosial boleh ditingkatkan
melalui penglibatan dalam program yang dijalankan di taman asuhan kanak-kanak.
Kanak-kanak menikmati faedah berinteraksi dengan kanak-kanak lain dan pengasuh
profesional, dan boleh dipantau sekiranya berpotensi memerlukan sokongan
tambahan.
Kanak-Kanak
FaedahPelaksanaan
Kebenaran telah diperolehi untuk penggunaan gambar dalam penerbitan ini.