Slide 1
Sumbangan dalam Tamadun Islam AHLI KUMPULAN:MUHAMMAD RAZAIE BIN
WAHAD (CB140030)MUHAMAD ISMAIL BIN MOHD JAMIL (CB140008)MOHAMAD
AZMAN BIN JAMALUDDIN (CB140031)MUHAMAD FARILDUAN HAFIS BIN NANYAN
(CB140073)FATIN NAJIHAH BINTI ABDUL HALIM (CB140061)NURUL AAINAA
BINTI KAMALUDDIN (CB140166)SITI NURAMILIA BINTI SALIM
(CB140094)HANIS NADIRAH BT MAZNI (CB140158)IDA ADILA BINTI AHMAD
(CB140057)NURAIN BINTI TANZIZI (CB140132)
BIDANGPERUBATAN
SEJARAH PERUBATAN SEBELUM KEDATANGAN ISLAMIlmu Perubatan telah
diambil dari pengaruh tamadun kuno dan dimajukan lagi sejajar
dengan perkembangan tamadun Islam.Ilmu kuno itu berasal dari ilmu
perubatan Yunani atau Hippocrates dan juga amalan-amalan perubatan
dari Tamadun India dan China (Ismail Saad 1985). Pengaruh-pengaruh
kuno ini kemudiannya dimajukan lagi dengan disiplin ajaran Islam
dan dibentuk dengan acuan Islam (Nizaita Omar 2006).Kemajuan
perubatan yang diasaskan dan dibentuk daripada konsep aliran Yunani
ini mulai runtuh kira-kira 200 tahun sebelum Hijrah yang berpunca
daripada peperangan, penyakit yang merebak yang melanda umatnya
serta serangan puak Barbarian yang menyerang Itali lalu meruntuhkan
empayar Rom (Ismail Saad 1985).
SEJARAH PERUBATAN SELEPAS KEDATANGAN ISLAMPerkembangannya amat
menyerlah dan disokong sebagai fardhu kifayah yang lebih utama dari
fardhu kifayah yang lain (al-Qardawi 1995). Kegemilangan ilmu
perubatan Islam berpunca daripada kesyumulan dan keagungan Islam
yang tidak menolak sebarang bentuk ilmu kepada umatnya walaupun
ianya daripada bukan Islam (Nizaita Omar 2006). Sifat keterbukaan
yang wujud dalam budaya ketamadunan dan keilmuan Islam ini
merupakan faktor dalaman yang mendorong umat Islam menguasai ilmu
sains dengan cemerlang dan gemilang, sehingga aplikasi dan
implikasi sains juga menjadi lebih realistik dan bukan sekadar
mistik (Alias Azhar 2010). Perkembangan ilmu perubatan Islam dapat
dibahagi kepada dua tahap, tahap pertama era penterjemahan dan
tahap kedua era penciptaan dan perkembangan (Mohd Koharuddin
2002)
SUMBANGAN TAMADUN ISLAM DALAM ILMU PERUBATANAmalan perubatan
Islam dipecahkan kepada 7 bahagian, iaitu penyembuhan, sains
pergigian, obstetrik, ginekologi, sains mata, penyakit kanak-kanak
dan psikiatri (Mohd Koharuddin 2002). Tradisi perubatan Islam
bermula denganmengikuti tradisi perubatan yang dimulakan oleh Nabi
Muhammad s.a.w dalam mengubati penyakit terutama dalam penjagaan
diet, sakit kepala dan lain-lain, tradisi ini dipanggil Tibb
al-Nabi (Medicine of the Prophet) (Mohd Koharuddin
2002).Kegemilangan Sains Dan Teknologi dalam kerajaan Abbasiyyah
dipacu oleh faktor seperti peranan khalifah, peranan orang
perseorangan, hubungan dengan negara luar dan amalan polisi sains
negara yang mantap melibatkan kegiatan penterjemahan, penubuhan
akademi seperti observatori dan perpustakaan, serta naungan kepada
saintis dan penghasilan karya dalam bahasa Arab (Roziah Sidik et.al
2004)Ibn al-Baitar melalui kitabnya al-Mughni fi al-Adawiyah
al-Mufradah menyenaraikan tidak kurang daripada 1400 jenis ubat
dari pelbagai sumber seperti haiwan, tumbuh-tumbuhan dan galian.
(Mohd Koharuddin 2002)Ilmu perubatan yang diasaskan oleh orang
Mesir telah mempengaruhi masyarakat lain di seluruh dunia hingga
mereka mempelajarinya seperti orang Rom, Parsi dan orang Arab
sendiri. Pengalaman dan pengetahuan orang-orang Mesir dalam bidang
ini terkandung dalam teks-teks perubatan terutama yang dihasilkan
oleh Thoth dan Imhotep. (Mohd Koharuddin 2002)Sambungan.OFTALMOLOGI
:Merupakan sumbangan yang terkemuka dalam perubatan Islam.
Istilah-istilah seperti retina dan katarak yang digunakan dalam
oftalmologi sekarang adalah berasal dari orang Arab. Orang Arab
juga telah membuat sumbangan yang penting terhadap beberapa jenis
penyakit mata dan rawatannya.
FARMASI :Melibatkan proses dan penyediaan ubatan yang lebih maju
dan baik.Tamadun Islam telah memperkenalkan dos ubat seperti salap,
serbuk, sediaan berminyak, pes, serbuk mata, pembalut, dentifis dan
sebagainya.Sambungan.
SUMBANGAN TOKOH-TOKOH PERUBATAN MUSLIM
Al-Kindi (185-252H)Al-Razi (Rhazes) (865-925M)Ibn Sina
(Avicenna) (980-1037M)
Al-Kindi (185-252H)Nama lengkapnya: Abu Yusuf, Ya 'kub Ibn Ishak
as-Sabbah, Ibn Umran, Ibn Al-Asha 'ath, Ibn Kays,
Al-Kindi.Dilahirkan di Kufah, ayahnya seorang Amir kota
itu.Terkenal dalam filasat, kedoktoran, dan pelbagai bidang.Ia
telah menulis beberapa kitab mengenai bahan makanan, ubat-ubatan,
cara menyembuhkan penyakit kuning, cara mengubati sakit perut serta
teori-teori tentang ilmu perubatan.
Al-Razi (Rhazes) (865-925M)Nama sebenar : Abu Bakr Muhammad Ibn
Zakariya Al-Razi.Dikenali di Barat : Rhazes. Bangsa: Parsi.Digelar:
Jalinus Arab(Galen of the Arab).Guru kepada: Ali Ibn Rabban
al-Thabari,Hunayn Ibnu Ishaq dan Ibn SinaMenonjol dalambidang:
Kimia dan perubatan.Ilmu lain: Matematik, astronomi, sastera, dan
kimia dan ilmu falsafahKitab: Kitab al-Hawi , kitab al-Mansur
(Liber medicinalis) , kitab al-Asrar (The book of Secrets)
Beliau telah mementingkan praktis perubatan klinikal, lebih
daripada berteori semata-mata dan telah menghasilkan lebih daripada
200 jilid penulisan, di antaranya, Kitab al-Hawi yang merupakan
satu ensklopedia perubatan amalan atau terapeutik yang telah
menjadi sumber rujukan penting dari abad ke-12-17M.Dua buah buku
lain yang masyhur olehnya ialah, kitab al-Mansur (Liber
medicinalis) dan kitab al-Asrar (The book of Secrets) .Kedua-duanya
adalah buku kimia yang berpengaruh sehingga abad ke-14M.Al-Razi
adalah pengasas perubatan psikosomatiik, mementingkan keseimbangan
rohani dan jasmani.
Sambungan.SUMBANGAN AL-RAZI Beliau merupakan orang
yangpertamayang menemuipenyakit campak dan cacar.Al-Razi juga
adalah orang yang pertama memperkenalkanalkohol(Bahasa
Arab:Al-Kuhl) untuk tujuan perubatan.Orang yang pertama
menggunakanopium (dadah) untuk tujuan bius.Beliau juga menekankan
kaitan antaramakanandankesihatan. Beliau mengaitkan ini sebagai
hasil pengaruh faktor psikologi terhadap kesihatan.Al-Razi adalah
orang yang pertama membincangkan mengenaipenyakit katarakiaitu
sejenis penyakit mata.Beliau pernah menjalankanpembedahan
memulihkan selaput matadengan cara menarik keluar lensa.Al-Razi
juga pernah membuat kajian mengenaipenyakit batu karangdi mana
beliau mendapati litoriti merupakan proses untuk menghancurkan batu
karang dalam pundi-pundi kencing kepada bahan-bahan kecil supaya
senang dikeluarkan melalui saluran kencing.
Sambungan.Nama sebenar : Al- Huseyn bin Abdullah bin al-Hassan
Bin Ali bin SinaDikenali di barat :AvicennaTarikh Lahir : Tahun 370
Hijrah / 980 MasihiTempat Lahir : Afshanah, Bukhara,
TurkistanBangsa : ParsiTarikh wafat : 428 Hijrah / 1037 Masihi di
HamazanUsia ketika wafat : 57/58 tahun.Ilmu : Ilmu fekah.
Ibn Sina (Avicenna) (980-1037M)Beliau banyak menghasilkan karya
dalam perubatan sepertial-Qanun fi al-Tib,al-Adwiyah al-Qalbiyyah,
danal-Alfiyyah al-Tibbiyyah.Karya beliau diterjemahkan dalam
pelbagai bahasa seperti Inggeris, Hebrew dan Latin.Ilmu perubatan
moden banyak mendapat pelajaran daripada Ibnu Sina, dari segi
penggunaan ubat, diagnosis dan pembedahan.Ibnu Sina juga telah
menghasilkan sebuah buku yang diberi judulRemedies for The Heart
yang mengandungi sajak-sajak perubatan. Dalam buku tersebut, beliau
telah menceritakan dan menghuraikan berkaitan 760 jenis penyakit
dan cara untuk mengubatinya.Sumbangan Ibn Sina Sambungan.Pencapaian
Dalam Bidang PerubatanPenemuan penyakit baru dan puncanyapengaruh
kuman dalam penyakitjangkitan virus seperti TBPenyakit Rubella,
allergy (alahan), cacar (smallpox) dan sebagainya.
Penemuan dalam bidang farmasimenghasilkan ubat yang mujarab
untuk pelbagai penyakitmenghasilkan ubat biusmembangunkan teknologi
perubatanmencipta benang yang khusus untuk menjahit luka
pembedahanmencipta picagari
Kesan peninggalan ibnu sina dalam perubatanmemperkenalkan metode
pemerhatian (observation) dan analisisSambungan.BIDANG FIZIK
FIZIKKajian tentang fenomena alam semula jadiIlmu ini lebih
mengenai jirim, tenaga, ruang, masa, pergerakan dan dayaIa
merupakan asas kepada kimia, biologi moden, sains bumi dan
teknologi. Malah kejuruteraan, perubatan moden dan teknologi
komunikasi dan maklumat bergantung erat kepada kemajuan dalam
fizik.
Al-Quran terdapat banyak ayat-ayat yang memberi pertunjuk supaya
manusia mengkaji dan meneliti fenomena alam supaya memahaminya dan
mencapai ilmu pengetahuan serta dapat membina tamadun di dunia
ini.
Firman Allah SWT:Tidak luput dari pengetahuan Tuhan mu biarpun
sebesar zarah (atom) di bumi ataupun di langit. Tidak pula yang
lebih kecil dan tidak yang lebih besar dari itu melainkan (semua
tercatat) dalam kitab yang nyata (Luh Mahfuz)Surah Yunus ayat 61
SUMBANGAN TOKOH-TOKOH FIZIK
AL-BIRUNI (973-1048 M)
Beliau banyak membincangkan dan menganalisis dengan mendalam
akan konsep asas fizik seperti graviti, jisim dan ruang dan gerakan
bumi di mana manfaatnya spat kita kecapi hari iniBeliau juga telah
mengukur ketumpatan relatif beberapa bahan logam dan bahan bukan
logam dengan darjah kejituan yang tinggiBahanMenurut Al-BiruniNilai
ModenEmas / Au19.0619.26Tembaga / Cu8.838.86Timah / Sn7.167.29Besi
/ Fe7.747.7
AL-HAITHAM (965-1038 M)
Beliau menghabiskan banyak masa dengan teori pelbagai fenomena
fizikal seperti bayang-bayang, pelangi, gerhana matahari dan
ramalan mengenai keadaan fizikal cahaya.kajian lanjutannya tentang
hukum pantulan dari permukaan satah ke permukaan cekung dan
parabola. Beliau telah mengkaji aberasi sfera dan telah menyedari
bahawa bagi cermin parabola, semua sinar cahaya tertumpu pada satu
titik. Oleh yang demikian, cermin seperti ini diperakuinya sebagai
sejenis yang terbaik untuk membakar
AL-SUHRAWARDI
Beliau telah menyediakan asas bagi fizik cahayaBeliau menyatakan
alam dan planet tertakluk kepada daya dan hukum yang sama. Ini
tidak asing dengan hukum graviti semestaEksperimen untuk menentukan
gerakan lurus linear bagi cahaya, sifat bayang-bayang, penggunaan
kanta dan mengkaji secara matematik tentang fenomena penting dalam
optik
AL-KHAZINI
Buku yang ditulisnya Kitab Mizan al-Hikmah (Kitab Neraca
Kebijaksanaan) yang memuatkan kerja-kerjanya tentang mekanik dan
hidrostatik, terutama sekali tentang kajian pusat graviti. Kerja
yang dilakukan oleh Al-Khazini termasuklah mengukur ketumpatan
udara dan beliau mendapati udara seperti cecair iaitu memberikan
daya apungan kepada objek yang berada di dalamnya.Beliau menyelidik
tegangan permukaan cecair dan mengukur graviti spesifik cecair.
BahanMenurut Al-KhaziniNilai ModenRaksa / Hg13.6613.69Besi /
Fe7.747.79Timah / Sn7.347.29Plumbum / Pb11.3211.36
BANU MUSA
Dalam penulisan Buku Hiyal Banu Musa mengandungi maklumat
tentang sekitar seratus binaan alat mekanik. Buku ini juga telah
menyentuh soal tentang pusat graviti dan menjelaskan operasi
beberapa alat berdasarkan kepada prinsip mekanik.Berkenaan graviti,
Banu Musa telah menyatakan tentang kewujudan satu tarikan yang
disebut graviti menyebabkan planet-planet di langit terikat antara
satu dengan yang lain dan juga jasad jatuh ke bumi. Inilah teori
yang pada masa ini dikaitkan dengan nama ahli fizik Barat, Isaac
Newton (1642-1727 M).ABU BARAKAH AL-BAGHDADI (1077-1165 M)
Kitabnya Kitab al-Mu`tabar mengandungi idea yang berguna untuk
fizik.Beliau bukan sahaja meneruskan kritikan kepada teori
Aristoteles tentang gerakan luncuran, tetapi beliau juga telah
mengkaji masalah pecutan jasad terjatuh dan terluncur. Memikirkan
konsep masabeliau mungkin merupakan orang yang pertama menolak
teori Aristoteles yang menyatakan bahawa daya malar menyebabkan
gerakan seragam yang lajunya berkadaran dengan daya.
ILMU MATEMATIK SUMBANGAN TOKOH-TOKOH MATEMATIK
AL-KHAWARIZMI
Nama sebenar al-khawarizmi ialah Muhammad ibn Musa al-Khawarizmi
Juga dikenali sebagai Abu Abdullah Muhammad bin Ahmad bin
YusoffDigelar sebagai Bapa algebra Dilahirkan di Bukhara pada tahun
780-850MSeorang ahli matematik dan astronomiTelah mencipta
penggunaan Tangen dan secanBeliau tokoh yang mula-mula
memperkenalkan allgebra dan hisabSistem nombor dan kaedah-kaedah
matematik seperti sin, kos, tan dalam trigonometri antara sumbangan
yang telah dihasilkan oleh beliauCabang matematik yang
diperkenalkan oleh beliau:-Geometri-Algebra
Hasil karya Al-Khawarizmi :
Sistem Nombor: Ia telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin
iaitu De Numero IndorumMufatih al-Ulum: bermakus beliau adalah
pencinta ilmu dalam pelbagai bidangAl-Jami wa al-Tafsir bi Hisab
al-Hind: karya ini diterjemahkan ke dalam bahasa Latin oleh Prince
BoniopagriAl-Mukhtasar Fi Hisab al-Jabr wa al-Muqabalah: ia
berkenaan dengan al-gebraAl-Amal biUsturlabAl-TarikhAl-Maqala Fi
Hisab al-Jabr wa MuqabilahSambungan.AL-BATTANI
Nama sebenar beliau beliau ialah Muhammad ibn Jabir ibn Sinan
Abu Abdullah al-Battani.dilahirkan di Battan, MesopotamiaMerupakan
seorang putera Arab dan menjadi gebenor di SyriaDianggap sebagai
ahli matematik Islam terbaik Telah memperbaiki trigonometri serta
menghasilkan sifir kotangen yang pertamaTHABIT IBN QURRA
Beliau telah dilahirkan di Harran, Mesopotamia pada tahun
833MMerupakan seorang ahli matematik dan astronomiBeliau telah
menterjemah karya-karya ahli-ahli matematik Yunani di samping
menulis teori tentang nombor-nombor
WAIJAN IBN RUSTAM ABU SAHL AL-KUHI
Seorang ahli astronomi dan geometri di BaghdadBanyak menumpu
perhatian dan usaha dalam masalah-masalah yang dipelopori oleh
Archimedes dan Apollonius Maka terhasilnyapersamaan-persamaan yang
melebihi peringkat kedua.
BIDANG ASTRONOMI ASTRONOMIAstronomi ditakrifkan sebagai Ilmu
Falak iaitu ilmu kaji bintang. Ilmu Falak atau Astronomi merupakan
cabang sains mengenai perkara yang berlaku di luar Bumi dan
atmosfera bumi.Astronomi merupakan salah satu cabang ilmu yang
tertua di kalangan ilmu sains. Sejarah pertumbuhan ilmu ini
sebenarnya telah diasaskan oleh pakar Islam.
TOKOH DAN SUMBANGANAL-KHAWARIZMI(790-840M)Nama sebenar :
Muhammad Ibn Musa al-khawarizmi.Al-Khawarizmi ialah seorang tokoh
Islam yang berpengetahuan luas. Pengetahuan dan kemahiran beliau
bukan sahaja meliputi bidang syariat tapidi dalam bidang falsafah,
logik, aritmetik, geometri, muzik, kejuruteraan, sejarah Islam dan
kimia.
SUMBANGANAl-Jabr wal Muqabalah : mencipta pemakaian secans dan
tangens dalam penyelidikan trigonometri dan astronomi. Mengkaji
berbagai aspek, dari gerhana sehingga fasa-fasa
bulan.Memperkenalkan dan menyebarkan penggunaan nombor yang kita
gunakan sekarang ini.
AL-FARGHANI(860-920M)Nama sebenar : Abu'l-Abbas Ahmad ibn
Muhammad ibn Kathir al-Farghanipakar astronomi berbangsa
FarsiTempat lahir : Farghana
SUMBANGANMenulis sebuah buku unsur-unsur astronomi yang
dipanggil Kitab fi al-Harakat al-Samawiya wa Jawami Ilm al-Nujum.
Ia merupakan satu usaha berdasarkan astronomi Ptolemy.
Memperkenalkan pandangan baru termasuk precession yang
melibatkan kedudukan nyata, bukan saja planet-planet, malahan
bintang-bintang juga.Karya : Kitab Usul Al-falakKitab Al-fusul
Ikhtiyat Al-majistiKitab Al-amal Al Rukhmat
AL-BATTANI(868-929M)Nama sebenar : Abu Abdullah Mohd b. Jabir b.
Sinan Al HarraniTempat lahir : Battan, Harran. Al-Battani mendapat
pendidikan awal daripada bapanya sendiri Jabir Ibn Sanan yang juga
merupakan seorang Saintis yang terkenal ketika di
zamannya.SUMBANGANMenentukan jangkamasa satu tahun solar, ukuran
precession ekuinoks dan kecondongan dataran ecliptik.Mengasaskan
satu katalog mengandungi 489 bintang-bintang.Kitab al-Zij, ia
diperkenalkan buat pertama kali didalam penyelidikan langit
AL-KHUJANDI(940-1000M)Nama sebenar : Abu Mahmud Hamid ibn Khidr
KhojandiTempat asal : TadjikistanAhli astronomi pusat Asia dan
matematik dengan asal Mongol yang hidup dalam abad
ke-10-anSUMBANGANMencipta satu sextant dinding yang amat besar di
Balai Cerap Ray berhampiran dengan Tehran. Merupakan satu alat yang
pertama yang membolehkan sudut diukur dengan lebih persis. Alat ini
digunakannya terutamanya untuk mengukur kecondongan dataran
ekliptik dengan lebih persis.
AL-BIRUNI(973-1048M)Nama sebenar : Abu Raihan Al-BiruniTempat
lahir : Uzbekiztan Dia berminat dalam beberapa bidang termasuk
matematik dan geografi.SUMBANGANmenentukanmusimdan pasang sudut air
laut, menentukan kedudukangaris lintangdangaris bujurbumi,
menciptajamdankalendar, mencipta rumustrigonometridan mencipta alat
menyukat ketumpatan.usaha cerapan bulan dan gerhana,
Omar Khayyam(1048-1131M)Nama sebenar : Omar KhayyamTempat lahir
: Timur laut Iran (Parsi)Terkenal didalam bidang sajak, juga
berminat dalam beberapa bidang lain, terutamanya bidang algebra dan
astronomi.SUMBANGANMencipta jadual astronomi baru yang istimewa
disebabkan ukuran tahun solar pada tahap kepersisan yang tertinggi
buat masa itu.Teori heliosentrik Ia kadang-kadang mendakwa bahawa
Khayyam menunjukkan bahawa bumi berputar pada paksinya dengan
mengemukakan model daripada bintang untuk sezaman al-Ghazali dalam
planetarium. BIDANG BOTANI Satu bidang kajian dalam biologi yang
mengkhususkan diri dalam mempelajari seluruh aspek biologi
tumbuh-tumbuhan.Contoh bidang botani ialah mempelajari pertumbuhan,
metabolisme, perkembangan, interaksi dengan komponen biotik dan
abiotik, serta evolusi tumbuhan.Ilmu tentang botani mencapai
kemuncak jayanya di Sepanyol. Oleh itu, kebanyakkan sumbangan
botani dapat dilihat di SepanyolHasil daripada usaha dan penelitian
yang dilakukan para ahli botani muslim di Sepanyol telah berjaya
menemui perbezaan mengenai jenis-jenis tumbuhan. Para ahli botani
islam yang telah tertarik terhadap tumbuhan telah membawa mereka
menjelajah ke serata dunia yang terbentang luas.Para ahli botani
muslim telah berjaya menemui pelbagai cara pembiakan tanaman. Ada
yang berkembang dengan pembenihan, pemotongan tangkai, ada juga
tumbuhan yang tumbuh dengan proses pembelahan sel sendiri seperti
rumput liarBIDANG BOTANITOKOHSUMBANGAN AL-JAHIZ Beliau telah
menghasilkan 350 buah buku di dalam berbagai bidang seperti biologi
kehaiwanan, tumbuhan, serangga, antropologi, ilmu ekonomi,
perdagangan dan geografi. Dalam bidang botani beliau telah menulis
buku Al Zaru wa al Nakhl" dan "Al Maadin" IBN AL-BAITARBeliau
merupakan seorang ahli botani dan farmasi yang terkenal pada kurun
pertengahan.Sumbangan utama beliau ialah Kitab al-Jami fi al-Adwiya
al- Mufrada yang merupakan salah sebuah kompilasi botani yang
terhebat mengenai tumbuh-tumbuhan perubatan.TOKOH-TOKOH BIDANG
BOTANIAL-RIYASA IBN JARITBeliau menulis mengenai limau dan rubab
dan penggunaannya. Beliau adalah seorang doktor dari Mesir yang
juga doktor peribadi kepada Salahuddin al-Ayubi.AL-GHAFIQI Beliau
berasal dari Cordova telah berjaya mengkelaskan tumbuhan yang
dikutip dari Sepanyol dan Afrika.Beliau telah memberi nama
tumbuh-tumbuhan yang dikajinya dalam bahasa Arab, Latin dan Barbar.
Beliau telah menerbitkan sebuah buku tentang tumbuh-tumbuhan dan 50
buah jenis pokok buah-buahan telah dijadikan rujukan oleh
pakar-pakar lain.AL-NABATI Beliau menjalankan penyelidikan yang
meluas sehingga ke Sepanyol, Afrika Utara, Arabia dan Lautan Merah
dan menghasilkan Al-Rihlah, yang menceritakan tentang
tumbuhan-tumbuhan yang dijumpainya.
PEACE BE UPON YOU