CTU551 Maruwiah Ahmat 1 ACIS, UiTM CTU 551 – TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA 1 PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN KANDUNGAN BAB 6 CABARAN SEMASA DAN DIALOG PERADABAN 6.1 Cabaran Peradaban Abad Ke-21 6.2 Dialog Peradaban Di Malaysia 6.3 Persepsi Jihad • Menjelaskan bentuk-bentuk cabaran yang dihadapi masyarakat Islam dan Asia kini. • Menghuraikan kaedah-kaedah penyelesaian yang praktikal dan harmonis dalam menghadapi pertembungan tamadun dengan barat • Menjelaskan kepepentingan sikap toleransi dan menghargai budaya hidup masyarakat Malaysia yang pelbagai . • Menjelaskan secara tepat tentang konsep- konsep Islam yang selalu dikelirukan oleh media barat • Mendedahkan kesan perkembangan semasa dunia kepada masyarakat Malaysia. 2
27
Embed
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA - Maruwiah Ahmat · PDF file• Dikuasai oleh sekumpulan syarikat gergasi berpusat di Amerika Syarikat dan Britain: –CNN,BBC, AP, UPI, ... Keruntuhan
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
CTU551
Maruwiah Ahmat 1
ACIS, UiTM
CTU 551 – TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA 1
PENGENALAN
HASIL PEMBELAJARAN KANDUNGAN
BAB 6 CABARAN SEMASA DAN DIALOG PERADABAN 6.1 Cabaran Peradaban Abad Ke-21 6.2 Dialog Peradaban Di Malaysia 6.3 Persepsi Jihad
• Menjelaskan bentuk-bentuk cabaran yang dihadapi masyarakat Islam dan Asia kini.
• Menghuraikan kaedah-kaedah penyelesaian yang praktikal dan harmonis dalam menghadapi pertembungan tamadun dengan barat
• Menjelaskan kepepentingan sikap toleransi dan menghargai budaya hidup masyarakat Malaysia yang pelbagai .
• Menjelaskan secara tepat tentang konsep-konsep Islam yang selalu dikelirukan oleh media barat
• Mendedahkan kesan perkembangan semasa dunia kepada masyarakat Malaysia.
• Berdasarkan sejarah manusia, kita telah menyaksikan kebangkitan dan kejatuhan pelbagai bangsa dan tamadunnya. Kita telah menyaksikan kegemilangan dan kejatuhan tamadun Mesir, Mesopotamia, Parsi, Yunani, Rom, Byzantin dan Islam.
• Sudah menjadi sunnatuLlah, putaran tamadun bangsa berlaku dan keadaan ini adalah sebagai pengajaran kepada manusia.
• Allah SWT berfirman dalam al Quran; “Dan masa (kejayaan dan kehancuran) itu Kami pergilirkan di antara manusia (agar mereka mendapat pelajaran)” (Ali Imran 3: 140)
PENGENALAN
3
• Kemunculan Islam dengan kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. pada abad ke-6 M telah berkembang dengan meluas ke seluruh dunia dengan obornya dijulang oleh pemimpin demi pemimpin sehinggalah kejatuhan Khilafah Uthmaniyyah Turki pada tahun 1924.
• Sepanjang abad ke-6 hinggalah abad ke-15, dunia berpaksikan umat Islam yang menjadi pemimpin terhadap hala tuju sosio-ekonomi-politik dunia.
• Kemudian, akibat peperangan sesama sendiri, kerana perebutan wilayah, kerana peribadi kepimpinan maka muncul pula Tamadun Barat yang mendominasi dunia dan menjadi paksi pada perkembangan manusia.
• Globalisasi merupakan satu proses untuk meletakkan dunia di bawah satu unit yang sama tanpa dibatasi oleh sempadan dan kedudukan geografi sesebuah negara. Melalui proses ini, dunia akhirnya tidak lagi mempunyai sempadan dengan ruang udara dan langit sesebuah negara itu terbuka luas untuk dimasuki oleh pelbagai maklumat yang disalurkan menerusi pelbagai perantaraan media komunikasi seperti internet, media elektronik, dan teknologi siber.
• Perkembangan ini memungkinkan perhubungan di antara sesebuah negara dengan negara yang lain dan perhubungan sesama manusia dapat dilakukan dalam tempoh yang singkat.
• Penguasaan, pemaksaan, penyebaran, penerapan nilai-nilai budaya, ekonomi dan sistem politik masyarakat dunia oleh negara maju (Barat).
• Globalisasi menjadi medan negara atau kuasa besar memperluaskan pengaruh hegemoni mereka. 7
CABARAN PERADABAN ABAD KE-21
GLOBALISASI
• Kamus Dewan: – Fenomena yang menjadikan dunia kelihatan mengecil dari segi
perhubungan manusia disebabkan kepantasan perkembangan teknologi maklumat.
• Globalisasi menyeluruh adalah fenomena terbaru dihadapi masyarakat dunia kini.
• Sebahagian besar permasalahan masyarakat dunia hari ini berpunca daripada globalisasi.
• Globalisasi merubah geo-politik, sosio-budaya dan ekonomi masyarakat dunia.
• Globalisasi menghakis nilai-nilai sosio-budaya dan tradisi masyarakat Timur.
• Kerajaan Malaysia memberi keutamaan kepada globalisasi ekonomi, maklumat dan ilmu, dan globalisasi saintifik serta teknologi.
• Koridor Raya Multimedia (MSC) adalah simbol harapan serta kemegahan Malaysia dalam menyahut panggilan globalisasi.
• Hegemoni Bahasa – Bahasa Inggeris dijadikan bahasa pengantar dunia. – Golongan yang boleh berbahasa Inggeris dianggap golongan elit dan
mudah mendapat pekerjaan. – Golongan berbahasa Inggeris (Barat) dengan mudah mengaut kekayaan
hasil dari media cetak, elektronik dan internet. • Hegemoni Dalam Sistem Pemerintahan (Demokrasi):
– Pelaksanaan sistem demokrasi di setiap negara bekas jajahan. – Campur tangan politik negara yang berkrisis seperti Iraq dan Afghanistan – Menyokong dan memberi bantuan ekonomi, tentera, teknologi dll
terhadap pemimpin pilihannya tetapi menyekatnya jika pemimpin itu bukan pilihannya
– Pelaksanaan Order Baru Dunia – Menguasai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) – Memantau Kemajuan Sains dan Teknologi
CABARAN PERADABAN ABAD KE-21
13
HAK ASASI
– Setiap individu mempunyai hak asasi dan kebebasan denganhad tertentu dan tidak melampaui batas sempadan orang lainatau mencabuli hak-hak masyarakat.
– Hak asasi manusia: Hak untuk hidup, hak mendapat ilmu, hak kebebasan dll
– Hak untuk hidup dan memilih cara hidup tertentu adalah tuntutan fitrah.
– Konsep hak asasi mengikut fahaman Barat melampaui batasan sehingga mencabuli norma-norma kemanusiaan danhak masyarakat umum.
– Berlaku pencerobohan hak: Hak mentadbir negara diceroboh oleh kuasa besar seperti Palestin, Iraq dan Afghanistan.
Mewujudkan kesedaran, kesatuan & kejujuran bersama-sama.
Mengenalpasti kekuatan dan kelemahan masing-masing.
Membina satu barisan bersama menentang dominasi Barat.
Mencari jalan penyelesaian bagi masalah global seperti pencemaran alam, penyalahgunaan dadah, terorisme & AIDS.
Memupuk semangat perpaduan dan mengelakkan perselisihan.
DIALOG PERADABAN DI MALAYSIA
23
Mewujudkan Kesedaran, Kesatuan & Kejujuran Bersama-sama
– Masyarakat Malaysia terdiri dari pelbagai kaum- mengamalkan pelbagai budaya yang berbeza dan menganut pelbagai kepercayaan.
– Walaupun wujud hubungan yang baik antara kaum, kadangkala masih wujud rasa curiga berpunca dari perbezaan budaya.
– Perlu ditangani secara bijaksana- untuk mengelakkan kejadian tidak diingini seperti Peristiwa 13 Mei 1969 dan Peristiwa Kampung Medan (gagal memahami antara satu sama lain)
– Penyelesaian: usaha memupuk persefahaman dan perpaduan dilakukan- antara langkah terpenting ialah melalui perbincangan atau dialog.
Mengenal pasti Kekuatan dan Kelemahan Masing-masing
– Menerusi dialog setiap kaum dapat mengenalpasti kekuatan dan kelemahan masing-masing serta dapat memperbaiki diri melalui proses saling memberi.
– Langkah ini penting untuk mempersiapkan rakyat malaysia menghadapi pelbagai cabaran baru di alaf ke-21.
– Dialog mestilah melibatkan semua lapisan masyarakat di Malaysia dan dilakukan secara menyeluruh untuk mencapai kesan yang menyeluruh.
DIALOG PERADABAN DI MALAYSIA
25
Membina Satu Barisan Bersama Menentang Dominasi Barat
– Menerusi dialog, masyarakat dapat mengenal pasti anasir negatif budaya asing yang boleh meruntuhkan budaya dan mencari penyelesaian bersama.
– Perlu dilaksanakan untuk menjaga kelagsungan jati diri dan nilai hidup setiap masyarakat.
– Permasalahan yang wujud di peringkat antarabangsa perlu ditangani menerusi dialog, bukan secara keganasan atau konfrontasi.
– Dalam dialog tersebut, manusia perlu sedar bahawa setiap agama, budaya dan tamadun mengandungi nilai dan pandangan semesta- kejujuran, maruah dan kebebasan manusia. Nilai dan pandangan semesta bertentangan dengan tindakan dominasi.
– Melalui dialog, masyarakat Islam, masyarakat asia dapat membina satu barisan bersama untuk menentang dominasi kuasa Barat dan bonekanya.
– Seluruh manusia menghadapi pelbagai masalah besar seperti pencemaran alam sekitar, pemupusan sumber alam, keretakan perhubungan dan perpaduan dalam masyarakat, perpecahan hubungan keluarga, penyalahgunaan kuasa dan rasuah, dadah dan AIDS.
– Semua kemelut ini memerlukan jawapan dan penyelesaian dari manusia.
– Dialog berterusan perlu dilakukan secara berterusan untuk melahirkan nilai moral dalam masyarakat berbilang agama, etnik dan kebudayaan.
DIALOG PERADABAN DI MALAYSIA
27
Memupuk Semangat Perpaduan Dan Mengelakkan Perselisihan
– Ikatan dan perasaan saling hormat menghormati, mempercayai dan perpaduan akan tumbuh dalam masyarakat yang pelbagai etnik, budaya dan agama apabila manusia menyedari nilai-nilai yang mereka kongsi bersama- pemerintahan, politik, ekonomi, pengurusan sumber, keluarga dan masyarakat, kesihatan dan pendidikan, sains dan teknologi.
• Sekolah dan universiti patut mempelopori kegiatan dialog dalam kalangan pelajar mereka-menjadikan pengajian ilmu peradaban sebagai mata pelajaran wajib.
• Media massa dan elektronik, institusi-institusi pendidikan, badan-badan agama dan semua pertubuhan sosial yang lain sewajarnya memainkan peranan menghidupkan dialog dalam masyarakat bagi menyelesaikan masalah yang timbul.
• Pertubuhan-pertubuhan agama dan sosial turut berperanan –anjurkan program-program melibatkan semua kaum dan mempunyai ruang untuk para pesertanya berdialog serta bertukar pandangan bagi memahami antara satu sama lain
Jadikan agenda & aktiviti utama:
• Langkah Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia memperkenalkan kursus Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) dan Hubungan Etnik (HE) kepada semua pelajar di IPTA –satu langkah untuk menghidupkan dialog peradaban dalam kalangan pelajar berlainan bangsa dan budaya.
• Pihak kerajaan disaran menubuhkan Akademi Pengajian Peradaban di pusat-pusat pengajian tinggi negara ini-mengkaji dan merumuskan nilai-nilai sejajar dan sepunya seluruh masyarakat Malaysia- menjadi penganjur dialog-dialog dan kajian peradaban.
Wujudkan subjek berkenaan dalam pengajian peradaban
DIALOG PERADABAN DI MALAYSIA
31
Isu semasa Dialog Peradaban
Persepsi atau tanggapan yang salah terhadap sesuatu peradaban
– Masalah besar yang timbul antara masyarakat yang berlainan budaya berpunca dari persepsi yang salah dari satu pihak ke pihak yang lain.
– Berpunca dari kejahilan pihak pihak berkenaan memahami budaya sesebuah tamadun-tidak mampu bezakan antara tindakan bersifat individu dari ajaran atau nilai teras sebuah tamadun. Contoh: tindakan meletupkan hotel dan tempat pelancongan (dikunjungi pelancong Barat )-menggambarkan sikap Islam yang anti-barat - dicap sebagai keganasan
DIALOG PERADABAN DI MALAYSIA
33
PERSEPSI YANG SALAH
– Hakikat sebenar adalah: Islam dan umat Islam tidak memusuhi Barat. Islam menentang ketidakadilan dan penindasan Barat ke atas umat Islam.
– Islam tidak pernah memperakui tindakan ganas individu Muslim ke atas mana-mana masyarakat awam bukan Islam-membalas dendam terhadap kekejaman yang dideritai umat Islam.
– Tindakan segelintir umat Islam yang bertindak ganas dan kejam kepada kuasa-kuasa Barat serta regim Zionis- reaksi spontan atas tindakan kejam dan ganas mereka khususnya terhadap Palestin dan Iraq.
– Interaksi merupakan langkah terpenting ke arah menghilangkan salah faham dan salah tanggapan.
– Dialog sekurang-kurangnya mampu mengurangkan ketegangan yang wujud antara dua pihak yang berlainan budaya dan peradaban-pemahaman terhadap budaya orang lain mampu menghalang seseorang dari terjebak ke kancah salah faham.
– Untuk mewujudkan keamanan, semua pihak mestilah bersedia untuk saling memahami persamaan dan perbezaan yang wujud antara mereka.
DIALOG PERADABAN DI MALAYSIA
35
PEREBUTAN KUASA POLITIK DAN EKONOMI
– Terdapat masalah yang berpunca daripada perebutan kuasa politik atau ekonomi antara dunia Islam dangan Barat seperti perebutan telaga minyak di Teluk Parsi.
– Tidak dapat dinafikan bahawa unsur-unsur kejahilan wujud dalam kalangan pihak terbabit hingga keganasan yang tercetus dilihat sebagai permusuhan tamadun.
DIALOG PERADABAN DI MALAYSIA
37
Jalan Mengurangkan Berlaku Prasangka
• Melahirkan dalam masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa agar dapat menerima sesuatu perbezaan secara terbuka tanpa menimbulkan konflik.
• Perlu dipupuk dari awal terutama dalam kalangan generasi muda agar terbuka dalam menerima perbezaan pendapat dan budaya serta saling menghormati budaya dan cara kehidupan masyarakat yang berbeza.