PERINGATAN : KEAHLIAN ADALAH KEKUATAN NUTP Ahli-ahli NUTP dinasihati hanya menyertai skim-skim yang dikelolakan oleh NUTP dan pihak NUTP tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang masalah mengenai tuntutan atau pampasan yang berpunca dari skim-skim yang di luar kawalan NUTP. NUTP sentiasa mengutamakan kebajikan setiap warga pendidik. Atas dasar kebajikan, NUTP telah memperkenalkan Takaful Medic NUTP ini untuk memberikan perlindungan diri kepada semua warga pendidik. Saudara saudari harus mengambil peluang keemasan ini untuk menyertai skim kesihatan yang berkonsepkan Takaful yang memberikan ketenangan jiwa untuk melindungi diri sekeluarga. Perlindungan sempurna menjamin keluarga bahagia. Sdr Harry Tan Huat Hock PJK Setiausaha Agung NUTP Kebangsaan Skim Takaful Medic NUTP merupakan skim Takaful kesihatan yang berteraskan hukum-hukum syarak dan merupakan skim yang terbaik dengan premium yang terendah dan mudah disertai oleh semua warga guru dan seisi keluarga. Skim Takaful ini telah direka khusus bagi warga pendidik untuk membiayai kos rawatan dan juga perubatan. Perlindungan diri dan keluarga adalah amat penting bagi setiap warga guru maka saya menyarankan guru-guru dapat mengambil peluang menyertai skim ini. Sdr Kamarozaman Bin Abd Razak Presiden NUTP Kebangsaan Takaful Medic NUTP merupakan skim perubatan yang terbaik untuk seisi keluarga dimasa hadapan kerana walaupun selepas warga pendidik bersara, ahli keluarga masih dibenar melanjutkan skim ini sehingga umur 70 tahun. “ Pertama dalam sejarah mana-mana kesatuan khususnya NUTP. ” “ 100% Islamik ” SKIM TAKAFUL MEDIC NUTP Seiring dengan usaha menyebarkan amalan Takaful dikalangan masyarakat Malaysia, NUTP membawa satu pendekatan dengan memperkenalkan pelan Takaful pelindungan kesihatan yang benar-benar meyakinkan menerusi Skim Takaful Medic NUTP iaitu pembiayaan kos perubatan menurut hukum-hukum syarak dan diluluskan oleh Badan Penasihat Syariah. Kad kesihatan Takaful ini memberikan anda ketenangan jiwa apabila musibah tak diduga menimpa. Skim ini juga merupakan pelan perubatan kesihatan yang berpandukan konsep tabarru’ yang menyediakan perlindungan perubatan komprehensif serta bersesuaian dengan bajet dan keperluan warga pendidik. CONTOH PENGIRAAN Sakit Jantung Perubatan Pakar Anestesia Makmal Bekalan Pembedahan Prosedur Kejururawatan Bilik 38,000 2,200 1,500 800 4,500 1,200 1,500 JUMLAH 49,700 TAKAFUL MEDIC NUTP = MENANGGUNG 100% Perbelanjaan Perubatan Yang Layak Kos (RM) Tuntutan Dijamin Segala tuntutan yang sah adalah dijamin oleh pihak Syarikat Takaful Malaysia Berhad CIRI-CIRI UTAMA ( Tiada Co-Insurans ) TAKAFUL MEDIC NUTP KAD PERUBATAN BERKONSEP TAKAFUL YANG PERTAMA DILANCARKAN OLEH NUTP NUTP telah melancarkan kad perubatan Takaful Medic NUTP bagi membantu warga pendidik bersedia menghadapi musibah yang tidak diduga. Kesedaran mengenai kad perubatan tidak boleh dinafikan, memandangkan kos perubatan dan pembedahan yang semakin membebankan apabila seseorang jatuh sakit. Langkah berjaga-jaga perlu disediakan bagi memastikan kehidupan harian tidak diganggu gugat disebabkan kos perubatan ini. REBUTLAH SEGERA PELUANG KEEMASAN INI. KEISTIMEWAAN 100% ISLAMIK KHAS UNTUK WARGA PENDIDIK NUTP TIADA CAJ PENDAFTARAN TIADA CO-INSURANS PEMERIKSAAN PERUBATAN TIDAK DIPERLUKAN PERLINDUNGAN 24 JAM DI SELURUH DUNIA HANYA RM2.80 SEHARI UNTUK PERLINDUNGAN RM100,000 PROMOSI Pelan perubatan yang mampu dimiliki Perlindungan menyeluruh untuk bil hospital dan pembedahan Tiada Co-Insurans Satu caruman dari umur 18 hingga 60 tahun Perlindungan sehingga umur 70 tahun Pasangan dan anak-anak warga pendidik turut berpeluang menyertai sehingga umur 70 tahun Bayaran yang mudah melalui Potongan Angkasa, Kad Kredit dan Kad Debit Pengecualian cukai pendapatan Perlindungan 24 jam di seluruh dunia