Page 1
ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2019
- PELANTAR LETAK KUNCI TAYAR _______________________________________________________________________________________________________
1 |MBPP
TAJUK: PELANTAR MELETAK KUNCI TAYAR TAYAR,
JABATAN PENGUATKUASA, MAJLIS BANDARAYA PULAU PINANG
1. PENGENALAN
(a) Penerangan Majlis Bandaraya Pulau Pinang
i) Latar Belakang
Majlis Bandaraya Pulau Pinang merupakan salah satu daripada dua (2) Pihak
Berkuasa Tempatan yang ada di Negeri Pulau Pinang. Keluasan
pentadbirannya adalah 299.65 km persegi yang meliputi dua daerah iaitu
Daerah Timur Laut dengan keluasan 125.61 km persegi dan Daerah Barat
Daya dengan keluasan 174.04 km persegi.
Status Bandaraya telah diberikan kepada Perbandaran George Town pada 1
Januari 1957 oleh Royal Charter By Elizabeth II Sovereign of United Kingdom.
Sebelum 1 Januari 1974, Majlis Bandaraya George Town dan Majlis Daerah
Luar Bandar Pulau Pinang telah diwujudkan di bawah peruntukan Ordinan
Perbandaran Negeri-Negeri Selat dan Enakmen Lembaga Bandaran Negeri-
negeri Melayu Bersekutu.
Menerusi kuasa-kuasa yang diperuntukkan oleh Seksyen 10 Akta Kerajaan
Tempatan (Peruntukan-Peruntukan Sementara) 1973, Pihak Berkuasa Negeri
Pulau Pinang telah mengisytiharkan bahawa Majlis Bandaraya George Town
dan Majlis Daerah Luar Bandar Pulau Pinang dicantumkan dan menjadi satu
Pihak Berkuasa Tempatan yang dikenali sebagai Lembaga Pengurus Kerajaan
Tempatan.
Kemudian, Majlis Perbandaran Pulau Pinang telah ditubuhkan pada 15hb
Disember 1976 hasil dari penyusunan semula Lembaga Pengurus Kerajaan
Tempatan Pulau Pinang pada bulan Julai 1974.
Page 2
ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2019
- PELANTAR LETAK KUNCI TAYAR _______________________________________________________________________________________________________
2 |MBPP
Majlis Perbandaran Pulau Pinang merupakan Pihak Berkuasa Tempatan di
bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) untuk memberikan
perkhidmatan perbandaran kepada penduduk di bawah pentadbirannya.
Majlis Perbandaran Pulau Pinang telah diberi status Majlis Bandaraya Pulau
Pinang yang berkuatkuasa pada 1 Januari 2015.
ii) Latar Belakang Jabatan
Gambar 1: Jabatan Penguatkuasaan
Bahagian penguatkuasa ditubuhkan pada bulan Jun 1971. Ianya ditubuhkan
untuk melaksanakan kerja-kerja bantuan kepada Bahagian Perniagaan Kecil
dan diletakkan di bawah pengawasan Jabatan Kesihatan Majlis Bandaraya
Georgetown. Keanggotaannya terdiri daripada seorang Penyelia dan 10 orang
buruh, yang dikenali sebagai Pasukan Penguatkuasa.
Pada tahun 1975 pasukan ini telah diletakkan di bawah pengurusan Jabatan
Sekretariat. Tugas penguatkuasaan diperluaskan meliputi kawasan luar bandar
Page 3
ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2019
- PELANTAR LETAK KUNCI TAYAR _______________________________________________________________________________________________________
3 |MBPP
setelah Majlis Bandaraya Georgetown dan Majlis Daerah Luar Bandar
dicantumkan menjadi satu Pihak Berkuasa Tempatan.
Pada bulan Mac 1993, Bahagian Penguatkuasa diletakkan di bawah Jabatan
Undang-undang yang diketuai oleh Pengarah Undang-undang. Pada 15 Julai
1997, Bahagian Penguatkuasa diletakkan semula di bawah Jabatan
Sekretariat berikutan dengan perlaksanaan Kaedah Baru Penguatkuasaan iaitu
Sistem Penguatkuasaan Bermotor dan Tindakan Bersepadu bersama lain-lain
Agensi Kerajaan.
Pada tahun 01 April 2014, perubahan struktur pada organisasi Majlis telah
memantapkan lagi Bahagian Penguatkuasa ini dimana keanggotaan telah
ditambah dari masa ke semasa hingga kini menjadikan seramai 325 orang
anggota dan dikenali sebagai Jabatan Penguatkuasaan, Majlis Bandaraya
Pulau Pinang.
iii) Piagam Pelanggan berkaitan
Gambar 2 : Piagam Pelanggan Jabatan Penguatkuasaan
Page 4
ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2019
- PELANTAR LETAK KUNCI TAYAR _______________________________________________________________________________________________________
4 |MBPP
iv) Objektif
Unit Trafik Jabatan Penguatkuasaan Majlis komited untuk memenuhi
objektifnya seperti berikut:-
a) Memastikan Pulau Pinang bersih dari halangan kenderaan-kenderaan
yang diparkir sesuka hati;
b) Memastikan operasi mengapit roda dijalankan dengan mengikut
garispanduan yang ditetapkan;
c) Memastikan operasi mengapit roda ini dijalankan sepantas yang
mungkin untuk menghindari kesesakan lalulintas;
d) Memupuk budaya hidup berkualiti, berdisiplin dan bertanggungjawab di
kalangan orang awam.
iv) Maklumat lain berkaitan
Garis masa penubuhan Unit Trafik
Bagaimanapun, Unit Trafik MPPP telah ditubuhkan dan dilancarkan oleh
Mantan Ketua Menteri Pulau Pinang Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng pada Mei
2011, Unit ini ditubuhkan bagi menguruskan tindakan mengapit roda dan
menunda kenderaan.
Penubuhan unit ini telah memantapkan lagi peranan Jabatan
Penguatkuasaan Majlis Bandaraya Pulau Pinang. Unit ini ditubuhkan selaras
dengan peruntukan undang-undang mengikut Seksyen 48, Akta Pengangkutan
Jalan 1987 (pindaan 2011) untuk penambahbaikan kepada kelancaran sistem
lalulintas di bahagian pulau.
Antara tugas-tugas yang dijalankan oleh Unit Trafik adalah:-
a) Mengapit Roda Kenderaan yang melakukan kesalahan di bawah
Seksyen 48 Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan 2011)
Page 5
ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2019
- PELANTAR LETAK KUNCI TAYAR _______________________________________________________________________________________________________
5 |MBPP
b) Menunda kenderaan yang melakukan kesalahan di bawah Seksyen 48
Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan 2011)
c) Memberikan bantuan kawalan lalulintas semasa acara rasmi yang
dianjurkan Majlis Bandaraya Pulau Pinang.
Untuk memastikan penguatkuasaan secara menyeluruh bagi seluruh kawasan
dibawah Pentadbiran Majlis seluas lebihkurang 299.65 km persegi, maka
kawasan pentadbiran dibahagikan mengikut Zon. Pecahan Zon adalah seperti
berikut:-
MAJLIS BANDARAYA PULAU PINANG
PELAN LOKASI PENTADBIRANUntuk memastikan penguatkuasaan secara menyeluruh bagi seluruh kawasan dibawah pentadbiran Majlis seluas lebihkurang299.65 km persegi, maka kawasan pentadbiran dibahagikan mengikut Zon. Pecahan Zon adalah seperti berikut:-
ZON 2
Jalan Burmah, Gurney Drive, Stadium Bandaraya, Jalan Pangkor, Jalan Utama dan
sekitarnya.
ZON 1
Seluruh kawasan Bandaraya Georgetown, Penang Road, Lebuh
Chulia, Komtar, Jalan Pangkor, Jalan Perak Dan sekitarnya.
ZON 3
Jalan Tengku Kudin, Gelugor, Jalan Sungai Dua, Batu Lancang, U.S.M,
Jelutong Bandar Bayan Baru, P.D.C, Bayan Lepas, Teluk Kumbar, Permatang
Damar Laut, Jalan Tengah, Gertak Sanggul dan kawasan sekitarnya.
ZON 4
Tanjong Tokong, TanjungBungah, Mount Erskine, BatuFerringghi, Teluk Bahang Air
Itam, Paya Terubong, KampungMelayu, Bukit Bendera, Bukit
Penara, Bandar Balik Pulau dankawasan sekitarnya.
Gambar 3 : Pecahan Zon pentadbiran Majlis.
Page 6
ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2019
- PELANTAR LETAK KUNCI TAYAR _______________________________________________________________________________________________________
6 |MBPP
b) Pengenalan Inovasi
i) Tujuan Projek Inovasi
Inovasi yang diciptakan adalah hasil perbincangan team Unit Trafik yang
terlibat dengan operasi kapit tayar. Inovasi ini dinamakan Pelantar Letak
Kunci Tayar yang dipasangkan di atas motosikal anggota.
Tujuan asal Unit Trafik ini ditubuhkan adalah bagi menguruskan tindakan
mengapit tayar dan menunda kenderaan. Menggunakan kapit tayar seperti
gambar di bawah yang seberat 16 kg adalah sangat sukar dan lambat.
Gambar 4 : Kapit Tayar "Clamping" yang asal
Page 7
ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2019
- PELANTAR LETAK KUNCI TAYAR _______________________________________________________________________________________________________
7 |MBPP
Gambar 5 : Menggunakan kapit tayar "clamping" yang lama
Alat Kapit Tayar ‘Clamping’ dan tunda kenderaan ini juga mempunyai
beberapa kelemahan. Di antaranya ialah:-
a) Saiz Kapit ini hanya dapat digunakan terhadap kereta dan van sahaja,
tidak dapat digunakan terhadap kenderaan berat seperti lori kecil, bas,
lori dan sebagainya.
b) Saiz tayar kenderaan berat pula menyebabkan kenderaan berat yang
melakukan kesalahan tidak dapat dikenakan tindakan sewajarnya.
c) Kapit tayar pertama yang digunakan adalah terlalu berat iaitu 16kg
seunit dan bersaiz besar.
d) Walaupun menggunakan kenderaan penguatkuasa, alat yang dapat di
bawa ketika meronda tidak banyak hanya sekitar 4 - 5 unit.
e) Manakala jika menggunakan motosikal hanya seunit sahaja boleh
dibawa.
f) Pemasangan kapit ini pula memerlukan tenaga 2 - 3 orang anggota
Penguatkuasa.
Tambahan pula jika terdapat kawasan-kawasan yang diparkir oleh kenderaan-
kenderaan ini di lorong-lorong belakang, di tepi jalan yang sibuk, di atas bahu-
Page 8
ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2019
- PELANTAR LETAK KUNCI TAYAR _______________________________________________________________________________________________________
8 |MBPP
bahu jalan dan berlapisan menghalang kenderaan di dalam parkir untuk
keluar, kapit ini tidak dapat digunakan juga.
Maka, melalui Kumpulan Inovatif dan Kreativiti (KIK) pada tahun 2012, idea
mengubahsuai kapit tayar ini tercipta. Kapit tayar baru dicipta melalui beberapa
kali pengubahsuaian menggunakan barang-barang terpakai di jabatan sendiri
agar:-
a) Boleh mengapit semua jenis kenderaan dan tayar;
b) Boleh dibawa dengan mudah samada di dalam kenderaan 4x4 mahupun
motosikal.
c) Yang penting, ianya lebih ringan iaitu hanya seberat 2.5 kg sahaja.
Kini alat kapit yang bersaiz kecil ini digunakan mengganti alat kapit lama. Alat
kapit baru ini bukan sahaja kecil, malah ringan dan sesuai dibawa terutamanya
menggunakan motosikal dalam keadaan yang memerlukan tindakan pantas
dan segera oleh Unit Trafik ini.
Gambar 6 : Alat kapit tayar "clamping' terkini hanya seberat 2.5 kg
Page 9
ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2019
- PELANTAR LETAK KUNCI TAYAR _______________________________________________________________________________________________________
9 |MBPP
Gambar 7 : "Clamping" yang kecil dan kemas digunakan
ii) Objektif Inovasi
Objektif dibangunkan inovasi ini adalah untuk:
a) Memperkukuh dan menambahbaik lagi Unit Trafik Jabatan
Penguatkuasaan dari segi perkhidmatan agar lebih pantas, tangkas dan
efisien;
b) Memudahkan alat kapit tayar di bawa dalam kuantiti yang banyak setiap
kali operasi terutamanya menggunakan motosikal;
c) Memastikan operasi berjalan dengan pantas dan tiada gangguan kepada
pengguna jalan yang lain.
iii) Proses Pelaksanaan Inovasi
Setiap kali operasi atau menerima aduan terdapat halangan disuatu kawasan,
Unit Trafik Bermotosikal akan digerakkan dahulu diikuti dengan Unit
Berkenderaan. Maka semestinya alat kapit ini perlu dibawa bersama untuk
tujuan 'clamping'.
Sebelum inovasi ini, setiap motosikal yang bergerak hanya boleh memuatkan
1-2 alat sahaja di dalam bakul motosikal. Ini melambatkan tindakan dan
Page 10
ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2019
- PELANTAR LETAK KUNCI TAYAR _______________________________________________________________________________________________________
10 |MBPP
anggota terpaksa berulang alik atau menunggu Unit Kenderaan untuk
mendapatkan lebihan alat kapit ini.
Gambar 8 : Alat kapit tayar hanya boleh dimuatkan 2 unit sahaja
Maka, Inovasi yang dicipta ini iaitu pelantar yang dipasang di atas motosikal.
Pelantar yang dicipta ini telah melalui beberapa evolusi sejak kapit tayar
bersaiz kecil dicipta dan penambahbaikan dan ujian dilakukan beberapa kali
agar ianya bersesuaian dengan alat kapit sekarang, mudah dipasang ke atas
motosikal dan kemudian disimpan selain ringan untuk menjamin keselamatan
dan keselesaan anggota yang membawanya. Ia juga dapat membawa lebih
banyak alat kapit bagi setiap operasi yang dijalankan iaitu 5-6 kapit.
Gambar 9 : Inovasi yang dicipta iaitu Pelantar Letak Kunci Tayar
Page 11
ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2019
- PELANTAR LETAK KUNCI TAYAR _______________________________________________________________________________________________________
11 |MBPP
Gambar-gambar 10: Di bawah menunjukkan proses penghasilan pelantar letak kunci tayar:-
Page 12
ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2019
- PELANTAR LETAK KUNCI TAYAR _______________________________________________________________________________________________________
12 |MBPP
Page 13
ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2019
- PELANTAR LETAK KUNCI TAYAR _______________________________________________________________________________________________________
13 |MBPP
Page 14
ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2019
- PELANTAR LETAK KUNCI TAYAR _______________________________________________________________________________________________________
14 |MBPP
Pelantar ini kemudian akan dipasang di belakang motosikal dan dimasukkan alat-alat
letak kunci tayar ini. Pelantar ini juga ringan, kemas dan tidak mengganggu
pergerakan ketika mengendalikan motosikal.
Gambar 11 : Alat kapit tayar kemas diselit di atas pelantar
iv) Implikasi Kewangan
Pelantar ini dicipta menggunakan kepakaran anggota penguatkuasa sendiri
dan bahan-bahan yang digunakan adalah dari barang-barang kitar semula dan
terbuang di jabatan ini.
Kos yang digunakan hanyalah untuk membeli bahan-bahan kimpalan sahaja
iaitu kurang dari RM50 bagi seunit pelantar.
Page 15
ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2019
- PELANTAR LETAK KUNCI TAYAR _______________________________________________________________________________________________________
15 |MBPP
v) Input Pelanggan
Kumpulan Ops 4 Jabatan Penguatkuasa, telah memperolehi maklumat
tambahan daripada aduan-aduan yang diterima seperti di bawah berkaitan
penggunaan alat kapit tayar ini. Hasil perbincangan dan kajian maklumat-
maklumat ini kemudian telah menyumbang kepada penambahbaikan
pelantar letak kunci tayar ini.
BIL MASALAH PERATUS DISELESAI
KAN
1. ISU MENGENAI SIASATAN ADUAN HALANGAN LALULINTAS YANG AGAK LAMA - MENUNGGU KEDATANGAN ALAT KAPIT
50%
2. WAKTU MENUNGGU ORANG AWAM UNTUK MEMBUKA KUNCI TAYAR
70%
3. CADANGAN PENUBUHAN UNIT ‘CLAMPING’ BERMOTOSIKAL BESERTA ALAT LETAK KUNCI TAYAR YANG LEBIH EFEKTIF
80%
2. IMPAK SEBELUM DAN SELEPAS INOVASI DIHASILKAN
Impak Sebelum:-
Setiap kali operasi dijalankan atau aduan diterima, Unit Trafik Bermotosikal
yang pertama sekali dihantar hanya dapat memuatkan 2-3 alat kapit tayar di
dalam raga motosikal.
Impak Selepas:-
Hasil inovasi bentuk pelantar ini membolehkan 5-6 alat kapit tayar dibawa
bersama.
Page 16
ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2019
- PELANTAR LETAK KUNCI TAYAR _______________________________________________________________________________________________________
16 |MBPP
3. IMPAK INOVASI
i) Penurunan aduan-aduan mengenai halangan lalu lintas;
ii) Menjana pendapatan kepada Majlis kerana banyak 'tangkapan' dibuat
dalam masa yang singkat berbanding sebelum ini:
iii) Menjimatkan kos dan masa Majlis setiap kali menunda kereta dari segi
petrol dan kekerapan servis kenderaan 4x4;
iv) Mengajar pemandu lebih berdisiplin dantidak memarkir kenderaan di
merata-rata tempat yang tidak dibenarkan;
v) Pengguna OKU juga mendapat hak mereka kerana tiada kereta diparkir
di lot OKU;
vi) Imej Majlis dan Negeri Pulau Pinang meningkat kerana perkhidmatan
yang cekap;
vii) Menarik lebih ramai pelancong luar dan dalam kerana aliran lalu lintas
terkawal;
viii) Pertama seumpamanya di gunakan oleh PBT.
ix) Penghasilan pelantar ini mudah, jimat kos dan mudah digunakan.
4. ELEMEN INOVASI
i) Inovatif/Kreativiti
Penciptaan pelantar ini secara tidak langsung menaikkan semangat kerjasama
di kalangan anggota kerana masing-masing mengeluarkan pendapat, idea dan
kudrat untuk menghasilkan secara 'in-house' pelantar serupa ini untuk
memudahkan kerja-kerja anggota.
ii) Keberkesanan
Operasi dan tugas dapat dijalankan dengan cepat sebaik sahaja mendapat
aduan dan panggilan dari orang awam di satu-satu zon terlibat.
Page 17
ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2019
- PELANTAR LETAK KUNCI TAYAR _______________________________________________________________________________________________________
17 |MBPP
iii) Signifikan
a) Kawalan dan pemantauan pemandu-pemandu kenderaan dengan sendirinya
terdidik;
b) Inovasi ini menaikkan lagi semangat kerjasama di kalangan anggota kerana
penghasilan inovasi dan rekabentukya secara 'in-house';
c) Penurunan aduan-aduan berkaitan halangan lalu-lintas;
d) Meningkatkan imej Majlis yang sentiasa berusaha memberi perkhidmatan
terbaik kepada penduduknya;
e) Boleh menggalakkan inovasi sebagai budaya kerja kepada warga Majlis
dimana Peringkat pengurusan dan pelaksana perlu bekerjasama untuk
merealisasikan sesuatu idea itu;
Gambar 12 : Sebelum penciptaan pelantar alat kapit tayar - peralatan yang berserabut
Page 18
ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2019
- PELANTAR LETAK KUNCI TAYAR _______________________________________________________________________________________________________
18 |MBPP
f) Inovasi dalam inovasi - idea untuk memperbaiki pelantar ini untuk
membolehkan gergaji pokok (chainsaw) diselit sebelah alat kapit tayar seperti
gambar dibawah:
Gambar 13 : Selepas penciptaan pelantar alat kapit tayar - lebih kemas dan tidak
menyusahkan anggota mengendali motosikal
Page 19
ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2019
- PELANTAR LETAK KUNCI TAYAR _______________________________________________________________________________________________________
19 |MBPP
Gambar 14: Kerja-kerja menebang pokok tumbang dapat dijalankan dengan pantas
iv) Relevan
Penciptaan ini berhasil dengan baik kerana sumbangan kepada rakyat dimana
aduan halangan kenderaan yang dibuat mendapat tindakan segera Unit Trafik.
Hasil Majlis juga meningkat kerana operasi yang dijalankan dapat membuat
'tangkapan' dengan banyak.
Secara tidak langsung, dapat mendidik penggunaan kenderaan lebih peka dan
berdisiplin dengan memarkir di dalam petak kereta yang dibenarkan sahaja.
Page 20
ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2019
- PELANTAR LETAK KUNCI TAYAR _______________________________________________________________________________________________________
20 |MBPP
5. PENGIKTIRAFAN DITERIMA
i) Peringkat Majlis
Inovasi pelantar alat kapit tayar ini telah memenangi Naib Johan di dalam
Pertandingan Inovasi dan Kreativiti MBPP Tahun 2019.
Gambar 15 : Sijil penyertaan Pertandingan Inovasi dan Kreativiti MBPP Tahun 2019
Page 21
ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2019
- PELANTAR LETAK KUNCI TAYAR _______________________________________________________________________________________________________
21 |MBPP
Gambar 16 : Juara, Naib Juara dan Ketiga
Page 22
ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2019
- PELANTAR LETAK KUNCI TAYAR _______________________________________________________________________________________________________
22 |MBPP
6. PENUTUP
Di dalam kesibukkan melakukan tugas-tugas yang diarahkan, anggota-anggota
penguatkuasa ini telah membuktikan bahawa mereka juga peka dan perihatin
mengenai keadaan sekeliling untuk menghasilkan sesuatu yang belum pernah
dicipta demi kelangsungan tugas agar memudahkan mereka disamping
menjamin keselamatan anggota.
Tugas-tugas anggota penguatkuasa ini sentiasa berdepan dengan risiko
keselamatan dan ancaman, maka demi memastikan keselamatan mereka
setiap tugas yang diberi perlu dilaksanakan dengan pantas, tepat dan
berhemah disamping tidak membahayakan orang awam amnya selain
keselamatan mereka juga terjaga khasnya.
Maka, terciptanya inovasi ini perlu diberi pengiktirafan dan ganjaran sewajarnya
kerana walaupun sumbangan ini kecil tetapi mempunyai impak kepada aliran
lalu lintas di Pulau Pinang. Jika dibiarkan kenderaan di letakkan merata-rata
dalam jangkamasa yang panjang, ianya akan melumpuhkan aliran lalu lintas di
Pulau Pinang yang sememangnya telah sesak dengan kenderaan tanpa
mengira waktu.
Page 23
ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2019
- PELANTAR LETAK KUNCI TAYAR _______________________________________________________________________________________________________
23 |MBPP
SEKIAN, TERIMA KASIH.
KUMPULAN OPS 4, JABATAN PENGUATKUASA
MAJLIS BANDARAYA PULAU PINANG