1. Asas Pendidikan Pemulihan 1.1.1 Definisi dan konsep pendidikan pemulihan. 1.1.1.1 Definisi Pendidikan Pemulihan Berbagai-bagai pendapat telah diberikan oleh ahli-ahli pendidik barat dan tempatan mengenai takrifan pendidikan pemulihan. Secara lebih khusus, takrif pendidikan pemulihan itu telah diberi dengan pelbagai definisi, antaranya ialah : Menurut laporan yang bertajuk Asia and Pacific Programme ofEducational Innovation for Development (1987) yang disediakan oleh Kementenian Pendidikan Malaysia, pengajaran pemulihan ialah: a process in which children with learning problems are given practical alternatives and effective approaches (programme) in education. Bahagian Sekolah-sekolah, Kementenian Pendidikan dalam pekeliling KP (BS) 8502I5IPKIJ1d. V (26) bertanikh 8 Januani 1986 telah mendefinisikan pengajaran pemulihan sebagai satu usaha dalam pendidikan untuk mengatasi masalah pemelajaran munid-munid lemah disekolah-sekolah rendah, khususnya ditumpukan kepada kemahiran asas membaca, menulis dan mengira, di bawah kelolaan 1
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
1. Asas Pendidikan Pemulihan
1.1.1 Definisi dan konsep pendidikan pemulihan.
1.1.1.1 Definisi Pendidikan Pemulihan
Berbagai-bagai pendapat telah diberikan oleh ahli-ahli pendidik barat dan tempatan
mengenai takrifan pendidikan pemulihan. Secara lebih khusus, takrif pendidikan
pemulihan itu telah diberi dengan pelbagai definisi, antaranya ialah :
Menurut laporan yang bertajuk Asia and Pacific Programme ofEducational
Innovation for Development (1987) yang disediakan oleh Kementenian Pendidikan
Malaysia, pengajaran pemulihan ialah: a process in which children with learning
problems are given practical alternatives and effective approaches (programme) in
education.
Bahagian Sekolah-sekolah, Kementenian Pendidikan dalam pekeliling
KP (BS) 8502I5IPKIJ1d. V (26) bertanikh 8 Januani 1986 telah mendefinisikan
pengajaran pemulihan sebagai satu usaha dalam pendidikan untuk mengatasi
masalah pemelajaran munid-munid lemah disekolah-sekolah rendah, khususnya
ditumpukan kepada kemahiran asas membaca, menulis dan mengira, di bawah
kelolaan guru-gunu pemulihan yang telah menerima latihan khas dalam bidang ini.
Ini bermakna pengajaran pemulihan adalah satu proses pengajaran dengan
pendekatan yang lebih berkesan, praktikal bagi munid-munid yang menghadapi
masalah pemelajaran. Pusat Perkembangan Kunikulum Kementerian Pendidikan
Malaysia (1984), dalam konteks KBSR Program Pemulihan merupakan langkah-
langkah khusus yang dijalankan untuk membantu murid yang menghadapi masalah
pemelajaran tertentu dalam kemahiran asas membaca, menulis dan mengira.
1
Mereka ini hendaklah dipulihkan sebaik sahaja masalah tersebut dapat dikesan dan
ditentukan.
Sharifah Alwiah Alsagoff (1983), mentakrifkan pendidikan pemulihan adalah
satu tindakan khusus yang diambil untuk mengatasi keperluan pendidikan murid
yang mengalami kesukaran dari segi pembelajaran dalam darjah khas di sekolah
biasa, di pusat khusus yang dihadiri oleh murid secara sambilan, dalam kumpulan
yang diasingkan daripada sekolah biasa, dan dalam darjah untuk pengajaran khusus
oleh guru pemulihan.
Bagi Ishak Haron dan Koh Boh Boon (1983), menegaskan bahawa
pendidikan pemulihan ialah satu perkhidmatan khas untuk memenuhi keperluan-
keperluan kanak-kanak yang menghadapi masalah-masalah pembelajaran di
sekolah-sekolah biasa atau aliran perdana yang gagal menguasai kemahiran
membaca, menulis dan mengira.
Koh (1979) dalam kertas kerjanya bersempena dengan Tahun Kanak-kanak
1979 mendefinisikan pengajanan pemulihan sebagai pengajaran yang bertujuan
memulihkan kelemahan-kelemahan yang dikesan pada murid lambat dengan tujuan
meningkatkan taraf pencapaian mereka agar setaraf dengan pencapaian murid-
murid normal.
Sharifah (1979) pula mengatakan pengajaran pemulihan ialah pengajaran
melalui pendekatan dan kaedah yang khusus untuk murid-murid yang terlalu lemah.
Chua (1977), mendefinisikan pengajaran pemulihan sebagai satu pengajaran yang
bertujuan untuk membantu murid yang lemah, melalui pendekatan perseorangan
dalam kelas yang kecil bilangan muridnya. Pengajaran ini menggunakan kurikulum
yang diubahsuaikan dengan menitikberatkan perkara yang praktis dan latih tubi,
tunjuk cara yang melibatkan kegiatan dan gerak kerja yang dimudahkan serta
disampaikan dengan teratur serta dikendalikan oleh kakitangan ikhtisas (profesional)
yang terdiri daripada Guru Pemulihan dengan kerjasama doktor, pekerja sosial,
pakar jiwa dan pihak-pihak lain yang berkaitan. Kesimpulan pengajaran pemulihan
adalah sejenis pengajaran yang dijalankan untuk membantu murid-murid lambat
2
1.1.1.2 Konsep Pendidikan Pemulihan
Program Pendidikan Pemulihan Khas ialah satu usaha mengatasi masalah murid
yang menghadapi kesulitan pembelajaran khususnya dalam menguasai kemahiran
asas membaca, menulis dan mengira sebagai kemahiran asas yang menjadi fokus
KBSR. Ia memerlukan tindakan-tindakan pendidikan khas yang digunakan untuk
memenuhi keperluan-keperluan kanak-kanak murid-murid yang menghadapi
kesulitan terhadap kemahiran-kemahiran 3M. Murid-murid pemulihan menghadiri
kelas khas dalam sekolah biasa, atau kelas pemulihan khas secara sambilan, atau
menyertai kumpulan yang diundurkan dari kelas biasa untuk diajar oleh seorang
guru pemulihan.(National Association for Remedial Education ‘NARE’ Great Britain -
1977)
Menurut Mat Nor Husin dan Jais Sahok 1990, konsep pendidikan pemulihan
khas ialah pendidikan yang diberikan kepada murid-murid yang gagal di peringkat
bilik darjah kerana tidak menerima isi pelajaran seperti pencapaian rakan sebaya
mereka yang tidak bermasalah. Bersandarkan kepada pendapat tersebut pendidikan
pemulihan khas dapat dirumuskan sebagai satu perkhidmatan yang diadakan
khusus untuk murid–murid yang menghadapi kesulitan pembelajaran khususnya
dalam menguasai satu-satu kemahiran asas seperti membaca, menulis dan mengira
yang merupakan fokus utamadalam Kurikulum Baru Sekolah Rendah” .
Bagi Koh Boh Boon 1982, konsep pendidikan pemulihan adalah lebih terbatas
yang lebih khusus sifatnya kerana ia bertujuan membaiki kelemahan
pembelajaran.Ia melibatkan murid-murid lambat, iaitu mereka yang lembab dan
gagal menguasai kemahiran-kemahiran yang diajar oleh guru dalam kelas biasa
berbanding dengan murid-murid lain.
Pendidikan pemulihan merupakan lanjutan daripada sebahagian pendidikan
imbuhan. Ia dikenali juga sebagai ‘remedial education’ di dalam bahasa Inggeris iaitu
suatu bentuk pendidikan khas kepada kanak-kanak atau pelajar yang menghadapi
masalah atau kesulitan pembelajaran dalam mata-mata pelajaran tertentu sahaja.
Pendidikan pemulihan adalah satu bentuk pendidikan untuk membetulkan sesuatu
3
1.1.2 Rasional dan objektif pendidikan pemulihan.
Pengajaran pendidikan pemulihan khas adalah untuk memastikan semua murid
Tahap 1 menguasai kemahiran asas 3M seperti yang terdapat dalam buku Garis
Panduan Pelaksanaan Program Pendidikan Pemulihan Khas, Kementerian
Pelajaran Malaysia. Berdasarkan kepada buku garis panduan tersebut, ia lebih
menjurus kepada memenuhi keperluan murid-murid yang gagal mengikuti proses
pengajaran dan pembelajaran dalam kelas biasa. Dalam erti kata lain semua murid
Tahap 1 harus dan mampu menguasai kemahiran asas iaitu membaca, menulis dan
mengira. Ini bermakna murid-murid Tahap 1 mesti mencapai kompetensi yang
disasarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
Setelah menguasai kemahiran asas tersebut, murid-murid yang lemah ini
dapat meneruskan pembelajaran mereka di kelas biasa. Mereka akan bersaing
dengan rakan mereka bagi mencapai tahap kompetensi yang terbaik. Di dalam kelas
biasa ini mereka perlu dibantu oleh guru-guru mata pelajaran dan rakan sebaya
mereka bagi mengekalkan tahap pencapaian penguasaan kemahiran asas.
Keupayaan mereka menguasai kemahiran asas 3 M akan mengurangkan kritikan
masyarakat terhadap guru, pihak sekolah dan Kementerian Pelajaran Malaysia
amnya.
Selain daripada itu tujuan program pendidikan pemulihan khas adalah untuk
membina keyakinan diri dan positif murid-murid pemulihan terhadap pembelajaran.
Murid-murid pemulihan ini perlu diberi motivasi bagi meningkatkan keyakinan diri
terhadap kebolehan dan bakat yang mereka miliki. Apabila keyakinan diri berjaya
ditingkatkan secara tidak langsung murid-murid pemulihan ini akan dapat mengatasi
masalah penguasaan kemahiran asas seperti yang disasarkan oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia. Ia juga boleh menggalakkan perkembangan potensi dan minat
mereka dalam pelajaran ke tahap yang lebih maju.
Program pendidikan pemulihan khas juga bertujuan untuk mengurangkan
bebanan masalah yang dihadapi oleh murid-murid lemah dengan bantuan guru dan
pihak-pihak yang berkaitan seperti guru kelas, guru mata pelajaran, guru pemulhan
khas, ibu bapa, dan komuniti setempat. Bebanan masalah yang dihadapi oleh murid
4
pemulihan ini akan dapat diatasi seandainya setiap pihak mempunyai jaringan
kerjasama yang jitu antara satu sama lain dan memberi komitmen yang tinggi bagi
mencapai hasrat semua pihak.
Melalui program pendidikan pemulihan khas murid-murid yang lemah juga
berpeluang untuk mendapat hak yang sama seperti yang dinikmati oleh rakan-rakan
sebaya dengan melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti sosial sama ada di dalam dan di
luar bilik darjah. Kegagalan murid untuk turut serta dalam aktiviti sosial di sekolah
mereka dengan sendirinya dapat di atasi setelah mereka melalui program
pendidikan pemulihan khas di sekolah. Justeru itu murid-murid pemulihan ini akan
mendapat layanan dan kemudahan yang sesuai dengan tahap kebolehan mental
mereka tanpa wujudnya kecurigaan dan kebimbangan oleh pihak-pihak tertentu.
Hasrat pihak Kementerian Pelajaran Malaysia juga akan tercapai bagi mengatasi
masalah disiplin yang ditimbulkan oleh murid-murid yang tercicir ini.
5
2.1 Sejarah Pendidikan Pemulihan Luar Negara
2.1.1 PL 94-142 dan IDEA
Program pendidikan pemulihan bermula di Amerika Syarikat setelah termaktubnya PL 94-142
apabila seorang kanak-kanak autistik telah berjaya mendapat anugerah pelajar terbaik semasa di
sekolah rendah dan sekolah menengah. Kanak-kanak tersebut telah memasuki universiti dan
memperolehi ijazah sarjana muda dan kini bekerja walaupun dianggap seorang yang berkelainan
upaya. Kejayaan pelajar ini adalah hasil daripada kelulusan undang-undang pada tahun 70-an.
Pada 29 Novermber 1975 Kongres AmerikaSyarikat telah meluluskanPublic Law 94-142 .
Undang-undang ini menjamin bahawa setiap individu di antara umur 3 hingga 21 tahun
akan menerima pendidikan percuma dalam persekitaran yang tidak menghalang perkembangan
intelek mereka. Undang-Undang ini memberi kuasa kepada 50 buah negeri di Amerika Syarikat
dan pihak berkuasa tempatan melindungi hak serta memenuhi keperluan bayi, kanak-kanak dan
belia berkeperluan khas serta keluarga mereka. Melalui undang-undang ini, kanak-kanak kelainan
upaya atau berkeperluan khas dibenarkan belajar bersama dengan kanak-kanak normal atau
biasa. Sekiranya kelainan upaya kanak-kanak itu menyebabkan dia tidak menunjukkan
kemajuan dalam kelas biasa maka dia ditempatkan dalam kelas khas.
2.1.2 Laporan Warnock
Laporan Warnock yang dikeluarkan pada tahun 1974 mencetuskan permulaan pendidikan
pemulihan di England. Jawatankuasa Inkuiri Pendidikan Kanak-kanak Cacat Warnock
ditubuhkan dengan tujuan mengkaji semula pendidikan khas di Britain. Laporan Warnock yang
diumumkan pada 1978 mempengaruhi perkembangan dan pembangunan pendidikan khas di
Britain. Walaupun cadangan-cadangan yang dikemukakan dalam laporan itu tidak dilaksanakan
serta merta tetapi Laporan Warnock dijadikan asas dalam pelaksanaan pendidikan khas dan
cadangan -cadangan yang dikemukan dimasukkan dalam akta pendidikan pada tahun-tahun
berikutnya seperti konsep pendidikan inklusif yang secara langsung memansuhkan konsep
pengasingan yang diamalkan sebelumnya.
6
Latihan 3:
Laporan ini menekankan kepada konsep percampuran antara kanak-kanak berkeperluan
khas dengan kanak-kanak biasa yang dikenali sebagai integrasi atau inklusif. Konsep integrasi
atau inklusif menekankan bahawa kanak-kanak berkeperluan khas perlu belajar di sekolah harian
biasa dan berpeluang bergaul dengan kanak-kanak biasa. Dasar ini dilaksanakan dan diamalkan
sehingga ke hari ini termasuk di Malaysia. Akta Pendidikan 1981 pula meletakkan kepentingan
peranan ibu bapa dalam pelaksanaan pendidikan khas.
Manakala Akta Kanak –kanak 1989 (Childrens Act, 1989) menyarankan dua perubahan
untuk memperkukuhkan pelaksanaan pendidikan khas . Pertama, amalan membuat diagnosis ke
atas kanak-kanak berkeperluan khas yang sebelum ini dilakukan oleh ahli perubatan sahaja
dipinda kepada konsep koloboratif iaitu, diagnosis dilakukan oleh pelbagai pihak yang terlibat
dalam pendidikan khas mengikut kepakaran dan keperluan. Umpamanya, ahli psikologi
pendidikan membuat diagnosis ke atas keperluan mengikuti pendidikan dan ahli patologi bahasa
membuat penilaian terhadap keupayaan berbahasa ke atas kanak-kanak berkeperluan khas.
Jelas sekali akta ini memberi ruang kepada pelbagai pihak dengan pelbagai kepakaran
melibatkan diri dalam menentukan pendidikan kanak-kanak berkeperluan khas.
Keduanya, konsep pengasingan tempat belajar kanak-kanak berkeperluan khas diganti
dengan konsep integrasi atau inklusif iaitu kanak-kanak berkeperluan khas belajar bersama
dengan kanak-kanak biasa dalam sekolah dan kelas yang sama. Kedua-dua akta (Akta
Pendidikan 1981 dan Akta Kanak-kanak 1989) tersebut telah mengambil kira cadangan-
cadangan dalam Laporan Warnock. Hal ini selari dengan apa yang berlaku di Amerika.
Perubahan yang berlaku berkait rapat dengan kesedaran masyarakat dan dasar yang
dilaksanakan oleh kerajaan terhadap pendidikan kanak-kanak berkeperluan khas di Britain.
Berdasarkan kepada Akta PL 94-142 Amerika dan Laporan Warnock
England, anda dikehendaki membina satu carta yang menggambarkan
bagaimana kedua-dua akta tersebut telah berjaya memberi peneguhan
kepada program pemulihan.
7
2.1.3 Jomtien – World Conference on Education for All (WCEFA) 1990
Lebih 40 tahun dulu kebayakan negara-negara di dunia bersuara melalui Deklarasi
Hak Asasi Manusia Sejagat, menyuarakan bahawa setiap individu mempunyai hak
untuk mendapat pendidikan. Hasil dari pertemuan dalam berbagai konvensyen di
seluruh dunia mengenai hak untuk mendapat pendidikan atau pendidikan untuk
semua maka tercatat suatu realiti seperti berikut;
Terdapat lebih 100 juta kanak-kanak termasuk 60 juta kanak-kanak
perempuan tidak mendapat peluang untuk bersekolah.
Kebanyakan negara sama ada negara industri atau negara membangun,
terdapat lebih 960 juta orang dewasa termasuk dua pertiga (2/3) daripadanya
wanita adalah bermasalah dalam literasi dan buta literasi atau buta huruf.
Lebih satu pertiga (1/3) orang dewasa tidak dapat mencapai maklumat
melalui bahan-bahan bercetak, kemahiran-kemahiran dan teknologi baharu
yang boleh meningkatkan kualiti hidup, membantu mereka menyesuaikan diri
dengan perubahan budaya dan sosial.
Lebih 100 juta kanak-kanak dan orang dewasa gagal menamatkan
persekolahan dan berjuta lagi yang hanya memenuhi kedatangan ke sekolah
tetapi tidak menguasai pengetahuan dan kemahiran sepatutnya.
Terdapat sepuluh artikel penting dihasilkan dalam persidangan WCEFA pada tahun
1990 iaitu;
1. Memenuhi keperluan pembelajaran asas.
2. Membentuk visi
3. Menggalakkan ekuiti dan akses sejagat.
4. Memberi penumpuan kepada penguasaan pembelajaran.
5. Meluaskan makna dan skop pendidikan asas.
6. Meningkatkan persekitaran pembelajaran.
8
7. Mengukuhkan kerjasama.
8. Membangunkan polisi yang menyokong.
9. Menggerakkan resos
10.Mengukuhkan solidariti antarabangsa
2.1.4 Framework for Action on Special Needs Education (FASNE). Salamanca,
Jun 1994.
Delegasi Persidangan Antarabangsa mengenai Pendidikan Khas yang disertai oleh
92 kerajaan dan 25 organisasi antarabangsa yang bersidang di Salamanca,
Sepanyol dari 7-10 Jun 1994 telah menghasilkan satu rangkakerja untuk tindakan
mengenai pendidikan khas bagi panduan kerajaan-kerajaan dan organisasi-
organisasi yang terlibat. Para delegasi persidangan ini telah menggariskan
kenyataan berikut;
Setiap kanak-kanak mempunyai hak ke atas pendidikan dan mesti diberi
peluang untuk mencapai dan mengekalkan suatu tahap pembelajaran yang
sesuai.
Setiap kanak-kanak mempunyai ciri-ciri, minat, keupayaan dan keperluan
pembelajaran yang unik.
Sistem dan program-program pendidikan seharusnya dibentuk dan
dilaksanakan dengan mengambil kira kepelbagaian keperluan dan ciri-ciri ini.
Mereka yang memerlukan pendidikan khas mesti berpeluang belajar di
sekolah-sekolah biasa yang memenuhi kepeluan mereka melalui pendekatan
pedagogi yang berpusatkan murid.
Sekolah-sekolah biasa yang berorientasikan pendidikan inklusif amat
berkesan dalam menangani diskriminasi sikap, mencipta komuniti yang
mesra, membina masyarakat yang inklusif dan mencapai pendidikan untuk
9
semua. Selain itu sekolah ini menyediakan pendidikan yang berkesan
termasuk kos untuk majoriti kanak-kanak dalam sistem pendidikan ini.
Hasil daripada persidangan ini kebanyakan kerajaan yang terlibat telah mengambil
langkah dalam meningkatkan polisi dan kewangan untuk membolehkan semua
kanak berpeluang mendapat pendidikan yang sesuai dan berkesan untuk
melangsungkan kehidupan sebagai rakyat yang dapat memberi sumbangan kepada
kesejahteraan masyarakat dan negara.
Latihan 4:
Soalan berikut membawa pelajar menguasai isi pelajaran. Ulasan
anda akan lebih mantap sekiranya anda dapat melayari laman web
berkaitan untuk mendapatkan maklumat lebih terperinci.
Berdasarkan kepada Jomtien WCEFA 1990 dan FASNE Salamanca 1994, anda
dikehendaki membina satu ulasan yang menggambarkan bagaimana kedua-dua
persidangan tersebut telah berjaya memberi peneguhan kepada program pemulihan.
2.2 Sejarah Pendidikan Pemulihan Dalam Negara
Bermula pada tahun 1965 apabila 3 orang guru yang mendapat latihan di England
kembali berkhidmat di Malaysia. Sehingga 1968, seramai 9 orang guru telah
mendapat latihan diluar negara. Program pendidikan pemulihan di Malaysia bermula
sebagai ’Pilot Projek’ di sembilan buah sekolah rendah di seluruh Malaysia. Projek
ini telah bermula di awal tahun 1967 dan berakhir pada tahun 1970. dari kajian yang
dijalankan terhadap sekolah-sekolah tersebut didapati Program Pendidikan
10
Pemulihan sangatlah diperlukan bagi membantu kanak-kanak yang menghadapi
masalah pembelajaran.
Dalam tahun 1968 hingga 1974 kerajaan telah membekukan pengambilan
guru-guru berkursus di bidang pendidikan pemulihan. Berdasarkan Laporan Murad
1971, didapati 25% murid-murid sekolah rendah telah tercicir. Kesedaran kerajaan
terhadap peratusan keciciran murid-murid di sekolah-sekolah rendah menguasai
kemahiran-kemahiran 3M iaitu membaca, menulis dan mengira menyebabkan
kerajaan mengambil langkah-langkah awal yang positif Laporan Murad dari tahun
1971 hingga 1973 telah menyedarkan semula kerajaan akan pentingnya Program
Pendidikan Pemulihan. Pada tahun 1975 seminar yang pertama telah diadakan di
Universiti Malaya.
Disamping itu juga dalam tahun 1975, Pusat Perkembangan Kurikulum
(PPK), Kementerian Pendidikan Malaysia telah menjalankan projek percubaan
dalam Pendidikan Imbuhan untuk sekolah rendah bawah di dua belas buah sekolah
dengan menggunakan strategi pendidikan pemulihan dijalankan oleh guru kelas
biasa. Murid-murid yang terlibat dalam projek ini ialah mereka yang menghadapi
masalah pembelajaran ringan dalam Bahasa Melayu, Matematik dan Bahasa
Inggeris. Murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran yang kompleks
diserahkan kepada guru pemulihan khas.
Projek Pendidikan Imbuhan ini lebih menekankan kepada kanak-kanak yang
kurang bernasib baik dan daripada status ekonomi sosial yang rendah. Mereka
diberi bantuan dari segi makanan tambahan, pinjaman buku teks dan program
pembangunan masyarakat. Walau bagaimanapun projek ini tidak berjaya kerana
kanak-kanak lain yang mendapat faedah dan menyebabkan masih ada lagi kanak-
kanak yang tercicir. Projek ini dihentikan dan ditumpukan terus kepada Pendidikan
Pemulihan Khas.
Pada tahun yang sama Kementerian Pendidikan Malaysia mengadakan
Kursus Dalam Cuti (KDC). Peserta-peserta kursus adalah terdiri dari guru-guru
terlatih dari sekolah-sekolah rendah. Jawatankuasa kursus adalah seperti berikut :-
11
i. 2 minggu dalam cuti penggal pertama
ii. 2 minggu dalam cuti penggal kedu
iii. 4 minggu dalam cuti penggal ketiga
Adalah menjadi matlamat utama kerajaan dibawah pengelolaan Jabatan
Pendidikan Malaysia untuk menyediakan setiap sekolah rendah dengan guru
pemulihan yang terlatih. Ekoran dari itu beberapa Maktab Perguruan di seluruh
negara telah menyediakan kursus tersebut.
Tahun Pusat kursus Tempoh kursus
1975
1976
1977
1978
1979
Universiti Malaya
Maktab Perguruan Teknik
Maktab Perguruan Teknik
Maktab Perguruan Teknik
Di peringkat Negeri
2 minggu
3 minggu
3 minggu
2 minggu
10 X Sabtu
Pada tahun 1977 kursus satu tahun telah dijalankan di Maktab Perguruan
Ilmu Khas, Kuala Lumpur. Pada tahun 1981 Kementerian telah mengadakan kursus
dalam cuti penggal persekolahan hingga sekarang. Kursus-kursus jangka pendek
juga diperkenalkan untuk menampung kekurangan guru-guru pemulihan yang
mempunyai latihan khas jangka pendek.
2.2.1 Projek khas
Dilaksanakan setelah mendapat sumbangan daripada yayasan Van De Leer dari
Belanda. Pendidikan Imbuhan telah dilaksanakan. Projek khas ini dilaksanakan
dengan kerjasama Universiti Malaya.
2.2.2 Latihan guru
Selama ini kursus khas pemulihan hanya dijalankan dalam bentuk kursus dalam
perkhidmatan iaitu melibatkan guru-guru terlatih yang sedang berkhidmat. Kursus
12
yang ditawarkan adalah dalam bentuk sepenuh masa dan juga dalam cuti dari dua
hari hinggalah satu tahun.
Mulai Julai 2007 kursus ini telah ditawarkan sebagai kursus pra
perkhidmatan bagi kursus perguruan lepas ijazah. Kursus ini dijalankan secara
sepenuh masa dan juga dalam mod Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS)
melalui kursus dalam cuti.
Latihan perguruan dalam bidang pendidikan pemulihan terus berkembang ke
peringkat Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan yang dilaksanakan secara
sepenuh masa bermula pengambilan pelajar ijazah pertama ini pada Januari 2009.
2.3 Pelaksanaan program pendidikan pemulihan
Walau pun latihan guru pemulihan telah dilaksanakan secara intensif sejak tahun
80’an tetapi pelaksanaan program masih lagi tidak dapat dijalankan dengan
berkesan kerana pelbagai masalah yang akan dibincangkan kemudian. Mulai tahun
2007 Kementerian Pelajaran mula memberi perhatian serius bagi menjayakan
program pemulihan.
2.3.1 Arahan dan surat-surat pekeliling
2.3.1.1 Arahan pelaksanaan program pendidikan pemulihan.
Laporan Jawatankuasa Pelaksanaan Dasar Pelajaran 1979 (Perakuan 5):
’Adalah diperakukan supaya perkara-perkara yang berkaitan dengan langkah-langkah pengajaran pemulihan selepas daripada ujian rujukan kriteria dijalankan, diteliti dan diperbaiki. Antara lain perkara-perkara tersebut termasuklah kaedah-kaedah mengajar, bahan-bahan bantu mengajar yang sesuai, saiz kelas yang lebih kecil, peruntukan guru bagi mengendalikan pengajaran pemulihan serta penggunaan bahan-bahan tertentu’.
:
13
2.3.1.2 Surat-surat pekeliling berkaitan pelaksanaan program pendidikan
pemulihan
Surat pekeliling Bahagian Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran
Malaysia, Bil. KP(BS)8691/Jld.II/32 bertarikh 22 Januari 1985.
“Guru Khas Pendidikan Pemulihan”.
Surat pekeliling Bahagian Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran
Malaysia, Bil. KP(BS)8502/5/PK/Jld.V/26 bertarikh 18 Januari 1986.
“Kelas Khas Pemulihan Di Sekolah-Sekolah Rendah 1986”.
Surat pekeliling Bahagian Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran
Malaysia, Bil. KP(BS)85021/5/PK/Jld.V/(34) bertarikh 30 Jun 1989.
“Guru Khas Pemulihan dan Penubuhan Kelas Khas Pemulihan di
Sekolah-Sekolah Rendah”.
Latihan 5
Hubung kaitkan peranan Laporan Murad 1971 dengan perkembangan program pendidikan pemulihan di Malaysia. Dapatkan seberapa banyak maklumat di perpustakaan atau pusat sumber yang berdekatan.
Bincangkan implikasi surat pekeliling yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia terhadap program pendidikan pemulihan di sekolah-sekolah rendah.
14
TOPIK 3Program Pemulihan Dalam dan Luar Negara
3.1 Program pendidikan pemulihan di Malaysia
3.1.1 Program Pendidikan Pemulihan Khas
Program Pendidikan Pemulihan Khas mula diberi perhatian oleh pihak Kementerian
Pelajaran Malaysia setelah Laporan Murad 1972 melaporkan terdapat 25% murid-
murid sekolah rendah tercicir dan tidak menguasai kemahiran membaca, menulis
dan mengira. Kursus dalam perkhidmatan diperkenalkan di mana guru-guru yang
berminat dalam bidang pendidikan pemulihan ini dihantar mengikuti kursus 14
minggu dan Kursus Sijil Perguruan Khas selama satu tahun bermula pada tahun
1990an.
Laporan akhbar Berita Harian keluaran 27 November 2007 menyatakan kira-
kira 100,000 murid Tahun Satu tidak dapat menguasai 3M iaitu membaca, menulis
dan mengira sudah tentu mengejutkan. Jumlah ini mewakili 23 peratus keseluruhan
murid Tahun Satu.
Laporan ini menggusarkan kita tentang kadar keciciran bakal berlaku pada peringkat
peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah
(PMR) dan Sijil Persekolahan Malaysia (SPM) kelak. Berdasarkan keadaan ini,
15
Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengambil inisiatif menganjurkan Kursus
Perguruan Lepas Ijazah (KPLI) secara sepenuh masa, Latihan Perguruan
Berasaskan Sekolah (LPBS) secara kursus dalam cuti dan diikuti Program Ijazah
Sarjana Muda Perguruan bermula pada bulan Januari tahun 2009.
Program Pendidikan Pemulihan Khas dilaksanakan di dalam sebuah kelas
khas secara sistem ’withdrawal’. Program ini dikelolakan oleh guru yang menerima
latihan khas dan mempunyai sijil, diploma atau ijazah dalam pendidikan pemulihan
khas. Murid-murid yang ditempatkan dalam kelas khas ini adalah murid dari kelas
biasa yang telah mengikuti program pemulihan dalam kelas biasa. Murid yang akan
ditempatkan di kelas khas ini perlu mengikuti prosedur tertentu setelah dicalonkan
sebelum berjaya diterima mengikuti pendidikan pemulihan khas. Prosedur-prosedur
ini adalah seperti yang telah dijelaskan dibawah tajuk 1.1.2.2 di atas.
Sistem ’withdrawal’ yang diamalkan menuntut guru-guru pendidikan
pemulihan khas melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan rajin, tekun,
bertenaga dengan bahan bantu mengajar yang menarik dan sesuai, berasaskan
model pengajaran tertentu sehingga murid-murid yang ditempatkan di kelas
pemulihan khas ini mampu menguasai kemahiran-kemahiran yang gagal dikuasai di
kelas biasa dan ditempatkan semula di kelas biasa. Murid-murid yang terpilih ini
akan hadir di kelas pemulihan khas pada waktu tertentu untuk mengikuti pengajaran
dan pembelajaran berkaitan pemulihan Bahasa Melayu (membaca dan menulis) dan
Matematik (mengira). Pada waktu mata pelajaran lain murid-murid ini akan mengikuti
pengajaran dan pembelajaran di kelas biasa.
3.1.2 Program pendidikan pemulihan dalam kelas KBSR
Program pendidikan pemulihan dalam kelas KBSR adalah di bawah tanggung jawab
guru mata pelajaran KBSR. Guru mata pelajaran sepatut menilai pencapaian murid
pada setiap sesi pengjaran dan pembelajaran. Pada akhir sesi pengajaran dan
pembelajaran tersebut guru membuat analisis terhadap pencapaian murid dan
seterusnya menentukan adakah terdapat murid yang gagal menguasai kemahiran
yang diajar. Sekiranya terdapat murid yang gagal menguasai kemahiran yang telah
diajar, maka guru mata pelajaran tersebut perlu melaksanakan pendidikan
16
pemulihan dalam darjah dengan segera agar murid tersebut tidak ketinggalan dan
jika dibiarkan, kemungkinan murid akan mengumpul kemahiran-kemahiran yang
gagal dkuasainya.
Program pendidikan pemulihan yang dilaksanakan oleh guru mata pelajaran
ini lebih berfokus kepada kegagalan murid menguasai kemahiran yang diajar pada
waktu tersebut. Program pemulihan dalam kelas KBSR ini menggunakan sukatan
mata pelajaran KBSR. Kegagalan berterusan murid yang telah mengikuti program
pemulihan dalam kelas KBSR ini membantu guru mata pelajaran untuk
mencalonkan murid tersebut agar dapat dibantu dengan lebih khusus dalam
program pendidikan pemulihan khas.
3.1.3 Program Literasi dan Numerasi (LINUS)
Program Literasi dan Numerasi (LINUS) akan mula dilaksanakan mulai 2010 hingga
2012 di seluruh negara. Program LINUS yang bertujuan memastikan semua murid
Tahun 1 pada 2010 dapat menguasai kemahiran asas membaca, menulis (literasi)
dan mengira (numerasi) selepas tahun 2012, iaitu berada di Tahun 4. Pelaksanaan
program LINUS ini merupakan sebahagian daripada NKRA Kementerian Pelajaran
Malaysia yang disasarkan menjelang tahun 2012. Sehubungan itu, semua guru
Tahun 1 yang mengajar Bahasa Melayu dan Matematik diwajibkan mengikuti kursus
pengajaran dan pembelajaran modul LINUS mulai tahun 2010. Kursus tersebut yang
dikendalikan oleh Bahagian Pendidikan Guru, KPM akan dilaksanakan di seluruh
negara mengikut zon negeri masing-masing.
3.1.4 Program Pendidikan Pemulihan Khas Murid Orang Asli (PKMOA)
Pendidikan peringkat rendah bertujuan untuk melahirkan insan yang seimbang, serta
berkembang secara menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani selaras dengan hasrat Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Pada peringkat ini Bahasa Melayu diajarkan sebagai mata pelajaran wajib
selaras dengan status Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan bahasa
17
rasmi Negara. Bahasa Melayu perlu dikuasai pada peringkat awal bagi
membolehkan murid-murid berkomunikasi dan menimba ilmu pengetahuan, seperti
kata pepatah Melayu ‘melentur aur biarlah dari rebungnya’.Selaras dengan tujuan di
atas, Program Khas Murid Orang Asli telah dirancang oleh Kementerian Pendidikan
untuk memenuhi keperluan pendidikan murid Orang Asli yang tidak dapat
menguasai kemahiran asas lisan, membaca dan menulis. Mereka akan menjalani
program Tahun Pemulihan selepas Tahun 2.
Pusat Perkembangan Kurikulum telah menyediakan bahan kurikulum Bahasa
Melayu Tahun Pemulihan seperti berikut :
1. Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tahun Pemulihan
2. Modul Buku Aktiviti
3. Bahan Bantu Mengajar (kad imbasan, papan magnetik dan magnet).
Huraian Sukatan Pelajaran Tahun Pemulihan Bahasa Melayu memuatkan
senarai kemahiran asas iaitu kemahiran mendengar dan bertutur (lisan), membaca,
dan menulis yang perlu dikuasai oleh murid dalam Tahun Pemulihan. Huraian
Sukatan Pelajaran ini berasaskan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu KBSR yang
sedia ada.
3.1.5 Program Tiga M (PROTIM)
PROTIM Bahasa Melayu sebenarnya dikhususkan kepada murid yang mengalami
kesulitan dalam menguasai kemahiran asas membaca dan menulis di samping
mengira, tiga kemahiran asas yang menjadi fokus dalam KBSR.
Objektif pengajaran pemulihan pula adalah seperti berikut :
membantu murid mengatasi masalah pembelajaran dalam kemahiran-
kemahiran tertentu
mengubah sikap murid yang negatif dan tingkah laku yang menjejaskan
pembelajaran
18
memupuk serta mengembangkan sikap keyakinan diri dan sikap positif
terhadap pembelajaran.
Program pemulihan pula dilaksanakan setelah murid dicalonkan, melalui ujian
saringan dan diagnostik. Biasanya murid yang terlibat adalah tahun 2 dan 3. Namun
demikian, untuk murid tahun 4 dan 5, bergantung kepada budi bicara guru
pemulihan dan rundingan dengan semua pihak dalam organisasi.
PROTIM pula adalah sebahagian daripada sejarah hidup program pemulihan.
PROTIM mempunyai maksud dan tujuan yang sama dengan pemulihan. PROTIM
dilaksanakan di sekolah bagi murid yang juga menghadapi masalah 3M dalam
kategori aras rendah. Sasaran program PROTIM ini adalah untuk murid tahun 4, 5
dan 6 pada mulanya akan terlibat dalam program PROTIM ini. PROTIM bagi Tahun
6 pula dijalankan selepas murid-murid selesai menduduki peperiksaan UPSR.
Sebelum PROTIM diperkenalkan, Guru Pemulihan bertanggungjawab
sepenuhnya mengajar murid yang bermasalah 3M ini. Setelah kajian dijalankan,
satu pekeliling dikeluarkan supaya diwujudkan PROTIM bagi mengurangkan beban
yang ditanggung oleh Guru Pemulihan.
Pelaksanaan PROTIM bermula pada awal tahun dan dilaksanakan oleh guru
mata pelajaran Bahasa Melayu dan Matematik. Murid yang mengikuti PROTIM akan
dibekalkan dengan satu modul yang diedarkan oleh Kementerian Pelajaran kepada
setiap sekolah. Untuk mengetahui sejauh mana pencapaian murid, satu ujian
hendaklah dijalankan.Soalan disediakn bersama modul yang disertakan bersama
surat pelakasanaan PROTIM. Murid yang gagal mendapat keputusan 90% dan ke
atas hendaklah mengikuti PROTIM.
3.1.6 IPP3M (Instrumen Penentu Penguasaan 3M)
IPP3M diperkenalkan bertujuan untuk mengenalpasti tahap penguasaan murid
dalam kemahiran asas 3M. Hasil analisa maklum balas dari murid yang
menggunakan istrumen IPP3M ini dapat menentukan kumpulan murid yang perlu
meneruskan program pemulihan. Instrumen ini juga dapat memberi maklumat
tentang tindakan yang patut diambil untuk membantu murid yang berkenaan.
19
3.1.7 Kelas Intervensi Awal 2M (KIA2M)
Program Kelas Intervensi Asas Membaca dan Menulis (KIA2M) merupakan satu
program yang dirancang khusus untuk membantu murid tahun satu menguasai
kemahiran asas iaitu membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu. Pada masa
yang sama program ini adalah bertujuan untuk membantu murid yang belum
menguasai kemahiran membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu pada tahun
satu.
Kumpulan murid ini adalah terdiri daripada mereka yang lambat atau belum
menguasai kemahiran asas membaca dan menulis. Mereka ini bukan hanya terdiri
daripada murid pemulihan khas tetapi juga dari kalangan murid yang hanya perlukan
pemulihan dalam kelas. Fokus KIA2M adalah untuk membolehkan murid menguasai
kemahiran asas Bahasa Melayu secara intensif. KIA2M ini akan dijalankan spenuh
masa oleh guru Bahasa Melayu tahun satu.
Oleh itu konsep pengajaran Bahasa Melayu merentas kurikulum mestilah
dijalankan sepenuhnya dengan menggunakan strategi penggabungjalinan. Subjek-
subjek Pendidikan Jasmani Kesihatan, Pendidikan Muzik dan Pendidikan Seni
digabungjalinkan dengan kemahiran-kemahiran dalam Bahasa Melayu.
Secara keseluruhannya program ini dijalankan selama 3 atau 6 bulan. Masa
yang dijalankan merupakan pilihan yang dibuat oleh sekolah. Selain itu juga semua
murid tahun satu akan mengikuti ujian penapisan. Ujian ini merupakan ujian yang
terpenting bagi mengetahui murid-murid yang tidak menguasai kemahiran asas iaitu
kemahiran membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu. Murid yang lulus akan
meneruskan kelas biasa manakala murid yang gagal, mereka akan ditempatkan
dalam program ini.
Oleh itu strategi pengajaran dan pembelajaran yang hendak digunakan
perlulah sesuai dengan keperluan untuk membantu murid ini menguasai kemahiran
asas ini dengan seberapa segera yang boleh.
20
Latihan 6
Anda dikehendaki membincangkan tentang proses pelaksanaan
IPP3M, IPP2M dan KIA2M di sekolah anda. Bincangkan dan
sediakan bahan perbincangan ada menggunakan power point.
Hantar CD tersebut.
3.2 Program pendidikan pemulihan di luar negara
Secara ringkasnya dua buah negara yang terkenal kerana pendidikan
pemulihannya ialah Amerika dan England. Perkembangan di Amerika berkembang
pesat setelah termaktubnya PL 94-142, sementara di England pula selepas Laporan
Warnock. Menurut Geof Sewell(1982) pendidikan pemulihan mula di perbincangkan
lewat 1800. Perkembangannya dapat di lihat di dua buah negara:
Ministry of Education (1946 &1953) ; mentakrifkan satu kategori kanak-kanak
subnormal dari segi pendidikan sebagai kanak-kanak yang terencat lebih dari 20%
daripada umur mereka dan gred kebolehannya tidaklah serendah dan seteruk
mereka yang tidak boleh diberi pendidikan.
Department of Education and Science (1964) (ch.2,para.1);mencadangkan istilah
’educationally subnormal’ ditukar kepada ’pronounced educational backwardness’
dan yang selebihnya sebagai ’slow learner’. Malangnya ordinan ini tidak begitu
dipakai kerana kerana kebanyakkan orang berasa malu untuk menerima istilah ’slow
learner’ kerana kategori ini tidak menerima keistimewaan seperti golongan khas lain.
Oleh itu istilah yang mudah diterima ialah “pendidikan pemulihan”
Menurut Geof Sewell(1982), krisis ekonomi lewat 70an dan 80an telah
menjejaskan pendidikan pemulihan dengan teruk. Kekosongan jawatan guru tidak
diisi dan yang sedia ada dalam perkhidmatan terancam.
Snell dan Anderson (2000), The Department of Education dalam penilaiannya
terhadap program pemulihan yang telah dijalankannya selama 30 tahun dan telah
berbelanja lebih 120 billion mendapati bahawa program pemulihan yang dijalankan
gagal menaikkan pencapaian kanak-kanak yang tidak bernasib baik.
21
Maka pada 1994, penguatkuasaan semula dari program pemulihan bercorak individu
kepada pemulihan seluruh sekolah dilakukan. Model-model dibina dan penilaian
keseluruhan sekolah tidak terpisah dari program-program khas.
Pada awal 1990, wujud di sekolah-sekolah awam ’private remedial education
partnership’ dengan syarikat swasta seperti Sylvan Learning Systems dan Kaplan
Educational Services.
Pada 1998, Sylvan Learning System mendapat kontrak 13.8 million di
Compton,California dimana mutu pendidikan sangat rendah sehingga kerajaan
negeri terpaksa ambil-alih dari daerah. Penilaian awal menunjukkan pelajar di dalam
program mendapat aras gred setanding selepas pengajaran selama 20 jam.
Program ‘Sylvan at School’ dijalankan keatas 80 000 pelajar di 850 buah sekolah
tidak kira sekolah awam ataupun tidak.
22
SINOPSIS
Topik ini akan membincangkan tajuk-tajuk yang berkaitan dengan perkembangan
murid pemulihan. Topik ini adalah berkaitan dengan konsep perkembangan, teori-
teori perkembangan dan aspek perkembangan pada peringkat pralahir, bayi, awal
kanak-kanak, kanak-kanak, awal remaja dan remaja. Perbezaan individu berkaitan
aspek kognitif, bahasa, psikomotor dan afektif juga dibincangkan dalam topik ini.
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini anda akan dapat:
1. Menjelaskan konsep dan definisi perkembangan.
2. Menerangkan teori-teori perkembangan berkaitan murid pemulihan.
3. Menghubungkaitkan peringkat-peringkat perkembangan berasaskan teori
dengan perkembangan murid pemulihan.
4. Mengenalpasti dan menjelaskan aspek-aspek perbezaan individu murid
pemulihan
4.1 Pengenalan
23
Topik 4
Psikologi Perkembangan Murid Pemulihan
Murid-murid sama ada murid biasa atau murid pemulihan adalah insan yang
dikurniakan oleh maha pencipta kepada kita. Sebagai guru dan ibu bapa kita
bertanggungjawab terhadap kurniaan ini. Mereka merupakan sebahagian daripada
kehidupan kita. Bagi memenuhi tanggungjawab kita, maka sepatutnya kita
mempelajari dengan lebih mendalam tentang kanak-kanak. Selain memahami
dengan lebih dekat tentang kanak-kanak, kita juga dapat mengimbas kembali
perkembangan kita semasa bayi, awal kanak-kanak, kanak-kanak, awal remaja dan
remaja.
4.2 Perkembangan
Secara umumnya perkembangan setiap individu ada yang sama, hampir sama dan
ada yang berbeza dengan individu lain. Sebagai manusia biasa setiap individu
melalui pengalaman hidup yang tersendiri. Dr. Mahathir, David Beckham,
Muhammad Ali dan anda mula berjalan pada usia lebih kurang 1 tahun, terlibat
dalam aktiviti mainan fantasi semasa awal kanak-kanak dan mula berdikari semasa
remaja.
John W. Santrock (2001) mendefinisikan perkembangan sebagai satu corak
perubahan yang bermula dari konsepsi dan berterusan sepanjang hayat individu.
Perkembangan melibatkan pertumbuhan dan corak perubahannya agak kompleks
kerana ia melibatkan proses-proses biologi, kognitif dan sosioemosi.
4.2.1 Proses biologi
Proses Biologi melibatkan perubahan-perubahan berkaitan fizikal individu. Gen yang
diwarisi dari ibu bapa, perkembangan otak, ketinggian, berat badan, kemahiran
motor dan perubahan umur atau baligh yang harmoni semuanya mencerminkan
peranan proses perkembangan biologi.
4.2.2 Proses kognitif
24
Proses kognitif melibatkan perubahan-perubahan berkaitan pemikiran individu,
kecerdasan dan bahasanya. Tugas meneliti mainan berwarna yang digantung pada
buaiannya, membina perkataan dengan mencantum dua sukukata, menghafal syair,
menyelesaikan masalah matematik dan membentuk imaginasi untuk menjadi
seorang angkasawan semuanya mencerminkan proses perkembangan kognitif.
4.2.3 Proses sosioemosi
Proses sosioemosi melibatkan perubahan dalam hubungan individu dengan orang
lain, perubahan emosi dan personaliti. Bayi mengukir senyuman bila dibelai ibunya,
kanak-kanak lelaki bertindak agresif memukul rakan sepermainannya,
perkembangan sifat asertif pada seorang gadis dan kegembiraan seorang remaja
dalam majlis bersama orang dewasa semuanya mencerminkan proses
perkembangan sosioemosi.
Proses biologi, kognitif dan sosioemosi saling berhubungkait. Proses
sosioemosi membentuk proses kognitif, proses kognitif merangsang dan mengawal
proses sosioemosi, dan proses biologi pula mempengaruhi proses kognitif.
4.2.4 Proses dan Tempoh Perkembangan
25
PROSES KOGNITIF
PROSES BIOLOGI
PROSES SOSIOEMOSI
REMAJAREMAJA
KANAK-KANAKKANAK-KANAK
AWAL KANAK-KANAK
AWAL KANAK-KANAK
BAYIBAYI
PRALAHIRPRALAHIR
AWAL REMAJAAWAL REMAJA
Rajah 1. Proses dan Tempoh Perkembangan
4.2.4.1 Pralahir
Pralahir adalah tempoh 9 bulan di dalam rahim ibu di mana perkembangan dan
pertumbuhan pesat berlaku dari satu sel sehingga membentuk satu organisma
lengkap dengan otak dan keupayaan tingkah laku.
4.2.4.2 Bayi
Bayi adalah tempoh perkembangan dari lahir hingga usia 24 bulan. Peringkat bayi
merupakan satu tempoh pergentungan kepada orang dewasa yang terlalu tinggi.
Banyak aktiviti psikologikal bermula dalam tempoh ini seperti bahasa, pemikiran
simbolik, koordinasi motor deria dan pembelajaran sosial.
4.2.4.3 Awal kanak-kanak
Awal kanak-kanak adalah tempoh perkembangan dari peringkat akhir bayi hingga 6
tahun. Tempoh ini juga disebut sebagai tempoh prasekolah. Tempoh ini kanak-
kanak mula belajar menyatakan pendapat dan mengawal diri sendiri. Mula belajar
mematuhi arahan, mengenal huruf dan meluangkan banyak masa bermain dengan
rakan sebaya.
4.2.4.4 Kanak-kanak
Kanak-kanak adalah tempoh perkembangan dari usia 6 tahun hingga 12 tahun.
Tempoh ini juga disebut sebagai tempoh sekolah rendah. Tempoh ini kanak-kanak
menguasai asas kemahiran membaca, menulis dan mengira. Mereka diberi lebih
26
pendedahan tentang dunia dan budaya. Pencapaian menjadi keutamaan dalam
hidup mereka dan kawalan diri sendiri bertambah.
4.3 Teori Perkembangan
4.3.1 Teori perkembangan kognitif Jean Piaget
Jean Piaget (1896-1980), merupakan seorang ahli psikologi Switzerland dan tokoh
yang amat penting dalam bidang psikologi pada abad ke-20. Fokus teori beliau
adalah perkembangan kognitif kanak-kanak.
Jean Piaget telah mengutarakan beberapa konsep penting yang menjadi
rujukan ahli akademik. Antaranya ialah Skema, Asimilasi, Akomodasi dan Adaptasi.
Konsep Skema merujuk kepada potensi am yang ada dalam diri manusia untuk
melakukan sesuatu dengan cara tertentu. Contohnya, sewaktu dilahirkan, bayi telah
dilengkapkan dengan beberapa gerakan yang dikenali sebagai skema seperti
gerakan menghisap, memandang, mencapai, merasa, memegang, serta
menggerakkan tangan dan kaki.
Asimilasi merupakan satu proses penyesuaian antara objek yang baru
diperolehi dengan skema yang sedia ada. Proses asimilasi yang berlaku
27
membolehkan manusia mengikuti sesuatu modifikasi skema hasil daripada
pengalaman yang baru diperolehi. Contohnya, seorang kanak-kanak yang baru
pertama kali melihat sesuatu yang baru. Oleh itu, kanak-kanak tersebut akan
menggunakan skema memegang (skema yang sedia ada) dan sekaligus
merasanya. Melaluinya, kanak-kanak tersebut akan mendapat pengetahuan yang
baru tentang perkara tersebut.
Akomodasi merupakan suatu proses dimana struktur kognitif mengalami
perubahan. Akomodasi berfungsi apabila skema tidak dapat mengasimilasi
(membuat penyesuaian) dengan persekitaran baru yang belum lagi berada dalam
perolehan kognitif kanak-kanak. Jean Piaget menganggap perubahan ini sebagai
suatu proses pembelajaran. Contohnya, kanak-kanak yang berumur dua tahun yang
ditunjukkan pen akan menyatukan objek baru ke dalam skemanya dan mewujudkan
penyesuaian konsep terhadap pen itu.
Adaptasi merupakan satu keadaan dimana wujud keseimbangan antara
akomodasi dan asimilasi untuk disesuaikan dengan persekitaran. Jean Piaget
mendapati kemampuan mental manusia muncul di tahap tertentu dalam proses
perkembangan yang dilalui. Perubahan daripada satu peringkat ke satu peringkat
seterusnya hanya akan berlaku apabila kanak-kanak mencapai tahap kematangan
yang sesuai dan terdedah kepada pengalaman yang relevan. Tanpa pengalaman-
pengalaman tersebut, kanak-kanak dianggap tidak mampu mencapai tahap
perkembangan kognitif yang tinggi.
Oleh yang demikian, beliau telah membahagikan perkembangan kognitif
kepada 4 tahap yang mengikut turutan umur. Tahap-tahap perkembangan tersebut
ialah, Tahap Sensorimotor atau Deria Motor (0 hingga 2 tahun), Tahap Praoperasi (2
hingga 7 tahun), Tahap Operasi Konkrit (7 hingga 12 tahun) dan Tahap Operasi
Formal (12 tahun ke atas).
28
Teori perkembangan kognitif Jean Piaget \
4.3.1.1 Tahap Sensorimotor atau Deria Motor (0 hingga 2 tahun).
Pada tahap ini, bayi membina pemahaman terhadap dunia melalui hubungan
pengalaman deria motornya seperti melihat, mendengar dan merasa. Kebolehan
deria motornya berkembang dari masa ke semasa. Pada peringkat awal kelahiran,
corak perkembangan bayi lebih kepada tindakan refleksif seperti senyum, menangis
dan mengeluarkan bunyi-bunyi. Bayi tersebut mempelajari sesuatu dengan melihat,
menyentuh, dan mendengar di sekeliling kemudian menirunya.
4.3.1.2 Tahap praoperasi ( 2-7 tahun ).
Piaget telah bahagikan tahap praoperasi kepada dua sub tahap iaitu, tahap Pra-
konseptual ( 2-4 tahun ) dan tahap Pra-operasi ( 4-7 tahun ). Pada tahap ini kanak-
kanak berfikir secara simbolik untuk menyelesaikan masalah tetapi pemikiran masih
tidak logik dan mudah diperdaya oleh persepsi yang berlainan. Kanak-kanak mula
menggunakan perkataan dan Kanak-kanak pada tahap ini bersifat egosentrik di
mana mereka melihat sesuatu dari perspektif diri sendiri sahaja.
4.3.1.3 Tahap Operasi Konkrit (7 hingga 12 tahun).
Pada tahap ini kanak-kanak boleh berfikir secara logik dan konkrit. Kanak-kanak
pada tahap ini menyelesaikan masalah secara cuba- jaya Pada tahap ini, kanak-
kanak tidak lagi berfikir secara egosentrik yang menyebabkan mereka dapat
menerima pendapat orang lain.
4.3.1.4 Tahap Operasi Formal (12 tahun ke atas).
29
Piaget menegaskan bahawa perkembangan kognitif manusia telah sampai ke tahap
maksima. Pada tahap ini manusia berfikir secara abstrak, mampu membuat
hipotesis dan memahami akibat jangka panjang sesuatu tindakan.
4.3.2 Teori Kematangan Arnold Gessel
Arnold Lucius Gesell (1880-1961) mementingkan baka sebagai penggerak utama
terhadap perkembangan di mana kematangan fizikal adalah faktor utama
menentukan proses pembelajaran. Ini bermakna apabila apabila kesediaan
(kekuatan otot, tulang, mental dan fizikal, emosi, dll) tidak mencapai kematangan
yang sesuai, peluang-peluang yang diberikan kepada pelajar untuk belajar sesuatu
kemahiran tidak akan mencapai hasil yang positif.
Menurut Gessel, kanak-kanak sejak lahir-5 tahun, mengalami masa
perkembangan yang lancar iaitu terbahagi kepada 5 peringkat mengikut tahun.
Tahun pertama semasa berumur 1 bulan, tangisan bayi adalah berbeza mengikut
kehendak berlainan. Semasa berumur 4 bulan, Mata bayi dapat bergerak mengikut
objek yang dilihat. Semasa berumur 6 bulan, bayi boleh menggenggam objek yang
mudah seperti jari ibunya. 7 bulan, kanak-kanak sudah dapat duduk dan merangkak.
Setelah berumur 1 tahun kanak-kanak dapat berdiri dengan berpaut pada objek
sebagai sokongan. Semasa berumur 1 hingga 2 tahun kanak-kanak masih
memerlukan bantuan semasa bejalan sehingga mencapai usia 2 tahun mereka
mampu berjalan sendiri. Pada peringkat ini mereka memahami istilah tertentu seperti
“jangan” .
Semasa berumur 5 hingga 6 tahun, adalah masa transisi atau peralihan iaitu
keperluan untuk bersekolah, mengenali rakan sebaya dan pengubahsuaian kepada
peraturan-peraturan yang wujud. Semasa berumur 7 hingga 10 tahun, merupakan
30
masa penyatuan dimana kanak-kanak akan menyesuaikan diri dengan zaman
kanak-kanak dan penyesuaian kepada alam persekolahan.
Pada peringkat umur 11 hingga 14 tahun merupakan masa transisi atau
peralihan dari zaman kanak-kanak ke zaman remaja. Zaman ini berlaku konflik
berhubung dengan akil baligh dan keremajaan. Semasa berumur 15 hingga 16
tahun, mereka dapat menyesuaikan diri dengan alam remaja dan merupakan
permulaan kepada persediaan untuk menghadapi alam dewasa.
4.3.3 Teori Perkembangan Tugasan Robert Havighurst
Robert Havighurst berpendapat bahawa setiap individu mesti menyelesaikan
“tugasan” pada setiap peringkat perkembangan pada setiap tahap perkembangan.
Sekiranya tugasan tersebut dapat dilaksanakan dengan jayanya hasilnya akan
membawa kebahagiaan kepada individu tersebut. Jika tidak, individu itu akan
mengalami masalah perkembangan pada peringkat yang berikutnya.
Havighurst mendefinisikan tugasan sebagai kemahiran, sikap, kefahaman,
dan pencapaian sebagai ciri-ciri setiap peringkat perkembangan. Tugasan atau
tugas perkembangan ialah satu set kemahiran atau kebolehan yang perlu dikuasai
oleh individu. Contohnya, bayi perlu merangkak terlebih dahulu sebelum berjalan
(lebih rumit) dimana bayi parlu menyelesaikan masalah merangkak sebelum berjalan
iaitu kemahiran yang lebih tinggi. Oleh yang demikian beliau juga percaya bahawa
perkembangan manusia dipengaruhi oleh persekitarannya, nilai-nilai, norma dan
budaya masyarakat. Ini kerana, perkembangan kanak- kanak sudah semestinya
lebih lancar sekiranya ibu bapa lebih memahami keperluan pembelajaran anak
mereka terutamanya membantu dalam proses ini.
Perkembangan tugasan seseorang adalah mengikut peringkat umur masing-
masing. Iaitu bayi hingga awal kanak-kanak, iaitu 0 hingga 6 tahun, contohnya
belajar makan makanan pepejal, berjalan, bercakap, membuang najis, mula
menguasai konsep, sedia belajar bahasa untuk tujuan sosial, dan pengubahsuaian
emosi.
31
Peringkat kanak-kanak berusia 6 hingga 12 tahun, Havigurst mendapati
kanak-kanak mula belajar kemahiran fizikal yang sesuai untuk bermain, berkawan,
membina sikap kendiri, mula belajar tentang peranan sosial kelelakian dan
kewanitaan, membina konsep yang sesuai untuk kehidupan harian barkaitan nilai
dan moral, membina kupayaan kendiri, membina sikap terhadap kumpulan dan
institusi sosial.
Pada peringkat awal remaja dan remaja berusia 13 hingga 18 tahun Havigurst
menyatakan individu mula membina hubungan yang lebih akrab dengan kedua
jantina, mencapai peranan sosial kelakian dan kewanitaan, memahami keupayaan
diri dan menggunakan anggota badan dengan efektif, memahami dan menguasai
sistem etika sosial bagi mengawal tingkah laku dan mula menyediakan diri untuk
alam perkahwinan.
4.3.4 Teori Perkembangan Psikososial Erik Erickson
Erikson menggabungkan tiga faktor yang mempengaruhi perkembangan individu
iaitu faktor kendiri, emosi dan sosial. Teori Psikososial Erik Erickson ini berdasarkan
kepada lima prinsip iaitu;
i. manusia mempunyai keperluan yang sama
ii. perkembangan individu bergantung kepada tindakbalas terhadap keperluan-
keperluan asas.
iii. perkembangan manusia mengikut tahap-tahap yang tertentu.
iv. setiap tahap mempunyai konflik dan konflik ini mesti di atasi sebelum individu
berfungsi dengan jayanya pada tahap berikutnya.
v. kegagalan mengatasi konflik pada sesuatu tahap akan menjejaskan tahap
berikutnya.
Erik Erickson dalam teori perkembangan psikososial ini menegaskan terdapat
konflik dalam diri manusia mengikut tahap umur dan ia terbahagi kepada 8 tahap.
32
4.3.4.1 Asas Kepercayaan lawan Asas Ketidakpercayaan (lahir – 18 bulan)
Bayi sejak lahir mula menjalin hubungan kasih sayang dengan ibu atau
pengasuhnya dan mula membina kepercayaan jika berlaku sesuatu sebaliknya
maka membentuk perasaan tidak percaya. Ini bermaksud sekiranya ibu atau
pengasuh tidak menjaga bayi dengan baik seperti penyusuan atau penukaran
lampin ketika diperlukan. Mula timbul ketidakpercayaan dalam diri bayi terhadap
orang lain seperti takut dan berprasangka.
4.3.4.2 Automoni lawan Malu/Keraguan (18 bulan - 3 tahun)
Kemahiran kanak-kanak pada tahap ini tertumpu kepada perkembangan fizikal
seperti berjalan, memanjat, berguling dan lain-lain. Rasa percaya kepada diri timbul
kanak-kanak berjaya melakukan sesuatu dan menerima sokongan ibu bapa atau
orang lain. Sekiranya gagal dan tiada sokongan mereka akan rasa gagal dan rasa
Tahap ini merupakan kemuncak perkembangan iaitu berkaitan dengan kejayaan
hidup berkeluarga dan karier akan menimbulkan kepuasan dalam diri. Perkara
sebaliknya jika gaga akan membawa kepada kedukaan dan kekecewaan di hari tua
dan berputus asa dengan kehidupanya.
4.3.5 Teori Penaakulan Moral Lawrance Kohlberg
34
Lawrance Kohlberg (1984) membina sesuatu model perkembangan moral
berasaskan penaakulan moral. Mengikut teori perkembangan Kohlberg, seseorang
individu biasanya mengalami 3 tahap perkembangan moral yang utama iaitu Tahap
1 (Moraliti Pra- konvensional), Tahap 2 (Moraliti Konvensional) dan).
4.3.5.1 Tahap 1 Moraliti Pra-konvensional
Adalah berkaitan dengan penaakulan moraliti zaman awal kanak-kanak. Tahap ini
terbahagi kepada peringkat pertama dan kedua. Pada peringkat pertama,
penaakulan moraliti kanak-kanak adalah berorientasikan hukuman, ini bermakna
mereka mematuhi peraturan untuk mengelakkan hukuman. Peringkat kedua adalah
berorientasikan ganjaran. Pada peringkat ini kanak-kanak mematuhi Tahap 3
(Moraliti Pasca- Konvensional peraturan untuk mendapatkan ganjaran dan
pertolongan atas dasar mengharapkan balasan.
4.3.5.2 Tahap 2 Moraliti Konvensional
Adalah berkaitan dengan penaakulan moraliti semasa zaman kanak-kanak. Pada
tahap ini juga terdapat 2 pringkat iaitu peringkat ketiga dan keempat. Pada peringkat
ketiga, penaakulan adalah berorientasikan kanak-kanak baik (good boy-nice girl
orientation), iaitu berdasarkan apa yang dipersetujui atau pandangan orang terhadap
mereka. Pada peringkat keempat, penaakulan adalah berorientasikan aktoriti iaitu
mematuhi sebulat-bulatnya peraturan dan undang-undang masyarakat demi
mengelakkan hukuman atau denda.
4.3.5.3 Tahap 3 Moraliti Pasca-Konvensional
Adalah berkaitan dengan penaakulan moraliti semasa zaman remaja. Pada tahap ini
juga terdapat 2 pringkat iaitu peringkat kelima dan keenam. Pada peringkat kelima,
35
Latihan 7Jelaskan ciri-ciri utama peringkat perkembangan berdasarkan teori berikut: 1. Jean Piaget 2. Arnold Gessel 3. Robert Havigurst4. Erik Erikson 5. Lawrence Kholberg
penaakulan adalah berorientasikan kontrak sosial, pada peringkat ini remaja sudah
memahami sebab mematuhi undang-undang kerana keperluan ketenteraman sosial
dan mengakui peraturan perlu ditukar sekiranya sesuai. Peringkat keenam,
penaakulan adalah berorientasikan prinsip etika universal iaitu lebih kepada individu
dan hati murni. Mematuhi kerana prinsip keadilan dan untuk menjaga imej diri.
4.4 Perbezaan Individu
Perbezaan Individu adalah ketidaksamaan aspek perkembangan secara fizikal,
mental, sosial, emosi di kalangan individu . Perbezaan Individu satu hakikat yang
tidak boleh dinafikan, tetapi sering diabaikan apabila manusia mengambil tindakan
untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Setiap individu berbeza dari segi lahiriah
dan rohaniah, kadar perkembangan, tingkah laku dan kebolehannya.
4.4.1 Konsep dan definisi perbezaan individu
Perbezaan individu merupakan keadaan atau sifat yang tidak sama antara individu,
kelainan atau ketidaksamaan antara individu. Ia juga melibatkan ketidaksamaan
atau ketidakserupaan di kalangan ahli-ahli sesuatu kumpulan melalui ciri-ciri yang
telah dikenalpasti seperti ciri-ciri pola tingkah laku atau cara pemikiran yang
membezakan individu daripada yang lain. Perbezaan individu juga melibatkan
ketidaksamaan dikalangan individu sama ada dari segi fizikal seperti tinggi, berat,
warna rambut, kulit, mata, dan dari segi mental, sosial dan emosi. Ketidaksamaan
beberapa aspek lahiriah dan rohaniah yang terdapat pada diri seseorang individu
sering diabaikan apabila membuat tindakan menyelesaikan masalah.
Menurut Mohd Salleh (1991) ketidaksamaan yang terdapat pada diri
seseorang dari segi mental, pencapaian akademik, penguasaan bahasa, saiz fizikal,
perwatakan, sosial, emosi atau moral dan kreativiti. Perbezaan tersebut adalah yang
dapat dilihat dan ada yang tidak dapat dilihat.
36
Howard Gardner (1983) mengemukakan Teori Pelbagai Kecerdasan. Semua
insan punyai aspek kecerdasan yang tertentu. Setiap kecerdasan melibatkan satu
set kemahiran yang membolehkan individu itu menyelesaikan masalah. Ada antara
kecerdasan ini boleh berkembang ke tahap lebih tinggi berbanding dengan
kecerdasan lain. Ini menyokong kewujudan perbezaan individu. Melalui kajiannya,
Gardner mendapati tujuh jenis kecerdasan iaitu kecerdasan linguistik, logikal-
matematik, ruang(spatial), muzik, kinestatik, intrapersonal dan interpersonal
(Gardner&Hatch,1989). Gerald Grow(1977) menyatakan, Gardner telah menambah
satu lagi kecerdasan iaitu kecerdasan naturalis.
M.E Breckenridge dan E.C. Vincent (1955) menjelaskan tentang perbezaan
individu dari aspek perkembangan. Setiap kanak-kanak mempunyai
pertumbuhannya tersendiri yang unik. Sesetengah kanak-kanak kelihatan lambat
buat beberapa tahun di sekolah tetapi kemudiannya menjadi pelajar yang
cemerlang.
Ng Wai Kong (1983) menyatakan perbezaan individu merupakan perbezaan
yang diukur dalam perlakuan-perlakuan, kemahiran-kemahiran dan respon-respon
terhadap satu siri ujian ciri-ciri sahsiah. Setiap individu berbeza dari sudut
penggunaan jumlah struktur yang mahu digunakan untuk memahami kesamaran
medan pengalaman atau persepsi. Individu yang gaya kognitif medan bebas
mempunyai kecenderungan untuk mengorganisasikan kembali, menstruktur semula
atau menyemak semula maklumat yang diperolehi bagi memenuhi keperluan,
konsepsi dan persepsinya. Manakala individu yang gaya kognitif bergantung medan
terikat hanya menerima secara bulat-bulat serta mengekod maklumat yang diterima
tanpa melakukan proses-proses mengorganisasi kembali.
Dictionary of Psychology (1973) mendefinisikan perbezaan individu sebagai
variasi atau ketidaksamaan dari norma kumpulan sama ada dari sifat kognitif, emosi,
fizikal, moral, tingkahlaku, sosial, bakat atau aspek lain mungkin terdapat sesama
individu dalam satu kumpulan.
Kesimpulannya setiap individu adalah unik, berbeza lahiriah atau rohaniah
dan mempunyai ciri tersendiri. Kembar seiras dikatakan sama tetapi tidak seratus
37
peratus. Murid-murid dalam satu kelas sama ada dalam kelas biasa atau kelas
pemulihan adalah berbeza. Guru perlu sedar tetang perbezaan individu untuk
menyelesaikan masalah berkaitan murid-muridnya. Guru perlu sedar dan faham
tentang masalah perbezaan individu. Mengetahui bagaimana perbezaan ini
mempengaruhi pengajaran dan pembelajaran. Guru juga perlu peka kepada faktor
penyebab perbezaan individu dan memberi perhatian serius kepada perbezaan
tersebut. Guru mesti menerima hakikat bahawa setiap individu itu berbeza.
4.4.2 Aspek-aspek perbezaan individu
Perbezaan yang diwarisi ialah individu unik kerana ia ciptaan baru. Dapat dilihat dari
luarannya paras rupa, susuk badan (tinggi, berat, saiz) jantina, kemahiran fizikal,
kebolehan kerja tangan, warna mata, rambut dan kulit, bentuk hidung, mata, telinga,
perwatakan.
4.4.2.1 Aspek fizikal
Jantina-Umur-Saiz –Berat-Ketinggian
Kanak-kanak yang lambat pertumbuhan akan menjadi individu yang pemalu, takut,
rendah diri, tidak berkeyakinan untuk berinteraksi, konsep kendiri yang rendah.
4.4.2.2 Aspek kognitif
Kecerdasan mental individu berbeza menyebabkan keupayaan berfikir logik, belajar,
mengingat, menaakul, menganalisis, kebolehan berbahasa, mengira dan
berimiginasi, kebolehan bertindak cepat, berfikiran kehadapan, pengetahuan sedia
ada, pengalaman latar belakang dan kreativiti berbeza.
4.4.2.3 Aspek emosi
Ekspreasi emosi (muka, posisi, gerak badan, nada suara). Pengalaman membantu
individu membina kebolehan mengawal emosi & bertoleransi, menyatakan emosi,
ketenteraman dan penyelesaian emosi, kebolehan menanggung kekecewaan,
sayang, takut dan sebagainya)Sikap dan nilai positif terhadap pelajaran
menyebabkan kanak-kanak berusaha gigih.
4.4.2.4 Aspek sosial
Guilford (1959) menerangkan perbezaan sosial yang akan menentukan sama ada
individu itu pemalu, pendiam, mengasingkan diri, gugup, gelisah atau impulsif.
38
Manakala minat, sikap, keperluan, kecenderungan serta temperamen juga
mempengaruhi individu.
4.4.2.5 Aspek rohani
Kepercayaan kepada agama yang berbeza dan latarbelakang kerohanian berbeza
mempengaruhi individu. Nilai murni yang terdapat dalam didikan agama membantu
kanak-kanak mengawal diri dan membina sahsiah yang cemerlang. Penerapan nilai
yang dianjurkan agama oleh guru dan ibu bapa membantu kanak-kanak menjadi
insan yang cemerlang, sabar, berusaha gigih, saling membantu dan sebagainya
4.4.2.6 Aspek bahasa
Murid-murid sekolah luar bandar dan pedalaman pencapaian agak rendah akibat
masalah bahasa. Penguasaan bahasa, dialek daerah, kenegerian, bahasa pasar,
bahasa ibunda dan sebagainya mempengaruhi perbezaan individu.
4.4.3 Faktor penyebab perbezaan individu.
4.4.3.1 Baka
Sifat yang diwarisi daripada ibu bapa, nenek-moyang, keturunan mendapati
kecerdasan dan kebolehan seperti kefahaman, kelancaran berbahasa, kebolehan
matematik, pentaakulan dan ingatan adalah diwarisi.
4.4.3.2. Persekitaran
Didikan ibu bapa secara autokratik seperti mengharapkan taat tanpa soalan dan
menggunakan hukuman dan dendaan akan membentuk individu yang tidak dapat
berdikari, kurang keyakinan diri, tingkahlaku tidak puas hati, tidak mudah
mempercayai dan memencil diri dari sosial.
Didikan ibu bapa secara demokratik dengan membiar anak lakukan apa sesuatu
dalam kawalan dan had. Memberi panduan galak anak pikul tanggungjawab, beri
kasih sayang membentuk individu yang mampu berdikari, dapat kawal diri,
berpencapaian tinggi, ramah, berpuas hati dan berketerampilan dalam bersosial.
Semasa mengandung ibu mengidap penyakit (rubella, kencing manis) tidak amalkan
pemakanan seimbang, merokok, mengambil pelbagai ubat, menagih dadah akan
melahirkan bayi yang mengalami kecacatan yang ringan atau serius seperti buta,
pekak dan kerencatan akal. Pengaruh persekitaran dalam perkembangan individu
yang memberi kesan positif atau negatif akan menyebabkan perbezaan individu
yang berpanjangan.
39
5.1 Definisi Murid-murid Pemulihan
Topik 5
Profil Murid Pemulihan
Topik ini akan membincangkan definisi, ciri-ciri, masalah murid pemulihan, dan
faktor-faktor yang mempengaruhi masalah masalah murid pemulihan. Ia juga akan
menghuraikan tentang perbezaan ciri dan keperluan murid pemulihan dengan murid
biasa, disleksia dan murid pendidikan khas masalah pembelajaran.
Hasil Pembelajaran
1. Menjelaskan definisi murid-murid pemulihan.
2. Menghuraikan ciri-ciri dan masalah murid pemulihan.
3. Membuat perbandingan murid-murid pemulihan dengan murid-murid normal,
pendidikan khas bermasalah pembelajaran dan disleksia.
4. Menjelaskan perbezaan di antara murid pemulihan dengan murid-murid
normal, pendidikan khas bermasalah pembelajaran dan disleksia.
40
Dalam konteks pendidikan di Malaysia murid-murid ini adalah mereka yang
gagal mencapai sasaran penguasaan kemahiran 3 M. Murid-murid ini mengalami
kesulitan untuk menguasai kemahiran tersebut dan sering tercicir di dalam kelas
Syarifah Alwiyah Alsagof (1993), menyatakan bahawa murid pemulihan
sebagai murid yang gagal mencapai purata pencapaian majoriti murid dalam
kumpulan umurnya. Mereka memerlukan pengajaran berbentuk penyesuaian dan
pembetulan yang khusus. Mat Nor Hashim (1990), mendefinisikan pelajar
pemulihan sebagai pelajar yang ketinggalan dari segi kemajuan akedemiknya
disebabkan oleh kekurangan tahap kecerdasannya. Kerap gagal dalam menyiapkan
kerja-kerja sekolah dan tidak menunjukkan prestasi yang diharapkan.
Pusat Perkembangan Kurikulum (1984) pula, mentakrifkan bahawa murid
pemulihan adalah mereka yang menghadapi masalah pembelajaran dalam
kemahiran-kemahiran tertentu, bersifat negatif terhadap pembelajaran dan
mempunyai tingkah laku yang menjejaskan pembelajaran serta kurang sikap
keyakinan diri dan sikap positif terhadap pembelajaran.
Dalam Buku Panduan Khas Program Pemulihan KBSR (1982) menjelaskan
bahawa murid pemulihan adalah terdiri daripada mereka yang menghadapi masalah
dan gagal menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira. Mereka juga turut
melakukan kesalahan dalam kerja yang diberikan oleh guru ketika proses
pengajaran dan pembelajaran. Selain daripada itu prestasi mereka ketika
peperiksaan dan ujian yang dilaksanakan oleh pihak sekolah agak kurang
memuaskan. Ini bermakna mereka banyak menempuh kegagalan daripada
kecemerlangan seperti yang dialami oleh rakan sebaya mereka.
Brennan (1974), mentakrifkan murid pemulihan adalah sebagai murid yang
gagal menghadapi kerja normal sekolah untuk kumpulan sebaya mereka. Namun
41
5.2 Ciri-ciri Murid Pemulihan
Latihan 9 Berdasarkan pengetahuan dan pengalaman anda di sekolahadakah terdapat persamaan dan perbezaan seperti yang dinyatakan oleh pendapat tokoh-tokohtersebut. Bincangkan.
begitu kegagalan ini bukanlah bererti mereka dapat dikategorikan sebagai kanak-
kanak cacat.Gulliford, R. (1971), mendifinisikan murid pemulihan sebagai murid-
murid dengan pelbagai kesulitan pembelajaran khas seperti terhad kecerdasan,
emosi, dan tingkah laku. Mereka memerlukan perhatian guru untuk dipulihkan
semula seperti rakan sebaya mereka. Murid-murid ini perlu ditempatkan di dalam
kelas pemulihan dan diberikan rawatan pendidikan oleh guru pemulihan yang
khusus.
Bagi Collins, J.E. (1961), menjelaskan bahawa mereka ini adalah golongan
kanak-kanak yang boleh menguasai sesuatu kemahiran di bawah umur biasanya. Ini
bermaksud kanak-kanak ini hanya boleh menguasai kemahiran yang rendah
berbanding dengan rakan sebaya.
Berdasarkan kepada definisi-definisi yang diberikan di atas dapat disimpulkan
bahawa murid-murid pemulihan adalah terdiri daripada kalangan mereka yang
menghadapi masalah bukan sahaja dari aspek kemahiran tetapi ia turut melibatkan
unsur-unsur lain seperti masalah tingkah laku, emosi dan komunikasi.
42
i. Masalahemosidantingkahlaku.
ii. Sosial
iii. Kesihatan
iv. Kesediaanbelajar
v. Pengamatan
5.2.1 Masalah emosi dan tingkah laku
5.2.1.1 Perasaan risau dan rendah diri.
Murid-murid pemulihan mempunyai perasaan kerisauan yang tinggi. lebih
aktif. Secara tidak langsung juga ia akan menjadikan diri mereka sebagai seorang
yang pasif dan sentiasa mahukan pertolongan orang lain
5.2.1.2 Perasaan sedih.
Riak air muka mereka juga dalam situasi seperti orang yangberada dalam
kesedihan.
5.2.1.3 Perasaan cepat bosan terhadap pelajaran.
Murid pemulihan akan cepat merasa bosan terhadap pembelajaran mereka.
dilaksanakan oleh guru di dalam kelas. Haigh G (1977), telah mencirikan kanak-
kanak pemulihan sebagaitidak bersedia untuk memikirkan konsep-konsep yang
abstrak, mempunyai minat yang terhad dan tidak pelbagai.
5.2.2 Masalah sosial
keadaan gelisah dan sering bergerak di dalam bilik darjah serta mengganggu rakan
yang lain. Akibat daripada tingkah laku seperti ini telah menyebabkan murid-murid
lain berasa benci kepadanya.
Mereka juga kerap ponteng kelas dan tidak hadir ke sekolah. ke sekolah.
Ketidakhadiran mereka ke sekolah juga kerap mengganggu perancangan guru.
suka berbohong dan kadang-kadang suka mencuri barang-barang rakan sebaya di
dalam kelas. Ia seolah-olah telah menjadi satu tabiat kepada mereka. Tabiat seperti
ini telah menimbulkan keresahan dan kebencian rakan sebaya terhadap mereka.
5.2.3 Kesihatan
Murid pemulihan juga sering mengalami masalah kesihatan. Kesihatan mereka
43
sering terganggu akibat daripada kurangnya zat makanan yang dapat membantu
tumbesaran dengan sempurna sama ada dari aspek fizikal mahupun kecerdasan
kognitif.
Selain daripada itu pergerakan motor kasar dan motor halus mereka juga lemah.
Mereka gagal untuk melakukan gerakkan motor kasar dan motor halus dengan
sempurna. Apabila mereka gagal menguasai kedua-dua kemahiran ini, ia akan
memberi kesan kepada penguasaan kemahiran yang diajar oleh guru. Kemahiran
motor halus umpamanya banyak terlibat dalam aktiviti-aktiviti menulis.
5.3.1 Faktor Fizikal
Kesulitan ini telah menyukarkan mereka untuk melaksanakan pergerakan yang
memerlukan penggunaan koordinasi otot-otot seni. Kemahiran menulis umpamanya
memerlukankeselarasan koordinasi otot-otot seni atau psikomotor. Kegagalan otot
mereka berfungsi dengan sempurna akan menyebabkan mereka gagal untuk
menguasai kemahiran menulis.
Mereka sering sakit terlalu lama dan terpaksa meninggalkan alam persekolahan
bagi mengikuti rawatan. Akibat terlalu lama meninggalkan sekolah mereka akan
tertinggal
5.3.2 Faktor Mental
di bawah paras normal menyebabkanmerekalambatberfikirdanbertindak, lekaslupa,
sukarmemahamidanlemahpengamatan.
5.3.3 Faktor Sosial
. Persekitaran juga merupakan salah satu faktor yang menyumbang kepada
berlakunya masalah pembelajaran dalam kalangan murid pemulihan. Murid yang
tinggal di kawasan yang tidak kondusif atau sempurna dari aspek prasarananya
akan memberi implikasi terhadap perkembangan pembelajarannya.
44
5.3 Faktor-faktor Yang Mempengaruhi
Masalah Murid Pemulihan
5.4 Perbezaan Antara Murid Pemulihan,Normal (Biasa) dan Disleksia
Perbezaan di antara ketiga-tiga kategori murid ini dapat ditunjukkan melalui jadual di
bawah.
Perbezaan-perbezaan Mengikut Kategori Murid
Murid Pemulihan Murid Normal / Biasa Murid Disleksia
Penempatan Murid
Proses pencalonan oleh
guru besar, guru kelas,
guru mata pelajarandan
ibu bapa.
Murid biasa yang lemah
perlukan pemulihan
dalam kelas sahaja.
Dipilih setelah gagal
Instrumen Senarai semak
Disleksia setelah
dicalonkan kerana
pencapaian rendah
Masalah Murid
Tidak menguasai
kemahiran utama 3M -
membaca, menulis dan
mengira
Murid KIA2M yang telah
lulus Ujian Pelepasan
Bermasalah dalam
penguasaan kemahiran
bahasa dan matematik
Kelas Pembelajaran
Kelas pemulihan khas Kelas biasa Kelas khas pembelajaran
spesifik
Tenaga Pengajar
Guru Pemulihan Khas Guru mata pelajaran
biasa.
Guru PendidikanKhas
Proses Penempatan
Melalui ujian saringan - Pengesahan daripada
pakar perubatan
Sinopsis
45
Topik 6 : Pengurusan Program
Pendidikan Pemulihan
Topik ini akan menjurus kepada Pengurusan Program Pendidikan Pemulihan. Di
bawah topik ini, ia membincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengannya
secara lebih mendalam. Antara perkara yang akan dibincangkan di bawah topik ini
ialah jenis kelas seperti kelas khas, kelas biasa, kelas khas pemulihan ‘withdrawal’,
kelas bercantum dan kelas inklusif.
Hasil Pembelajaran
Antara hasil pembelajaran bagi topik ini ialah:
1. Mengenal pasti jenis-jenis kelas.
2. Menghuraikan ciri-ciri kelas dan bentuk-bentuk kelas yang terdapat dalam
sistem persekolahan di negara ini.
3. Membuat perbandingan antara satu sama lain bagi jenis-jenis kelas tersebut.
4. Menghasilkan reka bentuk kelas yang kondusif dan sesuai untuk kelas
pemulihan khas.
Kerangka Tajuk
46
Kandungan Isi
6.1 Definisi Kelas
Setiap proses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku di sekolah-sekolah
di Malaysia memerlukan kelas. Ia terdiri daripada sebuah bilik yang berukuran segi
empat tepat. Ada kelas yang satu ’bay’, dua ’bay’ dan tiga ’bay’. Kelas yang normal
biasanya ia mempunyai tiga ’bay’. Kelas tiga ’bay’akan dapat menampung murid di
antara 25 hingga 30 orang. Kelas yang sebegini adalah merupakan kelas yang
kondusif dan tidak terlalu padat dengan murid. Kelas yang sesak akan
menyukarkan proses pengajaran dan pembelajaran. Kelas ini akan dilengkapi
dengan prasarana yang bersesuaian seperti papan tulis, meja guru, meja murid,
kerusi guru, kerusi murid, almari, papan kenyataan dan sebagainya.
Kamus Dewan telah mendefinisikan kelas sebagai sebuah bilik (tempat)
belajar atau bilik darjah. Di dalam kelas tersebut terdapat murid-murid yang
melaksanakan proses pembelajaran dan aktiviti yang berkaitan dengannya. Guru
6.2 Jenis-jenis Kelas
47
6.2.1 Kelas Khas
Kelas khas dapat didifinisikan sebagai sebuah kelas yang khusus untuk murid-
murid bermasalah pembelajaran. Ia dibina bagi menampung murid-murid
berkeperluan khas bermasalah pembelajaran seperti kanak-kanak sindrom down,
terencat akal, autisme, epiepsi dan lain-lain lagi. Penempatan murid-murid ini ke
dalam kelas khas ini adalah berdasarkan kepada pengesahan pegawai
perubatan.pelbagai kemudahan. Kemudahan-kemudahan ini akan dapat membantu
murid-murid berkeperluan khas melakukan aktiviti-aktiviti selaras dengan
keupayaan mereka yang terhad.
6.2.2 Kelas Biasa
Kelas biasa adalah terdiri daripada kelas yang terdapat di sekolah-sekolah harian
biasa. Keluasan kelas ini adalah tiga ’bay’ yang biasanya dapat menampung murid
di antara 25 hingga 30 orang murid. Kelas yang sebegini biasanya adalah untuk
murid-murid normal yang menerima proses pembelajaran biasa.
6.2.3 Kelas Khas Pemulihan ’Withdrawal’.
Sebuah bilik khas perlu disediakan bagi menjalankan Program Pemulihan
Khas. Murid yang akan mengikuti program pemulihan khasakan dibawa ke kelas
pemulihan khas untuk mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran pemulihan
secara khusus daripada guru pemulihan khas. kondusifberukuran 3 bay.
Kebiasaannya Kelas Pemulihan Khas ini dapat dibahagikan kepada tiga kategori
iaitu :
i. Kelas Pemulihan Khas Satu ’Bay’
Kelas Pemulihan Khas satu ’bay’adalah terdiri daripada satu pertiga
daripada keluasan kelas biasa. Ia sangat kecil dan sempit hanya boleh
menampung di antara dua hingga tiga orang murid pemulihan
sahaja.terletak di lorong-lorong laluan & stor penyimpanan barang atau
peralatan sukan turut dijadikan kelas pemulihan khas. Kelas yang seperti ini
adalah amat tidak sesuai kerana dari segi sistem pengudaraannya yang,
perabot xdok,
48
Kelas Pemulihan Khas Dua ’Bay’
Kelas Pemulihan Khas dua’bay’adalah terdiri daripada dua pertiga daripada
keluasan kelas biasa. terletak bersebelahan kelas normal atau berhampiran dengan
pejabat pengurusan sekolah. mempunyai ruang pengudaraan yang agak baik
kerana ia mempunyai keluasan . mempunyai ruang tingkap yang banyak dan dua
pintu keluar masuk murid dan guru pemulihan. Kemudahan ini. Keluasan kelas dua
pertiga ini akan dapat mewujudkan ’kiosk-kiosk’ pembelajaran seperti kiosk bahasa,
kiosk logik matematik, kiosk interpersonal, kiosk interapersonal, kiosk muzik, kiosk
kinestetik, kiosk ruang (spatial) dan kiosk seni. Namun kewujudan kiosk-kiosk ini
juga agak terbatas dengan keluasan kawasan kelas.
ii. Kelas Pemulihan Khas Tiga ’Bay’
Lokasi bilik atau kelas untuk dijadikan Kelas Khas Pemulihan adalah sangat
bergantung kepada keadaan kemudahan yang sedia ada serta kemampuan di
sesebuah sekolah
6.2.4 Kelas Bercantum
Kelas bercantum merupakan kelas yang diwujudkan kerana bilangan murid
dalam tahun persekolahan adalah kurang daripada 15 orang Sekolah Kurang
Murid . Bilangan murid dalam satu tahun persekolahan pula tidak melebihi 14
orang.. ..sekolah yang mempunyai 3 orang guru boleh mencantumkan murid-murid
daripada tiga tahun persekolahan bagi membentuk sebuah kelas bercantum.
Manakala, sebuah sekolah yang mempunyai 4 atau 5 orang guru pula boleh
mencantumkan murid-murid daripada dua tahun persekolahan dalam sebuah kelas.
Namun, biasanya, bilangan guru dalam sekolah yang mempunyai kelas bercantum
tidak melebihi 5 orang kerana peruntukan guru adalah mengikut nisbah bilangan
kelas yang terdapat disesebuah sekolah berkenaan.
6.2.5 Kelas Inklusif
49
Bailey ( 1998 ) merujuk inklusif sebagai memasukkan pelajar istimewa
bersama pelajar lain ke sekolah biasa , mengikut kurikulum yang sama pada masa
yang sama di dalam bilik darjah yang sama, dengan penerimaan yang penuh oleh
semua dan mereka merasakan mereka tidak berbeza daripada pelajar lain.
Pendidikan inklusif di negara ini telah bermula sejak tahun 1962 untuk pelajar
bermasalah penglihatan. Pelajar ini telah belajar dalam kelas khas biasa bersama-
sama pelajar normal dengan bantuan guru khas ( guru resos ). Pada sesi
persekolahan 1993 / 1994 satu era baru telah berlaku dalam perkembangan
pendidikan inklusif. Seramai tiga orang pelajar khas bermasalah pendengaran telah
ditempatkan ke tingkatan 6 Rendah dengan dibantu oleh dua orang guru resos di
Sekolah Menengah Methodist ( L ) Kuala Lumpur ( Seminar Kebangsaan
Pendidikan Khas , 1995 )
Booth ( 1996 ) inklusif mempunyai dua proses yang berhubungan iaitu
proses peningkatan penglibatan pelajar dalam budaya dan kurikulum sekolah aliran
utama dan komuniti dan proses pengurangan pengasingan daripada budaya aliran
utama dan budaya.Pendidikan inklusif merupakan pendidikan umum yang
melibatkan semua pelajar sama ada yang normal, kurang upaya atau yang pintar
cerdas di dalam satu sekolah yang sama bagi memaksimumkan kemampuan
mereka.
50
7. Strategi Pelaksanaan Program Pemulihan
SINOPSIS
Topik ini akan membincangkan tajuk-tajuk yang berkaitan dengan strategi
pelaksanaan program pemulihan. Topik ini adalah berkaitan dengan aspek
pencalonan murid, proses saringan, proses diagnosis dan analisis ujian serta
tindakan susulan.Tajuk ini juga akan menerangkan mengenai proses-proses yang
dilalui oleh seorang murid pemulihan yang terpilih untuk mengikuti kelas pemulihan.
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini anda akan dapat:
1. mengenal pasti strategi pelaksanaan program pemulihan
2. mengetahui bagaimana pencalonan murid pemulihan dilaksanakan.
3. mengetahui proses pelaksanaan ujian diagnostik ke atas murid-murid
pemulihan
4. memahami bagaimana proses pemilihan murid-murid pemulihan dilakukan.
7.1 Pengenalan
Program pemulihan merupakan satu program yang bertujuan untuk membantu
murid-murid yang tidak menguasai kemahiran menulis, membaca dan mengira.
Dalam melaksanakan program tersebut ia memerlukan satu proses yang saling
berkaitan di antara satu sama lain. Proses yang terlibat ialah pencalonan murid,
ujian saringan, ujian diagnosik dan analisis ujian dan tindakan susulan.
7.2 Proses Pelaksanaan Pemulihan
51
Pengajaran & Pembelajaran
PenilaianPenilaian
7.2.1 Carta Alir Proses Program Pemulihan
Pencalonan danPengumpulan
Maklumat
Ujian Saringan
Sudah Menguasai 3M Belum menguasai
Kemahiran 3M
Ujian Diagnostik Dan
Ujian Pengamatan
Analisa Ujian DiagnostikDan
Ujian Pengamatan
Penyediaan Rancangan Pengajaran
Sudah Menguasai
Kemahiran 3M
7.2.2 Pencalonan Murid
Pencalonan murid pemulihan adalah proses utama kepada pemilihan calon untuk
ditempatkan di dalam program pemulihan. Pencalonan murid pemulihan boleh
dilakukan oleh :
7.2.2.1 Guru Kelas
52
Kelas Biasa / Tindakan Susulan
Belum menguasaiKemahiran 3M.MeneruskanPengajaranPemulihan
Guru Kelas boleh mencalonkan murid-murid untuk mengikuti kelas berdasarkan
pencapaian murid dalam kemahiran menulis, membaca dan mengira, hasil kerja
murid dalam kelas, keputusan ujian bulanan, semester dan ujian setiap kemahiran.
7.2.2.2 Guru Mata Pelajaran
Guru mata pelajaran Bahasa Malaysia dan Matematik juga boleh mencalonkan
murid yang diajar oleh mereka untuk mengikuti kelas pemulihan berdasarkan
kepada pencapaian mereka. Apabila murid-murid ini lemah dan tidak menguasai
kemahiran yang disasarkan maka mereka layak untuk dicalonkan ke kelas
pemulihan.
7.2.2.3 Guru Besar
Guru Besar boleh mencadangkan murid-murid berdasarkan penelitian kad-kad
laporan murid dan pemerhatian secara am sama ada di sekolah atau di luar sekolah.
7.2.2.4 Ibu bapa / penjaga
Ibu bapa atau penjaga boleh mencalonkan anak-anak mereka untuk mengikuti
program pendidikan pemulihan khas berdasarkan masalah pembelajaran anak
mereka.
7.2.2.5 Ujian Pelepasan KIA 2 M
Murid-murid boleh dicalonkan berdasarkan kepada Ujian pelepasan KIA 2M bagi
murid Tahun 1. Bagi murid yang tidak melepasi Ujian Pelepasan KIA 2M maka
mereka layak dicalonkan untuk mengikuti saringan program pemulihan. Masa yang
paling baik sekali ialah di awal tahun persekolahan.
7.3 Proses Pengumpulan Maklumat
53
(a) Butir-butir individu dan prestasi murid akan menolong guru pemulihan
memahami murid yang dicalonkan. Ini akan membolehkan seorang guru pemulihan
membuat keputusan sama ada murid itu akan mengikuti program pemulihan atau
tidak.
(b) Daripada rekod individu, guru pemulihan dapat tahu tentang beberapa aspek
penting seperti kesihatan, taraf ekonomi keluarga dan kebudayaan di rumah yang
mungkin ada hubungan dengan kegagalan murid.
(c) Kemajuan akademik dapat menunjukkan prestasi murid dalam mata
pelajaran-mata pelajaran asas.
(d) Lain-lain sumber maklumat ialah :-
(i) Guru Besar boleh campurtangan berdasarkan peninjauan rekod murid,
pemerhatian dan perhubungan.
(ii) Guru kelas boleh menambahkan maklumat dengan mengambil tahu
berkenaan dengan kehadiran, ketepatan masa ke sekolah, kadar dan taraf
kerja, kebiasaan-kebiasaan serta perhubungan dengan murid-murid lain.
(iii) Ibu bapa boleh memberitahu tentang tingkah laku umum, kegemaran dan
perkara-perkara yang ia tidak gemar serta sikapnya terhadap pelajaran.
(iv) Borang rujukan yang boleh menunjukkan secara umum kelemahan
kelemahan murid.
(e) Borang Rujukan mengandungi:-
(i) kemahiran asas membaca dan menulis
(ii) kemahiran asas mengira
(iii) tingkah laku di bilik darjah
54
7.3.1 Proses Saringan
(a) Fungsi:
Ujian saringan ialah satu instrumen pengukuran yang menyeluruh terhadap
kekuatan dan kelemahan dalam penguasaan kemahiran-kemahiran asas oleh
murid secara individu untuk dicalonkan bagi mengikuti Program Pemulihan
Khas. Ujian ini dapat mengesan murid-murid yang lemah dan memerlukan
bantuan pemulihan khas. Dengan lain perkataan Ujian Saringan bertujuan
untuk menentukan calon yang layak untuk dimasukkan ke program pemulihan
khas
Bahan atau topik dalam Ujian Saringan merangkumi hanya kerja-kerja yang
telah diajar oleh guru kelas sehingga masa saringan diberikan. Oleh itu
senarai kemahiran yang diuji hendaklah ditentukan dan direkodkan dalam
Jadual Penentu Ujian.
Ujian boleh dijalankan apabila pencalonan diterima. Selain itu ujian akan
dilaksanakan secara individu atau kumpulan kecil. Hasil daripada ujian akan
direkodkan dalam Borang Rekod Ujian untuk difailkan.
Bilangan murid yang diterima masuk ke kelas Pemulihan Khas berdasarkan
beberapa faktor seperti skor yang lemah, jenis masalah yang dihadapi oleh
murid dan ruang yang ada untuk Kelas Pemulihan Khas.
(b) Instrumen Ujian Saringan:
(i) Instrumen Penentu Penguasaan 2M (IPP2M) - mata pelajaran
Bahasa Malaysia
(ii) (Arithmatics Screening Test)- Mathematics
55
7.3.2 Proses Diagnosis
Ujian diagnostik adalah ujian yang terpenting dalam Program Pendidikan
Pemulihan Khas. Ujian ini digunakan untuk membantu guru pemulihan khas
mengesan daerah-daerah kelemahan dan kekuatan yang dihadapi oleh setiap
murid.
(a) Fungsi:
Ujian Diagnostik wajib dijalankan dengan tujuan untuk membantu guru
pemulihan khas mengesan kawasan-kawasan kelemahan dan kekuatan yang
dihadapi oleh seseorang murid secara khusus dan seterusnya membentuk
objektif pengajaran (baseline). Ujian ini dibentuk bukan untuk menilai
peringkat pencapaian tetapi untuk mengesan masalah-masalah yang dialami
ketika belajar dan mengenal pasti punca kegagalan murid dalam menguasai
sesuatu kemahiran.
(b) Instrumen Ujian Diagnostik
Sebagai panduan untuk membina dan mentadbir Ujian Diagnostik, Guru
Pemulihan Khas boleh merujuk Buku Panduan Pelaksanaan Program
Pemulihan Khas (Masalah Penguasaan 3M) terbitan Jabatan Pendidikan
Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia (2000).
Di dalam buku panduan tersebut terdapat pelbagai kemahiran yang sedia
digunakan untuk menguji tahap kelemahan murid yang terpilih untuk
mengikuti kelas pemulihan. Guru hanya perlu memilih dan merancang serta
membina ujian diagnostik yang benar-benar tepat serta mencapai kriteria
yang dikehendaki.
56
7.3.3 Analisa Ujian Diagnostik dan Pengamatan
Penganalisaan keputusan hendaklah dikumpul dan direkodkan dan diberi
interpretasi dengan cermat untuk mempastikan masalah-masalah murid. Keputusan
analisa ujian diagnostik akan menunjukkan daerah-daerah kelemahan dan kekuatan
seseorang murid dalam menguasai sesuatu kemahiran. Cara ini dapat membantu
guru mengenal pasti kumpulan tertentu mengikut kebolehan dan daerah-daerah
kesukaran yang dihadapi.
Analisa kesalahan ujian tersebut juga dapat membantu guru merancang satu
program pengajaran yang khusus kepada seseorang individu atau kepada satu
kumpulan dengan lebih tepat dan sistematik. Berdasarkan kepada analisa kesalahan
ujian diagnostik tersebut, guru pemulihan akan dapat mengenal pasti daerah-daerah
kelemahan murid yang telah dipilih. Daerah-daerah kelemahan itu akan membantu
guru untuk memilih kemahiran yang tepat untuk memulakan proses pengajaran dan
pembelajaran.
7.3.4 Tindakan Susulan
Murid yang telah dapat menguasai kemahiran yang telah dipulihkan akan
menjalankan kerja susulan yang dijalankan oleh guru kelas biasa dengan bantuan
dan kerjasama dari Guru Pemulihan Khas apabila perlu. Guru kelas, guru mata
pelajaran dan guru pemulihan perlu saling bekerjasama di antara satu sama lain
bagi mengukuhkan kemahiran yang telah dikuasai oleh murid pemulihan.
Murid pemulihan yang berjaya menguasai kemahiran akan ditempatkan semula ke
kelas biasa untuk mengikuti proses pembelajaran seterusnya.. Mereka akan
sentiasa dipantau oleh guru pemulihan ketika berada di kelas biasa. Tujuannya ialah
57
Latihan 12.
Bagaimanakah proses pencalonan, ujian saringan dan ujian diagnostik
dapat membantu seorang guru melaksanakan program pemulihan di
sekolah. Bincangkan.
untuk melihat perkembangan pelajar tersebut disamping membantu guru di kelas
biasa dalam proses pngajaran mereka. Jika terdapat masalah terhadap murid
tersebut, maka guru pemulihan akan bertindak segera untuk menyelesaikannya.
Dalam meneguhkan kemahiran yang telah dikuasai murid, guru kelas, guru mata
pelajaran dan guru pemulihan perlu bekerjasama di antara satu sama lain. Mereka
mesti membuat perancangan yang bersesuaian untuk murid tersebut agar mereka
dapat mengikuti proses pembelajaran di dalam kelas biasa. Guru kelas dan mata
pelajaran hendaklah mengenal pasti strategi, kaedah dan pendekatan pengajaran
dan pembelajaran yang sesuai dengan tahap kebolehan murid yang telah
dipulihkan.
Kesimpulan
Strategi pelaksanaan program pemulihan merupakan satu langkah yang penting ke
arah kejayaan sesuatu program pemulihan di sekolah-sekolah. Strategi
pelaksanaan program tersebut dapat membantu guru pemulihan untuk
melaksanakan program pemulihan dengan lebih berkesan. Selain daripada itu
strategi pelaksanaan perlu mantap bagi melahirkan ciri-ciri pemulihan yang berkesan
terhadap murid-murid yang gagal menguasai kemahiran menulis, membaca dan
mengira.
8.1 Intervensi Awal
Intervensi awal (early intervention) yang diatur untuk kanak-kanak berkeperluan
khas sejak dilahir hingga 6 tahun adalah sangat penting. Intervensi awal terdiri
daripada gabungan usaha pendidikan, maklumat tentang pemakanan,
58
Latihan 13.
Hubung kaitkan peranan Jadual Penentu Ujian dalam membina instrumen ujian diagnostik untuk murid-murid pemulihan. Dapatkan seberapa banyak maklumat di perpustakaan atau pusat sumber yang berdekatan.
perkembangan kemahiran motor, penjagaan diri, interaksi sosial dan sokongan
keluarga yang dilaksanakan sejurus selepas ketidakupayaan dikenal pasti (Hanson
& Lynch, 1989).
Intervensi awal bermaksud memberi perkhidmatan rawatan, pemulihan,
bimbingan dan khidmat nasihat kepada kanak-kanak dan juga ibu bapa sebaik
sahaja sesuatu kecacatan dikesan atau dikenalpasti dialami oleh kanak-kanak (Kail,
2001). Perkhidmatan ini diberikan seawal mungkin agar kanak-kanak tersebut boleh
diberikan bantuan dari aspek bahasa, sosial, emosi dan psikomotor agar
perkembangan dalam aspek tersebut dapat diberikan agar tidak ketinggalan terlalu
jauh dari aspek perkembangan umur dan fizikal dibandingkan dengan kanak-kanak
lain yang seusia.
Intervensi awal boleh merupakan pengukuhan penguasaan bahasa,
mempertingkatkan kemahiran matematik, memperkembangkan kemahiran motor
dan interaksi sosial. Intervensi awal yang intensif bertujuan untuk mengurangkan
kesan sesuatu kurang upaya kepada pemulihan dan mengelaknya menjadi lebih
ketara apabila kanak-kanak memasuki sekolah rendah. Mengapa amalan intervensi
awal tidak berleluasa? Salah satu sebab ialah kadar pertumbuhan kanak-kanak
yang sukar dijangkakan terutama pada peringkat umur yang muda.
Golongan pendidik enggan mencadangkan kanak-kanak prasekolah yang
menghadapi kesukaran belajar mengikuti program pendidikan khas (Lerner, 2003).
Mereka lebih cenderung untuk mengaitkan kanak-kanak yang menghadapi masalah
pemulihan dengan perkembangan lewat dan perlu diberi lebih banyak masa. Ini
telah menyebabkan kanak-kanak berkenaan tidak mendapat perkhidmatan
pendidikan khas yang sewajarnya dan akhirnya gagal untuk menguasai kemahiran
asas. Contohnya, kanak-kanak dyslexia [disebut ‘dis-lek-sia] (sejenis masalah
penyakit yang menjejaskan kemahiran bacaan), tidak dapat membaca pada tahap
kanak-kanak lain ditafsir oleh guru sebagai lewat berkembang dan perlu diberi lebih
banyak masa.
Bagi kebanyakan murid sekolah rendah, masalah pemulihan menjadi jelas apabila
mereka gagal untuk menguasai kemahiran membaca, menulis dan menyelesai
masalah matematik. Tingkah laku yang sering dilihat ialah ketidakupayaan untuk
59
memberi tumpuan atau hiperaktif (contohnya, tidak boleh duduk diam, murung atau
sebagainya).
Lama kelamaan kurikulum menjadi semakin susah, apabila mereka
dikehendaki mempelajari bidang-bidang ilmu lain seperti sains dan sains sosial.
Setelah beberapa tahun mengalami kegagalan dalam bidang akademik, masalah
emosi mula muncul yang menghalang interaksi dengan murid lain.
Oleh itu, intervensi awal sangat penting untuk membantu kanak-kanak ini
(Lerner, Lowenthal dan Egan 2003). Para ibu bapa dan guru tidak harus berputus
asa terhadap kanak-kanak pemulihan. Sebaliknya, mereka harus memberikan
sokongan sepenuhnya melalui usaha intervensi awal.
B 8.2 Pentingnya Intervensi Awal
Kajian-kajian menunjukkan bahawa intervensi awal membawa kesan positif kepada
kanak-kanak pemulihan, kanak-kanak kurang upaya dan yang berisiko tinggi dalam
jangka masa pendek dan jangka masa panjang. Di Amerika Syarikat perkhidmatan
intervensi awal (3 tahun ke bawah) diwajibkan untuk kanak-kanak yang mengalami
perkembangan lewat dan kanak-kanak berisiko tinggi (IDEA, 1990). Mengapa?
Intervensi awal memainkan peranan penting dalam melengkapkan kanak-
kanak pemulihan dengan kemahiran asas sebelum mereka masuk ke sekolah
rendah. Intervensi awal yang komprehensif dan intensif adalah berfaedah kepada
keluarga dan masyarakat. Intervensi awal mempunyai impak yang positif kepada
persekitaran terdekat kanak-kanak berkeperluan khas. Atas sebab ini juga, setiap
individu dalam sesebuah komuniti perlu sedar akan tanggungjawab masing-masing
ke atas kanak-kanak berkeperluan khas (Lerner, 2003).
Intervensi awal dapat membantu perkembangan pelbagai kebolehan kanak-
kanak. Contohnya, seorang kanak-kanak bermasalah pendengaran yang diajar
menggunakan bahasa isyarat secara tidak langsung dapat mempertingkatkan
mindanya dan membuka peluang untuk dia berinteraksi dengan kanak-kanak lain.
60
Kejadian masalah lain yang terikat dengan kesukaran awal boleh diatasi
melalui perkhidmatan intervensi awal. Contohnya kanak-kanak yang mengalami
masalah penglihatan tetapi tidak diberi intervensi awal, mungkin mengalami masalah
emosi seperti perasaan kecewa. Intervensi awal juga menawarkan penjimatan wang
bagi sesuatu masyarakat. Intervensi awal yang intensif dan berkesan mengurangkan
beban penyediaan pendidikan khas pada peringkat sekolah rendah dan menengah.
Bilangan kanak-kanak yang memerlukan perkhidmatan pendidikan khas
mungkin berkurangan. Ringkasnya, intervensi awal boleh meningkatkan intelek,
meningkatkan perkembangan fizikal dan meningkatkan penguasaan bahasa kanak-
kanak berkeperluan khas. Intervensi awal yang sistematik menghalang kewujudan
masalah lain, mengurangkan tekanan kepada keluarga, dan mengurangkan
pembinaan institusi khas. Dengan adanya intervensi awal yang teratur, keperluan
untuk pendidikan khas di peringkat persekolahan dapat dikurangkan dan ini
menjimatkan perbelanjaan negara yang dikhaskan untuk kemudahan penjagaan,
kesihatan dan pendidikan.
8.3 Perlaksanaan Intervensi Awal
Sama ada memilih intervensi awal secara individu, secara kumpulan kecil atau
seluruh kelas bergantung kepada tahap keterukan sesuatu ketidakupayaan. Seperti
mana guru telah menentukan sama ada untuk melaksanakan strategi intervensi
berpusatkan guru atau berpusatkan pelajar, guru juga harus menentukan
kesesuaian strategi-strategi tersebut ke atas seluruh kelas, sekumpulan kecil atau
orang perseorangan. Pemilihan ini bergantung kepada kebijaksanaan guru untuk
menilai strategi intervensi yang terbaik mengikut jumlah pelajar dan jenis
61
ketidakupayaan.
Rajah 2: Pendekatan intervensi awal
8.3.1 Intervensi Berpusatkan Guru
Intervensi berpusatkan guru adalah satu kaedah yang berkesan untuk mengajar dan
mengawal pelajar bermasalah pembelajaran dan tingkah laku (Gersten, 1998). Atas
sebab ini, golongan pendidik seharusnya sedar tentang peranan mereka yang tidak
hanya terbatas untuk memberi ilmu pengetahuan, tetapi mencegah sesuatu
ketidakupayaan itu menjadi lebih kronik apabila kanak-kanak tersebut sudah
dewasa. Intervensi berpusatkan guru sepenuhnya memerlukan guru memainkan
peranan utama dalam sesi pengajaran dan pemulihan.
Dalam intervensi ini, guru yang menentukan jenis strategi yang perlu
digunakan, model dan demonstrasi, memberi arahan kepada anak-kanak dan
memantau kemajuan mereka. Intervensi berpusatkan guru sepenuhnya sesuai
digunakan pada tahap pemerolehan pengetahuan dan kemahiran.
62
8.3.2 Intervensi Berpusatkan Pelajar
Intervensi berpusatkan pelajar lebih sesuai bagi pelajar yang berkemampuan
mengawal tingkah laku sendiri (Graham, Harris dan Reid, 1993). Oleh itu, pelajar
yang boleh mengawal tingkah laku sendiri dikenal pasti dan barulah intervensi
berpusatkan pelajar dilaksanakan. Istilah ‘berpusatkan pelajar’ membawa imej
tentang pelajar yang berdikari, bergantung pada diri sendiri dan berjaya
mengendalikan proses-proses pemulihan dalam kelas biasa.
Dalam intervensi berpusatkan pelajar, pelajar memainkan peranan utama
tetapi masih mendapat bimbingan dalam beberapa perkara daripada guru kelas.
Pelajar akan diajar prosedur-prosedur kawalan diri, menentukan matlamat yang
realistik, menangani kekecewaan dan cara mengatasi masalah. Intervensi ini melatih
pelajar untuk ‘berdiri di atas kaki sendiri’.
8.3.3 Intervensi Berpusatkan Keluarga
Dalam pendekatan intervensi berpusatkan keluarga, kanak-kanak dilihat sebagai
sebahagian daripada sistem sesebuah keluarga. Apabila ibubapa dilibatkan dalam
proses intervensi, keluarga itu akan menjadi elemen yang mustahak dalam proses
pemulihan kanak-kanak berkenaan. Ini turut memperbaiki interaksi di antara kanak-
kanak dengan golongan dewasa.
Intervensi berpusatkan keluarga memerlukan komitmen yang tinggi daripada
setiap ahli sesebuah keluarga. Secara tidak langsung, pendekatan ini juga mampu
mengeratkan hubungan kekeluargaan dan meningkatkan kefahaman tentang