MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK
TAJUK 1PERANCANGAN PELAJARAN MATEMATIK
1.1SINOPSIS
Tajuk ini menyediakan satu kesempatan bagi pelajar untuk
merancang pengajaran matematik yang berkesan. Pelajar akan tahu
bagaimana untuk merancang skema pengajaran tahunan atau semester
dan juga merancang rancangan pengajaran harian dengan format yang
betul. Pelajar juga akan tahu pentingnya pengurusan bilik darjah
matematik yang berkesan dan pentingnya komunikasi yang berkesan di
dalam bilik darjah. Pada akhir modul ini pelajar perlu tahu
membezakan pengajaran mikro dan makro.
1.2HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir tajuk ini, anda dijangkakan akan dapat:
(1) menerangkan kurikulum matematik sekolah rendah
(2) menyediakan skop dan urutan tajuk dari kurikulum
matematik
(3)menghasilkan rancangan tahunan/semester dan rancangan
pengajaran harian (RPH) dengan format yang betul
(4) mengetahui kepentingan pengurusan bilik darjah dan
komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran matematik yang
berkesan
(5) membezakan antara pengajaran mikro dan makro
1.3KERANGKA TAJUK
1.4 KANDUNGAN
1.4.1SEMAKAN KURIKULUM MATEMATIK SEKOLAH RENDAH Sebagai seorang
guru matematik, anda mesti mengetahui dan memahami kurikulum
matematik sekolah rendah sebelum merancang pengajaran. Kurikulum
matematik merupakan panduan rasmi yang mesti diikuti oleh semua
guru matematik. Kurikulum matematik digubal oleh Bahagian
Pembangunan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia dengan
objektif-objektif yang tertentu. Matlamat Kurikulum matematik
sekolah rendah adalah untuk membina pemahaman murid tentang konsep
nombor, kemahiran asas dalam pengiraan, memahami idea matematik
yang mudah dan berketrampilan dan boleh mengaplikasikan pengetahuan
serta kemahiran matematik secara berkesan dan bertanggungjawab
dalam kehidupan seharian.
1.4.2 Menyediakan Skema Kerja untuk Tahunan/Semester dan
Rancangan Pengajaran Harian
Sebelum sesuatu pengajaran matematik dapat dilaksanakan secara
berkesan guru perlu merancang dan menyediakan skema kerja untuk
satu tahun atau satu semester. Berdasarkan skema kerja tahunan/
semester, guru merancang dan menyediakan rancangan pengajaran
harian (RPH).
RANCANGAN TAHUNAN/SEMESTERRancangan tahunan/ semester ialah
dokumen bercetak yang disediakan oleh guru atau panitia matematik
sekolah berdasarkan kurikulum matematik bagi mencapai hasil
pembelajaran yang telah ditetapkan. Rancangan tahunan/ semester
perlu menunjukkan agihan tajuk mengikut minggu.
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)
Rancangan pengajaran harian merupakan satu dokumen yang penting
bagi seseorang guru. RPH adalah langkah-langkah kerja yang perlu
dilaksanakan oleh seorang guru dikelas bagi mencapai hasil
pembelajaran yang ditetap. RPH sepatutnya mengandungi apa yang guru
akan buat, bagaimana untuk melaksanakannya dan jangkaan apayang
pelajar akan laksanakan semasa proses pengajaran dan
pembelajaran.
RPH yang dirancang dengan rapi dan teliti dapat meningkatkan
kualiti pengajaran dan mengurangkan masalah disiplin dalam bilik
darjah. RPH hendaklah disediakan lebih awal sebelum sesi pengajaran
berdasarkan format tertentu. Perkara-perkara berikut perlu ada
dalam RPH:
1. Tajuk
2. Hasil Pembelajaran
3. Pengetahuan sedia ada
4. Media pengajaran
5. Set induksi
6. Perkembangan isi pelajaran
7. Penilaian
8. Penutup
Terdapat beberapa perkara yang perlu diberi pertimbangan oleh
guru semasa menyediakan RPH. Perkara-perkara tersebut ialah:
1.Hasil pembelajaran
2.Peruntukan masa
3.Pengetahuan sedia ada murid
4.Saiz kelas
5.Media pengajaran
6.Tahap keupayaan murid
7.Kemahiran berfikir dan nilai murni
8. Pendekatan pengajaranCONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
KBSR:Rancangan Mengajar Harian Berdasarkan
Pendekatan Inkuiri Penemuan
TopikUkuran Panjang
KemahiranMemahami hubungkait antara unit ukuran panjang
Tahun4
Masa1 jam
A. Hasil Pembelajaran
Selepas aktiviti pembelajaran murid boleh menyatakan:
i. hubungan antara 1 cm dengan unit mm iaitu 1 cm = 10 mm
dan
10mm = 1 cm
ii. menyatakan ukuran dalam mm jika diberi ukuran dalam cm dan
sebaliknya dengan menggunakan pembaris dalam sengatan cm dan mm
B. Media Pengajaran : Pembaris meter, pembaris sentimeter(30
sentimeter & 300 milimeter), LCD, Laptop, lembaran kerja
C. Kaedah : Inkuiri penemuan
D. Aktiviti : Mengukur benda konkrit di dalam kelas menggunakan
pembaris
E. Pengetahuan sedia ada: Murid boleh mengukur objek dalam unit
cm dan mm.
Set Induksi (5 minit) :
1. Guru menayangkan 2 batang pen berwarna merah dan biru yang
sama panjang disukat dengan klip kertas dan getah pemadam
masing-masing. (Gambar: pen merah bersamaan panjang 6 klip kertas.
Pen biru bersamaan panjang 2 batang getah pemadam)
2. Soalan Guru:
Berapakah panjang pen merah?
Berapakah panjang pen biru?
Adakah pen merah dan pen biru sama panjang?
Apakah kesimpulan yang anda boleh buat mengenai hubungan
panjang klip kertas dan getah pemadam?
(panjang 6 klip kertas = panjang 2 getah pemadam)
3. Guru menayangkan 1 batang getah pemadam dengan 3 klip kertas
di sebelahnya. Guru membimbing murid membuat kesimpulan hubungan
antara panjang getah pemadam dan klip kertas
1 batang pemadam = ______ klip kertas
4. Soalan guru: Apakah hubungan antara unit cm dan mm?
Perkembangan
Langkah 1 (20 minit) Tahap Konkrit1. Bahagikan murid kepada 3
kumpulan kecil (4-5 orang satu kumpulan)
2. Murid mengenal pasti benda konkrit yang hendak diukur (ukuran
panjang meja, ukuran lebar buku teks, ukuran panjang pemadam papan
tulis, dan lain lain)
3. Edarkan pembaris meter , pembaris sentimeter dan pembaris
milimeter kepada setiap kumpulan. Kertas kosong untuk merekodkan
bacaan hasil ukuran yang diperolehi.
Contoh rekod murid:
Kumpulan
Sentimeter (cm)
Milimeter (mm)
Pemadam papan tulis
9
90
Panjang meja
60
600
4. Setiap kumpulan mengukur panjang setiap objek yang telah
mereka kenal pasti dalam kumpulan masing-masing dan merekodkan
bacaan ukuran objek yang mereka perolehi dalam unit yang
berasingan.
Langkah 2 (10 minit) Tahap Semi Konkrit5. Setiap kumpulan
membentangkan hasil ukuran yang diperolehi di hadapan kelas dengan
unit ukuran yang mereka gunakan.
6. Murid membandingkan hasil ukuran dalam unit yang berbeza pada
benda konkrit yang sama.
7. Murid mendapati hasil ukuran pada benda konkrit yang sama
mempunyai nombor dan unit yang berbeza.
Langkah 3 (10 minit) Tahap abstrak
1. Guru memberi penerangan tentang hubungkait antara unit ukuran
panjang yang digunakan dalam pengukuran. Contoh : Ukuran meja murid
100mm = 10cm, ukuran pemadam papan tulis 7cm = 70mm. Unit dan
nombor berbeza tetapi nilai ukuran panjang adalah sama. Guru
memberi contoh contoh yang berkaitan.
2. Guru memberi garis AB panjang 1 cm yang dilukis pada
sehelai
kertas kepada 2 kumpulan murid. setiap kumpulan dikehendaki
mengukur garis tersebut dalam unit cm dan mm.
3. Guru membimbing murid membuat kesimpulan bahawa
1cm = 10 mm dan 10 mm = 1 cm Penilaian
Langkah 4 (10 minit) Tahap abstrak1. Murid diberi lembaran kerja
dan menyelesaikan secara individu.
2. Lembaran kerja dibahagikan kepada tiga bentuk aras kecerdasan
iaitu cerdik, sederhana dan lemah.
3. Guru menyemak jawapan lembaran kerja yang diperolehi daripada
murid.
Penutup
1. Guru menayangkan video lagu bertajuk unit ukuran panjang.
Guru membimbing murid menyanyikan lagu yang ditayangkan.
2. Rumusan isi pelajaran daripada murid dengan bimbingan guru,
guru menegaskan 1 cm = 10 mm. 10 mm = 1 cm
Contoh latihan yang disediakan oleh guru bagi pelbagai tahap
kebolehan murid.Kumpulan cerdas : Lukiskan garis mengikut unit
panjang yang diberi dan ukur garis tersebut mengikut unit yang
dikehendaki:
1. 1cm = ________mm
2. 12 cm =_______mm
3. 45 cm =_______mm
4. 68 mm=_______cm
5. 70 mm = _______cm
6. 5.2 cm = ______mm
7. 18.6 cm = ______mm
Kumpulan sederhana :
Selesaikan :
1. 5 m = ________cm
2. 12 m=_______cm
3. 56 cm= _______m
4. 18 cm=______mm
5. 260 cm=______mm
6. 80 mm=______cm
7. 50 mm=______cmKumpulan lemah :
Selesaikan : 1. 1 cm = _____mm
2. 2 cm = ______mm
3. 20 mm = _____cm
4. 15cm = ______cm
5. 40 mm = _____cm
CADANGAN RANCANGAN PELAJARAN HARIAN KSSR
1. Mata Pelajaran, Kelas dan Masa 2. Tema/Tajuk 3. Standard
Pembelajaran (Kod Sahaja)4. Objektif Pembelajaran 5. Elemen
Merentas Kurikulum (EMK): Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan dan
TMK merupakan EMK yang diberi penekanan dalam KSSR. EMK sedia ada
seperti Bahasa, Sains dan Teknologi, Pendidikan Alam Sekitar, Nilai
Murni dan Patriotisme masih diterapkan dalam P&P7. Bahan Bantu
Belajar 8. Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran : Fasa Persediaan,
Fasa Imaginasi, Fasa Perkembangan, Fasa Tindakan9. Penilaian
P&P10. Refleksi:
i. Nyatakan bilangan murid yang mencapai objektif P&P
ii. Tindakan susulan (pemulihan, pengukuhan dan pengayaan)
CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN KSSR
RANCANGAN PELAJARAN HARIAN
(Tanpa Program LINUS - Numerasi)
Mata Pelajaran dan kelas:Matematik Tahun Satu Damai
Topik :Nombor Bulat Hingga 100
Masa :60 minit
Standard Pembelajaran:1.1 (i) (a), (i)(b), (i)(c)
Objektif Pembelajaran:
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:
Menyatakan kuantiti secara
a. Kumpulan yang mempunyai banyak dan sedikit objek.
b. Membandingkan dua kumpulan secara padanan.
c. Pola berlainan dengan menggunakan dua kumpulan objek.
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran:
Membezakan dua kumpulan objek banyak atau sedikit.
Di luar bilik darjah
Objek yang disediakan
Kad gambar.
Membuat padanan objek yang berbeza dari segi bentuk, warna dan
saiz.
Membina kumpulan objek dengan susunan objek yang pelbagai.
Elemen Merentas Kurikulum (EMK):
Kreativiti (pelbagai pola) pemerhatian, membanding, membeza dan
memadan.
Alam sekitar (pokok bunga).
Bahan Bantu Belajar:
Alat pembilang (Sida, guli, kerusi), tumbuhan dan objek
sekeliling sekolah. Lembaran kerja.
Penilaian Pengajaran dan Pembelajaran:
Penilaian melalui pemerhatian semasa p&p dan
perbincangan.
Refleksi:
5 daripada 36 murid yang belum mencapai objektif pembelajaran
akan dibimbing dalam kelas akan datang.
RANCANGAN PELAJARAN HARIAN
(Berserta Program LINUS - Numerasi)
Mata Pelajaran :Matematik Tahun Satu Damai
Tajuk :Tambah
Masa :60 minit
Standard Pembelajaran:2.1 (i), (ii) dan (iii)
Objektif Pembelajaran:
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:
a. Menyatakan pasangan nombor bagi kumpulan objek yang
diberi.
b. Menyebut nombor bagi jumlah objek pasangan kumpulan yang
diberi
c. Membina kombinasi dua nombor bagi jumlah objek yang
diberi.
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran:
Murid Perdana
1. Perbincangan mengenai:
Dua kumpulan objek
Bilangan dua kumpulan objek yang disatukan
Kad gambar yang menunjukkan dua kumpulan objek.
2. Murid membina dua kumpulan objek dan menyebutkan
jumlahnya.
3. Murid bina kombinasi dua nombor berdasarkan satu kumpulan
objek.
Murid LINUS (Numerasi)
1. Soaljawab mengenai nilai lebih satu daripada suatu nombor
Seorang murid masukkan sebiji bola ke dalam bakul.
Soaljawab mengenai bilangan bola yang ada dalam bakul
Masukkan lagi sebiji bola ke dalam bakul.
(aktiviti berterusan untuk bilangan yang lain pula)
2. Bimbing murid menyebut lebih satu adalah nombor yang
berikutnya.
3. Tunjuk dan sebut nombor lebih satu adalah nombor berikut
berdasarkan garis
nombor.
Elemen Merentas Kurikulum (EMK):
Kreativiti (membina kumpulan objek, kombinasi dua nombor bagi
satu kumpulan objek)
Perbendaharaan kata merujuk situasi tambah.
Bahan Bantu Belajar:
Alat pembilang (cip plastik, pensel, blok asas), kad gambar. Kad
garis nombor.
Penilaian Pengajaran dan Pembelajaran:
Penilaian melalui pemerhatian semasa P&P dan
perbincangan.
Refleksi:
90% murid mencapai objektif pembelajaran. Murid yang belum
menguasai dibimbing melalui aktiviti pengukuhan.
1.4.3 PENGURUSAN BILIK DARJAH DAN KOMUNIKASI
Pengurusan dan komunikasi bilik darjah merupakan satu aspek yang
penting ke arah mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan.
PENGURUSAN BILIK DARJAH
Pengurusan bilik darjah bukan sahaja melibatkan pengawalan
disiplin dan tingkah laku murid di dalam bilik darjah ketika proses
pengajaran dan pembelajaran. Tetapi ianya juga berkaitan dengan
pengurusan aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara
konsisten.
Bagi tujuan mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang
kondusif, guru perlu tahu dan memahami murid dari aspek
tingkahlaku, kedudukan murid dalam kelas, termasuklah nama murid.
Guru perlu juga mengadakan dan menguatkuasa peraturan dalam
kelas.
Guru perlu mengawal masa bagi setiap aktiviti pengajaran dan
pembelajaran yang dirancang supaya apa yang dirancang dapat
diselesaikan dalam masa yang ditetapkan secara berkesan. Walaupun
begitu guru perlu bersikap fleksible dalam mengurus aktiviti
pengajaran dan pembelajaran mengikut keupayan murid untuk
belajar.
KOMUNIKASI DALAM BILIK DARJAH
Komunikasi adalah aspek yang penting dalam pengajaran dan
pembelajaran matematik. Komunikasi juga merupakan satu cara untuk
guru dan murid berkongsi idea dan menjelaskan konsep matematik.
Proses komunikasi membantu murid membina kefahaman konsep yang
bermakna. Komunikasi yang berkesan boleh membantu murid
meningkatkan kemahiran berfikir.
Guru perlu menggalakan murid berbincang tentang idea-idea
matematik supaya murid dapat meneroka konsep-konsep matematik dari
pelbagai perspektif. Keadaan ini akan meningkatkan lagi pembentukan
pemikiran matematik dalam minda murid.
Ketika membuat RPH guru perlu merancang aktiviti-aktiviti yang
menggalakan murid-murid berkomunikasi sesama mereka dan guru.
Aktiviti-aktiviti seperti pembelajaran koperatif, pembentangan
hasil kerja dan projek amat bersesuaian bagi meningkatkan
komunikasi di dalam bilik darjah.
1.4.4 PENGAJARAN MIKRO DAN MAKRO
Pengajaran mikro dan makro merupakan satu kaedah dalam latihan
mengajar kepada calon guru bukan dalam kelas sebenar.
PENGAJARAN MIKRO
Objektif utama pengajaran mikro adalah untuk menyediakan bakal
guru dengan suasana pengajaran dalam bilik darjah. Sesi pengajaran
mikro dijalankan dalam kumpulan murid yang kecil 4 hingga 5 orang.
Masa pengajaran mikro adalah antara 10-15 minit. Kemahiran
penyampaian pula difokuskan kepada satu aspek sahaja seperti set
induksi, satu langkah aktiviti pengembangan atau penutup.
Selepas sesi pengajaran mikro, bakal guru perlu membuat refleksi
terhadap pengajaran mereka. Refleksi ini bertujuan menambah baik
pengajaran mereka dari semua aspek perancangan dan perlaksanaan
pengajaran dan pembelajaran.
PENGAJARAN MAKRO
Pengajaran makro mempunyai objektif yang sama dengan pengajaran
mikro, tetapi dalam situasi berbeza. Pengajaran makro merupakan
sesi pengajaran sebenar tetapi dikalangan rakan sebaya dan bukan
dalam suasana bilik darjah sebenar. Pengajaran mikro melibat
bilangan murid yang ramai dan masa mengikut kelas sebenar.
SHAPE \* MERGEFORMAT
Aktiviti 1.4.1
Dapatkan Kurikulum dan Huraian Sukatan Matematik Sekolah Rendah
(KBSR) atau Dokumen Standard (KSSR) tahun Satu hingga tahun Enam.
Sediakan skop dan urutan tajuk matematik sekolah rendah dari tahun
1 hingga tahun 6
Aktiviti 1.4.2 (1)
Kumpulkan rancangan tahunan matematik di sekolah anda dari tahun
1 hingga tahun 6. Kongsi dengan rakan kelas anda dan simpan dalam
folio
Aktiviti 1.4.2 (2)
Sediakan nota ringkas tentang kepentingan rancangan pengajaran
harian kepada guru. Simpan nota anda dalam folio.
Aktiviti 1.4.2.(3)
Pilih satu topik matematik sekolah rendah dan sediakan satu RPH
untuk satu jam pengajaran. RPH mestilah mengikut format yang telah
ditetapkan dan mengambil kira perkara-perkara di atas. Simpan RPH
dalam folio.
Aktiviti 1.4.3(1)
Bincangkan faktor-faktor yang membawa kepada kewujudan kelas
matematik yang kondusif. Kongsikan dapatan anda dengan rakan
sekelas dan simpan dalam folio.
Aktiviti 1.4.3 (2)
Rancangkan satu aktiviti matematik yang sesuai dijalankan dalam
bilik darjah di mana melibatkan komunikasi antara murid dan murid
serta murid dan guru.
Aktiviti 1.4.4
Kumpulkan maklumat tentang kepentingan pengajaran mikro dan
makro.
Dengan menggunakan pengurusan grafik yang sesuai, banding beza
pengajaran mikro dan makro.
2