1 TAHNIAH SELAMAT DATANG Ke Politeknik Ungku Omar Politeknik Premier Kepada semua pelajar baharu Sesi Jun 2018 Buku panduan MSK ini hendaklah dibaca dengan teliti dan difahami sepenuhnya. Ianya hendaklah disimpan dengan baik kerana sebahagian daripadanya haruslah dijadikan rujukan dan panduan anda di sepanjang menjadi pelajar Politeknik Ungku Omar. Semoga anda sekalian menjadi warga/ pelajar PUO yang sentiasa patuh kepada semua disiplin dalam menuntut ilmu, komited dan bergiat cergas dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta kokurikulum, seterusnya berjaya cemerlang dalam bidang yang diceburi demi agama, bangsa dan negara tercinta.
19
Embed
TAHNIAH SELAMAT DATANGwebapps3.puo.edu.my/edaftar/dokumen/BUKU MSK SESI JUN 2018 19 JUN... · Menjadi institusi TVET premier yang diterajui industri. ... peneraju dalam bidang pendidikan
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
1
TAHNIAH
SELAMAT DATANG
Ke
Politeknik Ungku Omar Politeknik Premier
Kepada semua pelajar baharu
Sesi Jun 2018
Buku panduan MSK ini hendaklah dibaca dengan teliti dan
difahami sepenuhnya. Ianya hendaklah disimpan dengan baik kerana
sebahagian daripadanya haruslah dijadikan rujukan dan panduan anda di
sepanjang menjadi pelajar Politeknik Ungku Omar.
Semoga anda sekalian menjadi warga/ pelajar PUO yang sentiasa patuh
kepada semua disiplin dalam menuntut ilmu, komited dan bergiat cergas
dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta kokurikulum,
seterusnya berjaya cemerlang dalam bidang yang diceburi demi agama,
bangsa dan negara tercinta.
2
PIAGAM PELANGGAN 1. Proses pendaftaran pelajar diselesaikan pada hari yang sama
pelajar sampai untuk mendaftar.
2. Proses Pemberian Perkhidmatan Pendidikan dilaksanakan
secara sistematik, terancang dan berkesan.
3. Memastikan status siasatan maklumbalas pelanggan yang
berkaitan dengan perkhidmatan pemberian pendidikan dan
perkhidmatan lain yang berkaitan dikendalikan dalam masa 10
hari bekerja.
4. Keputusan peperiksaan akhir diproses dalam masa 2 minggu
selepas semester pengajian berakhir.
VISI Menjadi institusi TVET premier yang diterajui industri.
MISI
Menghasilkan graduan yang holistik, kompeten dalam teknologi dan berdaya keusahawanan.
3
LIRIK LAGU
POLITEKNIK UNGKU OMAR
Politeknik Ungku Omar Megah Terbina di Lembah Kinta di Ipoh Bandaraya Perak Darul Ridzuan Menjunjung Wawasan Pertiwi Mendidik Ilmu Teknologi Membantu Membangun Industri
Negara Berdikari
Menyahut Segala Cabaran
Bina Negara Perusahan
Walaupun Seribu Halangan
Maju Terus ke Hadapan
Politeknik Ungku Omar
Mendukung Cita-Cita Bangsa
Prinsip Rukun Negara
Menjadi Panduan Kita
Tunjukkan Kepada Dunia
Kita Juga Ada Upaya
Menjadi Bangsa Berjaya
Hidup Bebas dan Merdeka
4
LIRIK LAGU
POLITEKNIK MALAYSIA
Politeknik Adalah Warisan Kita
Membekal Tenaga Bidang Teknikal
Bersama Membina Kemajuan Negara
Malaysia Ku Tercinta
Akhlak Mulia Asas Jaya
Itulah Amalan Hidup Kita
Di Mana Sahaja Politeknik Berada
Harapan Tetap Sama
Politeknik Ku Sanjung Jasa-Jasa Mu
Mencipta Lembaran Sejarah
Harapan Impian kan Menjadi Nyata
Cekal Takwa Usaha Penentu Arah
Maju Politeknik Ayuh Maju
Semangatmu Merestui Perjuanganku
Teknologi Teras Pembangunan Negara
Politeknik Malaysia
5
MS ISO 9001: 2008
Politeknik Ungku Omar (PUO) mewujud, mendokumen, melaksana dan menyenggara Sistem Pengurusan
Kualiti dan meningkatkan keberkesanannya secara berterusan selaras dengan keperluan MS ISO
9001:2008.
Pelanggan Politeknik
Pelanggan Politeknik adalah pelajar Politeknik.
Dasar Kualiti
Dasar kualiti Politeknik Ungku Omar adalah membangunkan potensi pelajar ke arah kecemerlangan di
dalam bidang kejuruteraan, perdagangan dan teknologi maklumat melalui penambahbaikan yang
menyeluruh secara berterusan. Politeknik Ungku Omar komited untuk memastikan kehendak pelanggan
dipenuhi melalui pencapaian objektif-objektif kualiti yang disemak secara berkala bagi memastikan
keberkesanan sistem. Dasar ini disebarkan untuk difahami oleh semua peringkat kakitangan.
Objektif Kualiti
Kecemerlangan Pelajar
1. Berusaha memastikan kebolehpasaran graduan mencapai sekurang-kurangnya 85% mendapat
pekerjaan dalam tempoh 6 bulan selepas menamatkan pengajian.
Kecemerlangan Staf
1. Memastikan setiap staf yang menghadiri kursus/ menjalani latihan/ seminar/ bengkel/
persidangan/ konvesyen/ taklimat sekurang-kurangnya 10 hari setahun.
2. Memastikan sekurang-kurangnya seorang pensyarah memperolehi kelayakan industri atau
setaraf dengannya mengikut bidang.
Kecemerlangan Proses
1. Memastikan semua prosedur dilaksanakan dengan berkesan/ mencapai petunjuk prestasi yang
ditetapkan.
-
6
KATA-KATA ALUAN
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Tahniah dan selamat datang kepada pelajar-pelajar baharu kerana berjaya menyambung pengajian di Politeknik Ungku Omar ini.
Terima kasih kerana memilih Politeknik Ungku Omar sebagai institusi pilihan saudara/saudari. Sesungguhnya saudara/saudari
merupakan golongan bertuah yang terpilih untuk memasuki politeknik yang paling awal ditubuhkan di Malaysia. Kecemerlangan
yang diperoleh dalam peperiksaan SPM/setaraf yang lalu adalah hasil usaha gigih para pelajar selama ini. Justeru, diharapkan
para pelajar akan terus berjaya untuk mengukir sejarah hidup yang lebih gemilang sepanjang menjadi pelajar Politeknik Ungku
Omar.
Politeknik Ungku Omar kini berada dalam era transformasi. Proses tranformasi ini melibatkan semua pihak dalam usaha
untuk meningkatkan kualiti dan memperkasa pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional di negara kita. Transformasi ini boleh
dicapai melalui inovasi sistematik yang menambah nilai kepada proses dan keberhasilan pendidikan dan latihan di politeknik. Ini
bermakna bahawa semua warga politeknik perlu sentiasa memikirkan cara dan kaedah baharu untuk meningkatkan keberhasilan
pendidikan dan latihan ini.
Transformasi politeknik bergerak seiring dengan hasrat kerajaan untuk memperkasakan pengajian tinggi demi
kepentingan pembangunan negara dan memartabatkannya di persada nasional dan antarabangsa. Transformasi ini juga
diharapkan dapat melahirkan graduan-graduan yang mempunyai nilai-nilai kebolehpasaran yang tinggi disamping keupayaan
keusahawanan yang cemerlang. Seandainya, graduan-graduan mempunyai nilai-nilai tersebut, sudah pasti politeknik ini akan
menjadi institusi pilihan kepada para lepasan SPM/setaraf di Negara ini. Selain itu, pihak politeknik juga berhasrat untuk menjadi
peneraju dalam bidang pendidikan teknik dan vokasional serantau.
Disamping kemahiran hard skill , kemahiran soft skill juga diberi penekanan dalam proses pengajaran dan pembelajaran
untuk memastikan kebolehpasaran dan keupayaan keusahawanan graduan. Oleh itu, kemahiran teknikal yang tinggi di samping
penguasaan teori yang mantap dapat membantu graduan mengisi kekosongan jawatan sama ada di sektor awam atau swasta.
Hasrat kerajaan untuk menjadikan rakyat yang berpendapatan tinggi juga mampu direalisasikan dengan menghasilkan graduan-
graduan daripada politeknik yang mempunyai kemahiran tersebut.
Politeknik Ungku Omar berharap agar saudara/saudari akan mendapat manfaat daripada Program Minggu Suaikenal ini
dan seterusnya menjalani kehidupan sebagai pelajar politeknik untuk selama tiga tahun akan datang. Hindarkan diri daripada
melakukan perkara-perkara yang melanggar peraturan yang ditetapkan kerana saudara dan saudari adalah contoh kepada
masyarakat. Peranan politeknik bukan sahaja menjadi tempat untuk menuntut ilmu tetapi di sinilah para pelajar perlu
membangunkan keterampilan dan personaliti diri yang akhirnya dapat melahirkan modal insan yang hebat. Semoga dengan
kehadiran pelajar-pelajar baharu akan dapat memastikan hasrat PUO tercapai seperti mana yang digarap dalam moto PUO iaitu
“Kekuatan dan Keamanan Melalui Teknologi“. Akhir sekali, kepada semua pelajar, saya mendoakan semoga anda semua
mencapai kejayaan cemerlang dan akan menjadi graduan bereputasi tinggi demi kemajuan agama, bangsa dan negara.
KEKUATAN DAN KEAMANAN MELALUI TEKNOLOGI
MUHAMMAD ZUBIR BIN MOHD HANIFAH
Timbalan Pengarah Akademik
Politeknik Ungku Omar
Politeknik Premier
7
PENGURUSAN POLITEKNIK UNGKU OMAR Timbalan Pengarah (Akademik)
Encik Muhammad Zubir Bin Mohd Hanifah
Timbalan Pengarah (Sokongan Akademik)
Encik Juhaidie Zamani Bin Jamaludin
Ketua Jabatan / Pegawai-Pegawai Kanan
Kejuruteraan Awam Tuan Hj. Che Nor Azman Bin Che Wan
Kejuruteraan Elektrik Cik Hajah Juhaida Bt Zakaria
Kejuruteraan Mekanikal Dr Adzuineen Bt Nordin
Kejuruteraan Perkapalan Encik Hairi Haizri B. Che Amat
Perdagangan Puan Mazilah Binti Abdullah
Teknologi Maklumat Dan Komunikasi Dr. Shazarin Binti Ahmad Zainuddin
Matematik, Sains Dan Komputer Puan Zaitun Bt Mohd Zain
Pengajian Am Puan Haniza Norlin Bt Md Yusof
Jabatan Hal Ehwal Pelajar Cik Shamsuri Bt. Mior Khalid
Sukan,Kokurikulum & Kebudayaan Encik Mohd Asri Bin Zahid @ Mamat
Hal Ehwal Pelajar (P&D) Cik Khamsiah Bt. Ishak
Hal Ehwal Pelajar (K&D) Puan Siti Aishah Bt. Ali
Ketua Unit Asrama Puan Arshidah Bt. Mat Johor
Penilaian Dan Peperiksaan Encik Mohd Rizal Bin Abdul Rahman
Perhubungan & Latihan Industri Encik Hashamuddin Bin Yaakob
Pengurusan Kualiti Puan Nur Margfirah Binti Nordin
Pegawai Psikologi Encik Amir Bin Azli
Pegawai Perhubungan Awam Puan Nur Azrina Binti Zainal Ariff
Latihan Dan Pendidikan Lanjutan Puan Lily Yuzie Bt. Md. Yusof
Pembangunan Puan Noraini Binti Mohd Hamil
Multimedia dan Sumber Encik Ahmad Azahan Bin Mohamad
Teknologi Maklumat Puan Nur Azliza Bt. Ali
Pegawai Eksekutif Tertinggi Encik Zulghafar Bin Mat Shik
Penolong Akauntan Encik Hafiz Hasbullah Bin Ismail
Perpustakaan Puan Nur Hafiza Binti Jusoh
8
CARTA ORGANISASI
TIMBALAN PENGARAH AKEDAMIK MUHAMMAD ZUBIR BIN MOHD
HANIFAH
TIMBALAN PENGARAH AKEDAMIK SOKONGAN
JUHAIDIE ZAMANI BIN JAMALUDIN
KETUA JAB. KEJ. AWAM CHE NORAZMAN BIN CHE WAN
KETUA JAB. KEJ. ELEKTRIK HJH. JUHAIDA BT. ZAKARIA
KETUA JAB. KEJ. MEKANIKAL DR. ADZUIEEN BT. NORDIN
KETUA JAB. KEJ. PERKAPALAN HAIRI HAIZRI B. CHE AMAT
KETUA JAB. TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
DR. SHAZARIN BINTI AHMAD ZAINUDDIN
KETUA JAB. MATEMATIK, SAINS DAN KOMPUTER
ZAITUN BT MOHD ZAIN
KETUA JAB. PENGAJIAN AM HANIZA NORLIN BT MD YUSOF
KETUA JAB. PERDAGANGAN MAZILAH BINTI ABDULLAH
KETUA JAB. HAL EHWAL PELAJAR SHAMSURI BT MIOR KHALID
KETUA JAB. SUKAN, KOKURIKULUM DAN KEBUDAYAAN
MOHD ASRI BIN ZAHID @ MAMAT
9
MATLAMAT MINGGU SUAIKENAL
i. MSK memperkenalkan pelajar kepada pengurusan Politeknik
Ungku Omar.
ii. MSK menerangkan kepada pelajar sistem pengurusan Hal Ehwal
Pelajar.
iii. MSK memberi pendedahan tentang kemudahan dan
perkhidmatan yang terdapat di PUO bagi memudahkan pelajar
menjalani kegiatan kokurikulum mengikut peraturan Politeknik.
iv. MSK membentuk pelajar lebih berkeyakinan untuk memulakan
kehidupan sebagai warga politeknik.
v. MSK meningkatkan motivasi pelajar untuk belajar.
10
PERATURAN MINGGU SUAIKENAL Sepanjang menjalani Minggu Suaikenal:
1. Pelajar mestilah berpakaian kemas semasa berada di dalam kampus. Syarat-syarat dan peraturan
pakaian adalah seperti dalam Sahsiah Rupadiri Pelajar PUO.
2. Pelajar diwajibkan mematuhi jadual pakaian Minggu Suaikenal. (Rujuk Jadual Tempat dan Pakaian MSK)
3. Pelajar-pelajar hendaklah menggantungkan Kad Pelajar PUO mereka di sebelah kiri baju supaya mudah dilihat dan gambarnya menghala ke hadapan sepanjang masa. Ketetapan pakaian dan rupadiri ini adalah dikuatkuasakan di seluruh kawasan kampus PUO bermula dari tarikh 1hb Februari 1992. Arahan ini hendaklah dipatuhi sepanjang masa dan tindakan tatatertib akan diambil terhadap mereka yang ingkar mematuhi arahan ini.
4. Pelajar tidak dibenarkan memakai selipar semasa aturcara Minggu Suaikenal dijalankan kecuali untuk ke
surau dan bilik air.
5. Pelajar wanita Islam digalakkan memakai tudung dan berpakaian sopan.
6. Pelajar lelaki yang memakai baju berlengan panjang, lengan baju tidak boleh dilipatkan. Kemeja “T”
tidak boleh digunakan melainkan ketika upacara tertentu sahaja.
7. Pelajar lelaki mestilah berambut pendek seperti ternyata dalam peraturan pelajar / Sahsiah Rupadiri
Pelajar PUO.
8. Semua pelajar baharu diwajibkan menghadiri semua aturcara Minggu Suaikenal melainkan setelah
mendapat kebenaran rasmi daripada pegawai yang bertanggungjawab di Urusetia Minggu Suaikenal.
9. Pelajar baharu tidak dibenarkan keluar dari kampus atau Kolej Kediaman Pelajar semasa Minggu
Suaikenal melainkan dengan kebenaran pegawai yang bertanggungjawab di Urusetia Minggu Suaikenal
atau Warden Asrama.
10. Pelajar baharu hendaklah mematuhi semua arahan yang dikeluarkan oleh Urusetia Minggu Suaikenal
dan peraturan Kolej Kediaman Pelajar PUO.
11. Bagi pelajar yang menghadapi masalah, segala pengaduan tentang gangguan, kecederaan, kehilangan
harta benda dan sebagainya boleh dibuat di bahagian Urusetia Minggu Suaikenal atau Warden Asrama.
12. Pelawat tidak digalakkan berjumpa pelajar baharu semasa Minggu Suaikenal. Walau bagaimanapun
dalam keadaan tertentu dan terdesak, pelajar dibenarkan berjumpa pelawat di bilik rehat atau bilik
tamu yang disediakan.
13. Sekiranya mana-mana pelajar yang ingin menarik diri dari PUO sama ada semasa atau selepas minggu
suaikenal, mestilah memaklumkan terlebih dahulu perkara tersebut kepada pihak Urusetia Minggu
Suaikenal atau berurusan terus dengan pegawai di pejabat Jabatan Hal Ehwal Pelajar.
11
AHLI JAWATANKUASA INDUK MSK
SESI JUN 2018
PENAUNG
Muhammad Zubir Bin Mohd Hanifah
Timbalan Pengarah Akademik,Politeknik Ungku
Omar
PENASIHAT
En. Juhaidie Zamani Bin Jamaludin
Timbalan Pengarah Sokongan Akademik
PENGERUSI
Cik Shamsuri Binti Mior Khalid
Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar
NAIB PENGERUSI
Pn. Siti Aishah Bt. Ali
SETIAUSAHA I
En.Mohd Hamizan Bin Radzi
SETIAUSHA II
En. Mohd Fadil Bin Abdullah
JAWATANKUASA:
1 Encik Mohd Dzulhari Bin Zulkupli
2 Pegawai Hal Ehwal Pelajar Jabatan
JKM, JKP, JKA, JP, JKE, JTMK, JMSK,JPA
12
PERATURAN LALULINTAS
Panduan penggunaan kenderaan dan peraturan lalu lintas
A) Kenderaan Rasmi Politeknik
1. Pelajar boleh menggunakan kenderaan politeknik bagi tujuan rasmi dengan memohon
dan mendapat kelulusan daripada Pengarah.
2. Pengguna kenderaan politeknik adalah dikehendaki menjaga kebersihan, kemudahan
yang terdapat dalam kenderaan serta menjaga disiplin dan tingkahlaku.
B) Kenderaan Persendirian
1. Kenderaan bermotor persendirian boleh digunakan di dalam kampus sekiranya
dibenarkan dan mendapat kelulusan bertulis daripada pihak politeknik.
2. Semua kenderaan bermotor yang dibenarkan dan digunakan untuk keluar masuk
kampus mestilah mempamerkan pelekat kenderaan yang sah dikeluarkan oleh pihak
politeknik.
3. Semua kenderaan yang dibenarkan hendaklah diletakkan di tempat yang dikhaskan
dalam kampus dan disusun dengan teratur. Pelajar tidak dibenarkan meletak
kenderaan mereka di tempat yang dikhaskan untuk pensyarah/ kakitangan politeknik.
4. Pihak politeknik tidak bertanggungjawab ke atas kenderaan (termasuk topi keledar)
yang rosak atau hilang di dalam kampus.
5. Semua kenderaan yang digunakan mestilah berada di dalam keadaan baik dan selamat
untuk digunakan.
6. Pelajar yang menggunakan kenderaan bermotor dalam kampus perlu mematuhi
peraturan-peraturan berikut :-
a) Mempunyai lesen memandu, cukai jalan dan insuran yang sah.
b) Mematuhi had laju yang ditetapkan oleh politeknik.
c) Menggunakan kenderaan bermotor yang TIDAK mengeluarkan bunyi bising yang
kuat atau diubahsuai.
d) Memakai topi keledar semasa menunggang atau membonceng motosikal.
e) Memakai baju pemantul cahaya semasa menunggang/membonceng motosikal
adalah digalakkan
f) Bertimbangrasa terhadap pejalan kaki.
g) Mematuhi semua peraturan dan undang-undang bertulis keselamatan jalan raya
seperti yang telah ditetapkan oleh pihak penguatkuasa Jabatan Pengangkutan
Jalan.
7. Pengarah atau wakil kuasanya boleh dari semasa ke semasa membatal atau menambah
mana-mana bahagian atau keseluruhan peraturan ini.
8. Pihak politeknik tidak bertanggungjawab terhadap Kehilangan kenderaan atau
peralatan kenderaan.
13
TINDAKAN TATATERTIB
Kesalahan sahsiah diri
Pelajar yang didapati melanggar mana-mana peraturan sahsiah diri boleh dikenakan denda
tidak melebihi RM50 mengikut di bawah akta 174 (Akta Institusi-Institusi Pelajaran)
kaedah 26 A.
Kesalahan Lalu Lintas Pelajar yang didapati melanggar mana-mana peraturan lalu lintas boleh dikenakan secara
pentadbiran.
Atau,
Pelajar akan dikenakan tindakan di bawah Akta 174 (Akta Institusi-Institusi Pelajaran) Jadual
Kedua, Bahagian IV Tatatertib Lalu Lintas Jalan.
Perlanggaran Peraturan Am
Mana-mana pelajar yang melanggar peruntukan selain daripada Tatatertib Lalu Lintas, boleh
dikenakan tindakan berikut:
1. Tindakan secara pentadbiran sebagaimana yang ditentukan oleh Politeknik.
2. Kaedah-kaedah tatatertib mengikut mana-mana yang berkenaan (Kaedah 48, Akta