TAHAP PENGETAHUAN PEDAGOGI PELAJAR TAHUN AKHIR,
FAKULTI PENDIDIKAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
SITI SARA HJ ABDUL HALIM
TESIS INI DIKEMUKAKAN SEBAGAI MEMENUHI SYARAT
PENGANUGERAHAN IJAZAH SARJANA MUDA
TEKNOLOGI SERTA PENDIDIKAN
(KEMAHIRAN HIDUP)
FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
APRIL 2008
iii
DEDIKASI
Untuk Arwah Ayah
Haji Abdul Halim B. Othman
Tiada apa yang dapatku bicarakan hanya doa anakanda mengiringi setiap detik. Harapan
murnimu telah anakanda tunaikan. Semoga rohmu dilimpahi rahmat Allah S.W.T ………amin.
Untuk Ibu Tersayang
Hajjah Siti Hadijah Bt. Abdul Razak
Terima kasih atas nasihat, dorongan dan doa yang tidak pernah putus, sesungguhnya
pengorbananmu amat bermakna buat diri ini.
&
Adik –beradik dan anak-anak saudara yang cukup memahami
Abdullah
Siti Habsah & Kamal
Siti Rohani & Abu Bakar
Rosmah & Abd. Rahman
Siti Shoffiah & Kamaruzaman
Siti Hajar & Md. Nasir
Terima kasih atas segala bantuan, sokongan, nasihat dan doa yang telah kalian berikan.
Untuk rakan-rakan seperjuangan
Terima kasih kerana sentiasa memberikan idea, semangat dan sokongan.
Tidak lupa juga kepada sahabat-sahabat baikku
Anis, Azmi, Zamri dan Didie
Terima kasih atas sokongan, bantuan dan nasihat di kala daku memerlukan.
iv
PENGHARGAAN
Syukur alhamdulillah ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat
saya menyiapkan penyelidikan ini dengan sempurna bagi memenuhi syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga
kepada penyelia saya iaitu Dr. Yeo Kee Jiar yang banyak memberi bimbingan dan
dorongan sepanjang tempoh menjalankan kajian ini. Terima kasih juga kepada
pelajar tahun akhir (Perdana) Fakulti Pendidikan yang telah memberikan kerjasama
sepanjang saya menjalankan kajian.
Jutaan terima kasih juga kepada ibu dan ahli keluarga kerana banyak
memberi bantuan , galakan dan semangat. Tidak lupa juga kalungan terima kasih
buat pensyarah-pensyarah dan sahabat-sahabat seperjuangan di atas bantuan dan idea
yang diberikan.
Akhir sekali, penghargaan ini ditujukan kepada semua pihak yang terlibat
sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan penyelidikan ini.
v
ABSTRAK
Pedagogi merupakan suatu komponen yang penting dalam program
perguruan. Guru-guru pelatih perlu menguasai pengetahuan dan kemahiran dalam
bidang pedagogi sebagai persediaan untuk mengahadapi tugas dan tanggungjawab
yang mencabar sebagai guru. Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti tahap
pengetahuan pedagogi dalam kalangan pelajar tahun akhir di Fakulti Pendidikan,
Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Kajian ini melibatkan empat aspek, iaitu
perancangan guru, pengurusan bilik darjah, pengujian dan penilaian serta kemahiran
penyampaian. Responden kajian terdiri daripada 220 orang pelajar tahun akhir
daripada semua program pengajian di Fakulti Pendidikan, UTM. Instrumen kajian
ialah soal selidik yang terdapat dalam dua bahagian. Bahagian A menyentuh
demografi manakala bahagian B pula mengandungi 40 item. Data terkumpul
dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science
(SPSS) untuk mencari frekuensi, peratus dan min. Dapatan kajian menunjukkan
bahawa pelajar-pelajar tahun akhir memaparkan tahap pengetahuan pedagogi yang
tinggi.
vi
ABSTRACT
Pedagogy is an important component in teacher training programme. Trainees
need to acquire knowledge and skills pertaining to pedagogy as preparation for them
to face the challenging tasks and responsibilities as teachers. This study was carried
out to identify the level of pedagogical knowledge among final year students in the
Faculty of Education, Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Four aspects were
involved in the study which includes teacher planning, classroom management,
testing and evaluation, and delivery and presentation skill. Respondents of the study
consist of 220 final year students from all courses at Faculty of Education, UTM.
The research instrument was a set of questionnaire consists of two sections. Section
A is about respondents’ demography and section B consists of 40 item questionnaire.
The data collected was analyzed by using Statistical Package for Social Science
(SPSS) in order to obtain frequency, percentage and mean. Result of the research
shows that pedagogical knowledge level for final year students in all the four aspects
are high.
vii
KANDUNGAN
PERKARA HALAMAN
PENGESAHAN PENYELIA
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI RAJAH xiv
SENARAI SINGKATAN xv
viii
KANDUNGAN
BAB 1 PENGENALAN MUKA SURAT
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 5
1.4 Objektif Kajian 6
1.5 Persoalan Kajian 7
1.6 Skop Kajian 7
1.7 Kepentingan Kajian 8
1.8 Batasan Kajian 8
1.9 Definisi Istilah 9
1.9.1 Tahap 9
1.9.2 Pengetahuan 9
1.9.3 Pedagogi 9
1.9.4 Pengajaran 9
1.9.5 Pembelajaran 10
1.10 Penutup 10
BAB 2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 11
2.2 Perancangan Pengajaran 12
2.3 Pengurusan Bilik Darjah 13
2.3.1 Guru Sebagai Pendidik 14
2.3.2 Guru Sebagai Pembimbing 14
2.3.3 Guru Sebagai Pemudah Cara 15
ix
2.3.4 Guru Sebagai Penilai 15
2.3.5 Guru Sebagai Perancang 16
2.3.6 Guru Sebagai Pendorong 17
2.3.7 Guru Sebagai Perunding 17
2.3.8 Guru Sebagai Pemimpin 17
2.4 Pengujian dan Penilaian Dalam Pengajaran dan 18
Pembelajaran
2.5 Kemahiran Penyampaian Pengajaran 22
2.6 Kesimpulan 23
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 24
3.2 Reka Bentuk Kajian 24
3.3 Populasi dan Responden Kajian 25
3.4 Sampel Kajian 26
3.5 Tempat Kajian 26
3.6 Instrumen Kajian 26
3.7 Kajian Rintis 29
3.8 Prosedur Kajian 29
3.9 Penganalisisan Data Kajian 30
3.10 Kesimpulan 32
BAB 4 PENGANALISISAN DATA
4.1 Pendahuluan 33
4.2 Analisis Latar Belakang Responden 34
4.3 4.2.1 Jantina 34
4.2.2 Bangsa 35
4.2.3 Kursus 36
x
4.2.4 Pengkhususan 37
4.3 Analisis Data Bahagian B 38
4.3.1 Analisis Data Bagi Tahap Penguasaan 39
Pengetahuan Pelajar Dalam Perancangan
Pengajaran.
4.3.2 Analisis Data Bagi Tahap Penguasaan 43
Pengetahuan Pelajar Dalam Pengurusan
Bilik Darjah.
4.3.3 Analisis Data Bagi Tahap Penguasaan 47
Pengetahuan Pelajar Dalam Pengujian
dan Penilaian.
4.3.4 Analisis Data Bagi Tahap Penguasaan 51
Pengetahuan Pelajar Dalam Kemahiran
Penyampaian Pengajaran.
4.4 Penutup 54
BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 55
5.2 Perbincangan 56
5.2.1 Persoalan Kajian 1 56
5.2.2 Persoalan Kajian 2 57
5.2.3 Persoalan kajian 3 59
5.2.4 Persoalan Kajian 4 60
5.3 Rumusan Kajian 61
5.4 Cadangan Kajian 65
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 66
5.6 Penutup 67
xi
SENARAI DOKUMEN RUJUKAN Bibiliografi 68
LAMPIRAN Lampiran A 71
xii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK HALAMAN 3.1 Skala Tahap Persetujuan 28
3.2 Bilangan Item Bagi Setiap Aspek Yang Dikaji 28
3.3 Jadual Pengkategorian Tahap Persetujuan 31
3.4 Selang Kelas Pemeringkatan Min Bagi Menentukan Tahap 32
Pengetahuan Pedagogi Pelajar
4.1 Taburan Frekuensi dan Peratusan Responden Mengikut 34
Jantina
4.2 Taburan Frekuensi dan Peratusan Responden Mengikut 35
Bangsa
4.3 Taburan Frekuensi dan Peratusan Responden Mengikut 36
Kursus
4.4 Taburan Frekuensi dan Peratusan Responden Mengikut 37
Pengkhususan
4.5 Jadual Pengkategorian Tahap Persetujuan 38
4.6 Jadual Pengukuran Tahap Pengetahuan 38
4.7 Analisis Frekuensi, Peratus dan Min Bagi Tahap 39
Penguasaan Pengetahuan Pelajar Dalam Perancangan
Pengajaran.
4.8 Taburan Bilangan Responden Mengikut Tahap Untuk 42
Perancangan Pengajaran
4.9 Analisis Frekuensi, Peratus dan Min Bagi Tahap 43
Penguasaan Pengetahuan Pelajar Dalam Pengurusan
Bilik Darjah.
4.10 Taburan Bilangan Responden Mengikut Tahap Untuk 46
Pengurusan Bilik Darjah.
xiii
4.11 Analisis Peratus dan Min Bagi Tahap Penguasaan 47
Pengetahuan Pelajar Dalam Pengujian dan Penilaian.
4.12 Taburan Bilangan Responden Mengikut Tahap Untuk 50
Pengujian Dan Penilaian.
4.13 Analisis Peratus dan Min Bagi Tahap Penguasaan 51
Pengetahuan Pelajar Dalam Kemahiran Penyampaian
Pengajaran.
4.14 Taburan Bilangan Responden Mengikut Tahap Untuk 54
Kemahiran Penyampaian Pengajaran.
xiv
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK HALAMAN 2.1 Peranan Guru Dalam Pengurusan Bilik Darjah 14
xv
SENARAI SINGKATAN
SINGKATAN KETERANGAN
% - Peratus
f - Frekuensi
ABM - Alat Bantu Mengajar
SPSS - Statistical Packages For Social Science
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
STS - Sangat Tidak Setuju
TS - Tidak Setuju
KS - Kurang Setuju
S - Setuju
SS - Sangat Setuju
FP - Fakulti Pendidikan
PSM - Projek Sarjana Muda
SPH - Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup)
SPE - Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Elektrik)
SPA - Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Awam)
SPJ - Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Jentera)
SPL - Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (TESL)
SPC - Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Kimia)
SPM - Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan
(Matematik)
SPS - Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sukan)
SPF - Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Fizik)
xvi
SPN - Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains)
SPT - Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer Serta
Pendidikan (Matematik)
SPK - Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer Serta
Pendidikan (Kimia)
SPP - Ijazah Sarjana Muda Sains dan KomputerSerta
Pendidikan (Fizik)
SPI - Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer Serta
Pendidikan (Pendidikan Islam)
ERT - Ekonomi Rumah Tangga
BAB 1
PENGENALAN
1.1 Pengenalan
Pendidikan merupakan suatu bidang yang amat mulia namun, tanggungjawab
yang dipikul oleh seorang pendidik bukanlah mudah seperti yang dilihat. Untuk
menyampaikan sesuatu ilmu itu, seorang yang bergelar guru perlulah mempunyai
persediaan yang cukup dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.
Sehubungan itu, tujuan keseluruhan pendidikan adalah untuk mengubah
corak tingkah laku manusia dalam tiga aspek iaitu perkembangan kognitif
(pemikiran, intelek), perkembangan tingkah laku (kemahiran, kecekapan) dan emosi
(kasih, belas kasihan, bangga). Justeru itu, pendidikan menggunakan konsep
pengajaran dan pembelajaran dalam proses pemindahan ilmu dari seorang guru
kepada pelajarnya.
Pengajaran merupakan suatu proses yang merangkumi aktiviti-aktiviti
perancangan, pelaksanaan, penilaian dan maklum balas (Shahabuddin, Dr. Rohizani,
Mohd. Zohir, 2003). Ianya merupakan proses penyebaran ilmu pengetahuan atau
kemahiran tertentu dari seorang guru kepada seorang pelajar. Hasilnya adalah
pembelajaran yang merupakan aktiviti mental, fizikal atau rohani kepada diri pelajar
itu sendiri. Menurut Kamarudin, 1997, pembelajaran adalah suatu proses mengumpul
maklumat secara berterusan dan ianya berlaku semenjak seseorang itu dilahirkan.
Proses pembelajaran ini berlaku dalam dua bentuk iaitu secara formal dan tidak
formal. Proses pembelajaran formal adalah melibatkan guru dan pelajar sebagai suatu
aset yang penting. Manakala proses tidak formal pula adalah melalui keluarga, rakan
2
dan sebagainya. Oleh kerana guru dan pelajar merupakan aset penting dalam proses
pendidikan, keupayaan guru untuk menghasilkan proses pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan adalah sangat penting.
Untuk itu, sebagai seorang pendidik, mereka perlu menguasai konsep
pengajaran dan pembelajaran secara berkesan kerana mereka perlu menyampaikan
ilmu kepada pelajar. Ini menunjukkan seorang guru sangat memerlukan ilmu
pedagogi dalam mendidik pelajar mereka. Segala kemahiran dan teknik untuk
mendidik dapat dipelajari dan digunakan untuk mengajar. Pedagogi adalah seni dan
juga sains pengajaran yang merangkumi prinsip, kaedah pengajaran, pengurusan
bilik darjah, gaya pembelajaran dan kawalan bilik darjah dalam pendidikan formal.
Selain itu, pedagogi juga ditakrifkan sebagai prinsip-prinsip dan kaedah pengajaran,
(Sharifah, 1997). Manakala menurut Cruickshank, 1995, pedagogi ialah seni dan
sains pengajaran dan juga pengajaran kaedah mengajar. Menurut Sharifah Alwiyah,
(1976) pula, pedagogi ialah ilmu mengajar kaedah mengajar.
Oleh itu, ilmu pedagogi adalah amat penting untuk mereka menjadi seorang
guru yang dapat menyampaikan ilmu kepada pelajar dengan pelbagai cara dan teknik
yang menarik. Ini kerana, melalui pengetahuan pedagogi guru dapat mengetahui
pelbagai cara yang mampu menarik minat pelajar untuk belajar. Guru seharusnya
perlu mempunyai cara tersendiri dalam mendekati para pelajarnya agar mereka tidak
bosan dengan kaedah pembelajaran satu hala iaitu hanya guru yang menyampaikan
maklumat dan pelajar hanya mendengar. Ini akan menjadikan pelajar bosan dan
mudah mengantuk ketika didalam kelas. Justeru itu, guru memainkan peranan yang
penting dalam memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan
dengan baik di sekolah.
Pendidikan merupakan medium terpenting dalam membentuk sesorang
pelajar dari segi sahsiah dan intelektualnya. Pendidikan sebenarnya bermula
dirumah, namun sebagai seorang guru, mereka juga berperanan dalam membentuk
sahsiah dan intelektual seseorang pelajar. Guru merupakan “role model” kepada
pelajar. Mereka merupakan golongan professional yang menjadi ikutan pelajar.
Untuk itu, guru perlu menunjukkan contoh yang baik agar dapat mendorong pelajar
menjadi insan yang seimbang dan harmonis, berilmu pengetahuan serta berakhlak
mulia. Ini dapat dilihat dari pandangan Robiah Sidin (2002) yang menghuraikan guru
3
memainkan peranan utama menegakkan status dan imej sebagai golongan
professional. Oleh itu, tanggungjawab guru dan budaya kerja di sekolah
menunjukkan ciri-ciri yang professional. Antara yang terpenting ialah:
i) Guru di sekolah adalah sebagai pembimbing, “mentor” atau ketua kepada
guru-guru baru yang memulakan tugas.
ii) Guru adalah pakar dalam bidang pengajaran (pedagogi), ilmu yang diajar,
perkembangan kanak-kanak, komunikasi dengan pelajar dan lain-lain.
iii) Guru dapat mewujudkan hubungan secara “lateral” atau “collegial” iaitu
hubungan sesama rakan, antara pegawai dengan guru lebih kondusif
untuk pembaharuan dan perubahan dalam profesion perguruan.
Oleh yang demikian, sebagai pelajar yang bakal menjadi pendidik, mereka
perlu memantapkan diri mereka dengan pelbagai ilmu pengetahuan terutamanya
dalam bidang pedagogi.
1.2 Latar Belakang Masalah
Ilmu pedagogi mempunyai skop yang sangat luas. Sebagai seorang guru dan
bakal guru, mereka seharusnya dapat menguasai ilmu pedagogi agar dapat
menyampaikan pengajaran dengan baik. Ini kerana, apa yang terkandung di dalam
subjek pedagogi yang diajar di maktab dan universiti adalah untuk membantu guru
mengajar dengan cara yang lebih menarik dan pelbagai. Namun, tidak semuanya
dapat diaplikasikan dengan baik dalam semua mata pelajaran. Ianya bergantung
kepada seseorang guru untuk menggunakan kreativiti mereka dalam
mengaplikasikan pengetahuan pedagogi yang mereka pelajari dalam pengajaran
mereka.
Menurut Taksonomi Bloom, terdapat tiga peringkat dalam pengajaran iaitu
bidang kognitif, afektif dan psikomotor. Ketiga-tiga bidang ini mempunyai kaitan
antara satu sama lain. Bidang kognitif adalah berkenaan dengan aktiviti mental,
4
bidang afektif berkenaan dengan sikap dan sahsiah serta bidang psikomotor adalah
berkenaan aktiviti fizikal. Untuk itu, sebagai seorang bakal guru, pelatih perlu
memantapkan diri mereka dengan pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran kerana
profesion perguruan ini adalah suatu bidang tugas yang mencabar.
Profesion bermaksud suatu pekerjaan atau karier seperti dalam bidang
perundangan, perubatan atau kejuruteraan, ianya memerlukan banyak pengetahuan,
latihan dan pembelajaran yang khusus. Ini bermakna seseorang itu perlu melalui
latihan berstruktur dan sistematik untuk suatu jangka masa tertentu bagi memperoleh
pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk bekerja.
Disamping itu, profesion perguruan juga mempunyai ciri-ciri
profesionalisme. Menurut Hedderdof (1971), profesionalisme bermaksud suatu nilai
yang murni jika seseorang dapat mengamalkan tanggungjawabnya dengan penuh
dedikasi dan tidak mementingkan diri sendiri atau suka memilih pekerjaan.
Berdasarkan pernyataan ini, sebagai seorang guru dan bakal guru, mereka perlu
melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka dengan bersungguh-sungguh dan
dapat memberikan khidmat yang terbaik kepada masyarakat sekolah. Seseorang guru
yang menjalankan tanggungjawabnya dengan penuh dedikasi dan ikhlas untuk
mendidik, akan dapat melahirkan pelajar yang cemerlang dari segi akademik, ko-
kurikulum dan sahsiah.
INTAN (1995) pula menjelaskan, profesionalisme mementingkan mutu
perkhidmatan dan dedikasi terhadap pekerjaan, di mana seseorang itu perlu
mempunyai komitmen dalam menjalankan sesuatu tugas untuk memberikan
perkhidmatan yang berkualiti dan memberikan sumbangan kepada masyarakat dan
negara. Oleh itu, untuk memastikan bakal guru yang dilahirkan dapat memainkan
peranan yang sepatutnya, mereka perlu menguasai bidang asas ilmu perguruan iaitu
seperti pedagogi, falsafah pendidikan, psikologi pendidikan dan bidang
pengkhususan mereka seperti kemahiran hidup, sains dan sebagainya.
5
1.3 Pernyataan Masalah
Menurut Faridah Karim (2000) dalam jurnal ”Strategizing Teaching and
Learning in The 21ST Century” menyatakan bahawa guru-guru mengalami kesukaran
melaksanakan komponen-komponen kritikal dalam kurikulum. Guru-guru
mengalami kesukaran dalam mempelbagaikan strategi pengajaran, melaksanakan
aktiviti yang berpusatkan pelajar, menggunakan teknik-teknik tertentu untuk
berinteraksi dengan pelajar, memberikan tugasan kepada pelajar-pelajar, merancang
bahan-bahan pengajaran dan bahan bantu mengajar serta sukar membuat penilaian isi
kandungan mata pelajaran. Guru-guru juga dikatakan kurang berinovasi dalam
menyampaikan pengajarannya. Hal ini disebabkan oleh beberapa faktor iaitu:
I. Guru kekurangan pengetahuan dan kemahiran mengajar. Ini disebabkan
mereka tidak bersedia atau tidak dilatih dengan sebaik-baiknya.
II. Matlamat dan konsep inovasi dalam strategi pengajaran tidak jelas kepada
mereka.
III. Guru kekurangan bahan dan sumber pengajaran yang sesuai untuk membina
pengajarannya.
IV. Guru kekurangan motivasi disebabkan kurangnya galakan daripada pihak
pentadbir.
V. Kekurangan koordinasi dan komunikasi di antara semua pihak yang terlibat
dalam proses pelaksanaan inovasi dalam strategi pengajaran.
Untuk itu, pengetahuan pedagogi adalah amat penting untuk seorang guru. Ini
kerana, mereka perlu menyampaikan pengajaran mereka mengikut langkah-langkah
yang betul. Proses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku di sekolah adalah tidak
sama seperti di universiti. Di sekolah, seorang guru perlu mengetahui cara yang
pelbagai untuk mengajar kerana mereka perlu mendekati pelajar mereka dengan
pelbagai cara agar proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan lancar.
6
Ilmu pedagogi telah menjadi satu mata pelajaran wajib yang diambil oleh
pelajar yang mengikuti kursus dalam bidang perguruan. Sebagai bakal guru, mereka
perlu menguasai ilmu pedagogi agar dapat menjadi guru yang baik dari pelbagai
aspek seperti pengawalan bilik darjah, strategi pengajaran dan lain-lain.
Oleh itu, pengkaji ingin mengenal pasti pengetahuan pedagogi dari segi
perancangan pengajaran, pengurusan bilik darjah, pengujian dan penilaian dalam
pengajaran dan pembelajaran dan kemahiran penyampaian yang dimiliki oleh pelajar
tahun empat, Fakulti Pendidikan agar mereka dapat melaksanakan tugas dan
tanggungjawab pengajaran dan pembelajaran secara baik dan berkesan di sekolah
kelak.
1.4 Objektif Kajian
Penyelidik mempunyai beberapa objektif seperti berikut:
i) Mengenal pasti tahap pengetahuan dari segi perancangan pengajaran
pelajar tahun empat, Fakulti Pendidikan.
ii) Menentukan tahap pengetahuan dari segi pengurusan bilik darjah
pelajar tahun empat, Fakulti Pendidikan.
iii) Mengenal pasti tahap pengetahuan pengujian dan penilaian dalam
pengajaran dan pembelajaran pelajar tahun empat, Fakulti Pendidikan.
iv) Mengenal pasti kemahiran penyampaian pengajaran pelajar tahun
empat, Fakulti Pendidikan.
7
1.5 Persoalan Kajian
i) Apakah tahap penguasaan pengetahuan pelajar dalam perancangan
pengajaran?
ii) Apakah tahap penguasaan pengetahuan pelajar dalam pengurusan
bilik darjah?
iii) Apakah tahap penguasaan pengetahuan pelajar dalam pengujian dan
penilaian?
iv) Apakah tahap penguasaan pengetahuan pelajar dalam kemahiran
penyampaian pengajaran?
1.6 Skop Kajian
Aspek yang dikaji dalam kajian ini adalah melibatkan tahap pengetahuan
pedagogi di kalangan pelajar tahun empat (Perdana) yang diaplikasikan dalam mata
pelajaran yang diambil. Melalui kajian ini, pengkaji akan dapat menilai setakat mana
pengetahuan pedagogi pelajar tahun empat (Perdana) setelah mengambil subjek
pedagogi dan bagaimana mereka mengaplikasikannya semasa latihan mengajar yang
lalu. Perkara ini dikaji adalah untuk melihat adakah pelajar tahun akhir (Perdana) ini
sudah bersedia dari segi pengetahuan pedagogi yang mencukupi sebelum mereka
meninggalkan universiti dan keluar bekerja. Pengetahuan pedagogi ini amat berguna
kepada bakal guru agar mereka dapat menyampaikan ilmu pengetahuan yang mereka
ada dengan pelbagai cara yang menarik.
8
1.7 Kepentingan Kajian
Di antara kepentingan kajian ini dijalankan adalah untuk:
i) Membantu pihak Fakulti Pendidikan bagi mendapatkan maklum balas
berkaitan dengan tahap pengetahuan pedagogi pelajar tahun akhir agar
dapat memperbaiki kelemahan yang wujud
ii) Membantu dalam penyelidikan bagi meningkatkan prestasi dan kualiti
pengurusan Fakulti Pendidikan bagi melahirkan guru-guru yang
berpengetahuan dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta
mahir dalam bidang yang mereka ceburi.
1.8 Batasan Kajian
Kajian ini hanya tertumpu kepada pelajar tahun akhir (Perdana), Fakulti
Pendidikan yang telah menjalani latihan mengajar pada tahun tiga. Ini kerana, kajian
ini adalah untuk melihat tahap pengetahuan pedagogi pelajar tahun akhir (Perdana)
dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran yang mereka ikuti di universiti.
Di samping itu, kajian ini adalah untuk melihat adakah pelajar tahun akhir (Perdana)
ini sudah mempunyai persediaan dari segi pengetahuan pedagogi untuk keluar
bekerja.
9
1.9 Definisi Istilah
Penyelidik mengenal pasti beberapa maksud yang dipilih dari sumber tertentu
bagi mengelakkan kekeliruan di kalangan pembaca.
1.9.1 Tahap
Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2002), tahap bermaksud peringkat atau
tingkat. Menurut Kamus Dewan (1996), tahap pula membawa erti ukuran yang
digunakan untuk menilai sesuatu yang diperlukan.
1.9.2 Pengetahuan
Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2002), pengetahuan bermaksud
mengetahui apa-apa yang diketahui atau kepandaian seseorang.
1.9.3 Pedagogi
Mengikut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2002), pedagogi bermaksud kajian
tentang kaedah dan prinsip pengajaran.
1.9.4 Pengajaran
Menurut Yaxley (1991), pengajaran merupakan satu tindakan yang bertujuan
untuk membawa perubahan dari segi kepercayaan, nilai dan makna. Pengajaran juga
bersangkut paut dengan proses pengesahan, perubahan, peninjauan semula, penilaian
dan penghuraian kepercayaan, nilai dan pengertian.
10
1.9.5 Pembelajaran
Mengikut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2002), pembelajaran adalah proses
atau kegiatan belajar. Mengikut Kamus Dewan Inggeris-Melayu (1992),
pembelajaran bermaksud sebagai proses memperolehi ilmu pengetahuan dan
kemahiran. Gagne (1970) mendefinikan pembelajaran sebagai perubahan tingkah
laku atau kebolehan seseorang yang dapat dikekalkan, tidak termasuk perubahan
yang disebabkab oleh pertumbuhan.
1.10 Penutup
Kesimpulannya, pengetahuan pedagogi merupakan aset penting kepada
seorang guru. Ianya perlu difahami dan diaplikasikan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran di sekolah. Melalui pengetahuan pedagogi, seorang guru akan dapat
mempelbagaikan cara pengajarannya agar menarik minat pelajar dan juga dapat
menyampaikan isi pelajaran dengan lebih baik.
Selain itu, melalui pengetahuan pedagogi juga, seorang guru akan dapat
mengatasi masalah pelajar-pelajar yang kurang berminat untuk belajar dengan
pelbagai pendekatan, kaedah, strategi dan teknik yang boleh digunakan. Sebagai
guru, mereka perlu kreatif untuk menghasilkan penyampaikan isi pengajaran yang
menarik kepada para pelajar.
Untuk itu, pengetahuan pedagogi ini adalah merupakan asas yang penting
kepada seorang guru selain daripada pengetahuan yang mendalam tentang kursus
yang mereka ikuti di universiti.