Page 1
1
TAHAP KEPUASAN BEKERJA DI POLITEKNIK, KEMENTERIAN PENGAJIAN
TINGGI MALAYSIA
Disediakan oleh:
Mohd Zahari Ismail (PBU), Nik Zaleha Nik Manap (PSIS), Abdul Hanif Mustaffa (PTSB),
Fisal Harun (PUO), Abdul Razak Sadli (POLIMAS), Abdub Rani Yunus (PMU), Roslina
Lapanditah (PMM), Mahmood Mohamad (POLISAS), Samsudin Abdullah(PMK), Wan
Azlan Wan Ismail (PKB), Mohd Sani Said(PKB), Kamarudin Ajib (POLIMAS) dan
Saifullah Musa (PSMZA)
Abstraks
Agenda Transformasi Politeknik telah menggariskan politeknik sebagai peneraju utama di
bidang teknikal dan vokasional (TEVT).Namun, beberapa persoalan timbul antaranya kesediaan
fizikal di politeknik dan mental di kalangan staf dalam mencapai hasrat ini.Keadaan fizikal,
suasana dan masa bekerja, mobiliti staf, governance adalah antara beberapa persoalan utama
dalam mencapai matlamat agenda transformasi ini.Justeru, kajian ini memfokuskan kepada tahap
kepuasan bekerja di politeknik, KPT.Ia dilihat dari perspektif komitmen dan penghargaan yang
diterima oleh staf; pengurusan, pensyarah dan stafsokongan sepanjang mereka bekerja di
politeknik. Sebanyak 2934 responden daripada politeknik seluruh Malaysia telah dipilih secara
rawak dalam kajian ini.Instrumen telah dibangun dan diadaptasi daripada beberapa kajian
terdahulu.Dengan menggunakan perisian SPSS kajian telah dianalisa dan dilaporkan dalam
bentuk percentage.Keseluruhannya, kajian ini mendapati majoriti responden berpuashati
terhadap suasana bekerja di politeknik, iaitu lebih dapada 60% responden mempunyai min skor 3
hingga 5.Penskoran ini dinilai dari aspek komitmen, penghargaan, suasana kerja dan keselesaan
di tempat kerja di institusi ini.Namun, beberapa penambahbaikan perlu diadakan bagi
meningkatkan lagi prestasi dan kualiti di tempat kerja dalam memenuhi aspirasi transformasi
ini.Kajian ini diharapkan akan membantu politeknik untuk mencerna, memperbaiki dan
meningkatkan suasana bekerja di institusi masing-masing.Kajian ini akhirnya diharapkan dapat
untuk mengisi kekosongan bahan ilmiah berkaitan kepuasan bekerja di organisasi terutamanya di
politeknik, KPT.
Keywords: Politeknik – Pengurusan – Tahap kepuasan bekerja – Penghargaan - Komitmen
1. Pendahuluan
Page 2
2
Setelah lebih empat puluh tahun berdiri teguh sebagai sebuah institusi pendidikan teknikal dan
latihan vokasional negara, politeknik terus bangun dan berkembang dalammenyahut cabaran
arus perdana pendidikan negara. Beberapa polisi baru telah dilancarkan di bawah kepimpinan
YAB Perdana Menteri hari ini; Rancangan Malaysia ke 10, Program Transformasi Kerajaan,
Program Transformasi Ekonomi, Model Baru Ekonomi selaras dengan semangat 1Malaysia;
rakyat didahulukan pencapaian diutamakan. Kementerian Pengajian Tinggi mewartakan
polisinya dalam Plan Strategik Pendidikan Tinggi Negara (PSPTN) yang kini berada di fasa
kedua pelaksanaannya.Justeru, politeknik tidak dapat tidak turut merangka program bagi
memenuhi aspirasi Negara ini dengan pelancaran Agenda Transformasi Politeknik pada 25
Februari 2010.Hasilnya politeknik diklasifikasikan dengan tiga kategori; premier, konvensional
dan metro.Perkembangan ini pastinya menimbulkan beberapa implikasi besar dalam sistem
pengajian politeknik masa kini.
2. Latar belakang
Umumnya pendidikan di Malaysia berkuatkuatkuasa di bawah beberapa dasar utama pendidikan
Negara; Penyata Razak (1956), Ordinan Pelajaran (1957), Laporan Rahman Talib (1961),
Laporan Kabinet (1975) dan Rang Undang-undang Pendidikan(1995). Pendidikan vokasional di
negara ini bermula dengan Laporan Rahman Talib (1961) dan diperkukuhkan dalam Rang
Undang-undang Pendidikan(1995).Pada tahun 1964, Bahagian Pendidikan Teknikal dan
Vokasional (BPTV), Kementerian Pelajaran Malaysia telah ditubuhkan dan dipertanggungjawab
untuk mempromosikan pendidikan teknikal dan vokasional.Bahagian ini seterusnya diberi status
jabatan dan dinamakan Jabatan Pendidikan Teknikal (JPTek) pada tahun 1995.Selain merangka
polisi, jabatan baru ini juga bertanggungjawab menentukan halatuju pendidikan teknikal dan
vokasional selaras dengan keperluan pengindustrian dan modernisasi negara.Satu bahagian
khusus telah ditubuhkan untuk bertanggungjawab dalam mengurus politeknik iaitu Bahagian
Pengurusan Politeknik.Kini, di bawah teraju Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), politeknik
dikawalselia dibawah Jabatan Pengajian Politeknik.Sejarah politeknik bermula dengan
penubuhan Politeknik Ungku Omar pada tahun 1969 melalui Pelan Colombo di bawah program
UNESCO. Sehingga kini jumlah politeknik telah meningkat kepada 30 buah, iaitu 3 buah
politeknik premier, 24 buah politeknik konvensional 3 buah politeknik metro.Negara
memerlukan 11 buah lagi politeknik baharu iaitu iaitu penambahan 3 buah politeknik
konvensional dan 8 buah politeknik metro (Amanat 2011).
Sebagai peneraju technical education and vocational training (TEVT) politeknik
bertanggungjawab untuk melahirkan teknologis yang berkualiti selaras hasrat Falsafah
Pendidikan Kebangsaan secara amnya dan Plan Strategik Pendidikan Tinggi Negara (PSPTN)
secara khususnya.Matlamat ini juga adalah sejajar dengan keperluan industri yang memerlukan
graduat yang kompeten dari segala aspek termasuklah soft skillsdan mempunyai ilmu
keusahawanan.Justeru, adalah penting bagi politeknik untuk mempunyai budaya kerja yang
sihat, bermula dengan visi, misi dan matlamat yang jelas, barisan pengurusan yang cekap
mentadbir dan mengurus, iklim kerja yang kondusif, interaksi yang baik sesama pekerja,
antarapelajar dan komuniti sekitar. Teras Keempat PSPTN adalah untuk memperkasakan insitusi
pengajian tinggi, antaranya ialah untuk memastikan sistem tadbir urus IPT cekap, berkesan dan
Page 3
3
terus menuju kearahautonomi dengan memantapkan kepimpinan dan pengurusan tertuinggi IPT
danmembudayakan sifat profesionalisme di kalangan ahli akademik supaya dapatmemberikan
perkhidmatan yang lebih cemerlang di IPT (PSPTN, KPT).Sehubungan itu, tahap kepuasan
bekerja di kalangan staf tidak dapat tidak menjadi satu elemen penting dalam agenda
transformasi ini.
Pendekatan outcome based education (OBE) dalam curriculum, instructional, assessment (CIA),
peningkatan kompetensi staf, memperkasakan bahasa inggeris di kalangan warga politeknik,
penarafan di bawah polyrate, dasar kualiti jabatan, pengiktirafan, kolaborasi dan
pengantarabangsaan adalah beberapa agenda utama transformasi ini. Beberapa mekanisme baru
telah diperkenalkan dalam memantapkan pengajaran dan pembelajaran; online distance learning
(ODL), elearning dan penggunaan CIDOS. Keperluan pengiktirafan program oleh Malaysia
Qualification Agency (MQA) berdasarkanKerangka Kelayakan Malaysia (MQF) adalah satu lagi
cabaran besar bagi politeknik.Kesemua aktiviti ini direkod dan dipantau di bawah indeks
penunjuk prestasi (KPI) oleh pihak kementerian.Fenomena ini sudah tentunya menambahkan
beban tugas (work load) di kalangan staf.
Locke (1969, 1976) mendifinisikan kepuasan kerja sebagai "a pleasurable or positive emotional
state resulting from the appraisal of one's job or job experiences" iaitu kepuasan kepuasan kerja
sebagai satu tindakbalas pekerja yang berpuashati terhadap kerjanya. Menurut Gruneberg
(1979),kepuasan kerja menjadi tumpuan kerana wujudnya persepsi umum bahawa kepuasan
kerja dapat meningkatkan produktiviti dan banyak manfaat lain kepada organisasi.Kepuasan
bekerja adalah alat pengukur dalam menentukan kejayaan sesebuah organisasi.Sekiranya
organisasi dapat memberikan kepuasan kepada pekerjanya, ianya bukan sahaja
dapatmeningkatkan imej sesebuah organisasi tetapi juga dapat meningkatkan motivasi dan
produktiviti semuapekerjanya. (Sarimah dan Faridatul, 2010). Manakala, Galpin (1996)
mengenal pasti sepuluh elemen yang secara bersama membentukbudaya organisasi iaitu,
peraturan dan polisi, matlamat dan pengukuran, adat istiadat dannorma, latihan, upacara dan
peristiwa, perlakuan pengurusan, ganjaran dan pengiktirafan,komuniti, persekitaran fizikal dan
struktur organisasi (Sarimah & Faridatul, 2010). Mengikut Ott (1989) elemen-elemen formal dan
tidak formal seperti kepercayaanbersama, nilai dan kod moral, kod etika dan ideologi penting
bagi sesebuah organisasi,kerana elemen-elemen ini memberi huraian yang jelas tentang kelakuan
manusia dalamsesebuah organisasi.
Justeru, kajian ini cuba melihat persepsi staf politeknik tentang tahap kepuasan bekerja mereka
di era transformasi ini. Isu utama yang menjadi fokus kajian ini ialah tahap kepuasan bekerja dan
komitmen di kalangan staf yang dianalisa secara umum.Akhirnya, beberapa cadangan ke arah
penambahbaikan akan dicadangkan bagi memperbaiki dan seterusnya meningkatkan lagi prestasi
dan tahap kepuasan bekerja di institusi pendidikan teknikal ini.
3. Objektif Kajian
Page 4
4
Secara umumnya kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji tahap kepuasan bekerja di kalangan
kumpulan pensyarah, pengurusan dan staf sokongan di politeknik, KPT. Kajian ini boleh dicapai
melalui objektif pengenalpastian sama ada kumpulan staf politeknik mempunyai perspektif yang
berbeza terhadap kepuasan bekerja di politeknik.
4. Persoalan Kajian
Idea-idea baru seiring dengan era transformasi politeknik sedikit sebanyak telah membawa
bebanan tugas yang banyak dan terpaksa dipikul oleh semua staf di politeknik. Fenomena ini
dibimbangi akan menimbulkan rasa tidak senang hati ataupun ketidakpuasan bekerja dan tekanan
di kalangan staf. Sehubungan dengan itu, kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti sama ada
staf pengurusan, staf akademik dan staf sokongan di politeknik berpuashati dengan suasana
bekerja di institusi mereka ataupun tidak.
5. Kerangka kajian
Input ProsesOutput
Rajah 1: Kerangka kajian
Rajah 1 di atas menunjukkan hubungan di antara elemen-elemen yang dipraktiskan di politeknik
iaitu komitmen, mobiliti, pengetahuan, penghargaan, dan waktu bekerja di kalangan staf
politeknik dan tahap kepuasan bekerja. Input-input ini akan dianalisa untuk melihat hubungan
iaitu peningkatan elemen-elemen ini juga akan meningkatkan tahap kepuasan bekerja dan
seterusnya meningkatkan produktiviti dan kualiti kerja. Proses ini akan berulang sehinggalah
tahap kepuasan kerja adalah tercapai ke tahap yang maksimum dan secara tidak langsungnya
akan meningkatkan produktiviti dan kualiti kerja.
6. Metodologi Kajian
Komitmen
Mobiliti
Gaji dan faedah
Kepimpinan
Penghargaan
Suasana kerja
Produktiviti
Kualiti Kepuasan
bekerja
Page 5
5
Penyelidikan ini dijalankan di seluruh negara mulai oktober 2010, melibatkan 24 buah politeknik
seluruh Malaysia.Sebanyak 2934 responden telah menjawab soalan kajiselidik ini.Soalselidik ini
telah dibangunkan daripada soalselidik yang telah diubahsuai Ranjit (2010).Ianya telah
diadaptasi dan disesuaikan dengan suasana di politeknik, KPT.Demografi responden dalam
kajian ini direkodkan seperti di jadual 1 di bawah ini.
Politeknik
Kumpulan staf Jumlah
Pengurusan Akademik Sokongan
PBU 2 12 22 36
PTSB 20 46 26 92
PTSS 4 52 30 86
MAS 1 89 1 91
PSP 2 49 16 67
PSIS 8 125 40 173
PKK 10 162 48 220
PKS 7 53 17 77
PMU 8 109 24 141
PMK 8 52 27 87
PKB 12 260 12 284
PSMZA 10 222 45 277
PMM 13 229 58 300
PSA 2 70 11 83
PSAS 4 125 29 158
PBS 2 15 15 32
PNS 1 32 15 48
POLISAS 4 180 14 198
PJB 12 176 55 243
PJK 0 0 2 2
PHT 3 16 9 28
PMJ 2 14 10 26
PSS 1 15 0 16
PPD 2 131 17 150
TP 19 0 0 19
Jumlah 157 2234 543 2934
Jadual 1: Demografi responden
Populasi kajian terdiri daripada kumpulan pengurusan, pensyarah dan staf sokongan
yangberkhidmat di politeknik, KPT. Terdapat 30 buah politeknik padamasa ini dengan populasi
sebenar seramai 9441 orang; staf akademik 7203 orang dan staf bukan akademik 2238 orang
(Quick Facts, 2011). Untuk mewakili populasi, sampeldipilih berdasarkan persampelan rawak,
memandangkan populasi kajian adalahtidak seragam dari segi pengalaman, jawatan, jantina,
kaum dan tempoh berkhidmat. Bilangan respondenkeseluruhan untuk kajian adalah 2934
Page 6
6
orang;157 orang kumpulan pengurusan,2234 orang pensyarah dan 543 orang staf sokongan yang
sedang berkhidmat di politeknikyang dikaji. Jadual 1 menunjukkan jumlah responden yang
terbanyak terdiri daripada PMM (300), diikuti dengan PKB (284), PSMZA (277) dan seterusnya
seperti ditunjukkan di jadual 1 di atas.
Satu kajian rintis telah dijalankan di Politeknik Balik Pulau, Pulau Pinang.Hampir ke semua staf
telah menjawab soal selidik yang diberikan.Beberapa penambahbaikan telah dibuat hasil
daripada kajian rintis ini.
Kepuasan bekerja dianalisa melalui beberapa elemen: komitmen, mobiliti, gaji dan faedah,
kepimpinan, penghargaan dan suasana bekerja. Elemen-elemen ini akan dianalisis berdasarkan
deskriptif analisisdan dilaporkan dalam bentuk percentage. Di samping itu, analisa min juga
akan dilihat bagi melihat tahap penskoran yang diperolehi dalam kajian ini sama ada rendah,
sederhana atau tinggi. Analisis min diterangkan dalam jadual 2 di bawah.
Rendah Sederhana Tinggi
1 hingga 2.5 2.6 hingga 3.5 3.6 hingga 5
Jadual 2: Analisis Min
Jadual 2 di atas menunjukan skala tahap kepuasan bekerja dilihat dalam kajian ini.Julat skor <2.5
menunjukkan tahap kepuasan kerja adalah rendah.Julat skor di antara 2.6 hingga 3.5 adalah
sederhana.Manakala julat skor 3.6> adalah tinggi. Dapatan dan perbincangan di bawah juga akan
menggunakan jadual ini sebagai rujukan sepanjang kajian ini.
7. Analisis Kebolehpercayaan (reliability analysis)
Secara keseluruhannya tahap kepuasan bekerja di politeknik direkodkan dengan Apha = 0.836.
Ini menunjukkan semua soalan yang diajukan kepada staf politeknik adalah sah dan boleh
dipercayai.
8. Dapatan kajian
Berikut akan dibentangkan dapatan utama kajian khususnya tentang kepuasan bekerja di
politeknik. Walaupun banyak isu yang ditanya dalam soal selidik ini, namun hanya beberapa isu
utama yang akan dibincangkan dalam kertas kajian ini iaitu komitmen, mobiliti staf, Gaji dan
faedah, kepimpinan, penghargaan dan suasana kerja di politeknik, KPT.
8.1 Komitmen
Page 7
7
Skala Frequency Percent
sangat tidak setuju 27 .9
tidak setuju 77 2.6
tidak pasti 376 12.8
bersetuju 1892 64.5
sangat bersetuju 562 19.2
Total
Mean
Std. Deviation
2934 100.0
3.98
0.712
Jadual 3: Komitmen
Jadual3 di atas menggambarkan majoriti responden bersetuju dengan sanggup bekerja dengan
lebih kuat demi kejayaan organisasi mereka. Sebanyak 64.5% responden bersetuju dan 19.2%
sangat bersetuju apabila ditanya kesediaan mereka untuk bekerja lebih daripada norma biasa
demi menjayakan visi dan misi politeknik. Ini termasuklah bekerja selepas waktu pejabat, di
hujung minggu juga di hari-hari cuti kelepasan am.Min skor dalam isu ini ialah 3.98 iaitu di
tahap tinggi dan menggambarkan tahap komitmen mereka yang tinggi terhadap politeknik.
Kumpulan staf Skala Jumlah
sangat tidak
setuju tidak setuju tidak pasti bersetuju sangat
bersetuju
pengurusan 0 2 11 86 58 157
staf akademik
26 72 320 1437 379 2234
staf sokongan
1 3 45 369 125 543
Jumlah 27 77 376 1892 562 2934
Jadual 4:Staf dan komitmen
Jadual 4 menunjukkan bahawa kumpulan pengurusan dan persepsimerekaterhadap komitmen.
Kumpulan pengurusan menunjukkan 144orang (92%) bersetuju untuk berusaha dengan gigih
demi kejayaan politeknik. Pensyarah pula pensyarah yang bersetuju untuk bekerja lebih darpada
biasa iaitu seramai 1816 orang (81%). Manakala kumpulan staf sokongan menunjukkkan
kesanggupan mereka untuk bekerja lebih untuk mencapai agenda politeknik iaitu sebanyak 494
orang (91%).Jelasnya, ketiga-tiga kumpulan iaitu, pengurusan, pensyarah dan
sokonganmenunjukkan tahap komitmen yang tinggi terhadap politeknik iaitu mereka sanggup
bekerja lebih demi mencapai matlamat organisasi berbanding kumpulan pensyarah.
Page 8
8
8.2 Mobiliti staf
Skala Frequency Percent
sangat tidak setuju 324 11.0
tidak setuju 574 19.6
tidak pasti 879 30.0
bersetuju 811 27.6
sangat bersetuju 346 11.8
Total
Mean
Std. Deviation
2934 100.0
3.10
1.173
Jadual 5:Mobiliti
Apabila responden ditanya tentang kesediaan mereka untuk berpindah ke politeknik lain, data
yang diperolehi adalah menarik di mana 30% responden tidak pasti sama ada sanggup ditukarkan
ataupun tidak, manakala 30.6% staf di politeknik tidak sanggup untuk berpindah. Ini adalah
kerana keselesaan mereka di tempat sedia ada telah mempengaruhi sikap staf tersebut daripada
berpindah ke tempat lain. Data yang diperolehi juga menunjukkan 39.4% staf politeknik sanggup
dipindahkan ke tempat lain walaupun melakukan kerja yang sama. Jadual 5 di atas memberikan
gambaran yang jelas tentang isu ini.
Kumpulan Staf Skala Jumlah
sangat tidak
setuju tidak setuju tidak pasti bersetuju sangat
bersetuju
pengurusan staf akademik staf sokongan
13 43 48 36 17 157
270 424 634 625 281 2234
41 107 197 150 48 543
Jumlah 324 574 879 811 346 2934
Jadual 6: Staf dan mobiliti
Jadual 6 di atas menggambarkan 694 orang (31%)dari pada kumpulan pengurusan,54 orang
(35%) pensyarah, 148 orang (38%) daripada staf sokongan tidak dan sangat tidak bersetuju
untuk berpindah tempat kerja. Ini bermakna kira-kira 30-40 peratus staf politeknik tidak bersedia
Page 9
9
untuk berpindah dan mereka lebih sedia bekerja di tempat sendiri walaupun diarahkan berpindah
di atas kepentingan perkhidmatan.
8.3 Gaji dan faedah
Skala Frequency Percent
sangat tidak setuju 198 6.7
tidak setuju 462 15.7
tidak pasti 867 29.6
bersetuju 1204 41.0
sangat bersetuju 203 6.9
Total
Mean
Std. Deviation
2934 100.0
3.26
1.024
Jadual 7: Gaji dan faedah
Jadual 7 di atas menunjukkan hampir separuh iaitu masing-masing 41% dan 6.9% daripada staf
politeknik bersetuju dan sangat bersetuju mereka mendapat gaji yang lumayan darpada hasil
pekerjaan mereka sekarang. Manakala 29.6% berasa tidak pasti dan selebihnya iaitu 22.4%
berpendapat gaji mereka adalah tidak mencukupi. Ini menunjukan kedudukan gaji dan proses
kenaikan gaji yang diamalkan sekarang ini adalah sesuai dan mampu menampung kos sara hidup
di kalangan staf politeknik. Ia juga secara tidak langsungnya, membantu meningkatkan kepuasan
kerja di kalangan staf.Seseorang akan berpuas hati dengan pekerjaannya sekiranya ia berpuas hati
dengan gaji dan peluang kenaikan pangkat (Heneman et al.,1988).
Skala Jumlah
sangat tidak
setuju tidak setuju tidak pasti bersetuju sangat
bersetuju
pengurusan staf akademik staf sokongan
3 21 38 66 29 157
179
380
678
872
125
2234
16 61 151 266 49 543
Jumlah 198 462 867 1204 203 2934
Jadual 8: Staf dan gaji dan faedah
Jadual 8 merekodkan bahawa 95 orang (61%) responden daripada kumpulan pengurusan, 997
orang (45%) pensyarah dan 315 orang (58%)mengakui bahawa gaji dan faedah yang mereka
terima adalah mencukupi. Jadual ini juga memberikan gambaran bahawa lebih daripada separuh
Page 10
10
staf politeknik iaitu kumpulan pengurusan dan staf sokongan sahaja yang berpuashati dengan
gaji yang mereka terima. Manakala hanya 45% responden daripada kumpulan pensyarah sahaja
yang berpuashati, 30% berada dalam keadaan tidak pasti dan 35% tidak berpuashati dengan gaji
dan faedah yang diterima oleh mereka. Dapatan ini telah menyokong dapatan daripada kajian di
kalangan pensyarah PUO yang mendapati bahawa faktor gaji, kenaikan pangkat dan suasana
kerja menyebabkan mereka mendapat kepuasan kerja yang rendah (Azurahani Bahari, 2004).
8.4 Kepimpinan
Skala Frequency Percent
sangat tidak setuju 95 3.2
tidak setuju 212 7.2
tidak pasti 726 24.7
bersetuju 1531 52.2
sangat bersetuju 370 12.6
Total
Mean
Std. Deviation
2934 100.0
3.64
0.907
Jadual 9: Kepimpinan
Jadual 9 di atas mempamerkan bahawa 64.8% bersetuju bahawa mereka diberikan layanan yang
sempurna oleh ketua mereka.Dalam konteks ini ketua dilihat sebagai Pengarah, Timbalan
Pengarah dan Ketua Jabatan di institusi masing-masing. Walau bagaimanapun, kira-kira 10.5%
responden menyatakan mereka tidak diberikan layanan yang adil oleh pihak pentadbir, manakala
24.7% tidak pasti akan kedudukan ini. Ini menunjukkan bahawa masih terdapat ruang yang
masih boleh dan perlu diperbaiki dalam memantapkan tadbir urus di politeknik.Ini adalah selaras
dengan pandangan Meadows (1980) iaitu kepuasan bekerja boleh ditingkatkan sekiranya organisasi atau
majikan mempunyai dasar-dasarpentadbiran yang baik. Min skor dalam aspek ini adalah tinggi iaitu 3.64
menggambarkan responden lebih bersetuju bahawa mereka dilayan dengan baik oleh majikan mereka.
Skala Jumlah
sangat tidak
setuju tidak setuju tidak pasti bersetuju sangat
bersetuju
pengurusan 1 6 18 87 45 157
Page 11
11
staf akademik 82 175 574 1168 235 2234
staf sokongan 12 31 134 276 90 543
Jumlah 95 212 726 1531 370 2934
Jadual 10: Staf dan kepimpinan
Dari aspek persepsi staf terhadap pemimpin mereka dapat dilihat dalam jadual 10 di atas.Jadual
ini menunjukkan bahawa mereka dilayan dengan baik oleh ketua mereka iaitu oleh pengarah,
timbalan pengarah dan ketua jabatan masing-masing. Data yang diperolehi mencatatkan bahawa
132 orang (84%) di kumpulan pengurusan bersetuju mereka dilayan dengan baik. Manakala
pensyarah dan staf sokongan masing-masing 1403 orang (63%) dan 366 orang (67%).
Gambaran ini jelas menunjukkan bahawa lebih 60% staf di politeknik adalah berpuashati dengan
kepimpinan yang ada di politeknik hari ini.
8.5 Penghargaan
Skala Frequency Percent
sangat tidak setuju 110 3.7
tidak setuju 314 10.7
tidak pasti 975 33.2
bersetuju 1297 44.2
sangat bersetuju 238 8.1
Total
Mean
Std. Deviation
2934 100.0
3.42
0.919
Jadual 11: Penghargaan
Dari aspek penghargaan oleh pihak politeknik, hanya 52.9% sahaja iaitu sangat besetuju (8.1%)
dan bersetuju (44.2%).Responden mengatakan bahawa mereka diberikan penghargaan oleh pihak
politeknik. Penghargaan sama ada berbentuk imbuhan kewangan, kenaikan pangkat dan pujian
adalah termasuk dalam konteks ini. Manakala 14.4% menyatakan mereka tidak tidak diberikan
penghargaan yang sewajarnya oleh politeknik. Sebanyak 33.2% responden berada dalam
keadaan tidak pasti sama ada mereka mendapat penghargaan ataupun tidak daripada superior
mereka. Min skor 3.42 adalah di tahap yang sederhana.
Skala Jumlah
sangat tidak
setuju tidak setuju tidak pasti bersutuju sangat
bersetuju
Page 12
12
pengurusan 2 10 38 79 28 157
staf akademik 96 263 758 965 152 2234
staf sokongan 12 41 179 253 58 543
Jumlah 110 314 975 1297 238 2934
Jadual 12: Staf dan penghargaan
Jadual 12 memperincikan persepsi staf politeknik terhadap isu ini.Sebanyak 107 orang (68%) di
kalangan kumpulan pengurusan mengatakan mereka dihargai dengan tugasan yang mereka
laksanakan.Kumpulan pensyarah dan staf sokongan pula masing-masing menunjukkan rasa
dihargai dengan 1117 (50%) dan 311 (57%).Ini menunjukkan kedua-dua kumpulan mendapat
penghargaan yang sederhana sahaja ke atas kerja yang mereka lakukan.Keadaan ini
menggambarkan amalan yang kurang baik berlaku di politeknik di mana akhirnya boleh
menjejaskan kualiti kerja di kalangan staf sokongan dan pensyarah ini.
8.6 Suasana kerja
Skala Frequency Percent
sangat tidak setuju 122 4.2
tidak setuju 288 9.8
tidak pasti 743 25.3
bersetuju 1338 45.6
sangat bersetuju 443 15.1
Total
Mean
Std. Deviation
2934 100.0
3.58
0.996
Jadual 13: Suasana kerja
Jadual 13 memaparkan sebanyak 60.7% staf politeknik menghargai memuji dan berpuashati
dengan suasana bekerja di politeknik masing-masing.Ini menunjukkan mereka berpuas hati
dengan keadaan dan suasana kerja sedia ada di politeknik.Manakala, 25.3% tidak pasti dan 18%
sahaja tidak memuji suasana berkerja mereka di politeknik.Min skor 3.58 adalah tinggi dalam
aspek ini menggambarkan responden lebih memilih untuk bersetuju bahawa mereka berpuashati
dengan suasana bekerja mereka. Ini termasuklah waktu bekerja, rakan sekerja, beban kerja dan
seumpamanya.
Page 13
13
Skala Jumlah
sangat tidak
setuju tidak setuju tidak pasti bersetuju sangat
bersetuju
pengurusan staf akademik staf sokongan
0 13 24 77 43 157
112 246 598 985 293 2234
10 29 121 276 107 543
Jumlah 122 288 743 1338 443 2934
Jadual 14: Staf dan suasana kerja
Jadual 14 menunjukkan bahawa min skor bagi tahap kepuasan ini berada di tahap yang tinggi
iaitu min skor sebanyak 3.58. Sebanyak 120orang (76%) staf pengurusan dan 383 orang (71%) di
kalangan staf sokongan bersetuju dan sangat bersetuju dengan suasana bekerja di politeknik.
Manakala 1278 orang (57%) responden di kalangan pensyarah sahaja yang berada dalam
kategori ini. Ringkasnya, lebih 70% daripada staf pengurusan dan sokongan sangat bersetuju
dengan keadaan bekerja di sistem politeknik berbanding dengan pensyarah.
9. Cadangan-cadangan
Berikut dicadangkan beberapa pendekatan bagi memantapkan lagi institusi politeknik:
9.1 Satu kajian menyeluruh terhadap tahap kepuasan bekerja hendaklah dilakukan bagi
mengukuhkan lagi kajian ini. Ia hendaklah merangkumi aspek visi dan misi politeknik, iklim
bekerja, interaksi di antara staf, orientasi pelanggan dan sebagainya.
9.2 Adalah dicadangkan supaya pihak yang berkenaan agar dapat menyediakan suasana kerja
yang lebih baik kepadastaf di Politeknik. Ini termasuklah keperluan ruang, peralatan dan
peruntukan kewangan yang sewajarnya bagi meningkatkan lagi tahap kepuasan bekerja di
kalangan staf politeknik.
9.3 Konsep kepuasan bekerja dan berpuashati juga hendaklah dilihat dalam perspektif yang
lebih luas dan menyeluruh iaitu dari aspek keagamaan. Islam khususnya menyeru umatnya untuk
bersyukur dengan segala nikmat yang diberikan oleh Allah s.w.t. Justeru, konsep etika kerja
Islam merupakan salah satu cara untuk meningkatkan prestasi kerja di kalangan pekerja di
politeknik.
10. Kesimpulan
Page 14
14
Kajian ini cuba melihat persepsi staf politeknik tentang tahap kepuasan bekerja mereka di
politeknik. Keseluruhannya, kajian mendapati bahawa tahap kepuasan staf di politeknik hanya
berada di sekitar 60-70 peratus sahaja pada masa kini.Manakala 30-40% staf masih berada di
tahap tidak pasti dan kurang berpuashati dengan keadaan bekerja mereka pada hari ini. Beberapa
penambahbaikan sepatutnya dilakukan oleh pihak Kementerian Pengajian Tinggi, Jabatan
Pengajian Politeknik dan politeknik masing-masing bagi meningkatkan tahap kepuasan bekerja
di kalangan staf sama ada di kalangan staf pengurusan, akademik mahupun staf sokongan.
Antaranya menggunakan sumber dengan cekap, menambahkan peruntukan kewangan, latihan
peningkatan dan pengukuhan staf dan sebagainya.Kajian ini adalah selaras dengan dapatan
kajian oleh Azurahani Bahari (2004) tentang tahap kepuasan bekerja di Politeknik Ungku Omar
(PUO) yang mendapati bahawa pensyarah di Politeknik Ungku Omar mendapat kepuasan kerja
yang sederhana sahaja.
RUJUKAN
Page 15
15
Amanat Tahun 2011, Pengajian Tinggi Ke Arah Transformasi Negara, oleh YB Dato’Seri
Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pengajian Tinggi, Dewan A, PICC, 17 Januari 2011.
AzurahaniBahari (2004) Kepuasan kerja di kalangan pensyarah : kajian kes perbandingan
Politeknik Ungku Omar dan Kolej Cosmopoint. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun
Hussein Onn (unpublished).
Gruneberg, M. (1979). Understanding job satisfaction. London: Macmillan Press Ltd.
Locke, E. A. (1969). What is Job Satisfaction? OB and Human Performance, Vol. 4, pp. 309-
336.
Locke, E. A. (1976). The Nature and Causes of Job Satisfaction. In Dunnette, M.D. (Ed.),
Handbook of the Industrial and Organizational Psychology. Chicago: Rand McNally
Galpin, T. (1996) Connecting culture to organizational change. HR Magazine, Volume 41, Issue
3,pp 84-90.
Heneman.R.L, Greenberger.D.B., and Strasser.S. (1988) The Relationship Between Pay
forPerformance Perceptions and Pay Satisfaction, Personnel Psychology, Volume 41, Issue 4,
pp. 745–759
Meadows, I. S. G. (1980) Organic structure and innovation in small work groups.Human
Relations, 33, pp. 369-382.
Ott, J. S. (1989). The organizational culture perspective.Pacific Grove, CA: Brooks-
Cole. Peters, T. J., &Waterman, R, H. (1982). In search of excellence.New York: Harper.
Pelan Strategik Pendidikan Tinggi Negara, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
Quick Facts, March 2011, Jabatan Pengajian Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi
Malaysia.
Ranjit Singh Malhi, Kursus Effective Academic Leadership, Glenmarie Hotel, Shah Alam, 19-21
July 2010.
SarimahIsmail danFaridatul AkmarTalip (2010) Kepuasan Bekerja Staf Akademik Jabatan
Pendidikan Teknikal Dan Kejuruteraan, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia,
Skudai. pp. 1-7. (Unpublished)