TAHAP KEFAHAMAN KONSEP PENGUKURAN OLEH MURID-MURID TAHUN 5 DALAM MATA PELAJARAN SAINS SEKOLAH RENDAH NOORUL KHAIRI BIN MD HANAFIAH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
TAHAP KEFAHAMAN KONSEP PENGUKURAN OLEH MURID-MURID
TAHUN 5 DALAM MATA PELAJARAN SAINS SEKOLAH RENDAH
NOORUL KHAIRI BIN MD HANAFIAH
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
TAHAP KEFAHAMAN KONSEP PENGUKURAN OLEH MURID-MURID
TAHUN 5 DALAM MATA PELAJARAN SAINS SEKOLAH RENDAH
NOORUL KHAIRI BIN MD HANAFIAH
Laporan ini dikemukakan bagi memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Fizik)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL, 2006
iii
DEDIKASI
Untuk ayahanda tersayang Md Hanafiah Bin Muhammad,
buat bonda tercinta Che Som Binti Che Hassan,
kepada abang-abang dikasihi Sani Azman dan Hadi Irman,
serta adik-adikku yang dirindui Zulfahmi, Siti Hajar dan Siti Fatimah..
Terima kasih di atas sokongan dan dorongan kalian semua,
akanku jadikan ia sebagai semangat buat diriku yang kerdil ini..
Tidak lupa juga buat teman-teman rapatku ermz, ariel, zahar, nijang dan ipin,
seterusnya teman-teman sekursusku,
para pensyarah yang pernah mencurah ilmu buatku,
akhir sekali kepada insan yang banyak membantuku secara tidak langsung,
Terima kasih di atas segala-galanya,
akanku kenang sampai bila-bila, InsyaAllah..
Semoga segalanya mendapat rahmat dan hidayah dari
Allah S.W.T..
iv
PENGHARGAAN
Assalamualaikum warahmatullahi Wabarakatuh..
Segala puji bagi Allah S.W.T dan selawat ke atas junjungan besar Nabi
Muhammad S.A.W. Dengan izin dan limpah kurnianya saya dapat menyiapkan
Projek Sarjana Muda (PSM) ini.
Pertama sekali diucapkan setinggi penghargaan kepada pensyarah
pembimbing PSM saya iaitu Prof. Madya Dr. Seth Sulaiman. Segala tunjuk ajar dan
panduan yang diberikan membolehkan saya melaksanakan projek ini dengan baik.
Terima kasih juga diucapkan kepada pihak pentadbiran, guru-guru dan murid-murid
di sekolah-sekolah yang terlibat dengan kajian projek ini di atas kerjasama dan
layanan yang baik sehingga selesai proses pengumpulan data dengan lancar. Tidak
lupa buat teman-teman seperjuangan yang sama-sama bertungkus lumus untuk
menyiapkan projek ini. Semoga segala keperitan dan kesusahan yang kita hadapi ini
akan membuatkan kita lebih bersedia untuk menempuhi hari-hari mendatang.
Akhir sekali, jutaan terima kasih diucapkan kepada individu atau kumpulan
yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung di dalam perlaksanaan
projek ini. Jasa kalian amat dihargai dan semoga mendapat rahmat dan keredhaan
Illahi.
v
ABSTRAK
Konsep pengukuran dalam mata pelajaran Sains di sekolah rendah merupakan
satu konsep yang paling asas dan mudah. Kajian ini cuba menentukan tahap
kefahaman murid terhadap konsep pengukuran. Seramai 150 orang murid Tahun
Lima lelaki dan perempuan, di lima buah Sekolah Rendah Kebangsaan sekitar
jajahan Tumpat, Kelantan telah terlibat dalam kajian ini. Para responden dikehendaki
menjawab satu set soalan kefahaman yang mengandungi 8 soalan struktur yang
terdiri daripada 20 bahagian. Tahap kefahaman murid diukur berdasarkan skor
peratus yang diperolehi dengan merujuk kepada lima tahap yang telah dikategorikan
iaitu Cemerlang, Baik, Sederhana, Lemah dan Sangat Lemah. Dengan menggunakan
perisian SPSS for Windows 10.1, didapati majoriti murid berada pada tahap
kefahaman yang sederhana. Didapati ada perbezaan min yang bererti dalam
kefahaman konsep pengukuran antara pelajar perempuan dan lelaki pada aras
keertian 0.05, di mana min pelajar perempuan lebih tinggi. Sementara itu, tiada
perbezaan min yang bererti antara pelajar bandar dan luar bandar.
vi
ABSTRACT
Concept of measurement in Science subject at Primary School is one of the basic
concepts, which is quite easy. This study tried to determine the pupils’ level of
understanding of measurement concept. A sample of 150 pupils was chosen from
Year Five of National Primary School around Tumpat’s District in State of Kelantan.
The questionnaire consisted of 8 structured questions, which have a total of 20 parts.
The level of understanding is measured by referring to the score in percentage for
every respondent. This level is assigned into five categories namely Excellent, Good,
Moderate, Weak and Very Weak. Using the software SPSS for Windows 10.1 it was
found that most of them were categorized into the Moderate level. There is a
significant difference in means between male and female pupils on understanding of
measurement concept in favor of female pupils. However for rural and urban
students there was no significant difference in means.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI LAMPIRAN xi
SENARAI JADUAL xi
SENARAI CARTA xii
SENARAI SINGKATAN/TATANAMA xiii
viii
BAB 1 PENGENALAN 1
1.1 Pendahuluan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.2.1 Apa Itu Konsep ? 4
1.3 Pernyataan Masalah 6
1.4 Objektif Kajian 6
1.5 Persoalan Kajian 7
1.6 Batasan Kajian 7
1.7 Kepentingan Kajian 8
1.8 Definisi 8
BAB 2 SOROTAN KAJIAN 10
2.1 Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah 10
2.2 Pengukuran Dalam Kurikulum Sains 11
Sekolah Rendah
2.3 Kefahaman Pelajar Mengenai Konsep 11
Sains
2.4 Kerangka Alternatif Berkaitan Dengan Konsep 12
Pengukuran
2.5 Teori Perkembangan Piaget 14
2.6 Rumusan 16
ix
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 17
3.1 Pengenalan 17
3.2 Sampel Kajian 17
3.3 Instrumen Kajian 18
3.4 Prosedur Kajian 19
3.5 Prosedur Pengumpulan Data 19
3.6 Analisis Data 20
BAB 4 DAPATAN DAN ANALISIS DATA 21
4.1 Pengenalan 21
4.2 Dapatan Kajian – Bahagian Profil Pelajar 22
4.2.1 Keputusan Peperiksaan Akhir Tahun 25
Lepas (2005)
4.2.2 Kaum, Agama dan Cita-cita 26
4.3 Dapatan Kajian – Tahap Kefahaman Murid 27
Terhadap Konsep Pengukuran Dalam Mata
Pelajaran Sains Sekolah Rendah
4.3.1 Huraian Item-item 27
4.3.2 Analisis Dapatan Tahap Kefahaman 29
Murid
4.3.3 Kesimpulan Dapatan Kajian ( Tahap 33
Kefahaman Murid )
4.4 Dapatan Kajian – Faktor Jantina Mempengaruhi 35
Tahap Kefahaman Murid Terhadap Konsep
Pengukuran
4.4.1 Ujian-t 36
4.4.2 Kesimpulan – Dapatan Kajian ( Faktor 38
x
Jantina
4.5 Dapatan Kajian – Faktor Kedudukan Sekolah 39
Mempengaruhi Tahap Kefahaman Murid
Terhadap Konsep Pengukuran
4.5.1 Ujian-t 39
4.5.2 Huraian Dapatan Kajian 41
4.5.3 Kesimpulan – Dapatan Kajian (Faktor 43
Kedudukan Sekolah)
4.6 Penutup 43
BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 44
5.1 Pengenalan 44
5.2 Ringkasan Kajian Dan Dapatan 44
5.3 Perbincangan Dapatan Kajian dan Kesimpulan 46
5.3.1 Dapatan Persoalan Pertama 46
5.3.2 Dapatan Persoalan Kedua 47
5.3.3 Dapatan Persoalan Ketiga 47
5.3.4 Kesimpulan 48
5.4 Cadangan-cadangan 49
5.5 Cadangan-cadangan Untuk Kajian Lanjutan 50
5.6 Penutup 51
RUJUKAN 52
xi
SENARAI LAMPIRAN 54
A. Set soalan Pemahaman
B. Surat Kebenaran KPM (EPRD)
C. Surat Kebenaran JPN Kelantan
D. Analisis Ujian-T
SENARAI JADUAL
NO JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.1 Skala bagi tahap kefahaman murid 20
4.1 Dapatan tentang jantina responden bagi setiap sekolah 23
4.2 Dapatan komposisi kaum dan agama responden 26
4.3 Pembahagian markah bagi setiap item 28
4.4 Dapatan skor keseluruhan bagi semua responden 29
4.5 Dapatan kekerapan responden dalam lima tahap 31
pemahaman
4.6 Dapatan min markah responden 34
4.7 Dapatan min markah bagi lelaki dan perempuan 35
4.8 Dapatan nilai signifikasi bagi jantina terhadap tahap 36
kefahaman
4.9 Dapatan nilai signifikasi bagi kedudukan sekolah 40
terhadap tahap kefahaman
4.10 Dapatan nilai min skor kedua-dua kedudukan sekolah 40
4.11 Dapatan perbezaan min skor markah merujuk faktor 41
kedudukan sekolah dari segala aspek
xii
SENARAI CARTA
NO CARTA TAJUK MUKA SURAT
4.1 Dapatan jantina di kawasan luar bandar 24
4.2 Dapatan jantina di kawasan bandar 24
4.3 Dapatan keputusan peperiksaan tahun lepas 25
4.4 Dapatan kekerapan responden dalam lima tahap 32
pemahaman
4.5 Dapatan lulus dan gagal 33
4.6 Dapatan menunjukkan perbandingan jantina yang 37
lulus dan gagal
4.7 Dapatan responden yang lulus dan gagal di sekolah 42
bandar
4.8 Dapatan responden yang lulus dan gagal di sekolah luar 42
bandar
BAB 1
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Pendidikan Sains telah diiktiraf dan diterima dalam falsafah dan matlamat
pendidikan negara sebagai satu mata pelajaran yang penting untuk membina satu
masyarakat yang progresif. Di samping itu, pendidikan Sains juga bertujuan untuk
melahirkan individu yang produktif dan kreatif dalam usaha untuk membangunkan
negara dan individu yang berkemampuan memanfaatkan teknologi dan aplikasi Sains
dalam kehidupan sehari-hari.
Sememangnya Sains jikalau merujuk kepada takrifannya merupakan satu
bidang pencarian ilmu yang berasaskan kepada pengamatan, pemerhatian dan
kemampuan akal manusia dalam usaha untuk memahami fenomena dan peraturan
yang diwujudkan oleh Ilahi. Ilmu pengetahuan ini sentiasa berkembang kerana ahli
Sains sentiasa melakukan penyelidikan untuk memenuhi keperluan kehidupan selaras
dengan peredaran zaman.
Sains merupakan mata pelajaran yang mengutamakan kaedah inkuiri dan
penyelesaian masalah. Sebagai satu proses, Sains memberi tumpuan kepada
bagaimana cara atau kaedah yang perlu digunakan bagi membantu pelajar
memperolehi pengetahuan dan pembelajaran yang bermakna (Abu Hassan & Meor
Ibrahim, 2000). Pembelajaran berkesan berlaku melalui tindakan dan sebaliknya
2
bukan bergantung kepada teknik menyerap maklumat secara pasif semata-mata.
Menurut falsafah pendekatan heuristik iaitu penemuan yang dipelopori oleh
Amstrong (1986), pelajar perlu dilatih untuk mempelajari sesuatu secara sendiri iaitu
pembelajaran berkesan berlaku melalui tindakan iaitu penyelesaian masalah dan
bukan melalui penyerapan maklumat secara pasif. (Mohd Ismail Bin Ni (2000))
Dengan kata yang mudah, pelajar-pelajar melakukan sendiri aktiviti-aktiviti
Sains dengan dibimbing atau dipantau oleh seorang guru Sains sehingga mereka
mendapat hasil yang bersesuaian dengan kerangka pemikiran sedia ada mereka.
Selepas itu barulah guru membetulkan kerangka pemikiran mereka jika terdapat
kesalahan. Sukatan bagi mata pelajaran Sains baru memberi penekanan kepada aspek
penglibatan pelajar dalam pembelajaran mata pelajaran Sains.
Sebelum itu, Bruner atau nama penuhnya Jerome Bruner, seorang ahli
psikologi Amerika merupakan pendukung utama bagi pembelajaran penemuan.
Menurutnya, guru menyediakan suasana dan kemudahan dan hanya membantu
sekiranya diperlukan. Terdapat 4 faedah yang boleh diperolehi daripada
pembelajaran melalui penemuan. Pertama, terdapat penambahan dalam keupayaan
intelek. Pembelajaran penemuan membantu kanak-kanak belajar cara untuk belajar.
Cara ini membantu kanak-kanak belajar kemahiran penyelesaian masalah dan
inkuiri, membolehkannya menyusun dan menggunakan apa yang dipelajarinya,
dalam situasi baru, dan seterusnya mempelajari konsep baru. Kedua, terdapat anjakan
daripada ganjaran ekstinsik kepada ganjaran instrinsik. Pembelajaran penemuan
menukarkan motivasi untuk belajar demi untuk memuaskan orang lain kepada
kepuasan ganjaran dalaman, iaitu memuaskan diri sendiri.
Ketiga, terdapat kesempatan mempelajari heuristik penemuan yang menurut
Bruner, bermakna kaedah seseorang dilatih untuk mencari sesuatu untuk dirinya
sendiri. Hanya melalui latihan menyelesaikan masalah dan usaha penemuan barulah
kanak-kanak dapat mencari sesuatu utuk dirinya. Semakin cekap seseorang kanak-
kanak dalam heuristik penemuan, semakin berkesan keputusannya dalam
penyelesaian masalah, keputusannya dapat menyegerakan penyelesaian berbanding
dengan kaedah cuba jaya (trial and error). Keempat, dapat membantu proses
ingatan. Pengetahuan yang dihasilkan melalui penemuan lebih senang diingat
3
kembali apabila diperlukan, seperti kata-kata “he who does, understands and
remembers”.
Kognitif pula merujuk pada intelek atau pemikiran individu (Spodek, et.al,
1987). Perkembangan kognitif memfokuskan kepada cara kanak-kanak belajar dan
memproses maklumat. Dengan kata lain ia adalah suatu proses memperkembangkan
daya fikir atau membina pengetahuan kanak-kanak.
Perkembangan kemahiran adalah berasaskan kepada perubahan struktur
mental kanak-kanak. Ia melibatkan bahasa, imaginasi, mental, fikiran, penaakulan,
penyelesaian masalah dan memori. Kebolehan kanak-kanak mengkoordinasi
berbagai-bagai cara memikir bagi menyelesaikan sesuatu masalah, adalah salah satu
cara yang boleh kita gunakan bagi mengukur perkembangan intelek mereka. Menurut
Jean Piaget (1930), perkembangan kognitif berlaku melalui skema. Skema adalah
bentuk asas pengetahuan manusia. Kanak-kanak mula membentuk skema dari saat
kelahiran. Perkembangan kognitif berlaku dalam dua proses yang penting iaitu
adaptasi dan organisasi.
1.2 Latar Belakang Masalah
Terdapat kajian dalam bidang Sains (misalnya, Brook & Driver, 1984;
Summers, 1983; Erickson, 1979; Stepherd & Renner, 1982) yang menunjukkan
bahawa pelajar-pelajar sentiasa mengalami kesalahfahaman yang bersifat konseptual
(conceptual misunderstanding) ataupun dikatakan sebagai ‘salah pengkonsepsian’
(misconception). Dengan kata lain, pembentukan konsep yang berlaku di dalam
fikiran pelajar adalah berbeza dengan hasrat yang ingin dicapai oleh gurunya. Ini
mudah berlaku oleh sebab ujian pemahaman terhadap sesuatu konsep adalah lebih
sukar dengan ujian jika dibandingkan pencapaian terhadap fakta-fakta asas Sains.
(Fauziah Binti Mo’men (1999))
4
Terdapat juga kajian-kajian yang menunjukkan bahawa sesuatu bentuk salah
pengkonsepsiannya yang sudah terbentuk di fikiran pelajar akan sukar diperbetulkan
dan biasanya kekal sehingga peringkat pengajian tinggi (lihat misalnya Rosnick dan
element, 1980).
1.2.1 Apa itu konsep ?
Dalam permainan bola sepak, terdapat yang menang dan yang kalah; tetapi
apabila kanak-kanak melemparkan atau membaling satu bola ke dinding dan
menangkapnya kembali, pandangan ini hilang (kembali ke keadaan asal). Melihat
balik kepada permainan tadi yang melibatkan kemahiran (skill) dan kebertuahannya
(luck); dan perbezaan antara kemahiran bermain catur dengan kemahiran bermain
tenis. Sekarang cuba fikirkan kepada permainan ring-a-ring-a-roses; di mana
terdapatnya elemen kegembiraan, tetapi berapa banyak bentuk ciri-ciri yang lain
hilang ! Dan boleh lihat pada permainan yang lain dengan cara yang sama, boleh
dilihat kesamaan bentuk atau kehilangan (Wittgenstein, 1970, pp. 31-32).
Seterusnya Wittgenstein mengajukan soalan yang menanyakan; apakah
sebenarnya itu konsep ? Sebelum itu, perlu dipertimbangkan soalan yang lebih
penting iaitu; mengapa orang ramai berminat dalam mengetahui apa yang kanak-
kanak faham dengan konsep ? Alasannya adalah kepercayaan kita mengenai ‘nature
of concepts’ sangat mempengaruhi kepercayaan kita mengenai perkembangan
semula jadi.
Pada tahap umumnya, konsep boleh diperlihatkan sebagai objek, kejadian,
kualiti dan idea yang mana manusia kumpulkannya sebagai persamaan. Berbalik
kepada persoalan asalnya; Apakah sebenarnya itu konsep ? Contoh yang paling
manusia fikirkan adalah mengenai sesuatu objek yang konkrit; seperti oren, buah-
buahan dan mekanan yang mana manusia susunnya mengikut hierarki iaitu oren
adalah subclass kepada buah-buahan dan buah-buahan adalah subclass kepada
5
makanan. Mengorganisasikan maklumat ke dalam sesuatu bentuk hierarki adalah
sangat membantu memproses maklumat dalam situasi yang pelbagai (Simon, 1981).
Kesimpulannya, konsep adalah sesuatu yang konkrit dan abstrak. Objek yang
konkrit adalah seperti kereta, buah, melompat, menendang dan sebagainya manakala
objek yang abstrak adalah seperti masa, nombor, ruang dan sebagainya.
Salah satu daripada matlamat pendidikan Sains sekolah rendah ialah memberi
peluang kepada pelajar memperolehi pengetahuan dan kefahaman tentang fakta dan
konsep Sains bagi membantu mereka memahami diri dan alam sekeliling (SPS
Sekolah Rendah, 1993). Bertepatan dengan matlamat ini, maka adalah amat sesuai
untuk dilaksanakan satu kajian mengenai tahap kefahaman konsep Sains murid
sekolah rendah.
Kajian yang dijalankan lebih ditumpukan kepada konsep pengukuran sahaja
kerana konsep ini adalah lebih mudah dikaji dan mungkin juga menimbulkan banyak
kekeliruan di kalangan murid sekolah rendah. Di dalam konsep ini, pelajar mungkin
kurang memahami prinsip yang digunakan dalam menentukan isipadu sesuatu objek.
Dari segi takrifannya, isipadu memberi maksud ‘objek yang memenuhi sesuatu
ruang’. Tetapi adakah dengan penjelasan melalui satu ayat ini sudah cukup untuk
memberikan kefahaman yang sebetulnya kepada murid sekolah rendah ini ?
Berdasarkan tahap kefahaman pelajar mengenai konsep dan fakta berkaitan
konsep di atas, kajian ini cuba mencari perkaitan di antara kebolehan pelajar
memahami konsep Sains (pengukuran) dengan dua faktor yang difikirkan penting
oleh pengkaji iaitu;
6
(a) Faktor jantina pelajar – adakah terdapat perbezaan antara murid
perempuan dengan murid lelaki dalam memahami konsep pengukuran
?
(b) Faktor kedudukan sekolah – adakah terdapat perbezaan tahap
kefahaman murid di bandar dan di luar bandar mengenai konsep
pengukuran ?
1.3 Pernyataan Masalah
Tujuan kajian ini dibuat adalah untuk mengenalpasti, sama ada murid tahun
lima Sekolah Rendah Kebangsaan memahami salah satu konsep asas Sains, iaitu
konsep pengukuran. Konsep ini dipilih oleh pengkaji kerana ianya merupakan
konsep Sains yang paling asas dan diajar pada awal sesi persekolahan tahun 4.
Kajian ini juga bertujuan untuk melihat sejauh mana tahap kefahaman murid
mengenai konsep pengukuran setelah lebih kurang setahun mempelajarinya.
1.4 Objektif Kajian
i. Menentukan tahap kefahaman konsep pengukuran di kalangan murid-murid
tahun 5 di lima buah Sekolah Rendah Kebangsaan di sekitar jajahan Tumpat,
Kelantan.
ii. Mengenalpasti sama ada faktor jantina murid mempengaruhi kefahaman ini
iii. Mengenalpasti sama ada faktor kedudukan sekolah (bandar atau luar bandar)
mempengaruhi tahap kefahaman murid.
7
Tahap kefahaman sama ada cemerlang, baik, sederhana, lemah atau sangat
lemah dinilai berdasarkan pencapaian (skor) responden di dalam menjawab soalan
yang diberi.
1.5 Persoalan Kajian
i. Apakah tahap kefahaman murid terhadap konsep pengukuran.
ii. Adakah faktor jantina murid mempengaruhi tahap kefahaman mereka
terhadap konsep pengukuran.
iii. Adakah faktor kedudukan sekolah (bandar atau luar bandar) mempengaruhi
tahap kefahaman murid.
1.6 Batasan Kajian
i. Kawasan kajian – 5 buah sekolah yang dipilih adalah di sekitar jajahan
Tumpat, Kelantan.
ii. Sampel kajian – Setiap sekolah menyediakan sampel seramai 30 orang yang
terdiri daripada purata 15 orang murid lelaki dan 15 orang murid perempuan.
iii. Kajian lebih ditumpukan kepada konsep pengukuran.
iv. Melibatkan hanya 2 faktor sahaja iaitu faktor jantina murid dan faktor
kedudukan sekolah.
v. Paling penting, kajian hanya di sekolah rendah yang tertumpu di satu jajahan
kecil sahaja iaitu jajahan Tumpat. (Jajahan Tumpat merupakan daerah yang
paling kecil di Negeri Kelantan D.N tetapi antara daerah yang berkepadatan
tinggi.)