International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12 th – 13 th October 2015 Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015 TADABBUR AL-QURAN : SYARAT UTAMA YANG DIPERLUKAN UNTUK MENCAPAI OBJEKTIF AL-QURAN Rohana bt. Zakaria Hayati Bt. Hussin Kolej Iniversiti Islam Antarabangsa Selangor Mohd Nur Adzam Rasdi Universiti Sains Islam Malaysia ABSTRAK Al-Quran merupakan kalam Allah s.w.t yang penuh dengan mukjizat . Matlamat diturunkan al- Quran kepada seluruh umat Nabi Muhammad SAW bukan sekadar untuk bacaan dan hafazan semata-mata, namun ia lebih besar dan lebih agung lagi matlamat dan tujuannya adalah untuk ditadabbur, difahami, dihayati seterusnya diamalkan dalam kehidupan manusia. Kertas kerja ini cuba membincangkan mengenai kepentingan tadabbur dan syarat-syarat yang diperlukan untuk mencapai objektif dan matlamat utama dalam bermuamalah dengan al-Quran. Terdapat empat syarat utama dalam mencapai objektif al-Quran iaitu 1: membaca al-Quran 2: Faham al-Quran 3: beriman dengan al-Quran 4: mengikut petunjuk al-Quran. Diharapkan kertas kerja ini menjadi salah satu sumbangan ke arah penerapan kefahaman sebenar terhadap matlamat agung al-Quran diturunkan dan sekaligus menolak tanggapan bahawa al-Quran sekadar untuk dibaca, dikhatamkan dan dihafal semata-mata oleh masyarakat kita. Tetapi hakikat sebenar al-Quran adalah sumber rujukan yang mampu menjadi petunjuk arah dalam kehidupan di samping berusaha menangani pelbagai halangan, cabaran dan ancaman terhadap akhlak dan moral masyarakat melalui amalan tadabbur. Kata kunci: Tadabbur al-Quran, objektif al-Quran.
13
Embed
TADABBUR AL-QURAN : SYARAT UTAMA YANG DIPERLUKAN ...
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12th – 13th October 2015
Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015
TADABBUR AL-QURAN : SYARAT UTAMA YANG
DIPERLUKAN UNTUK MENCAPAI OBJEKTIF AL-QURAN
Rohana bt. Zakaria
Hayati Bt. Hussin
Kolej Iniversiti Islam Antarabangsa Selangor
Mohd Nur Adzam Rasdi
Universiti Sains Islam Malaysia
ABSTRAK
Al-Quran merupakan kalam Allah s.w.t yang penuh dengan mukjizat . Matlamat diturunkan al-
Quran kepada seluruh umat Nabi Muhammad SAW bukan sekadar untuk bacaan dan hafazan
semata-mata, namun ia lebih besar dan lebih agung lagi matlamat dan tujuannya adalah untuk
ditadabbur, difahami, dihayati seterusnya diamalkan dalam kehidupan manusia. Kertas kerja ini
cuba membincangkan mengenai kepentingan tadabbur dan syarat-syarat yang diperlukan untuk
mencapai objektif dan matlamat utama dalam bermuamalah dengan al-Quran. Terdapat empat
syarat utama dalam mencapai objektif al-Quran iaitu 1: membaca al-Quran 2: Faham al-Quran
3: beriman dengan al-Quran 4: mengikut petunjuk al-Quran. Diharapkan kertas kerja ini
menjadi salah satu sumbangan ke arah penerapan kefahaman sebenar terhadap matlamat agung
al-Quran diturunkan dan sekaligus menolak tanggapan bahawa al-Quran sekadar untuk dibaca,
dikhatamkan dan dihafal semata-mata oleh masyarakat kita. Tetapi hakikat sebenar al-Quran
adalah sumber rujukan yang mampu menjadi petunjuk arah dalam kehidupan di samping
berusaha menangani pelbagai halangan, cabaran dan ancaman terhadap akhlak dan moral
masyarakat melalui amalan tadabbur.
Kata kunci: Tadabbur al-Quran, objektif al-Quran.
International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12th – 13th October 2015
Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015
PENDAHULUAN
Matlamat diturunkan al-Quran kepada seluruh umat Nabi Muhammad SAW kepada kita adalah
untuk kita tadabbur ayat-ayat Allah yang terdapat dalam al-Quran. Sebagaimana firman-Nya:
Maksudnya: “(Al-Quran ini) sebuah Kitab yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu Wahai
Muhammad), Kitab yang banyak faedah-faedah dan manfaatnya, untuk mereka memahami
dengan teliti kandungan ayat-ayatNya, dan untuk orang-orang Yang berakal sempurna beringat
mengambil iktibar”. ( Saad 38:29)
Ayat ini menjelaskan bahawa al-Quran perlu difahami dengan teliti dan dijadikan sebagai
pedoman dalam kehidupan setiap diri Muslim yang beriman kepada Allah( al-Ahdal 2012).
Orang yang membaca al-Quran dituntut untuk mentadabbur dan memahaminya. Ini adalah
tujuan utama Allah menurunkan al-Quran iaitu untuk ditadabbur ( Alwi al-Maliki 2010).
Dalam masa yang sama, Allah mencela dan memperlekehkan orang yang tidak bertadabbur
dengan al-Quran.
Maksudnya: Setelah diterangkan yang demikian maka adakah mereka sengaja tidak berusaha
memahami serta memikirkan isi Al-Quran? atau telah ada di atas hati mereka kunci penutup
(yang menghalangnya daripada menerima ajaran al-Quran)?
(Muhammad 47: 24)
Jelas ayat-ayat ini menunjukkan al-Quran diturunkan untuk melakukan tadabbur dan ini
adalah dalil tentang kewajipan melakukan tadabbur terhadap al-Quran. Orang yang tidak
melakukan tadabbur hati mereka seakan-akan telah terkunci untuk mendapat kebenaran, kerana
tidak mengetahui kandungan al-Quran yang menjadi kewajipan mereka.
International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12th – 13th October 2015
Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015
PENGERTIAN TADABBUR
Secara etimologi , kalimah tadabbur berasal daripada perkataan ‘dabara’ dalam bahasa Arab
ertinya ‘belakang’. Manakala terminologi tadabbur bermaksud merenung,memperhatikan