Pendahuluan Pendidikan khas bererti program yang dirancang khusus untuk memenuhi pelbagai keperluan murid-murid khas. Pengajaran dan pembelajaran program ini menggunakan teknik yang bersesuaian dengan murid-murid khas. Ini termasuk menggunakan sumber dan peralatan khas untuk membantu pembelajaran murid-murid khas. Menurut Hallahan dan Kauffman(2006) pendidikan khas bermaksud "Satu bentuk pendidikan yang disediakan untuk memenuhi keperluan kanak-kanak berkeperluan khas" manakala Gargiulo(2003) pula "Pendidikan Khas merupakan program pengajaran khusus yang direka bentuk bagi memenuhi keperluan pelajar luar biasa. Ia mungkin memerlukan penggunaan bahan-bahan, peralatan dan kaedah pengajaran khusus". Pendidikan Inklusif pula melibatkan pelajar dengan berkeperluan khas di dalam kelas biasa. Bantuan yang sesuai akan diberikan kepada mereka bagi membolehkan mereka mengikuti pengajaran dan pembelajaran bersama rakan sebaya mereka.(KamariahJarji,1994). Definisi pendidikan inklusif ialah keadaan dimana murid berkeperluan khas duduk dan belajar bersama murid aliran perdana di dalam kelas aliran perdana. Memasukkan murid pendidikankhas ini ke dalam kelas aliran perdana tidaklah mudah jika dilihat sekadar luaran sahaja. Jalan menuju ke arah inklusif bukanlah mudah. Menurut John Charema (2010) ianya melibatkan perubahan sikap, perubahan nilai, perubahan program latihan perguruan dan perubahan sistem di sekolah. Apabila perubaha ini melibatkan beberapa aspek d alam kehidupan, tidak semua orang sanggup dan selesa untuk berhadapan dengannya. Namun permintaan terhadap pendidikan inklusif semakin meningkat (John C, 2010). Ini adalah kerana masyarakat terutama sekali mula mengetahui tentang kepentingan program inklusif bagi murid berkeperluan k has. Kepentingan program inklusif ini boleh dinilai dari aspek akademik, sosial dan emosi murid pendidikan khas apabila mereka mula diinklusifkan.MenurutJennifer Katz & Pat Mirenda (2002) menyatakan dalam kajian mereka bahawa faedah pendidikan inklusif bukan sahaja kepada murid pendidikan khas namun turut juga mempengaruhi murid aliran perdana seperti pencapaian dalam akademik dan kemahiran bukan akademik seperti kemahiran asas kehidupan (seperti contoh komunikasi, kemahiran motor dan kemahiran kefungsian hidup. Oleh itu adalah penting bagi guru, ibu bapa, seko lah dan p ihak luar memainkan peranan mereka masing- masing dengan
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Pendidikan khas bererti program yang dirancang khusus untuk memenuhi pelbagai keperluan
murid-murid khas. Pengajaran dan pembelajaran program ini menggunakan teknik yang
bersesuaian dengan murid-murid khas. Ini termasuk menggunakan sumber dan peralatan khas
untuk membantu pembelajaran murid-murid khas. Menurut Hallahan dan Kauffman(2006)
pendidikan khas bermaksud "Satu bentuk pendidikan yang disediakan untuk memenuhi
keperluan kanak-kanak berkeperluan khas" manakala Gargiulo(2003) pula "Pendidikan Khas
merupakan program pengajaran khusus yang direka bentuk bagi memenuhi keperluan pelajar
luar biasa. Ia mungkin memerlukan penggunaan bahan-bahan, peralatan dan kaedah pengajaran
khusus".
Pendidikan Inklusif pula melibatkan pelajar dengan berkeperluan khas di dalam kelas
biasa. Bantuan yang sesuai akan diberikan kepada mereka bagi membolehkan mereka mengikuti
pengajaran dan pembelajaran bersama rakan sebaya mereka.(KamariahJarji,1994). Definisi
pendidikan inklusif ialah keadaan dimana murid berkeperluan khas duduk dan belajar bersama
murid aliran perdana di dalam kelas aliran perdana. Memasukkan murid pendidikankhas ini ke
dalam kelas aliran perdana tidaklah mudah jika dilihat sekadar luaran sahaja. Jalan menuju ke
arah inklusif bukanlah mudah. Menurut John Charema (2010) ianya melibatkan perubahan sikap,
perubahan nilai, perubahan program latihan perguruan dan perubahan sistem di sekolah. Apabila
perubaha ini melibatkan beberapa aspek dalam kehidupan, tidak semua orang sanggup dan selesa
untuk berhadapan dengannya. Namun permintaan terhadap pendidikan inklusif semakin
meningkat (John C, 2010). Ini adalah kerana masyarakat terutama sekali mula mengetahui
tentang kepentingan program inklusif bagi murid berkeperluan khas.
Kepentingan program inklusif ini boleh dinilai dari aspek akademik, sosial dan emosi murid
pendidikan khas apabila mereka mula diinklusifkan.MenurutJennifer Katz & Pat Mirenda (2002)menyatakan dalam kajian mereka bahawa faedah pendidikan inklusif bukan sahaja kepada murid
pendidikan khas namun turut juga mempengaruhi murid aliran perdana seperti pencapaian dalam
akademik dan kemahiran bukan akademik seperti kemahiran asas kehidupan (seperti contoh
komunikasi, kemahiran motor dan kemahiran kefungsian hidup. Oleh itu adalah penting
bagi guru, ibu bapa, sekolah dan pihak luar memainkan peranan mereka masing- masing dengan
sahaja kepada murid inklusif tetapi juga melihat kepentingan sosial murid normal yang dipaksa
menerima murid berkeperluan khas sebagai rakan sekelas. Penyediaan tempat yang sesuai akan
membolehkan pihak yang terlibat dalam pelaksanaan PPI dapat merancang dengan lebih
berkesan untuk mencapai fungsinya. (Farell et al, 2002).
KUMPULAN SASARAN
Murid-murid pendidikan khas yang telah menguasai kemahiran asas 3M iaitu membaca,menulis
dan mengira, murid-murid berkenaan mampu untuk mengurus diri, berkomunikasi dengan yang
lain serta tidak mempunyai tingkahlaku yang ganjil yang akan menjejaskan komunikasi dengan
guru mata pelajaran dan murid-murid lain serta tidak menganggu aktiviti pengajaran dan
pembelajaran di dalam bilik darjah. Kesemua murid akan ditempatkan di setiap kelas mengikut
tahap penguasaan kemahiran asas 3M. Paling utama juga murid-murid tersebut telah mendapat
persetujuan dan kerjasama daripada ibu bapa mereka.Hanya ibu bapa yang bersetuju dengan
syarat-syarat yang diberikan oleh pihak sekolah yang akan dipilih untuk mengikuti program ini.
POLISI KPM TENTANG PENDIDIKAN KHAS DAN KAITKAN DENGAN PELAN
PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013-2025.
Di Malaysia, kategori murid yang berkeperluan khas merangkumi murid yang mempunyai
masalah penglihatan, masalah pendengaran, kesukaran bertutur, kurang upaya fizikal, kurang
upaya pelbagai, dan masalah pembelajaran seperti autisme, Sindrom Down, ADHD (Attention
Deficit Hyperactivity Disorder), dan disleksia. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatumenganggarkan secara purata 10% daripada populasi negara membangun mempunyai individu
yang diklasifikasi sebagai kurang upaya. Di Malaysia, hanya 1% populasi di negara ini telah
dikenal pasti sebagai individu berkeperluan khas dan berdaftar dengan program pendidikan khas.
Kadar ini adalah di bawah anggaran jumlah murid dalam negara yang sepatutnya berkeperluan
khas, kerana mereka yang kurang upaya jarang-jarang mendaftarkan diri di mana-mana agensi.
Kamariah Jalil. (1995). Ke arah Peluang Yang Sama Dan Penyertaaan Sepenuhnya.Kertas Kerja
Pendidikan Inklusif: Pendidikan Untuk Semua. Primula Beach Resort,Terengganu. Farrell, P. & Ainscow, M. (Ed.). (2002). Making Special Education Inclusive. London:David
Fulton Publisher. Abdul Rahim Selamat. ( 1994 ). Strategi-strategi bagi pelaksanaan Pendidikan Inklusif.Bengkel
Kebangsaan Pertama Pendidikan Inklusif. Seaview Hotel Langkawi. Zaleha Tambi Adam. (1997). Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif Kanak-kanak Khas
Bermasalah Pembelajaran di sebuah sekolah di Kuala Lumpur. Tesis Masters yang tidak
diterbitkan, Kuala Lumpur: Universiti Malaya. Dyson, A. & Millward, A. (2000). Schools and Special Need: Issues of Innovation and
Inclusion. London: SAGE Publications Inc. Garguilo, R.M. ( 2006 ). Special Education In Contemparary Society. ( 2nd Ed ). USA