Top Banner

of 14

T 2 Malayan Union

Oct 08, 2015

Download

Documents

carolinerong

T 2 Malayan Union
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript

Malayan union

Malayan unionPada 10 Oktober, 1945, kerajaan Inggeris mengemukakan Kertas Putih untuk melaksanakan satu sistem pentadbiran baru yang dikenali sebagai Kesatuan Malaya di Tanah Melayu. Sir Harold Mac Michael dilantik untuk mendapatkan persetujuan raja-raja Melayu. Pada bulan Januari 1946, kerajaan Inggeris meluluskan perlembagaan Kesatuan Malaya dan diikuti dengan penubuhan BMA dua bulan kemudianFaktor Malayan Union Diperkenalkanuntuk memelihara kepentingan Inggeris di Tanah Melayu;untuk membentuk pentadbiran yang sistematik di Tanah Melayu dengan menyeragamkan pentadbiran di Kesatuan Malaya;untuk menjimatkan kos pentadbiran di negeri-negeri Melayu; danuntuk menyediakan penduduk Tanah Melayu ke arah berkerajaan sendiri.Ciri-Ciri Malayan Union terdiri daripada sembilan buah negeri Melayu, Pulau Pinang, dan Melaka;pusat pentadbiran adalah di Kuala Lumpur dan ia diketuai oleh Gabenor Inggeris;kuasa raja-raja Melayu dihapuskan dan baginda diberikan peranan sebagai penasihat Gabenor dan Ketua Majlis Penasihat MelayuSingapura tidak dimasukkan ke dalam Kesatuan Malaya, tetapi dikekalkan sebagai tanah jajahan Inggeris; dankerakyatan adalah berdasarkan kepada prinsip jus soli. Di bawah prinsip ini, kerakyatan Tanah Melayu diberikan kepada; (a) orang asing yang berumur 18 tahun ke atas dan telah bermastautin di Tanah Melayu selama 10 tahun daripada tempoh 15 tahun; dan (b) semua orang yang dilahirkan di Tanah Melayu selepas penubuhan Kesatuan Malaya.

Ciri-Ciri Malayan UnionPerlembagaan Malayan Unionmenukarkan taraf negri-negeri Melayu daripada negeri-negeri naungan kepada status Tanah Jajahan BritishKedaulatan sultan Melayu dihapuskan dan kuasa sultan diambil alih oleh kerajaan British Semua negeri Melayu, termasuk Melaka dan Pulau Pinang disatukan di bawah satu pemerintahn pusat. Singapura tidak dimasukkan dalam penyatuan iniMalayan Union diperintah oleh seorang Gabenor British dan mempunyai kuasa penuhSultan hanya berfungsi sebagai raja kehormat sahajaMajlis Penasihat Pusat Malayan Union dianggotai para sultan tetapi gabenor yang menjadi pengerusinyaHak kerakyatan orang bukan Melayu diberikan melalui prinsip jus soliSetiap negeri dalam Malayan Union mempunyai seorang pesuruhjaya negeri yang menjadi ketua pentadbir di peringkat negeri.Dalam melaksanakan Malayan Union, Sir Harold Mac Michael telah cuba mendapatkan persetujuan daripada raja-raja Melayu, dan raja-raja yang enggan menandatangani persetujuan itu telah diugut akan diturunkan daripada takhta kerajaanFaktor Orang Melayu Menentang Malayan Unionkedaulatan raja-raja Melayu akan tergugat. Baginda akan hanya berfungsi sebagai ketua adat dan agama sahaja;pemberian hak kerakyatan yang bebas kepada kaum bukan Melayu membimbangkan orang melayu kerana bilangan mereka akan melebihi bilangan orang Melayuhak keistimewaan orang Melayu sebagai kaum pribumi akan terhapus; danorang-orang Melayu tidak suka dengan cara peras ugut yang digunakan oleh Harold Mac Michael ketika mendapatkan persetujuan daripada raja- raja Melayu.

Pada 1 sehingga 4 Mac 1946 Kongres Melayu Se-Malaya yang dipengerusikan oleh Datuk Onn telah mengadakan mesyuarat tergempar di Kuala Lumpur. Mesyuarat tersebut telah dihadiri oleh 41 buah pertubuhan Melayu.

Antara keputusan mesyuarat itu ialah menggesa raja-raja Melayu supaya jangan menghadiri majlis perasmian dan pelantikan Gabenor Kesatuan Malaya, menyeru agar masyarakat Melayu berkabung selama tujuh hari mulai 1 April 1946, memutuskan supaya masyarakat Melayu mengadakan tunjuk perasaan di beberapa buah bandar utama seperti Johor Bahru, Kuala Lumpur dan Alor Setar

Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu UMNO ditubuhkan