BILIK SEORANG BILIK BERDUA KANAK-KANAK BILIK BERDUA KANAK-KANAK BERKATIL KANAK-KANAK TANPA KATIL 9,090 7,590 6,690 6,090 5,490 HARI 01 02 09 10 PESAWAT QR 849 QR 021 QR 274 QR 848 SEKTOR DOHA - MANCHESTER AMSTERDAM - DOHA DOHA - K. LUMPUR ETD 2050 0115 ETA 2255 0635 1640 0105 0225 1515 K. LUMPUR - DOHA Perlepasan : 19, 26 Okt 2018 RM RM RM RM RM KUALA LUMPUR - DOHA Berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan berlepas menaiki penerbangan menuju ke Manchester melalui Doha. DOHA - MANCHESTER - LIVERPOOL Setibanya di Lapangan Terbang Manchester, melawat sekitar tarikan kawasan tengah kota Manchester ini seperti Manchester Town Hall iaitu dewan pentadbiran bandar dengan senibina era pemerintahan Victoria, John Rylands Library yang terkenal dengan gelaran ‘Real Life Hogwarts’ kerana senibina dalamannya yang menyerupai Hogwarts School of Witchcraft dalam filem Harry Potter serta melawat Ordsall Hall, rumah bersejarah yang berusia lebih dari 750 tahun. Kemudian tetamu akan dibawa ke Wimslow Road dan menunaikan solat di Manchester Central Mosque. Lawatan diteruskan ke Stadium Old Trafford, salah satu stadium paling ikonik di dunia milik pasukan Manchester United yang menjadi satu kemestian apabila berkunjung ke Manchester. Selesai lawatan di Manchester, tetamu akan menuju ke kota kelahiran kumpulan The Beatles, Liverpool. Melawat Titanic Memorial, sebuah tugu peringatan yang didedikasikan kepada 244 jurutera kapal yang terkorban dalam menyelamatkan kapal Titanic sebelum karam dan Albert Dock, sebuah kompleks dermaga kapal dagang yang dibina pada 1841 dan kini menjadi ikon tarikan pelancong. Di sini, tetamu berpeluang melawat menerokai The Beatles Story iaitu sebuah muzium yang mempamerkan sejarah perjalanan dan zaman kegemilangan The Beatles. Selesai lawatan di Albert Dock, tetamu akan melewati dua kawasan yang menjadi inspirasi lagu The Beatles iaitu Strawberry Fields dan Penny Lane. Tetamu akan dibawa makan malam di restoran dan mendaftar masuk hotel. LIVERPOOL - BICESTER - LONDON Selepas bersarapan pagi di hotel, tetamu akan dibawa untuk berfoto di Anfield Stadium yang merupakan stadium rasmi pasukan kebanggaan dan penuh sejarah di Merseyside ini iaitu Liverpool FC. Kemudian tetamu akan bertolak menuju ke kota London dengan singgah membeli-belah di Bicester Village yang menempatkan pelbagai jenama barangan terkenal seperti Dior, Dolce & Gabbana, Prada dan Swarovski pada harga yang cukup menakjubkan. Sambung perjalanan ke London, makan malam di restoran setibanya di sana dan daftar masuk hotel. LONDON Sarapan pagi di hotel dan memulakan lawatan di kota London ke Buckhingham Palace, istana kediaman rasmi Ratu England di mana tetamu berpeluang melihat upacara pertukaran pengawal. Berjalan melalui London City Hall, suatu kawasan yang unik dan terbaik untuk melihat pemandangan dan mengambil foto muzium kapal HMS Belfast, jambatan menara terkenal Tower Bridge yang boleh dinaikkan untuk membenarkan kapal melepasinya dan Tower of London, istana yang menyimpan takhta dan permata mahkota Ratu England. Melawat Westminster Abbey, gereja yang menyaksikan perkahwinan epik Putera William dan Kate Middleton, House of Parliament yang menempatkan sejarah dan kisah politik, serta lukisan dan karya seni yang mengagumkan. Seterusnya tetamu akan dibawa ke ikon kota London iaitu Big Ben (atau nama rasminya Elizabeth Tower), iaitu menara jam yang dibina pada 1859, Trafalgar Square, dataran yang dinamakan sempena kemenangan tentera laut British dalam Perang Napoleon dan melepasi Downing Street yang dikawal rapi, di mana terletaknya kediaman dan pejabat rasmi Perdana Menteri UK. Selesai lawatan di kota London, tetamu akan dibawa bersolat di London Central Mosque. Seterusnya dibawa untuk bersiar-siar masa bebas di Oxford Street yang mempunyai lebih 300 kedai di sepanjang jalan seperti Adidas, Primark, Dr. Martens dan sebagainya. Makan malam di restoran dan pulang ke hotel. LONDON - PARIS Setelah sarapan pagi di hotel, bertolak ke pelabuhan Dover untuk menaiki feri ke Calais, Perancis, merentasi Selat Inggeris. Tiba di Calais dan bertolak ke Paris dengan perjalanan kira-kira 4 jam 30 minit. Setibanya di Paris, tetamu akan dibawa membeli belah di Galeries Lafayette, syurga pakaian dan hub fesyen haute couture dengan struktur kubah dan binaannya yang moden dan memukau. Selesai membeli-belah, tetamu makan malam sebelum daftar masuk hotel. PARIS Sarapan di hotel dan memulakan lawatan di kota metropolitan kedua terbesar di Eropah ini dengan Notre-Dame Cathedral, salah satu gereja terkenal di seantero dunia dengan seni bina Gothic Perancis yang sangat halus. Seterusnya tetamu akan dibawa melihat Louvre Museum, muzium paling besar di dunia yang terkenal dengan rekabentuk piramid kaca, Les Invalides, di mana makam Napoleon Bonaparte disimpan, Palais Garnier iaitu Opera House yang pernah digunakan sebagai lokasi penggambaran filem The Phantom of The Opera, dan tidak terkecuali Arc de Triomphe, yang terletak di hujung barat Champs-Elysees sebagai penghormatan kepada mereka yang berjuang sewaktu Perang Napoleon. Melawat Place de la Concorde, dataran dengan struktur binaan bercirikan gaya Louis Quinze, dan taman terbuka Trocadero Square yang merupakan tempat terbaik untuk mengambil gambar Eiffel Tower sebelum ke kemuncak aturcara iaitu menaiki Eiffel Tower yang dibina pada tahun 1889 World’s Fair setinggi 324m untuk menikmati pemandangan indah kota Paris. Singgah membeli-belah cenderamata di SYOKNYA EROPAH 4 NEGARA Manchester - Liverpool - Bicester - London - Paris - Brussels - Amsterdam - Zaanse Schans - Rotterdam - The Hague HARI 2 HARI HARI 3 HARI HARI 4 HARI HARI 6 HARI HARI 5 HARI HARI 1 HARI MM SP/MM SP/MM SP/MM SP/MM FRANCE BELGIUM London Manchester Liverpool Bicester Calais Paris Brussels Amsterdam NETHERLANDS Rotterdam The Hague Dover UNITED KINGDOM 10 Hari 7 Malam Oxfrord John Rylands Library, Manchester London Tour Code: AH/SB/10DE4C No. 43, Jalan S2 F1, Garden Homes Seremban2, 70300 Seremban. Tel: +606 - 6337 888 www.ambienzholidays.com.my