Top Banner

of 196

Syahadah - Dialog Dengan Gadis Melayu Atheist

Jul 21, 2015

Download

Documents

Arif PhatMe Mn
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript

SyahadahDialog Dengan Gadis Melayu Atheist.Oleh Muhammad Ibn Az

Produk eNovel ini dibeli oleh : Nama No Tel E-mail Kod Pelanggan : Abdul Hadi Bin Ismail : 012-4455059 : [email protected] : MH08M022324

HAK CIPTA TERPELIHARATiada bahagian daripada ebook atau terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukar atau diubahsuai dalam apa bentuk atau dengan alat apa jua pun, kecuali setelah mendapat kebenaran bertulis daripada penulis dan pemilik hak cipta ini. Semua grafik, ilustrasi, karya, tajuk, ulasan, tulisan dan terbitan di bawah tajuk Syahadah : Dialog Dengan Gadis Melayu Atheist ini dimiliki hak ciptanya oleh MOHD ASWANIZAM BIN ALIAS eBook Syahadah : Dialog Dengan Gadis Melayu Atheist ini dilindungi dibawahLAWS OF MALAYSIA ACT 332 COPYRIGHT ACT 1987 [REPRINT - 2001] Incorporating latest amendment - Act A1139/2002

SyahadahDialog Dengan Gadis Melayu Atheist.Oleh Muhammad Ibn Az

www.satuhala.blogspot.com

Isi kandungan :1. Kenapa Perlu Saya Sembah Allah?! 2. Saya takkan menyembah Tuhan yang saya tak nampak Buktikan Allah itu ada! 3. Kenapa Allah Tidak Tuhan lain!? 4. Kenapa Allah tak pernah makbulkan doa-doa saya, sedangkan Allah berjanji setiap doa yang dipohonkan hambaNya kepadaNya akan dimakbulkan!?" 5. Kalau Allah Maha Penyayang, kenapa orang-orang kafir akan dibakar selamalamanya di dalam neraka? 6. Kenapa terdapat banyak agama di dunia ni, kenapa tidak satu saja dari zaman Nabi Adam a.s.? 7. Awak cakap kitab-kitab agama terdahulu tercemar dengan tulisan-tulisan tangan manusia, boleh awak buktikan? Kalau setakat cakap siapa pun boleh cakap kan? Buktikan! Itu yang saya mahu? 8. Saya terbaca dalam banyak media dan internet yang Islam merupakan agama yang menindas wanita, benarkah begitu? Boleh jelaskan? 9. Jika awak katakan yang Islam tu adil, kenapa hanya lelaki dibenarkan kahwin sampai empat sedangkan wanita hanya dibenarkan bernikah hanya dengan seorang suami, bukankah tak adil namanya tu?. 10. Kenapa pula wanita didiskriminasikan dalam pembahagian harta pusaka, bukankah awak katakan yang Islam mengutamakan hak wanita dalam semua perkara? 11. Kenapa pula Allah menyuruh para Malaikat dan Iblis menyembah Nabi Adam a.s., sedangkan menyembah makhluk tu satu perbuatan mensyirikkan Allah, tolong jelaskan kat saya? 12. Apa yang saya tahu, Nabi Muhammad menerima wahyunya yang pertama ketika dia berumur 40 tahun, jadi apa agama Nabi Muhammad sebelum dia dilantik menjadi Rasul? 13. Kenapa Hukum Hudud dalam Al-Quran tu nampak macam terlalu kasar, bukankah tak bertamadun hukuman sebegitu

Syahadah: Dialog dengan gadis melayu Atheist. Mohd Aswanizam Bin Alias Februari 2007

2

www.satuhala.blogspot.com

1. Kenapa Perlu Saya Sembah Allah?!

Syahadah: Dialog dengan gadis melayu Atheist. Mohd Aswanizam Bin Alias Februari 2007

3

www.satuhala.blogspot.com

1997, tahun yang meninggalkan seribu satu kenangan. Semester tiga yang dilalui di kampus Shah Alam membawa ribuan cabaran duniawi yang harus ditongkah. Jatuh bangun sebagai siswa dan manusia menjadi hidangan yang harus dijamah biarpun adakalanya menjerut tingkah dan batasan sabar di jiwa. Cuti perayaan yang mendatang seakan membuka ruang bernafas meninggalkan kabut dan serabut jiwa yang sangat mencengkam. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Tuhan yang mencipta, memiliki dan memelihara sekelian alam. Jiwa yang bagai dicarik-carik dengan seribu satu masalah masih utuh berdiri bersandarkan kepada tiang Tauhid yang masih lagi tinggal memberikan harapan. Ujian bertali arus yang dilalui mematangkan dan mencorakkan kehidupan penulis hari demi hari. Bosan menunggu keretapi untuk pulang ke kampung halaman diubat dengan menjamu mata melihat karenah manusia di Stesen Keretapi Kuala Lumpur ini. Sedang hati mengelamun, penulis disapa oleh seorang gadis berbangsa Cina. "Hello Encik boleh saya tumpang tanya.. sekarang jam pukul berapa?" tanya gadis Cina tersebut fasih berbahasa melayu. Jika semuanya fasih dan menghormati bumi yang dipijak, tidak kisah bagi penulis berkongsi negara dengan yang setia. Betapa pribumi mengorbankan tanah semata-mata untuk memberikan yang saksama. Pilu melihatkan Orang Thai ada Tanah Thainya sendiri, sayu melihatkan orang India memiliki Indianya sendiri, orang Cina dengan Chinanya sendiri, Orang Inggeris dengan Englandnya sendiri tapi Tanah Melayu ini hanya pada keretapi. Apa boleh buat, Lord Reid sang pribumi dengan enam orang pribuminya sudah menetapkan. Terima sajalah. Semoga Malaysia ini aman dan sentosa dan Malay nya tidak disia-siakan. "Amoi.. minta maaf la.. saya tak ada jam tangan la," jawab penulis sambil tersenyum bangga melihatkan gadis Cina yang masih muda tapi sangat fasih berbahasa Melayu. "Apa pasal semua orang kat sini tak pakai jam ke..? Tadi saya tanya sorang pak cik kat situ, dia pun cakap dia tak pakai jam bila tanya awak pun awak tak pakai jam juga?" balas gadis Cina tersebut sambil tersenyum. "Apala awak ni. Awak kata kat orang.. tapi awak sendiri pun tak pakai jam.." balas penulis. Gadis Cina tersebut terus ketawa mendengar jawapan penulis. "Tak pa amoi.. saya boleh tunjuk kat awak orang yang ada jam kat sini.. jom ikut saya" sambung penulis lagi. "Mana?" tanya gadis Cina tersebut sambil mengikut langkah penulis. "Haa tu.. nampak tu.. kalau tak nampak jugak tak tahu la haa.. ini jam KTM yang punya, kalau jam ni jatuh timpa kepala, dua kali jumaat lagi awak terus padam" kata penulis sambil menunjuk ke arah jam besar yang tergantung di tepi landasan.

Syahadah: Dialog dengan gadis melayu Atheist. Mohd Aswanizam Bin Alias Februari 2007

4

www.satuhala.blogspot.com

Melihat saja jam tersebut, gadis Cina tersebut terus ketawa. "Sorry la.. tadi saya tak nampak la terima kasih" gadis Cina tersebut berlalu sambil melambaikan tangan dan tersenyum. "Ok. Sama-sama...." jawab penulis kembali. Lebih kurang jam 930 malam, keretapi pun sampai. 'Bagus sekali keretapi nitepat pada masanya.. tak memalukan nama Tanah Melayu yang dibawanya biarkan kekal nama itu supaya akar tanah ni jelas dan sentiasa diperingati.' bisik penulis dalam hati. Sejurus menaiki keretapi yang dijadualkan bertolak pada pukul 1000 malam. Penulis mendapati gerabak dalam koc yang dinaiki telah pun penuh dengan penumpang yang seperti sudah tidak sabar lagi untuk pulang ke kampung untuk berhari raya. Penulis ketika itu masih lagi seorang pelajar dalam bidang kejuruteraan elektronik ITM (ditukar ke UiTM pada 1999). Beg pakaian yang berat di samping gitar kapok yang digalas mencuri sedikit perhatian penumpang dalam koc tersebut. Mungkin penampilan yang agak selekeh dengan jeans koyak dan rambut panjang melepasi bahu mengundang prasangka negatif mereka. Jangan tak tahu, memang pelajar ITM tidak dibenarkan menyimpan rambut panjang, tetapi kreativiti tidak bertempat pelajar-pelajar pada ketika itu dapat menyebunyikan rambut mereka di sebalik rambut palsu dan kopiah semasa mengikuti kuliah. Langkah diatur menuju ke gerabak sebelah dengan harapan masih ada tempat duduk kosong di sana. Alhamdulillah, sampai saja di koc sebelah, terpandang empat buah tempat duduk kosong. Tanpa membuang masa, langkah diatur laju dan tempat tersebut menjadi tempat duduk penulis bagi perjalanan 8 jam yang berikutnya hingga ke Pulau Pinang. Selesai meletakkan beg di atas, gitar kapok pula disandarkan ke dinding keretapi, penulis terpandang kepada seorang gadis melayu di sebelah tempat duduk kanan koc. Yang memisahkan antara kami ialah laluan pejalan kaki ditengah-tengah koc. Gadis tersebut memandang ke arah penulis, lalu satu senyuman penulis lemparkan kepadanya supaya tidak disangka sombong. Senyuman dibalas dengan satu renungan yang menyukarkan penulis mengetahui reaksinya. Penulis merupakan seorang yang agak berat mulut untuk menegur dan berbicara dengan perempuan. Sehingga ke hari ini, perasaan segan dan berat mulut berbual dengan wanita yang tidak dikenali rapat oleh penulis masih menebal. Mujurlah jodoh sampai juga, itu pun teguran dan perbualan dimulakan oleh isteri penulis semasa sama-sama bekerja lima tahun dahulu. Bagaikan kereta lama yang susah dihidupkan enjinnya, begitulah keadaan penulis dalam memulakan bicara dengan wanita. Setelah enjin berjaya dihidupkan barulah lancar kereta itu berjalan.

Syahadah: Dialog dengan gadis melayu Atheist. Mohd Aswanizam Bin Alias Februari 2007

5

www.satuhala.blogspot.com

Berbalik kepada cerita sepuluh tahun yang lalu dalam koc keretapi tadi. Setelah dibalas dengan senyuman yang agak mistik itu, penulis pun terus keluarkan walkman, sumbatkan telinga dengan earphone dan terus masuk ke dalam dunia metal yang bercelaru. Baru saja melayan lagu pertama Crazy Train dari Ozzy Osborne, terpandang satu kelibat pergerakan perlahan yang menuju ke arah tempat duduk kosong di sebelah penulis. Letih mengusung beg dari Shah Alam ke Stesen Keretapi Kuala Lumpur membuatkan penulis terus melelapkan mata. Tiba-tiba terasa seseorang memegang peha penulis seakan-akan mengejutkan penulis dari tidur-tidur ayam penulis. Bila saja mata dibuka, terpandang wajah gadis melayu tadi duduk bersebelahan penulis. Dia menyatakan bahawa dia ingin duduk di sebelah penulis. Penulis mengangguk saja. Malam yang panjang pun bermula. Dari perbualan dengan gadis tersebut, penulis mengetahui bahawa dia merupakan seorang pelajar jurusan sains gunaan dari sebuah universiti tempatan. Berasal dari Kluang, dan dalam perjalanan menuju ke rumah ibu saudaranya di Pulau Pinang. Menamakan dirinya Rini, entah betul atau tidak nama tersebut, dia menyatakan bahawa dia sedang mengambil cuti penuh menangguhkan pengajiannya selama satu semester bagi menenangkan fikirannya. Untuk tidak menjadi seorang yang penyibuk, penulis tidak bertanyakan kenapa dia menangguhkan pengajiannya. Rini seorang gadis yang sederhana, tidak bertudung dan ranggi penampilannya. Dia sangat ramah, suka ketawa tetapi adakalanya dia seakan-akan merenung jauh sesuatu di dalam pemikirannya yang tidak dapat diagak oleh penulis. Persepsi pertamanya terhadap penulis ialah seorang kaki lepak dan remaja yang memberontak jiwanya hasil dari pemerhatian yang dilakukan ke atas penampilan selekeh penulis. Melihatkan penulis yang hanya berselipar buruk, dia bertanyakan penulis tentang hal tersebut. Sebenarnya, selepas menunaikan solat Maghrib di surau stesen keretapi tadi, kasut boot penulis di kebas oleh manusia yang tak berhati perut. Entah siapa hanya Allah saja yang tahu, tapi biarkanlah, di akhirat nanti pasti akan ketemu juga. Tapi perbuatannya menyusahkan penulis yang sedari tadi telah merancang untuk ke pusat muzik Acoustic di Kompleks Pertama. Tapi dengan kasut yang dikebas dan memakai selipar surau yang dipinjam, niat tersebut dibatalkan. Melihatkan keadaan selipar surau yang bahagian hadapannya dipotong membuatkan Rini tergelak besar. Kemudian terpacul keluar satu dialog dari mulutnya yang membuatkan penulis terkedu sebentar. "Itulah, siapa suruh pergi sembahyang, kan dah hilang kasut ," lain macam saja bunyinya. Disebabkan terkedu, penulis memandang ke arahnya tanpa berkata apa-apa. Dia merenung muka penulis. "Kenapa?". Terus penulis menjawab tiada apa-apa. Seakan-akan tahu apa yang menggangu fikiran penulis, dia terus saja bertanya, "Awak percayakan Tuhan?". 'Aduh! Pasal apa la aku naik keretapi hari ni, kan dah kena soalan maut macam ni' bentak penulis dalam hati.

Syahadah: Dialog dengan gadis melayu Atheist. Mohd Aswanizam Bin Alias Februari 2007

6

www.satuhala.blogspot.com

Disebabkan kaget, soalan tersebut dijawab dengan satu soalan pula oleh penulis. "Apsal awak tanya macam tu? Awak orang Islamkan?" lantas dengan tersenyum dia menjawab, "Saja je dalam IC memang Islam bang, tapi dalam hati . entahla.." "Kenapa macam tu pulak?" tanya penulis. "Kalau Tuhan tu ada, kenapa dia berlaku tidak adil dengan saya?" tanya Rini. 'Allahuakbar, apasal la minah ni tanya soalan yang bukan-bukan ni. ' Perasaan tak sedap hati mula menguasai diri penulis. 'Macam mana nak jawab soalan ini. Ya Allah, Tolonglah aku..' Lalu penulis dengan kaburnya bertanyakan kembali kepada Rini,"Apa yang dah jadi kat awak? Apa yang tidak adil dilakukan Allah kepada awak?". "Sejak dari kecil apa saja yang saya doakan tak pernah saya dapat! Selalu saya doakan sesuatu tapi tak pernah dimakbulkan. Sedangkan Allah sendiri suruh kita berdoa dan Dia dah berjanji yang setiap doa pasti akan Dia perkenankan! Tapi apa yang saya dapat cuma masalah bertimpa-timpa! Sampai kekadang saya hampir bunuh diri! Adilkah macam ni?!" marah dia pada penulis. 'Alamak! Mampus aku nak jawab. Sebelum jawab, baik mengucap dua kalimah syahadah dahulu, takut-takut keretapi ini terbalik disebabkan mulut minah kat sebelah ni.' Penulis berkata dalam hati. "Kalau Tuhan tu adil kenapa dia biarkan kasut awak kena curi masa awak pergi mengadap dan menyembah Dia?" tanya Rini bertalu-talu. Soalan tadi pun belum sempat dijawab, ini ditambah dengan satu lagi soalan maut pula. Layak jadi polis Rini ni. Soalan-soalan maut dihamburkan selaju keretapi berjalan, mengalahkan polis menyoal penjahat. 'Kenapala aku yang ditakdirkan duduk sebelah minah ni. Kenapa tidak mufti Perlis atau Perak saja yang naik keretapi malam ni dan duduk sebelah minah ni? Mati aku nak jawab. Ya Allah, tolong lah. Hidup aku pun berterabur jugak. Camna nak explain?' Doa penulis dalam hati. Dalam keadaan gelabah biawak diasak soalan Rini tadi, tiba-tiba kami disapa oleh seorang tua, berpakaian kemas yang menjual nasi dan buah di dalam keretapi. "Nak buah anak?" Rini memandang penulis. Dalam poket cuma ada RM 5. Cukup tambang dan beli air untuk sampai rumah. Maklumlah student, tak dapat biasiswa pulak tu. Melihat penulis menyeluk poket dan reaksi wajah penulis yang tersedar duit tak cukup, pak cik tu bertanya.. "Student ke nak?".Syahadah: Dialog dengan gadis melayu Atheist. Mohd Aswanizam Bin Alias Februari 2007 7

www.satuhala.blogspot.com

"A'ah, err.. student, baru nak balik kampung..?" jawab penulis. Belajar kat mana? tanya pak cik tu lagi. Saya dekat Shah Alam, dia ni dekat KL jawab penulis. Kawan ke?, pakcik tu bertanya lagi. Tak ahh baru kenal dalam keretapi ni Rini menyampuk. Ohh kawan baik-baik ye nak sambil bercakap pakcik tu mengambil satu beg plastik dan memasukkan 3 biji buah mempelam. Nak suka mempelam? tanya pakcik tu. Rini mengangguk. Penulis yang ketika itu sengkek buat-buat tak dengar. Ambil ni, apa yang dalam plastik ni kamu kongsi dua orang ye.. pakcik tu menghulurkan beg plastik berisi buah mempelam tadi. Pak cik.. minta maafla,, saya tak cukup duit nak bayar ni, kalau bayar jugak, kena balik jalan kaki nanti lepas turun keretapi sampuk penulis pantas. Rini tergelak kecil melihatkan muka penulis yang gelabah dan menahan malu. Pakcik tu pun tersenyum. Ini untuk anak berdua.. makanlah. Kan anak ni sedang dalam fisabilillah.. ni zakat pakcik untuk anak berdua.. apa yang dalam plastik tu kongsi dua orang ye semoga Allah membimbing dan memelihara anak berdua setiap masa.. pakcik pergi dulu ya.. Assalamualaikum.. kata pak cik tu sambil berlalu. Waalaikum salam warahmatullah.. terima kasih banyak-banyak pakcik.. jawab penulis sambil tersengeh. Terima kasih pakcik kata Rini pula. Sambil berlalu pakcik tu lemparkan satu senyuman pada kami berdua. Alhamdulillah.. rezeki. Buka saja beg plastik tu, terlihat akan tiga biji buah mempelam yang dibalut dengan kertas surat khabar dan wang kertas RM 10 sebanyak tiga keping. Penulis memandang Rini dan kami berbalas pandangan. Kita pulangkan duit pak cik ni Rini? kata penulis.

Syahadah: Dialog dengan gadis melayu Atheist. Mohd Aswanizam Bin Alias Februari 2007

8

www.satuhala.blogspot.com

Tak yah pulangkan.... kan pakcik tu cakap dia kasi zakat kat kita.. dia ada cakap juga apa yang ada dalam plastik tu kita kongsi dua orang.. balas Rini. Betul gak cakap awak.. penulis kemudian bangun dan menjenguk ke belakang koc keretapi. Kelibat pakcik tu tidak kelihatan. Ish.. takkan secepat tu dia hilang rungut penulis. Apa?! tanya Rini. Tak da apa.. penulis yang kehairanan menjawab dan terus duduk. Nah.. ni untuk awak dan ini untuk saya, kata Rini sambil membahagikan buah mempelam tadi. Bak sini duit lima ringgit awak tadi tu.. hehehe.. nah ambil RM 20 ni, duit pemberian pak cik tadi tu dibahagi dua. Buah yang satu lagi tu nak buat camna? Macam mana nak bahagi dua? tanya Rini. Ambil sajala kat awak... kat rumah mak saya pun banyak mempelam, balik nanti saya boleh makan lagi.. balas penulis. Thanx.. saya memang suka mempelam ni.. masam-masam manis, sambil tersengeh Rini mengucapkan terima kasihnya kepada penulis. Rezeki dari Allah.. syukur Alhamdulillah, kata penulis. Tiba-tiba reaksi wajah Rini berubah kembali. Awak belum jawab soalan saya tadi kan..? tanya Rini dengan soalan maut yang sudah pun penulis lupakan tadi. Soalan apa Rini? penulis pura-pura tak ingat. Kenapa kita perlu sembah Allah, sedangkan Allah biarkan kita terkapai-kapai dalam dunia ni dengan macam-macam masalah? Kenapa Allah berjanji nak memakbulkan setiap doa yang dipohon tapi tak pernah sekalipun doa tu dimakbulkan? serta merta soalan bertubi-tubi Rini membuatkan penulis terkedu kembali. Relaks Rini.. sabar.. jangan cakap yang bukan-bukan, silap-silap rosak akidah awak nanti.. mengucap Rini.. kita ni kan hamba Allah.. Dia berhak uji kita dengan apa saja cara yang Dia hendak sebab hendak uji keimanan kita.. jawab penulis dengan gelabah menyusun kata supaya tak tersilap.

Syahadah: Dialog dengan gadis melayu Atheist. Mohd Aswanizam Bin Alias Februari 2007

9

www.satuhala.blogspot.com

Kita juga ada hak dengan diri kita.. kita boleh tentukan hala tuju hidup kita sendiri.. nak percaya ke.. nak beriman ke..nak mampos ke... itu pilihan kita.. siapa pun tak boleh nak halang.. diri kita, hidup kita.. kita yang tentukan! Diri ini milik Rini.. apa kena mengena Tuhan dengan hidup Rini? Mana saja Rini nak pergi, Rini yang tentukan. Langkah kaki Rini.. Rini yang tentukan! Faham!!? Rini mula meninggikan suara. Shhh.. perlahan sikit cakap awak tu Rini.. ganggu orang tidur nanti.. penulis cuba menenangkan Rini kembali. Maafla.. tapi betulkan apa yang Rini cakap tadi..? Diri kita milik kita sendiri.. Betulkan? asak Rini lagi. Rini.. maafkan saya, jangan marah dengan jawapan saya o.k... sebenarnya awak dah salah faham.. sebenarnya kita ni cuma menumpang jasad yang Allah ciptakan ni.. semua ni hanya pinjaman dan kita dihantar ke sini dengan satu amanah untuk menjadi khalifah di muka bumi ini sebagai ujian dari Allah? terang penulis. Kenapa pulak macam tu? Kenapa pulak kita diuji? Kenapa tidak makhluk Allah yang lain? Arnab ke.. kucing ke.. tapir ke..? Kenapa kita pulak? balas Rini membuatkan penulis hampir tergelak. Apsal gelak?! marah Rini. Taaaak.. awak sebut arnab ngan tapir tadi.. nak tergelak saya dengar.. bukan saya gelakkan awak la.. balas penulis. Sebenarnya macam ni... saya nak tanya awak satu soalan? tanya penulis. Apa dia? Rini bertanya kembali. Apa beza awak dengan binatang-binatang yang awak cakapkan tadi? serta merta muka Rini berubah mendengar soalan penulis ini. Awak samakan saya dengan binatang?! Rini meninggikan suara kembali dengan marah. Shhh.. perlahankan suara awak tu sikit... awak salah faham dengan soalan saya.. maksud saya apa yang membezakan awak, saya dengan binatang-binatang yang awak sebutkan tadi...? tanya saya membetulkan keadaan. Err... errmmm.. kita ada otak tapi binatang-binatang tu tak ada... err.. betulkan? Rini kembali tenang dan menjawab soalan penulis. Salah tu Rini... binatang-binatang tu ada otak... sama macam kita... tapi Allah s.w.t. menganugerahkan manusia dengan akal.. itu yang membezakan kita dengan binatang-

Syahadah: Dialog dengan gadis melayu Atheist. Mohd Aswanizam Bin Alias Februari 2007

10

www.satuhala.blogspot.com

binatang tu.. jawab penulis yang mula yakin dengan keupayaan menjawab soalan maut Rini. Jadi...? Rini mencelah. Jadi... di atas kelebihan inilah Allah s.w.t. mempertanggungjawabkan satu amanah yang amat berat ke atas manusia iaitu menjadi khalifah Allah di muka bumi ini. Sebelum dari manusia, tiada makhluk kecuali jin di muka bumi yang dipertanggungjawabkan dengan amanah ini, terang penulis dengan yakin. Err.. tak faham la.. kata Rini. Aduh... macam mana nak terangkan kat dia lagi. Macam nilah Rini... tadi awak cakap yang diri awak, tubuh badan awak, awak yang punya kan? tanya penulis lagi. Betul... memang saya cakap tadi... kenapa? jawab Rini sambil mengangguk. Sebenarnya tidak Rini... tubuh badan awak bukan awak yang punya.. jelas penulis. Mana boleh? Saya tak faham la... kenapa pulak tubuh saya bukan saya yang punya? Rini bertanya kembali. Macam ni Rini.. cuba awak genggam tangan awak kemudian buka balik genggaman tangan awak.. boleh... ? ujar penulis. Rini pun menggenggam dan membuka kedua-dua tapak tangan kanan dan kirinya beberapa kali sambil mengangguk. Bolehkan? tanya penulis. Aah.. jawab Rini sambil menangangguk lagi. Cuba awak gerakkan kaki awak pula? Boleh..? ujar penulis lagi. Aaah.. boleh jawab Rini. Pejam dan buka mata awak..? Boleh..? tanya penulis lagi. Ya.. boleh.. Rini mengangguk. Buka mulut awak dan gulung lidah awak.. boleh? ujar penulis lagi. Awak main-main ngan saya ke..?! Apsal suruh saya buat benda-benda bodoh ni? Rini mula hilang sabar.Syahadah: Dialog dengan gadis melayu Atheist. Mohd Aswanizam Bin Alias Februari 2007 11

www.satuhala.blogspot.com

Ish.. sabar la sikit.. kan saya nak buktikan kat awak yang tubuh badan awak bukan awak yang punya.. tegas penulis. Tak faham la.. rungut Rini pula. Ok.. sekarang saya nak minta awak pegang dada awak? Boleh..? tambah penulis. Awak jangan suruh saya buat benda tak senonoh kat sini! marah Rini. Apa la awak ni Rini.. saya suruh pegang dada awak bukan yang itu.. jawab penulis memperbetulkan tanggapan Rini. Ooooo.... sorry... pegang dada nak buat apa? tanya Rini sambil tersengeh. Ok.. sekarang awak dapat rasa jantung awak berdenyut tak..? tanya penulis. Rasa... kenapa? tanya Rini kehairanan. Ok.. sekarang saya nak awak hentikan denyutan jantung awak selama 10 minit, kemudian awak kasi dia jalan balik macam biasa kata penulis kepada Rini. Awak gila ke? Mana boleh buat camtu? Rini mula kehairanan. Itu la... kan saya dah cakap tadi.. tubuh badan awak tu bukan awak yang punya.. kalau tubuh badan tu kita yang punya, kita berkuasa untuk buat apa-apa bentuk perubahan kat anggota badan kita tanpa masalah... terang penulis. Macam tu la juga dengan organ-organ badan kita yang lain.. buah pinggang, hempedu, paru-paru, usus dan berbillion sel dalam tubuh kita, kita tak pernah satu saat sekalipun mengawalnya., terang penulis lagi. Kita tak pernah pedulikan proses rumit yang berlaku dalam badan kita sebab memang kita yakin yang semuanya akan bergerak dengan sendirinya secara automatik sampai kita tua... betulkan cakap saya.? Awak kan dari bidang sains... tentu awak tahu semua perkara ni kan..? giliran penulis pula mengasak Rini. Errr... betul... Rini menjawab sambil menundukkan pandangannya. Badan kita ni umpama sebuah kereta yang mana roh kita merupakan pemandunya.. Kereta yang kita pandu, dibina juruteranya dengan baik sekali.. sebagai pemandu, kita tak pernah mengambil tahu macam mana enjin kereta tu berfungsi semasa bergerak, macam mana minyak dibakar dalam piston dan macam mana aircondnya berfungsikan? asak penulis lagi. Rini hanya mengangguk tanpa berkata apa-apa.Syahadah: Dialog dengan gadis melayu Atheist. Mohd Aswanizam Bin Alias Februari 2007 12

www.satuhala.blogspot.com

Kita cuma diajarkan cara memandunya dengan mengawal stereng , gear dan brek. Itu sudah cukup untuk buat kereta tu bergerak ke mana-mana destinasi yang kita nak pergi. Sama juga dengan badan kita, kita cuma mengawal pegerakan tubuh ni.. tapi organ-organ yang menghidupkannya tak pernah kita ambil tahu. Bukan setakat tak pernah ambil tahu, tengok jantung sendiri pun tak pernah. Awak pernah tengok jantung awak? tanya penulis. Heheh.. awak ni gila ke..? Ingat saya ni transparent ke? Mana pernah tengok? jawab Rini tersenyum pula. Sama macam kereta tadi la... kereta tu ada jurutera yang membinanya. Badan kita juga ada jurutera yang membinanya.. bezanya badan kita dan seluruh alam ni dibina oleh Jurutera yang paling Agung, Allah s.w.t., Tuhan Yang Maha Pencipta, yang menciptakan awak dengan saya..kita cuma dapat mengawal tak sampai lima peratus dari tubuh badan kita... yang selebihnya berfungsi secara automatik sepertimana yang ditetapkan oleh Allah... awak fahamkan? tanya penulis dengan harapan Rini akan faham. Rini, dia tidak menjawab, sebaliknya kembali menundukkan pandangannya. Sedang awak duduk sekarang pun jantung, buah pinggang, paru-paru dan semua organ badan awak tengah berfungsi... Ada awak kawal semua tu? Semua tu Rahmat Allah kepada kita Rini? Cuba bayangkan.. macam mana nak hidup kalau sibuk dengan organorgan badan yang kita kena kawal sendiri? Allah dah permudahkan semuanya bagi awak dan saya.. itu pun jarang kita bersyukur kat Dia.. satu perkara saja yang Dia suruh kita buat.. mengaku Dia Tuhan kita dan kita kena sembah Dia yang menciptakan kita dan mengaku Nabi Muhammad tu Pesuruh Dia. Itu pun tak boleh ke? Ada Dia pernah hantar bil untuk oksigen yang awak pakai kat awak? Ada Dia pernah minta awak bayar upah penggunaan jantung, buah pinggang dan paru-paru yang dia bagi kat awak?! Ada pernah Dia tarik balik semua tu dari awak sebab awak tak pernah bersyukur dan mengaku Dia Tuhan? Tak pernahkan? Itu tandanya Dia Tuhan yang Maha Penyayang! tiba-tiba saja semua ayat yang keluar dari mulut penulis jadi lancar. Rini hanya tunduk. Diam tanpa sepatah kata. Agak lama juga dia diam, seakan-akan merenung sesuatu ke dalam lubuk masa kehidupannya. Rini....awak ok ke? tanya penulis kembali. Aahh... ok.. awak marah saya ke..? tanya Rini balik. Saya tak marah la... cuma teremosional sikit.. sorry la kalau awak rasa macam saya marah awak, saya minta maaf la.. penulis cuba meredakan keadaan.

Syahadah: Dialog dengan gadis melayu Atheist. Mohd Aswanizam Bin Alias Februari 2007

13

www.satuhala.blogspot.com

2. Saya takkan menyembah Tuhan yang saya tak nampak Buktikan Allah itu ada!

Syahadah: Dialog dengan gadis melayu Atheist. Mohd Aswanizam Bin Alias Februari 2007

14

www.satuhala.blogspot.com

Keretapi yang dari tadi bergerak lancar dan berhenti-henti sekadar mengambil dan menurunkan penumpang, kini singgah di sebuah stesen. Jam menunjukkan hampir pukul satu pagi. Hampir semua penumpang dalam koc sedang enak melayan tidur masingmasing. Rini yang sedari tadi terdiam tiba-tiba bersuara. Awak.. saya lapar la.. jom turun makan sekejap? ajak Rini. Kejap, saya tanya abang tu kejap berapa lama keretapi ni berhenti kat sini? terus penulis bangun dan mendekati pegawai yang memeriksa tiket keretapi tadi untuk bertanya. Setengah jam dik.. nanti wisel bunyi keretapi mula bergerak la. jelas pegawai terbabit. Terima kasih bang, balas penulis. Terus penulis kembali ke tempat duduk tadi dan tiba-tiba penulis mendapati Rini sudah tiada di sana. Beg pakaian Rini masih ada di atas tempat simpanan beg. Mungkin dia dah turun kot? bisik hati penulis. Penulis pun mengambil keputusan untuk turun dari keretapi. Sampai di bawah, Rini tidak juga kelihatan. Eh.. mana pergi minah ni, entah-entah dah lari kot? penulis mula tak sedap hati. Nizam! jerit satu suara perempuan memanggil penulis. Macam Rini saja suaranya. Penulis pun menoleh ke arah keretapi tadi, jelas nampak Rini sedang melambai ke arah penulis, kemudian dia pun turun dan berjalan ke arah penulis. Sorry arr.. saya gi toilet tadi, ramai sangat sampai kena beratur, Rini cuba menjelaskan kehilangannya tadi. Ingatkan awak dah cabut tadi..., balas penulis. Kenapa pulak saya nak cabut.. gila ke awak? Tengah-tengah malam macam ni nak lari gi mana? kata Rini sambil tergelak. Saya melawak la... takkan ambil serius, balas penulis lagi. Tadi awak kata awak laparkan? Jom kita pergi gerai burger tu, ajak penulis.

Syahadah: Dialog dengan gadis melayu Atheist. Mohd Aswanizam Bin Alias Februari 2007

15

www.satuhala.blogspot.com

Rini mengangguk saja. Dia menuruti langkah penulis ke arah gerai burger tersebut. Awak nak makan apa Rini? tanya penulis. Bagi saya burger special ayam satu jawab Rini. Abang bagi saya Burger Special Ayam dua, penulis membuat pesanan untuk Rini dan penulis. Ok dik.. no problem, abang burger tu dengan semangat mula membuka plastik rotinya. Leka memerhatikan abang burger tersebut mula menggoreng daging burger tersebut, penulis terpandang kepada bekas mengisi telur yang ada di atas meja dressing burgernya. Lantas penulis pun terus bertanya. Telur dah basuh ke bang? Tiba-tiba abang burger tu ketawa terbahak-bahak mendengar soalan penulis. Disambut pula dengan ketawa Rini. Hampeh tul.. mesti salah faham ni...otak kuning betul bentak penulis dalam hati menahan malu. Abang jangan salah faham... maksud saya telur ayam yang abang nak masak kat saya tu dah basuh ke belum? menahan malu, penulis cuba bertanya dan memperbetulkan keadaan. Kenapa pulak kena basuh dik? Abang burger bertanya balik sambil tersenyum. Sebenarnya bang, kalau tak basuh, najis ayam kat bekas telur ayam dan kulit telur tu nanti termasuk dalam makanan pulak. Jadi kalau tak basuh, maknanya burger yang kita makan tu jadi najis sebab terpalit dengan najis ayam. Kalau makan najis, benda yang first sekali effect kat tubuh kita ialah iman. Takut nanti terjejas iman makan benda-benda kotor macam tu, jelas penulis. Muka abang burger tu terus berubah. Minta maaf la dik.. abang tak tahu.. tak apa, abang basuh kejap lagi dik, kata abang burger tu yang sudah pun berhenti ketawa. Selepas dari mengangkat roti yang sudah dibakar, abang burger tu pun mula membasuh telur ayam tadi. Alhamdulillah, selamat makanan penulis malam itu. Setelah siap dan membayar duit, penulis dan Rini menuju ke tempat duduk berhadapan dengan keretapi tadi.

Syahadah: Dialog dengan gadis melayu Atheist. Mohd Aswanizam Bin Alias Februari 2007

16

www.satuhala.blogspot.com

Kenapa awak particular sangat bab makanan tadi? tanya Rini. Sebenarnya Rini, antara perkara pertama yang jarang kita sedar yang boleh buatkan iman kita tercabut ialah makanan kotor yang kita makan. Tak kiralah makanan tu kotor atau datang dari sumber kotor. Jelas penulis kepada Rini. Saya ingatkan babi je yang tak leh makan?. Tanya Rini balik. Bukan tu saja Rini, darah, bangkai, najis semua tu kena banned, tak leh makan, sebab merosakkan iman dan merosakkan sifat kemanusiaan seseorang. Kalau iman dah rosak, sifat kemanusiaan dah hilang, tak hairanlah kalau macam-macam kes jenayah yang kekadang tu kalau kita lihat lebih kejam dari sifat binatang boleh jadi. Bab makan ni kena jaga Rini, kalau boleh cari restoran yang owner dia orang Islam, tukang masak dia orang Islam, waiter dia orang Islam, tak kira la bangsa apa sekalipun, janji dia Islam sebab hanya orang Islam saja yang faham batas-batas yang dibolehkan dalam Islam. Kalau yang lain tu, cuma nak kaut keuntungan di sebalik imej halal yang dipaparkan, terang penulis lagi. Betul ke macam tu? Biasa tu selalu kat KL saya tengok orang Islam siap pakai tudung pulak tu makan kat restoran bukan Islam yang ada cop halal. Tak ada masalah pun? tanya Rini lagi. Macam ni la Rini, tak semua yang pakai tudung tu kuat iman dan pengetahuannya. Ramai juga yang pakai tudung ni sekadar fesyen dan ikut-ikutan. Itu la sebab awak boleh nampak sesetengah perempuan tu kalau dia pakai tudung, kekadang perut, pusat, ketiak, dada, leher diorang kita still boleh nampak. Itu maknanya dia tak faham apa hukum pakai tudung tu sendiri dan batas-batas aurat dia sendiri. Diorang bukannya menipu diri sendiri, tapi cuba menipu Allah, tudung sebagai syarat. Cuba awak tengok awek kat bawah lampu ngan pak we dia tu.. nampak? tanya penulis pula. Awak nampak dia pakai tudung kan? tanya penulis lagi. Awak nampak rambut dia tak? tanya penulis menambah. Nampak.. lurus terikat cantik.. kenapa? tanya Rini balik. Kan sepatutnya rambut dia tak nampak bila pakai tudung, ini tidak, tudung yang dia pakai jarang sangat sampai nampak rambut kat dalam. Tu nampak tu.. siap nampak seluar dalam lagi.. macam mana tutup aurat macam tu. Macam tu salah Rini, kalau nak tutup, tutup betul-betul, kalau tak nak, tak yah buat. Perbuatan macam ni lebih kurang macam percubaan diorang menipu Allah, tudung sebagai syarat.. jelas penulis. Awak skodeng ngan mengumpat orang ye...? sampuk Rini. Mana ada skodeng! bukan mengumpat, tapi tunjuk contoh kat awak la.. jawab penulis.

Syahadah: Dialog dengan gadis melayu Atheist. Mohd Aswanizam Bin Alias Februari 2007

17

www.satuhala.blogspot.com

Pasal makanan kat restoran bukan Islam, saya nak bagi contoh kat awak. Kalau ditakdirkan awak sakit, mahu tak awak pergi kat sorang mamat yang awak kenal yang dia ni bukan doktor, cuma dia pakai pakaian doktor dengan stetoskop tergantung kat leher, menyamar sebagai doktor, daripada pergi berjumpa dengan doktor yang sebenar? tanya penulis. Tentula saya pergi jumpa doktor yang betul... apalah awak ni.. Rini menjawab. Ooo.. kenapa dengan kesihatan awak tak boleh kompromi langsung, tapi dengan akidah dan iman awak boleh buat tak kisah? tanya penulis balik. Saya ni ada iman ngan akidah lagi ke? tanya Rini seakan-akan perli. Awak patut bersyukur lahir sebagai orang Islam dalam keluarga Islam. Bersyukurlah sebab mak dan ayah awak tu orang Islam gak. Orang lain tu, nak dapat hidayah sampai bergadai nyawa, awak tahu tak..? jelas penulis. Mana awak tahu pasal family saya? Mummy ngan daddy tak pernah ambil peduli pun.. Seumur hidup saya, saya tak pernah tengok daddy ngan mummy sembahyang, gi masjid. Diorang pun tak pernah suruh saya sembahyang. Abang saya selalu bawa balik awek dia, mummy ngan daddy tak pernah marah pun.. Saya pergi disko balik mabuk-mabuk pun diorang tak pernah marah. Diorang cakap saya dah besar, pandai-pandai pilih arah hidup sendiri. Awak tu saja yang old fashion sangat! Rini meninggikan suara kembali. Alamak.. dia buat balik dah, hati penulis tersentak kembali. Old fashion? tersenyum penulis mendengar kutukan Rini. Sebenarnya Rini, Islam la fesyen paling baru.. awak tak tahu ke..? tanya penulis cuba membetulkan kenyataan Rini. Apsal pulak, nampak kolot, malas, menindas dan ganas ja... malu tau nak ngaku Islam? Rini cuba mempertahankan pendapatnya. Awak ni sebenarnya dah terpengaruh dengan dakyah media barat la Rini.. sebenarnya budaya mabuk, zina, penindasan ke atas wanita dan namakan apa saja yang nampak buruk tu dah pun berlaku sebelum kedatangan Islam pada zaman jahiliah.. awak tahu kan jahiliah tu apa? tanya penulis inginkan kepastian. Apa awak ingat saya tak sekolah ke? Subjek Pengetahuan Islam saya time SPM dulu saya dapat A 1 tahu tak? Distinction! kata Rini bangga dengan result SPMnya. Kalau macam tu lagi senang saya nak cerita kat awak..., tambah penulis lagi. Islam datang menghapuskan semua budaya songsang dari tanah Arab waktu tu.. dari situlah bermulanya tamadun cemerlang selepas semua sahabat Nabi Muhammad s.a.w.Syahadah: Dialog dengan gadis melayu Atheist. Mohd Aswanizam Bin Alias Februari 2007 18

www.satuhala.blogspot.com

beriman dengan sebenar-benar iman. Bila hidup dah mula teratur dengan Al-Quran, maka tak mustahil kejayaan dapat dicapai. Awak tengok saja berapa lama Empayar Islam maju sedangkan waktu tu di Eropah, diorang masih dalam zaman gelap, hidup macam barbarian, perang sana sini, tiada kemajuan langsung. Diorang ni, mat-mat saleh ni sebenarnya berhutang dengan Islam kerana kemajuan tamadun Islam la yang jadi catalyst.. errr.. pemangkin kepada kemajuan diorang.. awak tahu semua tu kan....? Kan awak dapat distinction dalam Pengetahuan Islam? tanya penulis. Saya tahu la... jawab Rini sambil menguyah burger yang masih belum habis dimakannya. Tahu..? Abis tu kenapa awak cakap kolot tak maju, malas kat Islam? tanya penulis kembali. Awak tengok saja kat orang Islam di sini... boleh awak kata diorang tu rajin, maju dan bijak? tanya Rini kembali. Awak jangan salah faham Rini... ada perbezaan antara Muslim dan Mukmin Rini... Muslim tu orang Islam macam awak, saya, dan semua orang Islam lain yang awak nampak... tapi target sebenar dalam Islam ialah untuk menjadikan semua Muslim ni Mukmin.. jelas penulis. Mukmin tu apa? tanya Rini. Aduh... Rini.. Mukmin tu ... err.. jap.. penulis cuba mengingat kembali hafalan surah Al-Muminuun yang diwajibkan hafal masa ambil subjek UIS di Uitm semasa semester dua. Qad aflahal Muminuun, al lazina hum fi solatihim khosyiuun... Eh.. apa awak buat ni....Awak ngah jampi saya ke? celah Rini. Eh diam la kejap.. saya ngah recall balik surah Al Muminuun... apa la awak ni.. mana ada jampi.. terganggu ingatan penulis cuba mengingati surah Al-muminuun. Ah.. ok... macam ni Rini.. Mukmin tu macam yang Allah s.w.t. sebut dalam surah Al Muminuun... saya hafal terjemahan ni dalam bahasa Inggeris dulu..tu pun sebab kena paksa ngan ustaz saya dulu la ok ke awak? tanya saya kembali. No problem En.Nizam.. kata Rini sambil mengangguk. Ok macam ni, Allah s.w.t. berfirman dalam surah Al-Muminuun : The Believers must (eventually) win through. Those who humble themselves in their prayers. Who avoid vein talk. Who are active in deeds of charity. Who abstain from sex. Except with those joined to them in the marriage bond..

Syahadah: Dialog dengan gadis melayu Atheist. Mohd Aswanizam Bin Alias Februari 2007

19

www.satuhala.blogspot.com

Err.. Rini.. saya tak ingat sampai habis la... tapi intipati ayat tu Allah s.w.t. jelas menyatakan yang Mukmin ialah orang-orang yang akan berjaya di akhirat nanti dan ciriciri orang Mukmin ialah mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya, yang tak bercakap perkara yang sia-sia, yang suka bersedekah dan membuat amal jariah dan tidak melakukan hubungan seks kecuali dengan mereka yang Allah benarkan iaitu suami atau isteri masing-masing.. jelas penulis. Jadi tak semua Muslim tu Mukmin ya....? tanya Rini kembali. Aaaah.. tak semua Muslim tu Mukmin tapi semua Mukmin tu Muslim.. fahamkan..? tanya penulis kembali. Boleh jelaskan? Rini meminta penjelasan. Macam ni Rini... Muslim ialah orang Islam yang mengucap dua kalimah syahadah, mengaku yang Allah s.w.t. itu Tuhan mereka dan tiada Tuhan lain melainkan Dia dan mengaku yang Nabi Muhammad s.a.w. itu Rasulullah, utusan Allah. Orang Islam atau Muslim ini akan menjadi Mukmin bila dia mula mempraktikkan ajaran Islam sepertimana yang terkandung dalam Al-Quran dan As Sunnah, jelas penulis. Ok, ok.. saya faham.. tapi tak ada sebut pun minum arak tak boleh jadi mukmin dalam ayat tu? tanya Rini lagi. Rini.. sebenarnya minum arak, makan babi, darah, najis, benda-benda kotor tu semua memang ada dilarang dalam Al-Quran. Tapi dalam ayat-ayat dalam surah lain. Minta maaf la.. saya bukan Hafiz Quran yang boleh baca secara terus dari hafalan. Tapi kalau ada Tafsir Al-Quran kat sini saya boleh tunjukkan kat awak ayat-ayat tu. Tafsir AlQur'an saya bawa, tapi ada dalam beg saya. Beg tu pulak saya letak kat atas tempat simpan beg betul-betul atas mak cik depan kita. Dia tengah tidur la. Time nak naik balik keretapi nanti saya ambilkan, tu pun kalau dia bangun dan tak mengganggu dia tidur la, jelas penulis. Ok ... tak pe la.. saya faham..nantilah awak ambilkan ye.. tapi yang pentingnya saya minum pun saya tak pernah kacau orang tau... saya cuma buat hal saya saja.. itu pun salah ke? balas Rini. Betul ke dengan minum arak tu awak tak kacau orang? Bukan ke masa tengah mabuk tu tingkah laku awak nanti akan berada di luar kawalan minda awak dan masa tu awak akan hilang kewarasan akal? Islam merupakan agama yang paling menitikberatkan kewarasan akal.. tak ada satu amal ibadat dalam Islam boleh dilakukan dengan akal yang tidak waras.. jadi Islam ni agama untuk orang-orang yang berakal.. yang tidak berakal atas sebab cacat tidak dipertanggungjawabkan Islam keatasnya... tapi bagi yang berakal tapi tak mahu menggunakan akal... mungkin Islam itu satu beban kat dia sebab dia tu tak cukup waras untuk membezakan yang mana baik dan yang mana buruk... tambah penulis lagi.

Syahadah: Dialog dengan gadis melayu Atheist. Mohd Aswanizam Bin Alias Februari 2007

20

www.satuhala.blogspot.com

Awak cakap saya tak waras ke!? marah Rini pula. Kenapa awak marah saya pulak... Boleh awak tunjuk kat saya apa kebaikan yang awak dapat dari minum arak tu? tanya penulis kembali. Saya dapat ketenangan dari situ.. saya dapat lupakan dan hilangkan masalah saya dengan enjoy sambil minum-minum dengan kawan-kawan.. kata Rini. Ahahahaha....... hah haaa.... penulis tergelak dengar jawapan penuh semangat Rini. Kenapa gelak.. nah ambik ni! marah Rini yang kemudiannya membaling bekas plastik berisi sampah bekas burger yang dimakannya ke arah penulis. Eh.. apa ni Rini.. Kotor la! penulis cuba mengelak. Nasib baik tak kena baju. Sudahlah pakai selipar surau, kalau baju kotor kena bekas burger tadi tu tentu nampak lebih kutu penampilan penulis yang sudah sedia selekeh. Kenapa awak gelakkan saya tadi!? marah Rini. Jangan la marah.. cuma kelakar la bila dengar jawapan awak tu.. balas penulis balik. Apa yang kelakar!? Rini mula buat muka menahan marah. Jawapan awak tadi tu tak masuk akal langsung la... kan tadi awak cakap awak dapat hilangkan masalah dengan mabuk-mabuk ngan kawan-kawan awak..? balas penulis. Ye la.. semua problem hilang bila mabuk.. semua masalah terus lenyap dan saya pun jadi macam burung yang bebas terbang tanpa masalah... kan satu kebaikan bagi orang yang bermasalah..? dengan yakin Rini berhujah. Sebenarnya awak tak faham konsep mabuk tu macam mana.., balas penulis sambil tersenyum. Eh.. mabuk pun ada konsep ke? Kelakarla awak ni.. balas Rini sambil sambil ketawa. Saya tak kelakar Rini.. tapi yang kelakarnya awak tak faham apa konsep mabuk tu sendiri. Itu sama dengan gelakkan diri sendiri la lebih kurang. Awak tahu tak, masa awak mabuk tu bukan masalah awak hilang pun, yang hilang cuma kewarasan akal awak sebentar, masalah tu tetap ada kat situ, tak hilang pun, lepas awak sedar dari mabuk nanti, masalah tu datang balik siap bertambah masalah-masalah lain yang awak sendiri pun tak sedar awak dah lakukan masa awak tengah mabuk sebelum tu.. bukannya menyelesaikan masalah pun, tambah masalah lagi ada la... haa.. itula konsep mabuk dalam erti kata sebenar, hujah penulis mengenai konsep sebenar mabuk kepada Rini. Rini kembali tunduk. Tak bercakap apa-apa.

Syahadah: Dialog dengan gadis melayu Atheist. Mohd Aswanizam Bin Alias Februari 2007

21

www.satuhala.blogspot.com

Habis tu nak hilangkan masalah macam mana? tiba-tiba Rini bertanya. Saya ada tengok ada artis-artis sarankan praktik Yoga... diorang cakap boleh hilang masalah dengan buat Yoga beberapa jam sehari... boleh ke macam tu? tiba-tiba Rini teringatkan Yoga pula. Macam ni Rini.. err.. macam mana errr... jap biar saya fikir sekejap.. penulis berfikir sebentar supaya jawapan terbaik dapat diberikan kepada Rini supaya dia tidak keliru dengan jawapan penulis nanti. Ok Rini... macam ni... Islam tak melarang sesuatu yang baik.. tak kira perkara baik tu datang dari pihak mana sekalipun selagi perkara baik itu tak menjejaskan akidah dan Tauhid kita kepada Allah s.w.t., sebenarnya Rini, Yoga tu berasal dari praktik meditasi yang diamalkan dalam sejarah perubatan India yang berkait rapat dengan ajaran-ajaran Veda dalam agama Hindu. Selagi Yoga yang dipraktikkan tu tak meletakkan fokus kepada objek-objek sembahan serta mantera-mantera yang boleh merosakkan akidah serta tidak memesongkan kita dari landasan Islam, maka kita boleh praktikkan benda tu. Tapi ini bukan cara Islam... Bukan cara Islam bila seseorang tu berhadapan masalah, dia akan cari jalan untuk lari dan melupakan masalah itu. Cara Islam ialah, bila apa saja masalah datang, kita harus menghadapinya tak kira seberat mana masalah tu sekalipun. Berhadapan dengan masalah bukan bermaksud menghulurkan leher untuk disembelih oleh masalah tu.. tapi berhadapan dengan hati yang kuat dan tenang serta bersyukur di atas ujian Allah tersebut dan kemudian bangkit dan cuba menyelesaikan masalah tersebut.. Setiap manusia yang bernyawa dalam dunia ni pasti akan berhadapan dengan macam-macam masalah.. tak kira samada dia kaya atau miskin, tua atau muda, bodoh atau cerdik, baik atau jahat, cantik atau hodoh, semuanya akan berhadapan dengan masalah. Masalah sebenarnya merupakan paksaan yang Allah kenakan ke atas manusia untuk memajukan diri. Dari masalah la bermulanya progress atau kemajuan. Yang membezakan kita semua ialah cara kita mengatasi masalah, jelas penulis. "Kenapa pula Tuhan bagi masalah kat manusia?" tanya Rini. "Sebab Allah tahu apa sifat sebenar makhluk ciptaanNya. Manusia ni Rini.. kalau senang dia akan cepat berasa complacent atau bersenang lenang dan malas berusaha. Bila disusahkan diri mereka dengan masalah barulah dia nak bergerak untuk cari jalan keluar. Disebabkan masalah la kita dapat naik keretapi malam ni dulu kalau nak bergerak beramai-ramai sejauh perjalanan kita malam ni mungkin akan ambil masa sampai dua tiga bulan berjalan kaki. Jadi ini semua merupakan masalah kepada orang-orang di zaman dulu. Kemudian bagi orang-orang zaman dulu yang terlalu complacent dan malas berusaha dan cuba buat tak tahu dengan masalah yang dihadapi untuk perjalanan sebegini, dia tak akan dapat apa-apa melainkan terus mendapat susah dan menyusahkan orang lain. Dengan bertafakur dan melupakan masalah tersebut, masalah tu tetap ada dan tak akan hilang. Bagi yang ingin bangun menghadapi masalah, dia akan berusaha untuk memperbaiki dan membina sesuatu untuk mempermudahkan dirinya dan orang-orang sekelilingnya. Hasilnya tercipta la kereta, keretapi, kapal terbang dan macam-macam kenderaan lagi bagi menghilangkan masalah untuk bergerak. Kan masalah tadi dahSyahadah: Dialog dengan gadis melayu Atheist. Mohd Aswanizam Bin Alias Februari 2007 22

www.satuhala.blogspot.com

memudahkan jutaan manusia yang lain? Jadi masalah yang dihumbankan ke atas manusia ni merupakan satu paksaan supaya manusia itu progress , memajukan diri, supaya keluar dari kesusahan dan kelembapan kepada kesenangan. Sebab tu la Allah sebut dalam AlQuran : Carilah kejayaan dengan jalan Solat dan Sabar. Rini Solat tu membentuk disiplin dan memperbaiki hubungan dengan Pemilik seluruh alam ni, rezeki tu semuanya pemberian Dia. Sabar tu pula memberikan satu daya tahan kepada manusia supaya tidak cepat berputus asa mana ada orang berjaya dengan sekali cuba? Kalau awak mencuba dan jatuh pada halangan pertama dan terus tak bangun lagi sebab berputus asa, awak pasti takkan berjaya" penulis berhujah. "Sebab..?" tanya Rini kembali. "Sebab elemen sabar dalam formula kejayaan tu tak ada" jawab penulis. Rini mengangguk seakan faham. Sebenarnya Rini.. masalah itu sebenarnya satu cabaran kepada kita untuk mengatasinya.. semua masalah itu kalau awak faham dan pandang dari sudut positif, ianya merupakan satu paksaan kepada diri kita untuk mencari jalan keluar seterusnya meningkatkan diri kita ke satu tahap tinggi lagi.. tambah penulis. Contohnya lagi..? tanya Rini. Ok... contoh macam seorang yang banyak hutang... setiap hari dia diasak oleh pihak bank, ceti, along dan pemberi hutang. Kalau dia seorang yang tak pandai menggunakan akalnya.. tentu selama-lamanya dia akan terperangkap dalam dunia hutang dia yang semakin hari semakin bertambah disebabkan bunga yang dikenakan tinggi. Kalau awak dalam keadaan macam tu, apa yang awak nak buat...? Setiap detik dan masa sangat bernilai kalau dalam situasi demikian? Tentu Yoga pada waktu sebegini tak dapat membantu kan? Cara Islam ialah berhadapan dengan masalah itu dengan menerima realiti keadaannya, seterusnya meminta terus bantuan kepada Allah agar ditunjukkan jalan untuk keluar dari masalah tersebut dan berusaha bersungguh-sungguh untuk membebaskan diri dari hutang dengan mencari jalan untuk menambah sumber kewangan, jelas penulis. Kalau diberikan awak pilihan, antara dua cara bagi awak menenangkan perasaan dan menghilangkan serabut di otak, yang mana satu antara dua ini yang awak pilih? Yang pertama... dapat dilakukan dalam lima minit saja, kemudian awak dapat ketenangan fikiran, dapat melihat jalan keluar dan usaha yang perlu awak lakukan untuk mengatasi masalah dan kemudiannya akan berjaya mengatasi masalah tersebut... o.k.. yang kedua pula... caranya awak kena bertafakur selama beberapa jam, melupakan masalah tersebut, mengosongkan minda dan setelah mencapai ketenangan minda tersebut, masalah itu akan datang balik kerana awak tidak pernah cuba menyelesaikannya... jadi mana satu yang awak pilih Rini? tanya penulis setelah panjang lebar memberi penjelasan dan bandingan. Tentula yang pertama tadi... kan lebih efektif.. lantas Rini menjawab.Syahadah: Dialog dengan gadis melayu Atheist. Mohd Aswanizam Bin Alias Februari 2007 23

www.satuhala.blogspot.com

Haa.. pandai pun.. lagi pun Rini kalau awak nak tahu, dalam kehidupan seorang manusia ada tiga perkara yang sangat berharga. Yang pertama ialah mengenal Pencipta, yang kedua ialah keluarga dan yang ketiga ialah masa. Yang pertama tu ialah Allah... Dia Kekal selama-lamanya dan Dia tetap yang Maha Agung tak kira samada awak beriman padaNya atau pun tidak. Dialah tempat semua makhluk bergantung dan Dia sentiasa ada bila-bila masa saja pun awak perlukanNya. Dia akan sentiasa bersama awak. Yang kedua ialah keluarga kerana keluargalah tempat awak bergantung dan mendapatkan sokongan. Yang ketiga pula ialah sesuatu yang paling kejam. Masa..., dia tak pernah pedulikan awak, samada awak bersedia atau pun tidak, dia tetap akan berlalu. Samada awak bermasalah atau tidak, dia tetap juga akan berlalu dan dia tak akan kembali kepada awak. Satu saat yang berlalu tadi takkan kembali semula kepada awak. Jadi masa merupakan salah satu elemen yang sangat berharga dalam hidup manusia. Jadi, kalau awak faham tentang kejamnya masa, tentulah awak tak akan menghabiskan masa dengan tak berbuat apa-apa untuk menyelesaikan masalah yang awak hadapi, jelas penulis dengan lebih mendalam. Sebab tu lah setiap waktu sembahyang dalam Islam tidak pernah lebih dari lima minit masa yang diperlukan untuk melaksanakannya. Sebab tu lah Islam ni agama untuk orang yang berakal dan semua yang ada dalam Islam ni rasional dan bertepatan dengan kehidupan manusia. Cuba awak fikir kalau awak ni tengah serabut dengan masalah, nak pergi jumpa tuhan nak mengadu masalah awak, awak kena sediakan macam-macam benda, buah lah, colok la, bunga la dan kena lakukan macam-macam lagi ritual sematamata untuk mengadu masalah awak kepada tuhan tersebut, dan awak kena pergi tempattempat tertentu saja yang boleh awak jumpa tuhan awak, bukankah perkara sebegini lebih menambahkan kekusutan kat pemikiran awak? Tapi Allah bukan macam tu... di mana saja awak nak mengadu pada Dia awak boleh lakukan... tak kira di padang bola, dalam bas, keretapi, atas jalan, dalam rumah, kat masjid, tepi sungai, tengah menyelam dalam laut atau pun kat mana saja tempat yang bersih.. apa yang perlu awak buat cuma tadah tangan minta doa kat Dia, tak payah la buat apa-apa atau sediakan apa-apa, Dia tak perlukan semua tu, bukan Dia minta kita sediakan makan untuk Dia bahkan Dia la yang bagi kita makan dan semua benda untuk kita.. Cuba awak bayangkan pula yang awak nak jumpa sorang wakil rakyat untuk minta pertolongan tapi syarat nak jumpa wakil rakyat tu awak kena bawa macam-macam buah, makanan dan minuman untuk dia, lepas awak layan dia baik-baik baru dia nak dengar masalah awak.. itu pun belum tentu lagi dia nak tolong bukankah ini akan menyusahkan lagi awak yang sudah sedia susah? Tapi untuk berjumpa dengan Allah , awak tak perlu lakukan semua tu, Dia sedia menerima awak dalam keadaan apa awak sekali pun penulis dengan semakin bersemangat menjelaskan kepada Rini. Maafkan saya Nizam... kalau saya cakap benda ni awak jangan marah ok..? celah Rini dengan niat untuk mengajukan pertanyaan kepada penulis. Cara Rini menanyakan soalan ini membuatkan penulis merasakan tidak sedap badan. Macam nak keluar soalan maut lagi ni.

Syahadah: Dialog dengan gadis melayu Atheist. Mohd Aswanizam Bin Alias Februari 2007

24

www.satuhala.blogspot.com

Nizam.. dari tadi awak asyik bercakap pasal Allah tu, Allah ni, Allah Tuhan yang kita kena sembah dan macam-macam lagi.... awak suruh saya sembahyang... tapi saya takkan menyembah Tuhan yang saya tak nampak dan yang saya tak kenal! Buktikan Allah tu ada kat saya! Buktikan sekarang! Kalau awak dapat buktikan, saya mengaku Allah tu Tuhan yang menciptakan saya! Rini tiba-tiba naik angin. Alamak... dia buat dah...mau kena panah kilat aku ngan dia malam ni... terkejut penulis mendengar soalan Rini ini. Pada sangkaan penulis dia sudah mula faham mengenai Islam Tapi pandang penulis tersebut meleset sama sekali. Boleh buktikan!? tanya Rini lagi mendesak. "Eh.. Nizam! Dengar tak soalan saya tadi? Yang awak pandang ke langit tu apa hal!?" Rini tak senang dengan penulis yang berdiam sebentar dan memandang ke langit. "Jap la saya pandang ke langit tengok kalau ada tanda nak hujan ke awan tebal ke apa.?" Jawab penulis. "Apa kena mengena hujan dengan soalan saya tadi?" tanya Rini pula. "Ya la bukannya apa.. saya takut tiba-tiba saja kena panah kilat pasal soalan awak?" jawab penulis. "Perli saya ke..? Nak jawab ke tak nak!?" desak Rini lagi. "Saya tak perli awak la InsyaAllah saya akan jawab soalan awak tu" jelas penulis sambil mencari-cari jawapan terbaik untuk diberikan kepada Rini. "Rini bukan susah untuk awak dapat melihat Allah. Semua orang yang beriman sudah pun melihat Allah, cuma orang-orang yang belum beriman dan tidak beriman saja yang tak tahu bahawa mereka dapat melihat Allah," terang penulis menyusun ayat satu-persatu supaya tidak tersilap. "Betulke..?" tanya Rini seakan tidak percaya. "Ya.. memang betul awak memerlukan iman untuk melihat Allah," tambah penulis lagi. "Kenapa pulak macam tu?" Rini mula kehairanan. "Rini manusia diciptakan Allah cukup sempurna bagi menjalankan tanggungjawab sebagi khalifah di muka bumi ni tapi Allah juga mengehadkan pancaindera manusia setakat mana yang diperlukannya sahaja.. sebagai manusia, Allah menganugerahkan kepada kita lima bentuk pancaindera yang amat diperlukan untuk kita menjalani kehidupan. Deria penglihatan, pendengaran, pertuturan, bau dan rasa. Semua tu ada pada awak dan saya kan?" tanya penulis.Syahadah: Dialog dengan gadis melayu Atheist. Mohd Aswanizam Bin Alias Februari 2007 25

www.satuhala.blogspot.com

Rini cuma mengangguk. "Awak tahu tak yang deria penglihatan kita cuma boleh melihat objek dalam spektrum warna putih saja?" tanya penulis lagi. "Tentulah saya tahu.. kan saya dari jurusan sains.." jawab Rini. "Awak tahu tak yang manusia tak dapat melihat dengan mata kasar pantulan warna ultra ungu dan cahaya infra merah ke atas mana-mana objek?" tanya penulis lagi. "Tahu." jawab Rini dengan muka kehairanan. "Awak tahu tak burung dapat melihat dunia ni lebih cantik lagi dari apa yang dapat kita lihat disebabkan oleh mata yang Allah anugerahkan kepada burung berkeupayaan untuk melihat pantulan warna ultra ungu?" tanya penulis lagi. "Entah la.. saya tak tahu la pulak." jawab Rini. "Rini sebenarnya tidak semua perkara yang kita tak nampak tu bermakna perkara tu tak wujud.." terang penulis lagi. "Contohnya.?" tanya Rini kembali. "Contohnya bulu mata awak sendiri. dapat awak tengok bulu mata awak?" tanya penulis. "Boleh tapi kena tengok cermin la" kata Rini. "Iya.. memang boleh nampak kalau tengok cermin.. tapi kalau tengok secara terus dari mata kasar awak, awak takkan nampak kan?" tanya penulis. "Aa'aah.. memang tak nampak." jawab Rini mengangguk. "Jadi boleh tak awak katakan yang bulu mata awak tak wujud disebabkan awak tak nampak?" tanya penulis. Rini tidak menjawab. "Rini sedangkan bulu mata awak yang kedudukannya di depan mata awak sendiri pun awak tak nampak.. inikan pula perkara-perkara ghaib yang di luar jangkaun pancaindera awak nak lihat.." ujar penulis. "Tapi kita masih boleh nampak bulu mata tu dengan bantuan cermin kan?" tanya Rini seakan-akan perli.

Syahadah: Dialog dengan gadis melayu Atheist. Mohd Aswanizam Bin Alias Februari 2007

26

www.satuhala.blogspot.com

"Ya memang betul kita dapat lihat bulu mata tu dengan bantuan cermin.. benda ni lah yang saya nak tekankan supaya awak faham yang awak boleh nampak Allah.." jelas penulis lagi. "Apa maksud awak? Kita boleh tengok Allah dengan cermin ke?" tanya Rini dengan muka penuh kehairanan. "Ishh.. apalah awak ni merepek pulak" balas penulis. "Sebenarnya, apa yang saya nak tekankan supaya awak faham ialah kita dapat melihat Allah dengan menggunakan bantuan.." jelas penulis. "Bantuan apa? Jin ke..?" belum sempai penulis menghabiskan ayat terus Rini mencelah dengan soalan ini. "Apa la awak ni. jangan la merepek.. nanti tak pasal-pasal kita dua orang rentung kena panah kilat," penulis menjawab. Rini tergelak melihatkan reaksi penulis. "Macam ni Rini sebenarnya manusia dapat melihat Allah dengan bantuan iman. Percaya..?" tanya penulis. "Macam mana pulak tu?" Rini terus bertanya seakan-akan berminat hendak tahu. "O.k sekarang saya nak awak tengok pasu bunga kat sebelah kiri awak tu selama sepuluh saat. Boleh?" ujar penulis. "Apsal awak nak buat magik ke?.. Jap.. biar saya teropong." tanya Rini sambil membuat aksi memegang teropong "Ya.. buat magik kepala hotak awak.. Rini.jangan la loyar buruk.. saya serius ni." penulis mula tidak senang dengan loyar buruk Rini. "O.k..o.k. jangan marah ye En. Nizam." kata Rini sambil ketawa. "Nak tengok pasu tu ke tak nak?" tanya penulis balik. "O.k.. o.k. saya tengok.. berapa saat kena tengok?" tanya Rini balik. "Sepuluh saat." Jawab penulis. "Satu, dua, tiga ..lapan, sembilan, sepuluh," Rini memandang ke arah pasu tersebut sambil mengira. "Ha.. dah cukup sepuluh saat tak da apa pun yang jadi?" Rini meminta kepastian.Syahadah: Dialog dengan gadis melayu Atheist. Mohd Aswanizam Bin Alias Februari 2007 27

www.satuhala.blogspot.com

"Kalau saya cakap kat awak yang saya nampak pasu tu bergerak tadi awak nak percaya ke tidak?" tanya penulis. "Tak percayalah" kata Rini. "Kalau saya katakan kat awak yang pasu tu dah bergerak lebih dari seinci masa awak mula mengira tadi, awak percaya tak?" tanya penulis lagi. "Tak percayalah.. saya tak nampak pun." jawab Rini lagi. "Kalau saya katakan kat awak yang pasu tu dah bergerak sejauh 300 kilometer dari tempat ia duduk tadi dari mula-mula awak kira dari satu sampai sepuluh, awak nak percaya ke tak..?" tanya penulis lagi. "Menyampah la awak ni awak nak main-mainkan saya ke!?" Rini mula hilang sabar. "Taaaak.. saya tak main-main dengan awak la tapi betul saya nampak pasu tu bergerak lebih dari 300 kilometer tadi. Sekarang ni pun saya masih nampak pasu tu bergerak." tambah penulis. "Tapi saya nampak kaku je pasu tu," balas Rini . "Tu la sebab saya suruh awak pandang pasu tu betul-betul, kalau awak pandang pasu tu dengan mata kasar awak yang punyai banyak kekurangan, tentulah awak tak nampak." Ujar penulis. "Abis tu awak tengok pasu tu dengan apa?" tanya Rini yang semakin tak senang duduk. "Saya pandang pasu tu dengan 'iman'," jawab penulis. "Iman? Macam mana tu?" tanya Rini yang semakin kehairanan. "Awal tadi awak cakap yang awak dari jurusan sains kan?" tanya penulis lagi. "Ye la.. memang la dari jurusan sains.. apa kena mengena jurusan sains dengan iman pulak?" tanya Rini yang semakin keliru. "Macam ni Rini kalau awak dari jurusan sains .. tentu la awak tahu bahawa bumi ni bergerak pada kelajuan 30 kilometer pada setiap satu saat betul tak?" tanya penulis kembali. "Errr.. betul." Jawab Rini. "Tapi awak tak betul-betul ber'iman' dengan ilmu sains yang awak belajar, buku sains kan menyatakan bahawa bumi bergerak pada kelajuan 30 kilometer sesaat. Jadi kalau awakSyahadah: Dialog dengan gadis melayu Atheist. Mohd Aswanizam Bin Alias Februari 2007 28

www.satuhala.blogspot.com

benar-benar beriman dengan kitab sains yang awak belajar, tentulah awak akan yakin dan nampak bahawa pasu tadi tu dah bergerak lebih dari 300 kilometer semasa awak sedang mengira tadi. Dan awak juga pasti akan mengaku awak nampak pasu tu bergerak semasa saya tanyakan awak tadi. Betul tak?" tanya penulis kembali. Rini mengangguk saja. "Dengan mata kasar, sampai bila-bila pun awak takkan dapat melihat pasu tu bergerak macam tu dan sejauh tu, tak kira la apa saja bentuk peralatan yang awak gunakan, awak pasti takkan dapat melihat pasu tu bergerak. Tapi dengan 'iman' awak kepada kitab dan ilmu sains, awak akan dapat melihat ia bergerak melalui pandangan mata 'iman' awak tadi. Awak fahamkan?" tambah penulis lagi. Rini cuma terdiam tanpa sepatah kata. "Iman tu maksudnya awak percaya dan yakin sebenar-benarnya dengan apa yang awak percaya tu. Macam contoh tadi tu, awak kan orang sains, tapi awak tak beriman' dengan kitab sains, tentulah awak tak nampak perkara yang sampai bila-bila pun tak boleh nampak. Sama la macam orang Islam yang belum mencapai peringkat iman yang sempurna. Mereka ini tak akan dapat 'melihat' Allah seumur hidup mereka," jelas penulis. "Untuk menjadi seorang Islam, ada lima rukun yang membentuk akhlak dan jati diri sebagai orang Islam. Yang pertama mengucap dua kalimah syahadah, kedua sembahyang lima waktu, ketiga puasa di bulan ramadhan, ke empat dan kelima membayar zakat dan mengerjakan haji bagi yang mampu. Itu untuk menjadi seorang Islam. Tapi kebanyakan orang Islam hari ni, satu rukun pun dia tak pernah buat. Sembahyang tak pernah, puasa tak pernah. Macam mana Islam nak maju." "Untuk jadi Orang Islam yang beriman pula, ada enam rukun iman yang perlu dipenuhi bagi membentuk iman dalam diri. Pertama beriman kepada Allah, kedua beriman kepada Malaikat, ketiga beriman kepada Rasul, keempat beriman kepada Kitab, kelima beriman kepada Qada' dan Qadar dan yang ke enam ialah beriman kepada hari kiamat." Kalau awak perhatikan betul-betul Rini.. dalam rukun iman, terdapat lima rukun yang tak dapat kita lihat dengan mata. Yang pertama, Allah s.w.t., yang kedua para Malaikat, yang ketiga para Rasul, dan sesudah zaman Nabi Muhammad s.a.w. tiada lagi Nabi dan Rasul yang diutus, maka kita sebagai umat di akhir zaman, kita juga tak pernah melihat siapa itu rasul dengan mata kepala kita sendiri. Qada dan Qadar juga tak dapat dilihat dan hari kiamat pula hanya akan dilihat oleh manusia-manusia yang tidak beriman kepada Allah. Satu-satunya rukun Iman yang boleh dilihat, dipegang dan ditatap ialah AlQuran, Mukjizat teragung. Jadi kesimpulan yang dapat dibuat mengenai rukun iman ini ialah, jika awak tidak beriman dengan Al-Quran, maka iman awak sangatlah tidak sempurna," jelas penulis dengan panjang lebar. Kenapa macam tu pulak? tanya Rini.

Syahadah: Dialog dengan gadis melayu Atheist. Mohd Aswanizam Bin Alias Februari 2007

29

www.satuhala.blogspot.com

Sebab awak akan kenal Allah melalui Al-Quran, awak kenal Malaikat juga melalui AlQuran, para Nabi dan Rasul juga awak kenal melalui Al-Quran, Qada dan Qadar di sebut dengan jelas dalam Al-Quran, begitu juga dengan berita-berita mengenai hari kiamat," jelas penulis. Rini hanya mengangguk. Tapi kalau awak perhatikan betul-betul di sekeliling awak, berapa ramai umat Islam yang faham dan pernah membaca isi kandungan Al-Quran dari mula sampai habis? tanya penulis kepada Rini. Nizam... saya dah pernah baca sampai habis... dah khatam dah pun.. kata Rini. Bukan baca macam tu yang saya maksudkan... itu semua orang buat.. yang saya maksudkan baca terjemahan Al-Quran dari mula sampai habis.. ada pernah awak buat? tanya penulis. Rini hanya menggelengkan kepalanya. Jadi macam mana nak mengaku beriman kalau Al-Quran terjemahan pun tak pernah baca dan fahami, sedangkan Al-Quran tu lah satu-satunya rukun iman yang kita boleh nampak. Kalau yang nampak pun selalu buat-buat tak nampak, inikan pula yang tak nampak, tambah penulis. Ketika ini penulis ternampak mata Rini mula bergenang dengan airmata. Lama dia terdiam dan kemudian tunduk. "Rini.. awak ok ke?" tanya penulis. "Aa'aah.. .. O.k." Jawab Rini. "Awak menangis ke..?" tanya penulis yang mula tak sedap hati melihat keadaan Rini. Rini cuma menggelengkan kepalanya. Tiba-tiba kedengaran wisel berbunyi. Keretapi akan mula berjalan menuju destinasi seterusnya. Penulis mengajak Rini masuk semula dalam keretapi.

Syahadah: Dialog dengan gadis melayu Atheist. Mohd Aswanizam Bin Alias Februari 2007

30

www.satuhala.blogspot.com

An Nahl ayat 115Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu, maka tidaklah ia berdosa), sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Al Maidah ayat 3Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih), dan darah (yang keluar mengalir), dan daging babi (termasuk semuanya), dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah, dan yang mati tercekik, dan yang mati dipukul, dan yang mati jatuh dari tempat yang tinggi, dan yang mati ditanduk, dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya), dan yang disembelih atas nama berhala; dan (diharamkan juga) kamu merenung nasib dengan undi batang-batang anak panah. Yang demikian itu adalah perbuatan fasik. Pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (daripada memesongkan kamu) dari ugama kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya). Sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu. Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi ugama untuk kamu. Maka sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda yang diharamkan) sedang ia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah ia memakannya), kerana sesungguhnya Allah maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Al Maidah ayat 90Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.

Syahadah: Dialog dengan gadis melayu Atheist. Mohd Aswanizam Bin Alias Februari 2007

31

www.satuhala.blogspot.com

3. Kenapa Allah Tidak Tuhan lain!

Syahadah: Dialog dengan gadis melayu Atheist. Mohd Aswanizam Bin Alias Februari 2007

32

www.satuhala.blogspot.com

Duduk saja kembali, Rini meminta kepada penulis untuk duduk berdekatan dengan tingkap pula. Penulis pun bangun mengubah kedudukan dan bertukar tempat duduk dengan Rini. Nizam... apa yang awak cakap kat bawah tadi sikit sebanyak bagi kefahaman kat saya. Kata Rini dengan suara yang tersekat-sekat. Saya pernah bertanya benda-benda macam ni kat beberapa orang sebelum ni... tak pernah saya dapat jawapan terutamanya bila saya tanya bolehkah saya tengok Tuhan? Biasanya saya akan kena marah... terima kasih sebab sudi melayani soalan-soalan saya dan terima kasih sebab awak bagi jawapan yang paling memuaskan hati saya... saya mula sedikit yakin yang kita ni diciptakan Tuhan dan kita juga dapat nampak Tuhan kalau benar-benar beriman.. tapi saya masih ada lagi banyak persoalan yang saya harap kalau boleh awak bantu terangkan kat saya... Boleh..? tanya Rini dengan reaksi wajah yang mula sedikit ceria. Ish.. mesti soalan pelik-pelik lagi ni.... minta-minta la jangan.. penulis berbisik dalam hati. Nizam... sekarang saya mengaku Tuhan tu ada dan satu-satunya Tuhan yang seringkali saya pohonkan doa satu ketika dulu ialah Allah... setelah banyak masalah yang menimpa kehidupan saya, saya mula menjauhkan diri saya dariNya... sebab bagi saya Tuhan berlaku tidak adil terhadap saya.. selepas dari itu saya mula liar dengan kawan-kawan dan ada kawan-kawan saya yang lain yang bukan Islam ada yang mengajak saya mendekati agama diorang.. Tapi saya tak pernah berminat sebab memang pada waktu tu saya tak percayakan tuhan..tapi bila awak ceritakan kat saya yang masalah itu sebenarnya paksaan supaya manusia itu maju dan ujian dari Tuhan kepada manusia, saya mula terfikir kembali tindakan-tindakan saya yang tak matang langsung masa berhadapan dengan masalah-masalah tersebut. Tapi boleh tak awak yakinkan saya yang Allah lah Tuhan yang sepatutnya saya sembah, tidak tuhan-tuhan yang disebut dalam agama lain. Rini menjelaskan punca dia mula menjauhkan diri dari Allah. Alhamdulillah, dari segi tutur kata Rini, sebahagian dari bahagian pertama syahadah sudah hampir diyakininya. Tinggal lagi untuk meyakinkan dia bahawa satu-satunya Tuhan yang selayaknya disembah ialah Tuhan Yang Maha Esa iaitu Allah. Alhamdulillah Rini... sekurang-kurangnya awak mengaku yang kita ni semua dijadikan oleh Allah. Kata penulis. Sebenarnya soalan yang awak tanya ni senang saya nak jelaskan, tak macam dua soalan awal awak tadi.. gelabah juga saya nak menjawab.. jelas penulis. Sebelum saya jawab, saya nak tanya apa kualiti atau sifat-sifat yang awak fikirkan yang sepatutnya ada pada Tuhan? tanya penulis.

Syahadah: Dialog dengan gadis melayu Atheist. Mohd Aswanizam Bin Alias Februari 2007

33

www.satuhala.blogspot.com

Entah la... tapi yang saya tahu, Tuhan tu sepatutnya boleh lakukan apa saja yang Dia mahu, dan Dia lah yang ciptakan kita semua ni, jawab Rini ringkas. Apa yang awak cakap tu betul Rini, balas penulis Sebenarnya dalam Al-Quran sendiri, ada satu surah yang sepatutnya hari-hari dibaca oleh Muslim, dalam surah tu Allah s.w.t. dah terangkan siapa Dia yang sebenarnya, tambah penulis. Surah apa? tanya Rini seakan berminat. Surah Al-Ikhlas, terjemahannya macam ni : Katakanlah, Allah itu Esa, Allah tempat bergantungnya segala sesuatu, Tidak beranak dan tidak diperanakkan, Tiada suatu pun yang sebanding denganNya penulis menjelaskan kepada Rini. Rini hanya mendengar dengan penuh minat. Rini... surah ini diturunkan Allah kepada Rasulullah s.a.w. semasa baginda ditanya oleh beberapa orang Yahudi Bani Khaibar mengenai siapa itu Allah. Rasulullah tidak menjawab dengan serta merta sehinggalah Malaikat Jibril a.s. datang membawa wahyu dari Allah iaitu surah Al Ikhlas ni, tambah penulis. Jadi surah ini boleh digunakan sebagai petunjuk untuk mengetahui siapa itu Tuhan yang sebenar berdasarkan empat kriteria yang sepatutnya ada pada Tuhan yang ada disebut dalam ayat ini. Faham..? tanya penulis. Faham sikit-sikit ja.. boleh terangkan lagi..? tanya Rini. O.k. Rini, macam ni, kita boleh gunakan kriteria yang Allah sebut dalam surah ni untuk membuktikan Tuhan itu Allah yang Esa. Sekarang ni jom kita test tengok tuhan-tuhan lain yang dikatakan ada selain dari Allah, benarkah mereka itu tuhan atau pun tidak, gesa penulis. O.k... balas Rini. Sekarang saya nak kita uji Latta dan Uzza...? kata penulis. Siapa mereka ni...? tanya Rini pula. Latta dan Uzza ialah berhala yang disembah oleh golongan jahiliah di tanah Arab sebelum kedatangan Islam di sana," jelas penulis. Ooo.. O.k. kata Rini.

Syahadah: Dialog dengan gadis melayu Atheist. Mohd Aswanizam Bin Alias Februari 2007

34

www.satuhala.blogspot.com

O.k. sekarang kita uji dengan kriteria yang pertama iaitu ayat yang pertama, Allah itu Tuhan Yang Maha Esa. Maksudnya Tuhan yang sebenar ialah Esa iaitu satu. Adakah awak nampak yang Latta dan Uzza itu satu? tanya penulis. "Taaak" jawab Rini panjang. "Maksudnya Latta Dan Uzza sudah pun gagal dalam ujian pertama untuk melayakkan kedua-duanya untuk dipanggil atau dianggap sebagai Tuhan," jelas penulis. Rini mengangguk tanda faham. "Sekarang kita uji pula Latta dan Uzza dengan kriteria dalam ayat yang kedua. Ayat kedua surah Al-Ikhlas menyatakan Tuhan sepatutnya tempat bergantung segala sesuatu awak faham tak dengan ayat ni Rini..?" tanya penulis. "Faham sikit-sikit.. kalau awak explain sikit lagi mungkin saya boleh faham" beritahu Rini. "O.k. maksud ayat tu ialah Tuhan sepatutnya tempat semua makhluk bergantung.. Bergantung di sini pula maksudnya Tuhan lah yang memberikan kita rezeki, kehidupan, nyawa, kesenangan, kebahagian dan segala-galanya. Tanpa Tuhan tidak mungkin ada sesuatu pun wujud. Jadi kesimpulannya semua makhluk bergantung hidup kepada Tuhan dan bukanlah sebaliknya," jelas penulis. "Awak fahamkan Rini..?" penulis bertanya untuk kepastian. "O.k. saya faham.." Rini menjawab. "Kita uji Latta dan Uzza dalam ayat ni ok Rini.. orang-orang arab jahilliah pada zaman sebelum Islam dahulu menyembah Latta dan Uzza ini. Semasa menyembah berhalaberhala ni, diorang akan membawa macam-macam buah, korban dan segala macam keperluan untuk berhala Latta dan Uzza ini. Ini menunjukkan bahawa Latta dan Uzza bukan tempat bergantung semua makhluk, tapi Latta dan Uzza ini pula yang bergantung kepada semua makhluk. Yang mana satu yang awak hendak sembah? Tuhan yang memberikan rezeki atau tuhan yang meminta rezeki dari kita?" tanya penulis. "Tentulah Tuhan yang bagi rezeki kat kita kalau tuhan tu minta rezeki kat kita tak guna la kita sembah dia.. nak hidup pun kena harapkan bantuan makhluk dia, macam mana makhluk nak minta tolong." jawab Rini yang pada pandangan penulis mula faham dengan perbandingan yang cuba penulis buat. "Haaa pandai pun.. jadi.. apa maksudnya..?" tanya penulis balik. "Maksudnya Latta dan Uzza dah gagal ujian kedua" jawab Rini sambil tersenyum.

Syahadah: Dialog dengan gadis melayu Atheist. Mohd Aswanizam Bin Alias Februari 2007

35

www.satuhala.blogspot.com

"Alhamdulillah pandai pun, sekarang kita uji Latta dan Uzza dengan kriteria yang perlu ada pada Tuhan dalam ayat yang ketiga surah Al-Ikhlas," ujar penulis. "Ayat ketiga menyatakan yang Allah tidak beranak dan tidak diperanakkan. Maknanya Tuhan Tidak ada anak dan Dia juga tak dilahirkan. Kita uji Latta dan Uzza dengan ciri ketiga ini pula. Rini.. Latta dan Uzza dilahirkan melalui ukiran hasil tangan manusia jadi dengan secara automatik, kedua-dua berhala ini gagal dalam ujian ketiga ni juga," jelas penulis. "Tapi berhala-berhala tu tak melahirkan, bukankah tu juga satu ciri yang perlu ada kepada Tuhan?" tanya Rini inginkan kepastian. "Betul Rini, memang berhala tu tak melahirkan sebab dia tak ada kuasa untuk buat macam tu, kalau dia nak anak juga, dia perlu bergantung harap pada manusia yang mengukir batu untuk mengukir anak-anak bagi berhala tu pula. Maka dengan secara automatiknya ciri ketiga ini gagal. Awak faham?" Penulis bertanya. Rini mengangguk lagi. "Sekarang kita pergi ke ayat yang ke empat iaitu ayat terakhir surah Al-Ikhlas, Allah tiada sesiapa pun yang sebanding denganNya. Maksud ayat ini, Kekuasaan dan SifatSifat Allah tiada siapa atau apa pun yang dapat menyamai taraf dan bersaing denganNya. Ada awak nampak yang berhala-berhala Latta dan Uzza ini menyamai taraf Allah..?" tanya penulis. "Tak" jawab Rini. "Dengan semua tiga ciri dalam tiga ayat pertama Surah Al-Ikhlas tak dipenuhi maka Latta dan Uzza secara automatiknya gagal untuk ciri yang perlu ada pada Tuhan macam yang disebut dalam ayat ke empat ini.. ini bermakna Latta dan Uzza tu cuma batu yang diukir dan tak dapat berbuat apa-apa sama ada untuk diri mereka sendiri dan untuk orangorang yang menyembahnya. Berhala-berhala ini bukanlah tuhan malahan mereka ialah makhluk-makhluk Allah yang telah dijadikan objek sembahan oleh mereka yang jahil dan sesat," tambah penulis. "Dah jelas Rini?" tanya penulis. Rini mengangguk tanda faham. "Jadi kita boleh gunakan ayat ini untuk membuat perbandingan Siapa tu Tuhan yang sebenarnya kan?" tanya Rini untuk kepastian. "Ya.. awak boleh ambil mana-mana objek, manusia, berhala atau apa-apa saja yang dikatakan atau disamakan dengan Tuhan dalam mana-mana kepercayaan atau agama sekali pun pasti semuanya akan gagal dengan ujian Surah Al-Ikhlas ini.." tambah penulis dengan bersemangat.Syahadah: Dialog dengan gadis melayu Atheist. Mohd Aswanizam Bin Alias Februari 2007 36

www.satuhala.blogspot.com

Rini mengangguk lagi. "Ada surah lain yang boleh digunakan untuk buat perbandingan?" tanya Rini lagi. "Ada banyak sebenarnya Rini.. tapi antara ayat yangpendek, padat dan mudah dihafal ialah surah ini, iaitu surah al-Ikhlas.. awak juga boleh gunakan ayat Kursi iaitu ayat ke 255 dalam surah Al-Baqarah sebagai ujian juga. Awak tahukan ayat itu?" jelas dan tanya penulis kembali kepada Rini. "Saya hafal surah tu biasa kalau saya takut masa stay kat asrama dulu, senior-senior saya suruh baca surah tu, diorang cakap hantu dan syaitan semua takut bila dengar surah tu.." kata Rini. Pernulis tergelak mendengar penjelasan Rini. "Kenapa awak gelak.!?" Tanya Rini. "Ya la.. bila takut hantu baru nak baca Al-Qur'an itu la mentaliti majoriti orang Islam kat Malaysia ni, ayat Al-Qur'an biasa diguna untuk halau hantu atau bila masa takut atau bila nak bersolek untuk naikkan seri saja padahal Al-Qur'an tu lah yang membentuk jatidiri seorang Islam. Tapi saya berani katakan yang tak sampai 20 % umat Islam kat Malaysia ni dah habis baca Al-Qur'an dan untuk memahami maksudnya. Baca Al-Qur'an bukan maksud saya mengaji tapi fahami maksud sebenar Al-Qur'an. Kalau awak tak pernah tahu apa makna Al-Qur'an sepenuhnya, macam mana awak nak mengaku yang awak ni orang Islam.. sedangkan Islam bertiangkan Al-Qur'an kalau tiang tak ada atau pun rapuh.. macam mana Islam nak dapat berdiri teguh betulkan cakap saya.?" tanya penulis kembali. Rini terdiam dan kemudian mengangguk. "Awak hafalkan ayat Kursi..?" tanya penulis. Rini mengangguk. "Awak faham maksud ayat Kursi yang awak hafal tu..?" tanya penulis lagi. Rini menggelengkan kepalanya. "O.k. saya terangkan kat awak.. terjemahan ayat Kursi tu begini..: Allah, tiada Tuhan melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki. Luasnya Kursi meliputi langit danSyahadah: Dialog dengan gadis melayu Atheist. Mohd Aswanizam Bin Alias Februari 2007 37

www.satuhala.blogspot.com

bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi), lagi Maha Besar " jelas penulis. "Awak ni hafal Al-Qur'an ke?" tanya Rini yang membuatkan penulis terus tergelak. "Mana ada saya cuma hafal surah-surah yang saya biasa guna time sembahyang lakalau awak sembahyang dan baca surah yang awak hafal dan awak tak tahu maksudnya macam mana awak nak dapat khusyuk dalam solat kalau cuma baca tanpa tahu makna surah yang dibaca, maka sembahyang kita jadi macam sembahyang burung kakaktua la.." jawab penulis sambil ketawa. "Burung kakaktua? Kenapa..?" tanya Rini seakan-akan hairan. "Awak pernah tengok burung kakaktua kan..?" tanya penulis. "Ya.. pernah.." jawab Rini. "Setiap kali orang sebut pasal burung burung kakaktua, apa ciri-ciri burung tu yang awak ingat dan nampak..?" tanya penulis lagi. "Errmmm burung kakaktua cantik, bulunya cantik berwarna-warni.. errmm.. haa! Burung kakaktua boleh bercakapkan..?" jelas Rini dan kemudian bertanya. "Haa pandai pun. Burung kakaktua memang fizikalnya Allah jadikan cantik, burung kakaktua juga boleh bercakap tapi awak tahu tak yang burung tu tak pernah faham apa yang dia cakapkan.. dia cuma mengajuk perbuatan dan perkataan manusia yang lain awak tahukan..?" tanya penulis. Rini mengangguk. "Macam tu juga la persamaan orang yang sembahyang tapi tak pernah faham apa yang dia buat, tak pernah faham apa yang dia baca dalam sujud, tak pernah faham apa surah yang dia baca. Dari segi luaran kalau orang lain tengok orang-orang sebegini sembahyang, tentulah diorang nampak sangat cantik pergerakan sembahyang dan rukun yang disempurnakan. Tapi kat dalam, rohnya tak ada. Cuma fizikal saja cantik. Dalamannya sangat busuk. Dan golongan ini juga dilaknat Allah dalam surah AlMaa'uun ayat 4 sampai 6, maksud ayat tu begini. : Maka kecelakaan besar bagi orangorang Ahli Sembahyang , (laitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya; (Juga bagi) orang-orang yang berkeadaan riak (bangga diri dalam ibadat dan bawaannya).." jelas penulis. "Kenapa Allah melaknat orang yang bersembahyang pula?" tanya Rini kembali. "Macam yang saya katakan tadi, fizikalnya cantik tapi dalamannya hancur.. tetapi ayat ini Allah melaknat orang-orang yang mengambil mudah bab sembahyang ni.. sembahyang macam main-main, kekadang buat kekadang tidak.. kalau buat pun dah hampir nak habisSyahadah: Dialog dengan gadis melayu Atheist. Mohd Aswanizam Bin Alias Februari 2007 38

www.satuhala.blogspot.com

waktu, faham-faham sajala kalau sembahyang kelam kabut macam tu, semuanya akan berterabur," jelas penulis. Rini hanya tersenyum mendengar penjelasan penulis.

Syahadah: Dialog dengan gadis melayu Atheist. Mohd Aswanizam Bin Alias Februari 2007

39

www.satuhala.blogspot.com

4. Kenapa Allah tak pernah makbulkan doadoa saya, sedangkan Allah berjanji setiap doa yang dipohonkan hambaNya kepadaNya akan dimakbulkan!?"

Syahadah: Dialog dengan gadis melayu Atheist. Mohd Aswanizam Bin Alias Februari 2007

40

www.satuhala.blogspot.com

Dari satu stesen ke satu stesen keretapi bergerak, Rini dan penulis masih lagi berbual biarpun jam sudah menunjukkan hampir pukul dua pagi. Perasaan mengantuk sedari awal menaiki keretapi tersebut sedikit sebanyak hilang dengan melayan karenah dan soalan-soalan Rini. Masing-masing menceritakan pengalaman hidup masing-masing. Rini menceritakan sedikit sebanyak sejarah hidup dan latar belakang keluarganya kepada penulis. Bapanya seorang ahli perniagaan yang agak berjaya dan ibunya pula aktif dalam pertubuhan bukan kerajaan. "Mula naik keretapi tadi saya ingat awak ni macam kutu dengan rambut panjang siap bawak gitar lagi.. bila sembang ngan awak, saya rasa macam sembang ngan ustaz pulak..awak ni sekolah agama ke dulu sebelum masuk ITM? " kata Rini sambil tersenyum. "Haa. haa..haa" penulis tergelak besar. "Dulu masa tingkatan satu sampai tingkatan dua, memang saya sekolah agama kat S.M.K.A. Al-Mashoor lelaki kat Penang, tapi separuh dari tingkatan dua saya tukar sekolah ke Bukit Mertajam High School. Lepas dari tu masa tingkatan empat dan lima saya tukar pulak masuk Sekolah Menengah Teknik Tunku Abd. Rahman Putra kat Penang. Lepas dari tu la saya masuk ITM course Electronic Engineering, start kat Perlis dua semester pastu tukar ke Shah Alam sampai graduate nanti," jelas penulis. "Saya suka cara awak bagi penjelasan.. tak pernah saya dengar penjelasan yang boleh meyakinkan saya tentang Tuhan.. tapi saya suka cara awak mana awak belajar semua tu.?" tanya Rini. "Sebenarnya Rini, semua kefahaman ni Allah yang kurniakan, kalau Dia tak bagi, tentulah habuk pun saya tak faham, saya sebenarnya suka membaca, kalau makan saja mesti kena ada benda untuk dibaca, kalau tak nasi tu tak sedap, kekadang tu kalau tak ada benda nak baca, kertas balut nasi lemak tu pun saya baca juga. Mungkin kefahaman ni boleh datang atas sebab doa yang selalu saya amalkan, saya belajar doa ni masa kat Sekolah Teknik dulu, setiap kali belajar atau sebelum baca Al-Qur'an saya akan baca doa ni," jelas penulis yang sudah sedikit kembang termakan bodekan bertali arus Rini. "Doa apa Nizam?" tanya Rini balik. "Maksud doa tu lebih kurang macam ni, "Ya Allah terangilah hati kami dengan cahaya kebenaran dan hidayah sebagaimana Engkau terangi bumi dengan cahaya matahariMu buat selama-lamanya dengan RahmatMu," terang penulis. "Mak saya juga sentiasa mendoakan kebaikan untuk saya, sebab saya ada pernah dengar dia berdoa setiap kali sembahyang, jika ibu mendoakan kebaikan untuk kita, insyaAllah kebaikan itu Allah akan bagi kat kita, sebab doa ibu untuk anaknya insyaAllah akan dimakbulkan Allah. Sebab tu la kalau nak cari isteri, cari yang beriman dan cintakan Allah, sebab generasi yang akan lahir dari ibu yang beriman, InsyaAllah akan menjadi generasi yang beriman dan berjaya juga. Kalau ibu yang melahirkan tak pernahSyahadah: Dialog dengan gadis melayu Atheist. Mohd Aswanizam Bin Alias Februari 2007 41

www.satuhala.blogspot.com

mendoakan apa-apa kebaikan langsung untuk anaknya, sembahyang pun tak pernah, janganlah harap anak tu akan jadi baik. Jangan salahkan anak tu kalau anak tu jadi buas atau jahat, sebab ibu tu sendiri tak pernah mendoakan kebaikan untuk keluarganya, dirinya dan anaknya. Jadi tak hairanlah awak boleh tengok masalah sosial sekarang ni bersepah-sepah," jelas penulis. Rini menundukkan pandangannya. "Awak perli saya ke?" tanya ini perlahan. "Ishh.. bila masa la saya perli awak.. saya cuma bagi penerangan kat awak.." jawab penulis memperbetulkan persepsi salah yang dibuat oleh Rini. "Bila saya dengar awak cakap macam tu, saya teringatkan keluarga saya betul.. memang mummy dengan daddy sayangkan saya, apa yang saya minta semuanya saya dapat, minta duit dapat, minta anak patung dapat, minta kereta dapat, semuanya saya dapat.. cuma yang tak pernah saya dapat ialah kasih sayang dari diorang saya tak pernah berkesempatan utnuk berkumpul satu keluarga macam keluarga yang lain.. kalau ada pun setahun dalam dua tiga kali saja daddy selalu sibuk ngan bisnes dia.. mummy pulak dengan pertubuhan dia saya tak pernah tengok mummy ngan daddy sembahyang kat rumah, diorang pun tak pernah ajar saya sembahyang.. saya mula belajar sembahyang masa tinggal kat asrama penuh dulu.. itu pun sebab semua pelajar diwajibkan bersembahyang jemaah mungkin mummy tak pernah mendoakan saya.. sebab tu masalah bertimpa-timpa jadi kat saya satu ketika dulu, kalau saya ada masalah, saya akan berdoa supaya Tuhan membantu saya untuk keluar dari masalah yang saya hadapi kadang-kadang kalau saya ada sesuatu hajat juga, saya berdoa kat Tuhan.. tapi Nizam sekalipun Tuhan tak pernah memakbulkan doa saya saya rasa macam tertipu bila teringatkan kata-kata ustazah saya dulu.." Rini bercerita. "Apa yang ustazah awak cakap kat awak dulu?" tanya penulis kepada Rini. "Dulu ustazah saya cakap yang setiap kali kita mempunyai hajat atau apa-apa masalah, kita perlu berdoa kepada Allah sebab setiap doa yang kita pohon kepada Allah akan dimakbulkan dan takkan ditolak olehNya tapi lain pula dengan apa yang saya lalui, setiap doa saya tak pernah dimakbulkan tak tahulah.. mungkin ustazah saya menipu saya ataupun mungkin Tuhan membenci saya saya sangat kecewa dari situlah saya mula menjauhkan diri saya dari Tuhan sebab tiada gunanya saya berdoa kepadaNya sedang Dia tak pernah sekalipun mendengar keluhan hati saya dan memakbulkan doa saya.. Nizam Kenapa Allah tak pernah makbulkan doa-doa saya, sedangkan Allah berjanji setiap doa yang dipohonkan hambaNya kepadaNya akan dimakbulkan!?" tanya Rini. "Janganla cakap macam tu Rini. Kalau Allah membenci awak tentu awak dah tak wujud lagi dalam dunia ni awak masih boleh bernafas disebabkan Kasih sayangNya kat awak, jantung awak masih bergerak disebabkan Dia masih sayangkan awak bumi ni masih wujud biarpun ramai manusia di dunia ni kufur kepadaNya.. Allah.. Dia TuhanSyahadah: Dialog dengan gadis melayu Atheist. Mohd Aswanizam Bin Alias Februari 2007 42

www.satuhala.blogspot.com

yang Maha Penyayang awak mungkin sebenarnya kurang faham kenapa kita hidup di dunia ini kebanyakan dari kita sebenarnya terlupa Rini" penulis menjelaskan kepada Rini. "Terlupa apa..?" Rini mencelah dengan pertanyaan. "Sebenarnya kebanyakan dari kita ni dah terlupa yang kita sekarang ni hidup di bumi.." tambah penulis. "Kenapa macam tu pulak.? Saya tak terlupa pun" tambah Rini. "Memang awak tak terlupa yang awak tinggal di bumi. tapi kebanyakan dari kita sebenarnya tak kenal diri dan kenal ruang kehidupan yang kita lalui di bumi ni.." penulis menjelaskan lagi. "Tak fahamla.." kata Rini. "Rini.. bumi yang kita tinggal ni merupakan tempat tinggal kita yang sementara sebelum dipanggil pulang oleh Allah.. bumi ni bukan Syurga Rini kalau di Syurga apa saja yang awak minta akan terus diberikan on the spot.. minta apa saja, terus kita dapat, kalau minta minuman terus dibagi minuman, kalau minta buah terus diberikan awak buah tapi di bumi ni realitinya lain pula.. kalau di syurga awak minta buah terus diberikan kat awak buah, tapi di bumi kalau awak minta buah, Allah akan berikan awak galah awak faham?" tanya penulis. "Boleh jelaskan lagi?" tanya Rini. "Macam ni Rini Allah berfirman dalam surah Adz Dzariyaat ayat 56 : Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. Bumi yang kita tinggal sekarang ni merupakan tempat kita sebagai manusia menghadapi ujian dari Allah. Kita di sini bukan untuk berseronok-seronok, tapi kita dihantar ke sini dengan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Tanggungjawab kita di muka bumi ini ialah sebagi khalifah yang diberi Allah akal untuk mentadbir bumi ini menurut kepada peraturan yang telah Allah s.w.t. tetapkan dam memastikan bahawa kita sentiasa tunduk dan patuh kepada perintah dan menjauhi laranganNya. Memang betul apa yang ustazah awak cakap dulu kalau awak minta doa kepada Allah, Allah pasti memakbulkannya?" jelas penulis lagi. "Macam mana tu?" dengan wajah kehairanan Rini bertanya lagi. Penulis terdiam seketika untuk mencari jawapan terbaik. Lantas penulis teringatkan pakcik yang memberikan buah mempelam tiga biji tadi kepada penulis dan Rini. Perbuatan pakcik tersebut seakan memberikan satu ilham kepada penulis untuk menjawab pertanyaan Rini ini.

Syahadah: Dialog dengan gadis melayu Atheist. Mohd Aswanizam Bin Alias Februari 2007

43

www.satuhala.blogspot.com

"Rini.