1 JPA.BK(S)173/9/3Jld.2(24) No Siri : KERAJAAN MALAYSIA ___________________________________ SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 10 TAHUN 2011 ___________________________________ DASAR DAN PROSEDUR PELEPASAN JAWATAN DAN PELETAKAN JAWATAN TUJUAN 1. Surat Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan memaklumkan dasar dan prosedur mengenai pelepasan jawatan dan peletakan jawatan selaras dengan hasrat Kerajaan untuk memberi ruang mobiliti kepada pegawai dalam Perkhidmatan Awam di bawah Saraan Baru Perkhidmatan Awam. DEFINISI 2. Dalam Surat Pekeliling Perkhidmatan ini: “Ketua Jabatan” bermaksud seseorang pegawai yang mengetuai sesuatu jabatan atau Ketua Perkhidmatan, mengikut mana-mana yang berkenaan, atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa melaksanakan tugas Ketua Jabatan atau Ketua Perkhidmatan; “notis peletakan jawatan” bermaksud pernyataan hasrat untuk meletak jawatan yang dibuat oleh seseorang pegawai secara rasmi bertulis dan ditandatangani olehnya;
23
Embed
SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 10 TAHUN 2011 ...
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
1
JPA.BK(S)173/9/3Jld.2(24) No Siri :
KERAJAAN MALAYSIA ___________________________________
SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 10 TAHUN 2011
___________________________________
DASAR DAN PROSEDUR PELEPASAN JAWATAN DAN PELETAKAN JAWATAN
TUJUAN
1. Surat Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan memaklumkan dasar dan
prosedur mengenai pelepasan jawatan dan peletakan jawatan selaras dengan hasrat
Kerajaan untuk memberi ruang mobiliti kepada pegawai dalam Perkhidmatan
Awam di bawah Saraan Baru Perkhidmatan Awam.
DEFINISI 2. Dalam Surat Pekeliling Perkhidmatan ini:
“Ketua Jabatan” bermaksud seseorang pegawai yang mengetuai sesuatu
jabatan atau Ketua Perkhidmatan, mengikut mana-mana yang berkenaan,
atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa melaksanakan tugas Ketua
Jabatan atau Ketua Perkhidmatan;
“notis peletakan jawatan” bermaksud pernyataan hasrat untuk meletak
jawatan yang dibuat oleh seseorang pegawai secara rasmi bertulis dan
ditandatangani olehnya;
2
“pegawai” bermaksud seseorang pegawai Perkhidmatan Awam yang
dilantik secara tetap atau sementara;
“pelepasan jawatan” bermaksud pemakluman secara rasmi bertulis dan
ditandatangani oleh pegawai kepada Ketua Jabatan mengenai hasratnya
untuk meninggalkan jawatan yang sedang disandang untuk dilantik ke
jawatan dalam:
(a) skim perkhidmatan yang lain di bawah Suruhanjaya yang
sama; atau
(b) skim perkhidmatan yang sama atau berlainan di bawah
Suruhanjaya yang lain.
“peletakan jawatan” bermaksud pemakluman untuk meletak jawatan yang
dibuat melalui notis secara rasmi bertulis dan ditandatangani oleh pegawai
kepada Ketua Jabatan untuk berhenti berkhidmat dengan Perkhidmatan
Awam atas sebab berikut:
(a) dilantik ke jawatan dalam skim perkhidmatan yang sama atau
berlainan dalam perkhidmatan awam Negeri, Pihak Berkuasa
Berkanun (Persekutuan dan Negeri) dan Pihak Berkuasa
Tempatan; atau
(b) pegawai tidak lagi berhasrat untuk meneruskan
perkhidmatannya dengan perkhidmatan Kerajaan.
“pemendekan notis” bermaksud tempoh notis peletakan jawatan pegawai
dipendekkan dari tempoh notis sebenar yang ditetapkan dengan kelulusan
Ketua Jabatan;
3
“Perkhidmatan Awam” bermaksud perkhidmatan awam am Persekutuan,
perkhidmatan kehakiman dan perundangan, pasukan polis dan perkhidmatan
pelajaran;
“perkhidmatan Kerajaan” bermaksud Perkhidmatan Awam, perkhidmatan
awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun (Persekutuan dan Negeri) dan
Pihak Berkuasa Tempatan; dan
“Suruhanjaya” bermaksud Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Suruhanjaya
Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan, Suruhanjaya Pasukan Polis dan
Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran atau mana-mana pihak yang diberi
kuasa secara sah untuk melantik seseorang berkhidmat dengan mana-mana
agensi awam di bawah bidang kuasa Suruhanjaya yang berkenaan.
LATAR BELAKANG
3. Peraturan mengenai peletakan jawatan dan pemendekan notis peletakan
jawatan telah dinyatakan dalam Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan,
Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012.
4. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 23 Tahun 2009 (PP 23/2009) – Dasar dan
Prosedur Peletakan Jawatan dan Pelepasan Dengan Izin telah menjelaskan prinsip
dan tatacara peletakan jawatan pegawai awam serta pelaksanaan pelepasan dengan
izin selaras dengan peruntukan pelepasan secara rasmi bertulis yang dinyatakan
dalam Peraturan 6(1)(g), Peraturan - Peraturan Pencen 1980 [P.U.(A)176/1980].
Pelepasan dengan izin bermaksud kelulusan secara rasmi bertulis yang diberikan
oleh Ketua Perkhidmatan bagi membenarkan seseorang pegawai meninggalkan
jawatan yang sedang disandangnya.
4
5. Selaras dengan hasrat Kerajaan untuk meningkatkan lagi mobiliti pegawai
dalam Perkhidmatan Awam tanpa menjejaskan faedah persaraan yang boleh
diterima oleh pegawai dengan syarat pegawai dilantik semula pada atau selepas
1 Januari 2012 dan perkhidmatannya berakhir dengan persaraan, Kerajaan
bersetuju memansuhkan dasar pelepasan dengan izin dan menggantikannya dengan
dasar pelepasan jawatan.
DASAR
Dasar Pelepasan Jawatan
6. Dasar pelepasan jawatan adalah seperti berikut:
(a) pelepasan jawatan hendaklah dibuat oleh pegawai secara rasmi
bertulis dan ditandatangani olehnya kepada Ketua Jabatan sekiranya
pegawai dilantik secara tetap, sementara atau kontrak ke jawatan
dalam skim perkhidmatan lain di bawah Suruhanjaya yang sama atau
skim perkhidmatan yang sama atau berlainan di bawah Suruhanjaya
yang lain;
(b) pelepasan jawatan tidak memerlukan kelulusan sebaliknya hendaklah
diambil maklum secara rasmi oleh Ketua Jabatan dan Ketua
Perkhidmatan, melainkan ditentukan dalam mana-mana Akta atau
peraturan yang berkuat kuasa;
(c) tarikh kuat kuasa pelepasan jawatan adalah mulai tarikh pegawai
melapor diri bertugas di jawatan baru. Pelepasan jawatan yang telah
berkuat kuasa tidak boleh ditarik balik;
5
(d) surat pelepasan jawatan dikemukakan oleh pegawai kepada Ketua
Jabatan dalam tempoh 30 hari sebelum tarikh kuat kuasa melapor
diri bertugas di jawatan baru; dan
(e) dalam keadaan di mana pegawai telah memaklumkan tarikh
pelepasan jawatannya tetapi atas sebab tertentu pegawai tidak dapat
melapor diri di jawatan baru, maka pegawai masih berada dalam
perkhidmatan asalnya dan segala urusan perkhidmatan pegawai
adalah di bawah tanggungjawab jabatan asalnya.
Dasar Peletakan Jawatan
7. Dasar peletakan jawatan adalah seperti berikut:
(a) peletakan jawatan hendaklah dibuat oleh pegawai dengan
mengemukakan notis peletakan jawatan secara rasmi bertulis dan
ditandatangani olehnya kepada Ketua Jabatan sekiranya:
(i) pegawai dilantik secara tetap, sementara atau kontrak ke
jawatan lain dalam skim perkhidmatan yang sama atau
berlainan dalam perkhidmatan awam Negeri, Pihak Berkuasa
Berkanun (Persekutuan dan Negeri) atau Pihak Berkuasa
Tempatan; atau
(ii) pegawai tidak lagi berhasrat untuk meneruskan
perkhidmatannya dengan perkhidmatan Kerajaan.
(b) bagi pegawai tetap dan sementara, tempoh pengemukaan notis
peletakan jawatan adalah 30 hari sebelum peletakan jawatan berkuat
kuasa. Manakala bagi pegawai selain pelantikan tetap dan sementara,
tempoh pengemukaan notis peletakan jawatan adalah mengikut syarat
6
pelantikan pegawai itu, atau 30 hari sekiranya tempoh tidak
diperuntukkan dalam syarat pelantikan;
(c) bagi maksud tempoh notis peletakan jawatan, cuti tanpa gaji boleh
diambil kira sebagai sebahagian daripada tempoh notis;
(d) sekiranya peletakan jawatan tidak memenuhi tempoh notis yang
ditetapkan, pegawai hendaklah membayar sebulan gaji (gaji pokok)
sebagai ganti notis;
(e) bayaran sebulan gaji sebagai ganti notis hendaklah dibuat oleh
pegawai sebelum peletakan jawatannya berkuat kuasa. Ketua Jabatan
adalah bertanggungjawab menuntut bayaran sebulan gaji daripada
pegawai;
(f) peletakan jawatan berkuat kuasa pada hari berikutnya selepas tamat
tempoh notis yang diberikan atau pada tarikh yang ditetapkan oleh
pegawai;
(g) peletakan jawatan tidak memerlukan kelulusan sebaliknya hanya
diambil maklum secara bertulis oleh Ketua Jabatan dan Ketua
Perkhidmatan;
(h) Ketua Jabatan boleh menimbang permohonan pegawai untuk
memendekkan tempoh notis peletakan jawatan atas sebab berikut:
(i) pegawai dilantik ke mana-mana jawatan dalam
perkhidmatan awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun
(Persekutuan dan Negeri) atau Pihak Berkuasa Tempatan;
7
(ii) pegawai ditawarkan pelantikan ke mana-mana jawatan
dalam syarikat berkaitan Kerajaan;
(iii) pegawai atau pasangan, anak atau ibu bapa pegawai itu
mengalami masalah kesihatan; atau
(iv) pegawai menghadiri kursus atau latihan yang ditawarkan
oleh pihak berkuasa yang berkenaan.
(i) peletakan jawatan yang telah berkuat kuasa tidak boleh ditarik balik.
PROSEDUR
Prosedur Pelepasan Jawatan
8. Prosedur pelepasan jawatan adalah seperti berikut:
(a) pegawai hendaklah mengemukakan surat pelepasan jawatan secara
rasmi bertulis yang ditandatangani olehnya kepada Ketua Jabatan
dalam tempoh 30 hari sebelum tarikh kuat kuasa melapor diri di
jabatan baru dan disalinkan kepada Ketua Perkhidmatan sebaik
sahaja menerima surat tawaran pelantikan. Pemakluman tersebut
bertujuan untuk memastikan kaedah pegawai meninggalkan
perkhidmatan dan urusan perkhidmatannya adalah teratur. Contoh
surat pelepasan jawatan adalah seperti di Lampiran A;
(b) Ketua Jabatan hendaklah mengeluarkan akuan penerimaan surat
pelepasan jawatan sebaik sahaja surat pelepasan jawatan diterima
daripada pegawai serta disalinkan kepada Ketua Perkhidmatan, Ketua
Jabatan baru dan Suruhanjaya seperti contoh di Lampiran B.
Sekiranya akuan penerimaan surat pelepasan jawatan tersebut masih
8
tidak dikeluarkan oleh Jabatan, pelepasan jawatan pegawai dianggap
teratur;
(c) Ketua Jabatan hendaklah mengemas kini maklumat pelepasan
jawatan pegawai dalam Sistem Pengurusan Maklumat Sumber
Manusia (HRMIS) dan Rekod Perkhidmatan pegawai;
(d) pegawai perlu membawa bersama akuan penerimaan surat pelepasan
jawatan dan dikemukakan kepada Ketua Jabatan baru semasa
melapor diri bertugas. Dalam keadaan akuan penerimaan surat
pelepasan jawatan masih belum dikeluarkan, memadai pegawai
mengemukakan surat pelepasan jawatan yang dikemukakannya
kepada Ketua Jabatan asal semasa melapor diri bertugas di Jabatan
baru; dan
(e) Ketua Jabatan hendaklah memaklumkan kepada pegawai akan
tanggungjawabnya menguruskan hutang dan ikatan perjanjiannya
dengan pihak berkuasa yang berkaitan sekiranya ada. Walau
bagaimanapun, tanggungan hutang dan ikatan perjanjian tersebut
tidak menghalang daripada pelepasan jawatan yang dibuat oleh
pegawai itu berkuat kuasa.
Carta alir prosedur pelepasan jawatan adalah seperti Lampiran C.
Prosedur Peletakan Jawatan
9. Prosedur peletakan jawatan adalah seperti berikut:
(a) pegawai perlu mengemukakan notis peletakan jawatan 30 hari secara
rasmi bertulis yang ditandatangani olehnya kepada Ketua Jabatan dan
9
disalinkan kepada Ketua Perkhidmatan. Contoh notis peletakan
jawatan adalah seperti di Lampiran D;
(b) Ketua Jabatan hendaklah menyemak sama ada tempoh notis
peletakan jawatan pegawai menepati tempoh notis yang ditetapkan.
Tempoh notis bermula dari tarikh yang dinyatakan dalam notis yang
dikemukakan kepada Ketua Jabatan sehingga tarikh kuat kuasa
peletakan jawatan. Sekiranya notis peletakan jawatan tidak menepati
tempoh tersebut, Ketua Jabatan hendaklah menuntut bayaran sebulan
gaji sebagai ganti notis kecuali bagi pegawai yang diluluskan
pemendekan tempoh notis;
(c) Ketua Jabatan hendaklah mengeluarkan akuan bertulis penerimaan
notis peletakan jawatan sebaik sahaja notis peletakan jawatan
diterima daripada pegawai serta disalinkan kepada Ketua
Perkhidmatan, Suruhanjaya dan Kementerian Kewangan (Bahagian
(d) sekiranya pegawai didapati hadir berkhidmat selepas tarikh kuat
kuasa peletakan jawatannya, Ketua Jabatan hendaklah memaklumkan
pegawai supaya tidak hadir bertugas mulai tarikh kuat kuasa
peletakan jawatannya. Sekiranya pegawai terus berkhidmat selepas
tarikh tersebut, pegawai tidak layak dibayar sebarang emolumen;
(e) Ketua Jabatan hendaklah mengemas kini maklumat peletakan jawatan
pegawai dalam HRMIS dan Rekod Perkhidmatan pegawai; dan
(f) Ketua Jabatan hendaklah memaklumkan kepada pegawai akan
tanggungjawabnya menguruskan hutang dan ikatan perjanjiannya
dengan pihak berkuasa yang berkaitan sekiranya ada. Walau
10
bagaimanapun, tanggungan hutang dan ikatan perjanjian tersebut
tidak menghalang daripada peletakan jawatan yang dibuat oleh
pegawai itu berkuat kuasa.
10. Bagi pegawai yang layak memohon pemendekan notis seperti yang
ditetapkan di perenggan 7(h), permohonan pemendekan notis peletakan jawatan
hendaklah dikemukakan kepada Ketua Jabatan seperti di Lampiran F.
11. Ketua Jabatan hendaklah memaklumkan keputusan permohonan
pemendekan tempoh notis peletakan jawatan yang dikemukakan oleh pegawai
setelah mengambil kira sebab-sebab peletakan jawatan seperti di perenggan 7(h).
Contoh surat pemakluman keputusan pemendekan notis peletakan jawatan adalah
seperti di Lampiran G.
12. Ketua Jabatan hendaklah merekodkan keputusan permohonan pemendekan
tempoh notis peletakan jawatan dalam Rekod Perkhidmatan pegawai.
13. Pegawai yang meletak jawatan tetapi tidak memenuhi syarat tempoh notis
yang ditetapkan dan tidak diluluskan pemendekan notis hendaklah membayar
sebulan gaji sebagai ganti notis kepada Ketua Jabatan.
14. Tertakluk kepada perenggan 13, Ketua Jabatan perlu mengambil tindakan
menuntut bayaran sebulan gaji berdasarkan peraturan kewangan yang berkuat
kuasa.
15. Peletakan jawatan boleh ditarik balik oleh pegawai sebelum tarikh berkuat
kuasa peletakan jawatan dengan mengemukakan permohonan secara rasmi bertulis
dan ditandatangani kepada Ketua Jabatan dan disalinkan kepada Ketua
Perkhidmatan.
11
Carta alir prosedur peletakan jawatan adalah seperti di Lampiran H.
KEKECUALIAN DAN PERALIHAN
16. Sebarang pengecualian daripada mana-mana peruntukan dalam Surat
Pekeliling Perkhidmatan ini setakat mana ia tidak bertentangan dengan undang-
undang hendaklah mendapatkan pertimbangan dan kelulusan Ketua Pengarah
Perkhidmatan Awam.
17. Semua peletakan jawatan yang berkuat kuasa sebelum 1 Januari 2012
hendaklah diuruskan mengikut PP 23/ 2009.
PEMBATALAN
18. Dengan berkuat kuasanya Surat Pekeliling Perkhidmatan ini, Pekeliling
Perkhidmatan dan perenggan kepada Surat Pekeliling Perkhidmatan berikut adalah
dibatalkan:
(a) Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 23 Tahun 2009 – Dasar dan
Prosedur Peletakan Jawatan dan Pelepasan Dengan Izin; dan
(b) Perenggan 5.3(p) dan perkara 19 di Lampiran C dalam Surat
Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2009 – Kesan Ke Atas
Perkhidmatan Bagi Pegawai Yang Diluluskan Cuti Bergaji Penuh,
Cuti Separuh Gaji dan Cuti Tanpa Gaji.
12
TARIKH KUAT KUASA
19. Surat Pekeliling Perkhidmatan ini berkuat kuasa mulai 1 Januari 2012.
PEMAKAIAN
20. Tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing-masing, Surat
Pekeliling Perkhidmatan ini dipanjangkan kepada semua perkhidmatan awam
Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun (Persekutuan dan Negeri) dan Pihak Berkuasa
Tempatan.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
( TAN SRI ABU BAKAR BIN HAJI ABDULLAH ) Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia
JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA PUTRAJAYA
16 Disember 2011
Semua Setiausaha Suruhanjaya Perkhidmatan
Semua Ketua Setiausaha Kementerian
Semua Ketua Jabatan Persekutuan
Semua YB Setiausaha Kerajaan Negeri
Semua Pihak Berkuasa Berkanun
Semua Pihak Berkuasa Tempatan
13
(nama dan alamat pegawai)
(nama dan alamat Ketua Jabatan)
(nama dan alamat Ketua Perkhidmatan)
(nama jawatan yang disandang )
(nama penuh )
(nama jawatan dan gred jawatan)
(nama tempat bertugas)
(nama Jabatan baru) (nama jawatan baru)
Lampiran A
CONTOH SURAT PELEPASAN JAWATAN
…………………………………………………. …………………………………………………. …………………………………………………. …………………………………………………. Kepada : …………………………………………………. …………………………………………………. …………………………………………………. …………………………………………………. Tuan, PELEPASAN JAWATAN SEBAGAI ......................................................................................................... Dengan hormatnya saya …………………………………….........................................................................
berjawatan sebagai ........…….………………………………………………………………........................
bertugas di .....................................……….............memaklumkan untuk melepaskan jawatan mulai tarikh
saya melapor diri bertugas di jawatan baru bagi membolehkan saya menjawat jawatan sebagai .............................................................................di.......................................................................................... 2. Sehubungan itu, bersama-sama ini disertakan sesalinan surat tawaran untuk melapor diri di jawatan baru untuk tindakan tuan selanjutnya. Sekian, terima kasih Tandatangan : ………………………………………
…………………………………………………. …………………………………………………. …………………………………………………. …………………………………………………. Tuan, PEMAKLUMAN PELEPASAN JAWATAN SEBAGAI........................................................................... Dengan hormatnya saya merujuk kepada surat pelepasan jawatan tuan yang ditandatangani pada ......................................
2. Sukacita dimaklumkan bahawa pelepasan jawatan tuan yang berkuat kuasa mulai ...................... telah diambil maklum dan direkodkan. 3. Perkhidmatan tuan di Jabatan ini amatlah dihargai dan diucapkan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
Tandatangan : ……………………………………................................. Nama penuh : ……………………………………................................. Jawatan : ……………………………………................................. Tarikh : …………………………………….................................
s.k. 1. ……………………………………………….. ………………………………………………..
……………………………………………….. 2. ………………………………………………..
……………………………………………….. ………………………………………………..
3. ………………………………………………..
……………………………………………….. ………………………………………………..
15
Lampiran C
CARTA ALIR PROSEDUR PELEPASAN JAWATAN
Tawaran pelantikan ke jawatan lain dalam Suruhanjaya.
Pegawai mengemukakan surat pelepasan jawatan secara rasmi bertulis yang ditandatangani olehnya (Lampiran A) kepada Ketua Jabatan dan disalinkan kepada Ketua Perkhidmatan.
Ketua Jabatan mengemukakan akuan bertulis penerimaan surat pelepasan jawatan (Lampiran B) kepada pegawai dan disalinkan kepada Ketua Perkhidmatan, Ketua Jabatan baru dan Suruhanjaya. Ketua Jabatan mengemas kini merekodkan maklumat pelepasan jawatan dalam HRMIS dan Rekod Perkhidmatan pegawai.
Ketua Jabatan maklumkan pegawai tanggungjawab menguruskan hutang dan ikatan perjanjian dengan pihak berkuasa yang berkaitan.
Pegawai membawa bersama akuan rasmi penerimaan surat pelepasan jawatan dan dikemukakan kepada Ketua Jabatan baru semasa melapor diri bertugas.
16
(tarikh)
(nama penuh)
(nama jawatan dan gred jawatan)
(nama tempat bertugas)
(nama dan alamat pegawai )
(tarikh)
(nama dan alamat Ketua Jabatan)
(nama jawatan)
Lampiran D
CONTOH NOTIS PELETAKAN JAWATAN
…………………………………………………. …………………………………………………. …………………………………………………. …………………………………………………. Kepada : …………………………………………………. …………………………………………………. …………………………………………………. …………………………………………………. Tuan, PELETAKAN JAWATAN SEBAGAI ........................................................................................................ Dengan hormatnya saya ………………………………………………………………................................. berjawatan sebagai …….………………………………………………………………................................ bertugas di……………………………………………………........................................................................ dan bergaji akhir RM……………………… meletak jawatan dengan memberi tempoh notis 30 hari
Tarikh: …………………………………………………. …………………………………………………. …………………………………………………. …………………………………………………. Tuan, PEMAKLUMAN PELETAKAN JAWATAN Dengan hormatnya merujuk kepada notis peletakan jawatan tuan yang ditandatangani pada.............................................dan diterima oleh Jabatan ini pada.............................................................. 2. Dimaklumkan bahawa peletakan jawatan tuan yang berkuat kuasa mulai ……………………………. telah diambil maklum dan direkodkan. Sehubungan itu, tuan dengan ini dikehendaki:
(i) mematuhi keputusan dan arahan Jabatan Perkhidmatan Awam/ Kerajaan
Negeri/........................ jika tuan mempunyai ikatan biasiswa dengan pihak berkenaan; (ii) bertanggungjawab menyelesaikan segala hutang-piutang tuan dengan Kerajaan;
(iii) menyediakan Nota Serah Tugas; dan
(iv) menyediakan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan pegawai di bawah penyeliaan tuan
selama enam (6) bulan atau lebih dalam tahun penilaian (jika ada) sama ada sebagai Pegawai Penilai Pertama/ dan/ atau Pegawai Penilai Kedua.
Sekian, terima kasih.
Tandatangan : ……………………………………................................. Nama penuh : ……………………………………................................. Jawatan : ……………………………………................................. Tarikh : …………………………………….................................
3. Kementerian Kewangan Bahagian Pinjaman Perumahan ……………………………………………….. ……………………………………………….. ……………………………………………….. ………………………………………………..
20
(nama dan alamat Ketua Jabatan)
(nama jawatan dan gred jawatan)
(nama penuh)
(nama tempat bertugas)
saya ditawarkan pelantikan ke mana-mana jawatan dalam perkhidmatan awam
Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun (Persekutuan dan Negeri) atau Pihak
Berkuasa Tempatan;
saya ditawarkan pelantikan ke mana-mana jawatan dalam syarikat
berkaitan Kerajaan;
saya atau pasangan, anak atau ibu bapa pegawai itu mengalami masalah
kesihatan; atau
saya akan/ perlu menghadiri kursus atau latihan yang ditawarkan oleh
pihak berkuasa yang berkenaan.
Lampiran F
CONTOH
SURAT PERMOHONAN PEMENDEKAN NOTIS PELETAKAN JAWATAN
………………………………………………..... …………………………………………………. …………………………………………………. …………………………………………………. Tuan, PERMOHONAN PEMENDEKAN NOTIS PELETAKAN JAWATAN
Dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas.
2. Dengan hormatnya saya ………………………………….............................................................. berjawatan sebagai …….……………………………………………………………….............................. bertugas di…………………………………......................................…………………............................... memohon pemendekan notis mulai/ pada ………………………................................................................ 3. Permohonan pemendekan notis saya adalah atas sebab berikut: (tanda √)
(i)
(ii)
(iii)
(iv)
21
(nama dan alamat Ketua Perkhidmatan)
4. Sehubungan itu, bagi menyokong permohonan saya ini, bersama-sama ini disertakan dokumen berkaitan. Sekian, terima kasih. Tandatangan : …………………………………….. Nama Penuh : …………………………………….. Jawatan : …………………………………….. Tarikh : ……………………………………..
SURAT PEMAKLUMAN KEPUTUSAN PEMENDEKAN NOTIS PELETAKAN JAWATAN
Rujukan Kami : Tarikh :
…………………………………………………. …………………………………………………. …………………………………………………. …………………………………………………. Tuan: PERMOHONAN PEMENDEKAN NOTIS PELETAKAN JAWATAN Dengan hormatnya saya merujuk surat tuan bil..…………………bertarikh………………………… berhubung perkara di atas. 2. Permohonan pemendekan notis peletakan jawatan tuan telah dipertimbangkan dengan sewajarnya dengan keputusan diluluskan/ tidak diluluskan* 3. Sehubungan itu, tuan dikehendaki/ dikecualikan* membayar sebulan gaji sebagai ganti notis. Sekian, terima kasih. Tandatangan : ……………………………………..
Nama penuh : ……………………………………..
Jawatan : ……………………………………..
Tarikh : ……………………………………..
Catatan : * : Potong mana yang tidak berkenaan.
23
Lampiran H
CARTA ALIR PROSEDUR PELETAKAN JAWATAN
Lulus
Tidak lulus
Prosedur Pemendekan Notis
Pegawai memohon pemendekan notis (Lampiran F) kepada Ketua Jabatan. Pertimbangan Ketua Jabatan. Contoh keputusan pemendekan notis seperti di Lampiran G.
Pegawai kemukakan notis peletakan jawatan 30 hari secara bertulis (Lampiran D) kepada Ketua Jabatan.
Ketua Jabatan menuntut sebulan gaji sebagai ganti notis kecuali notis peletakan jawatan mencukupi 30 hari atau pegawai diluluskan pemendekan tempoh notis.
Ketua Jabatan keluarkan akuan bertulis penerimaan notis peletakan jawatan dan memaklumkan kepada pegawai dan disalinkan kepada Ketua Perkhidmatan, Suruhanjaya dan Kementerian Kewangan (Bahagian Pinjaman Perumahan) seperti di Lampiran E.
Ketua Jabatan kemas kini maklumat peletakan jawatan dalam HRMIS.
Ketua Jabatan merekodkan peletakan jawatan/ pemendekan notis tersebut dalam Rekod Perkhidmatan.