PANITIA TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI SEKOLAH KEBANGSAAN POKOK SENA 06400 POKOK SENA, KEDAH DARUL AMAN. Tel : 04- 7823015 Ruj : Tarikh : 15 Januari 2015 Kepada, Semua ahli Panitia Teknologi Maklumat dan Komunikasi, SK Pokok Sena. Tuan/Puan, MESYUARAT PANITIA TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI KALI PERTAMA SESI 2015 Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk. 2. Dimaklumkan bahawa mesyuarat Panitia Teknologi Maklumat dan Komunikasi kali pertama sesi 2015 akan diadakan mengikut ketetapan berikut: Tarikh : 19 Januari 2015 Masa : 1.30 petang Tempat : Pejabat, SK Pokok Sena Agenda : 1. Aluan Pengerusi 2. Ucapan wakil pentadbir sekolah 3. Pelantikan Ahli Jawatankuasa Panitia TMK sesi 2015 4. Dokumen Standard Kurikulum dan Pemtaksiran/ Rancangan Tahunan/ Rancangan Pelajaran Harian TMK 5. Perancangan Aktiviti Tahunan Panitia TMK 2015 6. Pemantauan Kurikulum Berkualiti (PKB) 7. Hal-hal lain 8. Ucapan penangguhan 3. Kehadiran tuan/puan dialu-alukan dan didahului dengan ucapan terima kasih.