Ruj Tuan: Ruj Kami : SKKD/PIBG/ Tarikh : 2. 07. 2015 Kepada, IBUBAPA/PENJAGA TAHUN 6 Tuan, KELAS TAMBAHAN BAHASA INGGERIS BERBAYAR ANJURAN PIBG Perkara di atas adalah dirujuki. 2. Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa pihak sekolah dengan kerjasama PIBG akan mengadakan kelas tambahan Bahasa Inggeris. Kelas tambahan ini akan diadakan 2 kali seminggu untuk bulan Julai dan Ogos. Bayaran RM10 sebulan akan dikenakan kepada pelajar yang berminat mengikuti kelas tambahan ini. 3. Pihak sekolah telah memutuskan akan mengadakan kelas tambahan bermula minggu ini bersamaan 3 Julai 2015 (Jumaat). Berikut ialah jadual: Hari Masa Jumaat 3.00 petang- 5.00 petang Sabtu 9.00 pagi – 11.00 pagi 4. Bersama-sama ini disertakan borang persetujuan bagi mengikuti kelas tambahan ini. Borang ini hendaklah dikembalikan kepada guru kelas dengan segera. Kerjasama tuan/puan dalam hal ini kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Sekian. ‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’ Saya yang menurut perintah, (SHAMSUDDIN BIN MOHAMAD) Guru Besar, SK Kampong Daching. PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU SK KAMPONG DACHING LENGGENG N. SEMBILAN 71750 LENGGENG NEGERI SEMBILAN Tel/Fax:0387660433