1 Sumbangan Tuan Guru Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang dalam peradaban tafsir di Malaysia Haziyah Hussin (Dr.) Fakulti Pengajian Islam UKM Abstrak Pengajaran dan penulisan tafsir al-Quran menjadi mekanisme utama bagi pendakwah dan tokoh gerakan Islam dunia seperti Muhammad Abduh, Muhammad Rashid Rida, Badiuzzaman al-Nursi dan Hasan al-Banna dalam mengislah masyarakat. Ternyata pendekatan islah ini memberi impak yang tinggi kepada masyarakat, membuka pemikiran dan mengukuhkan pemahaman mereka tentang Islam dan peranan al-Quran dalam kehidupan. Pendekatan yang sama juga dilakukan Tuan Guru Dat o’ Seri Haji Abdul Hadi Awang, tokoh terkemuka gerakan Islam di Malaysia. Kuliah tafsirnya sudah bermula semenjak tahun 1976, namun hanya beberapa surah diterbitkan. Manakala sebahagian tafsiran ayat al-Quran yang lain diterbitkan secara bersiri dalam akhbar Harakah dan sebahagian yang lain dalam bentuk rakaman video yang disebarkan melalui internet seperti youtube. Pendokumentasian tidak sistematik dan tidak menyeluruh ini merugikan ummah, malah menyebabkan masyarakat tidak menyedari sumbangan tokoh ini dalam arena pentafsiran al-Quran. Oleh itu kertas kerja ini bertujuan mengetengahkan penglibatan Abdul Hadi dalam pentafsiran al-Quran, sama ada pengajaran tafsir secara lisan, atau penghasilan kitab dan makalah tafsir. Metode kajian yang digunakan ialah pendekatan analisis kandungan. Data kajian dikumpulkan daripada literasi kepustakaan, makalah-makalah tafsir Haji Abdul Hadi yang disiarkan di akhbar Harakah dan kitab-kitab tafsirnya. Data ini kemudiannya dianalisis secara naratif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa sumbangan Abdul Hadi dalam tafsir sangat signifikan kerana pentafsiran al-Quran secara lisan menerusi kuliah mingguannya telah mencakupi 30 juzuk. Tafsiran surah-surah al-Baqarah, al-Saff, al-Kahf, al-Hujurat, al-Hasyar, Luqman dan al-Fil diterbitkan di bawah judul ‘at-Tibyan dalam mentafsirkan al-Quran’, manakala sebahagian yang lain disiarkan dalam Ruangan Tafsir di Harakah. Metode tafsir yang digunakan adalah gabungan tafsir bersumberkan riwayat dan dirayah. Pendekatan tafsirnya meraikan keperluan masyarakat awam justeru tidak memuatkan perselisihan, tidak terlalu akademik, bahasa penyampaian yang mudah serta mendeduksikan pengajaran dalam konteks semasa. Kata kunci: Abdul Hadi Awang, Tafsir Haraki, Gerakan Islam, Islah, Malaysia PENDAHULUAN Pengajaran tafsir telah lama berlaku di Malaysia iaitu semenjak abad ke 17 dan ia dirintis oleh Sheikh Abdul Malik Abdullah (m.1736) yang menggunakan Tarjuman al-Mustafid, kitab tafsir Melayu yang ditulis oleh Sheikh Abdul Rauf al-Fansuri al-Singkeli (m.1693). Meskipun begitu, sejarah penulisan tafsir al-Quran dalam Bahasa Melayu oleh ulama tempatan yang terawal dapat dikesan ialah Tafsir Nur al-Ihsan oleh Muhammad Said Umar (m.1932) ditulis antara tahun 1925 hingga 1927. Selepas itu, usaha menulis tafsir al-Quran dipergiatkan sejajar dengan perkembangan pendidikan Islam dan keperluan masyarakat justeru lahirlah beberapa buah karya tafsir yang besar meskipun tidak lengkap 30 juzuk. Antaranya ialah Juz Alif Lam
12
Embed
Sumbangan Tuan Guru Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2017/11/03-Sumbangan...Mim dan Tafsir Quran Marbawi (Surah Yasin) oleh Muhammad
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
1
Sumbangan Tuan Guru Dato’ Seri Haji Abdul Hadi
Awang dalam peradaban tafsir di Malaysia
Haziyah Hussin (Dr.)
Fakulti Pengajian Islam UKM
Abstrak
Pengajaran dan penulisan tafsir al-Quran menjadi mekanisme utama bagi pendakwah dan
tokoh gerakan Islam dunia seperti Muhammad Abduh, Muhammad Rashid Rida,
Badiuzzaman al-Nursi dan Hasan al-Banna dalam mengislah masyarakat. Ternyata
pendekatan islah ini memberi impak yang tinggi kepada masyarakat, membuka pemikiran dan
mengukuhkan pemahaman mereka tentang Islam dan peranan al-Quran dalam kehidupan.
Pendekatan yang sama juga dilakukan Tuan Guru Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang, tokoh
terkemuka gerakan Islam di Malaysia. Kuliah tafsirnya sudah bermula semenjak tahun 1976,
namun hanya beberapa surah diterbitkan. Manakala sebahagian tafsiran ayat al-Quran yang
lain diterbitkan secara bersiri dalam akhbar Harakah dan sebahagian yang lain dalam bentuk
rakaman video yang disebarkan melalui internet seperti youtube. Pendokumentasian tidak
sistematik dan tidak menyeluruh ini merugikan ummah, malah menyebabkan masyarakat
tidak menyedari sumbangan tokoh ini dalam arena pentafsiran al-Quran. Oleh itu kertas kerja
ini bertujuan mengetengahkan penglibatan Abdul Hadi dalam pentafsiran al-Quran, sama ada
pengajaran tafsir secara lisan, atau penghasilan kitab dan makalah tafsir. Metode kajian yang
digunakan ialah pendekatan analisis kandungan. Data kajian dikumpulkan daripada literasi
kepustakaan, makalah-makalah tafsir Haji Abdul Hadi yang disiarkan di akhbar Harakah dan
kitab-kitab tafsirnya. Data ini kemudiannya dianalisis secara naratif. Dapatan kajian
menunjukkan bahawa sumbangan Abdul Hadi dalam tafsir sangat signifikan kerana
pentafsiran al-Quran secara lisan menerusi kuliah mingguannya telah mencakupi 30 juzuk.
Tafsiran surah-surah al-Baqarah, al-Saff, al-Kahf, al-Hujurat, al-Hasyar, Luqman dan al-Fil
diterbitkan di bawah judul ‘at-Tibyan dalam mentafsirkan al-Quran’, manakala sebahagian
yang lain disiarkan dalam Ruangan Tafsir di Harakah. Metode tafsir yang digunakan adalah
gabungan tafsir bersumberkan riwayat dan dirayah. Pendekatan tafsirnya meraikan keperluan
masyarakat awam justeru tidak memuatkan perselisihan, tidak terlalu akademik, bahasa
penyampaian yang mudah serta mendeduksikan pengajaran dalam konteks semasa.
Kata kunci: Abdul Hadi Awang, Tafsir Haraki, Gerakan Islam, Islah, Malaysia
PENDAHULUAN
Pengajaran tafsir telah lama berlaku di Malaysia iaitu semenjak abad ke 17 dan ia dirintis oleh
Sheikh Abdul Malik Abdullah (m.1736) yang menggunakan Tarjuman al-Mustafid, kitab
tafsir Melayu yang ditulis oleh Sheikh Abdul Rauf al-Fansuri al-Singkeli (m.1693). Meskipun
begitu, sejarah penulisan tafsir al-Quran dalam Bahasa Melayu oleh ulama tempatan yang
terawal dapat dikesan ialah Tafsir Nur al-Ihsan oleh Muhammad Said Umar (m.1932) ditulis
antara tahun 1925 hingga 1927. Selepas itu, usaha menulis tafsir al-Quran dipergiatkan sejajar
dengan perkembangan pendidikan Islam dan keperluan masyarakat justeru lahirlah beberapa
buah karya tafsir yang besar meskipun tidak lengkap 30 juzuk. Antaranya ialah Juz Alif Lam
2
Mim dan Tafsir Quran Marbawi (Surah Yasin) oleh Muhammad Idris al-Marbawi (m.1989),
Tafsir al-Quran al-Hakim oleh Mustafa Abdul Rahman (m.1968), al-Quran Bergantung
Makna Jawi untuk Bacaan Anak sehari-hari dan Tafsir Harian al-Quran al-Karim oleh
Abdullah Abbas Nasution (m.1987), Tafsir Pimpinan Ar-Rahman, Tafsir Pedoman Muttaqin
oleh Abdul Hayei Abdul Sukor dan Perbendaharaan al-Quran. Selain itu, terdapat beberapa
karya-karya kecil yang lain seperti Tafsir al-Quran al-karim Juz Amma oleh Pauzi Awang
dan Intisari Tafsir Juzuk ‘Amma oleh Abu Bakar al-Asyaari (m.1970), yang menfokuskan
kepada tafsiran juzuk ke 30 dan surah-surah pilihan bagi memenuhi keperluan kurikulum
sekolah selain membantu masyarakat memahami makna surah-surah yang dibaca harian
(Mustaffa 2009; Haziyah 2016). Sehingga kini kepustakaan tafsir dalam Bahasa Melayu
masih kekurangan karya-karya tafsir yang lengkap 30 juzuk selain Tafsir Nur al-Ihsan, Tafsir
Pimpinan Ar-Rahman dan Tafsir Mubin, sedangkan pengajian tafsir atau pentafsiran al-Quran
secara lisan sangat rancak berlaku dan mendapat sambutan hangat daripada masyarakat.
Sehubungan itu, kajian tentang pentafsiran al-Quran secara lisan khususnya yang dijalankan
oleh tokoh-tokoh pendakwah di negara ini wajar diketengahkan supaya pemikiran tafsir
mereka yang dinamik itu tidak luput begitu sahaja, bahkan dapat dimanfaatkan oleh generasi
akan datang.
Salah seorang tokoh yang banyak menyumbang tenaga dan buah fikiran dalam pentafsiran al-
Quran ialah Tuan Guru Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang. Beliau mula menyampaikan
kuliah tafsir pada tahun 1976 di Masjid Rusila, Terengganu. Namun selepas 40 tahun berlalu
hanya beberapa surah diterbitkan, manakala sebahagian tafsiran ayat al-Quran yang lain
diterbitkan secara bersiri dalam akhbar Harakah dan sebahagian yang lain dalam bentuk
rakaman video yang disebarkan melalui youtube dan facebook oleh pelbagai pihak.
Pendokumentasian sebegini tidak sistematik dan memungkinkan khazanah tafsir ini terkubur
begitu sahaja. Masyarakat juga tidak menyedari sumbangan tokoh ini dalam arena pentafsiran
al-Quran kecuali pendokong gerakan Islam yang mengikuti kuliah tafsir beliau dan menekuni
pemikirannya. Kajian dan penulisan di institusi pengajian tinggi juga agak perlahan bahkan
terbatas terhadap beberapa karya tafsirnya sahaja. Oleh itu, kertas kerja ini bertujuan
menganalisis dan mengetengahkan penglibatan Abdul Hadi dalam pentafsiran al-Quran, sama
ada pengajaran tafsir secara lisan, atau penghasilan kitab dan makalah tafsir. Selain itu,
metode pentafsiran, aplikasi tafsir haraki serta cetusan pemikiran yang berteraskan kepada
ayat-ayat al-Quran dianalisis.
LATAR BELAKANG RINGKAS TUAN GURU HAJI ABDUL HADI AWANG
Susuk tubuh Abdul Hadi sudah tidak asing lagi dalam konteks gerakan Islam di Malaysia
khususnya bagi kalangan penyokong dan pendokong Parti Islam Se-Malaysia (PAS).
Berdasarkan kajian Abdul Ghani (1997) dan Riduan (2009), secara ringkasnya Abdul Hadi
dapat diperkenalkan sebagai individu yang dibesarkan dalam sebuah keluarga yang kuat
pegangan agama. Beliau dilahirkan pada 20 Oktober 1947 bersamaan 6 Zulhijjah 1366H di
Kampung Rusila, Marang, Terengganu. Ayah beliau, Haji Awang Muhammad bin Abdul
Rahman (m.1975) adalah seorang ulama yang digelar sebagai 'tuan guru’ oleh masyarakat
setempat dan aktivis politik yang dikenali ramai di Terengganu. Dalam temu bual bersama
Wan Abd Halim pada 28 Ogos 2016, Abdul Hadi menjelaskan bahawa ayahnya merupakan
guru politik pertama beliau. Seawal usia 7 tahun, beliau mengikuti perbualan politik ayahnya
3
bersama rakan-rakan seperti Dato’ Bahaman, Tok Gajah, Abdul Rahman Limbong, Dr.
Burhanuddin Helmi dan Dato’ Onn Jaafar sama ada sebelum atau selepas merdeka. Suasana
sebegini membentuk pemikiran awal politik Abdul Hadi dan memupuk minatnya untuk turut
terlibat dalam dunia politik. Selain itu, beliau turut membaca bahan bacaan yang dimiliki oleh
ayahnya bagi menambah dan memantapkan lagi pemahaman beliau dalam bidang politik.
Pendidikan formal Abdul Hadi bermula di Sekolah Melayu Kampung Rusila, kemudiannya
di Sekolah Agama Marang dan Sekolah Menengah Sultan Zainal Abidin. Pada tahun 1969
beliau mendapat biasiswa dari Kerajaan Arab Saudi untuk belajar di Universiti Islam
Madinah. Di sinilah interaksi beliau dengan gerakan Islam Ikhwan al-Muslimin berlaku.
Beliau menyertai gerakan tersebut dan mengikuti usrah dan dilantik sebagai naqib yang
mendapat bimbingan Syeikh Said Hawwa dalam usrah nuqaba’ (Haziyah 2010a). Pada tahun
1974 beliau melanjutkan pengajian sarjana di Universiti al-Azhar, Mesir. Bakat
kepimpinannya diasah dan dikembangkan di universiti apabila diberi mandat sebagai Yang
Dipertua Pelajar-pelajar Malaysia Madinah, Ketua Pelajar Terengganu Mesir dan ahli Lajnah
Syariah dan Perundangan, Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (Abdul Ghani 1997).
Sekembalinya ke tanah air pada tahun 1976, Abdul Hadi bergiat aktif dalam gerakan dakwah
dan dipilih sebagai pemimpin Angkatan Belia Islam Malaysia Terengganu. Kerjaya politiknya
bermula apabila bertanding dalam Pilihanraya Umum 1978 dan memenangi Dewan
Undangan Negeri (DUN) Marang yang kemudiannya dinamakan DUN Rhu Rendang pada
tahun 1986. Pada tahun 1990 Abdul Hadi memenangi kerusi Parlimen Marang dan menjadi
ahli parlimen sehingga kini. Beliau pernah menjawat Menteri Besar Terengganu bagi penggal
1999 hingga 2004. Dalam organisasi PAS, beliau menjadi ahli semenjak di bangku sekolah
iaitu 1964 dan pernah diberi kepercayaan sebagai Setiausaha cawangan, Ketua Dewan
Pemuda Terengganu, Exco Dewan Pemuda PAS Pusat dan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.
Pada tahun 1989 beliau dilantik sebagai Timbalan Presiden PAS dan sebagai Presiden PAS
pada tahun 2003 (Abdul Ghani 1997; Riduan 2009; Nurul Nadiya 2011). Penglibatan Abdul
Hadi secara aktif dengan gerakan Islam dan politik dalam tempoh yang begitu lama
menggambarkan tahap kematangan, keluasan pengalaman dan kedalaman pemikiran dalam
mendepani sepak terajang politik Malaysia dan karenah Gerakan Islam justeru diterjemahkan
dalam ucapan dan tulisannya.
PENGLIBATAN DALAM TAFSIR AL-QURAN
Kuliah tafsir menjadi platform untuk Abdul Hadi berdakwah sejurus kembali dari luar negara
pada tahun 1976 (Mustaffa 2009) mengambil alih tugas yang pernah dilaksanakan oleh ayah
dan datuknya, Haji Abdul Rahman di Masjid Rusila, Terengganu pada pagi Jumaat. Kajian
Abdul Ghani (1997) melalui temu bualnya bersama Abdul Hadi pada 17 Oktober 1996
mendapati, kuliah tafsir yang dikendalikannya pada masa itu telah memasuki pusingan kedua
dan sedang mengupas makna surah al-Anfal. Tafsiran al-Quran tamat buat kali pertama dalam
tahun 1980-an. Namun begitu, pernyataan Sinar Harian (2016) menyatakan tafsir al-Quran
khatam kali pertama pada 1996 dan 2016 adalah khatam kali kedua.
Dalam ucapannya pada Majlis Khatam Tafsir al-Quran kali kedua kelmarin,
Abdul Hadi mengucapkan terima kasih kepada penganjur yang menganjurkan
majlis berkenaan di Masjid Rusila. “Terima kasih kerana anjuran majlis meraikan
4
kita khatam tafsir al-Quran kali kedua setelah berlalu 40 tahun. Kali pertama kita
tak buat, kita buat yang kedua terus. [Sinar Harian 15 Mei 2016]
Jumlah khatam bukanlah isu yang besar sehingga perlu diulas panjang lebar kerana apa yang
boleh dirumuskan ialah Abdul Hadi telah menyelesaikan tafsiran al-Quran melalui kuliahnya.
Hal ini terbukti dengan rakaman video dan audio tafsiran yang mengupas pelbagai surah
sebagaimana tumpuan kertas kerja ini.
Pentafsiran al-Quran oleh Abdul Hadi boleh dikategorikan kepada tafsir secara lisan dan tafsir
bertulis. Dokumentasi tafsir bertulis diterbitkan dalam buku di bawah siri At-Tibyan dalam
mentafsirkan al-Quran dan akhbar Harakah di dalam ‘Ruangan Tafsir’. Kajian awal oleh
Abdul Ghani (1997) menyatakan al-Tibyan tidak dikarang sendiri oleh Abdul Hadi sebaliknya
disusun oleh pihak lain bersumberkan kaset-kaset rakaman kuliah tafsir yang kemudiannya
disemak oleh Abdul Hadi. Meskipun begitu kata pengantar dalam At-Tibyan menunjukkan
penulisan itu berlaku:
Terasa berat dan gerun untuk saya menulis tafsir al-Quran kerana ia merupakan
kitab Allah dan kalimahNya yang masa suci daripada segala sifat kekurangan....
Oleh kerana terlalu banyak masalah-masalah di samping masalah yang sedia ada
memerlukan petunjuk al-Quran al-Quran dan menghuraikannya supaya difahami,
maka saya tampil ke hadapan memohon pertolongan Allah...bagi menyatakan
ilmu yang ternyata dan tersirat daripada kitab mukjizat ini (Abdul Hadi 2002).
Dari aspek sumber, Abdul Hadi sendiri menjelaskan tentang kitab-kitab rujukan yang dibaca
sebelum menyampaikan kuliah tafsirnya iaitu tafsir al-Qurtubi, tafsir Ibn Kathir, Fath al-
Qadir, Fi Zilal al-Quran, Tafsir al-Azhar, Ruh al-Ma’ani dan beberapa buah lagi buku tafsir
yang lain (Abdul Ghani 1997). Pernyataan berikut pula menunjukkan aspek manhaj
pentafsiran yang digunakan dan objektif yang ingin dicapai dari tafsir ini:
Dalam menafsirkan ayat-ayat al-Quran, saya berpandukan kepada ayat-ayat al-
Quran yang menafsirkannya, hadis-hadis Rasulullah saw, tafsir para ulama salaf
dan khalaf di samping mengaitkannya dengan beberapa isu-isu semasa yang
dihadapi oleh umat Islam zaman kini, supaya mereka peka dengan keadaan
mereka dan peranan mereka sebagai umat yang mendapat petunjuk dan cahaya di
tengah manusia yang sedang mencari kebenaran atau menentang kebenaran dan
sesungguhnya kebenaran itu hanya dari Allah yang tidak boleh diragukan lagi
(Abdul Hadi 2002).
Jelasnya, metode pentafsiran yang digunakan oleh Abdul Hadi mematuhi kerangka kerja tafsir
yang ditetapkan oleh ulama. Beliau menyeimbangkan penggunaan sumber riwayat dan
dirayah, menggunakan prosedur tafsir bi al-ma’thur dan al-ra’y (ijtihad), malah mengaitkan
makna ayat dengan persoalan semasa. Dapatan ini juga diketengahkan oleh Abdul Ghani
(1997), Mustaffa (2009) dan Nurul Adiya (2011). Selain itu, beberapa elemen tafsir haraki
dapat dikesan antaranya adalah penekanan kepada isu akidah sebagai teras dakwah,
menganalisis kandungan surah secara holistik dengan menonjolkan peristiwa dan situasi yang
melatari penurunan ayat atau surah (jaw al-nuzul), memperluaskan makna ayat dan
pengajaran dengan mengambilkira konteks semasa dan penjelasan tentang hikmah
pensyariatan. Teknik persembahan tafsir adalah sebagaimana kitab tafsir analitik (tahlili)
5
yang lain iaitu penjelasan aspek makki atau madani, kesatuan tema dalam surah, seterusnya
diikuti dengan kupasan ayat demi ayat.
PENERBITAN TAFSIR
Berdasarkan kajian Nurul Adiya (2011:3), tafsiran Tuan Guru yang telah diterbitkan di bawah
siri al-Tibyan dalam mentafsirkan al-Quran merangkumi beberapa surah sahaja iaitu surah al-
Baqarah, al-Saff, al-Kahf, al-Hujurat, al-Hasyar, Luqman dan al-Fil. Buku-buku ini dicetak
oleh penerbit yang berbeza pada tahun yang berbeza. Contohnya tafsir surah al-Hujurat
dietrbitkan pada tahun 2002 dan 2011 masing-masing oleh As-Syabab Media dan Jundi