23.8.10PEMBANGUNAN & SUMBANGAN DI BAWAH PEMERINTAHAN
ABDULLAH AHMAD BADAWIPEMBANGUNAN & SUMBANGAN DI BAWAH
PEMERINTAHAN ABDULLAH AHMAD BADAWI
Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI)Pada Oktober 2006, kerajaan
telah mengumumkan bahawa sebuah kawasan pembangunan khas di Selatan
Johor akan dibangunkan. Kawasan ini merangkumi 2,217 km persegi dan
dikenali sebagai South Johor Economic Region (SJER). Kawasan ini
akan dibangunkan oleh Khazanah Holdings Bhd.
Kawasan ini melibatkan kawasan perindustrian, perdagangan dan
penempatan. SJER akan dijadikan sebagai agensi pusat satu
perhentian (one stop centre). Pembangunan itu merangkumi lokasi
segi tiga di antara Lapangan Terbang Antarabangsa Senai di utara,
Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) di barat daya dan Pelabuhan Pasir
Gudang (PPG) di tenggara.SJER akan terbahagi kepada lima kawasan
Flagship iaitu: Flagship A Pusat Bandaraya Johor Bahru Flagship B
Nusajaya Flagship C Gerbang Pintu Barat Flagship D Gerbang Pintu
Timur Flagship E Senai Skudai
DYMM Tuanku Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, Sultan
Johor, telah merasmikan SJER yang dijenama semula sebagai Wilayah
Pembangunan Iskandar (WPI) dalam satu upacara khas diDanga Bay,
Johor Bahru pada 4 November 2006. Tempoh pembangunan kawasan
dikenali sebagai Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) itu adalah
sehingga tahun 2025 dan memerlukan kos lebih RM47 bilion untuk
menjana pertumbuhan ekonomi sebanyak lapan peratus dalam tempoh
lima tahun yang pertama. WPI juga akan menjadi sebuah pusat
pertumbuhan yang terbesar di rantau ini.Jambatan Kedua Pulau
Pinang
Projek jambatan kedua Pulau Pinang diumumkan Perdana Menteri
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam ucapan pembentangan
Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) di Parlimen akhir Mac.
Jambatan bernilai RM2.7 bilion itu sepanjang 24 kilometer
menghubungkan Batu Kawan di Seberang Prai dengan Batu Maung di
bahagian pulau. Cadangan asal jambatan itu yang diluluskan dan
diumumkan pada 2003 bertujuan mengatasi kesesakan di Jambatan Pulau
Pinang yang menghubungkan Prai dengan Gelugur yang dibina 21 tahun
lepas. Bagi projek Jambatan Kedua Pulau Pinang, konsesi untuk
membina, mengurus, mengendali dan menyelenggara projek berkenaan
akan diserahkan kepada UEM Group kerana syarikat itu adalah
pemegang konsesi Jambatan Pulau Pinang yang sedia ada.
Islam HadhariIslam Hadhari (Arab: ) atau "Islam yang bertamadun"
merupakan teori kerajaan Malaysia pimpinan Abdullah Ahmad Badawi
berasaskan Islam dari al-Quran. Ia bukanlah agama baru, bukan
ajaran baru dan bukan mazhab baru. Ia adalah usaha untuk
mengembalikan umat Islam kepada asas fundamental menurut yang
terkandung dalam al-Quran dan Hadis yang merupakan teras pembinaan
Tamadun Islam.Terdapat 10 prinsip dalam Islam Hadhari iaitu :-1.
Keimanan dan Ketakwaan Kepada Allah s.w.t.2. Kerajaan Adil dan
Beramanah.3. Rakyat Berjiwa Merdeka.4. Penguasaan Ilmu
Pengetahuan.5. Pembangunan Ekonomi Seimbang dan Komprehensif.6.
Kehidupan Berkualiti.7. Pembelaan Hak Kumpulan Minoriti dan
Wanita.8. Keutuhan Budaya dan Moral.9. Pemeliharaan Alam
Semulajadi.10. Kekuatan Pertahanan.
Pelan Integriti NasionalPada 23 April 2004, Kerajaan telah
melancarkan Pelan Integriti Nasional (PIN) yang merupakan pelan
tindakan untuk mempertingkatkan integriti nasional melalui
pendekatan yang komprehensif dan bersepadu. Sasaran utama pelan ini
ialah untuk membenteras rasuah, meningkatkan ketelusan dan
akauntabiliti serta meningkatkan kecekapan di segenap lapisan
masyarakat. Sehubungan dengan itu, kerajaan telah menubuhkan
Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan peruntukan sebanyak RM 6
juta. IIM akan melaksanakan siri program pendidikan dan kesedaran
PIN melalui Jawatankuasa Keutuhan Pengurusan yang ditubuhkan di
semua agensi kerajaan.
Rancangan Malaysia Ke Sembilan (RMK-9)Misi Nasional yang
dirangka merangkumi lima teras utama iaitu :-Teras Pertama:
Meningkatkan nilai tambah dalam ekonomi negara. Melalui teras ini,
Kerajaan mensasarkan untuk meningkatkan nilai tambah sektor ekonomi
sedia ada, serta mewujudkan aktiviti berasaskan pengetahuan dan
peluang pekerjaan dalam bidang ICT, bioteknologi, nanoteknologi dan
perkhidmatan. Di samping itu, Kerajaan akan turut mewujudkan
persekitaran kondusif bagi sektor swasta menerajui pembangunan
ekonomi negara.
Teras Kedua: Meningkatkan keupayaan pengetahuan, kreativiti dan
inovasi negara serta memupuk minda kelas pertama. Kejayaan masa
hadapan bergantung kepada mutu modal insan yang dimiliki, bukan
sahaja dari segi intelek tetapi juga keperibadian. Sejajar dengan
teras ini, Kerajaan akan melaksanakan usaha penambahbaikan sistem
pendidikan negara secara menyeluruh, dari peringkat pra-sekolah
hinggalah ke peringkat tinggi dan vokasional. Persekitaran yang
menggalakkan akan diwujudkan untuk menjana lebih banyak usaha
penyelidikan dan pembangunan (R&D). Pada masa yang sama,
penekanan akan diberi kepada usaha memupuk masyarakat berbudaya dan
memiliki kekuatan moral.
Teras Ketiga: Menangani masalah ketidaksamaan sosioekonomi
secara membina dan produktif. Kerajaan mendokong matlamat untuk
membasmi kemiskinan, menjana pembangunan lebih seimbang, serta
memastikan manfaat pembangunan dinikmati rakyat secara adil dan
saksama.
Teras keempat: Meningkatkan tahap dan kemampanan kualiti hidup.
Kerajaan akan terus menyediakan keperluan asas seperti air, tenaga,
perumahan, pengangkutan dan kemudahan lain, namun penekanan harus
diberikan kepada usaha menangani isu-isu berhubung penyenggaraan,
penaiktarafan dan keberkesanan penggunaan sumber.
Teras kelima: Mengukuhkan keupayaan institusi dan pelaksanaan
negara. Kejayaan perancangan terletak pada keupayaan untuk
melaksana. Untuk itu, Kerajaan komited menambahbaik sistem
penyampaian perkhidmatan awam di semua peringkat. Di samping itu,
Kerajaan juga akan menangani isu-isu berhubung rasuah dan integriti
di dalam sektor awam dan swasta, mahupun di kalangan masyarakat
umum.
Dasar Bioteknologi Nasional (DBN)Dasar Bioteknologi Nasional
(DBN) yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad
Badawi pada 28 April lalu menyediakan garis panduan untuk mendorong
pembangunan industri berkenaan di negara ini, dengan tumpuan kepada
tiga bidang, pertanian, penjagaan kesihatan dan bioteknologi
perindustrian, selain sembilan dasar teras.
Kerajaan juga menubuhkan Perbadanan Bioteknologi Malaysia (MBC)
selaku agensi setempat bagi membangunkan industri biotek negara dan
BioNexus Malaysia (BioNexus), satu rangkaian pusat kecemerlangan
yang dibentuk berasaskan keupayaan institusi dan syarikat sedia ada
yang membuat pengkhususan di bidang tertentu bioteknologi.
Menjelang 2020, industri ini dijangka menjana sebanyak RM 270
bilion dalam bentuk hasil, mewujudkan lebih 280,000 pekerjaan dan
membangunkan lebih 100 buah syarikat. Terdapat 3 fasa dalam
pelaksanaan dasar ini iaitu :-
Fasa Pertama (2005-2010) - Membina Kapasiti Fasa kedua
(2011-2015) - Sains ke Perniagaan Fasa Ketiga ( 2016-2020) -
kehadiran di Peringkat Antarabangsa
Dasar Biofuel Nasional (DBFN)Dasar BuoFuel Nasional pula
diumumkan Perdana Menteri pada 11 Ogos 2005 bagi menggalakkan
penggunaan biofuel sebagai alternatif kepada minyak diesel
berasaskan petroleum atau fosil, meningkatkan aktiviti hiliran
serta memperluaskan kegunaan serta penggunaan minyak kelapa sawit.
Minyak campuran Biofuel B5 yang dipatenkan merupakan minyak diesel
campuran 5% tapisan minyak sawit dengan 95% minyak fosil. Teknologi
biofuel ini dibangunkan oleh lembaga Minyak Sawit Malaysia dan
dieksport ke Amerika Syarikat, jepun, Kesatuan Eropah dan
Korea.
RazakSAT, Falcon 1Pembinaan mikrosatelit buatan Malaysia kedua,
RazakSAT dan roket pelancarnya Falcon 1 telah dilancarkan dengan
menggunakan 50 jurutera tempatan dan dibina oleh Astronautic
Technology Sdn. Bhd (ATSB) sebuah syarikat milik Kementerian
Kewangan dengan kerjasama Syarikat SaTreCi Co. Ltd. Dari Korea
Selatan. RazakSAT membolehkan Malaysia memantau dengan lebih baik
kedudukan muka bumi termasuk apabila menghadapi kebakaran hutan dan
tumpuhan minyak di lautan. Satelit ini mempunyai kemampuan
pencerapan ke bumi sejauh 600km dari angkasa dan berupaya memantau
sebarang penerokaan hutan secara berleluasa menerusi pengahnataran
imej yang lebih kerap berbanding TiungSAT 1.
Pusat Angkasa MalaysiaPusat ini diasaskan mengikut model Pusat
Angkasa Kennady Amerika Syarikat dan telah beroperasi di Sungai
lang, Banting, Selangor. Pusat yang bernilai RM 100 juta
dibangunkan di atas tanah seluas 161.8 hektar milik kerajaan
persekutuan. Terdapat 3 peranan utama iaitu :- Memantau dan
mengendalikan satelit RazakSAT Stesen menerima maklumat berhubung
dengan angkasawan sulung Negara Melaksanakan projek usahasama
membangunkan Sistem Penempatan Global (GPS) bersama Kesatuan Eropah
(EU)
Dasar Automotif Nasional (DAN)Dasar ini diluluskan oleh jemaah
menteri pada 22 Mac 2006. DAN mengandungi 6 objektif ke arah
membangunkan lagi sektor automotif Negara kea rah yang lebih mapan,
berdaya tahan dan berdaya maju. Obejktif DAN ialah :-
Menggalakkan Industri automotif tempatan yang kompetatif dan
berdaya tahan terutamanya pengeluar kereta nasional Membangunkan
Malaysia sebagai pusat hab automotif serantau dalam bidang-bidang
khusus. Menggalakkan peningkatkan nilai ditambah secara mapan serta
pembinaan keupayaan tempatan Menggalakkan peningkatan tahap eksport
kenderaan dan komponen yang kompetitif di pasaran dunia
Menggalakkan penyertaan Bumiputera dan menyeluruh di dalam sektor
automotif tempatan Menjaga kepentingan pengguna dengan menawarkan
produk yang selamat dan berkualiti pada harga yang berpatutan.
Dasar Modal InsanPembangunan modal insan yang direncanakan dalam
Rancangan Malaysia Ke Sembilan (RMK-9) akan dilaksanakan secara
holistik. Perancangan ini merangkumi perolehan pengetahuan atau
modal intelek termasuk peningkatan keupayaan keusahawanan,
pengetahuan sains dan teknologi, pemupukan nilai, sikap, dan etika
yang positif dan progresif melalui pendidikan, latihan, dan
pembelajaran sepanjang hayat. Bina upaya akan diperkukuhkan untuk
membangunkan modal insan yang berpengetahuan, berkemahiran dan
inovasi bagi memacu ekonomi yang berasaskan pengetahuan. Penekanan
kepada pembangunan modal insan yang bersifat progresif dan
mempunyai nilai etika yang bersifat universal akan diperkukuhkan
sejajar dengan apa yang digariskan dalam Islam Hadhari.
Teras Dasar Modal Insan Melaksanakan penambahbaikan secara
komprehensif ke atas sistem penyampaian pendidikan dan latihan.
Memperkasa sekolah kebangsaan untuk menjadi sekolah pilihan utama
rakyat Malaysia bagi meningkatkan perpaduan Negara. Melaksanakan
langkah bagi merapatkan jurang prestasi antara sekolah luar bandar
dengan di bandar. Mewujudkan universiti bertaraf antarabangsa dan
memastikan pendidikan dan latihan di peringkat tertiari memenuhi
keperluan majikan. Menyediakan lebih banyak peluang dan akses
kepada pendidikan, latihan, dan pembelajaran sepanjang hayat yang
berkualiti di semua peringkat. Membina masyarakat yang inovatif
dengan keupayaan Sains dan Teknologi (S&T) yang kukuh dan
memiliki kemampuan memperoleh dan menggunakan pengetahuan.
Memperkukuh perpaduan nasional dan membangunkan masyarakat yang
mempunyai perspektif progresif, sistem nilai yang boleh diteladani
dan budaya mengutamakan prestasi tinggi serta menghargai tradisi
dan warisan, dan Memperluas dan memperkemaskan forum perbincangan
dan perundingan antara kerajaan, sektor swasta, ibu bapa dan
masyarakat dalam pembangunan modal insan.Posted byNorlidaatIsnin,
Ogos 23,
2010http://kakba.blogspot.com/2010/08/pembangunan-sumbangan-di-bawah.html
Thank you PakLah
videohttp://www.youtube.com/watch?v=WSE2mTliE60
NO NAME , TUN ABDULLAH HAJI AHMAD
BADAWIhttp://www.youtube.com/watch?v=WSE2mTliE60
KAK BA , ( 2010) Pembangunan dan sumbangan di bawah pemerintahan
Tun Abdullah Ahmad Badawi
.http://kakba.blogspot.com/2010/08/pembangunan-sumbangan-di-bawah.html
No name ,( 2012 ) Biography of fifth Prime
Ministerhttp://www.pmo.gov.my/?menu=page&page=1880
Perdana Leadership Foundation , Yayasan Kepimpinan Perdana (2010
) Tun Abdullah Ahmad Badawi in brief.
http://www.perdana.org.my/index.php?option=com_content&view=article&id=183&Itemid=122
Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (2013) , Perdana
Menteri
Malaysiahttp://www.malaysiamerdeka.gov.my/v2/ms/malaysiaku/tokoh-dan-pemimpin/perdana-menteri-malaysia?start=3
Malaysia Fact Book all you want to know about Malaysia, Tun
Abdullah Ahmad
Badawi.http://malaysiafactbook.com/Tun_Abdullah_Ahmad_BadaPENGENALAN
TOKOHKEJAYAAN TOKOHANUGERAH YANG
DITERIMAPENGALAMANKERAJAANPOLITIKPILIHAN RAYASUMBANGAN TOKOH
TERHADAP MASYARAKAT SETEMPAT, NEGERI, NEGARA DAN
ANTARABANGSASIFAT-SIFAT ISTIMEWA TOKOHRUMUSAN
PENGENALAN TOKOH
Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi
Nama Tokoh Tokoh bagi laporan kajian ini adalah Y.A.B. Dato'
Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi yang merupakan Perdana Menteri
Malaysia ke-5. Beliau mengambilalih jawatan tersebut pada 31
Oktober 2003 daripada Tun Dr. Mahathir bin Mohamad. Biodata Dan
Latar Belakang Tokoh Nama penuh beliau ialah Dato' Seri Abdullah
Bin Haji Ahmad Badawi. Beliau dilahirkan pada 26 November 1939 di
Kampung Perlis, Bayan Lepas, Pulau Pinang. Selepas tempoh pantang
ibunya berakhir, Abdullah dibawa tinggal bersama bapa dan datuknya
di Bukit Chandan, Kuala Kangsar. Pada waktu itu, datuk beliau,
Sheikh Abdullah Fahim adalah mudir di Sekolah Idrisiyah, manakala
bapanya, Datuk Ahmad Badawi turut mengajar di sekolah berkenaan.
Apabila Perang Dunia Kedua meletus, Datuk Seri Abdullah dan
keluarga pulang ke Kepala Batas di mana beliau menghabiskan zaman
kanak-kanak dan remajanya. Datuk Seri Abdullah dibesarkan dalam
suasana kampung walaupun berada dalam keluarga ulama terkenal. Hal
ini kerana negara masih dijajah, rakyat hidup serba kekurangan
dalam keadaan penuh kemiskinan. Kepala Batas ibarat jelapang padi
kepada Pulau Pinang kerana rumah beliau dikelilingi dengan sawah
padi dan kerana itu beliau dibesarkan dalam suasana kampung.
Menurut sepupunya, Datuk Subki Raof, seperti kanak-kanak lain di
Kepala Batas, pada sebelah paginya datuk Seri Abdullah ke sekolah
kebangsaan, manakala sebelah petangnya ke sekolah agama yang
dikelolakan oleh bapanya. Datuk Seri Abdullah mempunyai minat yang
mendalam dalam pembacaan Al-Quran. Minat seperti ini telah
diteruskan oleh beliau sehinggalah beliau dewasa. Beliau juga
mempunyai minat dalam menangkap ikan laga di bendang bersama
rakan-rakannya yang lain iaitu Allahyarham Abdul Fatah Abdullah dan
Cikgu Bakar. Selain daripada itu, beliau juga mempunyai minat dalam
bermain kotak rokok, layang-layang dan berbasikal di atas bendang.
Datuk Seri Abdullah mempunyai kemahiran dalam pertanian. Beliau
bersama Allahyarham Abdul Fatah amat berminat untuk menjual buah
manggis pada masa lapang. Beliau juga diajar untuk menyemai,
menanam dan menuai padi serta membajak sawah. Beliau juga pernah
mandi air telaga. Pada musim kemarau, beliau bersama rakannya Subki
mengangkut air dari sungai menggunakan upih pinang untuk kegunaan
di rumah. Selepas mengambil peperiksaan Special Malay Class (SMC),
di Sekolah Melayu Permatang Bertam dan lulus bersama empat pelajar
lain, Datuk Seri Abdullah telah melanjutkan pelajaran di Sekolah
Tinggi bukit Mertajam hingga tingkatan lima. Selepas itu, beliau
meneruskan pengajian di Methodist Boys School, Pulau Pinang. Di
sekolah, guru-gurunya selalu mengingatinya bahawa dia seorang
pelajar yang dedikasi, rajin dan popular. Beliau pernah menjadi
ketua pengakap sekolahnya Bukit Mertajam. Ketika berada di
tingkatan lima, beliau menjadi editor majalah sekolah. Guru-gurunya
turut mengakui beliau mempunyai kemahiran dalam mengarang dengan
baik dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Jelas sekali bahawa
sejak kecil lagi, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah
dipersiapkan dengan latar belakang pendidikan yang seimbang antara
keperluan dunia dengan akhirat. Walaupun datuk dan bapanya ulama,
tetapi mereka tidak membataskan pendedahan Abdullah kepada ilmu
agama semata-mata. Sebaliknya beliau dihantar ke sekolah kebangsaan
dan sekolah Inggeris, tetapi pada waktu yang sama, didikan agama
tidak diabaikan. Malah sewaktu bersekolah menengah pada sebelah
pagi, beliau juga dihantar ke sekolah agama pada waktu petang. Apa
yang istimewanya ialah Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi diasuh dan
dididik sendiri oleh datuknya, Sheikh Abdullah Fahim dan bapanya
dalam ilmu-ilmu agama. Hasilnya, beliau mempunyai keperibadian yang
mulia dan terserlah. Selepas menerima pendidikan menengah, beliau
kemudiannya meneruskan pengajian di Universiti Malaya dan
memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sastera dalam bidang pengajian Islam
pada tahun 1964. Beliau pada masa kini adalah seorang kakitangan
awam dan juga seorang pemimpin tertinggi negara dan pemimipin UMNO
iaitu parti yang terbesar dan menjadi teras pemerintahan negara
dengan jumlah kerusi terbanyak dan pemimipin-pemimpinnya berperanan
dalam membuat dasar-dasar. Dato' Seri Abdullah berkahwin dengan
Datin Seri Endon binti Dato' Mahmood dan mereka dikurniakan dua
cahaya mata iaitu Kamaluddin dan Nori.
top
KEJAYAAN TOKOH Dato' Seri Abdullah menyertai UMNO pada tahun
1964. Beliau mula bergerak aktif dalam arena politik setelah
dipilih menjadi Ahli Parlimen Kepala Batas pada tahun 1978 dan
beliau berjaya mengekalkan kerusi parlimen tersebut hingga kini.
Beliau adalah ahli Majlis Tertinggi UMNO semenjak 1981. Dato' Seri
Abdullah dipilih sebagai Naib Presiden UMNO pada tahun 1984 hingga
1990, dan dipilih semula memegang jawatan berkenaan pada tahun
1996. Pada perhimpunan Agung UMNO 2000, Dato' Sei Abdullah dilantik
sebagai Timbalan Presiden bagi penggal 2000-2003. Beliau dilantik
sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang pada tahun
1999. Dato' Seri Abdullah pernah memegang jawatan-jawatan penting
dalam beberapa kementerian. Beliau dilantik sebagai Setiausaha
Parlimen di Kementerian Wilayah Persekutuan (1980-81), Menteri di
Jabatan Perdana Menteri (1981-84), Menteri Pelajaran (1984-86) dan
Menteri Pertahanan (1986-87). Pada 15 Mac 1991, beliau dilantik
menjadi Menteri Luar sehingga Februari 1999 dan dilantik sebagai
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri pada Februari
1999.
top
ANUGERAH YANG DITERIMA
Year / Tahun Anugerah Daripada2004Ijazah Doktor
Persuratan(Honoris Causa)Universiti Jamia Millia Islamia, New Delhi
India2004Pingat Jose Marti(Jose Marti Order)Cuba2004D.U.N.M.(Darjah
Utama Negeri Melaka )Melaka2004D.K.J.(Darjah Kerabat Johor Yang
Amat Dihormati Pangkat Pertama)Johor2003D.P.(Datuk Patinggi Bintang
Kenyalang)Sarawak2003S.P.S.A.(Darjah Seri Paduka Sultan Azlan
Shah)Perak2001Honorary Fellowship.Institute of Engineers
Malaysia2001S.S.S.J.(Darjah Setia Tuanku Syed Sirajuddin
Jamallulail)Perlis2000S.P.M.S.(Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota
Selangor)Selangor2000S.P.N.S.(Darjah Seri Paduka Negeri
Sembilan)Negeri Sembilan1999Honorary FellowshipLondon Chartered
Institute of Marketing1999S.S.A.P.(Darjah Kebesaran Sultan Ahmad
Shah Pahang Yang Amat DiMulia Peringkat Pertama Sri Sultan
Ahmad)Pahang1999S.P.D.K.(Seri Panglima Darjah
Kinabalu)Sabah1997First Class Order Of Friendship Of
DPRK.Democratic's People Republic Of Korea1997D.G.P.N.(Darjah
Gemilang Pangkuan Negeri)Penang1994A Knight Grand Cross, First
Class Of The Most Exalted Order Of The White ElephantKingdom Of
Thailand1994Grand Cross Of The Order Of
MeritChile1992D.S.S.A.(Dato' Salahuddin Abdul aziz
Shah)Selangor1992"Qwang Hwa Chang" Award from Republic of
KoreaRepublic of Korea1991Grand Cordan of The Order of The Sacred
Treasure.Japan1987 Honorary Doctorate by University of Western
Michigan, US.United States Of America1983Diplomatic Service Merit,
The Kwangha Medal by South Korean President, Chun Doo HwanSouth
Korea1981DM.P.N.(Darjah Yang Mulia Pangkuan Negeri)Pulau
Pinang1979D.J.N.(Darjah Johan Negeri)Pulau
Pinang1974K.M.N.(Kesatria Mangku Negara)Persekutuan1971A.M.N.(Ahli
Mangku Negara)Persekutuan
top
PENGALAMAN Berikut adalah pengalaman beliau di dalam pelbagai
lapangan:
top
KERAJAAN
TahunJawatan31 Oktober 2003Perdana Menteri, Perdana Menteri
Kewangan dan Perdana Menteri Keselamatan Dalam NegeriFeb 1999 Okt
2003Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri1999Timbalan
Pengerusi Majlis Tindakan Ekonomi Negara1991 1999Menteri Luar
Negeri1986 1987Menteri Pertahanan1984 1986Menteri Pendidikan1981
1984Menteri di Jabatan Perdana Menteri1980 1981Timbalan Menteri di
Kementerian Wilayah Persekutuan1978 1980Setiausaha Parlimen di
Kementerian Wilayah Persekutuan1974Timbalan Ketua Setiausaha,
Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan1971 1973Ketua Pengarah,
Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan1969 1971Ketua Penolong
Setiausaha kepada Majlis Operasi Negara, Jabatan Perdana
Menteri1964 1969Penolong Setiausaha, Jabatan Perkhidmatan Awam
topPOLITIK
TahunJawatanSeptember 2004Presiden UMNOMei 2000Timbalan Presiden
UMNO1999 - sekarangAhli Parlimen Kepala Batas1999Pengerusi Badan
Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang1995 - 1999Ahli Parlimen Kepala
Batas1996 - 2001Naib Presiden UMNO1993 - 1996Ahli Majlis Tertinggi
UMNO1990 - 1995Ahli Parlimen Kepala Batas1990Ketua Delegasi UMNO ke
Jawatankuasa Perundingan Ekonomi Negara/ Pengerusi Jawatankuasa
Penyusunan Semua Masyarakat1987 - 1990Naib Presiden UMNO1986 -
1990Ahli Parlimen Kepala Batas1984 1987Naib Presiden UMNO1981Ahli
Majlis Tertinggi UMNO1979Ketua UMNO - Cawangan Bertam1979Ketua UMNO
- Bahagian Kepala Batas1978Ahli Parlimen Kepala Batas, Pulau
Pinang
topPILIHAN RAYA
TahunKawasanMajoriti1986Kepala Batas86221990Kepala
Batas98511995Kepala Batas17,8341999Kepala Batas11,1752004Kepala
Batas18,122
top
SUMBANGAN TOKOH TERHADAP MASYARAKAT SETEMPAT, NEGERI, NEGARA DAN
ANTARABANGSA
Perdana Menteri Berjiwa Rakyat
Pada tahun 1962, beliau dilantik sebagai presiden Gabungan
Pelajar- pelajar Melayu Semenanjung (GPMS). Semasa beliau memimpin
GPMS, beliau memajukan program pendidikan Melayu dengan mengadakan
kelas-kelas bimbingan bagi anak-anak melayu, memperbanyakkan
bilangan pelajar melayu di Universiti Malaya khususnya dalam bidang
sains dan kejuruteraan, menambah peruntukan biasiswa untuk
pelajar-pelajar melayu, memberi peluang kepada kaum guru untuk
melanjutkan pelajaran dengan pembayaran separuh gaji dan dengan
kerjasama badan-badan pertubuhan bukan kerajaan yang lain waktu
itu, GPMS juga bergiat cergas dalam menobatkan bahasa melayu
sebagai bahasa kebangsaan. Keupayaan beliau mengukuhkan semula GPMS
yang menghadapi krisis berikutan saingan yang dihadapi dengan
penubuhan dua organisasi pelajar lain pada tahun 1961 juga
merupakan satu lagi kejayaan beliau sebagai presiden GPMS. Pada
tahun 1971, Dato' Seri Abdullah dilantik sebagai Pengarah Belia
Majlis Belia Malaysia (MBM). Melalui usaha beliau, kerajaan
bersetuju untuk menubuhkan Majlis Perundangan Belia Negara (MPBN)
untuk merapatkan jurang antara generasi muda dan kerajaan. Di
situlah program-program belia dibahaskan secara teliti sebelum
dilaksanakan oleh kerajaan. Setiap ahli MPBN diberi kebebasan untuk
bercakap dan tidak ada sekatan dikenakan. Dengan cara itu kerajaan
akan mendapat maklum balas yang berguna untuk menggubal dasar-dasar
yang baik. Ini merupakan suatu perkara yang tidak dibuat sebelum
ini. Pada masa itu, dua masalah kritikal dihadapi oleh belia negara
iaitu pengangguran dan masalah dadah. Selain menanggani kedua-dua
masalah itu melalui program tertentu, pandangan belia berkaitan
aspirasi nasional dan pembangunan politik negara turut dibincangkan
dalam MPBN.
top
SIFAT-SIFAT ISTIMEWA TOKOH
Tokoh Yang Istimewa
Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi mempunyai keperibadian yang
amat disenangi adalah sesuatu yang diakui umum. Baik kawan mahupun
lawan, mereka sependapat keperibadiannya yang mulia bukanlah
sesuatu yang dibuat-buat, sebaliknya sesuatu yang tulen dan asli.
Beliau juga digelar sebagai Mr. Nice Guy dan Mr. Clean. Pemupukan
keperibadiannya yang baik ini jelas dipengaruhi oleh cara beliau
dididik oleh datuk beliau, Sheikh Abdullah Fahim. Selain itu, Datuk
Seri Abdullah juga mewarisi sifat-sifat mulia dan terdedah kepada
amalan datuk dan bapanya yang berpegang kuat untuk menegakkan apa
yang disuruh dan apa yang dilarang dalam Islam. Sahabat karibnya,
Allahyarham Abdul Fatah pernah menyifatkan beliau sebagai "keramat
hidup". Beliau juga bersikap bermusyawarah dan begitu disenangi
oleh golongan muda. Keperibadiannya yang tulus ikhlas dalam memberi
khidmat dan juga sentiasa bersedia menjadi pendengar yang sabar
juga diterima dengan baik.
top
RUMUSAN
Perdana Menteri dan Isteri
Rumusan mengenai keseluruhan watak dan falsafah hidup Dato' Seri
Abdullah Ahmad Badawi dapat disimpulkan dalam sajak ciptaan beliau
yang berjudul "Kucari Damai Abadi" yang ditulisnya secara spontan
dan dideklamasikannya dengan penuh perasaan pada "Malam Puisi
Kumpulan Utusan" yang berlangsung di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
pada 9 Mei 2003 terutama dalam enam baris pantun berikut: Wang
berjuta dan harta bertimbunHanyalah alat bukan matlamatDamai abadi
yang hendak dicariItulah pegangan pemimpin yang santunPedoman hidup
dunia akhiratDatuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Sajak ringkas itu
boleh dianggap sebagai satu "potret peribadi" yang dirakamkan
secara candid dan memberi gambaran yang tepat serta menyeluruh
tentang watak atau "wajah dalaman" beliau. Seorang cendekiawan
ternama, Tan Sri Dr. Mohd Noordin Sopie, memberi pandangan mengenai
Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk menjadi Perdana Menteri
dengan berkata :"He will make good use of his 18 months in waiting
20 years in politics and 64 years of decent life."(Beliau akan
memanfaatkan pengalamannya menunggu untuk menjadi Perdana Menteri
selama 18 bulan, perjuangannya 20 tahun di arena politik dan 64
tahun kehidupan yang soleh). Selain daripada "mencari damai yang
abadi" untuk dirinya, beliau juga mengingini bangsa dan negaranya
menjadi "gemilang serta terbilang di kalangan yang cemerlang."
http://coredev.fsktm.um.edu.my/servlet/sreport.sReportShow?report_id=174&xslFile=papirus
Beliau telah membina asas pengdemokrasian yang selama ini sangat
ditakuti ia itu memberi ruang kepada segenap lapisan masyarakat
Malaysia tak kira siapa dan kumpulan mana, NGO dan politik,
menyuarakan pandangan dan pendapat dengan sekatan yang sangat
minima.
Bayangkan, secara bertubi-tubi, beliau telah dikutuk dari segala
penjuru termasuk bloggers, malah dari wakil rakyat, ADUN dan
parlimen UMNO dan BN sendiri.
Saya merasakan Anwar Ibrahim sepatutnya berterima kasih kepada
Datuk Seri Abdullah Badawi kerana memberi ruang dan peluang
sehingga Anwar bangun pulih sepenuhnya kalau dibandingkan dengan
apa yang dilakukan oleh Dr Mahathir terhadapnya. Begitu juga dengan
Datuk Mukhriz, Muhyiddin Yassin, dan ramai lagi, malah Dr Mahathir
sendiri, walaupun Abdullah Badawi dikritik dengan hebatnya, dengan
prinsip yang dipegang, sekali gus Abdullah Badawi telah
mengembalikan semangat dan roh kehidupan yang bebas kepada setiap
rakyat yang mendiami bumi Malaysia. Tidak ada siapa yang
terkecuali. Itulah legasi yang ditinggalkan oleh Datuk Seri
Abdullah Badawi, Perdana Menteri Malaysia yang ke-5.