INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM 08000 SUNGAI PETANI, KEDAH REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI NAMA PELAJAR : SUGANTHAMALAR A/P RATNAM NO.KAD PENGENALAN : 940508-07-5506 KURSUS : PENTAKSIRAN RBT SEKOLAH RENDAH KOD : RBT 3083 NAMA PENSYARAH : DR MOHAMAD FADZIL BIN CHE AMAT
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM 08000 SUNGAI
PETANI, KEDAHREKA BENTUK DAN TEKNOLOGI
NAMA PELAJAR : SUGANTHAMALAR A/P RATNAM
NO.KAD PENGENALAN : 940508-07-5506
KURSUS : PENTAKSIRAN RBT SEKOLAH RENDAH
KOD : RBT 3083
NAMA PENSYARAH : DR MOHAMAD FADZIL BIN CHE AMAT
BIL TAJUK
1 PENGHARGAAN
2 TUGASAN 1
a)
i. DEFINISI ARAS KESUKARAN
ii. DEFINISI INDEKS DISKRIMINASI
iii. DEFINISI SISIHAN PIAWAI
iv. DEFINISI KESAHAN ITEM
v. DEFINISI KEBOLEHPERCAYAAN ITEM
vi. DEFINISI KEBOLEHPERCAYAAN CALON
b) JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU)
c) 20 SOALAN OBJEKTIF
d) PENDAHULUAN
i. ARAS KESUKARAN SETIAP ITEM
ii. INDEKS DISKRIMINASI SETIAP ITEM
iii. ANALISIS & PERATUS PILIHAN JAWAPAN
iv. ANALISIS PENGGANGGU SETIAP ITEM
v. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN SETIAP ITEM
vi. SISIHAN PIAWAI
vii. KESAHAN ITEM
viii. KEBOLEHPERCAYAAN ITEM
ix. KEBOLEHPERCAYAAN CALON
3 REFLEKSI
4 LAMPIRAN
5 RUJUKAN
Salam Sejahtera Dan Salam Satu Malaysia,
Saya ingin mengucapkan syukur kepada Tuhan dengan limpahan rahmat serta
nikmat masa, nyawa tenaga yang dianugerahkan kepada saya.. Saya dapat disiapkan tepat
pada masanya. Dalam tugasan RBT ini saya mendapat sokongan dan bantuan daripada
pelbagai pihak.
Pertamanya saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pensyarah
tercinta saya DR Mohamad Fadzil Bin Che Amat, kerana telah memberikan kerjasama yang
tidak terhingga kepada saya dan rakan-rakan dalam menyiapkan kerja kursus yang
berkaitan dengan soalan objektif yang meliputi aneka pilihan. Jutaan terima kasih juga
diucapkan kepada beliau yang membantu saya menyempurnakan tugasan saya ini. Saya
juga amat terhutang budi kepada ibu bapa saya yang telah memberikan bantuan daripada
segi kewangan dan buah fikiran kepada saya apabila saya memerlukan mereka.
Akhir sekali, kalungan terima kasih kepada sahabat-sahabat saya yang banyak
membantu dan memberi komen ketika menyiapkan tugasan ini. Tunjuk ajar, kerjasama dan
dorongan yang diberikan oleh semua pihak membolehkan saya berjaya menyiapkan
tugasan Reka Bentuk Dan Teknologi dengan jayanya.
a)
DEFINISI ARAS KESUKARAN
Indeks kesukaran ialah kadar pelajar yang dapat menjawab item dengan betul.
Bagi ujian berbentuk objektif (betul atau salah, isi tempat kosong, padanan, beraneka pilihan),
indeks ini dikira dengan menggunakan nisbah bilangan calon yang memberi jawapan betul
bagi item tertentu kepada jumlah calon yang menjawab item tersebut. Pengiraannya adalah
seperti persamaan berikut:
Jika jumlah pelajar yang menjawab item ialah J dan bilangan pelajar yang dapat
menjawab item dengan betul ialah B;
Indeks Kesukaran (p) = B/J
Contoh:
Sekiranya daripada 90 pelajar yang menjawab Item X itu, 40 pelajar dapat menjawab dengan
betul, maka Indeks Kesukaran Item X ialah:
Indeks kesukaran (p) = 40/90
0.44
Nilai p yang paling tinggi ialah 1.0 dan yang paling rendah ialah 0;
Nilai p adalah sentiasa positif;
Nilai p yang tinggi menunjukkan item lebih senang;
Nilai p yang rendah menunjukkan lebih sukar (lihat Jadual 1)
Jadual 1 : Aras Kesukaran dan Pengelasan Item
Tujuan Indeks Kesukaran Mengenal pasti konsep yang perlu diajar semula, iaitu apabila guru mendapati
soalansoalan berkenaan tidak dapat dijawab oleh sebahagian besar pelajar (soalan
sukar)
Mengenal pasti dan melaporkan kekuatan dan kelemahan bahagian-
bahagian kurikulum, iaitu yang boleh dikuasai pelajar dan yang tidak boleh dikuasai
pelajar
Memberi maklum balas kepada pelajar tentang kekuatan dan kelemahan mereka
bagi setiap tajuk pengajaran yang diuji
Mengenal pasti soalan yang bias kepada sesuatu kandungan (content bias),
seperti kandungan yang ditekankan semasa pengajaran (misalnya, diberi latih
tubi/ulangan)
DEFINISI INDEKS DISKRIMINASI
Soalan sesuatu ujian hendaklah dapat membezakan dengan jelas antara calon yang
baik (tinggi prestasinya) dengan calon yang lemah (rendah prestasinya). Sesuatu soalan
dikatakan mempunyai kuasa diskiriminasi yang baik apabila kebanyakan calon yang baik
memilih opsyen yang betul manakala kebanyakan calon yang lemah memilih opsyen yang
salah. Salah satu cara mengukur kuasa diskriminasi adalah dengan menggunakan rumus
D = U - L
D = indeks diskriminasi,
U = bilangan calon daripada kumpulan yang tinggi prestasinya yang
menjawab soalan dengan betul,
L = billangan calon daripada kumpulan yang rendah prestasinya yang
menjawab soalan dengan betul,
N = Jumlah calon dalam kedua-dua kumpulan tinggi dan kumpulan rendah.
Contoh Pengiraan Indeks Diskriminasi :
30 pelajar dalam kelas dibahagikan kepada kumpulan atas dan kumpulan bawah mengikut
markah ujian, setiap kumpulan mempunyai 20 pelajar; Didapati 15 orang dalam kumpulan
atas menjawab Item Q dengan betul; manakala hanya 7 orang sahaja dalam kumpulan bawah
yang menjawab item itu dengan betul. Indeks diskriminasi dapat dihitung seperti berikut:
N2
PA = 15/20 = 0.75; PB = 7/20 = 0.35;
D = PA - PB
= 0.40
Maka indeks diskriminasi D bagi Item Q ialah 0.40.
Rajah 2 : Aras Diskriminasi dan Pengkelasan Item
DEFINISI SISIHAN PIAWAI
Sisihan piawai sebagai petunjuk pengukuran yang utama dalam penyelidikan untuk
menyatakan keserakan skor-skor dalam sesuatu taburan. Ia digunakan pada data skala sela
dan nisbah. Sisihan piawai menunjukkan jumlah purata sesuatu nilai atau skor individu tersisih
daripada skor min dalam sesuatu taburan. Sisihan piawai yang diperolehi memberikan nilai
bagi kedudukan data yang bertabur sekitar min. Nilai sisihan piawai yang tinggi memberikan
gambaran bahawa data itu tertabur jauh daripada min (kurang padat). Nilai sisihan piawai
menerangkan bagaimana cerapan-cerapan dalam sesuatu set data tersebar disekeliling nilai
min. Sisihan piawai ialah punca kuasa dua varian.
CONTOH PENGIRAAN SISIHAN PIAWAI
CONTOH :
DEFINISI KESAHAN ITEM
Kesahan merupakan sesuatu alat ukuran bermaksud sejauh mana alat tersebut
dapat mengukur apa yang sepatutnya diukur (Hanna &Dettmer, 2004). Begitu juga dengan
item dalam sesuatu soalan ujian; Kesahan item ujian adalah dikategorikan sebagai sejauh
mana item ujian tersebut betul dan boleh dibuat oleh murid-murid. Justeru, ciri kesahan bagi
item ujian adalah amat penting supaya item ujian tersebut dapat mengukur apa yang hendak
diukur.
Misalnya, sesuatu alat yang dibina untuk mengukur sikap, perlulah berupaya
mengukur sikap, dan bukannya konstruk lain. Konstruk yang lain disini bermaksud motivasi
dan minat. Walaubagaimanapun, perlu diingatkan bahawa sesuatu alat ukuran itu tidak
semestinya memiliki kesahan untuk semua tujuan, tetapi memiliki kesahan untuk tujuan
tertentu sahaja. Sebagai contoh, item ujian yang digunakan untuk tujuan diagnosis adalah
tidak sah dan ia tidak boleh digunakan untuk member penggredan. Kesahan disini member
makna dimana dalam ujian ejaan, sesuatu murid hendaklah mengeja perkataan dengan
betul dan barulah item ujian tersebut dikatakan sah. Hal ini kerana, item ujian tersebut
benar-benar dapat mengukur kebolehan mengeja seseorang murid; begitu juga ujian
mendengar hanyalah sah, sekiranya ia dapat mengukur kemahiran mendengar para murid.
Jenis Kesahan
Terdapat banyak jenis kesalahan dan pelbagai istilah telah digunakan untuk
menjelaskan jenis-jenis kesahan item ujian. Tetapi, Mehrensdan Lehmann (1991) hanya
menyenarai dan menjelaskan empat jenis kesahan, iaitu kesahan konstruk, kesahan
kandungan, kesahan muka dan kesahan hubungan kriteria. Rajah 1 dibawah menunjukkan
jenis kesahan Mehrensdan Lehmann (1991).
Rajah 1Jenis kesahan Mehrensdan Lehmann (1991)
Contoh pengiraan indeks kesahan item ujian
Daripada lima kesahan ujian diatas, kesahan kandungan dan kesahan muka tidak
dapat diukur dengan menggunakan indeks kesahan. Hal ini kerana, kedua-dua kesahan ini
dapat dijelaskan secara kualitatif sahaja. Tetapi, kesahan yang lain seperti kesahan
konstruk, kesahan serentak dan kesahan ramalan boleh diukur dengan menggunakan
pekalikorelasi Pearson, iaitu pekalikorelasi antara skoralat yang dibina dengan skor kriteria
yang diambil menggunakan alat lain.
Selain itu, bagi kesahan ramalan, ia boleh menggunakan pekalikorelasi untuk
mengukur darjah kesahan. Bukan itu sahaja, persamaan regresi yang terdapat dalamnya
boleh digunakan untuk meramal skor kriteria. Contohnya,
Kesahan Hubungan Kriteria (criterion-related validity)
Kesahan Muka (face validity)
Skor ujian pertama (x) mempunyai hubungan dengan skor ujian kedua (y) yang menghasilkan persamaan regresi y = ax + b, di mana a dan b ialah angka tap (constant).
Skor ujian kedua (y) boleh diramal oleh skor ujian pertama (x) dengan menggantikan nilai x dalam persamaan regresi ini.
Kesahan Kandungan (content validity)
Kebolehpercayaan (reliability) sesuatu alat ukuran member makna ketekatan ukuran-
ukuran (consistency of measures) yang dihasilkan oleh alat tersebut (Hanna &Dettmer,
2004). Justeru, kebolehpercayaan ujian bermaksud ketekalan markah-markah yang
dihasilkan oleh ujian tersebut. Ia menunjukkan sifat kestabilan, ketepatan dan kesepadan
terhadap sesuatu item soalan.
Selain itu, darjah ketekalan ukuran-ukuran sesuatu ujian boleh ditentukan dalam
pelbagai keadaan. Contohnya, apabila ujian yang sama diambil oleh pelajar kali kedua,
tetapi ujian tersebut ditadbirkan oleh guru lain, ujian yang sama diambil oleh pelajar pada
waktu yang berbeza (pagi/ petang), jawapan kepada ujian yang sama diperiksa oleh
pemeriksa yang berbeza. Tuntasnya, ujian yang baik dan sesuai adalah ujian yang
mempunyai darjah ketekalan (degree of consistency) yang tinggi, iaitu skor yang dihasilkan
adalah hamper yang sama dalam apa jua keadaan.
Tambahan pula, kebolehpercayaan ujian merujuk kepada kejituan atau ketepatan
sesuatu ujian itu membuat pengukurannya. Hal ini kerana, ujian yang berkualiti mempunyai
darjah kebolehpercayaan yang tinggi.
Jenis KebolehpercayaanTerdapat banyak jenis kebolehpercayaan dan pelbagai istilah telah digunakan untuk
Contoh penggiraan indeks kebolehpercayaan itemPekali ataupun indeks kebolehpercayaan boleh dikira (compute/ estimate) dengan
menggunakan pekali korelasi antara dua (2) ukuran yang boleh dikira menggunakan
Ukuran kestabilan (Measure of Stability)
Ukuran kesetaraan (Measure of Equivalence)
Ukuran pemeriksa (Scorer Reliability)
Ukuran kesetaraan dan Kesetabilan (Measure of Equivalence and stability)
Ukuran ketekalan dalaman (Measure of Internal Consistency)
Jenis-jenis kebolehpercayaan
pelbagai kaedah. Seperti julat pekali korelasi, julat indeks kebolehpercayaan juga adalah
antara -1.00 hingga +1.00. Indeks kebolehpercayaan negative menunjukkan ketekalan yang
songsang, iaitu pelajar yang mendapat skor tinggi dalam ujian kali pertama akan mendapat
skor yang rendah dalam ujian kali kedua, dan sebaliknya. Kita berharap keadaan begini
tidak berlaku dalam mana-mana ujian. Kebiasaannya, indeks kebolehpercayaan bernilai
positif, dan bagi kebanyakan ujian, indeks antara 0.65 dan 0.85 adalah memadai. Jadual 1
dibawah menunjukkan kebolehpercayaan sesuatu ujian yang ditafsirkan mengikut indeks (r).
Nilai (r) Pengkelasan Ujian Keputusan
< 0.20 Tidak baik Buang
0.21 – 0.40 Kurang baik
Ubahsuai0.41 – 0.60 Sederhana baik
0.61 – 0.80 Baik
Simpan0.81 – 1.00 Sangat baik
Jadual 1 Kebolehpercayaan sesuatu ujian yang ditafsirkan mengikut indeks (r).
Seterusnya, dalam konteks peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia, kaedah
Kuder Richardson digunakan untuk melihat ketekalan dalaman bagi sesuatu soalan
dikemukakan itu. Kaedah ini digunakan untuk kertas soalan aneka pilihan dengan
menggunakan formula seperti yang berikut :
Formula K – R 20 : r = nn−1
(1− pqs2
)
n = bilangan soalan dalam ujian
p = bilangan calon yang memilih jawapan yang betul
q = bilangan calon yang memilih jawapan yang salah bagi soalan berkenaan (p+q=1)
s2= varians skor keseluruhan ujian
Bagi kertas berbentuk subjektif pula, formulanya ialah,
r = kk−1
jumlahvarian soalanvarian jumlahsoalan
k = bilangan soalan
DEFINISI KEBOLEHPERCAYAAN CALON
Kebolehpercayaan atau reliability ialah satu konsep yang merujuk kepada
ketekalan (consistency) dan kestabilan (stability) sesuatu ukuran, alat ukur kajian atau soal
selidik. Ia bertujuan untuk mengetahui sama ada ukuran itu memberikan jawapan yang
sama apabila ia digunakan untuk mengukur konsep yang sama kepada populasi atau
sampel atau responden yang sama. Kebolehpercayaan merujuk kepada takat ketekalan alat
pengukur itu mengukur apa yang hendak diukur. Alat ukur yang mengukur sesuatu gagasan
atau pembolehubah dengan tekal dikatakan mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi.
Sebaliknya, alat ukur yang menghasilkan markah yang berubah-ubah bagi mengukur
gagasan atau pembolehubah yang sama dikatakan tidak tekal seterusnya mempunyai
kebolehpercayaan yang rendah.
Kebolehpercayaan calon adalah keadaan setiap calon ataupun situasi pelajar
apabila menjawab sesuatu item yang disediakan oleh guru. Mungkin mereka berada dalam
keadaan sakit. Oleh kerana itu, mereka tidak boleh menjawab itemnya dengan betul. Badan
mereka tidak memberi sokongan kepada minda. Analisis Model Rasch mempamerkan
indeks kebolehpercayaan calon. Bond & Fox (2001) menyatakan ukuran kebolehpercayaan
calon ialah antara 0 hingga 1, manakala 0.8 keatas adalah amat baik dan diterima. Pelajar
juga bosan untuk membaca item yang panjang dan juga mengandungi banyak perkataan.
Sebenarnya, pelajar lemah dan pelajar cemerlang suka untuk menjawab soalan yang
berkaitan dengan gambar yang berwarna-warni. Oleh itu, item-itemnya yang
menggambarkan bahawa kebolehpercayaan calon rendah ataupun tinggi.
b)
JADUAL SPESIFIKASI UJIAN
c)
RUJUK HELAIAN YANG BERBEZA KERANA SAYA MEMBUAT JSU DALAM LANDSCAPE
20 SOALAN OBJEKTIF
ARAHAN : Setiap soalan diberikan empat pilihan jawapan A, B, C, dan D. Pilih jawapan yang
paling tepat.
1. Fabrik juga dikenali sebagai .
A Benang
B Jarum tangan
C Kain
D Plastik
2. Antara yang berikut, yang manakah artikel jahitan?
I. Uncang duitII. Mainan lembutIII. SelimutIV. Alas dulang
A I, II, dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV
3. Rajah 1 menunjukkan sejenis alat jahitan.
Rajah 1
Apakah nama alat jahitan tersebut?
A Segitiga C Benang jahit
B Pita ukur D Kapur tukang jahit
SAINS RUMAH TANGGAUNIT 5
4. Apakah kecederaan yang mungkin berlaku sekiranya tidak berhati-hati semasa
menggunakan alatan jahitan?
A Kaki terseliuh
B Jari terluka
C Mulut bengkak
D Kepala berdarah
Rajah 2 merupakan salah satu langkah dalam penghasilan artikel jahitan.
Rajah 2
5. Kenapakah kertas karbon tukang jahit digunakan dalam langkah kerja di atas?
A Untuk memindahkan tanda pola
B Untuk mengemaskan susunan pola
C Untuk menanda kawasan tidak boleh dijahit
D Untuk memudahkan kerja menggunting fabrik
6. Rajah 3 menunjukkan artikel jahitan yang telah dihias.
Rajah 3
Bagaimanakah cara butang di atas dicantum pada artikel jahitan?
A Menggunakan glu
B Menggunakan jahitan
C Menggunakan tampalan
D Menggunakan jarum
7. Rajah 4 menunjukkan sejenis bahan hiasan artikel jahitan.
Rajah 4
Apakah nama bahan hiasan artikel jahitan tersebut?
A Zip
B Reben
C Renda
D Bunga
8. Bagaimanakah cara menanggalkan mata jahitan yang tidak dikehendaki atau
tersalah jahit?
A Menggunakan jarum jahit
B Menggunakan peretas benang
C Menggunakan gunting
D Menggunakan pisau
9. Mengapakah artikel jahitan perlu dihias ?
A Supaya tidak mudah koyak C Supaya lebih kukuh B Supaya mudah digunakan D Supaya kelihatan cantik
10. Pilih padanan alat dengan kegunaannya dengan betul.
Alatan Kegunaan
A Roda surih Membuat garisan pada fabrik
B Kapur tukang jahit Menanda bahagian pada fabrik
C Gunting fabrik Menanggalkan benang jahit
D Jarum peniti Menjahit artikel jahitan
11.Pilih jenis fabrik yang terdapat di pasaran
I. Fabrik suteraII. Fabrik kapasIII. Fabrik logamIV. Fabrik kayu
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV
12. Berikan sebab, kenapakah kita perlu menggunakan jahitan kia di permulaan dan di akhir jahitan?
A untuk melekatkan beberapa keping fabrik
B untuk mengukuhkan dan rapatkan daripada jahitan jelujur halus
C untuk menjadikan sebagai jahitan kekal.
D untuk menjadikan panduan semasa membuat artikel jahitan
13. Cara menyusun pola di atas fabrik adalah
I. Seterika fabrik sebelum dibentangkan.II. Ira lurus pola hendaklah sama dengan ira lurus fabrik.
III. Semat dengan jarum peniti.IV. Kenal pasti S.L. dan S.D. pada fabrik.V. Susun pola besar dahulu diikuti pola kecil jika menggunakan lebih
daripada satu pola.VI. Lipat fabrik S.D. bertemu ira lurus.
A V, I, II, IV, III, VI B I, IV, VI, II, V, IIIC VI, I, II, III, IV, V D I, IV, VI, V, III, II
14.
Pilih jenis mata jahitan yang sesuai.
A Jahitan sulam
B Jahitan jelujur kasar
C Jahitan jelujur halus
D Jahitan kia
15. Susunkan cara menjahit butang dengan urutan yang betul.
I. Mulakan dengan jahitan kiaII. Ulangi proses menjahit sebanyak 5 atau 7 kaliIII. Butang yang telah siap dijahitIV. Masukkan jarum pada lubang pertamaV. Masukkan jarum di lubang kedua menembusi fabrik
A I, II, III, IV, V C I, IV, V, II, III
B I, III, II, IV, V D I, IV, V, III, II
16. Cerakinkan kandungan mengikut alatan dan bahan yang betul.
A B
Digunakan untuk memulakan dan mengakhiri jahitan
Kelihatan seperti jahitan mesin di sebelah luar fabrik
Jarum jahit Jarum peniti Benang jahit Kertas karbon Pola Pembaris
ALATAN BAHANJarum Jahit Benang jahitJarum Peniti Kertas karbonPembaris Pola
C D
ALATAN BAHANBenang jahit Jarum JahitJarum peniti Kertas karbonPembaris Pola
17. Pilih Susunan bahan hiasan untuk jahitan mengikut nama.
A
NAMA BAHAN HIASAN
Butang
Renda
Reben
Manik dan labuci
ALATAN BAHANJarum Jahit Benang jahitJarum peniti Kertas karbonPola Pembaris
ALATAN BAHANJarum Jahit Benang jahitKertas karbon
Kertas karbon
Pembaris Pola
B
NAMA BAHAN HIASAN
Butang
Renda
Reben
Manik dan labuci
C
NAMA BAHAN HIASAN
Butang
Renda
Reben
Manik dan labuci
D
NAMA BAHAN HIASAN
Butang
Renda
Reben
Manik dan labuci
18. Rajah 5 menunujukkan sejenis bahan jahitan.
Rajah 5
Bilakah bahan seperti dalam raja di atas digunakan?
A Ketika membuat polaB Ketika menjahit fabrikC Ketika mengukur dan menanda fabrikD Ketika memindahkan tanda pola ke fabrik
19. Fabrik boleh digunting
A Setelah fabrik diukur C Setelah manual jahitan difahami
B Setelah pola digunting D Setelah fabrik ditanda dengan kapur tukang jahit20. Jarum peniti digunakan untuk dua keping fabrik sebelum
dijahit dengan jahitan jelujur kasar.
A ira lurus
B menyemat
C garisan pemadan
D jahitan asas
d)
PENDAHULUAN
Analisis item adalah satu analisis yang dijalankan oleh guru bagi menentukan
kesahan item-item yang digunakan dalam ujian pencapaian. Ia adalah satu proses
menganalisis secara statistik tindak balas calon terhadap setiap item dalam sesuatu ujian
untuk membuat pertimbangan mengenai kualiti dan keberkesenan item-item tersebut. Ia
juga merupakan suatu kaedah yang melibatkan penentuan bagaimana sesuatu item ujian
berfungsi dan sejauh manakah sesuatu ujian itu mendiskriminisikan pencapaian yang tinggi
dengan pencapaian yang rendah atau lemah dalam sesuatu ujian. Ia memberi maklumat
kepada kita mengenai bagaimana sesuatu item itu akan berfungsi dalam ujian. Analisis item
ini bergantung kepada pemerhatian dan eksperimen bukan hanya teori sahaja. Item-item
ujian yang dibina untuk sesuatu ujian boleh diguna semula tetapi ia perlu buktikan dengan
baik. Analisis item ini sebagai panduan kepada setiap guru untuk menulis item yang baik
dan berkualiti. Sebenarnya, analisis item ini buat selepas peperiksaan dan juga sebelum
kertas jawapan diberikan semula kepada murid. Ada guru yang membuat analisis ini
sebelum diserahkan kepada murid dan ada juga guru yang buat analisis bersama-sama
murid dalam kelas masing-masing. Ia bergantung kepada tahap kerajinan dan juga atas
rasa tanggungjawab guru itu sendiri. Analisis item ini tidak mempunyai format. Guru
menggunakan idea yang kreatif dan inivotif sendiri dalam menyediakan analisis item
mengikut keperluan subjek. Secara khusus melalui analisis item, kita akan mengetahui
indeks kesukaran, indeks diskriminasi, dan keberkesanan tiap-tiap pilihan (pengganggu)
bagi setiap item.
Setiap guru mendapat kebaikan semasa membuat analisis item di dalam kelas.
Antaranya ialah, guru mendapat peluang untuk menyediakan item yang berkualiti dan
relevan. Analisis item dapat memberi maklumat mengenai aras kesukaran sesuatu item. Ia
bermakna kita mampu menghasilkan item yang lebih realistik. Penghasilan item yang
berkualiti membolehkan guru menilai prestasi sebenar murid. Analisis item ini jelas bahawa
maklumat yang berkaitan dengan topik dan konsep tertentu yang belum dikuasai oleh murid.
Justeru, guru boleh dapat mengajar murid semula bab yang berkenaan. Seterusnya, analisis
item juga dapat membolehkan guru untuk mengenalpasti pelajar dengan masalah tertentu
semasa menjawab soalan. Maka guru boleh lebih spesifik dalam menjalankan program
pemulihan dan juga tindaksusul yang lebih berfokus bagi memberikan hasil yang lebih
berkesan. Pemulihan mungkin boleh diadakan dengan mengajar semula topik berkenaan
atau teknik menjawab bagi soalan tertentu.
ARAS KESUKARAN SETIAP ITEM
Ciri pertama yang dapat menentukan kualiti sesuatu item ujian ialah aras kesukaran
item. Indeks kesukaran bertujuan untuk menunjukkan bahawa item ataupun soalan sama
ada soalan tersebut terlalu sukar, pada tahap sederhana dan terlalu mudah bagi murid. bagi
ujian berbentuk objektif, indeks ini dikira dengan menggunakan nisbah bilangan calon yang
memberi jawapan betul bagi item tertentu kepada jumlah calon yang menjawab item
tersebut. Berikut merupakan cara yang digunakan bagi mengira indeks kesukaran.
Nilai p bagi soalan (1) ialah 1. Nilai p ialah antara 0.00 hingga 1.00. Sekiranya tiada
seorang pelajar pun dapat menjawab dengan betul , maka nilai p akan menjadi 0 iaitu
soalan amat sukar, tetapi jika semua pelajar dapat menjawab dengan betul, nilai p akan
menjadi 1 iaitu soalan terlalu mudah. Oleh itu, item yang sukar mempunyai nilai p yang
rendah, sebaliknya item yang mudah mempunyai nilai p yang tinggi.
Dari segi kesesuaian soalan ujian rujukan norma, pembina soalan perlu diingatkan
bahawa soalan yang terlalu mudah (p > 0.85) atau soalan yang terlalu sukar (p < 0.15) tidak
dapat memberikan maklumat psikometrik. Ini adalah disebabkan soalan yang terlalu mudah
akan dapat dijawab oleh semua pelajar walaupun mereka lemah, sementara soalan yang
terlalu sukar tidak akan dapat dijawab oleh semua pelajar kerana soalannya mungkin
mengandungi aras tinggi. Justeru, soalan-soalan tidak dapat membezakan pelajar yang
lebih rendah keupayaan dengan yang lebih tinggi keupaayaan. Bagi ujian objektif, indeks
kesukaran menggambarkan peratusan pelajar yang menjawab sesuatu item dengan betul.
Indeks Kesukaran = Bilangan calon yang menjawab dengan betul
Jumlah calon yang menjawab
Di sini saya menyenaraikan indeks kesukaran bagi setiap item seperti yang berikut :
RAJAH 1
INDEKS DISKRIMINASI SETIAP ITEM
Indeks diskriminasi dilakukan bagi membezakan calon-calon daripada kumpulan
pada aras tinggi dan kumpulan pada aras rendah. Pengiraanya seperti yang berikut :
Soalan 1 : 20/20 = 1
Soalan 2 : 8/20 = 0.4
Soalan 3 : 20/20 = 1
Soalan 4 : 9/20 = 0.45
Soalan 5 : 17/20 = 0.85
Soalan 6 : 10/20 = 0.5
Soalan 7 : 4/20 = 0.2
Soalan 8 : 17/20 = 0.85
Soalan 9 : 10 /20 = 0.5
Soalan 10 : 9/20 = 0.45
Soalan 11 : 9/20 = 0.45
Soalan 12 : 7 /20 = 0.35
Soalan 13 :11/20 = 0.55
Soalan 14 :17/20 = 0.85
Soalan 15 : 9/20 = 0.45
Soalan 16 : 8/20 = 0.4
Soalan 17 :18/20 = 0.9
Soalan 18 : 9 /20 = 0.45
Soalan 19 :11/20 = 0.55
Soalan 20 : 4/20 = 0.2
Rajah 1 menunjukkan jawapan pelajar bagi setiap item. Setiap item
soalan mempunyai perbezaan indeks kesukaran. Soalan 7 dan 20
mendapat indeks kesukarannya 0.2. Melalui pengiraan, kita mendapat
tahu bahawa soalan ini adalah amat sukar dan tidak akan dapat dijawab
oleh semua pelajar. Soalan 2, 12 dan 16 juga tidak boleh dijawab oleh
semua pelajar kerana soalan ini juga merupakan soalan sukar bagi
setengah pelajar. Manakala soalan 4, 6, 9, 10, 11, 13, 15, 18 dan 19
berada dalam tahap sederhana sukar. Soalan ini juga tidak boleh dijawab
oleh semua pelajar dalam kelas tersebut. Bagi soalan 5, 8, dan 14 boleh
dijawab oleh semua pelajar sekirannya mereka membaca soalan dengan
betul kerana ia dikategorikan sebagai soalan mudah. Akhirnya, soalan 1,
3 dan 17 adalah soalan terlalu mudah. Maka, soalan ini boleh dijawab
oleh semua pelajar walaupun mereka tidak menerokai tajuk tersebut
dengan sepenuhnya sebab soalan ini biasanya dinamakan sebagai
soalan asas.
Bilangan calon kumpulan pada aras tinggi yang menjawab dengan betul
Bilangan calon kumpulan pada aras rendah yang menjawab dengan betul
Indeks diskriminasi yang saya didapati melalui kajian saya ialah seperti yang berikut :
Soalan 1, 3, 5, 7, 9, 10, 17, dan 18 adalah item yang sangat lemah. Indeks
diskriminasi bagi soalan 1, 3, 9, 17 dan 18 adalah 0.00 dimana soalan-soalan ini adalah
tidak sesuai untuk Penilaian Rujukan Norma (PRN) kerana ia tidak berupaya membezakan
pelajar pandai dengan pelajar lemah. Justeru, kita perlu membuang ataupun perlu dibaiki
semula item-item tersebut. Kita tidak boleh menyediakan item yang terlalu mudah kepada
pelajar walaupun mereka lemah. Jika, itemnya terlalu mudah, maka aras kognitif pelajar
tidak berfungsi semasa menjawab soalan. Bagi soalan 2, 4, 6, 8, 11, 12, 14, 15, 19 dan 20
adalah item yang sangat baik. Semua pelajar boleh menjawab itm-item ini jika mereka
memahami arahan soalannya dengan betul. Soalan 13 dan 16 item yang boleh diterima. Ia
juga boleh dibaiki semula kerana mungkin pelajar lemah juga boleh menjawab soalan ini.
Melalui pengiraan yang dijalankan maka terdapat 5 soalan yang mana indeks
diskriminasinya hampir kepada 1.00 bermakna soalan tersebut adalah baik untuk PRN
kerana ia dapat membezakan pelajar yang berpencapaian tinggi dengan pelajar yang
berpencapaian lemah. Maka melalui indeks diskriminasi ini, kita dapat mengenalpasti
konsep yang perlu diajar semula, mengenalpasti serta melaporkan kekuatan dan kelemahan
bahagian – bahagian kurikulum yang tertentu, memberi maklum balas kepada pelajar pandai
tentang kelemahan mereka bagi setiap tajuk pengajaran yang diuji, mengenalpasti soalan
yang biasa kepada sesuatu kandungan dan menegenalpasti pelajar yang berpencapaian
tinggi untuk melanjutkan pengajaian dalam bidang – bidang tertentu.
ANALISIS & PERATUS PILIHAN JAWAPAN
Peratusan bagi kajian saya adalah seperti yang berikut :
a. Nombor 12 & 20 – 35%
b. Nombor 2 & 16 – 40%
c. Nombor 4, 10, 11 & 15 – 45%
d. Nombor 6, 8, 9, & 18 – 50%
e. Nombor 13 & 19 – 55%
f. Nombor 7 – 60%
g. Nombor 5 & 15 – 85%
h. Nombor 17 – 90%
Jumlah calon dalam kedua-dua kumpulan tinggi dan rendah
i. Nombor 1 & 3 – 100%
Bagi soalan 1 dan 3 peratus bagi jawapan pelajar adalah sepenuhnya kerana ia
adalah soalan terlalu mudah dan semua pelajar boleh menjawab item-item tersebut. Soalan
12 dan 20 hanya dapat 35% kerana ia adalah item yang sukar bagi setengah pelajar.
Manakala, soalan 17 mendapat 90% juga soalan yang boleh dijawab oleh pelajar walaupun
ada murid lemah kerana ia adalah item jawapan yang menggunakan gambar. Justeru,
pelajar membaca soalan dengan betul. Apabila, item yang mengandungi perkataan ataupun
teori sahaja pelajar akan bosan untuk jawab item tersebut. Apabila mereka mendapat item
yang berbentuk ayat demi ayat mereka malas untuk membaca soalannya. Justeru, item
yang menggunakan gambar adalah salah satu cara untuk menarik perhatian pelajar
terhadap soalannya. Mereka lebih suka melihat gambar yang berwarna-warni, soalannya
terus terang dan jawapannya tepat dan padat.
ANALISIS PENGGANGGU SETIAP ITEMIndeks diskriminasi item perlu diperoleh bagi setiap item untuk menentukan
keberkesanan pengganggu. Nilai diskriminasi bagi jawapan betul adalah positif dan nilai
bagi pengganggu sepatutnya rendah ataupun negatif. Pengganggu perlu diteliti dengan
betul apabila item menunjukkan nilai diskriminasi positif yang besar.
SOALAN 1
PELAJAR PILIHAN
A B C D
5 pelajar kumpulan T 0 0 5 0
5 pelajar kumpulan R 0 0 5 0
*JAWAPAN : C (Pilihan A, B dan D adalah pengganggu yang tidak baik)
SOALAN 2
PELAJAR PILIHAN
A B C D
5 pelajar kumpulan T 1 4 0 0
5 pelajar kumpulan R 0 2 1 2
*JAWAPAN : B (Pilihan D adalah pengganggu yang baik dan pilihan A
dan C adalah pengganggu yang tidak baik )
SOALAN 3
PELAJAR PILIHAN
A B C D
5 pelajar kumpulan T 0 5 0 0
5 pelajar kumpulan R 0 5 0 0
*JAWAPAN : B (Pilihan A, C dan D adalah pengganggu yang tidak
baik)
SOALAN 4
PELAJAR PILIHAN
A B C D
5 pelajar kumpulan T 1 2 1 1
5 pelajar kumpulan R 2 1 1 1
*JAWAPAN : B (Pilihan A adalah pengganggu yang baik dan pilihan C
dan D adalah pengganggu tidak baik)
SOALAN 5
PELAJAR PILIHAN
A B C D
5 pelajar kumpulan T 5 0 0 0
5 pelajar kumpulan R 3 2 0 0
*JAWAPAN : A (Pilihan B adalah pengganggu yang baik dan pilihan C
dan D adalah pengganggu yang tidak baik)
SOALAN 6
PELAJAR PILIHAN
A B C D
5 pelajar kumpulan T 0 3 1 1
5 pelajar kumpulan R 1 1 1 2
*JAWAPAN : B (Pilihan D adalah pengganggu yang baik dan Pilihan
A dan C adalah pengganggu yang tidak baik )
SOALAN 7
PELAJAR PILIHAN
A B C D
5 pelajar kumpulan T 1 1 0 3
5 pelajar kumpulan R 0 1 2 2
*JAWAPAN : C (Pilihan D adalah pengganggu yang baik dan Pilihan A
dan B adalah pengganggu yang tidak baik)
SOALAN 8
PELAJAR PILIHAN
A B C D
5 pelajar kumpulan T 1 1 2 1
5 pelajar kumpulan R 3 0 1 1
*JAWAPAN : B (Pilihan C adalah pengganggu baik dan Peilihan A & D
yang kurang baik )
SOALAN 9
PELAJAR PILIHAN
A B C D
5 pelajar kumpulan T 1 0 1 3
5 pelajar kumpulan R 1 0 1 3
*JAWAPAN : D (Pilihan A, dan C adalah pengganggu yang baik dan
pilihan B adalah pengganggu yang tidak baik)
SOALAN 10
PELAJAR PILIHAN
A B C D
5 pelajar kumpulan T 3 1 1 0
5 pelajar kumpulan R 1 3 0 1
*JAWAPAN : B (Pilihan A adalah pengganggu yang baik dan Pilihan C & D
adalah pengganggu yang kurang baik)
SOALAN 11
PELAJAR PILIHAN
A B C D
5 pelajar kumpulan T 3 1 0 1
5 pelajar kumpulan R 1 3 1 0
*JAWAPAN : A (Pilihan B adalah pengganggu yang baik dan Pilihan C dan
D adalah pengganggu yang kurang baik)
SOALAN 12
PELAJAR PILIHAN
A B C D
5 pelajar kumpulan T 0 2 1 2
5 pelajar kumpulan R 1 0 2 2
*JAWAPAN : B (Pilihan C dan D adalah pengganggu yang baik dan
pilihan A adalah pengganggu yang kurang baik)
SOALAN 13
PELAJAR PILIHAN
A B C D
5 pelajar kumpulan T 0 3 0 2
5 pelajar kumpulan R 0 2 1 2
*JAWAPAN : C (Pilihan B dan D adalah pengganggu yang baik dan
pilihan A adalah pengganggu yang tidak baik)
SOALAN 14
PELAJAR PILIHAN
A B C D
5 pelajar kumpulan T 5 0 0 0
5 pelajar kumpulan R 2 2 1 0
*JAWAPAN : A (Pilihan B dan C adalah pengganggu yang baik dan pilihan
D adalah pengganggu yang tidak baik )
SOALAN 15
PELAJAR PILIHAN
A B C D
5 pelajar kumpulan T 0 1 3 1
5 pelajar kumpulan R 2 0 1 2
*JAWAPAN : C (Pilihan D adalah pengganggu yang baik dan pilihan A dan B
adalah pengganggu yang kurang baik )
SOALAN 16
PELAJAR PILIHAN
A B C D
5 pelajar kumpulan T 2 2 1 0
5 pelajar kumpulan R 1 1 1 2
*JAWAPAN : A (Pilihan B adalah pengganggu yang baik dan pilihan C dan D
adalah pengganggu yang kurang baik)
SOALAN 17
PELAJAR PILIHAN
A B C D
5 pelajar kumpulan T 5 0 5 0
5 pelajar kumpulan R 5 0 5 0
*JAWAPAN : A (Pilihan C adalah pengganggu yang amat baik dan pilihan B
dan D adalah pengganggu yang tidak baik)
SOALAN 18
PELAJAR PILIHAN
A B C D
5 pelajar kumpulan T 1 0 0 4
5 pelajar kumpulan R 1 1 2 1
*JAWAPAN : D (Pilihan C adalah pengganggu yang baik dan Pilihan A dan B
adalah pengganggu yang kurang baik)
SOALAN 19
PELAJAR PILIHAN
A B C D
5 pelajar kumpulan T 1 0 0 4
5 pelajar kumpulan R 1 1 2 1
*JAWAPAN : D (Pilihan C adalah pengganggu yang baik dan Pilihan A
dan B adalah pengganggu yang kurang baik)
SOALAN 20
PELAJAR PILIHAN
A B C D
5 pelajar kumpulan T 1 2 2 0
5 pelajar kumpulan R 3 0 2 0
*JAWAPAN : B (Pilihan A dan C adalah pengganggu yang baik dan pilihan D
Adalah pengganggu yang tidak baik)
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN SETIAP ITEM
Setiap menilai analisis pengganggu setiap item, kita perlu memberi cadangan untuk
menambahbaikan setiap item.
SOALAN PELAJAR YANG BETUL
1 202 83 204 95 176 107 48 109 10
10 911 912 713 1114 1715 916 817 1818 1019 1120 5
Semua orang menjawab soalan 1 dan 2 dengan betul kerana item-item tersebut
adalah lebih mudah kepada pelajar. Justeru, kita tidak boleh menyediakan itemnya dengan
begitu mudah. Bagi soalan 17 pula, seramai 18 orang yang dapat menjawab dengan betul.
Soalan ini juga perlu dibaiki semula sebab soalannya mudah. Begitu juga dengan soalan 2, 4, 5,
6, 8, 9, 10, 11, 13, 14, 15, 16, 18, dan 19, soalannya berada dalam aras sederhana. Pelajar
lemah juga boleh menjawab soalan sederhana apabila mereka memahami soalannya dengan
betul dan bersungguh-sungguh menjawab soalan. Kita harus menyediakan item yang berpatutan
kepada setiap aras pelajar. ¾ pelajar sahaja menjawab soalan 7, 12 dan 20. Ia bercampur
dengan pelajar pencapaian tinggi dan pelajar pencapaian rendah. Item ini adalah sukar kepada
mereka. Oleh itu, pelajar pencapaian tinggi juga tidak boleh dijawab dengan betul. Mungkin
pelajar pencapaian rendah menjawab soalannya dengan sengaja dan ia adalah nasib mereka.
SISIHAN PIAWAI
Melalui sisihan piawai saya boleh membandingkan skor item antara satu pelajar
dengan pelajar lain. Ia juga ukuran kebolehubahan yang biasa digunakan untuk memberi
gambaran yang lengkap tentang pencapaian calon-calon dalam item tersebut. Bagi kajian
saya, mode, median dan sisihan piawai seperti yang berikut :
BIL(n) Skor – Min (x) x²1 14 – 11 = 3 9
2 12 – 11 = 1 1
3 10 – 11 = -1 1
4 11 – 11 = 0 0
5 10 – 11 = -1 1
6 8 – 11 = -3 9
7 9 – 11 = -2 4
8 11 – 11 = 0 0
9 11 – 11 = 0 0
10 9 – 11 = -2 4
11 11 – 11 = 0 0
12 8 – 11 = -3 3
13 13 – 11 = 2 4
14 9 – 11 = -2 4
15 13 – 11 = 2 4
16 11 – 11 = 0 0
17 10 – 11 = -1 1
18 14 – 11 = 3 9
19 11 – 11 = 0 0
20 10 – 11 = -1 1
JUMLAH (x)² = 55
VARIANS = Jumlah (x)²
(n-1)
VARIANS = 55
(20-1)
= 2.894
KESAHAN ITEM
Kesahan adalah sesuatu perkara yang penting bagi seseorang guru yang hendak
menyediakan item. Biasanya , jenis-jenis item pula bergantung kepada jenis pencapaian
murid-murid, aras kesukaran, dan peringkat objektif pelajaran yang hendak diuji. Sepanjang
proses menyediakan JSU dan membina soalan berdasarkan JSU yang telah disediakan,
saya amat mementingkan aspek kesahan item ini. Saya sedaya upaya menyediakan satu
set soalan Reka Bentuk dan Teknologi yang mengandungi 20 item soalan objektif yang
meliputi tajuk yang kelima iaitu Sains Rumah Tangga(Jahitan) bagi Tahun 4.
Sebelum membina item bagi soalan objektif ini, saya dikehendaki membina Jadual
Spesifikasi Ujian (JSU). Saya telah merangkumkan semua kandungan pelajaran Reka
Bentuk dan Teknologi Tahun 4 dalam pembinaan item.
Jika dilihat dari aspek aras soalan yang dipilih, saya lebih banyak membina soalan
dari aras pengetahuan berbanding aras-aras yang lain. Hal ini menggambarkan bahawa
aktiviti serta pengajaran yang dilaksanakan di dalam kelas banyak menekankan aras
pengetahuan. Oleh yang demikian, terdapat 6 soalan pengetahuan yang diuji dalam set
soalan ini. Keadaan ini tidak bermakna saya tidak menguji aras-aras yang lain. Saya
membina 4 soalan aras kefahaman, 4 soalan aras aplikasi, 3 soalan aras analisis, 1 soalan
aras sintesis dan 2 soalan aras penilaian.
KEBOLEHPERCAYAAN ITEM
Biasanya untuk menentukan sama ada item-itemnya stabil atau tidak, kita boleh
memberikan dua kali item kepada pelajar yang sama. Biarkan jarak di antara ujian pertama
dengan yang kedua itu lebih kurang satu ataupun dua minggu. Jika markah bagi murid
berkenaan dalam item pertama itu lebih kurang sama dengan markah yang diperolehi untuk
ujian kedua, maka item itu bolehlah dianggap stabil ataupun boleh dipercayai. Tetapi, saya
tidak mencukupi masa yang secukupnya untuk memberi item yang sama kepada pelajar
pada kali kedua. Justeru, saya menilai itemnya boleh dipercayai atau tidak pada kali
pertama. Kebolehpercayaan item sangat penting kerana saya tidak mahu markah yang
diperolehi itu adalah disebabkan oleh nasib.
Saya mahu bahawa markah itu datangnya daripada kemampuan murid itu sendiri.
Kebolehpercayaan adalah satu perkara yang senang dilihat di dalam ukuran seperti berat,
SISIHAN PIAWAI = √variansSISIHAN PIAWAI = √2.894
= 1.70
panjang, tinggi dan lain-lain yang berbentuk maujud. Sesuatu ukuran panjang itu sudah
tentu memberi bacaan yang sama jika barang yang sama diukur berulang kali. Begitu juga
dengan sesuatu penimbang berat itu sudah tentu memberi bacaan yang sama apabila kita
menimbang benda yang sama berulang kali. Bacaan yang berlainan akan menimbulkan
syak wasangka kepada kita oleh kerana alat-alat sukatan itu tidak lagi stabil. Walaupun
soalan 1 dan 3 boleh dijawab oleh semua kategori pelajar, tetapi itemnya tidak mempunyai
unsure kebolehpercayaan kerana itemnya terlalu mudah. Apabila sesuatu soalan yang boleh
dijawab oleh semua pelajar di dalam kelas. Maka, soalan itu tidak boleh stabil. Yang
keduanya adalah bagi soalan 7, 12 dan 20 juga tidak boleh dipercayai kerana itemnya
hanya boleh dijawab oleh ½ pelajar dalam kelas. Sebenarnya, sesuatu soalan yang
disediakan perlulah dijawab sekurang-kurangnya oleh ¾ pelajar dalam kelas. Dalam kajian
saya, soalan 2, 4, 5, 6, 8, 9, 10, 11, 13, 14, 15, 16, 17, 18, dan 19 boleh dipercayai kerana
lebih kurang ¾ pelajar boleh menjawab itemnya dengan betul.
KEBOLEHPERCAYAAN CALON
Dalam kajian saya, tahap kebolehpercayan calon adalah sederhana. Saya
menyediakan 20 item yang mempunyai 4 aneka pilihan jawapan. Dalam kelas tersebut
bukan semua pelajar lemah dan bukan semua pelajar cemerlang. Seramai 5 orang pelajar
dalam kategori lemah, begitu juga dengan pelajar cemerlang; yang selebihnya adalah
pelajar sederhana. Segelintir pelajar lemah boleh menjawab soalan yang amat sukar tetapi
setengah pelajar cemerlang tidak boleh menjawab item tersebut. Pelajar lemah mungkin tiru
pada rakan sebelahnya ataupun mereka sengaja menandakan jawapan dan nasibnya
jawapan tersebut adalah betul. Maka, di sini kebolehpercayaan calon adalah rendah. Begitu
juga pada pelajar cemerlang iaitu pelajar pencapaian tinggi. Mereka tidak menjawab soalan
aras rendah dengan betul tetapi pelajar lemah menjawab dengan betul. Mungkin, pelajar
cemerlang tidak membaca arahan soalan dengan teliti, menjawab dengan sengaja atau
bosan untuk menjawab soalan. Justeru, di sini juga kebolehpercayaan calon semakin
rendah. Keadaan yang tidak selesa menyebabkan murid-muird tidak dapat menjawab
seperti yang selalu ditunjukkan. Jika bilik itu bising dan panas umpamanya, murid tidak akan
dapat menjawab soalan dengan sebaik-sebaiknya. Jika murid itu tidak sihat ketika
mengambil ujian, maka jawapannya juga tidak sebaik yang dapat ditunjukkannya semasa
dia di dalam keadaan sihat.
Isu kesahan dan kebolehpercayaan adalah amat penting dalam pembinaan sesuatu
alat ukur sebelum boleh diguna pakai. Walaupun sesuatu alat ukur yang digunakan telah
pernah dipakai oleh penyelidik terdahulu, dan telah teruji kebolehpercayaan dan
keesahannya, namun alat ukur tersebut masih perlu diuji rintis semula kerana inferens yang
diperolehi hanya sesuai untuk tujuan dan sampel kajian tertentu sahaja.
Selamat Sejahtera dan Salam Satu Malaysia. Saya Suganthamalar a/p Ratnam dari
Kampus Sultan Abdul Halim telah menyempurnakan tugasan kursus Pentaksiran RBT
Sekolah Rendah dengan jayanya. Tugasan ini membuat secara individu. Perkara utama
yang saya ingin fokuskan dalam tugasan kerja kursus berasaskan ilmu ini adalah terhadap
sub-sub tugasan yang memerlukan saya mengaplikasikan semua pembelajaran teori di
dalam kelas serta pemahaman tentang kaedah dan teknik yang digunakan dalam
multimedia. Bagi saya, tugasan kali ini saya perlu mengaplikasikan setiap apa yang
dipelajari dalam kelas dan melalui pembacaan untuk menyelesaikan tugasan ini.
Saya membuat rujukan menerusi beberapa buah buku dan nota yang telah
dibentangkan oleh pensyarah pembimbing memandangkan saya merasakan kurang jelas
dengan kefahaman saya selama ini. Hal ini membuktikan bahawa lebih kurang tiga puluh
peratus sahaja pembelajaran di dalam kelas membantu daya ingatan saya. Saya mulai akur
dengan pendapat yang menyatakan kita tidak dapat memperoleh sepenuhnya ilmu yang
disampaikan dengan hanya mendengar. Oleh hal yang demikian, bermula hari ini saya
bertekad akan lebih fokus dalam pembelajaran di dalam kelas dan mencatat apa yang diajar
bukan hanya melihat dan mendengar samata-mata. Bukan itu sahaja, saya mulai sedar
bahawa untuk memahami dan menguasai bidang sintaksis ini, latihan ialah perkara yang
paling penting perlu dilakukan.
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Dr Mohamad
Fadzil Bin Che Amat kerana untuk membantu menyiapkan kerja kursus ini. Beliau telah
memberikan penerangan yang secukup tentang tugasan kursus ini. Setelah mendapat
bimbingan daripada pensyarah pembimbing, saya mulai jelas sedikit demi sedikit berkenaan
tugasan ini. Semasa menjalankan tugasan ini, saya telah mengubahsuai banyak ilmu
pengetahuan tentang unsur – unsur multimedia. Setelah sesi soal jawab dan bimbingan di
dalam kelas bersama pensyarah, saya mula mendapat gambaran untuk menyiapkan
tugasan ini. Menerusi tugasan ini, saya dapat membina banyak kefahaman dan
mengaplikasikan dalam tugasan ini. Walaupun masih tidak dapat menguasai sepenuhnya,
namun saya akui tugasan ini banyak membantu saya memahami apa yang dipelajari pada
semester ini.
Pada masa sekarang, saya rasakan adalah tidak wajar bagi saya untuk tidak
mempraktikkan apa yang telah saya pelajari pada masa terdahulunya kerana kesannya
saya telah lupa apa yang telah pelajari. Dengan tugasan ini, saya memperolehi unsur –
unsure teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran. Semasa menjalankan tugasan ini,
saya telah mencari maklumat dari pelbagai sumber iaitu dari internet, majalah dan
sebagainya. Semasa saya membuat tugasan ini, saya telah rapat dengan kawan-kawan
saya. Tugasan ini memberi suatu peluang kepada saya untuk berinteraksi dan berkongsi
idea masing-masing dengan sopan santun.
Saya dapat menambahkan kelemahan saya melalui tugasan ini. Saya sedar bahawa
apa yang saya pelajari pada setiap semester di Institusi ini semuanya telah dirancang
dengan baik oleh pihak pengurusan. Selepas ini saya tidak akan lagi mengambil mudah
terhadap apa yang dipelajari dan akan sentiasa memastikan diri saya memberi fokus
seratus peratus terhadap apa yang disampaikan di dalam kelas. Saya dapat menguasai
kemahiran berkomunikasi untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Saya dapat
meningkatkan kemahiran saya membuat rujukan dengan mengakses maklumat daripada
pelbagai sumber, memilih maklumat yang relevan dan mengorganisasi maklumat secara
sistematik dan sempurna. Tambahan pula, tugasan ini telah membimbing saya untuk
mencari makna daripada pengalaman sendiri, mencari kebenaran dalam kepercayaan
pengetahuan dan tindakannya bagi meningkatkan kualiti hidup dan kehidupan seterusnya
menjadi pengamal refleksi.
Akhirnya, tugasan ini secara jujurnya, menjadikan saya lebih bersemangat untuk
mempelajari lebih banyak kemahiran dan pengetahuan daripada pensyarah-pensyarah yang
mempunyai banyak pengalaman di institut ini. Hal ini sekali lagi mendorong saya untuk
menjadi seorang guru yang berkualiti serta mampu menjadikan setiap pengajaran dan
pembelajaran yang dijalankan sentiasa berkesan.
Sekian, terima kasih.
INTERNET
BIBLIOGRAPHY (n.d.). Retrieved from http://duniabmm3103.blogspot.my/2011/08/analisis-item-indeks-kesukaran.html
(n.d.). Retrieved from http://mypqs.blogspot.my/2011/05/tips-penting-menentukan-aras-kesukaran.html
(n.d.). Retrieved from http://norbanihamid.blogspot.my/2013/04/jadual-penentu-ujian.html
BUKU
M.Muthusamy. (2013). Buku Teks- Reka Bentuk Dan Teknologi. Selangor Darul Ehsan: Multi Educational Book Enterprise.
Nuqman, M. A. (2015). Reka Bentuk Dan Teknologi. Selangor Darul Ehsan: BAGUS SD.BHD.
Sharif, M. R. (2015). Reka Bentuk Dan Teknologi. Pelangi SDN.BHD.