Struktur Bahasa Melayu Huraikan persamaan dan perbezaan pandangan antara Asmah (2008/1993) dan Nik Safiah Karim et al (2008) tentang gejala alomorf bagi morfem awalan meN / peN dalam tatabahasa Bahasa Melayu. PENGENALAN Konsep dan Definisi Sebelum kajian ini dimulakan, perlu diperkenalkan definisi-definisi yang penting dalam morfologi atau kajian tentang pembentukan kata dalam sesuatu bahasa.Antara istilah-istilah yang berkait rapat dalam morfologi ialah fonem, morfem dan alomorf. Fonem merupakan unit bahasa yang terkecil yang membezakan makna seperti huruf d dan t dalam perkataan pedang dan petang. Fonem /d/ dan /t/ adalah unit yang terkecil yang dapat membezakan makna tetapi kedua- dua /d/ dan /t/ tidak mendukung makna. Ini berbeza dengan definisi morfem. Morfem merupakan unit nahu yang terkecil yang mempunyai makna seperti dalam contoh perkataan makan dan makanan. Dua perkataan ini menunjukkan persamaan dan perbezaan antara makna yang didukungnya. Persamaannya ialah pada makna yang didukung oleh makan dalam kedua-dua perkataan itu. Perbezaannya pula ialah keseluruhan makna kata makanan berbeza dengan keseluruhan makna makan. Yang menimbulkan perbezaan itu ialah akhiran –an yang merupakan morfem.
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Struktur Bahasa Melayu
Huraikan persamaan dan perbezaan pandangan antara Asmah (2008/1993) dan Nik Safiah Karim et al (2008) tentang gejala alomorf bagi morfem awalan meN / peN dalam tatabahasa Bahasa Melayu.
PENGENALAN
Konsep dan Definisi
Sebelum kajian ini dimulakan, perlu diperkenalkan definisi-definisi yang penting
dalam morfologi atau kajian tentang pembentukan kata dalam sesuatu bahasa.Antara
istilah-istilah yang berkait rapat dalam morfologi ialah fonem, morfem dan alomorf.
Fonem merupakan unit bahasa yang terkecil yang membezakan makna seperti
huruf d dan t dalam perkataan pedang dan petang. Fonem /d/ dan /t/ adalah unit yang
terkecil yang dapat membezakan makna tetapi kedua-dua /d/ dan /t/ tidak mendukung
makna. Ini berbeza dengan definisi morfem.
Morfem merupakan unit nahu yang terkecil yang mempunyai makna
seperti dalam contoh perkataan makan dan makanan. Dua perkataan ini menunjukkan
persamaan dan perbezaan antara makna yang didukungnya. Persamaannya ialah pada
makna yang didukung oleh makan dalam kedua-dua perkataan itu. Perbezaannya pula
ialah keseluruhan makna kata makanan berbeza dengan keseluruhan makna makan.
Yang menimbulkan perbezaan itu ialah akhiran –an yang merupakan morfem. Maka
dengan itu makanan mempunyai morfem makan dan –an yang masing-masing
mempunyai maknanya tersendiri.
Alomorf pula merupakan varian morfem. Sesuatu morfem diwujudkan
dalam bentuk fonologi sebagai suku kata, dan suku kata pula diwujudkan oleh fonem.
Yang kita dengar apabila disebut sesuatu kata, kata dasar atau morfem terikat ialah
kewujudan yang sebenar. Kewujudan inilah yang dinamakan alomorf dalam ilmu
linguistik. Misalnya, awalan me(N)- mempunyai banyak alomorf iaitu me-, mem-, men-,
meny-, meng- dan menge-. Begitu juga dengan awalan pe(N) yang mempunyai alomorf
pe-, pem-, pen-, peny-, peng- dan penge-.
Batasan Kajian
Kajian ini akan membataskan perbincangan kepada pandangan Prof.
Emeritus Datuk Dr. Asmah Haji Omar dan Prof. Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim
perihal morfem yang memfokuskan kepada pengimbuhan awalan me(N). Dalam kajian
ini akan dijelaskan pandangan serta pendapat kedua-dua penulis serta menghuraikan
apakah persamaan dan perbezaan yang ketara antara kedua-dua penulis ini.
Bahan Kajian
Kajian ini akan menumpukan pandangan dan pendapat yang terkandung
dalam dua buah buku yang terkini iaitu Nahu Melayu Mutakhir Edisi Kelima oleh Asmah
Haji Omar (2009) dan Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga oleh Nik Safiah Karim et al
(2009).
ISI DAN PERBINCANGAN
Nik Safiah Karim serta rakan-rakan seperjuangannya dalam buku
Tatatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2009 hlm 43), mendefinisikan morfem sebagai unit
yang terkecil dalam bahasa yang mempunyai fungsi gramatis atau menjalankan tugas
nahu. Morfem terbahagi kepada morfem bebas dan morfem terikat. Morfem bebas ialah
morfem yang dapat wujud bersendirian manakala morfem terikat hanya wujud bersama-
sama morfem lain kerana morfem terikat tidak boleh wujud tanpa kata dasar (ibid, hlm
44). Antara contoh morfem bebas ialah rumah, sekolah dan ajar. Perkataan-perkataan
ini dapat berdiri dengan sendiri dan dapat mendukung makna yang tersendiri tanpa
memerlukan bantuan perkataan atau morfem lainnya. Dalam perkataan tersenyum,
memasak dan pengelap pula, terdapat morfem terikat bagi setiap perkataan itu iaitu ter-
dalam tersenyum, me- dalam memasak dan penge- dalam pengelap. Morfem-morfem
terikat yang tersenarai ini memerlukan kata atau morfem lain untuk mendukung makna.
Dalam erti kata yang lain, morfem terikat ter- memerlukan morfem senyum untuk
menjadikan perkataan tersenyum itu bermakna. Terdapat morfem terikat ter- dan
morfem bebas senyum dalam perkataan tersenyum.
Menurut Nik Safiah Karim, perkataan-perkataan dalam Bahasa Melayu
terdiri daripada kata dasar dan kata bentuk terbitan. Kata dasar merupakan bentuk kata
terkecil yang tidak menerima sebarang imbuhan manakala kata bentuk terbitan ialah
bentuk yang dihasilkan daripada proses memperluas kata dasar tadi melalui berbagai-
bagai cara pembentukan kata. Proses inilah yang dinamakan imbuhan. Dalam proses
imbuhan, atau penambahan unit-unit bahasa yang tertentu, akan berlakunya perubahan
makna nahu. Imbuhan terbahagi kepada awalan, akhiran, sisipan, apitan, morfem
kosong dan bentuk fleksi. Dan kajian ini akan hanya memberikan tumpuan kepada
imbuhan awalan khususnya awalan me(N).
Jika Nik Safiah membahagikan morfem kepada morfem terikat dan morfem
bebas, Asmah Haji Omar pula merincikan lagi pembahagian morfem atau varian
morfem ini kepada dua jenis iaitu alomorf lingkungan dan alomorf bebas. Rincian ini
merupakan perbezaan yang amat ketara dalam perbezaan pendapat dan pandangan
kedua-dua penulis.
Menurut Asmah Haji Omar, alomorf lingkungan adalah alomorf yang wujudnya itu
didasarkan pada lingkungan-lingkungan tertentu seperti lingkungan fonologi, lingkungan
nahu atau lingkungan leksikal. Salah satu ciri alomorf lingkungan ini ialah saling
menyisihkan. Alomorf lingkungan fonologi merupakan alomorf yang wujudnya
ditentukan oleh ciri bunyi atau ciri-ciri fonologi yang ada di sekitarnya. Alomorf
lingkungan nahu pula ditentukan oleh ciri-ciri nahu sementara alomorf lingkungan
leksikal pula ditentukan oleh ciri-ciri perbendaharaan kata.
a. Alomorf Lingkungan Nahu
Prof Asmah menjelaskan (ibid, hlm 10) bahawa untuk alomorf jenis ini, ditentukan oleh
ciri-ciri nahu seperti dalam perkataan tertawa.
Perkataan Proses Imbuhantertawa tiada pengguguran mentertawakan
tulis t digugurkan menulis
Tiada pengguguran huruf t dalam perkataan mentertawakan manakala huruf t akan
digugurkan dalam perkataan menulis. Ini disebabkan ter- dalam perkataan
mentertawakan adalah awalan dan pengekalan t akan mempertahankan kedudukan ter-
sebagai awalan. Dalam erti kata lain, terdapat dua penambahan dalam perkataan
mentertawakan iaitu penambahan pertama, awalan ter- dan diikuti dengan
penambahan kedua, awalan men-. Manakala huruf t akan digugurkan dalam perkataan
menulis kerana awalan men- merupakan awalan yang diterima oleh kata dasar tulis.
a. Alomorf Lingkungan Leksikal
Alomorf jenis ini ditentukan oleh ciri-ciri perbendaharaan kata seperti dalam perkataan
belajar.
Kata Dasar Proses awalan Perkataanajar bel- belajarkerja be- bekerja
Hanya perkataan belajar sahaja yang menerima proses awalan bel-. Dalam erti kata
yang lain, ajar hanya boleh menerima proses awalan bel- sahaja. Begitu juga dengan
perkataan kerja yang hanya menerima be- dan tidak ber- atau bel-.
c. Alomorf Bebas
Menurut Prof Asmah, alomorf bebas merupakan alomorf yang boleh
menggantikan satu sama lain. (ibid, hlm 10) Dalam penggunaan bahasa lisan,
perkataan tedaya dan terdaya seringkali kita ucapkan. Dalam bentuk lisan, timbul
alomorf bebas te- dan ter-. Perlu ditegaskan bahawa untuk bahasa tulisan, perkataan
daya hanya menerima alomorf ter- dan bukan alomorf te-.
Jika Nik Safiah mengkategorikan morfem kepada morfem terikat dan morfem
bebas, fungsi alomorf lingkungan oleh Asmah Haji Omar, yang dirincikan lagi dan
terkandung di dalamnya tiga bahagian iaitu fonologi, merupakan ciri-ciri alomorf yang
menentukan morfem.
Berdasarkan penerangan yang terkandung dalam Nahu Melayu Mutakhir ,
Asmah Haji Omar juga membahagikan morfem kepada morfem bebas dan morfem
terikat. Sama seperti Nik Safiah Karim, definisi morfem bebas adalah morfem yang
boleh berdiri sendiri sebagai satu kata atau sebagai ayat minimal. Sementara Morfem
terikat pula merupakan morfem yang memerlukan bantuan morfem lain untuk
membentuk kata (2009, hlm 13).
PENGIMBUHAN dan PENAMBAHAN
Menurut Nik Safiah Karim serta rakan-rakannya dalam Tatabahasa
Dewan (2009 hlm 57), Bahasa Melayu merupakan salah satu bahasa yang tergolong ke
dalam jenis bahasa aglutinatif atau bahasa yang bersifat derivatif. Perkataan-perkataan
dalam bahasa ini terbentuk melalui proses pengimbuhan atau penggabungan morfem
kata dasar dengan morfem imbuhan yang digabungkan secara serentak.
Nik Safiah Karim mendefinisikan imbuhan sebagai unit-unit bahasa tertentu yang
ditambahkan pada bentuk-bentuk lain yang menyebabkan perubahan makna nahunya
(ibid, hlm 45). Bentuk awalan merupakan salah satu bentuk yang tercakup dalam
pengimbuhan selain daripada akhiran, apitan dan sisipan. Menurut pandangan
Asmah Haji Omar dalam bukunya Nahu Melayu Mutakhir, istilah yang digunakan ialah
penambahan. Penambahan didefinisikan sebagai proses dimana sesuatu morfem
terikat itu ditambahkan atai ditempelkan kepada morfem bebas (ibid, hlm 25) Proses ini
terdiri daripada empat jenis iaitu penambahan awalan, penambahan akhiran,
penyisipan dan penambahan serentak awalan dan akhiran.
Dari penerangan ini, terdapat perbezaan istilah yang digunakan oleh
kedua-dua penulis ini. Asmah Haji Omar menggunakan istilah penambahan manakala
Nik Safiah Karim pula menggunakan istilah ‘pengimbuhan’. Walaupun istilah yang
digunakan berbeza, tetapi maksud istilah penambahan dan pengimbuhan adalah sama.
Kedua-dua istilah ini menerangkan proses penerimaan atau gandingan morfem terikat
dengan morfem bebas. Selain daripada definisi istilah yang digunakan membawa erti
yang sama, kedua-dua penulis ini mengklasifikasikan ‘penambahan’ dan ‘pengimbuhan’
kepada empat jenis iaitu awalan, akhiran, apitan dan sisipan.
Menurut Nik Safiah Karim et al, dalam proses pengimbuhan, lahirlah bentuk
perkataan yang disebut kata terbitan (2009, hlm 67). Dan kata terbitan ini terbahagi
kepada empat iaitu kata terbitan awalan, akhiran, apitan dan sisipan (2009, hlm 72)
Imbuhan me(N) merupakan salah satu kata terbitan berawalan yang wujud dalam kata
kerja.
Menurut Asmah Haji Omar pula, penambahan boleh berlaku pada tempat-
tempat tertentu iaitu penambah awalan, akhiran, sisipan dan penambah terbahagi.
Penambah boleh dikategorikan berdasarkan fungsinya dalam kata. Asmah Haji Omar
berpendapat bahawa kata kerja terdapat dalam bentuk akar, berlapis, majmuk dan
gandaan. Kata Kerja dalam bentuk akar merupakan kata kerja yang hanya terdiri
daripada satu morfem bebas dan tidak terdapat padanya sebarang penambah,
misalnya, tiup, bangun, alir, duduk dan sebagainya. Kata Kerja Berlapis pula
merupakan kata kerja yang terdiri daripada satu morfem bebas dan sekurang-
kurangnya satu morfem terikat, atau yang terdiri daripada sekurang-kurangnya dua
morfem terikat (2009, hlm 135). Bentuk berlapis untuk kata kerja ini dihasilkan dengan
proses penambahan dan penambah me(N) merupakan salah satu penambah yang
menghasilkan kata kerja berlapis.
Terdapat persamaan dalam proses penambahan atau pengimbuhan.
Kedua-dua penulis mengklasifikasikan penambahan atau pengimbuhan ini berlaku
pada bahagian awalan, akhiran, sisipan dan apitan. Yang membezakan kedua-dua
penulis ini ialah istilah yang berbeza untuk menerangkan proses Kata Nama Terbitan.
Asmah Haji Karim menggunakan istilah ‘kata kerja berlapis’ manakala Nik Safiah Karim
menggunakan istilah ‘kata kerja terbitan’. Selain perbezaan penggunaan istilah, kedua-
dua penulis ini bersetuju bahawa penambah me(N) atau imbuhan me(N) menghasilkan
kata kerja berlapis atau kata kerja terbitan.
1a) Pandangan Nik Safiah Karim et al dalam Tatabahasa Dewan
Alomorf bagi morfem awalan me-
Awalan meN- ialah awalan yang membentuk kata kerja aktif, sama ada
transitif atau tak transitif. Awalan ini mempunyai empat varian iaitu me-, mem-, men-
dan meng-. Varian awalan meN- ini bergantung kepada huruf pertama kata dasar yang
bercantum dengannya. Awalan me- dipengaruhi oleh bunyi atau fonem pertama dalam
kata dasar yang bermula dengan huruf l, m, n, ny, ng, r, w dan y seperti dalam contoh
perkataan-perkataan yang berikut:
Awalan me- (ibid, hlm 151)Huruf Kata dasar Imbuhan me-