Top Banner
TUGASAN 1: PENULISAN SINOPSIS Tajuk Artikel : Ramai Guru Sakit Jiwa Oleh Siti Nor Afzan Kasiman Akhbar Kosmo 6 Febuari 2014 Akhbar Kosmo bertarikh 6 Febuari 2014 ini melaporkan bahawa profesion perguruan terdedah kepada risiko tinggi untuk mengalami tekanan mental dan seterusnya mengalami sakit jiwa. Dari temubual 2 orang guru yang dijalankan mendapati bebanan kerja yang melampau menjadi punca perkara ini berlaku. Tugas guru merupakan tugas yang kompleks dan mencabar. Mereka bukan sahaja perlu mengajar, malah perlu melakukan kerja-kerja pengkeranian dan pentadbiran, menjalankan aktiviti kokurikulum dan juga melibatkan diri secara aktif dalam Persatuan Ibu-Bapa dan Guru (Noriah 1994). Guru juga telah dibebankan dengan pelbagai tugasan pentadbiran yang telah menjadi rutin pekerjaan mereka, umpamanya mengisi borang, mengutip yuran, mengemas kini kedatangan pelajar, menyediakan laporan prestasi, menyediakan soalan ujian dan peperiksaan, memberi bimbingan dan pelbagai lagi bagi memajukan pelajarnya. Di samping itu, guru juga perlu berdepan dengan karenah pelajar, kerenah ibu bapa serta karenah
38

Stres.yusri Kodiang

Sep 29, 2015

Download

Documents

Leticia Davis

x
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript

TUGASAN 1: PENULISAN SINOPSIS

Tajuk Artikel : Ramai Guru Sakit Jiwa

Oleh Siti Nor Afzan Kasiman

Akhbar Kosmo

6 Febuari 2014Akhbar Kosmo bertarikh 6 Febuari 2014 ini melaporkan bahawa profesion perguruan terdedah kepada risiko tinggi untuk mengalami tekanan mental dan seterusnya mengalami sakit jiwa. Dari temubual 2 orang guru yang dijalankan mendapati bebanan kerja yang melampau menjadi punca perkara ini berlaku. Tugas guru merupakan tugas yang kompleks dan mencabar. Mereka bukan sahaja perlu mengajar, malah perlu melakukan kerja-kerja pengkeranian dan pentadbiran, menjalankan aktiviti kokurikulum dan juga melibatkan diri secara aktif dalam Persatuan Ibu-Bapa dan Guru (Noriah 1994). Guru juga telah dibebankan dengan pelbagai tugasan pentadbiran yang telah menjadi rutin pekerjaan mereka, umpamanya mengisi borang, mengutip yuran, mengemas kini kedatangan pelajar, menyediakan laporan prestasi, menyediakan soalan ujian dan peperiksaan, memberi bimbingan dan pelbagai lagi bagi memajukan pelajarnya. Di samping itu, guru juga perlu berdepan dengan karenah pelajar, kerenah ibu bapa serta karenah pengetua yang sentiasa memberikan tekanan kepada guru.

Masalah kesihatan juga menjadi satu bebanan kepada guru. Apabila mereka sering mendapat cuti sakit, cuti sakit mereka menjadi buah mulut guru lain. Keadaan ini turut memberi tekanan kepada mereka. Selain masalah kesihatan, masalah rumahtangga dan karenah anak-anak memburukkan lagi keadaan.

Menurut Pakar Perunding Kanan Psikiatri, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Prof. Zuraida Zainal, setiap tahun dianggarkan 22,000 pesakit mendapatkan rawatan di klinik dan wad psikiatri hospital berkenaan. Kira-kira 10 peratus daripada mereka terdiri daripada golongan guru.

Zuraida menjelaskan bahawa tekanan yang dialami oleh guru ini mengakibatkan kebanyakan mereka menghidap kecelaruan bipolar iaitu kewujudan pelbagai karekter yang berlawanan dengan keadaan guru terbabit sebelumnya. Ini diikuti kebimbangan melampau dan kemurungan. Mereka yang mengalami kecelaruan bipolar nampak sihat seperti biasa, malah pada tahap hipoaktif, mereka menjadi rajin dan produktif dalam melakukan sebarang kerja walaupun tidak mempunyai waktu rehat yang cukup. Tetapi kerja yang dilakukan tidak pernah habis dan ini yang mendatangkan sangsi kepada orang di sekeliling mereka.

Menurut beliau lagi, terdapat tiga faktor utama yang menyebabkan tekanan iaitu keturunan, factor sekeliling seperti kerja dan jaringan sosial seperti keluarga, rakan dan masyarakat. Sekiranya terdapat keturunan yang mempunyai masalah jiwa, risiko untuk guru mendapat tekanan lebih tinggi. Guru yang tertekan juga berisiko empat kali ganda lebih tinggi untuk mendapat penyakit kritikal seperti sakit jantung, darah tinggi, kencing manis dan buah pinggang. Tanda-tanda awal penyakit bermula dengan kemurungan. Guru akan mula hilang tumpuan mengajar, bosan, pendiam dan jika berlarutan mereka tidak mampu lagi untuk mengajar dan melakukan aktiviti harian.

Jika hal ini berlaku, pihak sekolah perlu memahami dan membantu guru berkenaan dengan mengurangkan waktu dan kelas mengajar serta memberi kelonggaran untuk menjalani terapi dan kaunseling.

TUGASAN 21. Jelaskan isu yang dipilih untuk menyatakan mengapa terjadinya hal tersebut Harapan tinggi ibu bapa

Guru telah mengalami tekanan akibat harapan tinggi yang diletakkan oleh ibu bapa pelajar yang mengharapkan guru-guru di sekolah boleh membantu untuk menjadikan anak-anak mereka sebagai pelajar yang cemerlang dalam akademik. Kajian yang telah dijalankan oleh Unit Kaunseling Jabatan Psikologi, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pada tahun 2006 yang mendapati bahawa 83% daripada guru telah mengalami tekanan akibat harapan tinggi yang diletakkan oleh ibu bapa pelajar yang mengharapkan guru-guru di sekolah boleh membantu untuk menjadikan anak-anak mereka sebagai pelajar yang cemerlang dalam akademik. Kajian yang sama juga menyatakan bahawa kebanyakan ibu bapa akan melepaskan sepenuhnya tanggungjawab untuk mendidik anak-anak mereka kepada guru sekolah sambil mengharapkan anak mereka memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Abu Bakar Hamzah dalam artikelnya yang dimuatkan dalam akhbar Berita Harian bertarikh 23 Februari 2007 mengatakan bahawa ibu bapa kebiasaannya akan mengukur kejayaan mutlak seseorang pelajar berdasarkan kecemerlangan akademik semata-mata tanpa mengira aspek-aspek lain yang tidak kurang pentingnya seperti kemahiran dalam bidang vokasional. Akibat daripada harapan yang terlampau tinggi, kebanyakan guru terpaksa menghabiskan banyak masa mereka di sekolah untuk mengadakan kelas-kelas tambahan di luar waktu persekolahan bagi memastikan harapan ibu bapa dipenuhi.

Bebanan kerja yang melampau

Selain itu, faktor bebanan kerja yang terlampau banyak juga menyebabkan guru-guru mengalami masalah stress. Menurut Esah Sulaiman (2003), guru merupakan pengurus pembelajaran yang bertanggungjawab untuk merancang pengetahuan, kemahiran dan nilai yang hendak diajar kepada pelajar setiap hari. Ini menunjukkan tanggungjawab guru untuk menyediakan maklumat-maklumat untuk diajar tidak semudah yang disangkakan. Guru juga dibebankan dengan tugas-tugas lain seperti tugas pentadbiran sekolah contohnya merancang dan menjalankan aktiviti sekolah, menjadi penasihat persatuan dan kelab, menjalani kursus yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah atau Jabatan Pendidikan Negeri dan sebagainya. Perkara ini mungkin dilihat mudah oleh sesetengah pihak namun ia merupakan bebanan yang amat tinggi kepada para guru kerana mereka terpaksa melakukan pelbagai jenis kerja yang berkaitan dengan akademik, kokurikulum dan pentadbiran sekaligus setiap hari. Tambahan pula, adakalanya tugas-tugas ini perlu diselesaikan pada hari minggu sehingga menyebabkan guru tidak mendapat ruang waktu untuk berehat dan bersama keluarga.

Persekitaran kerja yang kurang kondusifPersekitaran kerja yang kurang kondusif boleh menjadi punca berlakunya stres di kalangan guru. Misalnyaruang kerja yang sempit dan kelas yang tidak selesa boleh menimbulkan ketidakselesaan kepada guru. Ditambah dengan kemudahan sekolah yang tidak mencukupi untuk keperluan sendiri dan pelajar serta pelbagai isu pendidikan dalam negara.

Perubahan

Perubahan peningkatan populasi dalam masyarakat, peningkatan taraf hidup dan jenayah yang memberikan impak negatif dalam tingkah laku pelajar menyebabkan seseorang guru itu harus melakukan perubahan dalam kehidupan profesional dan peribadinya. Perubahan demi perubahan yang pantas berlaku akan menjadikan kerjaya seorang guru lebih sukar ataupuncomplicated. Sekiranya guru tidak mampu mengawal diri dan tekanan mereka dengan baik, sudah pastinya kerjaya mereka bukan sahaja akan berakhir lebih awal malahan dikenakan tindakan-tindakan disiplin yang keras pula atas segala kesalahan yang dilakukan. Perubahan demi perubahan yang berlaku dalam persekitaran dunia pendidikan pada hari ini pula ternyata menyebabkan guru juga perlu berubah, namun tidak ramai yang mampu untuk membuat perubahan secara drastik menyebabkan tekanan mula menguasai mereka dan akhirnya membawa kesan yang besar kepada sistem pendidikan. KesihatanKeadaan kesihatan guru yang terjejas akibat kemalangan dan berlaku kematian dalam kalangan keluarga juga boleh menyebabkan guru stress, mengalami kemurungan dan fikiran terganggu.

2. Nyatakan implikasi isu tersebut ke atas diri anda sebagai bakal seorang guru .

Menurut (Saunders, 1998), stress is an external pressuring force or a catalyst resulting in tension. Tension is an internal force that builds up inside and is caused by stress. (How To Manage Stress And Take Control Of Your Life)

Stres seperti yang dimaksudkan di atas boleh berlaku pada sesiapa, di mana- mana namun pada masa tertentu sekiranya berlakunya sesuatu peristiwa yang boleh menyumbang ke arah pembentukan stres. Sebagai bakal guru, saya perlu berlatih untuk mengelakkan diri daripada melakukan perkara yang boleh menyumbang kepada stres supaya tidak terdedah dengan kesan kesan negatif stres.

Cara mengatasi stres yang pertama adalah dengan mengaturkan masa dengan teliti. (Tuskan, 2002) dalam buku karangannya Kaedah Mengatasi Gangguan Stres dan Emosi Menurut Islam mengatakan bahawa masa yang ada dalam kehidupan individu perlu diatur mengikut kepentingan matlamat yang hendak dicapai dan dilakukan secara berfasa. Kehidupan seharian sebagai seorang guru dan mungkin suri rumah tangga pastinya menuntut perhatian yang perlu dibahagikan secara sistematik. Dalam merancang pelaksanaan tugasan, guru perlulah bijak membahagikan masa 24 jam yang ada mengikut kepentingan masing masing. Matlamat setiap tugasan perlu diukur kepentingannya agar masa yang diagihkan menjadi lebih sistematik. Jadual yang sistematik juga perlu dirangka sebagai rujukan untuk guru menyiapkan tugasan satu persatu agar tidak ada yang tertinggal dan boleh menyebabkan guru stres.

Cara mengatasi stres yang seterusnya ialah dengan cuba untuk sentiasa bertenang. (Kenton,1988) menyatakan relaxation is also the most important key to mitigating the damaging effects of long term stress... Tekanan adalah perkara yang memang akan dilalui oleh setiap individu, namun ketenangan adalah kunci yang diperlukan untuk membuka ruang bagi diri berfikir dengan lebih rasional, bukannya emosional.

Cara mengatasi stres yang seterusnya ialah tidak mencampuradukkan urusan peribadi dan rasmi. Lazimnya guru yang sudah berumahtangga akan terbawa- bawa masalah mereka sehingga ke sekolah. Akibatnya, rakan sejawat yang ingin beramah mesra takut untuk menegur dan berbincang tentang tugasan yang sepatutnya dilaksanakan bersama. Guru sepatutnya bersikap profesional dan cuba sedaya upaya meninggalkan masalah rumahtangga di rumah dan tidak menjejaskan prestasi dan hubungannya dengan rakan sejawat. Tekanan yang telah sedia ada dan berpunca daripada masalah lain tidak seharusnya ditambahkan lagi dengan menjejaskan hubungan antara rakan sejawat.

Selain itu, stres mampu diatasi dengan cara yakin terhadap kebolehan diri sendiri. Seorang guru yang berkualiti tidak kiralah daripada kategori permulaan, mahir, atau cemerlang sekalipun, seharusnya bersedia dengan apa jua tugasan baru yang mencabar dalam proses untuk meningkatkan diri ke satu tahap yang lebih baik. Justeru, perasaan takut dan tidak yakin akan kebolehan diri perlulah dikikis dalam usaha menjauhkan diri daripada tekanan. Guru perlulah sentiasa berfikiran positif dengan menganggap bahawa segala tugasan baharu yang tidak pernah dilakukan sebagai medium untuknya meningkatkan kemahiran dan pengetahuan diri ke peringkat yang lebih baik. Jika guru sentiasa mengelak untuk melaksanakan tugasan baharu kerana takut diri tertekan, maka kemungkinan besar kualiti diri tidak dipertingkatkan dan kurangnya pengalaman dalam diri sendiri.

Selain dari semua perkara diatas, apa yang perlu saya lakukan ialah melakukan pemeriksaan kesihatan berkala. Saya akan sentiasa melakukan pemeriksaan kesihatan yang berkala dalam memastikan tahap kesihatan saya berada dalam keadaan yang baik. Sebagai guru saya mestilah berusaha menjaga tahap kesihatan saya kerana hal ini memberi kesan yang lebih serius sekiranya saya menghadapi masalah. Umpamanya, guru yang mengalami masalah kesihatan akan lebih cenderung mengalami masalah stress di sekolah sekaligus memberi mudarat kepada profesion secara umumnya dan murid secara khususnya.

Saya juga akan cuba membina hubungan baik sesama rakan sekerja. Ini perlu kerana saya memerlukan rakan untuk berbincang dan sekiranya berlaku sebarang masalah berkaitan tugas di sekolah. Hal ini mungkin dapat menghilangkan sedikit tekanan yang dihadapi oleh guru. Sekiranya masalah-masalah yang dialami disimpan bersendirian, ia akan menyebabkan guru lebih mudah menghadapi tekanan di tempat kerja.

3. Berikan cadangan sejauhmana peranan pihak sekolah di dalam membantu kalangan guru yang menghadapi masalah tersebut Kerjaya sebagai seorang guru adalah satu kerjaya yang cukup mencabar. Banyak pengorbanan yang perlu dilakukan oleh seorang guru untuk memberi yang terbaik kepada para pelajar. Sesuatu yang positif perlu dilakukan segera oleh pihak atasan sekolah bagi mengelakkan punca-punca tekanan ini membawa kesan yang lebih teruk sekiranya dibiarkan berterusan. Antara perkara yang boleh dilakukan oleh pihak sekolah ialah : Menyediakan persekitaran kerja yang kondusif kepada guru-guru.

Pihak sekolah perlu memastikan persekitaran tempat kerja guru adalah selesa dan selamat. Keceriaan merupakan salah satu aspek penting dalam sekolah berkesan. Selain bilik darjah juga amat memberangsangkan belajar dan mewujudkan situasi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Kawasan sekolah yang cantik ,bersih dan menarik akan membantu memulihkan emosi guru .

Memberi tugasan mengikut kesesuaian.

(Charlesworth, 2004) mengatakan other problems such as excessive workload may exist only in some departments and this require narrower solution such as redesign of the way a job is performed. Pernyataan ini menunjukkan bahawa adakalanya stres juga berpunca daripada lebihan kerja yang diberikan oleh organisasi atau panitia masing- masing. Justeru, adalah amat diperlukan untuk setiap organisasi menyusun semula tugasan mengikut kesesuaian dan kemahiran setiap guru bagi mengelakkan tekanan dalam diri masing masing. Jika guru diberikan bebanan kerja mengikut kemampuan masing- masing, maka tidak akan timbul isu tertekan kerana tidak mampu menyiapkan tugasan.

Memberikan tekanan kepada ibu bapa tentang tanggungjawab mereka kepada anak-anak mereka bukannya kepada guru-guru sahaja.

Bagi pihak ibu bapa dan pengurusan sekolah, mereka tidak sepatutnya meletakkan harapan yang terlalu tinggi kepada guru-guru di sekolah. Hal ini kerana, tugas mendidik anak adalah tanggungjawab ibu bapa dibantu oleh guru di sekolah. Adalah menjadi satu kesilapan besar sekiranya tugas mendidik anak-anak sekadar diletakkan di bawah tanggungjawab guru dan hal ini secara tidak langsung memberikan tekanan hebat kepada para guru di sekolah.

Memberi sokongan

Pihak sekolah juga boleh membantu guru-guru yang bermasalah dengan menunjukkan rasa simpati kepada mereka. Mereka sangat memerlukan sokongan semua pihak pada masa ini. Rasa simpati dan nasihat yang diberikan oleh pentadbir dan rakan-rakan guru mungkin mampu membantu guru-guru yang menghadapi tekanan ini. Konflik yang sedang berlaku akan berterusan tanpa noktah sekiranya masih tiada ruang untuk bekerjasama dibuka seluas-luasnya untuk kedua-dua belah pihak iaitu pentadbiran dan akademik.

Secara kesimpulannya kerjaya sebagai seorang guru adalah satu kerjaya yang cukup mencabar. Banyak pengorbanan yang perlu dilakukan oleh seorang guru untuk memberi yang terbaik kepada para pelajar. Sesuatu yang positif perlu dilakukan segera oleh pihak atasan sekolah dan juga guru bagi mengelakkan punca-punca tekanan ini membawa kesan yang lebih teruk sekiranya dibiarkan berterusan.

Akhirnya, sokongan yang berterusan daripada pihak pengetua sehinggalah kepada kakitangan pentadbiran amat penting bagi menjamin persekitaran tempat kerja yang harmoni dan aman untuk semua pihak. Keprihatinan terhadap beban tugas guru perlu ditingkatkan oleh segenap lapisan masyarakat demi memastikan kelangsungan sistem pendidikan di Malaysia seterusnya usaha melahirkan generasi pewaris negara berterusan dan tidak terhenti.TUGASAN 2: PEMBENTANGAN

TAJUK : SEJAUH MANAKAH USAHA USAHA YANG DI JALANKAN DI MALAYSIA DALAM MEMBERIKAN PERLINDUNGAN KEPADA KANAK KANAK SEPERTI MANA DALAM KONVENSYEN HAK KANAK KANAK 1989 BERJAYA DILAKSANAKAN .

TUGASAN 3 : PENULISAN REFLEKSI

Tema Hari Guru yang ke-43 ialah, Guru: Pencetus Kreativiti , Penjana Inovasi. Bertepatan dengan tema tersebut, guru-guru disarankan untuk bertindak menjadi penjana inovasi untuk menjana minda murid menjadi lebih dinamik bagi menghadapai cabaran yang lebih mencabar di alaf 21 ini. Hal demikian disebabkan kepesatan dalam bidang ilmu, maklumat dan kemahiran yang berupaya untuk mewujudkan perubahan bentuk-bentuk pekerjaan pada masa hadapan. Oleh itu, wajar untuk guru menjadi pencetus inovasi yang dimulakan dalam sistem pendidikan pada masa kini.

Di samping itu, perubahan dalam kurikulum pendidikan kini berkehendakkan guru untuk menyediakan generasi pelajar yang mampu berdepan dengan kehidupan yang serba mencabar dan perubahan pekerjaan dalam bentuk pekerjaan yang akan datang maka wajar untuk guru juga melakukan inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran serta mencetuskan kreativiti dan inovasi dalam kalangan pelajar.

Syed Ismail bin Syed Mustapa dan Ahmad Subki bin Miskon, 2010, mengemukakan bahawa guru yang berinovasi dalam pengajarannya dapat mencetuskan idea baharu dan dapat menterjemahkan kehendak dan matlamat kurikulum dengan menggunakan kaedah, pendekatan dan strategi pengajaran serta pembelajaran yang kreatif dan inovatif. Situasi tersebut berupaya untuk mengelakkan pelajar mudah rasa bosan. Kehidupan pelajar sekarang ini yang terdedah dengan kepesatan penggunaan teknologi maklumat mencabar keupayaan guru untuk menarik minat pelajar fokus pada pembelajaran dalam kelas. Oleh itu, inovasi yang dilakukan oleh guru dalam penyampaian pengajarannya mampu untuk menarik minat pelajar untuk fokus kepada pengajaran dan pembelajaran.

Guru berinovasi tidak akan terikat dengan sesuatu cara dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah, sebaliknya sentiasa berfikir di luar kotak pemikiran biasa untuk mencari kaedah serta pendekatan baru yang lebih berkesan. Guru yang berinovasi berupaya untuk membentuk dan melahirkan pelajar yang berdaya saing, kreatif dan dapat mengembangkan pemikiran mereka serta amat berguna apabila berada di dunia pekerjaan. Dengan adanya aspek ini, sesi pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih menarik dan berkesan kerana berjaya menarik tumpuan pelajar.

Dalam usaha mencapai tahap pendidikan bertaraf dunia, beberapa inovasi kurikulum sekolah telah dilaksanakan bagi mencapai tujuan tersebut. Antaranya Sekolah Bestari dan Bestari Net. Bagi mencapai tujuan tersebut, Kementerian Pendidikan berusaha menyiapkan para guru yang merupakan agen pelaksana perubahan kurikulum dan inovasi dengan pelbagai kemahiran, kemudahan dan sentiasa memastikan para guru bermotivasi untuk melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan. Kesediaan guru untuk menukar amalan sedia ada kepada amalan baru akan memastikan perubahan kurikulum yang direncanakan berjaya mencapai matlamatnya. Justeru, para guru mestilah diberikan pendedahan, pengalaman dan memiliki kemahiran yang tinggi untuk melaksanakan tranformasi kurikulum tersebut. Pendedahan yang diberikan boleh meningkatkan kefahaman guru terhadap sesuatu perubahan seperti keperluan guru untuk lebih berinovasi dalam pengajaran dan pembelajaran. Pendedahan dan kefahaman yang dimiliki guru akan dapat melahirkan guru yang kreatif dan inovatif dalam pengajarannya. Seterusnya dapat membentuk dan melahirkan pelajar yang kreatif dan inovatif juga. Dengan itu, perubahan dalam pendidikan masa kini akan berupaya menyediakan masyarakat yang berdaya saing pada peringkat dunia.

Dalam kurikulum pendidikan masa kini, aspek kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) sangat dititikberatkan. Oleh sebab itu, soalan-soalan peperiksaan awam yang diduduki pelajar sekarang ini lebih menekankan soalan berasaskan KBAT. Inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran mampu untuk melahirkan pelajar yang berfikir aras tinggi kerana amalan inovasi yang tertentu oleh guru akan menggalakkan pelajar untuk berfikir di luar pemikirannya bagi mencari penyelesaian kepada masalah pembelajaran yang dihadapi oleh pelajar. Keupayaan pelajar berfikir diluar kebiasaan pemikirannya akan membolehkan pelajar memiliki kemahiran berfikir aras tinggi.

RUJUKAN

Syed Ismail bin Syed Mustapa, Ahmad Subki bin Miskon. (2010). AsasKepimpinan&PerkembanganProfesional. Selangor :Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

http://www.jkm.gov.my/content.php?pagename=perkhidmatan_kanak-kanak&lang=bmhttp://www.commonlii.org/my/journals/JMCL/2005/6.html#fn11http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/isu-nasional/524-kolumnis-akhbar/16595-peka-isu-perlindungan-kanak-kanak.htmlhttp://bersamacikgu.blogspot.comhttp://pelitaminyak.blogspot.com/http://www.slideshare.net/sakuragi/inovasi-dan-perubahan-dalam-pendidikan-edu-3109

LAMPIRAN

6 Februari 2015

RENCANA UTAMA

Ramai guru sakit jiwa

Oleh SITI NOR AFZAN [email protected]

Profesion perguruan terdedah kepada risiko tinggi untuk mengalami tekanan mental.

PESAKIT mental terpaksa berjumpa pakar psikiatri secara berkala.

BEBANAN kerja sebagai guru semakin kompleks kerana selain mengajar, mereka juga terpaksa menyediakan soalan-soalan peperiksaan dari semasa ke semasa, mengisi buku kedatangan, buku disiplin dan ringkasan mengajar, borang kesihatan dan rekod kemajuan murid, kelab dan persatuan, serta mengendalikan persiapan hari sukan.

Justeru, guru-guru dikatakan terdedah kepada risiko tinggi untuk mengalami tekanan sehingga boleh membawa kepada penyakit mental yang serius seperti bipolar, kebimbangan melampau dan kemurungan.

Kajian oleh Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mendapati 70 peratus daripada 9,000 guru di seluruh negara tertekan bukan sahaja kerana beban tugas tetapi juga terpaksa berdepan dengan kerenah pengetua, kerani, ibu bapa dan juga pelajar.

Bagi Noreha (bukan nama sebenar), selain terpaksa berdepan dengan masalah rumah tangga, dia turut tertekan dengan kerenah pengetua sekolah tempatnya bertugas.

Guru berusia 46 tahun itu yang ditemui di Wad Psikiatri, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) berkata, dek kerana tekanan, dia sering diketepikan dalam pelbagai aktiviti sekolah.

"Sebelum ini saya memang sudah mengalami tekanan. Pengetua pula selalu mempertikaikan cuti yang saya pohon sedangkan surat daripada doktor disertakan.

"Bila kerja semakin bertambah, dicampur pula dengan tekanan daripada orang atas dan kerenah anak-anak, saya semakin runsing," katanya.

Noreha yang merupakan penanda kertas peperiksaan Matematik untuk peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) memberitahu, dia sebenarnya seronok menjadi guru.

"Saya memang suka mengajar, lebih-lebih lagi apabila murid banyak bertanya dan cemerlang dalam peperiksaan. Tetapi keadaan sekeliling seperti pengurusan sekolah dan rakan sejawatan banyak memberi tekanan.

"Ada juga yang faham keadaan saya, tetapi lebih ramai yang mengatakan saya gila. Mereka tidak faham mengapa saya perlu cuti untuk pergi berjumpa pakar psikiatri. Mereka juga anggap saya terlalu ikutkan perasaan," jelasnya.

HARAPAN yang tinggi terhadap keputusan peperiksaan pelajar turut memberi tekanan kepada golongan guru.

Noreha yang berasal dari Pulau Pinang tidak menafikan pihak sekolah ada memberi pelepasan kepadanya tetapi apa yang menyesakkan fikirannya ialah cutinya sering menjadi buah mulut orang.

Ada yang mendakwa Noreha sengaja menjadikan tekanan yang dialaminya sebagai alasan untuk bercuti.

"Secara fizikalnya saya memang sihat, tetapi dalaman saya berkecamuk. Saya bukan buat-buat sakit. Ikutkan hati, saya tak mahu masuk hospital dan tinggalkan keluarga dan kerjaya saya," katanya.

Ibu kepada dua orang anak ini juga memberitahu, dia cuba untuk mengawal perasaannya daripada terus tertekan, tetapi adakalanya semakin dia cuba untuk tenang, semakin agresif pula jadinya.

"Kadang-kadang saya tak rasa tertekan. Saya rasa sihat, tetapi orang sekeliling tak anggap begitu, mereka mula sorokkan pisau. Kebelakangan ini saya kerap dimasukkan ke wad berbanding dulu," katanya.

Kerja tujuh hari semingguBerbeza dengan Norehan, akibat terbeban dengan kerja sebagai guru JQAF, Zaimah Mishan, 42, pernah mengalami sakit jiwa.

Dia yang mengajar sekolah aliran agama tidak mampu untuk menanggung beban tersebut lebih-lebih lagi banyak masa dihabiskan di sekolah berbanding bersama keluarga.

"Saya pernah mengalami masalah jiwa iaitu kecelaruan bipolar sehingga saya tidak mampu mengajar. Enam bulan saya dirawat dan direhatkan.

"Ramai melihat guru JQAF tidak banyak kerja memandangkan mereka hanya mengajar agama tidak seperti sekolah aliran kebangsaan. Namun, mereka juga dibebani dengan komitmen luar," katanya.

NOR ZURAIDA

Zaimah yang pernah mengajar di beberapa buah sekolah berkata, ada pengurusan sekolah yang memahami tanggungjawab guru JQAF namun ada juga sekolah yang menyamakan guru JQAF seperti guru-guru lain.

"Semasa saya mengajar di sekolah A, saya pernah bekerja tujuh hari seminggu, dari pagi hinggalah petang sampaikan tiada masa untuk suami dan anak-anak.

"Hari Isnin hingga Jumaat, saya mengajar seperti biasa. Kadang-kadang saya diminta menggantikan guru lain mengajar subjek bukan aliran JQAF.

"Hari Sabtu pula, ada kegiatan kokurikulum yang mana semua guru terlibat dan hari Ahad pula saya selaku guru JQAF diwajibkan terlibat dalam Kem Bestari Solat," katanya.

Menurut Zaimah, beban terlalu berat yang tidak dipantau oleh pegawai yang sepatutnya itu ternyata memberi kesan kepada guru-guru JQAF.

"Kami terbeban, tersepit, letih, dan hampir kena mental block. Masa yang ada untuk berehat ialah waktu malam, itu pun kami terpaksa bawa pulang buku latihan murid-murid untuk ditanda.

"Itu tidak termasuk kursus atau kertas kerja yang perlu dibereskan untuk aktiviti gerak kerja," katanya.

Zaimah yang baru lima bulan mengajar semula selepas bercuti panjang menjelaskan, keadaan dirinya ketika 'sakit' dahulu bertambah teruk lebih-lebih lagi apabila suaminya berkahwin lain dan anak-anak enggan berjumpa dengannya.

"Bila saya tertekan dengan kerja, suami kata dia nak kahwin lain dengan alasan saya terlalu sibuk dengan kerja. Keadaan saya bertambah teruk waktu itu.

"Bila sakit saya datang, anak-anak tidak mahu dekat dengan saya. Hanya keluarga saya yang datang memberi sokongan untuk saya jalani terapi dan rawatan di hospital.

"Selepas bercuti lama, saya mengajar di sekolah lain. Alhamdulillah, selepas menjalani rawatan dan sesi kaunseling, saya sudah boleh mengawal tekanan di tempat kerja. Suami dan anak-anak pula sudah kembali pada saya," katanya.

Berisiko mendapat penyakit kritikalMENURUT Pakar Perunding Kanan Psikiatri, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Prof. Nor Zuraida Zainal, setiap tahun dianggarkan 22,000 pesakit mendapatkan rawatan di klinik dan wad psikiatri hospital berkenaan. Kira-kira 10 peratus daripada mereka terdiri daripada golongan guru.

Guru sekarang tidak seperti guru zaman dahulu. Guru sekarang terbeban kerana banyak tugasan baru yang perlu dilaksanakan selain mengajar.

Di samping sibuk dengan aktiviti persatuan, panitia, kelab, rumah sukan, kursus dan gerak kerja luar sekolah, guru-guru juga perlu berdepan dengan tekanan lain.

Mereka turut berhadapan dengan perangai pelajar dan kerenah ibu bapa serta pengetua yang sentiasa menaruh harapan tinggi untuk melahirkan pelajar cemerlang dalam peperiksaan, katanya.

Ramai ibu bapa, tidak kira di bandar atau di luar bandar, masih menganggap bahawa sekolah dan pusat tuisyen ialah tempat untuk mendidik anak mereka dan menyerahkan tanggungjawab itu sepenuhnya kepada guru.

Apabila ada anak yang gagal, sesetengah ibu bapa terus menuding jari kepada guru sedangkan kejayaan para pelajar tidak hanya bergantung kepada pengajaran di sekolah.

Bercakap mengenai gejala tekanan yang sering dialami oleh pesakit-pesakitnya yang juga guru, Nor Zuraida memberitahu, kebanyakan mereka menghidap kecelaruan bipolar iaitu kewujudan pelbagai karakter yang berlawanan dengan keadaan guru terbabit sebelumnya. Ini diikuti kebimbangan melampau dan kemurungan.

Mereka yang mengalami kecelaruan bipolar nampak sihat seperti biasa, malah pada tahap hipoaktif, mereka menjadi rajin dan produktif dalam melakukan sebarang kerja walaupun tidak mempunyai waktu rehat yang cukup.

Tetapi kerja yang dilakukan tidak pernah habis dan ini yang mendatangkan sangsi kepada orang di sekeliling mereka, katanya.

Tiga faktor utama yang menyebabkan tekanan ialah keturunan, faktor sekeliling seperti kerja dan jaringan sosial seperti keluarga, rakan-rakan dan masyarakat.

Sekiranya terdapat keturunan yang mempunyai masalah jiwa, risiko untuk guru mendapat tekanan menjadi lebih tinggi.

Malah, jelas Nor Zuraida, guru yang tertekan berisiko empat kali ganda lebih tinggi untuk mendapat penyakit kritikal seperti sakit jantung, darah tinggi, kencing manis dan buah pinggang.

Tanda-tanda awal penyakit ini bermula dengan kemurungan. Guru akan mula hilang tumpuan mengajar, bosan, pendiam dan jika berlarutan mereka tidak mampu lagi untuk mengajar dan melakukan aktiviti harian.

Sekiranya wujud keadaan-keadaan seperti ini, pihak pengurusan sekolah perlu memahami dan membantu guru berkenaan dengan mengurangkan waktu dan kelas mengajar serta memberi kelonggaran untuk menjalani terapi dan kaunseling, jelas Nor Zuraida.

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) MOD PJJ

IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN

(AMBILANSEMULA2014)

EDU 3093

(GURU DAN CABARAN SEMASA)

TUGASAN :

1. Membuat pembentangan secara persembahan powerpoint bertajuk Sejauh manakah usaha-usaha dijalankan di Malaysia dalam memberikan perlindungan kepada kanak kanak seperti terkandung dalam Konvensyen Hak Kanak kanak 1989 berjaya di laksanakan .

PENGHARGAAN Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Bersyukur kepada Allah kerana dengan izin-Nya dapat saya menyiapkan kerja kursus EDU 3093 ini dengan jayanya.

Pertama sekali saya ingin mengucapka terima kasih yang tidak terhingga juga ditujukan kepada pensyarah EDU kelas saya iaitu TN HJ. NORDIN BIN WAN DAUD kerana telah memberi tunjuk ajar dan bimbingan kepada saya bagi menyempurnakan kerja kursus ini. Kerjasama yang diberikan telah membantu saya untuk menyiapkan kerja kursus ini dalam jangka masa yang ditetapkan.

Tidak lupa juga setinggi-tinggi terima kasih kepada rakan-rakan seperkuliahan saya yang telah memberi tunjuk ajar dan bantuan dalam pelbagai bentuk samada dari segi pemerolehan bahan-bahan rujukan atau pelbagai bentuk pertolongan yang lain. Ini juga termasuk kepada mana-mana individu atau kumpulan yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam kerja kursus ini. Di harapkan kerja kursus dapat memberi input berguna kepada sesiapa yang membuat rujukan dan pembacaan mengenai bahan ilmiah ini.

Sekian, terima Kasih.ISI KANDUNGAN

PERHARGAAN

TUGASAN 1

Penulisan Sinopsis

Tugasan 2

Pembentangan

Tugasan 3

Penulisan Refleksi

REFLEKSIRUJUKAN

LAMPIRANREFLEKSI

Alhamdulilah bersyukur saya ke hadirah Ilahi kerana mampu menyiapkan tugasan EDU 3093 ini dengan baik dan sempurna.Tugasan ini mengandungi tiga bahagian dan di laksanakan secara individu serta berpasangan.

Sepanjang melaksanakan tugasan pertama ini, saya telah menimba pelbagai ilmu dan pengalaman yang cukup berguna dalam proses pembelajaran. Bermula dengan langkah pertama saya dikehendaki membuat satu penulisan sinopsis .Dalam penulisana sinopsis saya di kehendaki mengulas isu mengenai tekanan emosi guru dalam melaksanakan tugas sering kali mendapat liputan meluas di media massa dan sebagai seorang guru yang professional haruslah menangani tekanan emosi sebagai satu kesediaan menghadapi isu dan cabaran .Pada mulanya saya menghadapi kesukaran untuk menyiapkan tugasan satu ini .Namun dengan melakukan rujukan dari sumber sumber yang berkaitan akhirnya saya Berjaya menyiapkan tugasan satu ini . Manakala untuk tugasan dua pulak saya di kehendaki memilih salah satu tajuk untuk dibentangkan secara berkumpulan .Oleh itu saya bersama kawan sekuliah saya melakukan perbincangan untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan . Melalui aktiviti pembentangan di dalam kelas ini, ianya telah berjaya mendidik diri saya agar menjadi seorang pelajar yang sentiasa yakin dengan kemampuan diri. Untuk berdiri dan berucap di hadapan kelas bukan lah satu perkara yang mudah dan senang kerana ia memerlukan satu keberanian. Tambahan pula saya perlu membentangan hasil dapatan kepada pensyarah dan juga rakan-rakan yang lain. Terdapat pelbagai soalan yang akan di tanya dan situasi ini memerlukan saya untuk bersedia bagi menjawab semua soalan yang di tanya. Jadi, tindakan sebegini secara tidak langsung telah berjaya mendidik dan melatih diri saya untuk berkomunikasi dengan lebih yakin dan bersemangat.

Manakala untuk tugasan yang terakhir iaitu membuat penulisan refleksi .Dalam tugasan ini pula saya dikehendaki memilih mana-mana tajuk .Secara keseluruhan dengan membuat tugasan yang ketiga ini juga dapat memahami tajuk tajuk yang di bentangkan oleh kumpulan lain juga .Akhir kata saya berasa sangat berpuas hati kerana telah berjaya menyiapkan tugasan pertama ini dengan lancar dan sempurna. Harapan saya agar tugasan ini mampu memberi manfaat dan berguna kepada orang lain untuk di jadikan sebagai rujukan atau panduan.

NAMA PELAJAR : YUSRI BIN ABU BAKAR

NO. K/P : 810329-09-5039

NAMA PELAJAR : KHAIRUL ANNUAR BIN HUSSIN

NO . K/P : 810908-02-5035

OPSYEN :MATEMATIK PENDIDIKAN RENDAH

KUMPULAN :AMBILAN SEMULA 2014

SEMESTER :LAPAN

PENSYARAH :HJ. NORDIN BIN WAN DAUD

PENGHARGAAN