1 1.0 PENGENALAN Kolaj adalah salah satu teknik yang digunakan untuk menggambar dan ia juga dirujuk sebagai tampalan. Teknik ini mula diperkenalkan oleh Pablo Picasso pada tahun 1912. Beliau mula menggunakan kertas yang digunting untuk dijadikan lukisan dan ia merupakan kolaj pertama yang digunakan di dalam seni halus. Antara bahan yang biasa digunakan untuk kerja kolaj ini ialah carikan kertas-kertas, keratan surat khabar, kepingan-kepingan besi, kain atau kain perca dan sebagainya. Kini, teknik kolaj telah berkembang ke arah yang lebih canggih seperti menggunakan teknik jahitan dan tampalan kain dalam kolaj. Jikalau dahulu, teknik kolaj hanya menggunakan bahan-bahan seperti kertas sahaja, tetapi kini, telah banyak bahan yang boleh digunakan seperti guntingan kain perca yang memiliki pelbagai corak yang lebih menarik. Dalam hal ini, kehalusan, ketelitian dan kesabaran yang tinggi amat diperlukan untuk menghasilkan kolaj yang lebih menarik, cantik dan berkualiti.
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
1
1.0 PENGENALAN
Kolaj adalah salah satu teknik yang digunakan untuk menggambar dan ia
juga dirujuk sebagai tampalan. Teknik ini mula diperkenalkan oleh Pablo Picasso
pada tahun 1912. Beliau mula menggunakan kertas yang digunting untuk
dijadikan lukisan dan ia merupakan kolaj pertama yang digunakan di dalam seni
halus. Antara bahan yang biasa digunakan untuk kerja kolaj ini ialah carikan
kertas-kertas, keratan surat khabar, kepingan-kepingan besi, kain atau kain
perca dan sebagainya.
Kini, teknik kolaj telah berkembang ke arah yang lebih canggih seperti
menggunakan teknik jahitan dan tampalan kain dalam kolaj. Jikalau dahulu,
teknik kolaj hanya menggunakan bahan-bahan seperti kertas sahaja, tetapi kini,
telah banyak bahan yang boleh digunakan seperti guntingan kain perca yang
memiliki pelbagai corak yang lebih menarik. Dalam hal ini, kehalusan, ketelitian
dan kesabaran yang tinggi amat diperlukan untuk menghasilkan kolaj yang lebih
menarik, cantik dan berkualiti.
2
STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
Mata pelajaran Pendidikan Seni Visual merupakan salah satu mata
pelajaran elektif yang perlu dititikberatkan oleh para guru di sekolah. Sebagai
seorang guru mata pelajaran Pendidikan Seni Visual, kita mestilah
melengkapkan diri kita dengan pengetahuan tentang strategi-strategi pengajaran
dan pembelajaran yang kondusif dan menarik bagi mencapai objektif pengajaran
dan pembelajaran sebelum kita mengajar sesuatu topik dalam mata pelajaran ini.
Kepelbagaian strategi ini boleh membantu para guru mata pelajaran
Pendidikan Seni Visual untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran. Dalam hal ini, guru juga perlu memainkan peranan dalam memilih
strategi yang bersesuaian dengan suasana pembelajaran. Perancangan
pengajaran dan pembelajaran yang kreatif dan bersistematik dapat menentukan
keberkesanan pembelajaran ke tahap yang optimum.
Sharifah Alwiah Alsagoff (1986) mengatakan bahawa kaedah mengajar
ialah peredaran ke arah satu tujuan pengajaran yang telah dirancangkan dengan
teratur. Hasan Langgulung (1981) pula mengatakan bahawa kaedah itu
sebenarnya bermaksud jalan untuk mencapai tujuan. Jadi, apa saja cara yang
guru lakukan untuk memberi faham kepada pelajar bagi mencapai objektif
pengajaran, maka itu adalah kaedah.
Abu Saleh (1988) mengatakan bahawa kaedah itu ialah satu aktiviti
pengajaran yang mengandungi langkah-langkah yang tersusun dan dalam tiap-
tiap langkah itu pula mempunyai kemahiran dan latihan yang terancang.
Padanya, kaedah mengajar bukanlah tujuan utama pengajaran, tetapi ia
merupakan wasilah, iaitu satu jalan untuk mencapai objektif pengajaran.
Demikian juga dengan Hasan Langgulung (1981) mengatakan bahawa
kaedah itu sebenarnya bermaksud jalan untuk mencapai tujuan. Jadi apa sahaja
cara tindakan dan aktiviti yang dilakukan oleh guru untuk memberi faham kepada
pelajar bagi mencapai objektif pengajaran maka itu adalah kaedah, walau pun
3
ia tidak mempunyai nama-nama khas, seperti yang dibawa oleh Sharifah Alwiah,
Atan Long (1981) dan lain-lain.
Berdasarkan kepada ini bermakna tidak ada satu kaedah yang terbaik
untuk semua mata pelajaran bagi semua pelajar dalam semua keadaan.
Kaedah harus berubah mengikut keadaan masa, tempat dan pelajar. Dengan
demikian, guru harus pandai memilih kaedah yang baik, yang sesuai dengan
keadaan masa, tempat dan pelajar.
4
Strategi pengajaran
dan pembelajaran
PSV
Konstruktivis-me
Pembelajaran masteri
Pembelajaran koperatif
Pembelajaran konseptual
Pembelajaran kontekstual
Pembelajaran asas kendiri
Teori kecerdasan
pelbagai
Teknologi komunikasi
dan maklumat
Kajian masa depan
Kemahiran berfikir
Belajar cara belajar
5
Berikut merupakan strategi-strategi pengajaran dan pembelajaran serta
huraiannya secara ringkas :
i) Konstruktivisme
Konstruktivisme merupakan satu istilah yang merujuk kepada satu
fahaman bahawa murid membina sendiri pengetahuan atau konsep secara aktif
berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. (PPK, KPM, 2001)
Dalam proses ini, murid akan menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan
pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baharu.
Mereka membentuk peraturan melalui refleksi tentang interaksi mereka
dengan objek dan idea. Dalam erti kata lain, strategi ini menggalakkan murid
mencipta penyelesaian mereka sendiri, mencari idea, membuat kajian, membina
keyakinan diri, melakukan interaksi secara aktif dan seterusnya menghasilkan
proses inkuiri.
Menurut pendapat John Dewey (1910), “Pendidik yang cekap harus
melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran sebagai proses menyusun
atau membina pengalaman secara berterusan. Murid juga harus mengambil
bahagian secara aktif di dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran.”
Jean Piaget telah memperkenalkan empat fasa dalam perkembangan
pemikiran kanak-kanak yang menjadi asas kepada kefahaman konstuktivisme
iaitu :
Fasa Pertama : Kanak-kanak menaakul tidak bercirikan struktur yang logik.
Fasa Kedua : Definisi ciri-ciri struktur matematik logikal.
Fasa Ketiga : Pembinaan pengetahuan melalui struktur mata pelajaran.
Fasa Keempat : Mekanisme perkembangan mengaitkan perhubungan antara
asimilasi dan akomodasi.
Konstruktivisme adalah satu fahaman bahawa murid membina sendiri
pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan dan
pengalaman sedia ada. Dalam proses ini, murid akan menyesuaikan
6
pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina
pengetahuan baru
Ciri-Ciri Pembelajaran Secara Konstruktivisme
• Menggalakkan murid bertanya dan berdialog dengan murid dan
guru menyokong pembelajaran secara koperatif.
• Mengambil kira kepercayaan dan sikap yang dibawa oleh murid.
• Menggalakkan dan menerima daya usaha dan autonomi usaha
• Memberi peluang kepada murid untuk membina pengetahuan baru dengan
memahaminya melalui penglibatan murid dengan situasi dunia yang sebenar.
• Mengambil kira dapatan kajian tentang bagaimana murid belajar sesuatu idea.
Cabaran Guru Dalam Pembelajaran Konstruktivisme
Guru merasa mereka tidak mengajar.
Kawalan kelas agak merosot.
Amalan yang dimajukan dalam pembelajaran secara konstruktivisme tidak
realistik.
Guru yang sedang menukar cara mengajar kepada pendekatan
konstruktivisme memerlukan sokongan profesional.
Implikasi Konstruktivisme
1) Guru akan mengenalpasti pengetahuan sedia ada murid dan merancang
kaedah pengajarannya dengan sifat asas pengetahuan tersebut.
2) Pengajaran dan pembelajaran berpusatkan murid.
3) Pengetahuan yang dipunyai oleh murid adalah hasil daripada aktiviti yang
dilakukan oleh murid tersebut dan bukan pengajaran yang diterima secara
pasif.
4) Guru berperanan sebagai pereka bentuk bahan pengajaran yang
menyediakan peluang kepada murid untuk membina pengetahuan baru.
7
ii) Pembelajaran masteri
Pembelajaran masteri merupakan satu strategi pengajaran dan
pembelajaran yang mementingkan penguasaan murid dalam hasil pembelajaran
bagi sesuatu unit pelajaran sebelum berpindah ke unit pelajaran yang
seterusnya. Strategi ini memerlukan peruntukan masa yang mencukupi dan
proses pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti. Sekiranya murid belum
dapat menguasai atau memahami isi pelajaran bagi sesuatu unit pelajaran, maka
aktiviti pemulihan akan diberikan kepada murid tersebut.
Sementara itu, murid yang sudah memahami dan menguasai sesuatu unit
pelajaran pula akan diberikan aktiviti pengayaan. Bagi situasi ini, guru perlulah
menentukan hasil pembelajaran, memastikan dan melaksanakan aktiviti
pengajaran yang menarik serta menilai keupayaan murid semasa aktiviti
pembelajaran berlangsung.
Pendekatan masteri merupakan pendekatan yang berfokus kepada
penguasaan pelajar di mana murid-murid perlu memahami satu unit pengajaran
dahulu sebelum berpindah kepada unit yang lain. Pembelajaran ini di aplikasikan
dengan melalui pemulihan kepada murid yang lemah manakala murid yang
sudah memahami pelajaran diberi pengayaan. Setelah semua murid dapat
menguasai kemahiran yang diingini barulah berpindah kepada kemahiran lain.
Contohnya, sebelum mengajar melukis guru menekankan terlebih dahulu teknik
lakaran bentuk asas.
Pembelajaran Masteri merupakan suatu pendekatan pengajaran dan
pembelajaran bagi memastikan semua murid menguasai hasil pembelajaran
yang dihasratkan dalam suatu unit pembelajaran sebelum ke unit pembelajaran
seterusnya. Pendekatan ini memerlukan proses pengajaran dan pembelajaran
yang terancang dan berkualiti serta berpandukan tahap penguasaan murid.
Model Pembelajaran Masteri dimulakan dengan Penentuan Hasil
Pembelajaran, dan diikuti dengan Pengajaran dan Pembelajaran. Tujuan
menentukan hasil pembelajaran murid adalah untuk memastikan murid semua
berjaya menguasai pengetahuan dan kemahiran yang diberikan dengan kadar
kemampuan biasa
8
seseorang murid di tahap tersebut.
Setelah dibuat penilaian, murid yang telah menguasai akan diteruskan
dengan aktiviti pengayaan dan bagi murid yang belum menguasai akan
diteruskan dengan aktiviti pemulihan.
i. Hasil pembelajaran per lu ditentukan, dan disusun mengikut hierarki atau
unit pembelajaran.
ii. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran hendaklah bermakna, berkesan,
menarik dan menggembirakan.
iii. Keupayaan dan Pencapaian dinilai semasa aktiviti Pembelajaran.
iv. Bahan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan berkaitan.
v. Semua murid perlu menguasai 80% aras masteri yang ditetapkan setiap
unit pembelajaran sebelum berpindah ke unit pembelajaran yang baru.
vi. Aktiviti pemulihan dilaksanakan untuk murid yang belum menguasai aras
masteri.
iii) Pembelajaran koperatif
Pembelajaran koperatif adalah satu pendekatan pembelajaran yang
melibatkan kumpulan atau pasukan pelajar. Ia menggunakan strategi rangkaian
komputer untuk menyiapkan tugasan yang bebas daripada kekangan masa,
jarak dan tempat. Konsep kerjasama dan dalam kumpulan telah diperkenalkan
oleh Johnson dan Johnson (1991) dan Salvin (1983). Mereka percaya bahawa
pelajar yang belajar secara bekerjasama dalam kumpulan akan dapat belajar
dengan lebih baik dan berupaya meningkatkan prestasi mereka.
Menurut Steven, mendapati bahawa pembelajaran koperatif telah dapat
meningkatkan motivasi pelajar semasa perbincangan dalam kumpulan. Hasil dari
peningkatan motivasi yang ditunjukkan ia akan menyebabkan pelajar lebih
berminat kepada perisian yang sedang dipelajari. Melalui pendekatan koperatif
juga pelajar dari pelbagai kebolehan bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk
mencapai satu matlamat yang sama . Sasaran adalah tahap pembelajaran yang
maksimum bukan sahaja untuk diri sendiri, tetapi juga untuk rakan-rakan yang
lain.
9
Individu dalam kumpulan dikehendaki menunjukkan kefahaman masing -
masing dan memainkan peranan berbeza bergilir-gilir. Ia juga akan
menggalakkan pelajar berinteraksi secara aktif dan positif dalam kumpulan Cara
pembelajaran yang melibatkan interaksi atau penglibatan individu ini
menyumbangkan kadar pemahaman yang tinggi. Pembelajaran secara aktif ini
akan memberikan kesan yang lebih berbanding pembelajaran secara pasif.
Ajaran akan diberi kepada individu dan kumpulan dalam aktiviti yang dijalankan.
Ini membolehkan perkongsian idea dan pemeriksaan idea sendiri dalam suasana
yang tidak terancam, sesuai dengan falsafah konstruktivisme.
Menurut Effandi Zakaria (1998), pembelajaran koperatif adalah satu strategi
pengajaran dan pembelajaran di mana pelajar-pelajar saling bantu membantu di
antara satu sama lain di dalam kumpulan kecil yang mempunyai matlamat
bersama. Dalam kaedah koperatif, guru perlu menentukan pengetahuan dan
kemahiran tertentu yang perlu dipelajari oleh pelajar-pelajar. Guru juga perlu
memberitahu mereka tentang cara bekerjasama dalam kumpulan kecil dan
melakukan aktiviti secara berstruktur. Selain itu, mereka hendaklah
bertanggungjawab ke atas pencapaian sama ada secara individu atau secara
berkumpulan, iaitu mereka perlu menolong antara satu sama lain.
Kaedah koperatif mengambil kira aspek kognitif, tingkah laku, emosi dan
sosial pelajar. Dengan itu, guru mestilah menerangkan prosedur tertentu untuk
mengendalikan kumpulan masing-masing. Sasaran adalah tahap pembelajaran
yang maksimum bukan sahaja untuk diri sendiri, tetapi juga untuk rakan-rakan
yang lain.
Lima unsur asas dalam pembelajaran koperatif :
a) Saling bergantung di antara satu sama lain secara positif
b) Saling berinteraksi secara bersemuka
c) Akauntabiliti individu atas pembelajaran diri sendiri
d) Kemahiran koperatif
e) Pemprosesan kumpulan.
10
Jenis Pembelajaran Koperatif
Terdapat beberapa jenis strategi yang boleh digunakan dalam pembelajaran
koperatif. Di antaranya ialah :
1. Penyiasatan Berkelompok (Group Investigation)
Setiap ahli kumpulan akan melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti sekolah
untuk mendapatkan maklumat. Ini memerlukan pelajar mengenalpasti
suatu topik yang disiasat, merancang serta menjalankan penyiasatan.
Semua maklumat yang telah diperolehi akan dianalisis dengan cara
terperinci untuk dipersembahkan dalam bentuk yang kreatif dan menarik.
Strategi pembelajaran ini mengintegrasikan interaksi dan komunikasi
dalam bilik darjah melalui proses inkuiri akademik.
2. Student Team Achievement Division' (STAD)
Pelajar-pelajar berada dalam kumpulan kecil dan menggunakan lembaran
kerja untuk menguasai suatu cabang pengetahuan. Mereka saling
membantu di antara satu sama lain melalui tutorial, kuiz atau
perbincangan kumpulan.
3. Jigsaw
Setiap kumpulan akan menghantar ahli untuk membentuk kumpulan
pakar. Ahli-ahli dalam kumpulan pakar akan membincangkan sebahagian
bahan akademik (yang telah disediakan oleh guru). Selepas itu, semua
ahli kumpulan pakar tadi akan kembali ke kumpulan asal masing-masing
untuk berkongsi pengetahuan mereka dengan rakan sekumpulan. Motif
utama dalam Jigsaw ialah setiap pelajar dalam satu kumpulan akan
menjadi pakar dalam topik tertentu dan bertanggungjawab memberi tunjuk
ajar kepada rakan sekumpulan tentang apa yang telah mereka pelajari.
4. Team-Accelerated Instruction' (TAI)
Merupakan pendekatan secara menyeluruh di mana pelajar mempunyai
kebebasan bertindak dan guru boleh membentuk kelas heterogeni. Pelajar
yang mempunyai latar belakang yang berbeza ditentukan kepada
11
kumpulan yang heterogenus. Ini bertujuan untuk memberi peluang kepada
pelajar yang rendah pencapaian supaya dapat meningkatkan tahap
pencapaiannya seiring dengan pelajar lain yang mempunyai pencapaian
tinggi. Bahan-bahan TAI direka khas untuk program ini yang
menggantikan buku teks sepenuhnya.
5. Team Games Tournament (TGT)
Model TGT memfokuskan kepada guru perlu memberitahu pelajaran yang
berkaitan sama ada dalam bentuk syarahan, demonstrasi atau
pertunjukan visual. Pelajar berbincang mengenai bahan yang disampaikan
oleh guru. Kemudian pelajar akan bekerja mengikut lembaran kerja yang
disampaikan oleh guru untuk menguasai konsep. Pelajar akan bermain
suatu permainan berbentuk pertandingan di dalam bilik darjah. Bagi setiap
pertandingan, meja pertandingan akan diwakili oleh 2 hingga 4 orang ahli
dari setiap pasukan yang sama kebolehan akademik.
Menurut Shahabuddin Hashim et.al. (2007) lagi, bagi menggalakkan
penyertaan aktif pelajar dalam aktiviti pembelajaran, gerak kerja kumpulan
diadakan supaya pelajar dapat berinteraksi sesama mereka sewaktu
perbincangan-perbincangan yang dijalankan. Pembelajaran dilakukan apabila
beberapa individu yang mempunyai pencapaian yang sama atau berbeza duduk
dalam satu kumpulan untuk membincangkan sesuatu topik dengan
menggunakan strategi kognitif yang sesuai sebagaimana diarah oleh guru.
Kumpulan pelajar ini duduk dalam kumpulan kecil untuk melengkapkan tugasan
yang diberi. Guru akan mengawasi dan menjadi fasilitator semasa aktiviti kerja
kumpulan dijalankan.
iv) Pembelajaran kontekstual
Kontekstual jika diambil daripada ayat asalnya dalam Bahasa Inggeris
(asal bahasa Latin con = with + textum = woven) bermaksud mengikut konteks
atau dalam konteks. Konteks pula membawa maksud keadaan, situasi dan
12
kejadian. Oleh itu, secara ringkasnya, strategi pembelajaran kontekstual ialah
strategi yang dibentuk berasaskan maksud kontekstual itu sendiri, dimana ia
seharusnya mampu mendorong murid mencapai matlamat pembelajaran isi dan
konsep yang berkenaan atau relevan bagi mereka.
Kaedah pembelajaran ini menggabungkan isi kandungan dengan
pengalaman harian individu, masyarakat dan alam pekerjaan dan menyediakan
pembelajaran secara konkrit yang melibatkan aktiviti hands-On dan Minds–On.
Pembelajaran kontekstual ialah kaedah pembelajaran yang mengaitkan isi
pelajaran dengan pengalaman harian murid, masyarakat, dan alam
pekerjaan. Melalui pembelajaran ini murid dapat memproses maklumat dan
pengetahuan baru dengan cara bermakna. Contohnya, murid mengaplikasikan
pengalaman melihat cara hidup di kampung nelayan untuk melukis suasana di
kampung nelayan.
Kaedah-Kaedah Pembelajaran Kontekstual
Dalam proses pembelajaran secara kontekstual, pelajar akan melalui satu
atau lebih daripada kaedah-kaedah pembelajaran berikut , ia dapat diringkaskan
menjadi “REACT”
a) Relating (Menghubungkait):
Pembelajaran dalam konteks menghubungkaitkan pengetahuan baru
dengan pengalaman hidup merupakan suatu bentuk pembelajaran konteksual
yang biasanya berlaku di kalangan kanak-kanak. Apabila kanak-kanak
membesar, adalah menjadi lebih sukar untuk menyediakan konteks
pembelajaran yang bermakna. Kurikulum yang cuba menempatkan
pembelajaran dalam konteks pengalaman hidup mesti menumpukan perhatian
pelajar kepada taakulan, peristiwa dan keadaan harian. Kemudiannya, taakulan,
peristiwa dan keadaan harian itu dipautkan dengan maklumat baru untuk
penyelesaian sesuatu masalah. Contoh murid melakukan aktiviti mengutip
sampah di sekitar sekolah untuk menanam sikap cintakan kebersihan. Menerusi
13
pengalaman ini murid dapat mengaitkan aktiviti yang dilakukan oleh ibu bapa
mereka semasa membersihkan kawasan tempat tinggal mereka setiap hari.
b) Experiencing (Mengalami):
Pengalaman - pembelajaran dalam konteks eksplorasi, penemuan dan
reka cipta merupakan nadi pembelajaran kontekstual. Walaupun pelajar-pelajar
boleh dimotivasikan dengan strategi pengajaran dan pembelajaran seperti video,
naratif, atau aktiviti berasaskan teks, tetapi mereka masih merupakan bentuk
pembelajaran yang pasif secara bandingannya. Pembelajaran adalah lebih
berkesan sekiranya pelajar-pelajar dapat memanipulasikan alatan dan
bahan serta melakukan bentuk penyelidikan yang aktif.
Contoh murid dibawa ke padang untuk menyaksikan demonstrasi serta
membuat latihan amali menggelecek bola. Pengalaman ini boleh digunakan
untuk melukis permandangan dan juga melukis hobi mereka.
c) Applying (Mengaplikasi):
Mengaplikasi konsep dan informasi dalam konteks untuk digunakan dalam
situasi yang lain. Dalam kursus pembelajaran kontekstual, aplikasinya adalah
berdasarkan aktiviti pekerjaan. Ini boleh dilakukan dengan teks, video, makmal
dan amali. Kebanyakan sekolah akan mengadakan lawatan kilang, mentoring
dan latihan kerja.
Contoh murid mempelajari teori dan konsep tuas. Pengetahuan ini dapat
diaplikasikan apabila bertemu sebuah kereta yang tayarnya pancit dan tidak
mempunyai jek. Murid itu boleh menggunakan konsep tuas untuk menggantikan
jek kereta bagi membolehkan penukaran tayar.
d) Cooperating (Bekerjasama):
Pembelajaran dalam konteks berkongsi, bertindak balas, dan komunikasi
dengan pelajar lain - merupakan strategi pengajaran dan pembelajaran yang
utama dalam pembelajaran kontekstual. Pengalaman bekerjasama bukan sahaja
membantu kebanyakan pelajar mempelajari bahan pengajian, malah ia juga
dengan konsisten dengan fokus dunia sebenar tentang pengajaran kontekstual.
14
Majikan mementingkan pekerja yang boleh berkomunikasi, berkongsi maklumat
dan bekerja dengan selesanya dalam pasukan di tempat kerja. Justeru itu,
adalah penting bagi pelajar untuk melatih kemahiran bekerjasama di sekolah.
Contoh murid bekerja dengan ahli kumpulan untuk melakukan amali di
padang. Penyelesaian amali Pendidikan Jasmani memerlukan delegasi,
pemerhatian, cadangan dan perbincangan. Lazimnya, kualiti data yang dikumpul
oleh sesuatu pasukan bergantung secara langsung kepada prestasi setiap
ahlinya.
e) Transferring (Memindahkan):Pembelajaran sesuatu isi dalam konteks pengetahuan yang sedia ada,
atau memindahkannya adalah berlandaskan apa yang telah diketahui pelajar.
Pendekatan ini menyerupai RELATING iaitu ia berasaskan perkara-perkara yang
lazim dan diketahui. Secara tradisinya, kebanyakan pelajar menghadapi situasi
pembelajaran yang baru tanpa sebarang kaitan dengan pengetahuan sedia
adanya. Guru boleh membantu meningkatkan keyakinan pelajar dengan
menyediakan panduan yang dapat menghubungkan pengalaman pembelajaran
baru dengan apa yang telah diketahui pelajar.
Contoh murid mempelajari cara untuk mendapatkan sudut tegak dengan
menggunakan Teorem Pythagoras. Murid boleh memindahkan pengetahuan segi
tiga bersisi 3m, 4m dan 5m untuk menghasilkan sudut tegak dalam aktiviti
mengecat garisan gelanggang permainan.
Kumpulan Murid Yang Sesuai Untuk Pembelajaran KontekstualTerdiri dari kumpulan yang sederhana, cenderung kepada aplikasi konsep,
terdorong melakukan aktiviti hands-on dan tidak yakin mempelajari Matematik
dan Sains secara abstrak.
15
Perlaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran KontekstualPerlaksanaan ini memerlukan:
i. Motivasi Bertujuan untuk menarik minat dan mencetuskan idea asas terhadap
sesuatu tajuk yang akan dibincangkan. Contoh mata pelajaran
Sejarah, tajuk darurat – guru boleh memperdengarkan rakaman bunyi
tembak menembak beserta jeritan sebagai motivasi.
ii. Pemahaman Ia merangkumi kemahiran murid yang berkaitan dengan tajuk yang
dipelajari. Kaedah penyampaian maklumat harus dipelbagaikan agar
dapat menarik minat murid terhadap sesuatu konsep itu. Murid
diberikan kebebasan mengutarakan perkara-perkara yang berkaitan.
Ini boleh dilakukan dengan bacaan, perbincangan kumpulan dan
membuat kajian.
iii. Kemahiran Pengetahuan baru yang diperolehi murid dapat diaplikasikan bagi
mencetuskan pemikiran murid dan dengan itu dapat menyelesaikan
masalah harian. Contoh selepas muris mempelajari cara penggunaan
ensiklopedia, guru menanyakan soalan yang akan mendorong murid
menggunakan ensiklopedia sebagai rujukan.
iv. Penilaian Boleh dilakukan dengan cara lisan, pemerhatian, perubahan sikap dan
bertulis. Aktiviti boleh dilakukan dengan cara kuiz, perbincangan
kumpulan dan penyediaan portfolio
v) Pembelajaran konseptual
Pembelajaran ini adalah pernyataan yang memberi makna suatu konsep
atau istilah tertentu. Dalam aplikasikan strategi ini dalam pendidikan seni visual,
pelajar boleh membuat gambaran secara umum dan menyeluruh maksud dari
konsep atau istilah sesebuah hasil seni yang bersifat konstitutif, formal dan
abstrak.
16
vi) Kemahiran berfikir
Kemahiran berfikir adalah kecekapan menggunakan akal menjalankan
proses pemikiran. Seseorang yang memperoleh kemahiran berfikir sanggup dan
cekap dalam menyusun maklumat, konsep atau idea secara yang teratur dan
membuat kesimpulan atau keputusan yang tepat untuk tindakan yang terarah
dan sewajarnya. Menurut pandangan Islam, berfikir ialah fungsi akal yang
memerhatikan tenaga supaya otak manusia dapat bekerja dan beroperasi.
Tenaga ini diperolehi melalui tafakur.
Selain itu, menurut Edward de Bono ( 1976 ),kemahiran berfikir ini
membolehkan manusia melihat pelbagai perspektif untuk menyelesaikan
masalah dalam sesuatu situasi tertentu. Seterusnya, Dewey ( 1910 ) pula
menegaskan bahawa pemikiran yang dihasilkan adalah kerana terdapat situasi
keraguan atau masalah tertimbul. Dalam erti kata lain, pemikiran dianggap
sebagai aktiviti psikologikal dalam sesuatu proses yang dialami untuk digunakan
menyelesaikan masalah dalam situasi yang dihadapi.
Kemahiran berfikir merupakan proses menggunakan minda untuk
mencarikan makna dan pemahaman sesuatu serta menyelesaikan masalah.
Kemahiran ini melibatkan pemikiran kritis dan kreatif semasa aktiviti P&P.
Kemahiran yang digunakan seperti mengkonsepsikan idea, menyelesaikan
masalah, atau membuat keputusan yang berkaitan dengan kehidupan harian.
Kemahiran ini di aplikasi dalam PSV dengan menggunakan pemikiran secara
kritis untuk menilai kemunasabahan sesuatu idea dan bersifat evaluative. Selain
itu, pelajar boleh menggunakan kemahiran berfikir secara kreatif membantu
mencerna dan menghasilkan idea asli yang yang bersifat generatif.
Berdasarkan pandangan dan definisi yang dihuraikan, konsep pemikiran
bolehlah dirumuskan sebagai satu proses yang menggunakan minda untuk
mencari makna dan penyelesaian terhadap sesuatu keraguan atau masalah
yang tertimbul dengan menggunakan pelbagai cara iaitu membuat pertimbangan
dan keputusan serta refleksi yang logikal dan munasabah terhadap proses yang
dialami.
17
vii) Pembelajaran akses kendiri (PAK)
Pembelajaran akses kendiri merupakan strategi yang memberi peluang
kepada murid akses kepada tempat, bahan, bimbingan, stail dan tempoh masa
belajar. Ia berpusatkan kepada murid dan pembelajaran berlaku atas daya usaha
murid itu sendiri. Dengan menggunakan strategi ini, murid akan belajar secara
kendiri melalui penggunaan bahan pembelajaran, memilih aktiviti pembelajaran
sendiri dan memantau serta menilai kemajuan mereka sendiri. Malahan, melalui
cara ini juga, murid akan terdorong untuk memiliki kuasa autonomi,
bertanggungjawab dan berdikari ke atas pembelajaran mereka sendiri.
PAK adalah satu pendekatan dalam pengajaran dan pembelajaran yang
memusatkan kepada murid. Murid belajar sendiri dengan menggunakan akses di
bawah pengawasan dan bimbingan guru. Persekitaran pembelajaran yang
sesuai perlu disediakan kepada murid untuk memenuhi keperluan, minat, cara
dan gaya pembelajaran masing-masing. PAK menghasilkan murid yang
bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka
Antara ciri-ciri PAK ialah pembelajaran lebih fleksibel dan selesa tanpa
tekanan, bahan PAK dan bantuan fasilitator mudah diakses, pemilihan bahan
dan aktiviti pembelajaran yang luas, kemudahan yang membolehkan murid
belajar secara bersendirian atau dalam kumpulan, membolehkan pembelajaran
mengikut kadar dan kemampuan murid, membolehkan mur id mentaksir
pencapaian sendiri serta boleh dilaksanakan di bilik atau sudut yang dikhaskan
dan pusat mudah alih.
Program PAK memberi penekanan kepada 3 aspek penting iaitu:
a) Pembelajaran secara individuProgram pembelajaran yang mengambil kira keperluan dan apa yang diminati
murid.
b) Pembelajaran Arah KendiriSatu proses pembelajaran di mana murid bertanggungjaw ab terhadap
pembelajaran mereka dan belajar bagaimana untuk belajar.
c) Pembelajaran Sendiri
18
Satu proses pembelajaran yang murid bertanggungjawab sepenuhnya atas
semua keputusan ber kaitan dengan pembelajarannya. Murid menentukkan
sendiri apa yang hendak dipelajari mereka.
viii) Teori Kecerdasan Pelbagai
Teori Kecerdasan Pelbagai adalah salah satu strategi pembelajaran yang
telah diperkenalkan oleh Howard Gardner. Menurutnya, teori ini merupakan
penjana kecerdasan dalam pendidikan pada hari ini. Terdapat lapan jenis
kecerdasan yang telah digariskan oleh Howard Gardner iaitu kecerdasan Verbal-
Henry Pluckrose.1995.Warna.Selangor :Penerbit Prisma Sdn. Bhd.
Jeanette Robertson.2006.Card-making Techniques From A to Z.New York :
Sterling Publishing Sdn. Bhd.
John Lancaster.1994.Seni Kertas.Selangor:SAMA Publications & Distributors
Sdn. Bhd.
Susan Pickering Rothamel.2011.The Encyclopedia of Greeting Card Tools &
Techniques.New York:Sterling Publishing Sdn. Bhd.
b) Rujukan Atas Talian
Isza( 2010,Januari). PENDIDIKAN SENI VISUAL – KOLAJ, Semekar Kasih. Retrieved from http://chekguisza.blogspot.com/2010/01/pendidikan-seni-visual-kolaj.html
Bavani a/p Ganason. Membuat Kolaj Buah Tembikai. Rancangan Pengajaran
ePKhas. Retrieved Sabtu from http://epkhas.ses.usm.my/lesson-plan/membuat-
kolaj-buah-tembikai
Aziatie (2010 Ogos). Asas Seni Kolaj. Dear Aziatie. Retrieved from