-
Baca dan fahami arahan soalan dengan teliti, kemudian kesan
bahagian isi tersurat.
Pastikan kata kunci yang terdapat dalam arahan isi tersurat.
Gantikan kata kunci tersebut dengan perkataan yang seerti
dengannya. Kaedah menulis bahagian pendahuluan rumusan
-
Contoh soalan dan arahan : Baca petikan di bawah dengan teliti
kemudian buat satu rumusan tentang faktor- faktor yang menyebabkan
dadah menjadi musuh utama manusia dan langkah-langkah
membanterasnya. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah
perkataanKata kunci arahan untuk isi tersurat ialah faktor-faktor
yang menyebabkan dadah menjadi musuh utama manusia Gantikan
perkataan faktor-faktor dengan perkataan lain yang seerti
dengannya, iaitu punca-punca / sebab-sebab .Kemudian, tulis
pendahuluan rumusan.Petikan membincangkan punca-punca yang
menyebabkan dadah menjadi musuh utama manusia .
-
Catatan : Perkataan yang berikut sering kali digunakan sebagai
kata kunci arahan dalam soalan rumusan . Perkataan tersebut boleh
digantikan dengan perkataan lain yang sama maksudnya . Contoh :
Faktor / sebab / punca/ elemen.Akibat / kesan / impak / implikasi
.Keistimewaan / kelebihan / faedah/manfaat / kebaikan /
kepentinganKelemahan / keburukan / kekurangan / kekangan / halangan
/ batasan / masalah.Peranan / fungsi / tanggungjawab /
tugas.Langkah-langkah / cara-cara / kaedah /usaha-usaha /
tindakan-tindakan / pendekatan / strategi
-
A:STRATEGI MENGHASILKAN ISI TERSURAT
-
STRATEGI 1:Baca dan fahamkan petikan rumusan yang diberi
sekurang-kurangnya 2 kali,- Bacaan kali pertama untuk dapatkan
gambaran keseluruhan petikan.(masa dicadangkan 2 minit) -Bacaan
kali kedua untuk dapatkan pemahaman.(masa dicadangkan 5 minit)
-
STRATEGI 2:
Tentukan kata tugas dalam soalan (Fokus 1 dan Fokus 2) dan
gariskan perkataan-perkataan tersebut.Fokus 1 = Isi tersuratFokus 2
= Isi tersiratSebagai contoh dalam petikan contoh 1Fokus
1iaitufaedah-faedah hidup berjiran merupakan fokus untuk isi
tersurat manakala
Fokus 2iaitucara-cara memupuk semangat kejirananpula merupakan
fokus untuk isi tersirat.
-
CONTOH 1
Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian buat satu rumusan
tentangfaedah-faedah hidup berjiran[ISI TERSURAT]dancara-cara
memupuk semangat kejiranan.[ISI TERSIRAT]Panjang rumusan
hendaklahtidak melebihi 120 patah perkataan.
-
STRATEGI 3:Baca perenggan 1 petikan yang diberi sekali lagi dan
gariskan isi-isi tersurat untuk menjawabFokus 1. Kata tugas yang
diberikan dalam arahan soalan iaitu faedah-faedah hidup
berjiran
-
. Kemakmuran sesebuah negara amat bergantung pada kemantapan dan
keutuhan hubungan dalam setiap lapisan masyarakat. Hubungan yang
erat antara jiran dalam masyarakat merupakan ciri masyarakat yang
berkualiti. Semangat kejiranan dapat memainkan peranan yang amat
penting dalam(menjana kehidupan setempat yang aman dan
harmoni).[ISI 1]
-
Baca perenggan 2 petikan yang diberi sekali lagi dan gariskan
isi-isi tersuratuntuk menjawabFokus 1. Kata tugas yang diberikan
dalam arahan soalan iaitufaedah-faedah hidup berjiran
-
Jiran ialah orang yang tinggal paling hampir dengan tempat
kediaman kita. Segala perkara yang berlaku pada diri kita terlebih
dahulu diketahui oleh jiran. Oleh itu, jiran merupakan orang yang
paling(mudah memberikan pertolongan pada saat kita ditimpa
bencana)[ISI 2]. Pertolongan seperti inilah yang amat diperlukan
pada masa kecemasan sementara menunggu bantuan pihak berwajib atau
sanak-saudara.(Jiran yang berbeza latar belakang) pekerjaan,
pendidikan, agama dan budaya akan (memberikan manfaat yang besar
kepada kita)[ISI 3]. Hal ini kerana(mereka memiliki pengetahuan dan
kemahiran yang boleh kita kongsi bersama-sama).[ISI 3-PILIHAN 2]Di
samping itu, jiran yang sepakat dan bersatu padu(mampu menjamin
keselamatan setempat)[ISI 4]daripada sebarang ancaman seperti
kecurian, penyalahgunaan dadah dan budaya samseng.
-
(Segala perkara yang mencemarkan keharmonian dan kesejahteraan
masyarakat dapat dicegah)[ISI 5]dengan semangat kerjasama dan
keperihatinan seama jiran. (Gejala sosial) seperti khalwat,
penderaan kanak-kanak dan kes-kes jenayah(dapat dibendung)[ISI
6]jika jiran memainkan peranan dan mengambil inisiatif
melaporkannya kepada pihak berkuasa. Kita perlu bertindak sekalipun
gejala tersebut tidak menimpa ahli keluarga sendiri. Setiap ahli
masyarakat seharusnya beringat sebelum terjadi sesuatu yang buruk,
bak kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan. Jiran yang hidup
dalam suasana bekerjasama dan mengambil berat antara satu sama lain
sudah semestinya(dapat menjana program yang menyumbang kebajikan
kepada masyarakat setempat).[ISI 7]Rahsia kejayaan program ini
terletak pada persepakatan dan persefahaman yang mantap sesama
jiran.Baca perenggan 3 petikan yang diberi sekali lagi dan gariskan
isi-isi tersurat untuk menjawabFokus 1. Kata tugas yang diberikan
dalam arahan soalan iaitu faedah-faedah hidup berjiran.
-
Perpaduan ialah kunci kemakmuran dan kesejahteraan negara. Tanpa
perpaduan, negara akan berada dalam keadaan kucar-kacir dan
masyarakat tidak lagi dapat hidup dalam keadaan aman dan
damai.(Perpaduan dapat dilahirkan melalui hubungan baik sesama
jiran).[ISI 8]Jiran yang baik ialah jiran yang berjaya(memupuk
semangat toleransi, saling mempercayai dan mengamalkan perkongsian
pintar sesama mereka).[ISI 9]Sekiranya hal ini diabaikan, maka
lambat-laun akan tercetuslah bibit-bibit permusuhan yang akhirnya
membawa kepada perbalahan dan perpecahan.Baca perenggan 4 petikan
yang diberi sekali lagi dan gariskan isi-isi tersurat untuk
menjawabFokus 1. Kata tugas yang diberikan dalam arahan soalan
iaitu faedah-faedah hidup berjiran
-
Kesimpulannya, jelaslah kepada kita betapa penting dan besarnya
peranan jiran dalam(menentukan kemakmuran dan kesejahteraan
sesebuah negara)[ISI 10]Hanya negara yang makmur dan sejahtera
sahaja yang akan dapat meneruskan agenda pembangunan yang lebih
gemilang pada masa akan datang.Baca perenggan 5 petikan yang diberi
sekali lagi dan gariskan isi-isi tersurat untuk menjawabFokus 1.
Kata tugas yang diberikan dalam arahan soalan iaitu faedah-faedah
hidup berjiran.
-
STRATEGI 4:SenaraikanFokus 1(isi-isi tersurat) yang terdapat
dalam petikan tersebut dan kira jumlah perkataannya.
-
Isi-isi Tersurat :faedah-faedah hidup berjiran - Dapat menjana
kehidupan setempat yang aman dan harmoni [ 8 ] - Mudah memberikan
pertolongan pada saat kita ditimpa bencana. [ 8 ] - Jiran yang
berbeza latar belakang memberikan manfaat yang besar kepadakita. [
11 ] Atau
-Dapat berkongsi pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki mereka
[ 8 ] - Mampu menjamin keselamatan setempat. [ 4 ] - Dapat mencegah
perkara yang mencemarkan keharmonian dankesejahteraan masyarakat. [
9 ] - Gejala sosial dapat dibendung. [4 ] - Dapat menjana program
yang menyumbang kabijakan kepada masyarakatsetempat. [ 9 ] -
Melahirkan perpaduan sesama jiran. [ 4 ] - Memupuk semangat
toleransi, saling mempercayai dan mengamalkanperkongsian pintar
sesama mereka. [ 11 ] - Menentukan kemakmuran dan kesejahteraan
sesebuah negara. [ 6 ]
-
STRATEGI 5: Tulis isi-isi tersurat tersebut menjadi sebuah
perenggan yang lengkap. PERINGATAN: - Maksimum isi untuk fokus 1
ialah 6 isi. Oleh itu anda tidak perlumemasukkan kesemua isi kerana
jumlah perkataan yang agak terhad. Adalah dicadangkan jumlah
perkataan untuk fokus 1 ialah 60 65 patah perkataan. -Anda perlu
menulis kata tugas untuk Fokus 1 dalamayat pertama perenggan isi
tersurat.
-
CONTOH:
Antarafaedah hidup berjiranialah dapat menjana kehidupan
setempat yang aman dan harmoni. Selain mudah memberikan pertolongan
pada saat kita ditimpa bencana, kita dapat berkongsi pengetahuan
dan kemahiran yang dimiliki mereka. Hidup berjiran mampu menjamin
keselamatan setempat, dapat membendung gejala sosial serta
melahirkan perpaduan sesama jiran.[ 46 patah perkataan ]
-
B : STRATEGI MENGHASILKAN ISI TERSIRAT
-
STRATEGI: -Isi tersirat dibina berdasarkanFokus 2soalan.Isi ini
tidak terdapat dalam petikanyang diberikan. Contoh dalam Petikan
1Fokus 2ialah:cara-cara memupuk semangat kejiranan.
- Isi tersirat dibina melalui tafsiran dan analisis yang
mendalamberdasarkan isi tersurat dan Fokus 2dalam arahan
soalan.
-Binalah perenggan isi tersirat dengan memasukkan
sekurang-kurangnya 2 isi tersirat.
-Kata tugas untuk Fokus 2 perlu dimasukkan dalam ayat pertama
perenggan isi tersirat.
-
STRATEGI 1:Kenal pasti dan senaraikan isi tersirat
berdasarkanfokus2 iaitucara-cara memupuk semangat kejiranan.
-
CONTOH : -Mengadakan majlis gotong royong / aktiviti
kemasyarakatan / bersediamemberi pertolongan / tolong menolong [
konsep: bekerjasama ] -Mengadakan rumah terbuka / majlis keraian /
ziarah menziarahi / perihatinatau ambil berat hal ehwal jiran /
bertanya kabar / pelihara hubungankejiranan / bertegur sapa /
saling mengenali [ konsep : Interaksi tidak formal ] -Membuat
rondaan bersama pada waktu malam / rukun tetangga. -Mengadakan
tabung kebajikan / kursus/ kempen kejiranan / tabung khairat. -
Mengadakan jawatankuasa kejiranan setempat / tubuhkan sektor
rukuntetangga / persatuan belia / JKKK [ Konsep : Interaksi formal
] -Mengadakan hari keluarga / sukaneka / riadah / pertandingan
-Mengikis sikap negatif dalam diri individu / jangan mementingkan
diri / tidaksombong / berbaik sangka dengan jiran .
-
STRATEGI 2: Membina perenggan isi tersirat. CONTOH PERENGGAN ISI
TERSIRAT Antaracara memupuk semangat kejirananialah dengan
mengadakan majlis gotong-royong dan mengadakan jawatankuasa
kejiranan setempat. Selain itu, budaya ziarah-menziarahi juga mampu
memupuk semangat kejiranan.[ 23 patah perkataan ]
-
C : STRATEGI MENGHASILKAN PENDAHULUAN RUMUSANSTRATEGI : - Fahami
maksud keseluruhan petikan yang diberikan.
- Kenal pastiFokus 1petikan tersebut kerana berdasarkanFokus
1itulah pendahuluan rumusan karangan dapat kita hasilkan.
- Anda perlu melakukan pengubahsuaian supaya ayat yang anda bina
itu menjadi ayat anda sendiri.
- Tulis pendahuluan rumusan dalam satu ayat sahaja.
- Mulakan ayat pendahuluan dengan ; Petikan membincangkan
/membicarakan .
-
CONTOH PENDAHULUAN: Fokus 1 :Faedah-faedah hidup berjiran
Pendahuluan: Petikan membincangkan peranan jiran dalam kehidupan
bermasyarakat di negara kita.atau
Petikan membincangkan kebaikan / kepentingan / kelebihan /
manfaat / hidupberjiran dalam masyarakat
-
D : STRATEGI MENGHASILKAN KESIMPULAN RUMUSAN
-
- Kaji semula fokus soalan sama adaFokus 1 danFokus 2.
-Kesimpulan rumusan hendaklah berdasarkan fokus soalan
tersebut.
-Kesimpulan merupakan cadangan / harapan anda terhadap fokus
tersebut berserta kesan atau akibat cadangan / harapan
tersebut.
-Anda juga perlu menghubungkan antara cadangan / harapan dengan
kesan atau akibat cadangan dengan menggunakan kata hubung, agar,
supaya, demi.
-Gunakan penanda wacana atau rangkai kata, frasa yang
menunjukkan bahawa ayat tersebut merupakan ayat kesimpulan.
-Contoh : Kesimpulannya, .Justeru,
-
CONTOH KESIMPULAN:Kesimpulannya, semua pihak perlu menghargai
jiran agar kehidupan yang sejahtera dapat diwujudkanAtauJusteru,
semua pihak perlu menjalankan tanggung jawab mereka dalammasyarakat
dengan berkesan agar sebuah komuniti yang sejahtera dapat
diwujudkan.
-
CONTOH PETIKAN RUMUSAN YANG LENGKAPPetikan membincangkan
kebaikan hidup berjiran dalan sesebuah masyarakat.Antara faedah
hidup berjiran ialah dapat menjana kehidupan setempat yang aman dan
harmoni. Selain mudah memberikan pertolongan pada saat kita ditimpa
bencana, kita dapat berkongsi pengetahuan dan kemahiran yang
dimiliki mereka. Hidup berjiran mampu menjamin keselamatan
setempat, serta dapat membendung gejala sosial dan melahirkan
perpaduan sesama jiran. Hidup berjiran juga dapat mencegah perkara
yang mencemarkan keharmonian dan kesejahteraan masyarakat.Antara
cara memupuk semangat kejiranan ialah dengan mengadakan majlis
gotong-royong dan mengadakan jawatankuasa kejiranan setempat.
Selain itu, budaya ziarah-menziarahi juga mampu memupuk semangat
kejiranan.Kesimpulannya, semua pihak perlu menghargai jiran agar
kehidupan yang sejahtera dapat diwujudkan. [ 100 patah
perkataan]