-
STATUS PENGUATKUASAAN AKTIVITI TENAGA ATOM (BAGI MAKSUD BUKAN
PERUBATAN) DI BAWAH AKTA PERLESENAN TENAGA ATOM 1984 (AKTA 304)
TAHUN 2015
PENCAPAIAN PENGUATKUASAAN AKTA 304
Aktiviti Pemeriksaan
Pada tahun 2015, sejumlah 981 pemeriksaan telah dilaksanakan ke
atas pemegang lesen dan bukan pemegang lesen mengikut pecahan iaitu
sebanyak 672 adalah pemeriksaan berkala, 302 adalah pemeriksaan
mengejut dan 7 melibatkan pemeriksaan ulangan. Kesemua pemeriksaan
ini telah dilaksanakan melebihi bilangan sasaran yang telah
ditetapkan iaitu 843 sasaran pada tahun 2015. Hanya sebanyak 0.7%
sahaja pemeriksaan yang memerlukan pemeriksaan ulangan bagi
mengesahkan pematuhan akta 304 diambil tindakan oleh pemegang lesen
daripada jumlah keseluruhan pemeriksaan yang telah
dilakukan. Graf 1 dibawah menunjukan bahawa bilangan pemeriksaan
yang dilakukan mengikut jenis pemeriksaan bagi tahun 2011 hingga
2015. Permeriksaan berkala yang dilaksanakan adalah meningkat
setiap tahun disebabkan oleh pertambahan bilangan lesen yang akan
tamat dan juga peningkatan bilangan lesen baru. Pada tahun 2015
bilangan pemeriksaan mengejut berkurangan berbanding tahun 2014.
Penurunan ini adalah sebanyak 14% (43 pemeriksaan) berbanding tahun
2014. Ini disebabkan oleh pengurangan sebanyak 7% bilangan
permohonan melakukan kerja-kerja radiografi industri di kawasan
awam.
Graf 1: Bilangan Pemeriksaan yang dilakukan pada tahun 2011 –
2015
0
100
200
300
400
500
600
700
Berkala Mengejut Ulangan Amang Penangkap Kilat
372
77
1 0 0
487
233
8 2 2
515
143
4 4 8
596
345
10 10 17
672
302
7 11 21
Pe
nc
ap
aia
n
Pemeriksaan
Pemeriksaan 2011 Hingga 2015
2011
2012
2013
2014
2015
-
Pemegang lesen di bawah Akta Perlesenan Tenaga Atom (Akta 304)
adalah terdiri daripada syarikat-syarikat atau agensi kerajaan yang
menjalankan aktiviti atau amalan seperti pemprosesan sinaran atau
sel penyinaran, radiografi industri, tolok sinaran, bahan
radioaktif yang wujud secara semulajadi (Naturally Occuring
Radioactive Materials, NORM) atau dipertingkatkan melalui teknologi
(Technologically Enhanced Naturally Occuring Radioactive Materials,
TENORM), penjualan dan penyelidikan manakala bukan pemegang lesen
adalah syarikat-syarikat berdaftar dan mendapat pengecualian
daripada peruntukan Akta 304 seperti kilang amang kecil dan
penangkap kilat.
Permohonan Kebenaran
Pada tahun 2015, sejumlah 7274 permohonan kebenaran telah
diterima dan diproses (Graf 2). Sebanyak 43.5%
jumlah permohonan kebenaran meningkat pada tahun 2015 berbanding
tahun 2014 (5070 kebenaran) mengikut pecahan seperti graf di bawah.
Permohonan kebenaran pemberhentian pekerja meningkat sebanyak 41 %
pada tahun 2015 berbanding tahun-tahun sebelumnya. Peningkatan ini
adalah disebabkan oleh beberapa faktor terutamanya faktor kewangan
syarikat iaitu:
Syarikat telah memberhentikan pekerja mereka sebagai pekerja
sinaran contohnya syarikat Malaysia Airports Sdn. Bhd.
Penamatan projek Asian Rare Earth pada tahun 2015 menyebabkan
banyak permohonan pemberhentian pekerja sinaran dikemukakan.
pemegang lesen memohon untuk membatalkan lesen kerana tidak mahu
berurusan dengan aktiviti tenaga atom.
Graf 2: Bilangan Kebenaran Bagi Tahun 2011 Hingga 2015
0
1000
2000
3000
4000
5000
6000
PinjamPekerja
PekerjaBerhenti
LupusRadas
LupusBahan
LupusPenangka
p Kilat
PinjamRadas
PinjamBahan
PinjamMeterTinjau
2011 63 1613 125 440 1 17 25 14
2012 76 3319 120 561 1 23 18 25
2013 56 3115 154 1182 0 5 15 71
2014 61 3530 209 1127 0 19 29 95
2015 72 5968 210 878 2 12 26 106
Pe
nc
ap
aia
n
Perbandingan Kebenaran 2011 Hingga 2015
2011 2012
2013 2014
2015
-
Siasatan dan Tindakan Perundangan
Pada tahun 2015, sebanyak 46 kes siasatan telah dijalankan
dengan pecahan sebanyak 32 kes tehadap pemegang lesen, 2 kes bukan
pemegang lesen (Syarikat memiliki radas penyinaran tanpa memiliki
lesen yang sah) dan 12 kes terhadap pekerja sinaran seperti yang
ditunjukkan dalam Graf 3. Siasatan dilakukan bertujuan untuk
mendapatkan bukti dan maklumat lengkap bagi sesuatu kesalahan yang
dilakukan oleh pemegang lesen, pekerja sinaran atau mana-mana orang
di bawah Akta 304.
Pada tahun 2015 sebanyak 63 tindakan perundangan telah diambil
terhadap pemegang lesen yang melakukan kesalahan di bawah Akta 304
dan perundangan subsidiari yang dibuat
dibawahnya mengikut pecahan seperti dalam Graf 4.
Bagi kesalahan yang dilakukan oleh pekerja sinaran, sebanyak 215
tindakan perundangan yang telah dikenakan terhadap pekerja sinaran
pada tahun 2015 manakala sebanyak 701 tindakan perundangan yang
telah dikenakan terhadap pekerja sinaran pada tahun 2014 seperti
Graf 5. Penurunan sebanyak 69% tahun 2015 berbanding tahun 2014.
Penurunan ini disebabkan oleh pada pertengahan tahun 2015 Penasihat
Undang-Undang memaklumkan bahawa tindakan perundangan tidak boleh
diambil terhadap pekerja sinaran yang melakukan kesalahan di bawah
Akta 304 kerana tiada punca kuasa untuk mengambil tindakan
tersebut.
Graf 3: Bilangan Siasatan yang dilakukan sepanjang tahun 2011
hingga 2015
0
5
10
15
20
25
30
35
40
Pemegang Lesen Bukan Pemegang Lesen Pekerja Sinaran
24
0
7
35
0
1716
0
23
40
1
12
32
2
12
Pe
nc
ap
aia
n
Penyiasatan
Penyiasatan 2011 Hingga 2015
2011 2012
2013 2014
2015
-
Graf 4: Bilangan Tindakan Perundangan Terhadap Pemegang Lesen
bagi
Tahun 2011 hingga 2015
Graf 5: Tindakan Perundangan Terhadap Pekerja Sinaran Tahun 2011
hingga 2015
0
10
20
30
40
50
60
70
80
Henti Operasi Peringatan Amaran Keras Amaran
Gantung/BatalLesen
Kes Mahkamah
75
21
6
10
0 0
68
49
7 8
1 0
73
32
1
10
0 0
64
43
23
6
0 0
10
2325
23 0
Bil
an
gan
Perbandingan Tindakan Undang-Undang Terhadap Pemegang Lesen 2011
Hingga 2015
2011 2012
2013 2014
2015
0
100
200
300
400
500
600
700
Surat Peringatan Amaran Keras Amaran Senarai Hitam
GantungPengiktirafan
200 3
173
364 0 3
686
129 0 5
565
05 3 6
658
292 0 1
207
5
Pe
nc
ap
aia
n
Tindakan Undang-Undang Terhadap Pekerja Sinaran 2011 hingga
2015
2011
2012
2013
2014
2015
-
Aduan Berkaitan Aktiviti Tenaga Atom
Pada tahun 2015, sebanyak 17 aduan berkaitan aktiviti tenaga
atom telah diterima (Rujuk Graf 6). Kebanyakan aduan yang diterima
adalah berkaitan dengan melakukan aktiviti radiografi industri di
kawasan awam tanpa mengikut prosedur, bahan radioaktif disimpan di
tempat yang tidak diluluskan
dan ketidakpuashati pekerja terhadap majikan. Kesemua aduan ini
telah selesai diambil tindakan. Daripada jumlah ini, sebanyak 6
aduan telah dirujuk ke Seksyen Siasatan & Pendakwaan untuk
siasatan lanjut kerana disyaki melanggar Akta 304 dan perundangan
subsidiari yang dibuat dibawahnya.
Graf 6: Aduan Aktiviti Tenaga Atom Tahun 2011 hingga 2015
Sumber rujukan: LPTA: LEM/MAK/261 Tamb 3.
0
5
10
15
20
25
30
35
40
2011 2012 2013 2014 2015
19
36
1719
17
Bila
ng
an
Aduan
Perbandingan Aduan 2011 Hingga 2015