Top Banner
23

Status Tesis file1.6 Kepentingan Kajian 7 1.7 Definisi Istilah 7 1.8 Batasan Kajian 10 1.9 Skop Kajian ...

Jun 27, 2019

Download

Documents

docong
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Page 1: Status Tesis file1.6 Kepentingan Kajian 7 1.7 Definisi Istilah 7 1.8 Batasan Kajian 10 1.9 Skop Kajian ...
Page 2: Status Tesis file1.6 Kepentingan Kajian 7 1.7 Definisi Istilah 7 1.8 Batasan Kajian 10 1.9 Skop Kajian ...
Page 3: Status Tesis file1.6 Kepentingan Kajian 7 1.7 Definisi Istilah 7 1.8 Batasan Kajian 10 1.9 Skop Kajian ...
Page 4: Status Tesis file1.6 Kepentingan Kajian 7 1.7 Definisi Istilah 7 1.8 Batasan Kajian 10 1.9 Skop Kajian ...

TINJAUAN TERHADAP FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI

PEMBELAJARAN PELAJAR DALAM MATA PELAJARAN REKA CIPTA DI

ENAM BUAH SEKOLAH MENENGAH DALAM DAERAH JOHOR BAHRU.

NOOR AZAM BIN YUSOFF

Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat

Penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kemahiran Hidup)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

MAC, 2004

Page 5: Status Tesis file1.6 Kepentingan Kajian 7 1.7 Definisi Istilah 7 1.8 Batasan Kajian 10 1.9 Skop Kajian ...

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : ______________________ Nama Penulis : NOOR AZAM BIN YUSOFF Tarikh : MAC 2004

Page 6: Status Tesis file1.6 Kepentingan Kajian 7 1.7 Definisi Istilah 7 1.8 Batasan Kajian 10 1.9 Skop Kajian ...

iii

“Saya/Kami* akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan

saya/kami* karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran

Hidup)”.

Tandatangan : __________________ Nama Penyelia : EN. MOHD SAFARIN BIN NORDIN Tarikh : MAC 2004

* Potong yang tidak berkenaan.

Page 7: Status Tesis file1.6 Kepentingan Kajian 7 1.7 Definisi Istilah 7 1.8 Batasan Kajian 10 1.9 Skop Kajian ...

iv

DEDIKASI

KHAS BUAT …………. Isteriku yang tercinta Siti Mariam Bt Mohd Tuah …. Pengorbananmu tidak sia-sia….puteri-puteriku yang comel serta disayangi : Siti Noor Syafiqah Hafizah, Siti Noor Syuhaidah Hafizah dan Siti Noor Nadirah Hafizah. Sesungguhnya kalianlah pembakar semangat buatku untuk terus berjuang…… Buat ibuku, ibu dan bapa mertua serta seluruh keluarga , Tiada apa yang dapat kuucapkan hanya jutaan terima kasih di atas segala-galanya. Kejayaan ini pastinya tidak akan dapat ku genggam tanpa dorongan dan pengorbanan yang diberikan. Doa restu kalian membuahkan segunung impian menjelma menjadi kenyataan….. Dan buat rakan seperjuangan …… terima kasih diatas kerjasama yang kalian hulurkan. Semoga dengan kejayaan ini dapat bersama kita memartabtkan profesion yang kita junjung dan memanfaatkannya buat anak bangsa ….. Insyaallah.

Page 8: Status Tesis file1.6 Kepentingan Kajian 7 1.7 Definisi Istilah 7 1.8 Batasan Kajian 10 1.9 Skop Kajian ...

v

PENGHARGAAN

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang,

Alhamdulillah, segala pujian hanya bagi Allah pencipta sekian alam semesta,

selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad S.a.w dan seluruh keluarga

serta sahabat.

Penulis ingin merakam setinggi-tinggi penghargaan kepada penyelia projek

sarjana muda, En Mohd Safarin B. Nordin di atas bimbingan, panduan serta

pandangan yang diberikan tanpa mengenal jemu sepanjang tempoh menjalankan

penyelidikan ini.

Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada EPRD, Kementerian Pendidikan

Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri Johor, Pengetua-pengetua sekolah yang

terlibat dalam memberikan kerjasama dan bantuan yang diberikan untuk

menjayakan projek penyelidikan ini.

Penghargaan juga kepada teman-teman seperjuangan , pihak-pihak yang

terlibat bagi menjayakan projek penyelidikan ini sama ada secara langsung atau

tidak langsung.

Page 9: Status Tesis file1.6 Kepentingan Kajian 7 1.7 Definisi Istilah 7 1.8 Batasan Kajian 10 1.9 Skop Kajian ...

vi

ABSTRAK

Kajian yang dijalankan ini adalah kajian deskritif yang berbentuk tinjaun.

Kajian ini dijalankan adalah untuk meninjau faktor-faktor yang telah mempengaruhi

pembelajaran pelajar dalam mata pelajaran Reka Cipta tingkatan empat di enam buah

sekolah menengah yang mengambil elektif Reka Cipta dalam daerah Johor Bahru.

Kajian ini cuba menjawab persoalan kajian apakah faktor minat, strategi pengajaran

guru, persekitaran dan kemudahan kelengkapan dalam mempengaruhi pembelajaran

pelajar dalam mata pelajaran Reka Cipta. Data-data yang dikumpul menggunakan

kertas soal selidik dan dianalisis menggunakan perisian komputer SPSS for Windows

11.0 serta dilaporkan mengikut min, frekuensi dan peratusan. Hasil daripada kajian

menunjukkan faktor minat dan strategi pengajaran guru amat mempengaruhi

pembelajaran pelajar dalam mata pelajaran Reka Cipta, sementara faktor persekitaran

dan kelengkapan berada pada tahap sederhana mempengaruhi. Adalah diharapkan

hasil kajian ini akan dapat membantu pendidik dan pihak-pihak yang mempunyai

hubungan dalam meningkatkan lagi kecemerlangan dalam pencapaian peperiksan

mata pelajaran Reka Cipta.

Page 10: Status Tesis file1.6 Kepentingan Kajian 7 1.7 Definisi Istilah 7 1.8 Batasan Kajian 10 1.9 Skop Kajian ...

vii

ABSTRACT

This is a descriptive study which to observe the factors effected form four

students learning in a Reka Cipta subject. The study involves six secondary schools

in Johor Bahru. The purpose of this study is to identify the effected factors towards

the students learning in a Reka Cipta subject. The data is collected by using

questionnaires and has been analyzed by SPSS for Windows 11.0. It has reported

based on mean, frequency and percentage. The result shows that student’s interest

and teachers teaching strategy are great factors whereby schools environment and

facilities are average factors in affected towards the students learning in a Reka Cipta

subject. Hopefully this study will benefit the teachers and the concerned authorities

to get the excellence in this subject.

Page 11: Status Tesis file1.6 Kepentingan Kajian 7 1.7 Definisi Istilah 7 1.8 Batasan Kajian 10 1.9 Skop Kajian ...

viii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKASURAT

JUDUL i

PENGAKUAN ii

PENGESAHAN PENYELIA iii

DEDIKASI iv

PENGHARGAAN v

ABSTRAK vi

ABSTRACT vii

KANDUNGAN viii

SENARAI JADUAL xiii

SENARAI LAMPIRAN xiv

SENARAI SINGKATAN xv

BAHAGIAN SATU

BAB PERKARA MUKA SURAT

BAB I PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

Page 12: Status Tesis file1.6 Kepentingan Kajian 7 1.7 Definisi Istilah 7 1.8 Batasan Kajian 10 1.9 Skop Kajian ...

ix1.3 Penyataan Masalah 5

1.4 Objektif Kajian 6

1.5 Persoalan Kajian 6

1.6 Kepentingan Kajian 7

1.7 Definisi Istilah 7

1.8 Batasan Kajian 10

1.9 Skop Kajian 10

1.10 Penutup 10

BAHAGIAN 2

BAB II SOROTAN KAJIAN MUKA SURAT

2.1 Pengenalan 12

2.2 Minat 14

2.3 Strategi Pengajaran Guru 16

2.4 Persekitaran 21

2.5 Kemudahan Kelengkapan 25

2.6 Penutup 27

BAHAGIAN 3

BAB III METODOLOGI KAJIAN MUKA SURAT

3.1 Pengenalan 28

3.2 Rekabentuk Kajian 28

3.3 Tempat Kajian 29

3.4 Populasi Kajian 30

Page 13: Status Tesis file1.6 Kepentingan Kajian 7 1.7 Definisi Istilah 7 1.8 Batasan Kajian 10 1.9 Skop Kajian ...

x 3.5 Instrumen Kajian 30

3.6 Kajian Rintis 32

3.7 Prosedur Kajian 33

3.8 Pengumpulan Data 34

3.9 Analisis Data 35

3.10Penutup 37

BAHAGIAN EMPAT

BAB IV ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 39

4.2 Analisis Hasil Kajian 40

4.2.1 Analisis Latar Belakang Responden 40

4.2.1.1 Analisis Responden Berdasarkan Jantina 41

4.2.1.2 Analisis Responden Mengikut Bangsa 42

4.2.1.3 Analisis Keputusan Peperiksaan Akhir

Tahun Reka Cipta Tingkatan Empat 42

4.3 Analisis Berdasarkan Persoalan Kajian 42

4.3.1 Analisis Data Persoalan Kajian Pertama 43

4.3.2 Analisis Data Persoalan Kajian Kedua 46

4.3.3 Analisis Data Persoalan Kajian Ketiga 49

4.3.4 Analisis Data Persoalan Kajian Keempat 52

BAHAGIAN LIMA

BAB V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

Page 14: Status Tesis file1.6 Kepentingan Kajian 7 1.7 Definisi Istilah 7 1.8 Batasan Kajian 10 1.9 Skop Kajian ...

xi5.1 Pengenalan 56

5.2 Rumusan 56

5.2.1 Rumusan Profil Responden 57

5.2.2 Rumusan Berdadarkan Persoalan Kajian 58

5.2.2.1 Faktor Minat 58

5.2.2.2 Faktor Pengajaran Guru 58

5.2.2.3 Faktor Persekitaran 59

5.2.2.4 Faktor Kelengkapan 59

5.3 Perbincangan

5.3.1 Faktor minat Mempengaruhi Pembelajaran

Pelajar Dalam Mata Pelajaran Reka Cipta 60

5.3.2 Faktor Pengajaran Guru Mempengaruhi

Pembelajaran Pelajar Dalam Mata Pelajaran

Reka Cipta 61

5.3.3 Faktor Persekitaran Mempengaruhi

Pembelajaran Pelajar Dalam Mata Pelajaran

Reka Cipta 62

5.3.4 Faktor Kemudahan Kelengkapan

Mempengaruhi Pembelajaran Pelajar Dalam

Mata Pelajaran Reka Cipta 63

5.4 Cadangan

5.4.1 Pelajar 65

5.4.2 Guru 66

5.4.3 Ibu Bapa 67

5.4.4 Sekolah 67

5.4.5 Jabatan Pendidikan Negeri Johor 68

5.4.6 Kementerian Pendidikan 69

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 69

5.6 Penutup 69

Page 15: Status Tesis file1.6 Kepentingan Kajian 7 1.7 Definisi Istilah 7 1.8 Batasan Kajian 10 1.9 Skop Kajian ...

xii

BAHAGIAN ENAM

RUJUKAN 73

BAHAGIAN TUJUH LAMPIRAN

A Borang Soal Selidik 78

B Surat Kebenaran EPRD 84

C Surat Kebenaran Menjalankan Kajian 86

D Surat Pengenalan Diri 87

Page 16: Status Tesis file1.6 Kepentingan Kajian 7 1.7 Definisi Istilah 7 1.8 Batasan Kajian 10 1.9 Skop Kajian ...

xiii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

1.1 Analisis Keputusan Peperiksaan SPM 4

Jabatan Pendidikan Negeri Johor

3.1 Jadual Bilangan Responden Mengikut Sekolah 30

3.2 Skala Likert Lima Mata 32

3.3 Markat Skala 3 Mata 36

3.4 Klasifikasi Soalan Mengikut Persoalan Kajian 36

4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 41

4.2 Taburan Responden Mengikut Bangsa 41

4.3 Taburan Responden Mengikut Keputusan Peperiksaan 42

4.4 Taburan Frekuensi, Peratusan Dan Min Responden

Terhadap Minat 43

4.5 Taburan Frekuensi, Peratusan Dan Min Responden

Terhadap Faktor Pengajaran Guru 46

4.6 Taburan Frekuensi, Peratusan Dan Min Terhadap Faktor

Persekitaran 49

4.7 Taburan Frekuensi, Peratusan Dan Min Responden

Terhadap Faktor Kemudahan Kelengkapan 52

Page 17: Status Tesis file1.6 Kepentingan Kajian 7 1.7 Definisi Istilah 7 1.8 Batasan Kajian 10 1.9 Skop Kajian ...

xiv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK

A Borang Soal Selidik 78

B Surat Kebenaran Bahagian EPRD, Kementerian Pendidikan 84

Malaysia

C Surat Kebenaran Menjalankan Kajian, Jabatan Pendidikan 86

Negeri Johor

D Surat Perakuan Diri 87

Page 18: Status Tesis file1.6 Kepentingan Kajian 7 1.7 Definisi Istilah 7 1.8 Batasan Kajian 10 1.9 Skop Kajian ...

xv

SENARAI SINGKATAN

SINGKATAN KETERANGAN

BPG Bahagian Pendidikan Guru

CADD Computer Aided Design and Drafting

DBP Dewan Bahasa dan Pustaka

EPRD Bahagian Perancangan dan Penyelidikan

Dasar Pendidikan

INTAN Institut Tadbiran Awam Negara

JPN Jabatan Pendidikan Negeri

PKPG Program Khas Pensiswazahan Guru

SPM Sijil Pelajaran Malaysia

SPSS Statistical Package for Social Science

UTM Universiti Teknologi Malaysia

Page 19: Status Tesis file1.6 Kepentingan Kajian 7 1.7 Definisi Istilah 7 1.8 Batasan Kajian 10 1.9 Skop Kajian ...

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Negara kita sedang menuju ke arah negara perindustrian berasaskan

maklumat dan perkembangan teknologi tinggi. Dalam sistem pendidikan kita

tercabar untuk meningkatkan lagi tahap kesediaan dan keupayaan yang berbeza-beza.

Dalam dunia masa kini, perbahasa ‘ education is a great social leveller’ yang kita

sanjung semakin terhakis kebenarannya dan semakin jauh dari realiti. Ini perkara

yang harus difikirkan bagi menyahut cabaran aspirasi negara untuk menjadi negara

maju menjelang tahun 2020.

Pelajar juga perlulah menguasai mata pelajaran yang mereka pelajari bagi

merealisasikan cabaran tersebut. Bagi menyediakan pelajar, sistem pendidikan kita

perlu kepada perubahan seiring dengan perkembangan pesat arena keilmuan global

dalam bidang pendidikan, ditambah pula dengan pelbagai agenda reformasi dan

anjakan paradigma dari semasa ke semasa semenjak Akta Pendidikan 1996

dikuatkuasakan. Menurut Naib Canselor, Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof.

Datuk Dr Anuwar Ali ( Berita Harian, 7 November 2000), namun dari masa ke

semasa terdapat beberapa faktor yang membawa perubahan sistem pendidikan seperti

dalam matlamat untuk menjadi negara maju, kekuatan yang perlu ditonjolkan ialah

keupayaan Sains dan Teknologi agar masyarakat menjadi komuniti berilmu dan

berpengetahuan tinggi serta kreatif.

Page 20: Status Tesis file1.6 Kepentingan Kajian 7 1.7 Definisi Istilah 7 1.8 Batasan Kajian 10 1.9 Skop Kajian ...

2 Daripada apa yang diperkatakan oleh Dr Anuwar itu, untuk membawa kepada

perubahan dalam sistem pendidikan kita mesti berbalik kepada matlamat kita untuk

menjadi negara maju. Ini penting supaya hala tuju sistem pendidikan tidak lari dari

matlamat sebenar selari dengan Falsafah Pendidikan Negara. Sistem pendidikan

negara dari peringkat sekolah hingga universiti perlu berada di atas landasan yang

betul untuk melahirkan manusia berilmu agar matlamat untuk menjadi negara maju

seperti digariskan menerusi wawasan 2020. ( Berita Harian, 7 November 2000 ).

Y. A. B Datuk Sri Dr. Mahathir Muhamad memperkatakan hal ini semasa

pelancaran Majlis Perdagangan Malaysia pada 28 Februari 1994 ( INTAN, 1994 ).

Kertas kerja ini mengandungi satu pemikiran dan rangka kerja bertajuk “Malaysia –

Melangkah Ke Hadapan.” Untuk mencapai hasrat itu warga pendidik perlu

menggembeling tenaga dan bermuafakat agar matlamat yang ingin dicapai akan

menjadi kenyataan.

Wawasan 2020 bukanlah merupakan satu dasar khas tetapi merupakan

tindakbalas kepada perkembangan ekonomi, sosial dan politik yang berlaku di

peringkat nasional dan antarabangsa yang telah memberi cabaran hebat kepada

negara. Matlamat ini adalah untuk menjadi negara kita mengikut acuan sendiri

tanpa terikut dengan negara maju lain yang sedia ada sekarang.

Bagi mencapai hasrat ini, salah satu cabaran yang harus dihadapi ialah

mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, mempunyai daya perubahan tinggi

dan memandang ke hadapan, yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi

juga menyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi masa hadapan.

Kemajuan Keupayaan Sains dan Teknologi adalah salah satu cabaran

wawasan 2020 di mana Malaysia mesti mempunyai keupayaan untuk memaju dan

menyelaraskan sumber sains dan teknologi yang ada dalam negara supaya mencapai

hasrat menjadikan Malaysia sebuah negara yang mempunyai masyarakat yang

berdaya cipta dan berpandangan jauh, sebuah masyarakat yang bukan sahaja dapat

memanfaatkan teknologi masa kini tetapi turut menyumbang kepada kemajuan

peradaban sains dan teknologi pada masa hadapan” ( INTAN, 1994 ).

Page 21: Status Tesis file1.6 Kepentingan Kajian 7 1.7 Definisi Istilah 7 1.8 Batasan Kajian 10 1.9 Skop Kajian ...

3 Bagi merealisasikan hasrat kerajaan itu, mata pelajaran Reka Cipta telah

mula diperkenalkan di sekolah-sekolah percubaan mulai 1994 dan diperkenalkan

sepenuhnya pada tahun 1996 sebagai satu mata pelajaran pilihan ( Lembaga

Peperiksaan Malaysia, 1998 ). Ini merupakan salah satu perancangan jangka

panjang ke arah mencapai matlamat melahirkan generasi rakyat Malaysia yang

kreatif, inventif dan inovatif ( Pusat Perkembangan Kurikulum, 1996b ). Melalui

mata pelajaran reka cipta adalah diharapkan negara dapat mengetengahkan bakat-

bakat baru yang berkebolehan di kalangan pelajar. Ini membolehkan negara

melahirkan pereka cipta yaang boleh mencipta pelbagai produk baru dan seterusnya

membantu negara mencapai wawasan 2020 untuk mencapai status negara maju.

1.2 Latar Belakang Masalah

Mata Pelajaran Reka Cipta Menengah Atas telah mula diperkenalkan di

sekolah-sekolah percubaan mulai tahun 1994 sebagai satu mata pelajaraan elektif di

bawah kumpulan II Vokasional dan Teknologi. Terdapat sebanyak 122 buah

sekolah di seluruh Malaysia yang menawarkan subjek ini dan seramai 3563 orang

yang mengambil subjek ini pada tahun 1998. Namun begitu pada tahun berikutnya

iaitu pada tahun 1999 bilangan sekolah telah meningkat kepada 172 buah sekolah

dengan 3903 orang pelajar telah mengambil mata pelajaran ini ( Kementerian

Pendidikan Malaysia, 2001 ).

Berdasarkan pembentangan keputusan matapelajaran Sijil Pelajaran Malaysia

1999 hingga 2002 oleh Menteri pendidikan Malaysia mendapati, pencapaian pelajar

dalam mata pelajaran ini di peringkat SPM menunjukkan 99.7 peratus calon lulus

pada tahun 1999, manakala tahun 2000 pula 98.6 peratus calon telah lulus,

seterusnya pada tahun 2001 pula terdapat sedikit penurunan iaitu sebanyak (0.5%)

kepada 98.1 peratus dan yang terbaharu pada tahun 2002 ianya meningkat sedikit

kepada 99.2 peratus.

Page 22: Status Tesis file1.6 Kepentingan Kajian 7 1.7 Definisi Istilah 7 1.8 Batasan Kajian 10 1.9 Skop Kajian ...

4Jadual 1.1 : Analisis Peperiksaan (SPM) Bagi Reka Cipta

1999

2000

2001

Bil.

GRED

Bil Peratus Bil Peratus Bil Peratus

1. 1 7 1.4 264 60 285 55

2. 2 16 3.3 93 21 125 24

3. 3 168 34 58 13 74 14

4. 4 136 28 21 4.7 29 5.6

5. 5 70 14 3 0.7 7 1.4

6. 6 37 7.6 1 0.2 1 0.2

7. 7 38 7.8 1 0.2 0 0

8. 8 9 1.8 1 0.2 0 0

9. 9 7 1.4 0 0 0 0

10. LULUS 481 98.6 443 100 518 100

11. JUMLAH 488 100 443 100 518 100

Sumber : Jabatan Pendidikan Negeri Johor 2003.

Berdasarkan analisis pencapaian matapelajaran Reka Cipta Sijil Pelajaran

Malaysia 1999-2001, (Jadual 1.1) yang di keluarkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri

Johor menunjukkan pencapaian matapelajaran ini adalah pada tahap yang tidak

konsisten.

Pada tahun 1999 seramai 4.7 % calon mendapat pangkat A1 dan A2 dalam

matapelajaran Reka Cipta. Manakala pada tahun 2000 pula seramai 80.5 %

mendapat gred A1 dan A2. Itu menunjukkan terdapat peningkatan yang ketara

dalam tempoh dua tahun tersebut. Walaubagaimanapun, pada tahun berikutnya

terdapat penurunan (1.5%) pencapaian gred A1 dan A2 dalam matapelajaran Reka

Cipta.

Sungguhpun peratus kelulusan dan jumlah pencapaian gred A1 dan A2

adalah tinggi namun pencapaian matapelajaran ini tidak begitu konsisten. Menurut

Page 23: Status Tesis file1.6 Kepentingan Kajian 7 1.7 Definisi Istilah 7 1.8 Batasan Kajian 10 1.9 Skop Kajian ...

5Ketua Nazir Sekolah Malaysia, Abd.Rahim Tahir pelajar dianggap berprestasi rendah

jika hanya mendapat gred C3 dan ke bawah (Utusan Malaysia 28.8.2000).

Jika perkara ini berterusan ianya akan membantutkan atau menggugat

matlamat dan impian negara untuk melahirkan ramai individu yang akan menjadi

penyumbang kepada pembangunan teknologi. Justeru itu untuk mencapai matlamat

menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju, negara mestilah dapat melahirkan

seberapa ramai individu yang mempunyai daya cipta yang tinggi dan cemerlang.

Berdasarkan Dokumen Pentaksiran Projek Reka Cipta SPM 2004 ( Lembaga

Peperiksaan Malaysia, 2004 ) pelajar yang mengambil matapelajaran Reka Cipta

akan dinilai melalui hasil projek Reka Cipta dan peperiksaan bertulis. Oleh yang

demikian, pelajar akan dinilai bukan sahaja melalui keupayaan kemahiran tangan

sahaja, malahan juga akan dinilai dari aspek kognitif.

1.3 Pernyataan Masalah

Berdasarkan latar belakang masalah di mana mata pelajaran reka cipta yang

mula diperkenalkan sepenuhnya pada tahun 1996 dan statistik keputusan mata

pelajaran Reka Cipta SPM oleh Jabatan Pendidikan Negeri Johor, didapati

pencapaian mata pelajaran Reka Cipta tidak berada pada tahap seratus peratus

cemerlang.

Oleh itu kajian ini bertujuan untuk mengkaji faktor-faktor yang

mempengaruhi pembelajaran pelajar dalam mata pelajaran reka cipta di sekolah-

sekolah Menengah Daerah Johor Bahru.