1 I S U 0 3 / 2 0 1 7 B P S M . n r e STANDARD KUALITI PERKHIDMATAN PSIKOLOGI SUMBER MANUSIA (SKPPSM) 2017 YBhg. Dato’ Sri Azizan bin Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) menerima trofi dan sijil Penarafan 5 Bintang Standard Kualiti Perkhidmatan Psikologi Sumber Manusia (SKPPSM) 2017 yang disampaikan oleh YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia di Persidangan Psikologi Modal Insan pada 09 Oktober 2017 yang lalu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). KENALI STRES ANDA ……… 3 & 4 TERAPI KETAWA ……… 5 PENERIMAAN SIJIL PENARAFAN BINTANG STANDARD KUALITI PERKHIDMATAN P SIKOLOGI SUMBER MANUSIA ( SKPPSM) 2017 ……1 & 2 “...perkhidmatan psikologi dalam pengurusan modal insan negara ini terus diperkasakan bagi memastikan keseimbangan fizikal, emosi, tingkah laku dan spiritual warga kerja negara ini berada di tahap yang terbaik”. YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi BENGKEL DASAR PEMISAH DAN KURSUS PEMANTAPAN RAKAN PEMBIMBING PERKHIDMATAN AWAM TAHUN 2017……….... 6 PERASMIAN BILIK AKRAB PERHILITAN ….. 6 PERANAN AKRAB ……. 8
8
Embed
STANDARD KUALITI PERKHIDMATAN PSIKOLOGI SUMBER … Sinergi Kaunseling Isu 03... · Pengurusan dan pentadbiran yang dinamik serta berkesan berupaya menghasilkan produktiviti dan tenaga
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
1
I S U 0 3 / 2 0 1 7 B P S M . n r e
STANDARD KUALITI PERKHIDMATAN
PSIKOLOGI SUMBER MANUSIA (SKPPSM) 2017
YBhg. Dato’ Sri Azizan bin Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) menerima trofi dan sijil Penarafan 5 Bintang Standard Kualiti Perkhidmatan Psikologi Sumber Manusia (SKPPSM) 2017 yang disampaikan oleh YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia di Persidangan Psikologi Modal Insan pada 09 Oktober 2017 yang lalu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
KENALI STRES ANDA
……… 3 & 4
TERAPI KETAW A
……… 5
PENERIMAAN SIJ IL PENARAFAN BINTANG STANDARD KUALIT I PERKHIDMATAN PSIKOLOGI SUMBER MANUSIA (SKPPSM) 2017……1 & 2
“...perkhidmatan psikologi dalam pengurusan modal insan negara ini terus diperkasakan bagi memastikan keseimbangan fizikal, emosi, tingkah laku dan spiritual warga kerja negara ini berada di tahap yang terbaik”.
YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
BENGKEL DASAR PEMISAH
DAN KURSUS PEMANTAPAN
RAKAN PEMBIMBING
PERKHIDMATAN AW AM
TAHUN 2017……….. . .6
PERASMIAN BILIK
AKRAB PERHILITAN…..6
PERANAN AKRAB …….8
KEJAYAAN MEMPEROLEH PENARAFAN 5 BINTANG
Unit Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling
di bawah Seksyen Pembangunan Modal Insan
(SPMI), Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
telah menerima penganugerahan penarafan lima
(5) bintang Standard Kualiti Perkhidmatan
Psikologi Sumber Manusia Tahun 2017 oleh
Bahagian Pengurusan Psikologi, Jabatan
Perkhidmatan Awam. Trofi dan sijil penarafan
tersebut telah disampaikan oleh YAB. Dato’ Seri
Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana
Menteri Malaysia kepada YBhg. Dato’ Seri Azizan
bin Ahmad, Ketua Setiausaha NRE
di Persidangan Psikologi Modal Insan bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsan
Putrajaya (PICC) pada 09 Oktober 2017 yang lalu.
2
Unit Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling telah memenangi anugerah tersebut melalui
Naziran Standard Kualiti Perkhidmatan Psikologi Tahun 2017 yang telah dilaksanakan
pada 04 Ogos 2017 di Bilik Mesyuarat Mutiara, Aras 9, Wisma Sumber Asli.
Kejayaan ini akan menjadi pemangkin kecemerlangan NRE pada masa akan datang
khususnya dalam memperkasakan perkhidmatan psikologi dan secara langsung memantapkan
pembangunan modal insan.
3
Stres merupakan fenomena biasa yang mungjkin tidak dapat
dielakkan dalam kehidupan seseorang manusia dan ia tidak
semestinya berbahaya. Dalam keadaan tertentu stres diperlukan
sebagai pemangkin untuk mencapai kejayaan dan kesejahteraan diri
seseorang. Walau bagaimanapun, jika stres berlebihan dan
melampaui keupayaan seseorang, ia boleh menimbulkan gejala
negatif. Stres yang keterlaluan dan berterusan boleh menjadi satu
gangguan dan membantutkan perkembangan diri seseorang serta
boleh membawa padah yang tidak diingini seperti kesengsaraan dan
penderitaan jiwa.
Hampir kesemua jenis pekerjaan boleh menimbulkan stres kepada
seseorang pekerja. Tinggi atau rendah stres itu bergantung kepada
reaksi pekerja tersebut terhadap pekerjaan yang dilakukannya. Antara
perkara yang boleh menimbulkan stres dalam alam pekerjaan
termasuklah beban kerja, tindakan dan ekspektasi ketua yang sangat
tinggi, perpindahan, komunikasi, pertukaran jenis kerja, kenaikan
pangkat dan sebagainya.
“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”
(Surah Al- Baqarah 2:286)
STRES ALAM PEKERJAAN
... bersambung di muka surat 4
KENALI STRES
ANDA
“Kehidupan ini
tidak dapat
dipisahkan
daripada ujian
dan cabaran.
Seorang yang
berjaya
merupakan
individu yang
menghadapinya
dengan hati yang
cekal.”
... bersambung dari muka surat 3
4
KESAN STRES KEPADA ORGANISASI
Kejayaan sesebuah organisasi banyak bergantung kepada kecergasan, keintelektualan,
kebijaksanaan, kreatif, inovatif dan tinggi nilai modal insan di dalam organisasi tersebut.
Pengurusan dan pentadbiran yang dinamik serta berkesan berupaya menghasilkan produktiviti dan
tenaga kerja berprestasi tinggi di kalangan anggota organisasi. Pengurusan yang ceria dan mesra
pekerja akan mengujudkan suasana kerja yang kondusif dan selamat.
Sebaliknya, jika pengurusan dan pentadbiran tidak diurus dengan baik dan banyak kelemahan,
sudah tentu perkara ini akan menimbulkan banyak masalah kepada pekerja. Para pekerja akan
berasa tertekan dan kecewa. Perkara ini akan menghalang mereka menumpukan perhatian yang
penuh kepada kerja mereka. Perasaan kecewa ini boleh menjadikan seseorang itu bertingkah laku
agresif seperti ia mungkin merosakkan harta benda organisasi tersebut. Ada kalanya akibat
daripada perasaan tertekan, seseorang itu mengambil sikap untuk mengundur diri. Tindakan ini
boleh menyebabkan hasil kerja yang tidak produktif kerana kurang kerjasama yang diharapkan.
Jika keadaan in berterusan maka produktiviti sesuatu organisasi tersebut akan merosot.
4
5
umor atau ketawa adalah salah satu cara
yang baik untuk mengurangkan tekanan
dan merupakan penawar kepada
kesedihan. Pakar menyatakan bahawa
ketawa adalah kebaikan untuk merelakskan
otot-otot yang tegang, menambahkan
kemasukan oksigen yang lebih kepada
dalam darah dan boleh merendahkan tahap
tekanan darah. Apabila seseorang itu
gembira, ia bagai satu mekanisme semula
jadi di dalam badan dan seterusnya sistem
imun akan meningkat.
Penyelidikan perubatan menunjukkan bahawa ketawa akan mencetuskan pengeluaran dua bahan
kimia neuropeptide yang dinamakan Endorphin dan Enkefalin. Kedua-dua bahan kimia yang
dihasilkan dikenali penawar kesakitan semula jadi badan. Sehubungan itu, dipercayai bahawa
ketawa yang menyebabkan badan anda mengeluarkan katekolamin bersama dengan adrenalin
dan non-adrenalin dapat mempercepatkan proses penyembuhan. Dapatan daripada kajian
(University of California, Amerika Syarikat), mendapati bahawa menonton video berbentuk humor
selama sejam dapat mengurangkan penghasilan hormon stres dan membantu sistem imun badan
menentang virus dan bakteria.
Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun banyak ketawa dari orang dewasa iaitu
400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Justeru tidak hairan jika
orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.
Kesimpulannya, ketawa adalah baik untuk kesihatan
kerana ia boleh mengurangkan tekanan sama ada dari
segi fizikal atau mental dan menggerakkan semua
organ dalam anda. Meskipun begitu, ketawa yang sihat
dilakukan secara tanpa paksaan sehingga anda
merasa bahagia. Mereka dengan tahap humor yang
tinggi biasanya lebih fleksibel dan mampu melihat
segala sesuatu dari sudut yang lebih positif.
K ementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar telah menganjurkan Bengkel Dasar Pemisah bersekali dengan Kursus Pemantapan Rakan Pembimbing
Perkhidmatan Awam (AKRAB) Tahun 2017. Program ini melibatkan Pegawai dari Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP) semua jabatan/agensi di bawah NRE, Pegawai Penilai Prestasi Khas I dan II, AKRAB Care dan juga ahli-ahli AKRAB. Taklimat berkaitan pelaksanaan dasar pemisah telah disampaikan oleh Puan Siti Mahani binti Muhazir dari Bahagian Pengurusan Psikologi, Jabatan Perkhidmatan Awam, manakala slot ceramah Laughter Therapy bagi kursus AKRAB telah disampaikan oleh Dr. Norzah binti Abd Ghani dari Kementerian Pengajian Tinggi dan Encik Sadli bin Osman dari Bahagian Pengurusan Psikologi, Jabatan Perkhidmatan Awam yang bertajuk Tanggungjawab AKRAB Care. Program ini juga turut melaksanakan Corporate Social Responsibility (CSR) yang melibatkan pelajar dari Ma’ahad Miftah Al-Ulum, Bukit Canggang, Dengkil Selangor. Antara objektif program ini dijalankan:- Memberi pemahaman kepada Pegawai Khidmat Pengurusan Jabatan/ Agensi
di bawah NRE, PPPK I/ II dan AKRAB Care yang dilantik agar berperanan sewajarnya berlandaskan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 2015: Pelaksanaan Dasar Pemisah Bagi Pegawai Berprestasi Rendah Dalam Perkhidmatan Awam;
Memberi pemahaman yang lebih jelas kepada ahli AKRAB mengenai fungsi dan
peranan mereka di Jabatan/ Agensi masing-masing; dan
Meningkatkan kemahiran bimbingan dalam melaksanakan fungsi sebagai ahli AKRAB.
Secara keseluruhannya, Bengkel Dasar Pemisah dan Kursus Pemantapan Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) bagi tahun 2017 telah dapat dilaksanakan melalui perkongsian bijak (smart partnership) bersama AKRAB Jabatan Pelindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Paya Indah Wetlands.
BENGKELBENGKEL
DASAR PEMISAH DASAR PEMISAH
DAN DAN
KURSUS KURSUS
PEMANTAPAN PEMANTAPAN
RAKAN RAKAN
PEMBIMBING PEMBIMBING
PERKHIDMATAN PERKHIDMATAN
AWAM AWAM
TAHUN 2017TAHUN 2017
NRENRE
10 10 -- 13 OKTOBER 201713 OKTOBER 2017
PAYA INDAH PAYA INDAH
WETLANDS WETLANDS
(PIW)(PIW)
Majlis Perasmian Bilik AKRAB PERHILITAN telah disempurnakan oleh
YBrs. Ketua Pengarah PERHILITAN, YBhg. Dato’ Abdul Kadir bin Abu
Hashim pada 09 Jun 2017 di Paya Indah Wetlands, Dengkil, Selangor.
Majlis ini turut dihadiri Timbalan Ketua Pengarah I, Encik Fakhrul Hatta bin
Musa, Timbalan Ketua Pengarah II, Encik Hasnan bin Yusop, Pengerusi
AKRAB PERHILITAN, Encik Noor Alif Wira bin Osman dan Pengarah
Bahagian Khidmat Pengurusan, Pn Priscilla Bong Anak Samson Onggie. 6
PERASMIAN BILIK
AKRAB PERHILITAN
7
PERASMIAN BILIK
AKRAB PERHILITAN
8
Sumber: Garis Panduan Pelaksanaan Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB), Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)