Top Banner
BAB 5 PERBANDINGAN ANTARA SAINS DAN TEKNOLOGI MENURUT ISLAM & BARAT
16

SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 05 perbandingan st islambarat

Aug 07, 2015

Download

Education

sscfcrew
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Page 1: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 05 perbandingan st islambarat

BAB 5

PERBANDINGAN ANTARA SAINS DAN TEKNOLOGI MENURUT ISLAM & BARAT

Page 2: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 05 perbandingan st islambarat

OBJEKTIF

1) Membincangkan ciri-ciri sains dan teknologi Islam.

2) Membandingkan antara sains dan teknologi menurut Barat dan Islam.

Page 3: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 05 perbandingan st islambarat

CIRI-CIRI SAINS DAN TEKNOLOGI ISLAM

1• Bersumberkan wahyu

2• Aktiviti Sains dan Teknologi Adalah Ibadah

3• Tidak Bersifat Bebas Nilai

4• Memihak Kepada Kebenaran

5• Operasi Pembuktian Bersifat Subjektif dan Berasaskan Niat yang Baik

6• Matlamat Tidak Menghalalkan Cara

Page 4: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 05 perbandingan st islambarat

1)Sains & Teknologi Islam Bersumberkan wahyu

• Sains dan teknologi Islam adalah bersumberkan al-Quran yang merupakan wahyu Allah S.W.T.

• Terdapat di dalam al-Quran, ayat-ayat yang membicarakan tentang wahyu yang turut menyentuh tentang alam pemikiran, makrifat, dan ilmu.

• Apabila sains Islam bersumberkan wahyu, maka tumpuan sains Islam ialah untuk memberikan manfaat dan segala aktiviti yang dilakukan mestilah dalam ruang lingkup yang dibenarkan dan dijauhi daripada melakukan kemusnahan dan kemudaratan terhadap masyarakat dan alam sekitar.

Page 5: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 05 perbandingan st islambarat

2) Aktiviti Sains dan Teknologi Adalah Ibadah

• Mempelajari ilmu sains dan teknologi dalam Islam merupakan ibadah. Ini bermakna sains merupakan alat untuk mencapai pengabdian kepada Allah S.W.T.

• Ini bertepatan dengan pengertian ibadah yang merujuk kepada ketundukan yang ditujukan kepada Allah S.W.T. dalam mentaati segala yang diperintahkan dan dilarang.

• Firman Allah S.W.T. (al-Zariyat, 51: 56) yang bermaksud:

• "Tidak Aku jadikan Jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepadaKu”.

Page 6: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 05 perbandingan st islambarat

Sambungan…

• Dalam konteks sains dan teknologi sebagai ibadah, ia mestilahmemenuhi tujuan dan matlamat berikut iaitu:

1) Membawa seseorang ke arah mengenali dan mengetahui Allah

2) Mendekatkan dan menghampirkan diri seseorang denganPenciptanya, iaitu Allah S.W.T. (Taqarrub Ila Allah).

3) Dapat meningkatkan ketaqwaan dan keimanan terhadap Allah S.W.T. melalui pengalaman, penumpuan, dan eksperimen yang dilakukan.

4) Dapat membentuk dan membina Muslim yang soleh danMuslimah yang solehah yang seimbang dari segi rohani danjasmani. Di samping itu, ia juga dapat mempertingkatkanmartabat diri menjadi “insan kamil” yang unggul dalam semuaaspek intelektual, fizikal, dan spiritual.

Page 7: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 05 perbandingan st islambarat

Sambungan…

5) Membolehkan manusia mencapai matlamat dan tujuan kewujudannya, iaitu sebagai hamba dan khalifah Allah S.W.T. dengan mempertingkatkan ibadah dan melaksanakan fungsi dan peranan untuk kesejahteraan diri, keluarga, masyarakat, dan negara.

6) Memungkinkan manusia mengeksploitasi khazanah alam dan sumber tabii yang dianugerahkan oleh Allah S.W.T. dengan cekap dan berkesan menepati peranannya sebgai khalifah Allah di atas muka bumi.

7) Melahirkan masyarakat berilmu, celik budaya, bermaklumat dan dapat membentuk personaliti individu muslim yang bersifat rendah hati (tawadu’), warak dan dapat memberi manfaat kepada orang lain.

Page 8: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 05 perbandingan st islambarat

3) Tidak Bersifat Bebas Nilai

• Kebebasan dalam Islam ada batasannya dan terikat dengan tanggung jawab sosial dalam kehidupan. Dengan itu, sains dan teknologi Islam tidak bersifat bebas nilai dan ia terikat dengan prinsip-prinsip dan etika tertentu.

• Prinsip utama etika Islam sains dan teknologi Islam ialah untuk memenuhi tanggungjawab akhlak yang mana garis panduannya telah ditentukan oleh syariat yang mencakupi perkara halal, haram, wajib, harus, makruh, dan sunat. Ini termasuklah bersikap adil dalam memenuhi tanggungjawab, memelihara keindahan dan menjaga keaslian alam semula jadi, tidak merosak dan memusnahkan alam, mengutamakan kepentingan awam dan tidak melakukan pembaziran dalam mengeksploitasi sumber tabii.

Page 9: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 05 perbandingan st islambarat

3) Tidak Bersifat Bebas Nilai

• Kebebasan dalam Islam ada batasannya dan terikat dengan tanggung jawab sosial dalam kehidupan. Dengan itu, sains dan teknologi Islam tidak bersifat bebas nilai dan ia terikat dengan prinsip-prinsip dan etika tertentu.

• Prinsip utama etika Islam sains dan teknologi Islam ialah untuk memenuhi tanggungjawab akhlak yang mana garis panduannya telah ditentukan oleh syariat yang mencakupi perkara halal, haram, wajib, harus, makruh, dan sunat. Ini termasuklah bersikap adil dalam memenuhi tanggungjawab, memelihara keindahan dan menjaga keaslian alam semula jadi, tidak merosak dan memusnahkan alam, mengutamakan kepentingan awam dan tidak melakukan pembaziran dalam mengeksploitasi sumber tabii.

Page 10: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 05 perbandingan st islambarat

4) Berpihak Kepada Kebenaran

• Sains dan teknologi Islam mestilah berpihak kepada kebenaran dan menjauhi kebatilan. Oleh itu, aktiviti sains Islam perlu dijalankan berpandukan kepada al-Quran dan batasan yang telah ditetapkan oleh syariat Islam.

• Nilai saintifik sains dan teknologi Islam tertakluk kepada sejauhmana kebenaran yang ada dalam sains dapat menemukan seseorang kepada hakikat kebenaran (Haqq) atau absolute truth, iaitu sumber kepada kewujudan makhluk.

• Dalam hal ini, sains yang didokong sebagai kebenaran (belief) dapat menguatkan agama yang dianuti sebagai iman.

Page 11: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 05 perbandingan st islambarat

5) Operasi Pembuktian Bersifat Subjektif dan Berasaskan Niat yang Baik

• Sains dan teknologi Islam menekankan bahawa operasipembuktian mestilah bersifat subjektif dan berasaskan niat yang baik. Ini adalah penting untuk menjamin kecemerlangan dankeberkatan dalam aktiviti sains dan teknologi Islam.

• Kepentingan niat yang ikhlas telah ditegaskan oleh Allah S.W.T. dalam firmanNya yang bermaksud:

”Dan tidak ada yang lebih baik agamanya daripada orang yang menyerahkan dirinya kepada Allah (dengan ikhlas), sedang iaberusaha mengerjakan kebaikan, dan ia pula mengikut agama Nabi Ibrahim yang lurus (yang tetap di atas dasar tauhid); dan(kerana itulah) Allah menjadikan Nabi Ibrahim kesayanganNya”.

(al-Nisa’, 4: 125)

Page 12: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 05 perbandingan st islambarat

6) Matlamat Tidak Menghalalkan Cara

• Ini bermaksud walaupun aktiviti sains dan teknologi bertujuan untuk mencapai kemajuan, cara yang tidak bermoral dan menyalahi syariat Islam adalah tidak dibenarkan sama sekali.

• Ini kerana sains dan teknologi Islam terikat dengan nilai akhlak yang ditentukan oleh syariat, iaitu sistem nilai yang berasaskan al-Quran dan al-Sunnah.

• Oleh itu, penggunaan sains dan ilmu pengetahuan berkait rapat dengan persoalan perlaksanaan tanggungjawab akhlak, iaitu hak sesama manusia, hak sesama makhluk dan hak terhadap Allah S.W.T. Kegagalan menunaikan ketiga-tiga hak tersebut akan menyebabkan seseorang menerima balasan azab di akhirat kelak.

Page 13: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 05 perbandingan st islambarat

DUA CIRI UTAMA SAINS DAN TEKNOLOGI ISLAM

• Menurut Fadzlullah Hj Shuib (2007: 19-23), terdapat dua ciri utama bagi sains dan teknologiIslam, iaitu

1) ciri-ciri keagamaan (teologisme)

2) ciri-ciri saintifik.

Page 14: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 05 perbandingan st islambarat

CIRI-CIRI TEOLOGISME KHUSUS BAGI SAINS

DAN TEKNOLOGI ISLAM

• 1-TAUHID

• 2-KESATUAN ILMU

• 3-KESATUAN KEBERSEBABAN

• 4-SAINS SEBAGAI MEKANISME UNTUK MENCAPAI PENGABDIAN DIRI KEPADA ALLAH DAN MENUJU KEREDAAN-NYA

• 5-SAINS TERIKAT DENGAN HUKUM DAN AKHLAK (ETIKA) YANG MANTAP

• 6-SAINS ADALAH SUATU KAEDAH UNGGUL UNTUK MEMBUKTIKAN KEBENARAN ALLAH DAN JALAN UNTUK MENCAPAI MAKRIFAH

Page 15: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 05 perbandingan st islambarat

CIRI-CIRI SAINTIFIK KHUSUS BAGI

SAINS DAN TEKNOLOGI ISLAM

1-OBJEKTIF

2-LOGIK

3-EMPIRIKAL

4-SINTESIS

5-ANALISIS

6-UNIVERSAL

Page 16: SSCF Crew - sains teknologi dan manusia - Bab 05 perbandingan st islambarat

KESIMPULAN• Umumnya, sains Islam berbeza dengan sains barat kerana

1) Bersumberkan al-Quran dan Sunnah

2) Mementingkan nilai moral dan etika yang tinggi dalam semuaaktiviti sains.

3) Aktiviti sains Islam adalah termasuk dalam ruang lingkupberibadah kepada Allah S.W.T. yang mempunyai garis panduan danbatasan-batasan tertentu ke arah mencapai kecemerlangan, keberkatan dan keredhaan Allah S.W.T. dalam segala aktiviti yang dijalankan menurut ketetapan syariat Islam.

4) Kesejagatan sains dan teknologi Islam bukan sahaja keranapenyumbangnya terdiri daripada pelbagai kelompok yang beradadi bawah polisi sains pemerintah Muslim tetapi juga khalayak yang menerima sumbangan sains dan teknologi Islam adalah terdiridaripada pelbagai komuniti dan tamadun.