SPESIFIKASI TAWARAN PERKHIDMATAN PENYELENGGARAAN
LEMBAGA TABUNG HAJI
Senarai Semakan Dokumen Tender
Mencuci dan Membersih di Bangunan Tabung Haji 1. Syarat-Syarat
Am
2. Kenyataan Tawaran Sebutharga:
Nombor Tawaran Tajuk Tawaran Tarikh Tutup dan Masa Mengisi /
Cara Penyerahan Borang Kelayakan Kontraktor / Bidang Spesifikasi,
Borang Ringkasan Sebutharga dan Maklumat Penender Keterangan Lanjut
Pembekalan Contoh Tempoh Kontrak Harga Tawaran Setujuterima
Sebutharga Deposit / Cagaran Surat Menyurat dari Penender Keputusan
Sebutharga3. Lampiran-Lampiran:
-Spesifikasi Tawaran Perkhidmatan-Lampiran A.-Spesifikasi
Kerja
-Lampiran A1, A2 A3 & A4-Borang Ringkasan Sebutharga
-Lampiran B-Borang Profail Syarikat
-Lampiran C
-Borang Pengalaman Kerja Penender-Lampiran C1-Pelan Tapak
-Lampiran D
Tandakan ( ) jika telah diterima serta dilengkapkan.
LEMBAGA TABUNG HAJI
KENYATAAN TAWARAN SEBUTHARGA
1. NO. RFQ : 2015100202. TAJUK:
PERKHIDMATAN MENCUCI DAN MEMBERSIH PEJABAT TH DAERAH SANDAKAN,
SABAH3. TARIKH TUTUP, MASA DAN LAWATAN TAPAK:
Tawaran tender, tarikh tutup dan lawatan tapak beserta taklimat
adalah seperti di dalam nota pelawaan yang akan dikeluarkan oleh
Bahagian Perolehan TH. Kehadiran adalah diwajibkan.4. MENGISI /
CARA PENYERAHAN BORANG:4.1 Cara penyertaaan tender ini adalah
menggunakan sistem on-line
e-Perolehan TH yang dikawal serta diuruselia oleh Bahagian
Perolehan TH. Untuk tujuan tersebut semua penender adalah
dimestikan mempunyai e-mail syarikat yang sah serta boleh
digunapakai.
4.2 Penender hendaklah melengkapkan borang tender yang
disertakan bersama dengan email pelawaan yang dikeluarkan oleh
Bahagian Perolehan TH. Semua borang tender hendaklah diisi dengan
lengkap, mengikut sepertimana yang ditetapkan. Sekiranya penender
tidak dapat melayari sistem yang disediakan sila hubungi Bahagian
Perolehan TH melalui telefon 03-20542056 atau 03-20543278.
4.3 Syarikat diwajibkan memasukkan harga bagi setiap line di
dalam RFQ.4.4 Syarikat diwajibkan juga membuat imbasan (scan) bagi
lampiran B, B1 dan Lampiran B2 dan dilampirkan (attachment) dalam
system ePS.5.KELAYAKAN PEMBEKAL / BIDANG:
5.1 Hanya pembekal-pembekal Bumiputra yang berdaftar dengan
Kementerian Kewangan dan masih dibenarkan mengambil bahagian serta
berdaftar dengan TH adalah layak menyertai tawaran ini.
6. SPESIFIKASI DAN BORANG SEBUTHARGA
6.1 Spesifikasi tawaran perkhidmatan ini disediakan seperti di
Lampiran A-A4.6.2 Pembekal-pembekal dikehendaki memenuhi
borang-borang berikut:-
a) Borang Sebutharga / Tender- Masukkan di dalam Sistem
e-Perolehan TH.b) Borang Ringkasan Sebutharga dan kadar harga
Lampiran B dan B1.
c) Borang Jadual Kadar Denda/Pemotongan Lampiran B2.d) Borang
Maklumat Penender - Lampiran C dan C1.
6.3 Borang-borang tersebut mestilah dikembalikan bersama borang
sebutharga berkenaan serta salinan fotokopi Sijil Akuan Pendaftaran
Kementerian Kewangan dan Sijil Kementerian Kewangan Akuan
Pendaftaran Bumiputra.
7. KETERANGAN LANJUT
7.1 Sebarang pertanyaan mengenai tawaran ini hendaklah
dikemukakan kepada:-
a) Pejabat TH Daerah SandakanLot 80 & 81, Blok
HS-08,Sandakan Harbour Square,90000, Sandakan, Sabahb) Cawangan
Perolehan
Bahagian Pentadbiran
Lantai 35, Bangunan Ibu Pejabat Lembaga Tabung Haji, Jalan Tun
Razak, Kuala Lumpur.
Nota: Mengikut bangunan/pejabat cawangan yang berkenaan
8. PEMBEKALAN
8.1 Pembekal hendaklah berurusan terus kepada TH Daerah
Sandakan, Sabah.8.2 Semua barang-barang / pembekalan dibawah
kontrak ini mestilah barang-barang keluaran semasa yang baru, tulin
serta belum digunakan kecualibagi tujuan ujian mutu dikilang
pembuat ( static running ).
8.3 Bekalan barang-barang hendaklah dari buatan tempatan sahaja
melainkan bagi barang-barang yang tidak boleh diperolehi dari
sumber-sumber tempatan.
9.CONTOH:9.1 Penender dikehendaki mengemukakan contoh apabila
diminta mengikut bilangan dan pada masa yang ditentukan.
Contoh-contoh ini hendaklah ditanda dengan butiran dalam tender dan
nama penender. Penender-penender yang tidak mengikut arahan tidak
akan dipertimbangkan.
10.TEMPOH KONTRAK:
10.1 Tempoh kontrak bagi tawaran perkhidmatan ini adalah 36
bulan ( 3 Tahun ) sahaja.
11. HARGA TAWARAN:
11.1 Harga yang ditawarkan hendaklah meliputi semua kos seperti
cukai, pembukusan, penghantaran / pengiriman, pengangkutan dan
lain-lain. Harga adalah didalam Ringgit Malaysia ( RM ). Sekiranya
barang adalah diimpot, sila nyatakan harga termasuk cukai Kastam
dan tanpa cukai Kastam.
12. SETUJUTERIMA SEBUTHARGA:
12.1 TH akan memberi notis bertulis ( Surat Setujuterima )
kepada pembekal / penender yang berjaya apabila sebutharganya
dipersetujui.
12.2 Notis itu boleh mengandungi syarat-syarat kontrak sebagai
tambahan kepada syarat-syarat atau sebagai pengubahsuaian yang
dilampirkan bersama ini. Oleh yang demikian sebutharga itu tidak
boleh disifatkan sebagai dipersetujui sehingga pengesahan bertulis
daripada penender menyatakan bahawa syarat tambahan atau yang
diubahsuaian itu diterima.
12.3 Apabila dipersetujui, suatu kontrak / dokumen perjanjian
kontrak akan disediakan. Maka suatu kontrak hendaklah disifatkan
sebagai telah dibuat diantara TH dengan penender itu mengikut
syarat-syarat kontrak ( termasuk syarat-syarat tambahan atau
diubahsuai yang tersebut itu jika ada ) dan tidak apa-apa
perjanjian atau syarat-syarat lain walau dari apa jenis pun boleh
disifatkan sebagai termasuk dalam kontrak ini.
12.4 TH tidak terikat untuk menerima tawaran yang terendah atau
sebarang tawaran. 13. SURAT MENYURAT DARI PENENDER:
13.1 Sebarang surat menyurat mengenai keputusan sebutharga tidak
akan dilayan. TH juga tidak akan melayan sebarang surat menyurat
daripada penender-penender mengenai sebab-sebab sebutharga mereka
tidak berjaya.
14. KEPUTUSAN SEBUTHARGA ADALAH MUKTAMAD:
14.1 Sebutharga yang dibuat dengan tidak mengikut arahan-arahan
diatas tidak akan dipertimbangkan. Pihak TH tidak terikat untuk
menerima mana-mana tawaran terendah sekali atau pun mana-mana
tawaran sekali pun. Keputusan mengenai sebutharga yang dikeluarkan
adalah muktamad.
Lampiran A
LEMBAGA TABUNG HAJI
SPESIFIKASI TAWARAN PERKHIDMATAN MENCUCI DAN MEMBERSIH
BANGUNAN/PEJABAT TH DAERAH SANDAKAN SABAH(A) KAWASAN
PERKHIDMATAN
Kawasan-kawasan yang memerlukan pembersihan adalah dari dalam
bangunan ke kawasan luar bangunan. Kawasan tersebut adalah seperti
berikut:
1. Ruangan Dalam Pejabat/Kaunter Pejabat TH Daerah Sandakan,
Sabah1.1 Zon A : Lantai/Tingkat bawah( Keluasan : 1,744 KP )
1.1.1 Kaunter 1.1.2 Ruang Menunggu Pendeposit 1.1.3 Tangga
pejabat /Tiles /luar pejabat / koridor TH )1.1.4 Keseluruhan
dinding termasuk cermin dan pintu utama
1.1.5 Bilik Perbincangan
1.1.6 Ruangan keseluruhan back office
1.1.7 Tandas lelaki dan wanita1.1.8 Semua kerusi anggota dan
kabinet borang
1.1.9 Cermin dalam dan luar lobby pejabat
1.2 Zon B : Lantai/Tingkat 1 ( Keluasan : 826 KP )1.2.1 Ruangan
pejabat Am TH,1.2.2 Bilik Pengurus 1.2.3 Pantry1.2.4 Tandas Lelaki
dan Wanita1.2.5 Bilik Server1.2.6 Bilik Fail1.2.7 Tangga 1.2.8
Karpet laluan ke bilik pengurus 1.3 ZON C : Lantai / Tingkat
2(Keluasan : 826 KP )1.3.1 Tangga
1.3.2 Bilik Mesyuarat
1.3.3 Surau Lelaki dan Wanita
1.3.4 Bilik Utility
1.3.5 Ruang Menunggu depan bilik mesyuarat
1.3.6 Tandas Lelaki dan Wanita
1.3.7 Tailes laluan ke bilik Mesyuarat
1.4 ZON D : Lantai / Tingkat 3 ( Keluasan: 826 KP )1.4.1 Tangga
1.4.2 Bilik Stor Pejabat
1.5 ZON E : Lantai / LOT 80 ( Ruangan Penyewa)( Keluasan 826 KP
)
1.5.1 Dari ruang lobi tingkat bawah hingga ke tingkat 3
Nota:Mengikut kesesuaian bangunan/pejabat cawangan
berkenaan.
2. Kawasan Umum ( Luar Bangunan )(Keluasan: 1,068 KP)3.1 Kawasan
Luar Ruang Legar/Lobi Utamai) Keseluruhan kawasan luar/ kaki
limaii) Keseluruhan dinding cermin, siling dan tong-tong
sampah.
iii) Semua papan tanda yang ada.
3.2 Kawasan Luar Sekeliling Bangunan
i) Keseluruhan laluan turun dan naik.
ii) Keseluruhan kawasan belakang bangunan
iii) Keseluruhan longkang di sekeliling bangunan.iv) Semua papan
tanda yang ada.
3.3 Kawasan Luar Banguan ( Bumbung )
i) Longkang/Gutter sekeliling bumbung
3.4.Kawasan Mesin ATM/CDM
i).Semua kawasan bertailes
ii).Mesin ATM / CDM
iii).Dinding Cermin dan Pintu Cermin termasuk
dinding dan siling
Nota:Mengikut kesesuaian bangunan/pejabat cawangan
berkenaan.
(B) SPESIFIKASI KERJA
Spesifikasi ini terbahagi kepada tiga (3) iaitu:
1. Kerja-Kerja Harian.
2. Kerja-Kerja Mingguan.
3. Kerja-kerja Bulanan.
4. Kerja-kerja Tahunan
1. Kawasan Ruang Pejabat (Pejabat TH, 4,800 sahaja).1.1
Spesifikasinya adalah seperti di Lampiran A1.
2. Kawasan Umum
2.1 Spesifikasinya adalah seperti di Lampiran A2.3. Dinding
Luar
3.1 Spesifikasinya adalah seperti di Lampiran A3.
4. Pembekalan Kemudahan/ Alatan Tambahan.
4.1Spesifikasinya adalah seperti di Lampiran A4.
(C) TENAGA PEKERJA
1. Untuk memastikan kerja-kerja disempurnakan, pemborong
hendaklah menyediakan pekerja secukupnya pada masa yang ditetapkan
seperti berikut:
1.1Penyelia
: Satu (1) orang yang mempunyai pengalaman
sekurang-kurangnya
tiga (3) tahun dengan bangunan tinggi serta sijil BICS.
1.2Pekerja Am (Pencucian) : 2 orang
Nota:Mengikut kesesuaian bangunan/pejabat cawangan
berkenaan.
2. Kontraktor adalah bertanggungjawab dengan sepenuhnya terhadap
kelakuan dan tatatertib pekerja semasa bekerja di dalam kawasan
TH.
3. Pekerja-pekerja yang dilantik mestilah warganegara atau
mempunyai dokumen yang sah serta beragama Islam dan berumur tidak
melebihi 50 tahun. Pekerja dikehendaki memakai pakaian seragam
serta tandanama/pas pengenalan diri yang lengkap. 4. Kontraktor
hendaklah menyediakan pekerja yang mahir dalam mengendalikan dan
menjalankan perkhidmatan penyelenggaraan ini. Pemborong juga
dikehendaki mengemukakan senarai nama-nama pekerja berserta dengan
no. kad pengenalan dan sekeping gambar ukuran pasport jika berjaya
dalam tawaran ini.
5. Pihak TH berhak mengarahkan Kontraktor jika pada pendapat TH
pekerja tersebut didapati menyeleweng atau berkelakuan kurang sopan
atau tidak berkualiti yang mana boleh merosakkan nam baik dan imej
TH. Pekerja-pekerja Kontraktor yang dilantik hendaklah mematuhi
syarat undang-undang buruh Malaysia yang dikuatkuasakan dari masa
kesemasa.
6. Kontraktor bertanggungjawab diatas sebarang kemalangan dan
keselamatan atau kerosakan tehadap harta benda dan apa-apa milik
TH, pegawai TH atau orang awam. Segala perkara diatas sekiranya
berlaku disebabkan oleh Kontraktor, pekerjanya atau agensinya
semasa melaksanakan perkhidmatan, Kontraktor adalah
bertanggungjawab untuk membayar gantirugi bagi keadaan yang
tersebut diatas.7. Kontraktor dengan perbelanjaan sendiri
dikehendaki mengambil insuran-insuran pekerja dan tanggungangan
awam (Workmen compesition and public liabity ) melalui mana-mana
syarikat insuran yang berdaftar. Polisi insuran hendaklah
berkuatkuasa sepenuhnya sepanjang tempoh kontrak ini berjalan atau
tempoh lanjutan kontrak jika berkaitan. Satu salinan polisi insuran
hendaklah dikemukakan kepada pihak TH bersama surat perjanjian.8.
Bagi maksud kesempurnaan dan kelicinan perjalanan kontrak ini,
Kontraktor hendaklah menempatkan sepenuh masa seorang penyelia yang
bertanggungjawab menerima apa-apa arahan yang akan diberikan
kepadanya oleh TH dan hendaklah dianggap sebagai telah diberitahu
kepada Kontraktor. Penyelia hendaklah sentiasa berada di kawasan TH
dan mengawasi kerja-kerja yang dilakukan. Beliau mestilah seorang
yang amanah dan boleh membuat keputusan apabila diperlukan.
Penyelia dikehendaki melaporkan diri tiap-tiap hari di Pejabat
Pentadbiran Bahagian Pengurusan Hartanah TH untuk mengemukakan
jadual kedatangan harian pekerja, jadual pusingan kerja dan juga
menerima teguran atau arahan baru atau kedua-duanya.
(D) CARA DAN WAKTU BEKERJA
1. Perkhidmatan ini secara umumnya perlu dijalankan mengikut
waktu pejabat sepertimana yang berkuatkuasa di TH tetapi permulaan
kerja-kerja harian dikehendaki bermula pada pukul 07.00 pagi
kecuali bahagian/ruang yang berkunci yang perlu dilakukan pada
waktu pejabat dan berakhir pada pukul 04.30 petang.
( Waktu perkhidmatan kontraktor tidak kurang 8 jam sehari)2.
Hari bekerja adalah hari bekerja biasa bagi TH tidak termasuk hari
minggu atau cuti umum, kecuali bagi tujuan persiapan majlis rasmi
TH / lain-lain majlis seperti diarah oleh Pegawai TH. Maka
sekiranya persiapan yang diperlukan bagi maksud upacara rasmi TH
jatuh pada hari minggu atau cuti umum, Kontraktor hendaklah
bertanggungjawab menguruskannya.
3. Sekiranya Kontraktor perlu menjalankan kerja-kerja diluar
waktu pejabat, maka permohonan bertulis hendaklah dimajukan kepada
TH (3) tiga hari sebelum kerja dijalankan. Peraturan ini
dikecualikan kepada kerja-kerja yang diarah sendiri oleh TH.
4. Sekiranya ada kerja-kerja lebih masa seperti D (3) diatas
atau keperluan upacara seperti D (2) diatas, maka pihak Kontraktor
adalah bertanggungjawab mengadakan dan pihak TH tidak akan membayar
sebarang tambahan.
(E) KEPERLUAN BAGI MAJLIS/UPACARA RASMI LTH
1. Kontraktor adalah bertanggungjawab mengadakan pembersihan
tertentu dengan lebih teliti , sempurna atau dengan lain perkataan
mengadakan mutu kerja yang lebih baik daripada kerja-kerja harian
yang biasa bila mana ada sesuatu upacara/majlis rasmi pada sebelum,
semasa dan selepas majlis berkenaan.
2. Sekiranya keperluan ini jatuh pada hari minggu atau cuti
umum, maka Kontraktor adalah bertanggungjawab menguruskannya dan
tertakluk kepada perkara D (2) dan D (3).
3. Sewaktu majlis atau upacara berjalan, Kontraktor
bertanggungjawab mengadakan pekerja-pekerja Standby bagi memberi
perkhidmatan yang berkenaan secara on call sepertimana yang diarah
atau diperlukan oleh TH.
4. Menempatkan sekurang-kurangnya 1 orang pekerja yang tetap
setiap majlis yang diadakan.
Nota:Mengikut kesesuaian bangunan/pejabat cawangan berkenaan.(F)
TEMPOH KONTRAK
1. Kontrak ini adalah untuk tempoh 36 bulan. Permohonan
melanjutkan kontrak boleh dipertimbangkan sekiranya perkhidmatan
yang diberikan sangat memuaskan (prestasi A atau B).
Walaubagaimanapun TH atau Kontraktor oleh menamatkan kontrak ini
dengan memberi sebulan notis bertulis.
2. Kontraktor tidak dibenarkan sama sekali memberi kontrak ini
atau melantik sub-kontraktor untuk semua atau sebahagian daripada
kerja ini kepada mana-mana pihak.
(G) PEMBAYARAN
1. Pada akhir setiap bulan Kontraktor dikehendaki mengemukakan
Jadual Kedatangan Pekerja beserta lampiran kerja bulanan bagi
tujuan penyediaan sijil siap kerja dan GRN sebelum invoice/bil
dikeluarkan oleh kontraktor untuk tujuan pembayaran. TH berhak
membuat pemotongan ke atas bayaran itu sekiranya didapati
kerja-kerja yang dijalankan tidak memuaskan atau tidak dibuat
langsung.
2. Pemotongan bayaran adalah mengikut jadual seperti di Lampiran
B2.(H) CARUMAN KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA
1. Adalah tanggungjawab kontraktor membayar semua caruman yang
dikehendaki dibawah Ordinan KWSP bagi semua kakitangan/pekerja yang
diambil.
2. kontraktor dikehendaki dan bertanggungjawab mematuhi Ordinan
KWSP yang sedang berkuatkuasa seperti yang dikanunkan, termasuk
syarat peraturan dan pindaan.
(I) PEMBUANGAN SAMPAH SARAP
1. Sampah sarap dikutip setiap hari mestilah dimasukkan ke dalam
karung plastik (polythene bag) yang diadakan sendiri oleh
kontraktor dan dibuang ke dalam tong sampah yang disediakan di
tapak pengumpulan sampah.
2. Adalah menjadi tanggungjawab kontraktor bagi memastikan tong
sampah ditempat yang disediakan ini tidak ada sampah sarap yang
terdapat bertaburan disekelilingnya. Sekiranya berlaku ia perlu
dipungut dan dikemaskan dengan segera, walaupun iannya berpunca
dari pihak lain.
(J) KELENGKAPAN DAN KEMUDAHAN YANG PERLU DISEDIAKAN
1. Bahan Kimia
1.1 Jenis-jenis bahan kimia cucian mestilah yang diperakui dan
dari jenis yang bermutu tinggi (superior quality). Ianya hendaklah
dinyatakan dalam borang tawaran bagi tujuan penilaian dan digunakan
selanjutnya dalam pengendalian kontrak.
1.2 Sekiranya pihak TH merasa perlu menukar jenama yang lain dan
harganya setanding dengan bahan kimia cucian yang dinyatakan dalam
borang tawaran, kontraktor adalah tertakluk kepada arahan TH.
Selain daripada jenama yang dinyatakan jenama-jenama bahan kimia
cucian yang lain boleh juga digunakan setelah mendapat persetujuan
bertulis dari TH.
1.3 Sekiranya kontraktor didapati menggunakan bahan kimia cucian
selain dari yang dinyatakan atau tidak mendapat kebenaran terlebih
dahulu dari pihak TH, maka kontraktor adalah sebagai melanggar
syarat-syarat perjanjian. Tindakan yang diambil bagi perkara ini
adalah:
i)Membuat potongan bayaran ATAU
ii) Menamatkan kontrak
1.4 Bahan kimia cucian yang digunakan bagi tujuan pencucian
kadangkala boleh merosakan permukaan lantai, perubahan permukaan
dan mendatangkan kesan sampingan pada persekitaran. Maka kontraktor
mestilah mematuhi peraturan penggunaan bahan-bahan (literture of
the products) tersebut.
2. Peralatan
2.1 Semua peralatan yang digunakan hendaklah dari jenis-jenis
yang berkualiti dan mencukupi untuk menjalankan kerja-kerja
pembersihan.
2.2 Senarai peralatan yang utama perlu diadakan adalah seperti
berikut:
i) Mop
ii) Penyapu
iii) Tuala kecil dan besar
iv) Window Squeeze
v) Lamp Wool
vi) Dust Pan
vii) Baldi Besar dan Kecil
viii) Dust Mop
ix) Mop Bucket
x) Extention Pole
3.Mesin-Mesin3.1Mesin-mesin yang dibekalkan hendaklah dari
jenis-jenis yang berkualiti dan bersesuaian serta mencukupi bagi
melaksanakan perkhidmatan pembersihan.
4.1 Senarai mesin-mesin utama yang perlau disediakan adalah
seperti berikut :
i) Buffing Machine
ii) Scrubbing Machine
iii) Auto Scrubbing Machine
iv) Dry Vacuum
v) Wet & Dry vacuum
vi) Blower
vii) Water Jet High Pressure
viii) Carpet Machine
SYARAT-SYARAT TAMBAHAN :BIL BUTIRAN
1.
2.
Syarikat yang berjaya adalah dikehendaki menyempurnakan
kerja-kerja perkhidmatan mencuci dan membersih Bangunan Ibu Pejabat
TH Mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan dalam kontrak.
Kegagalan syarikat yang menyempurnakan kerja-kerja berkaitan
adalah tertakluk kepada tindakan yang akan dikenakan oleh TH
dibawah peraturan Perolehan berpusat mengenakan penalty ke atas
nilai kerja.Nota :Pertanyaan mengenai sebutharga ini sila hubungi
Pn. Vivi Haslinda bt. Abdullah menanggung tugas Unit Pentadbiran /
Hartanah Pej No: 089 273117 dan Fax No: 089-228 985 )
Lampiran A1SKOP KERJA
(RUANG PEJABAT)
BILBUTIRAN KERJAKEKERAPAN
1.KERJA-KERJA HARIAN
1.1 Membersih dan vacuum habuk serta kotoran di atas karpet.
1.2 Membuang sampah dan membersih tong sampah.
1.3 Membersih dan mengelap cermin di kawasan ruang legar dan
pejabat.
1.4 Membersih dan mengelap meja, kerusi, kabinet, kaunter dan
lain-lain tempat menampung habuk yang tidak dinyatakan serta
mengemas kembali susun atur sedia ada.
1.5 Membersih dan menyembur pewangi pada telefon.
1.6 Membersih dan membuang habuk pada alas kaki (jika
berkaitan).
1.7 Mop lantai berkemasan jubin.
1 x sehari dan bila diperlukan
2 x sehari dan bila diperlukan
1 x sehari dan bila diperlukan
1 x sehari dan bila diperlukan
1 x sehari dan bila
diperlukan1 X sehari dan bila diperlukan1 X sehari dan bila
diperlukan
2.
BILKERJA-KERJA MINGGUAN2.1 Membersih dan mengelap semua cermin
dalam pejabat dan bilik-bilik sekatan.
2.2 Membersih dan mengelap papan-papan tanda , gambar-gambar,
komputer dan lain-lain peralatan yang dibenarkan.
2.3 Membersih sawang labah-labah pada dinding, siling, tingkap,
kabinet bingkai pintu dan bahagian lain.
2.4 Menyelenggara pokok bunga hiasan dalaman dan memeriksa serta
pastikan alas pasu bunga tidak menakung air (jika berkaitan).2.5
Buffing lantai berkemasan jubin
BUTIRAN KERJA
2 x seminggu dan bila diperlukan
2 x seminggu dan biladiperlukan2 x seminggu dan bila
diperlukan
1 X seminggu dan bila diperlukan
1 x seminggu dan bila diperlukan
KEKERAPAN
3.KERJA-KERJA BULANAN
3.1 Mencuci, membersih dan shampu keseluruhan permaidani/ karpet
di dalam pejabat dan ruangan lain yang berpermaidani.3.2 Mencuci
dan membersih Difusser lampu dan aircond grill.
6 bulan sekali dan bila diperlukan.
1 X sebulan dan bila diperlukan.
Lampiran A2SKOP KERJA
(KAWASAN UMUM)
BILBUTIRAN KERJAKEKERAPAN
1.
KERJA-KERJA HARIAN
Ruangan Tandas
(Tiap-tiap Aras)
1.1 Mencuci, membersih, menggosok dan mop lantai tandas dengan
menggunakan bahan pencuci yang sesuai.
1.2 Mencuci dan membersih dinding-dinding, cermin muka dan
keseluruhan bahagian lain termasuk pintu dalam tandas dengan
menggunakan bahan pencuci yang sesuai.
1.3 Mencuci, membersih dan menggosok basin basuh tangan, mangkuk
tandas,flush cistern dan urinal dalam tandas dengan menggunakan
bahan pencuci yang sesuai.
1.4 Memastikan pewangi yang sesuai diletakkan serta suasana
dalam tandas sentiasa berbau wangi dan bersih.
1.5 Membuang sampah serta mencuci dan membersih tong sampah.
Ruangan/ Bahagian Lain
1.6 Memungut dan membuang sampah daripada tong-tong sampah,
bakul-bakul sampah, tempat habuk rokok dikaki lima, lobi lif dan
kawasan luar aras lobi serta aras-aras lain.
1.7 Mencuci dan membersih keseluruhan lif (penumpang/tempat
letak kereta/bomba/barang) serta meletakkan pewangi didalamnya
(jika berkaitan).1.8 Mencuci, membersih dan kerja-kerja buffing
keseluruhan kawasan ruang legar, laluan tengah, lobi lif serta mop
dengan bahan pencuci termasuk mencuci dan mengelap dengan bersih
dinding dan pintu .
2 x sehari dan bila diperlukan
2x sehari dan bila diperlukan
2 x sehari dan biladiperlukan
Setiap hari dan bila diperlukan
2 x sehari dan bila diperlukan
2 x sehari dan bila diperlukan
Setiap hari dan setiap masa bila diperlukan
Setiap hari dan setiap masa bila diperlukan
2.1.9 Mencuci, membersih dan mop lantai aras lobi utama dengan
menggunakan dust mop yang sesuai (jika berkaitan).
1.10 Menggilap lantai aras lobi utama dengan menggunakan mesin
penggilap
yang bersesuian serta spray buff
dengan bahan pencuci yang dibenarkan.
1.11 Menyapu, mencuci dan membersih di
kawasan luar lobi utama termasuk
kawasan service road dan laluan naik dan turun (jika
berkaitan).
1.12 Mencuci, membersih dan menyedut habuk pada floor Mat.1.13
Mencuci, membersih dan mengelap keseluruhan cermin dikawasan umum
menggunakan bahan pencuci yang dibenarkan/ sesuai.
1.14 Menyapu, mencuci dan membersih keseluruhan kawasan tempat
letak kereta semua aras termasuk ramp naik dan turun.1.15 Mencuci,
membersih dan mengelap semua bahagian dinding termasuk pintu-pintu
bilik mekanikal, tangga dan lain-lain yang berada di kawasan umum
semua tingkat.
KERJA-KERJA MINGGUAN.
2.1 Membersih dan mengelap papan-papan tanda, kaki kerusi,
bingkai-bingkai
gambar, rak-rak, bawah meja /kerusi
serta alatan keselamatan bangunan dan
kemudahankemudahan lain.2.2 Mencuci dan membersih
sawang-sawang
sarang labah-labah pada dinding, siling
dan penjuru-penjuru bangunan serta bahagian lain.2.3 Mencuci dan
membersih keseluruhan
kawasan luar bangunan, tempat letak
kereta, longkang-longkang dan sekeliling bangunan menggunakan
Water Jet Pressure dengan menggunakan bahan kimia (jika
berkaitan).
2.4 Mencuci dan membersih keseluruhan
kawasan bumbung (jika berkaitan).
3 X sehari dan bila diperlukan
3 X sehari dan bila diperlukan
2 X sehari dan bila diperlukan
1 X sehari dan bila diperlukan
1 X sehari dan bila diperlukan
1 X sehari dan bila diperlukan
1 X sehari dan bila diperlukan
1 x seminggu dan bila diperlukan
1 X seminggu dan bila diperlukan1 X seminggu dan bila
diperlukan
2 minggu sekali dan bila diperlukan
3.KERJA-KERJA BULANAN
3.1 Mengisi dan menabur bahan klorin ke dalam longkang dan
dibersihkan dengan menggunakan water jet pressure (jika
berkaitan).
3.2 Membersih dan meracun pokok-pokok renek (liar) dan rumpai di
sekitar
bangunan (jika berkaitan).
3.3 Mencuci, membersih dan menyental (scrubbing) permukaan
lantai berkemasan jubin menggunakan mesin yang bersesuaian dan
bahan kimia yang dibenarkan.3.4 Mencuci dan membersih bilik
mekanikal
(Suis Utama, Komputer dan lain-lain)
2 bulan sekali dan bila diperlukan
1 X sebulan dan bila diperlukan
2 bulan sekali dan bila diperlukan
3 bulan sekali
Lampiran A3
SKOP KERJA (MENCUCI DINDING LUAR BANGUNAN)
BIL BUTIRANKEKERAPAN
1. BAHAGIAN/ RUANGAN/ KAWASAN
(Dinding konkrit, cermin, aluminium cladding, signboard, bumbung
dan kubah) Jika berkaitanMencuci dan membersih menggunakan bahan
kimia yang bersesuaian serta dibenarkan untuk semua kategori
bangunan.
1 X setahun
2.TENAGA PEKERJA
2.1 Kontraktor mestilah menyediakan tenaga pekerja yang mahir
dan
mencukupi dengan melantik seorang ketua (mempunyai BICS dan
layak mengendalikan gondola) yang khusus bertanggungjawab ke atas
kerja-kerja di atas.
2.2 Kontraktor juga adalah bertanggungjawab mengadakan polisi
insuran
khusus untuk kerja diatas (Public Libility dan Workmen
Compensation) dan juga tanggungjawap ke atas pekerja yang
berkenaan. Insuran tanggungan tersebut hendaklah dibuat melalui
syarikat insuran sah dan berdaftar.
3.KEMUDAHAN DAN ALATAN KERJA
3.1 Kontraktor mestilah menyediakan semua kemudahan dan
peralatan yang mencukupi termasuk peralatan keselamatan semasa
berada didalam gondola termasuklah alat perhubungan awam seperti
Walkie-Talkie mengikut sepertimana yang digunapakai oleh pengurusan
bangunan.
3.2 Sistem gondola adalah disediakan oleh pihak TH tetapi
sekiranya berlaku kerosakan disebabkan oleh kontraktor , pekerjanya
atau agensinya, kontraktor adalah bertangungjawab membaikinaya atau
menanggung segala kos pembaikanya (bagi bangunan menara yang
mempunyai sistem gondola).
Lampiran A4
SKOP KERJA-KERJA LAIN/ TAMBAHAN
BILBUTIRANKEKERAPAN
1.JENIS PERKHIDMATAN
1.1 Susunnatur kelengkapan didalam Dewan Besar, Mini Teater
untuk majlis-majlis rasmi TH. (Kadar harga per majlis hendaklah
dimasukkan di Lampiran B1).
1.2 Susunatur (meja, kerusi, alas meja, skirting dan peralatan
berkaitan) didalam dewan besar, bilik seminar dan kawasan yang
ditetapkan oleh TH di semua kompleks (Kelana Jaya, Bayan Lepas
& Kota Kinabalu)
1.3 Membentang dan mengemas permaidani, sejadah serta penempatan
mimbar untuk sembahyang Jumaat (jika berkaitan).
1.4 Mengemas dan menyusun kerusi di kaunter pendeposit (jika
berkaitan).
1.5 Mencuci dan membersih kerusi-kerusi, sofa dan sebagainya di
Dewan Besar dan kaunter. (Kadar harga per unit hendaklah dimasukkan
di Lampiran B1).
1.6 Membekal dan menyelenggara alat pewangi di dalam Bilik
pegawai TH (Sewaan).
Mengikut keperluan (Anggaran 4 kali sebulan).
Mengikut keperluan (Anggaran 8 kali sebulan)
1 x seminggu (setiap hari Jumaat)
Mengikut keperluan
Mengikut keperluan
Tiap-tiap bulan dan bila diperlukan
2.TENAGA KERJA
2.1 Kontraktor hendaklah menyediakan
tenaga kerja yang mencukupi bagi
melaksanakan kerja ini.
2.2 Segala kos adalah di bawah
tanggungjawab kontraktor.-
-
PAGE 14