PowerPoint Presentation
PRA 3107PERKEMBANGAN SOSIOEMOSI OLEH : ROHANI BT BADARUDDIN
(690201-08-6340) JULIA BT JAAFAR (710510-08-5742) PPG /FEB/2012
TAJUK TUGASAN:3. Tingkah laku yang dipelajari sewaktu kanak-kanak
membesar amat mempengaruhi perkembangan sosio-emosi mereka.
Bincangkan tentang tingkahaku negatif yang mempengaruhi
perkembangan sosioemosi kanak-kanak dan cadangkan cara-cara
praktikal untukmengatasi masalah tersebutNAMA PENSYARAH: PN
RATANAMLA A/P KALIMUTHU
Konsep Perkembangan sosio
Merujuk kepada interaksi kanak-kanak sesama mereka dan dengan
orang dewasaTermasuk kemahiran berkongsi ,bekerjasama, mematuhi
peraturan.Melibatkan komunikasi lisan dan bukan lisanBerlaku secara
peniruan dan pemodelan Konsep Perkembangan emosi
Bermaksud bergerak atau semangat yang menggerakkan kitaBersifat
dalaman Suatu keadaan dialami oleh manusia Melibatkan perubahan
proses fisiologi,diri dan psikologi.
Konsep Tingkah lakuApa yang seseorang itu lakukan dan
katakanMempunyai satu atau lebih dimensi yang boleh diukurBoleh
diperhati, dihurai dan direkodkanMempunyai kesan kepada
persekitaranMempunyai hukum ada penyebabBersifat dalaman dan
luaran
Konsep Perkembangan sosioemosi
Memberi fokus kepada penguasaan kemahiran emosi yang matang
Perkembangan emosi bermula dengan kebolehan murid memahami dan
menguruskanemosi sendiri ,diikuti dengan pencapaian emosi yang
positif
Kebolehan menguruskan emosi membantu membina keyakinan diri,
semangat berdikari dan bersikap positif terhadap pembelajaran
Keupayaan menguruskan emosi diri sendiri, membolehkan murid
memahami emosi,Keperluan dan menghormati pandangan orang lain
Penting dalam kehidupan seseorang kanak-kanak kerana ia menjadi
asas kepada pembelajaran dan perkembangan murid seterusnya
mempengaruhi kejayaan dalam pembelajaran mereka
Membina kemahiran sosial dalam masyarakat berbilang kaum yang
mesra dan berharmoni
Konsep tingkah laku negatif / bermasalah:
-Individu yang mempunyai konsep kendiri negatif akan berasa
tidak puas hati, tidak gembira, cepat merajuk serta mudah
tersinggung perasaannya.
-Masalah-masalah tingkah laku seperti ini menyebabkan dirinya
kurang diterima oleh rakan-rakan sebaya, guru dan masyarakat.
-Keadaan ini akan memburukkan lagi imej kendiri pelajar
berkenaan.
-Mereka akan mempunyai aras keyakinan diri yang rendah, sifat
rendah diri, pasif, muram, tidak bersedia untuk bersosialisasi
ataupun mula menarik diri, mudah tersinggung, tidak gembira, cepat
merajuk dan pesimistik.
Menurut Atkinson (1990)
tingkah laku bermasalah adalah merupakan tingkahlaku yang
terkeluar daripada kehendak, norma-norma dan nilai
sesuatumasyarakat.
Tingkah laku bermasalah boleh merangkumi tingkah lakudestruktif,
tingkahlaku desruptif, pergantungan berlebihan, tingkah
lakukebimbangan, tingkah laku pengunduran diri dan tingkah laku
pengasingan diri.
Tingkah laku bermasalah ini akan menjadi lebih berbahaya
sekiranya ianya melibatkan klik yang mana akhirnya akan
mengakibatkan keganasan sekiranya tidak dibendung dengan lebih
awal.
CONTOH TINGKAH LAKU NEGATIFPergantungan
berlebihanMengangguHiperaktifKebimbanganMerosakkanPengunduran
Diri
1. Pergantungan berlebihanTingkah laku bermasalah juga mungkin
berbentuk pergantungan berlebihan yang menunjukkan individu yang
tidak dapat berdikari. Sebaliknya, individuyang sebegini amat
bergantung kepada orang lain dan kumpulannya.Tingkah laku
pergantungan berlebihan ini kerap berlaku di kalangan kanakkanak
yang berumur sepuluh tahun ke bawah. Namun, ianya juga mungkin akan
berlarutan hingga remaja. Pada suatu ketika, apabila orang yang
diharapkan tiada, individu ini akan berasa cemas, takut, bimbang,
tertekandan tidak tahu apa yang dilakukannya. Individu yang
sebegini juga mudahmengikut percakapan orang lain dan mudah
dipengaruhi. Ini akanmenimbulkan masalah pembentukan personaliti
dan kendiri diri pelajar khasnya apabila mudah dipengaruhi oleh
orang lain. Kemungkinan ianyaakan menimbulkan tingkah laku
bermasalah yang lebih agresif seperti desruptif ataupun destruktif
akibat terlalu bergantung kepada klik. Pendirianindividu yang
mempunyai tingkah laku pergantungan berlebihan ini juga kurang
tegas khasnya apabila berkaitan dengan sesuatu pendapat. Merekajuga
kadang kala teragak-agak untuk membuat keputusan namun
lebihmenyebelahi klik atau individu yang diharapkan. Individu
sebegini jugamerupakan individu yang pendiam, tidak aktif, rendah
diri, selalu mengalami kebimbangan dan tekanan. Di antara punca
berlaku tingkah lakupergantungan berlebihan ialah akibat ibu bapa
yang mengamalkan perlindungan terlampau, suasana rumah tangga yang
tegang, autokratik dantidak mempercayai kanak-kanak.
2. Tingkah laku Desruptif/Menganggu
Individu yang mempunyai tingkah laku desruptif pula sentiasa
menganggudan menjejaskan kelicinan perjalanan pengajaran dan
pembelajaran. Selain itu, tingkah laku menganggu ini juga berlaku
di luar bilik darjah sama adasesama adik beradik mahupun rakan
sebaya. Jenis-jenis tingkah laku desruptif termasuk hiperaktif,
terlalu membuat bising, pergerakan melampau, menganggu rakan
sebaya, gelak terbahak-bahak serta menunjukkankeagresifan fizikal
seperti tolak-menolak. Biasanya, tingkah laku ini dialamioleh
pelajar lelaki berusia 10 hingga 11 tahun. Selalunya tingkah laku
desruptif akan menjadi punca terjadinya tingkah laku destruktif
jika emositidak terkawal dan melibatkan aspek balas dendam, tidak
puas hati dansebagainya.
3. Tingkah laku Destruktif/Merosakkan
Tingkah laku destruktif sering berlaku di kalangan pelajar yang
berusia 10hingga 15 tahun. Sikap agresif mereka sering ditunjukkan
dalam bentuk tingkah laku merosakkan sama ada melalui sindiran atau
melalui perbuatanfizikal seperti tumbuk-menumbuk, bergaduh, melukai
atau menyakiti seseorang yang lain. Tingkah laku merosakkan ini
mungkin melibatkanpermusuhan nyata, vandalisme dan klik. Tindakan
agresif kepada pihak lawanakan ditunjukkan akibat rasa tidak puas
hati, benci, marah atau dendam. Biasanya tingkah laku destruktif di
kalangan pelajar berusia 15 tahun amat membahayakan yang boleh
mengakibatkan kecederaan pelajar-pelajar lainyang dimusuhi.
Sekiranya pelajar melibatkan klik, ia akan menyebabkan kes
gangsterisme seperti kejadian pukul di luar sekolah mahupun di
dalam sekolah. Tingkahlaku destruktif sebenarnya dipelajari sama
ada melaluimasyarakat, ibu bapa mahupun televisyen.
4. Tingkah laku Kebimbangan
Manja Mohd Ludin (1990) mendefinisikan kerisauan sebagai .
Pengalaman emosi yang tidak menggembirakan yang dialami oleh
seseorang ketika ia merasa takut atau menghadapi ancaman dari
sesuatu yang tidak dapat ditentukan dengan jelas.. kebimbangan
berkait rapat dengan emosi ketakutan. Walaupun kebimbangan adalah
suatu keadaan emosi yang berlaku di peringkat dalaman pelajar namun
ianya juga merupakan salah satu daripada jenis tingkah laku
bermasalah yang kurang ditonjolkanpermasalahannya. Seseorang yang
sentiasa bimbang akan sentiasa cemas atau phobia menghadapi sesuatu
cabaran. Mengikut kajian Barat, kanakkanak yang selalu berada di
dalam kebimbangan akan mendapat markah yang rendah berbanding
dengan kanak-kanak yang normal. Hill dan Eaton(1971) mendapati
kanak-kanak yang berada dalam keadaan kebimbanganmenjawab ujian
dengan tergesa-gesa kerana takut akan peruntukan masayang terhad.
Mereka banyak melakukan kesilapan. Kebimbangan adalah fenomena yang
akan menyebabkan kanak-kanak mempunyai personaliti dankendiri yang
negatif. Individu sebegini akan menghadapi kesusahan dalam
perhubungan dengan orang lain. Antara sebab terjadi tingkah
lakukebimbangan ialah percanggahan motif, konflik diri antara
tingkah laku dannilai sebenarnya, penyesuaian diri dalam menghadapi
suatu keadaan yangbaru, menghadapi suatu keadaan yang sukar diramal
dan kehilangan tempat bergantung.
5. Tingkah laku Pengunduran Diri
Pengunduran diri merupakan penarikan diri daripada suatu situasi
kurang selamat atau mengancam. Tingkah laku ini merupakan mekanisme
helah beladiri. Pada kebiasaannya, ianya berkaitan dengan
pengalaman pahit pada masa lampau. Kanak-kanak yang pernah gagal
dalam sesuatu usaha akanmengambil keputusan untuk tidak melibatkan
diri dalam sebarang tugas yang ada kaitannya dengan pengalaman
awalnya. Tingkah laku pengunduran diriini jika dibiarkan akan
menyebabkan pembentukan konsep diri yang rendah,tidak yakin untuk
berinteraksi, dan terjejasnya perkembangan sosial, emosi dan
intelek; serta kurang berupaya untuk menyelesaikan masalah.
Masalahpengunduran diri juga menyebabkan kanak-kanak menyimpan
perasaandalam hati dan tidak mampu meluahkannya. Ini akan
mempengaruhipemikiran dan pembentukan personaliti mereka. Sekiranya
ianya terluah padasesuatu ketika, ianya akan memungkinkan mereka
melepaskan dengan tanpakawalan emosi termasuk
kemungkinan-kemungkinan lain yangmembahayakan diri mereka
sendiri.
6. Tingkah laku Pengasingan Diri
Pengasingan diri merupakan tingkah laku yang cuba menjauhkan
diri daripada orang lain yang kurang disenangi. Tingkah laku ini
juga merupakan sejenis mekanisme helah bela diri untuk mengelakkan
diri daripadaberkomunikasi dengan orang lain. Sesetengah pelajar
enggan melibatkan diridalam aktiviti atau sesi perbincangan yang
diadakan di sesebuah bilik darjah apabila pelajar merasakan dirinya
tidak dapat mengikuti pembelajaran.Akhirnya ianya akan memyebabkan
pelajar-pelajar tidak mempunyaikeyakinan diri, rendah diri, pemalu,
pendiam, tidak suka berkawan, tidak yakin berinteraksi dan
personaliti yang tidak seimbang.Daripada penghuraian, tingkah laku
bermasalah bukanlah hanya melibatkanaspek-aspek keganasan seperti
pecah rumah, melepak, dadah, samsengsahaja namun ianya turut
melibatkan permasalahan dalam pembentukan kendiri pelajar yang akan
menentukan corak peribadi pelajar tersebut padausia dewasa. Kita
sering memberi tumpuan kepada tingkah laku destruktifatau tingkah
laku yang melibatkan keganasan sahaja berbanding
tingkahlakubermasalah seperti kebimbangan, pengunduran diri,
pengasingan diri.
CARA-CARA MENANGANI TINGKAH LAKU NEGATIF1.Amalan disiplin
arsetif (Lee Canter, 1976) Penggunaan pendekatan positif dalam
mengajar kanak-kanak.
-Guru memerhati dan memberi pujian dan sokongan semasa
kanak-kanak melakukan perbuatan yg baik-Kawalan kelas yang tegas
dan berpatutan untuk menjamin kebebasan individu-Menyediakan
persekitaran yang optimun untuk pembelajaran-Mendapatkan bantuan
dari ibubapa, pentadbir apabila perlu-Memberi sokongan kanak-kanak
untuk menunjukkan tingkah laku yang bersesuaian-Memberi peluang
kanak-kanak memilih tingkah laku berdasarkan pengalaman yang
dialami-Menyediakan rancangan disiplin yang jelas dan menerangkan
tentang harapan dan kesan-Bertindak secara arsetif untuk menangani
konflik tingkah laku dan bukan secara agresif
CARA-CARA MENANGANI TINGKAH LAKU NEGATIFModel Ginott
-Mewujudkan iklim bilik darjah yang kondusif dengan melakukan
komunikasi berkesan di antara guru dan kanak-kanak.-Menyedarkan
kanak-kanak tentang punca konflik dan harus ditangani .-Menghargai
kanak-kanak dan menjaga tingkah laku dalam usaha menyelesaikan
masalah tingkah laku mereka.14
CARA-CARA MENANGANI TINGKAH LAKU NEGATIFModel Dreikurs
-Mengajar kanak-kanak membentuk peraturan yang membataskan
tingkah laku-Mempercayaai semua kanak-kanak ingin rasa dimiliki dan
tingkah laku mereka menggambarkan usaha untuk dimiliki.-Masalah
salah laku berpunca daripada matamat yang tidak jelas seperti ingin
mendapat perhatian, ingin berkuasa, membalas dendam dan
lain-lain-Cara mendisiplinkan kanak-kanak adalah dengan
menggalakkan tingkah laku yang positif
Beberapa cadangan untuk mengatasi masalah tingkah laku pelajar
ini adalah seperti berikut:
a. Kenalpasti pelajar yang agresif(destruktif) adakan program
moral b. Mengelakkan hukuman fizikal Membimbing pelajar supaya
menyalurkan perasaan marah kepada sesuatu yang membina d. Memberi
peluang kepada pelajar untuk meluahkan perasaane. Perbincangan
dengan rakan sebaya f. Sikap ambil tahu dan prihatin terhadap
pelajar g. Ganjaran dan pujian h. Didikan agama i. Penglibatan
pelajar dalam pembelajaran j. Kasih sayang
CARA-CARA PRAKTIKAL MENANGANI TINGKAH LAKU NEGATIF A. Memodelkan
tingkah laku yang positifKanak belajar tingkah laku positif melalui
modelling(memerhati orang lain menunjukkan tingkah tertentu.Guru
prasekolah boleh menjadi model atau teladan kepada
kanak-kanak.Menunjukkan tingkah laku prososial dan menunjukkan
amalan bekerjasama, berkongsi dan menghormati orang lain serta
berbudi bahasa, mengucapkan tolong, terimakasih, meminta maaf
dll.
CARA-CARA PRAKTIKAL MENANGANI TINGKAH LAKU NEGATIFB. Menggunakan
pengurusan konflik dan teknik resolusi
Strategi pengurusan konflik dan teknik resolusi membantu
kanak-kanak menggunakan kemahiran ketika menghadapi dan
menyelesaikan masalahantara satu sama lain. 1. Talk it over
(bercakap bersama) -Kanak-kanak diberi peluang untuk memberi alasan
dan bercakap tentang sesuatu konflik yang berlaku kerana perbalahan
atau pergaduhan ada dua pandangan berbeza. -Belajar bahawa dengan
hanya bercakap dan meluahkan pendapat dan perasaan secara verbal,
sesuatu masalah boleh diselesaikan dengan damai. -Langkah ini
membantu kanak-kanak berfikir cara-cara untuk menyelesaikan konflik
mereka.
CARA-CARA PRAKTIKAL MENANGANI TINGKAH LAKU NEGATIF 2. Model
resolutions (memodelkan resolusi)-Guru prasekolah boleh
mengingatkan atau mencadangkan kanak-kanak menunjukkan resolusi
yang sesuai jika berlaku konflik.contoh: Aiman, tolong jangan tolak
bangunan Husin keranan dia telah lama membinanya. Ali, apakah cara
lain (selain daripada memukul) supaya Atan tidak duduk ditempat
awak.
3. Teach Children to say Im sorry (Mengajar kanak-kanak meminta
maaf)-Meminta maaf adalah satu cara yang baik untuk mengubati
perasaan yang disinggung. -Kanak-kanak perlu diajar dan digalakkan
untuk meminta maaf jika berlaku sesuatu peristiwa yang menyebabkan
kawan mereka marah.
CARA-CARA PRAKTIKAL MENANGANI TINGKAH LAKU NEGATIF 4. Do
something else(melakukan sesuatu yang lain)-Alihkan perhatian
kanak-kanak kepada aktiviti lain.Contohnya, ketika mereka sedang
merebut sesuatu alat, alihkan tumpuan mereka kepada perkara
lain.
5. Take turns (mengikut giliran)-Mengikut giliran adalah cara
yang baik untuk mengajar kanak-kanak bahawa mereka tidak seharusnya
sentiasa diberi layanan dahulu kerana orang lain juga berhak untuk
dilayani.
6. Share (Berkongsi)-Kanak-kanak harus diajar berkongsi dengan
kanak-kanak lain semasa bermain.-Jika konflik berlaku, kanak-kanak
boleh dibantu untuk membuat pilihan lain selain daripada berebut
atau memukul rakan.
CARA-CARA PRAKTIKAL MENANGANI TINGKAH LAKU NEGATIF C. Modifikasi
Tingkah laku-Merujuk kepada menghasilkan perubahan tingkah laku
yang positif melalui intervensi oleh guru semasa interaksi seharian
di kalangan kanak-kanak seperti:
1. Peneguhan Positif-Memberi ganjaran kepada kanak-kanak dalam
bentuk lisan seperti a. pujian (cantik, betul, bagus dll). b.
Kata-kata perangsang (saya tahu anda boleh melakukannya.) c.
Memberi hadiah seperti gula-gula dll. d. tepukan tangan e. isyarat
ok atau anggukan kepala.-Ganjaran diberikan apabila mereka
menunjukkan tingkah laku positif.-Semua diatas akan mendorong
kanak-kanak menunjukkan tingkah laku positif.
CARA-CARA PRAKTIKAL MENANGANI TINGKAH LAKU NEGATIF 2. Sistem
Token-Guru boleh memberi token seperti bibtang, sticker, gambar,
setem dan lain-lain kepada kanak-kanak selepas menunjukkan sesuatu
tugasan atau telah menunjukkkan tingkahlaku yang positif.
Token-token boleh ditukar oleh kanak-kanak untuk sesuatu hadiah
atau aktiviti yang digemarinya.
3. Time-out:-Amalan ini digunakan apabila kanak-kanak telah
melakukan sesuatu kesalahan.-Mereka tidak dibenarkan meneruskan
sesuatu aktiviti untuk seketika sehingga dia telah bertenang (cool
down) atau bersedia untuk bertingkah laku baik.
CARA-CARA PRAKTIKAL MENANGANI TINGKAH LAKU NEGATIF 4.
Menggunakan I message. I message ialah satu pernyataan tentang
perasaan tanpa menuduh atau mengkritik orang yang membuat
kesalahan.I message memerlukan 3 perkara: i. Pihak yang menyusahkan
kita ii. Tingkahlaku yang menyakitkan perasaan kita. iii. Kenapa
kita merasa begitu. Contoh : Saya merasa sakit bila dipijak pada
kaki; Saya tidak suka apabila dipanggil nama itu.I message membantu
kanak-kanak menyampaikan perasaan mereka dengan lebih
berkesan.Merupakan langkah pertama yang penting dalam penyelesaian
konflik. I Message boleh di ajar melalui modelling atau menunjukkan
teladan.
CARA-CARA PRAKTIKAL MENANGANI TINGKAH LAKU NEGATIF-PERANAN
GURU-D. Pengurusan bilik darjah yang kondusif.Strategi pengajaran
dan pembelajaran yang membosankan, fizikal sekolah yang padat,
panas dan bising turut menyebabkan murid menunjukkan tingkah laku
yang negatif.
-Guru perlu memastikan persekitaran kelas selamat, suasana kelas
selesa, susun atur perabot sesuai dan tidak terlalu padat, tingkap
dan pintu boleh mengalirkan udara secukupnya. Dinding di cat dengan
warna ceria dan sebagainya.
-Guru haruslah membuat persediaan yang rapi sebelum sesi
p&p, menggunakan teknik, kaedah yang sesuai serta merancang
aktiviti yang menarik serta menyediakan BBM agar proses p&p
berjalan dengan lancar.
- Guru haruslah berinteraksi secara mesra dan bersikap adil.
CARA-CARA PRAKTIKAL MENANGANI TINGKAH LAKU NEGATIFD. Pengurusan
bilik darjah yang kondusif.Strategi pengajaran dan pembelajaran
yang membosankan, fizikal sekolah yang padat, panas dan bising
turut menyebabkan murid menunjukkan tingkah laku yang negatif.
-Guru perlu memastikan persekitaran kelas selamat, suasana kelas
selesa, susun atur perabot sesuai dan tidak terlalu padat, tingkap
dan pintu boleh mengalirkan udara secukupnya. Dinding di cat dengan
warna ceria dan sebagainya.
-Guru haruslah membuat persediaan yang rapi sebelum sesi
p&p, menggunakan teknik, kaedah yang sesuai serta merancang
aktiviti yang menarik serta menyediakan BBM agar proses p&p
berjalan dengan lancar.
- Guru haruslah berinteraksi secara mesra dan bersikap adil.
CARA-CARA PRAKTIKAL MENANGANI TINGKAH LAKU NEGATIF
E. Membina Kemahiran sosial - Kemahiran sosial ialah hubungan
interpersonal dan proses interaksi sesama manusia yang harus
membawa manfaat kepada semua pihak iaitu 1. Membina persahabatan 2.
Berbual dengan orang lain 3. Mempunyai budi pekerti yang baik.-
Elemen yang perlu diberi penekanan dalam membina kemahiran sosial
ialah: Mengetahui batas hubungan dengan orang lain,memahami orang
lain, memahami perasaan orang lain, menerima perasaan orang lain.-
Kelemahan kemahiran sosial menyebabkan seseorang lebih mudah
terpengaruh dengan anasir negatif.
Beberapa cadangan untuk membina kemahiran sosial bagi mengatasi
masalah tingkah laku pelajar ini adalah terbahagi kepada 3
pihak.
CARA-CARA PRAKTIKAL MENANGANI TINGKAH LAKU NEGATIFPeranan Guru
membina kemahiran sosial.Guru perlu menerap kemahiran sosial
berdasarkan nilai-nilai murni seperti berikut: a. Bersopan b.
Berhemah semasa berkomunikasi c. Bertimbang rasa d. Bertolak ansur
e. Bekerjasama f. Menghormati orang lain.
Terap nilai-nilai agama seperti jujur, amanah, istiqamah dan
seumpamanya kerana kanak-kanak yang bersifat seperti ini akan
terpelihara dari tingkah laku negatif.
CARA-CARA PRAKTIKAL MENANGANI TINGKAH LAKU NEGATIFPeranan rakan
sebaya membina kemahiran sosialRakan sebaya mempunyai peranan
penting dalam menangani masalah tingkah laku.Menerap nilai yang
dapat diterima oleh persekitaran dalam sesuatu permainan.b. Memupuk
sikap baik ketika bermain melalui modeling dan
reinforcement.Menanam sikap pengorbanan dan bekerjasama dalam
persahabatan. (Budaya kini: menjurus kepada persahabatan sementara
yang hanya untuk berseronok dan hiburan kerana pengaruh budaya
Barat berasaskan hedonisme- mementingkan keseronokan dan kesenangan
hidup)
CARA-CARA PRAKTIKAL MENANGANI TINGKAH LAKU NEGATIF
Peranan Ibubapa membina kemahiran sosial
Memberi peluang kepada kanak-kanak bermain dengan rakan
sebaya.Bermain dengan anak seolah mereka adalah rakan
sebaya.Berbual dengan anak mengenai pengalaman sosial. (
menunjukkan gambaran mengambil berat)Memberikan pendekatan yang
pelbagai dalam menyelesaikan masalah. Menggalakkan tindakbalas
positif dan tidak kasar.
12 tips pengurusan tingkah laku di dalam kelas.Majalah pendidik
telah menemui beberapa orang guru yang mengakui teknik yang
digunakan oleh mereka berkesan dan 12 teknik telah dipilih.
Wujudkan satu set senarai tingkahlaku yang guru harapkan
daripada pelajar dan laksanakannya dengan tegas. . Semua pelajar
berhak untuk dihormati. . Semua pelajar berhak dan bertanggungjawab
untuk belajar. . Aktiviti kelas hendaklah dimulakan dengan serta
merta dan akan tamat bila guru tamat mengajar. . Pelajar tidak
dibenarkan makan atau mengunyah gula-gula ketika berada di dalam
bilik darjah.Bersabar dengan diri dan karenah
pelajar.Berbaik-baiklah dengan ibu bapa.Masuk ke kelas awal.
12 tips pengurusan tingkah laku di dalam kelas.5. Jangan terlalu
banyak bercakap. Gunakan 15 hingga 20 minit yang pertama untuk
memberi penerangan, soal jawab dan sebagainya. Kemudian, habiskan
sesi pembelajaran dengan memberi peluang kepada pelajar untuk
membuat latihan secukupnya.6. Bagi kelas 2 waktu berkembar,
bahagikan aktiviti kepada 2 bahagian dan pastikan terdapat
kesinambungan antara kedua-dua bahagian aktiviti7. Mulakan sesi
pembelajaran secepat mungkin dan tamat pada saat terakhir. Elakkan
daripada menamatkan sesi pembelajaran terlalu awal.8. Jangan
memanggil nama pelajar-pelajar untuk tujuan menanda kedatangan
mereka. Gunakan waktu pelajar menjalankan tugasan seperti gerak
kerja bertulis untuk menjalankan tugas ini.9. Pastikan semua
pelajar melibatkan diri dalam aktiviti yang anda jalankan.
Misalnya, apabila ada pelajar memberikan pendapat atau jawapan,
minta pelajar-pelajar lain memberikan komen.
12 tips pengurusan tingkah laku di dalam kelas.10. Berikan
teguran kepada pelajar secara individu dan tidak mengganggu
pelajar-pelajar lain. Elakkan mengatakan sesuatu mengenai disiplin
seseorang pelajar secara terbuka untuk semua pelajar. 11.
Mengajarlah dengan fikiran yang sentiasa terbuka dan jangan lupa
sense of humor anda.12. Jangan ragu-ragu untuk meminta bantuan
rakan sekerja yang berpengalaman sekiranya menghadapi masalah.
KESIMPULANAhli psikologi dan pakar perkembangan kanak-kanak
telah menggambarkan tentang kuatnya pengaruh ibubapa, pengasuh dan
pendidik dalam membentuk sikap dan tingkah laku kanak seperti
berikut:
Sekiranya kanak-kanak hidup dengan kejujuran, dia belajar
menghargai kebenaran.Sekiranya kanak-kanak mendapat layanan yang
sama rata, dia belajar menghargai keadilan. Sekiranya kanak-kanak
dihargai, dia akan merasa dirinya berguna.Sekiranya kanak-kanak
berasa dirinya diterima, dia belajar berkasih sayang.Sekiranya
kanak-kanak hidup dalam suasana tolak ansur, dia belajar menjadi
sabar.Sekiranya kanak-kanak hidup dengan dikritik, dia belajar
membenci, dan sekiranya kanak-kanak hidup dalam perseteruan, dia
belajar berkelahi.
CARA-CARA PRAKTIKAL MENANGANI TINGKAH LAKU NEGATIF-PERANAN
IBUBAPA-7. Sekiranya kanak-kanak hidup dalam ketakutan, dia
sentiasa bimbang, dan sekiranya kanak-kanak selalu diperli, dia
belajar malu pada diri sendiri.8. Sekiranya kanak-kank hidup dengan
rasa selamat, dia belajar mempercayai orang lain.9. Sekiranya
kanak-kanak hidup dalam keadaan yang dikasihani, dia belajar
menjadi malu pada diri sendiri.10. Sekiranya kanak-kanak hidup
dalam keadaan di mana sentiasa terdapat model yang baik, dia akan
belajar menjadi individu yang berakhlak mulia.
Oleh itu menjadi model yang baik merupakan cabaran kepada para
guru dalam membentuk sikap dan tingkah laku kanak-kanak, ambillah
peluang semasa mereka mudah diajar dan bukan semasa mereka tidak
boleh lagi diajar.
Bibiografi:
Kementerian Pelajaran Malaysia. Modul Prasekolah.
PRA3107Perkembangan Sosioemosi.(Cyberjaya) 2010
Dr Rozumah Baharudin. Semai Nilai Murni Dari Awal Hidup
Anak.Anak Sayang. Pendidikan dan Penjagaan Kanak-kanak Prasekolah.(
UPM)1995
Pendidik. Pengurusan Bilik Darjah. (Kuala Lumpur) 2005.
http://ms.wikipedia.org/wiki/Kemahiran_interpersonal
http://belajarpsikologi.com/peranan-konsep-diri-dalam-menentukan-perilaku/
http://www.anneahira.com/pengertian-perilaku.htm
http://www.ipbl.edu.my/bm/penyelidikan/jurnalpapers/jurnal2004/tiwi2004.pdf
36