Top Banner
INDEX KORUPSI TRANPARENCY INTERNATIONAL SOSIALIS Dinamik-Berani-Berprinsip http://parti-sosialis.org Ogos 2008 RM 1.00/ Harga Solidariti RM 2.00 KANDUNGAN MENARIK DI DALAM ms. 2 - Pesta Sosialisma Intenational kembali ke Malaysia ms. 3 - Parti dan Fron ms. 4 - Krisis Makanan -Perut Manusia atau Tangki Minyak? ms. 5 - Politik dan Istana ms. 6/7- Kongres PSM ke 10 -Bersejarah, Mantap an Terus Mara ms. 8 -100 hari pertama Dr. Nasir di Kota Damansara ms. 9 - Pentadbiran Ala-Sosialis di Sungai Siput ms.10 - Krisis Minyak Dunia - antara rhetorik dan Isu sebenar - Pilihanraya Majlis Tempatan ms 11 - Obama - Harapan baru atau omong kosong? ms 12 - Saya setuju daftarkan PSM - Syed Hamid POLITIK SILAT DAN Politik Malaysia menjadi semakin dramatik setelah seratus hari pilihanraya. Anwar Ibrahim, seperti seorang mahaguru silat telah membuka langkah mengistiharkan bahawa Kerajaan Persekutuan akan jatuh ke tangan Pakatan Rakyat menjelang September 16, 2008 apabila lebih 30 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) akan menyertai Pakatan Rakyat (PR) untuk memberikan PR majoriti di Parlimen dan sekaligus mentadbir peringkat Persekutuan negara buat kali pertama. Pakatan Rakyat memerlukan 30 ahli BN untuk hijrah parti untuk membolehkan PR mempunyai lebihan satu undi dari BN. Untuk merealisasi tindakan beliau, beliau telah membuka beberapa aksi silat satu persatu. Pertama beliau mengumunkan bahawa ramai ahli Parlimen BN terutamanya di Sabah dan Sarawak akan menyertai PR. Ini akan disertai pula oleh mereka dari Semenanjung termasuk dari UMNO dan MCA. Beliau juga mengistiharkan akan bertanding dalam satu pilihanraya kecil untuk membolehkan beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke 6. Maka disetiap ceramah, beliau diperkenalkan sebagai PM yang menanti (PM in waiting) Namun tiba-tiba , seperti “flash-back” ulang tayang 1998, beliau pula dituduh meliwat salah seorang pembantunya. Dalam ulangan tayang ini, tiba-tiba watak Najib pula menjadi adegan penting apabila beliau dituduh terlibat dalam pembunuhan ngeri Altantuya. Dua SD (Statutory declaration) iaitu satu daripada Raja Petra dan satu lagi daripada Balasubramaniam mengegarkan politik negara apabila kedua-dua SD tersebut memberi gambaran bahawa Najib terlibat langsung dalam kes jenayah paling hot tahun lalu. Namun Politik silat dan liwat ini masih tidak boleh memerdekakan rakyat daripada masalah harian yang dihadapi seperti isu kenaikan harga barangan asas, kenaikan harga minyak, rasuah dan salahgunakuasa. Rakyat tetap merana. Isu-isu pokok dikaburkan dengan isu-isu lain yang menjijikkan seperti tuduhan baru ke atas Anwar Ibrahim. Mengapa KDN mahu beri pendaftaran kepada PSM sekarang? Ada pihak cakap KDN beri PSM pendaftaran kerana ada komplot nak lemahkan Pakatan. Jika itu adalah betul, maka mengapa KDN juga luluskan pendaftaran akhbar Berita Keadilan dan benarkan Harakah terbit dua kali seminggu? Pemberian pendaftran ini adalah konsisten dengan cubaan Badawi memberi imej baru setelah kalah teruk dalam pilihanraya lalu. PSM pula adalah parti berideloogi sosialis, berprinsip dan berani. Ia adalah kesinambungan gerakan perjuangan agung kaum kiri yang tidak boleh mati selagi wujud mereka yang miskin. PERATUS PENDAPATAN BULANAN KELUARGA 2007 Kurang daripada RM 1000 8.6% Antara RM 1001 RM 2000 29.4% Antara RM 2001- RM 3000 19.8% Antara RM 3001- RM 4000 12.9% Antara RM 4001- RM 5000 8.6% Antara RM 5001- RM 10,000 15.8% Lebih RM 10,000 4.9% Daripada angka ini, jelas bahawa ketidakadilan ekonomi antara 10% terkaya dan 10% termiskin jauh lebih besar daripada perbezaan pendapatan antara kaum. Mengapa Kerajaan lebih ghairah menunjukkan perbezaan kaum daripada menunjukkan perbezaan kelas masyarakat? Dr. Jeyakumar di Parlimen SELAGI ADA PERBEZAAN KELAS MASYARAKAT, SELAGI ITU ADA PERTEMPURAN KELAS Kaum Kapitalis yang menjadi punca utama kepada isu kenaikan harga barangan asas dan minyak terus bermaharajalela mengaut keuntungan besar. Bagi kaum kapitalis, yang penting adalah keuntungan dan mereka sedia bekerjasama dengan mana-mana parti, baik Barisan Nasional (BN) mahupun Pakatan Rakyat (PR), asalkan untung mereka terjamin. Inilah sebenarnya cabaran kepada Pakatan Rakyat. Agenda pro-rakyat seperti akta gaji Minima, cuti bersalin 90 hari dan jalanraya tanpa tol sebenarnya adalah aspirasi rakyat tetapi ia akan ditentang habis-habisan oleh kaum kapitalis. Pertentangan hari ini antara Anwar dengan Najib dan antara BN dengan PR bukan pertempuran akhir untuk rakyat Malaysia. Pertempuran akhir adalah pertempuran antara kaum kapitalis yang kaya tetapi hanya segelintir kecil melawan kaum pekerja dan rakyat, yang jumlahnya besar tetapi tetap ditipu dan dizalimi. Kemenangan dan Tsunami politik 8 Mac adalah satu titik permulaan ke arah satu sistem yang lebih adil dan saksama. Namun kemenangan keramat hanya akan tercapai apabila rakyat merdeka dari sistem kapitalis dan setiap orang hidup dalam suasana bahagia, aman dan damai tanpa dibelenggu kemiskinan dan kesusahan. RAKYAT MASIH MERANA
12

Sosialis (Ogos 2008)

Apr 06, 2016

Download

Documents

partisosialis

Topik: Perut Manusia Di Tangki, Politik Dan Istana, Kongres PSM Ke-10, 100 Hari Di DUN Kota Damansara, Pentadbiran Ala Sosialis Di Parlimen Sungai Siput, Krisis Minyak Dunia, Obama Harapan Baru Atau Omong Kosong, Pendaftaran PSM
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Page 1: Sosialis (Ogos 2008)

INDEX KORUPSI TRANPARENCY

INTERNATIONAL

SOSIALISDinamik-Berani-Berprinsip

KANDUNGAN MENARIK DI DALAM

ms. 2 - Pentas Merdekams. 3 - Parti dan Fronms. 4 - Isu Nasionalms. 5 - Isu Nasional ms. 6 - Akta IR dan FTAms. 7 - Krisis Kesihatanms. 8 - Abdul Razak Ahmad dalam memori ms. 9 - Hartal 1947ms 10 - Revolusi Rusia ms 11 - Sosialis dan Krisis Budayams 12 - Pak Lah dan Sampah

http://parti-sosialis.org Ogos 2008 RM 1.00/ Harga Solidariti RM 2.00

KANDUNGAN MENARIK DI DALAM

ms. 2 - Pesta Sosialisma Intenational kembali ke Malaysiams. 3 - Parti dan Fronms. 4 - Krisis Makanan -Perut Manusia atau Tangki Minyak?ms. 5 - Politik dan Istanams. 6/7- Kongres PSM ke 10 -Bersejarah, Mantap an Terus Marams. 8 -100 hari pertama Dr. Nasir di Kota Damansara ms. 9 - Pentadbiran Ala-Sosialis di Sungai Siputms.10 - Krisis Minyak Dunia - antara rhetorik dan Isu sebenar - Pilihanraya Majlis Tempatanms 11 - Obama - Harapan baru atau omong kosong?ms 12 - Saya setuju daftarkan PSM - Syed Hamid

POLITIK SILAT DAN Politik Malaysia menjadi semakin dramatik setelah seratus hari pilihanraya. Anwar Ibrahim, seperti seorang mahaguru silat telah membuka langkah mengistiharkan bahawa Kerajaan Persekutuan akan jatuh ke tangan Pakatan Rakyat menjelang September 16, 2008 apabila lebih 30 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) akan menyertai Pakatan Rakyat (PR) untuk memberikan PR majoriti di Parlimen dan sekaligus mentadbir peringkat Persekutuan negara buat kali pertama. Pakatan Rakyat memerlukan 30 ahli BN untuk hijrah parti untuk membolehkan PR mempunyai lebihan satu undi dari BN.

Untuk merealisasi tindakan beliau, beliau telah membuka beberapa aksi silat satu persatu. Pertama beliau mengumunkan bahawa ramai ahli Parlimen BN terutamanya di Sabah dan Sarawak akan menyertai PR. Ini akan disertai pula oleh mereka dari Semenanjung termasuk dari UMNO dan MCA. Beliau juga mengistiharkan akan bertanding dalam satu pilihanraya kecil untuk membolehkan beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke 6. Maka disetiap ceramah, beliau diperkenalkan sebagai PM yang menanti (PM in waiting)

Namun tiba-tiba , seperti “flash-back” ulang tayang 1998, beliau pula dituduh meliwat salah seorang pembantunya. Dalam ulangan tayang ini, tiba-tiba watak Najib pula menjadi adegan penting apabila beliau dituduh terlibat dalam pembunuhan ngeri Altantuya. Dua SD (Statutory declaration) iaitu satu daripada Raja Petra dan satu lagi daripada Balasubramaniam mengegarkan politik negara apabila kedua-dua SD tersebut memberi gambaran bahawa Najib terlibat langsung dalam kes jenayah paling hot tahun lalu.Namun Politik silat dan liwat ini masih tidak boleh memerdekakan rakyat daripada masalah harian yang dihadapi seperti isu kenaikan harga barangan asas, kenaikan harga minyak, rasuah dan salahgunakuasa. Rakyat tetap merana. Isu-isu pokok dikaburkan dengan isu-isu lain yang menjijikkan seperti tuduhan baru ke atas Anwar Ibrahim.

Mengapa KDN mahu beri pendaftaran kepada PSM sekarang?Ada pihak cakap KDN beri PSM pendaftaran kerana ada komplot nak lemahkan Pakatan. Jika itu adalah betul, maka mengapa KDN juga luluskan pendaftaran akhbar Berita Keadilan dan benarkan Harakah terbit dua kali seminggu? Pemberian pendaftran ini adalah konsisten dengan cubaan Badawi memberi imej baru setelah kalah teruk dalam pilihanraya lalu. PSM pula adalah parti berideloogi sosialis, berprinsip dan berani. Ia adalah kesinambungan gerakan perjuangan agung kaum kiri yang tidak boleh mati selagi wujud mereka yang miskin.

PERATUS PENDAPATAN BULANAN KELUARGA 2007

Kurang daripada RM 1000 8.6%

Antara RM 1001 RM 2000 29.4%

Antara RM 2001- RM 3000 19.8%

Antara RM 3001- RM 4000 12.9%

Antara RM 4001- RM 5000 8.6%

Antara RM 5001- RM 10,000 15.8%

Lebih RM 10,000 4.9%

Daripada angka ini, jelas bahawa ketidakadilan ekonomi antara 10% terkaya dan 10% termiskin jauh lebih besar daripada perbezaan pendapatan antara kaum. Mengapa Kerajaan lebih ghairah menunjukkan perbezaan kaum daripada menunjukkan perbezaan kelas masyarakat? Dr. Jeyakumar di Parlimen

SELAGI ADA PERBEZAAN KELAS MASYARAKAT, SELAGI ITU ADA PERTEMPURAN KELAS

Kaum Kapitalis yang menjadi punca utama kepada isu kenaikan harga barangan asas dan minyak terus bermaharajalela mengaut keuntungan besar. Bagi kaum kapitalis, yang penting adalah keuntungan dan mereka sedia bekerjasama dengan mana-mana parti, baik Barisan Nasional (BN) mahupun Pakatan Rakyat (PR), asalkan untung mereka terjamin.

Inilah sebenarnya cabaran kepada Pakatan Rakyat. Agenda pro-rakyat seperti akta gaji Minima, cuti bersalin 90 hari dan jalanraya tanpa tol sebenarnya adalah aspirasi rakyat tetapi ia akan ditentang habis-habisan oleh kaum kapitalis. Pertentangan hari ini antara Anwar dengan Najib dan antara BN dengan PR bukan pertempuran akhir untuk rakyat Malaysia. Pertempuran akhir adalah pertempuran antara kaum kapitalis yang kaya tetapi hanya segelintir kecil melawan kaum pekerja dan rakyat, yang jumlahnya besar tetapi tetap ditipu dan dizalimi.

Kemenangan dan Tsunami politik 8 Mac adalah satu titik permulaan ke arah satu sistem yang lebih adil dan saksama. Namun kemenangan keramat hanya akan tercapai apabila rakyat merdeka dari sistem kapitalis dan setiap orang hidup dalam suasana bahagia, aman dan damai tanpa dibelenggu kemiskinan dan kesusahan.

RAKYAT MASIH MERANA

Page 2: Sosialis (Ogos 2008)

Sosialis Ogos 2008

DASAR PERJUANGAN PARTI SOSIALIS MA-

LAYSIA

Parti Sosialis Malaysia (PSM) adalah satu parti politik

rakyat Malaysia yang beras-askan prinsip dan Ideologi

sosialisme yang bersifat Perjuangan Rakyat bert-

eraskan keadilan sosial dan ekonomi; bagi mewujudkan

masyarakat demokratik yang aman, makmur, maju,

berakhlak mulia dan sak-sama. Ia berjuang untuk

memenuhi keperluan asas rakyat dan

membe-baskan rak-

yat daripada sebarang

bentuk penindasan dan pemak-

saan

• Menyediakan peluang pendidikan percuma disemua peringkat dengan mewajibkan pendidikan di peringkat rendah dan menengah.

• Memastikan penyertaan guru dan pelajar dalam proses menentukan haluan sistem pendidikan nasional.

• Melindungi alam sekitar daripada pencemaran dan pembinasaan.

• Menggurangkan birokrasi dan menghapurkan karenah birokrasi yang mengekang pembangunan

Mengapa Kita Perlu Satu Parti Sosialis?

♦Sistem yang ada kini telah gagal membawa kesejahteraan kepada rakyat yang majoriti .

Bendera dan lambangLambang parti ialah genggaman tangan kiri yang melambangkan p e r p a d u a n r a k y a t d a n semangat perjuangan.Merah melambangkan perjuangan dan putih melambangkan kesucian dan keikhlasan dalam perjuangan.

Matlamat parti sosialis• Mengamalkan prinsip sosialisme sebagai cara hidup. • Mempertahankan masyarakat demokratik dan progresif yang mengutamakan kerohanian,

♦Sistem kapitalis ini hanya mengutamakan segelintir kecil masyarakat .

♦Untuk menumbangkan sistem kapitalis ini perlu ada sistem Sosialis yang lebih mementingkan aspek kemanusiaan,keadilan dan pengagihan kekayaan.

Parti Sosialis ini adalah untuk membela nasib majoriti rakyat iaitu para pekerja kilang, petani, ne layan , peke r j a l adang , peniaga kecil, orang Asli, pelajar, pekerja semi-profesional dan sebagainya.

Parti Sosialis Malaysia22A, Jalan Vivekananda,

Brickfields,50470 Kuala Lumpur.

Tel: 603-22747791Fax: 603-87374772

Email- [email protected]://parti-sosialis.org

Untuk menderma/buat cek: ParSosMa Enterprise di Maybank No

Akaun 508010824603

Parti Sosialis Malaysia- PSMadalah sebuah parti yang

lahir dari perjuangan rakyat akarumbi di kilang, ladang dan

kawasan miskin kota. Parti ditubuhkan sebagai alat untuk

kaum pekerja dan golongan berpendapatan rendah dan

menengah untuk berjuang untuk hak mereka. PSM meneruskan perjuangan menentang rasuah, penyelewengan dan perkauman

golongan yang memerintah. Selagi penindasan rakyat ada,

perjuangan ini akan berterusan.

2

Masalah rakyat bukan di antara orang Melayu, Cina dan India atau di antara orang Islam dan bukan Is-lam. Tetapi orang kaya dan miskin. Kekayaan negara dimiliki dan dibo-lot oleh segelintir kecil masyarakat, anak dan kroni mereka. Manakala rakyat yang majoriti masih belum menerima bahagian.

Parti Sosialis lebih mementingkan isu-isu asas rakyat seperti peker-jaan, rumah, tanah, alam sekitar dan sebagainya. Parti Sosialis akan menyatukan tenaga semua golongan pekerja untuk memper-tahankan hak kita.

SOSIALISMA 2008

PESTA SOSIALISMA INTERNATIONAL KEMBALI KE

MALAYSIA

Bulan November, Malaysia akan sekali lagi menjadi tumpuan kaum sosialis dunia apabila PSM menjadi tuan rumah Persidangan Sosialisma ASEAN ke 4 yang akan diadakan di Kolej New Era untuk tiga hari.

PSM adalah perintis yang telah memulakan Sosialisma Antarabangsa di rantau ini pada tahun 2005. Ekoran daripada program bersejarah tersebut, satu Jawatankuasa serantau diwakili oleh Parti-parti Sosialis dari Indonesia, Thailand, Phillpines dan Malaysia telah dimulakan. Pada tahun 2006, Workers Democracy dari Thailand telah menganjur program ini manakala pada tahun lalu, Laban Ng Masa dari Phillipines telah menjadi Tuan rumah.

Tahun ini, Malaysia sekali lagi menjadi tuan rumah apabila Indonesia tidak dapat menjadi tuan rumah ekoran keadaan politik di negara tersebut yang tidak mengizinkan. Bagi Malaysia, ia lebih istimewa dan bererti kerana PSM kini merayakan sepuluh tahun kewujudan Parti tersebut.

Tema Sosialisma tahun ini adalah “ Sosialisma Abad ke 21”. Tema ini menjadi ilham kepada kaum Sosialis seluruh dunia mencari jawapan kepada dunia yang semakin hari semakin kelam-kabut dengan ancaman perang, krisis makanan dan ancaman neo-liberal. Venezuela dan Chavez telah membuka satu lembaran baru kepada kaum Sosialis seluruh dunia dan debat ini akan berterusan di Sosialisma di Kajang nanti,

Program kali ini dijangka disertai oleh kaum sosialis dari pelbagai Negara dan antaranya adalah Kaum Sosialis dari Indonesia, Philippines, Thailand, Hong Kong, India, Nepal, Korea, Pakistan, Bangladesh,

Antara pemimpin Sosialis yang dijangka datang adalah Long Hair Leong Kwok Hung Gerakan April 5 di Hong Kong, Farooq Tariq, Setiausaha Agung Parti Buruh Pakistan, Dr. Francisco Nemenzo atau lebih dikenali sebagai Dodong dari Laban Ng Massa (Gerakan Massa berjuang) , Giles Ji Ungpakorn Workers Democracy, Thailand, Dita Sari dari Partai Rakyat Demokratik.

Selain daripada itu, kehadiran pemimpin dari Parti Komunis Nepal-Maoist dan juga Duta Manuel Guzman juga akan menjadi tarikan utama dalam Persidangan kal i ini . Para penganjur masih menant i jawapan dari Parti Sosialis dari India dan Korea untuk memberi maklumbalas.

DSP(Democratic Socialist Perspective) dari Australia, Parti Sosialis Pekerja(SWP) dari England, International Marxist tendency(IMT) , Left Party dari Sweden dan Parti Komunis dari Britain.

Antara penceramah dan peserta tempatan yang dijangka menyertai Sosialisma kali ini adalah Pak Zaid Zahari, Nasir Hashim, Muhammad Sabu, Martin Khor, Syed Shahril, Hassan Karim, Farish Noor, Amer Muhamamd, Lee Ban Chen dan S.Arutchelvan.

Selain daripada kertas dan debat, terdapat juga Malam Salam Revolusi Anak Muda pada 7hb. November dan Tayangan Gambar progresive. K e p a d a y a n g b e r m i n a t membaca buku-buku kiri atau

DEBAT DAN KERTAS

♦SOCIALISMA DI ABAD KE 21♦KRISIS MAKANAN DAN MINYAK - KAPITALISMA DALAM KRISIS♦CABARAN PERUBAHAN IKLIM ♦REVOLUSI DAN KOUNTER REVOLUSI DI AMERIKA LATIN♦KUASA RAKYAT DAN PENGKHIANATAN DI ASIA TENGARA♦NEPAL DAN KAUM MAOIST♦KIRI DALAM KERAJAAN PAKATAN ♦ISLAM DAN SOSIALISMA ♦PSM 10 TAHUN AND MASA DEPAN

Yuran Penyertaan ( Tidak termasuk makanan dan tempat tinggal) untuk tiga hari hanya RM 50 (peserta tempatan) dan RM 10 untuk pelajar Untuk mendaftar:Hubungi : Socialism 2008 Malaysia 22A- Jalan Vivekanda, Brickfields,50470KualaLumpurTel : 603-22747791, 012-26045807 atau 016-9008202Fax: 603-87374772Email [email protected], [email protected], [email protected],

socialismmalaysia08.blogspot.com

BORANG DAFTAR @ BAYARAN KE :Payable : PSM CENTRE

Bank EON Bank, Brickfields Branch Account Number : 0061-10-003237-7

Lain-lain Parti Sosialis di luar Asia yang dijangka hadir adalah

ingin membeli cenderamata sosial is seperti T-shirt Che Guevara dan sebagainya, inilah masanya. Jangan lepaskan

Dita Sari

Farooq Tariq

7-9 November, Kolej New Era, Kajang, Selangor.

Page 3: Sosialis (Ogos 2008)

Sosialis Ogos 2008

PArtI dAn frOn

3

PSM bela hak pekerja teh di Cameron

Sejak PSM membuka Pusat Khidmat Rakyat di Tanah Rata, Cameron Highland pada bulan Mei 2008, cawangan Parti mendapat sambutan hangat dari para penduduk dan pelbagai isu mula dikendalikan oleh parti dengan berjayanya.

Pengurus Ladang Blue Valley beg i tu te rancam dengan kewujudan PSM sejak PSM memperjuangkan masalah pekerja ladang di sana seperti gaji, kesihatan, peralatan kerja dan kemudahan rumah. Pegawai dari Jabatan Tenaga Kerja, En.Lam turut melawat Ladang Blue Valley dan bersetuju

bahawa pekerja di sana menghadapi masalah.

Antara masalah pokok yang d ihadap i o leh pekerja di sana ialah gaji yang terlalu kurang antara RM250 ke RM 350, tiada kemudahan kesihatan a tau pengangku tan ke hosp i ta l , tempat bekerja dipenuhi semak, kemudahan air t idak bersih, bekalan elektrik dicaj 30 sen seunit.

Selain daripada itu, Pengurus ladang juga membawa masuk SB dan ahli politik MIC untuk menakutkan pekerja.

Selain itu, Pusat Khidmat PSM Cameron juga mengadakan program untuk ibu tunggal. Seramai 23 ibu tunggal hadir ke Program tersebut di mana rata-rata mengatakan ketidakpuasan hati mereka terhadap mekanisme kerajaan yang tidak membantu mereka. Ada yang mengkritik ‘hamper’ yang diberikan setahun sekali. Banyak juga menyoal tentang janji-janji yang telah diberikan.

KES TANGKAPAN HARI BURUH 2002 SELESAI

Majistret Maimoonah Aid menolak alasan berterusan polis untuk menunda kes dan membebaskan dua orang aktivis PSM Subang iaitu T.Mohan dan Saravanan. Peguam PSM, Sdr. Amer Hamzah membantah tindakan Polis yang mahu menunda kes ini kerana kes sudah berlarutan untuk 6 tahun kini.

Pada tahun 2002, 17 orang ke-banyaknya pemimpin PSM telah ditahan polis semasa perhim-punan Hari Pekerja pada tahun ini. Kesemua mereka kemudian-nya dibebaskan tanpa sebarang tuduhan. Malah tiga orang aktivis PSM yang memberi makanan kepada yang ditahan kemudian-nya telah ditahan dan didakwa.

Kesalahan mereka mengikut ker-tas tuduhan adalah meluahkan perkataan “Polis zalim- tida mahu beri makanan kepada tertuduh”

Kes ini sejak dimula telah ditunda beberapa kali dan sebanyak 4 orang majistret dan tiga orang Pegawai Pendakwaraya Polis juga terlibat.

Setiausaha Agung PSM mengalu-kan keputusan ini dan berharap polis tidak akan menghalang perhimpunan Hari pekerja pada masa-masa depan.

SELESAIKAN TUNTUTAN SEBELUM USIR PEKERJA LADANG KAMIRI SELAMAT SEKETIKA

Mahkamah Persekutuan yang bersidang di Putrajaya menolak permohonan leave bekas pekerja Ladang Kamiri tetapi tidak mem-benarkan gergasi Ladang Guthrie mengusir mereka sehingga tun-tutan pekerja itu dibincang dan dibicarakan.

Ini merupakan satu tamparan ke-pada Guthrie yang sejak member-hentikan pekerja ini pada tahun 1999, cuba mengusir mereka tanpa memberikan perumahan al-ternatif tetap dan pampasan yang adil. 27 bekas Pekerja Guthrie ini telah menjalankan pelbagai aksi untuk mempertahankan hak

Hakim juga bersimpati dengan pekerja ladang ini dan hanya meminta deposit RM 500 yang digunakan sebagai kos dijadikan bayaran gantirugi. Kanniah, Pemimpin pekerja disana ke-mudian mengatakan rasa gem-bira dan berkata keputusan ini memberi mereka sedikit ruang untuk terus berjuang sehingga setiap seorang bekas pekerja ini diberi rumah dan pampas an yang adil.

mereka.

“ANAK MUDA KUASA PERUBAHAN” KEM BELIA KEBANGSAAN PSM

Kem Kesedaran Anak Muda PSM merupakan satu program ideologi khas untuk anak anak muda dalam belasan dan tahun ini adalah kali kedua program ini dianjurkan oleh PSM Pusat. Disebabkan parti terlalu sibuk dengan persiapan untuk pertandingan pilihanraya umum ke-12, persediaan awal untuk Kem Kesedaran Anak Muda bermula agak lewat dan program 3 hari menjadi 2 hari sahaja.

Pada sesi malam, aktiviti budaya diadakan. Ramai anak muda dalam penilaian program meminta PSM menganjur program sedemikian lebih kerap untuk tempoh masa yang lebih lama. Program ditamatkan dengan nyanian lagu Internationale dan topi PSM diberikan sebagai cenderamata.

Jumlah perserta yang telah mengambil bahagian pada tahun ini adalah seramai 86 orang anak muda yang datang dari Negeri Sembilan, Klang, Subang, Kajang, Semenyih, Bandar Baru Bangi, Sg. Siput dan Ipoh.

Semua belia dibahagikan kepada tiga kumpulan - Che Guevara, Power of Youths dan Boss. Dalam sesi ini, perkataan Komrad dipopularkan dan semua anak muda memanggil kawan mereka dengan istilah ini.

Antara topik-topik yang dibincang adalah penciptaan alam semesta dan pembentukan Dunia; sikap, tingkahlaku & budaya anak-anak

Page 4: Sosialis (Ogos 2008)

Sosialis Ogos 2008 KRISIS MAKANAN DUNIA 4

Perut Manusia @ Tangki Se jak akh i r t ahun 2007 , harga makanan sedunia telah melambung naik dengan hebat dan membawa kesan yang amat teruk kepada rantau yang termiskin di dunia. Berlakunya protes besar-besaran di banyak negara termasuk Haiti, Indonesia, Filipina, Cameroon, Nigeria, Senegal, Morocco, Bangladesh dan Mesir, akibat kekurangan makanan dan kenaikan harga makanan.

Harga makanan bijirin seperti beras, jagung, kacang soya dan gandum telah berlipat ganda sejak beberapa tahun yang lepas. Semakin ramai rakyat miskin dan kanak-kanak diheret ke dalam kelaparan. Dalam tahun yang lepas, harga gandum melonjak 120%, harga soya 87% dan harga jagung 31%. Program Makanan Sedunia (World Food Program, WFP) pula menjangkakan 30 buah negara akan berdepan dengan masalah untuk memberikan makanan kepada rakyat tahun

Mitos tentang Krisis Makanan

M i t o s k e d u a p u l a mempersalahkan pertumbuhan ekonomi pesat di negeri China dan India tetapi realitinya kedua-dua negara ini merupakan pengeksport makanan. Walaupun ekonomi China bertumbuh dengan hebatnya, pemakanan per orang di China masih 3 kali lebih rendah berbanding US dan UK. Malah China masih merupakan pengeksport

Penyelesaian kapitalis pula adalah Pasaran bebas tetapi pada realitinya Pasaran bebas yang menyebabkan negara-negara miskin hilang keupayaan untuk menghasilkan makanan yang cukup. Spekulasi mendorong kenaikan harga makanan. Dengan harga melambung naik, lebih banyak spekulasi digalakkan. Ini juga menggalakkan penimbunan stok makanan oleh pedagang makanan, yang membeli makanan untuk menyimpannya demi menjual dengan harga yang lebih tinggi.

Akibat tekanan daripada kerajaan US dan IMF melalui Program Penyesuaian Struktural (SAP), pertanian di negara-negara yang miskin telah dirompak sehingga kurang makanan dikeluarkan untuk penggunaan domestik. IMF juga menghalang kerajaan daripada menyimpan lebih stok makanan, dengan alasan ini akan menjejaskan kepentingan “pasaran bebas”. Sesetengah kerajaan dipaksa menjual stok mereka untuk membayar hutang yang bertimbunan.

Makanan GMO (Organisma Modifikasi secara Genetik) jawapan kapi ta l is untuk kekurangan makanan pada real i t i t idak semestinya menjamin peningkatan dalam pengeluaran makanan, malah membolehkan syarikat gergasi menguasai sumber pengeluaran makanan. GMO telah membolehkan syarikat-syarikat bioteknologi multinasional men ingka tkan penguasaan mereka ke atas pengeluaran

Mengapa Berlakunya Krisis Makanan?

Krisis makanan tahun 2007-08 bukannya sesuatu yang muncul secara tiba-tiba. Krisis ini adalah akibat daripada dasar yang menghancurkan pengeluaran makanan domes t i k un tuk bertahun-tahun.

Perkembangan ekonomi kapitalis yang hanya tamakkan keuntungan telah menyebabkan sumber bumi dieksploitasi tanpa sekatan. Sumber minyak mentah, satu sumber tenaga utama dalam menjana pembangunan ekonomi kapitalis, telah menjadi semakin berkurangan kerana ekploitasi yang berleluasa. Akibat dasar ekonomi kapitalis seluruh dunia yang “menggalakkan” orang ramai mengguna kereta persendirian, sumber bahan api telah banyak digunakan untuk menggerakkan kereta dan membebaskan ekzos yang mencemari udara.

Harga minyak mentah telah melambung tinggi dan mencecah kemuncak baru beberapa tahun kebelakangan ini. Kenaikan harga minyak memaksa harga barangan turut naik, termasuklah harga makanan asas.. Pertanian di bawah penyelenggaraan sistem kapitalis, khususnya selepas pengenalan “Revolusi Hijau”, telah menjadi sangat bergantung pada bahan api fosil. Harga input petani seperti baja buatan manusia, racun serangga dan jentera tani, bersama dengan pemprosesan makanan dan pengangkutan, adalah berkait rapat dengan harga minyak petroleum.

Dalam usaha mencari sumber bahan api yang baru, telah d idapat i eks t rak dar ipada tumbuhan seperti kelapa sawait, jagung dan sebagainya dapat juga menjadi bahan api. Maka, para kapitalis berlumb-lumba untuk melabur dalam perniagaan baru yang menghasilkan biofuel, apa yang dikatakan sebagai alternatif kepada bahan api fosil. Mengikut Laporan Pembangunan Dunia 2008, untuk menghasilkan 100 liter etanol yang cukup untuk mengisi satu tangki sebuah SUV, perlunya lebih 240 kg jagung yang cukup untuk seorang makan untuk satu tahun. Penghasilan bahan api bio, bermakna pembukaan lebih banyak kawasan hutan untuk penanaman komodit i

Kapitalis dunia telah memaksa kerajaan-kerajaan di seluruh dunia untuk menerima dasar ekonomi neoliberal melalui institusi kewangan antarabangsa seperti Bank Dunia, WTO, IMF, Bank Pembangunan Asia (ADB) dan perjanjian-perjajian perdagangan bebas (FTA).

Program Penyesuaian Struktural (SAP) yang d iperkenalkan oleh IMF, telah menyebabkan pertanian di negara-negara yang miskin dirombak sehingga kurang makanan dikeluarkan untuk penggunaan domestik. Banyak negara-negara miskin dan sedang membangun telah bertukar daripada keberdikarian makanan kepada pengimport bersih makanan sejak tahun 1970an dan 1980an, di bawahan arahan ekonomi pasaran bebas yang dibawa oleh IMF (dan kemudiannya oleh WTO dengan Perjanjian tentang Pertanian, AoA).

Dengan membuka negara-negara sedang membangun kepada import makanan negara maju yang disubsidi oleh kerajaan-kerajaan barat, negara-negara sedang membangun te lah men jad i bergantung pada import makanan yang lebih murah daripada makanan yang dihasilkan oleh petani kecil tempatan. Sementara negara-negara maju memaksa negara-negara sedang membangun untuk menghapuskan subsidi demi kepentingan liberalisasi perdagangan.

D a s a r n e o l i b e r a l t e l a h mengurangkan kebo lehan rakyat di negara-negara miskin untuk menghasilkan makanan mereka sendiri dan meningkatkan kebergantungan mereka kepada

Kesan Krisis Makanan

Sejak tahun 2007 hingga awal tahun 2008, harga sebahagian makanan yang paling asas telah meningkat secara mendadak di pasaran antarabangsa. Harga gandum meningkat sebanyak 130% di antara Mac 2007 hingga Mac 2008. Harga beras meningkat hampir 80% pada jangka masa yang sama, mencapai kemuncak dalam 10 tahun. Harga jagung meningkat sebanyak 35%. Di sesetengah negara, harga susu dan daging berl ipat ganda, manakala harga kacang soya yang mencecah harga tertinggi dalam 34 tahun pada Disember 2007.

Jumlah perbelanjaan untuk import makanan di negara-negara

meningkat sebanyak 25% pada 2007. Kenaikan harga makanan menjadikan WFP memerlukan tambahan USD 500 juta untuk mengekalkan bantuan makanan kepada negara-negara miskin.

Kapi ta l is antarabangsa dan inst i tus i kewangan antarabangsa seperti Bank Dun ia dan WTO cuba mendesak kerajaan-kerajaan negara sedang membangun termasuk China dan India untuk membuka pasaran domestik kepada makanan import, kononnya untuk menangani krisis makanan. Langkah sebeg in i bukan saha ja tidak akan menyelesaikan kr is is makanan, malah memburukkan keadaan lagi kerana negara-negara sedang membangun akan terikat pada makanan import dan rakyat terpaksa membayar lebih lagi untuk memperoleh makanan untuk keperluan asas.

Kenaikan kos makanan akan memaksa banyak keluarga miskin menghadapi kesukaran dalam membuat keputusan untuk membelanjakan wang mereka. Ibubapa terpaksa mengurangkan makanan untuk keluarga mereka, menghentikan anak mereka dari sekolah kerana tidak mampu menanggung kedua-dua makanan dan yuran persekolahan, mengurangkan perbelanjaan dalam kesihatan, atau menjual aset produktif utama untuk menghadapi kesempitan dalam ekonomi.

Jalan Penyelesaian

Penyelesaian untuk krisis makanan perlu mengambil p e n d e k a t a n s e c a r a menyeluruh dan menuju k e a k a r u m b i p u n c a permasalahan ini. Krisis m a k a n a n m e r u p a k a n sebahagian daripada krisis yang lebih besar, iaitu krisis sistem ekonomi kapitalis.Pendekatan yang berasaskan pasaran bebas bukan sahaja tidak akan menyelesaikan krisis ini, malah memburukkan keadaan lagi.

P e n y e l e s a i a n p e r l u berasaskan pendekatan sosialis dan ekologi. Antara langkah yang boleh diambil o leh kera jaan-kera jaan t e r m a s u k p e n g a g i h a n makanan secara samarata dan adi l , menghentikan pembukaan tanah untuk perladangan yang menanam untuk penghasilan bahan api bio, melindungi tanah yang digunakan oleh petani kecil yang mengusahakan pertanian makanan dan Pemel iharaan petanian kecil dan penggalakkan pengkoletifan pertanian untuk mewujudkan pengeluaran makanan yang mencukupi untuk setempat / domestic.

Jika kita hendak keluar daripada krisis ini, kita tidak ada jalan lain kecuali menukar sistem kapitalis kepda satu sistem sosialis.

- Choo Chon Kai“If we want to save our

Banyak sebab telah diberikan oleh penganalisi aliran utama dan yang paling kerap terdengar adalah pertumbuhan populasi, makanan tidak mencukupi, pertukaran corak pemakanan di China dan India dan perubahan iklim pemanasan global .

Penyelesaian yang dikemukakan oleh ahli ekonomi sistem kapitalis adalah Pasaran bebas, Makanan modifikasi genetic, Ladang besar dan Revolusi Hijau (Green Revolution). Tetapi hakikatnya adalah, kapitalisme dunia dan pasaran bebas adalah punca membiak kebuluran dan krisis makanan pada hari ini.

Antara mitos yang sering dibawa oleh kapitalis adalah mitos bahawa pertumbuhan polulasi yang tinggi dan makanan tidak mencukupi tetapi realitinya adalah pengeluaran makanan per kapita sebenarnya sedang meningkat , dan makanan sedunia mencukupi. Sebenarnya pengeluaran makanan bertumbuh lebih cepat berbanding populasi manusia sedunia. Pertanian sedunia telah mengeluarkan lebih 17% kalori per orang hari ini berbanding 30 tahun yang lalu. Mengikut FAO, makanan di dunia adalah mencukupi untuk membekalkan setiap seorang diet 3,200 kalori sehari yang mengandungi buah-buahan segar, kacang, sayur-sayuran, mentega dan daging. Mengikut FAO lagi, pengeluaran makanan sedunia boleh menampung hingga 12 billion orang pada masa depan.

Namun disebabkan kemiskinan, 824 juta orang masih hidup da lam ke lapa ran . Rama i orang kelaparan bukan sebab kekurangan makanan tetapi tidak

untuk banyak jenis makanan termasuk beras, gandum dan jagung. Pengeluaran makanan di India pula dapat memenuhi keperluan dalam negeri selama ini. Menyalahkan pembangunan pesat negara-negara tersebut adalah alasan yang memesongkan fakta sebenar.

Mitos ketiga adalah perubahan iklim punca kebuluran tetapi realitinya adalah kegagalan sistem kapitalis dalam menangani masalah perubahan iklim. Perubahan iklim adalah satu masalah yang serius yang membawa kesan hebat ke atas pertanian, khususnya di negara-negara hemisfera selatan. Sistem kapitalis mempersalahkan perubahan iklim sebagai punca krisis makanan dan mengendahkan realiti bahawa dunia dipisahkan oleh kelas. Di negara di mana tanaman dihancurkan oleh banjir atau kemarau, orang kaya masih akan ada banyak untuk dimakan. Jangan kita lupa juga perubahan iklim juga disebabkan oleh sistem kapitalis yang menghancurkan

makanan sedunia melalui apa yang dipanggil “hak intelektual”, dan menyebabkan negara-negara miskin lebih bergantung pada negara-negara kaya.

dan penukaran tanah pertanian makanan untuk penanaman bahan api bio. USA dijangkakan akan menggunakan 81 juta tan jagung untuk penghasilan etanol, 37% lebih berbanding tahun 2006/2007. Pada 2007, 23% hasil tanaman jagung di US digunakan untuk pengeluaran etanol iaitu meningkat sebanyak 6% berbanding 2005. Stok bijiran dijangka akan menurun sebanyak 21 juta (5%) kepada 405 juta tan pada penghujung 2008. Penanaman bahan api bio telah merampas tanah untuk makanan dan mengurangkan pengeluaran makanan.

planet earth, we have a duty to put an end to the capitalist system.” Evo Morales

Page 5: Sosialis (Ogos 2008)

Sosialis Ogos 2008 ANALISA 5

POLITIK DAN ISTANAApabila Menteri Besar Perak, Nizar Jamaluddin yang dilantik melalui pilihanraya telah menyingkirkan Datuk Jamry Sury seorang lantikan politik sebagai Pengarah Jabatan Agama Perak, maka Sultan Perak (yang tidak dilantik melalui pilihanraya) telah campurtangan dan memulihkan kedudukan asal Jamry Sury. Dalam aspek hak sebagai seorang pekerja, kemungkinan Jamry Sury harus diberi hak untuk membela diri tetapi Sultan Perak campurtangan kerana berpendapat hal berkenaan ada kaitan dengan hal ehwal agama Islam dan adalah dibawah kuasa Istana. Karpal pula telah memberi pandangan undang-undang bahawa tindak tanduk Sultan Perak bercanggah dengan perundangan dan Perlembagaan dan berhujah bahawa Menteri Besar Perak mempunyai kuasa menyingkirkan seorang kakitangan Kerajaan Negeri. Namun balasan Karpal telah menimbulkan satu kontoversi.

Maka selepas kenyataan tersebut, Karpal Singh telah menerima serangan bertubi-tubi dari pihak UMNO. Yang anehnya, rakan-rakan di Pakatan Rakyat tidak bercakap banyak. Maklumlah jika mereka memberi pandangan memihak kepada Karpal maka mereka akan dituduh menderhaka kepada Raja Melayu dan tidak mahu mempertahankan ketuanan Melayu. Ada pula yang cuba bermain silat lidah dengan berkata apa yang diberitahu oleh Karpal itu betul tetapi cara ia diberitahu tidak betul dan tidak mengikuti tradisi dan sebagainya.

Pihak Part i PAS pula serba salah. Adakah mereka mahu menyokong Menteri Besar PAS atau Sultan Perak? Mereka susah membuat pendirian menyokong Menteri Besar kerana mereka turut memainkan permainan yang sama. PAS turut memberi sokongan penuh kepada Sultan Terengganu semasa pelantikan Datuk Ahmad Said sebagai Menteri Besar baru Terengganu pada 23 Mac lalu sebagai ganti Datuk Seri Idris Jusoh yang menjadi pilihan Perdana Menteri. Pada masa itu, Abdullah Ahmad Badawi berkata istana Terengganu “tidak mengikut perlembagaan” dan kenyataan tersebut dikutuk terus oleh PAS.

Hari ini UMNO mengendangkan isu ini kerana mereka sudah sedar bahawa inilah kelemahan Pakatan Rakyat dan mula membesar-besarkan isu ini dengan menggunakan media nasional yang masih dibawah kawalan mereka untuk terus memecahbelahkan Pakatan Rakyat. Cubaan UMNO sebelum ini yang cuba mengungkitkan isu ketuanan Melayu dan isu DEB tidak mendapat sambutan dan kesan dari rakyat. Kini dengan isu Raja dan kenyataan Karpal Singh, mereka mendapat nafas baru untuk memecahbelahkan Pakatan Rakyat dan cuba memaparkan DAP sebagai parti yang tidak menghormati orang Islam dan orang Melayu.

Namun apa yang signifikan sangat tentang Institusi Istana di Malaysia ini? Kalau diteliti, tidak ada apa yang dashyat. Sejarah menunjukkan bahawa raja t idak pernah menjadi simbol untuk memperjuangkan hak dan kepentingan rakyat. Semasa zaman penjajah British, ramai dikalangan raja telah bersekongkol dengan pihak British untuk terus berkuasa. Mereka telah mengkompromi kedaulatan negara dan tidak berperang untuk mempertahankan tanah jajahan. Hanya segelintir Sultan dan kaum bangsawan Melayu yang telah memberikan tentangan hebat. Mahathir pula menuduh Raja menjual tanah kepada penjajah. Malah Parti Komunis Malaya dan parti-parti berhaluan kiri seperti PKMM, API lebih banyak bertumpah darah dalam bertempur dengan penjajah British dari golongan raja.Malah jika kita melihat kepada detik-detik bersejarah perjuangan

Maka bagi saya adalah amat aneh apabila sejurus selepas Pil ihanraya ke 12, di mana rakyat Malaysia telah membuat keputusan berani menukar 5 kerajaan Negeri dan membatalkan majoriti 2/3 BN di Parlimen, kini kita dapat melihat Raja-raja mula menunjukkan kuasa mereka. Tekanan diberi di Perlis dan Terengganu apabila Raja tidak setuju dengan lantikan Perdana Menteri. Perdana Menteri dilantik oleh majoriti rakyat manakala Sultan hanya mewarisi kuasa dari turun temurun tetapi Raja mempunyai kuasa yang lebih daripada PM yang di lant ik rakyat. Persoalan saya adalah andaikata BN menang dengan majoriti selesa, adakah Raja-raja berani untuk membuat keputusan menolak cadangan PM?. Nampaknya Raja-raja kini mempunyai satu keyakinan baru dan keyakinan baru ini juga adalah hasil daripada keputusan berani rakyat Malaysia semasa pilihanraya dan puluhan aksi sebelum pilihanraya.

Tulisan ini mungkin sekali lagi digunakan untuk memgatakan bahawa ada pihak cuba mencabar kedaulatan Institusi Raja. Bagi pandangan semua, Institusi Raja sudah pun dicabar semasa Krisis Perlembagaan oleh pihak tidak lain daripada UMNO dan pemimpin UMNO sendiri iaitu Dr. Mahathir Mohammad. Mahathir melalui pindaan Perlembagaan 1984 dan 1993, memastikan hak untuk memanggil Darurat kini berada di tangan Perdana Menteri.

Pertempuran ini bukanlah sesuatu yang luar biasa. Memang di semua negara, akan wujud transisi dari

sistem fuedal ke sistem kapitalis. Dalam sistem kapitalis yang kita anuti sekarang, peranan raja tidak serelewan dan jika ada pun ia terbatas sebagai alat hiasan sahaja. Inilah realiti saintifik historikal Materialisma yang mengatakan bahawa Insitutusi Raja adalah satu peninggalan sistem fuedal yang semakin hari akan semakin pupus. Ia akan pupus kerana dalam sistem kapitalis, ia tidak lagi relevan dan sistem Raja ini terpaksa bersaing dengan kaum Kapitalis. Ramai penganalisa politik mengatakan, apabila Dr. Mahathir dan UMNO mempersoalkan dan kemudian mengurangkan kuasa Raja, pertempuran sebenarnya di sini adalah isu persoalan ekonomi.

Raja Nazrin, Raja Muda Negeri Perak semasa membentang satu kertas mengenai Sistem Raja mengatakan Inst i tusi Raja ini hilang kepercayaan di banyak Negara kerana perbuatan sendirinya dan kerana tamak. Daripada 192 negara berdaulat di dunia, hanya 44 negara yang masih memilih sistem Diraja.

Sudah tiba masanya Pakatan Rakyat memaksikan kekuatan kepada rakyat dan bukan kepada institusi-institusi yang tidak dipilih oleh rakyat. Sudah tiba masanya sistem demokrasi dan keadilan menjadi milik rakyat. Kenyataan Karpal Singh sebenarnya bukan mengugat Raja, ia sebenarnya mengugat kerjasama Pakatan Rakyat. Pakatan Rakyat harus membuat pilihan samada ia hendak menjadi sebuah Pakatan yang mendaulatkan rakyat sebagai kuasa keramat atau samada ia mahu terus bersandiwara dan menari dengan iringan pukulan gendang UMNO.

Dalam demokrasi sejati, rakyatlah kuasa yang paling berkuasa.

Pada ketika itu, PAS berpesta dengan berkata UMNO telah menderhaka kepada raja dan sebagainya. Pada masa itu, t iada siapa yang bercakap tentang suara rakyat itu suara keramat. Kenyataan penyokong-penyokong Istana pada masa itu ialah apa yang dibuat oleh Raja semuanya betul dan baik belaka seolah-olah. Kenyataan dan pandangan Istana tidak boleh ditentang. Begitulah rasional hujah mereka.

rakyat Malaya, dalam kebanyakan masa, Institusi Raja tidak bersama rakyat. Semasa gerakan rakyat seluruh negara melancarkan Hartal pada tahun 1947 dan melancarkan Perlembagaan R a k y a t , K a u m D i r a j a bersekongkol dengan UMNO dan British menandatangai perjanjian Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1 Februari 1948. UMNO dan Sultan secara rahsia bersama dengan wakil Kerajaan British telah membentuk Persekutuan Tanah Melayu. Jika ditelit i , Malayan Union yang ditentang pelbagai pihak sebenarnya sudah mendapat tandatangan semua Sultan sebelum MacMichael mengumumkannya pada Januari 1946.

Semasa krisis kehakiman 1988, sekali lagi Institusi Raja telah bersekongkol dengan Dr. Mahathir dalam operasi menyingkirkan Hakim-Hakim Besar Malaya termasuk Ketua Hakim Negara- Tun Salleh Abbas. Peristiwa ini disifatkan sebagai peristiwa hitam yang telah menghancurkan Institusi kehakiman di negara kita.

Pada ketika itu, Institusi Istana tidak pernah mempertahanakan aspek keadilan dan kesaksamaan. Dalam pelbagai gerakan rakyat seperti Hartal, Gerakan Reformasi dan baru-baru ini Perhimpunan Bersih dan Hindraf, Institusi Raja tidak pernah memberi sebarang sokongan kepada inisiatif rakyat. Malah mereka sering sebaris dengan pihak yang menindas.

PROTES MINYAK DI SEMENYIH Pada bulan Jun yang lalu, protes membantah kenaikan harga minyak diadakan di hadapan stesen Petronas Semenyih. Lebih kurang 300 orang rakyat Semenyih berkumpul dengan penuh semangat membantah kenaikan harga minyak. Laungan slogan yang menuntut kerajaan BN dan harga minyak turun bergema di sepanjang Jalan Semenyih tersebut. Kemarahan rakyat turut jelas kelihatan apabila hampir ke semua kenderaan yang lalu lalang membunyikan hon tanda sokongan terhadap bantahan ini. Perkara ini diakui sendiri oleh pihak polis yang bertugas, kata mereka rakyat memang marah, dan Pak Lah buat tindakan tanpa berfikir.

Protes yang turut dihadiri oleh Saudara Arul (PSM) dan Dr. Che Rosli (PAS) bersama aktivis JERIT juga menyaksikan sebuah sketsa mengenai kenaikan harga. Sketsa sinis ini menggambarkan sebuah keluarga yang terpaksa mengubah gaya hidup setelah kenaikan harga barang. Keluarga yang makan ayam sebelum kenaikan harga terpaksa bertukar kepada sardin, kemudian ikan masin dan akhirnya dengan kenaikan 78 sen/liter petrol, keluarga tersebut hanya mampu membawa pasir Kalau harga barang terus naik…..kena makan pasirlah kita semua’ mesej dari sketsa tersebut.

Protes yang berlangsung selama 1 jam 15 minit tersebut diakhiri

dengan seruan kepada rakyat Semenyih untuk terus membantah sehingga harga minyak turun.

Sekitar protes di Semenyih

************

Page 6: Sosialis (Ogos 2008)

Sosialis Ogos 2008 SEKITAR KONGRES PSM 6

KONGRES PSM KE 10 BERSEJARAH, MANTAP DAN TERUS MARA

Parti Sosialis Malaysia (PSM) telah mengadakan Kongres Nasional selama tiga hari (30 Mei sehingga 1 Jun 2008). Ia dihadiri oleh lebih kurang 150 orang yang terdiri dari ahli perwakilan 7 negeri, 3 organisasi fron dan tetamu dan penyokong PSM.

Kongres ini berlangsung di pusat Kesatuan Pekerja Bank (NUBE), Port Dickson. Jalan menghala ke NUBE telah dihiasi dengan bendera merah dan kain-kain rentang mengalu-alukan para perwakilan. Tahun ini, Kongres PSM istimewa sedikit kerana ia menandakan ulangtahun ke 10 PSM tanpa pendaftaran. Walaupun sepuluh tahun tanpa mendapat pendaftaran tetapi PSM terus bersinar di kalangan parti-parti lain, sebagai satu parti yang aktif, kuat, berprinsip, berani dan telus dalam menegakkan politik kelas dan menentang politik perkauman.

K o n g r e s t a h u n i n i j u g a merayakan satu lagi pencapaian dalam sejarah PSM. Ulung kalinya, Kongres ini dihadiri oleh dua orang wakil rakyat Wakil Rakyat Sosialis di Parlimen, Komrad Dr. Jeyakumar dan Ahli Sosialis Dewan Undangan Negeri , Komrad Dr. Nasir Hashim. Lagi satu perkara yang amat membanggakan ialah kehadiran 4 cawangan baru daripada Tanah Rata (Cameron Highland), Seremban (Negri Sembilan), Semenyih (Selangor) and Jelapang (Perak).

Kongres dimulakan dengan nyanyian lagu Internationalle dan sebuah lagu baru, bertajuk Lawan. Pengerusi PSM, Komrad Nasir Hashim, telah merasmikan kongres selepas memberi ucapan dasar. Beliau telah memuji keputusan berani para pengundi Malaysia dalam pilihanraya y a n g b a r u b e r l a n g s u n g telah membawa perubahan. Beliau juga telah menyentuh mengenai Pakatan Rakyat- iaitu gabungan parti pembangkang yang telah memenangi 5 negeri dalam pilihanraya yang lalu, perkembangan pesat sosialisma di Amerika Latin, kejatuhan monarki in Nepal dan akhirnya mengenai kapitalisma yang sedang memusnahkan dunia dan merupakan punca utama krisis makanan, perubahan cuaca serta krisis ekonomi.

Pada petang pula Setiausaha Agung Parti, Komrad S.Arutchelvan talah membaca laporan tahunan beliau. Beliau merumuskan tahun ini adalah satu tahun yang paling bersejarah, menakutkan, mencabar dan menakjubkan. Ia bukan saja tahun ke-50 kemerdekaan Malaysia, tetapi juga tahun yang mencetuskan perubahan sehingga Barisan Nasional dapat dikalahkan di 5 negeri dalam pilihanraya 8 Mac 2008.

Posisi yang diambil oleh PSM sewaktu 2 perhimpunan besar tahun lalu - BERSIH dan HINDRAF yang menjadi kontroversi. Kedua-dua aksi ini telah membawa perhimpunan raksaksa ke jalanan dan menyebabkan parti mengkaji semula posisi parti dari segi taktik dan strategi.

S e t i a u s a h a A g u n g j u g a membincangkan pengalaman pahit semasa rundingan kerusi dengan part i pembangkang teru tamanya dengan par t i DAP. semasa pilihanraya lalu. Keangkuhan dan kedinginan yang ditonjolkan oleh sesetengah anggota pembangkang amat memeritkan. Mereka menyatakan bahawa ia adalah kerusi tradisional mereka. Tetapi Parti Sosialis juga boleh menyatakan kerusi itu kepunyaan kita, kerana ia dulunya milik fron sosialis.

Selain masalah dalam negara, Setiausaha juga menyentuh isu beberapa kumpulan sosialis di Eropah yang cuba mewujudkan perpecahan di kalangan ahli PSM di sini setelah mereka tidak berjaya memaksa parti mengikut telunjuk mereka. Beliau

Perbahasan ketiga bertajuk bagaimana sosialis mengendali kontradiksi kebudayaan dan e k o n o m i d a l a m k o n t e k s politik Malaysia. Komrad Ngo Jian Yee and Dr. Kumar telah membentangkan kertas kerja ini. Ini kemungkinan isu yang paling mencabar yang dihadapi oleh golongan kiri di Malaysia sejak beberapa dekad yang lalu. Komrad Ngo telah mengemukakan pandangan bahawa PSM harus melibatkan diri secara aktif dalam perjuangan kebudayaan kerana ini akan membawa semua kumpulan etnik bekerjasama dan secara tidak langsung melemahkan hegemoni BN yang menggunakan bangsa dan agama untuk pecah dan perintah. Sebaliknya, Dr Kumar mempersoalkan samada keadaan diskriminasi kaum secara berleluasa bermakna masalah kebudayaan adalah kontradiksi utama. Pada pendapatnya, dalam zaman kapitalisme global ini, kontradiksi utama adalah ketegangan antara pihak kapitalis dan masyarakat massa iaitu kontradiksi kelas.

Hari kedua telah diakhiri dengan sebuah lagi perbincangan panjang mengenai bagaimana caranya untuk meningkatkan keahlian parti tanpa menjejaskan kualiti. Komrad Rani dan Kunasekaran telah membentangkan pandangan mereka. Keahlian parti telah bertambah 400%. Dalam Kongres 2007, parti telah melonggarkan syarat-syarat keahlian supaya lebih ramai orang boleh menjadi ah l i . Se lepas p i l i han raya nampaknya lebih ramai orang berminat untuk ikut serta menjadi ahli parti. Adakah kemungkinan ideologi dan prinsip parti akan dilemahkan dengan keahlian terbuka? Akhirnya ahli-ahli mengundi untuk tidak menyokong 2 jenis keahlian. Hanya ada satu keahlian tetapi hanya ahli-ahli yang aktif dibenarkan mengundi.

Hari ketiga, garis parti (party line) telah disemak semula. Beberapa pindaan telah dicadangkan untuk membaiki gambaran ciri-ciri kelas pekerja industri, nelayan, petani, orang asli dan “lumpen proletariats.”

Perancangan parti untuk satu tahun in i te lah di lakarkan, diikuti oleh resolusi Kongres.Delegasi telah mengemukakan

21 resolusi.

Kongres berakhir dengan ucapan hebat dari para delegasi dan perwakilan. Setiausaha Agung sekali lagi mengingatkan semua bahawa dalam 2 minggu lagi, Mahkamah Persekutuan akan membuat keputusan mengenai pendaftaran PSM tetapi PSM hanya akan hilang bila kewujudan kelas dimusnahkan. PSM tidak dapat dimansuhkan oleh mana-mana mahkamah kapitalis.

Ungkapan Che, “ marilah kita bersikap realistik dan buat apa yang mustahil“ diingat oleh Dr Kumar. Bila buah fikiran untuk tubuh parti Sosialis dikeluarkan 15 tahun yang lalu, kebanyakan orang berkata ianya tidak realistik dan sosialisme sudah mati. Hari ini PSM hidup segar. 60 % keahlian terdiri dari golongan berumur kurang dari 40 tahun. Keahlian parti telah bertambah dan lebih banyak cawangan telah dibuka. Kita telah pun melakukan apa yang mustahil, walaupun tidak diberi pendaftaran, dalam masa 10 tahun yang lalu. Dr Nasir dalam ucapan penutup berkata, “Saya rasa selamat hari ini kerana kita telah pun membentuk ramai sosialis muda untuk menerajui kepimpinan masa depan”.

“Dunia baru kita dirikan…pasti jadi kenyataan”. Satu ayat dari Internationalle, yang mengakhiri Kongres 3 hari.

menekankan bahawa “Kita tidak akan membenarkan mana-mana kumpulan antarabangsa mengajar kita bagaimana kita harus bekerja di tanah air sendiri. Kita rela belajar tetapi kita tidak akan biarkan diri kita dibuli.”

Hari pertama diakhiri dengan kertas kerja bertajuk Krisis Makanan dan Kesannya pada Ekonomi dan Rakyat. Ia dibentangkan oleh T. Rajamoorthy dan Choo Chon Kai. Krisis ini dijangka akan berterusan untuk 10 tahun lagi. Kesimpulan kedua-dua ahli panel ialah bahawa kapitalisme dan polisi-polisi kapitalis adalah punca krisis ekonomi sekarang.

Hari kedua kongres dipenuhi dengan banyak perdebatan dan perbincangan yang sihat. Ia dimulakan dengan pembentangan Komrad Arul and Lee Ban Chen - Adakah keadaan objektif cukup matang untuk Pakatan Rakyat (PR) mengambil al ih kuasa daripada BN dan samada PSM perlu membentuk kuasa ketiga. Komrad Ban Chen berpendapat bahawa PR belum bersedia mengambil alih dari BN yang telah memerintah negara selama ½ dekad dengan menggunakan berbagai tipu helah, manipulasi dan taktik kotor. Komrad Arul berpendapat kita kini dalam situasi unik kerana 5 negeri di bawah pemerintahan PR dan PSM harus memihak dengan rakyat untuk mempertahankan PR. PSM harus memperkuasakan rakyat untuk menjatuhkan BN. Beliau mencadangkan PSM bekerjasama secara program minima dengan PR. Tetapi jika PR bersekongkol dengan kapitalis untuk menindas rakyat, PSM akan berdiri bersama rakyat.

USUL SUMBANGAN 1% DAN DUA JENIS KEAHLIAN 20 usul dibincangkan dari 35 usul yang dibentang oleh cawangan dan fron. Usul dibentang adalah mengenai keahlian parti, pilihanraya, inflasi, krisis makanan, berita sosialis dan yuran 1 % . Pada akhirnya 7 usul ditarik-balik, 2 ditolak dan yang lain diterima. Beberapa usul yang diterima dengan undi yang tinggi adalah

• Ahli Parlimen dan ADUN harus melawat semua negeri di Malaysia untuk mempopularkan parti dan program parti.

• Dapatkan seorang lagi pekerja sepenuh masa untuk mengendalikan akhbar berita sosialis. Tambah bilangan keluaran berita sosalis dan isi kandungannya• Membentuk jaringan dan mengetuai kempen melawan inflasi dan krisis makanan • Pulihkan semula aksi HARTAL• Memberi tekanan agar pilihanraya Majlis Daerah diadakan• Mengadakan kempen intensif untuk mendaftarkan parti dan Biro diletak dibawah SUA.

Sumbangan 1 % ditolak

Sumbangan 1 % gaji kepada jawatankuasa pusat te lah dimansuhkan setelah kebanyakan ahli menolaknya. Sumbangan ini kini tidak wajib, tetapi digalakkan. Sewaktu pengundian kebanyakan Ah l i Jawa tankuasa Pusa t menyokong sumbangan 1 % tetapi ahli-ahli telah menolaknya. Sepert i yang diperkatakan o leh Bendahar i Terhormat kemudiannya, ini adalah amalan Democratic Centralism dan keputusan ini perlu dihormati oleh

Page 7: Sosialis (Ogos 2008)

Sosialis Ogos 2008 SEKITAR KONGRES PSM 7

21 RESOLUSI DI KONGRES 1. Menuntut Kerajaan Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat

untuk menangani Krisis Makanan Dunia. PSM menyarankan antara langkah-langkah yang patut diambil adalah :

Berikan hak milik tanah kepada petani dan penternak Kerajaan harus kawal kenaikan harga barang Laksanakan akta gaji minima Kembalikan penggunaan Buku Hijau dan contohi sistem

pertanian organik yang dilaksanakan di Negara berorientasi Sosialis Cuba

2. Kerajaan harus gubal dan laksanakan Akta Gaji Minima RM 1,500 kepada semua pekerja termasuk pekerja Migran. Ini sekali gus dapat mengatasi masalah buruh murah.

3. PSM menyeru Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) mengambil langkah pro-aktif di negeri tadbirannya dan melaksanakan tindakan yang akan menjadi satu tekanan kepada Kerajaan Barisan Nasional

Laksanakan pilihanraya kerajaan tempatan Tunaikan manifesto pilihanraya mengenai isu-isu kebajikan

seperti isu kesihatan dan pendidikan dan menghindar daripada dipengaruhi oleh Koprat

Kerajaan PR harus mansuhkan tol4. PSM menuntut bahawa Malaysia menghentikan pelaksanaan

projek-projek neo-liberal dan rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) dengan Amerika Syarikat dan negara lain kerana perjanjian sedemikian akan menggadai hak pekerja dan membawa implikasi buruk kepada masyarakat miskin di Malaysia.

5. Mansuhkan semua akta zalim yang mencabul hak asasi manusia seperti ISA, OSA, AUKU, EO, PPPA. Bebaskan semua tahanan tanpa bicara dengan serta merta tanpa sebarang syarat.

6. Pulihkan sistem dan Institusi Perundangan dan Kehakiman secara telus. Perlantikan Hakim mestilah Bebas. Kita menuntut semua orang yang terlibat dalam memanipulasi sistem kehakiman seperti yang dinyatakan dalam Laporan Royal Commission pita video VK Lingam didakwa.

7. Menuntut PSM didaftarkan dengan segera dan Hak Perlembagaan Perkara 10Kebebasan Berpersatuan dihormati. Kesatuan sekerja juga mesti diberikan hak pendaftaran secara automatik.

8. Kerajaan mansuhkan penggunaan Akta Darurat 1969 untuk mengusir dan mencabul hak perumahan. Sediakan rumah selesa atau tanah dan mampu dibeli oleh peneroka bandar, masyarakat ladang dan masyarakat lain yang berpendapatan rendah. Kerajaan juga harus rombak balik PPRT supaya tujuan asalnya tercapai. Kerajaan Tempatan juga harus selenggarakan semua rumah pangsa kos rendah dan bukannya menyerahkan kepada pihak pemaju. Kami juga mendesak kuota rumah yang diberi kepada ADUN dan wakil rakyat dalam peruntukan rumah harus dimansuhkan.

9. Keuntungan dari sumber minyak negara dimiliknegarakan sepenuhnya dan dikembalikan kepada rakyat dan digunakan untuk projek rakyat seperti kemudahan kesihatan dan pendidikan percuma. Pendapatan minyak patut diumumkan kepada rakyat dan digunakan untuk kebajikan rakyat.

10. PSM mengutuk segala cubaan kuasa-kuasa imperialis yang mengugat kestabilan pemerintahan pro-rakyat di Venezuela dan Bolivia, serta menyokong perjuangan rakyat di seluruh dunia menentang ancaman sistem kapitalis.

11. Kerajaan mesti hentikan Projek Latihan Khidmat Negara (PLKN) kerana projek tersebut penuh dengan kontroversi dan dilaskanakan secara tergesa-gesa.

12. Kerajaan kembalikan pengunaan bahasa ibunda dalam pengajaran Sains dan Maths di sekolah jenis kebangsaan.

13. Kerajaan mesti menghentikan segala langkah penswastaan perkhidmatan kesihatan dan menyekat serta-merta pembinaan Hospital Swasta. Jangan memperniagakan nyawa rakyat.

14. Projek angkasawan patut dibatalkan kerana ia membazirkan wang dan lebih satu propaganda murah daripada satu projek sains yang serius.

15. Menuntut hak kebebasan beragama dihormati. Hentikan segala perobohan tempatan beribadat secara paksa

16. Menuntut krisis keselamatan rakyat di atasi dengan seruis. Menuntut pihak polis berpendirian tidak berat sebelah dalam sebarang konflik antara rakyat dengan pihak pemaju, koprat atau kerajaan. Mendesak IPCMC dilaksanakan dengan serta merta untuk mengatasi masalah salahguna kuasa dalam pasukan polis

17. Rombak semula mekanisme pemberian pencen SOCSO supaya pekerja yang ditimpa kemalangan dapat dilindungi sepenuhnya. Kerajaan juga harus melindungi hak warga emas.

18. Kerajaan harus sediakan pendidikan percuma sehingga ke tahap universiti

19. Mansuhkan segala sistem kuota berdasarkan perkauman dan gantikan dengan dasar mengikut keperluan rakyat

20. PSM menuntut kerajaan meminda segala undang-undang yang menindas pekerja migran dan memastikan pekerja migran tidak didiskriminasi atau diseksa dan Kerajaan mesti memastikan kesejahteraan dan keselamatan mereka sentiasa dilindungi

21. Segala langkah perlu diambil serta merta untuk menyelamatkan alam sekitar dan bumi kita untuk mengatasi

UCAPAN DASAR oleh PENGERUSI PSMANTARABANGSA

Pergolakan yang timbul pada tahun 2007 masih wujud dan tenat khususnya tentang masalah kuasa besar cuba menakluki negara yang lemah menggunakan senjata keamanan seperti WTO, FTA, IMF, World Bank dan sebagainya. Peperangan diwujudkan untuk merampas kuasa dan sumber bumi. Perjuangan Sosialisma di Amerika Latin tetap membara dan menjadi inspirasi pada Sosialis di seluruh dunia.Nepal memulakan era baru dengan golongan Maois menerajui pemerintahan negara Nepal berjaya menggulingkan raja dan konco feudalnya.

PILIHANRAYAKejayaan Barisan Alternatif P i l i h a n r a y a 2 0 0 8 t e l a h menonjo lkan kuasa rakyat dan harus diperkasakan lagi. Memandangkan kekalahan ini akan pupuskan BN untuk selama- lamanya khususnya UMNO akan menggunakan segala kuasa yang ada untuk mengembalikan kuasa ini. Justeru itu isu kaum dan agama akan diapi-apikan.

PAKATAN RAKYATNama baru disabitkan dengan era baru dengan harapan bahawa apa yang dilakukan adalah berbeza dengan yang lalu. Malangnya pentadbiran dan pengagihan kerja berkisar pada kuota parti yang berjaya dan mengikut kuota kaum.

Haluan PR pada masa in i adalah dipersimpangan. Adakah ia berkisar pada melicinkan dan mengukuhkan lagi sistem kapital isma atau adakah ia akan mengambil posisi yang kiri membela hak rakyat.

PERUBAHAN IKLIM

Perubahan ini bukanlah suatu kejadian alam semulajadi tetapi atas tindakan manusia yang tidak bertanggungjawab dan tidak berperikemanusiaan.Ianya berkaitan rapat dengan kerakusan mengejar keuntungan dan kuasa iaitu: menghabiskan sumber bumi seperti minyak, meratakan tanah, menghancurkan hutan rimba untuk pembalakan dan membelakangkan orang asal.

KRISIS MAKANANKrisis ini berkaitan rapat dengan dasar yang mengagungkan dunia perindustrian dan mengorbankan dunia pertanian dengan harapan bahawa import makanan dapat menampung untuk keperluan rakyat.

POST PAKATAN RAKYAT Hala tuju yang tidak jelas yang berpaut pada sistem yang berunsurkan penindasan bagi mengejar keuntungan yang maksima. Sistem ini pada dasarnya mendorong pada penggunaan kaum dan agama bagi mengatur dasar pembangunan negara. Sifat berjinak pada sistem kapi ta l is akan munculkan era pemerintahan yang pada mulanya berbentuk liberal,

diikuti dengan era cogankata dan diakhiri dengan pemerintahan kuku besi.

SOSIALIS KUASA KETIGAJelas bahawa si fat Sosial is mempertikaikan sistem kapitalis dan t un tu tannya t e rhadap perubahan secara menyeluruh akan menimbulkan pelbagai percanggahan dan penentangan dari semua pihak yang mengamal atau berjinak dengan sistem kapitalis.

KRISIS EKONOMILazimnya krisis seperti ini akan menimbulkan pelbagai masalah termasuk krisis politik, sosial dan kepimpinan. Pada saat genting seperti ini sumbangan dan gerakan sosial is amat pent ing untuk menunjukkan jalan penyelesaian dan hala tuju negara.

PARTI SELEPAS PILIHANRAYA

Kejayaan PSM dalam pilihanraya ini mengundang pelbagai cadangan untuk mendekati diri pada rakyat. Soa l an tara re fo rmas i dan revolusi akan terus dibincangkan. Disamping itu bagaimana PSM

LAPORAN SUA PEDAS BERISIKemenangan ini memang menolong parti mengembangkan pengaruh dan membina lebih ruang. Namun demikian terdapat juga kini cabaran baru dikalangan segelintir parti yang mahu meminggirkan PSM dan pengaruhnya. Sesetengah pihak mengambil kesempatan terhadap PSM yang belum mendapat pendaftaran dengan membuli dan meminggirkan politik kita.

Namun PSM dan kaum sosialis bukannya satu parti yang boleh dimain guli mahupun dibuli. Wakil rakyat Pilihan PSM terus menonjol dan terus menunjukkan kita adalah berbeza. Mungkin MP Sabah dan Sarawak, termasuk Ezam boleh dibeli dengan wang dan kuasa. Namun perjuangan PSM adalah perjuangan ideologi yang berpaksikan perjuangan kelas. Perjuangan Agung ini tidak boleh dicemari oleh mana-mana pihak. PSM berazam membina kuasa rakyat supaya rakyat dan kaum pekerja menjadi pemerintah satu hari nanti.

Suasana politik hari ini agak berbeza. Kita harus meneliti strategi kita. Kemenangan Pakatan Rakyat adalah kemenangan rakyat biasa yang mahukan perubahan. Kita tidak boleh membelakangan kemenangan ini. Kita harus membina kuasa rakyat supaya rakyat biasa dapat menikmati hasil usaha dan buruh mereka.

Bahasa yang kita gunakan, jalan yang kita ambil, konflik kelas yang kita utarakan masih relevan. PSM dan fron-fron PSM mungkin berehat seketika setelah pilihanraya yang baru lepas. Namun krisis makanan dunia, kenaikan harga petrol dan barangan asas akan meruncingkan lagi konflik kelas.

Kita harus bersama Pakatan Rakyat membela kaum pekerja menentang Kaum Kapitalis dan BN. Tetapi jika Pakatan Rakyat membelakangan ketuanan rakyat, maka perjuangan kita mesti menunjukkan siapa itu Tuan sebenarnya.

5 cabaran setahun lagi Adakah Pakatan Rakyat d a p a t b e r t a h a n a t a u

mampukah ia mengambil alih Kerajaan Persekutuan ? Adakah Badawi akan diturunkan atau terus menjadi P e r d a n a M e n t e r i ?

Mungkinkah berlaku rusuhan perkauman atau BN mengistiharkan darurat ? Krisis makanan dan kesannya ke atas ekonomi

dan pekerja negara ini. Adakah PSM akan diberi pendaftaran ?

dapat memikat hati dan minda rakyat (hearts and minds) hingga rakyat sendiri menerima hakikat bahawa Sosialisma itu adalah benar dan menjadi pilihan utama dalam kehidupan mereka. Semoga semangat Sosialisma tetap kental dan sentiasa m e n y a h u t C a b a r a n y a n g mendatang.

Page 8: Sosialis (Ogos 2008)

8 DUN KOTA DAMANSARA Sosialis Ogos 2008

100 Hari Pertama Dr. Nasir di Kota DamansaraSejak 8hb.Mac, 2008, Dr. Nasir Hashim, ADUN Parti Sosialis Malaysia (PSM) telah turun padang dengan serta merta menyelesaikan masalah rakyat. Semua isu dan masalah yang dinotakan semasa kempen pilihanraya, beliau telah berusaha sebanyak yang mungkin untuk menyelesaikannya selama 100 hari yang pertama ini.

Ramai ahli politik dikatakan telah berubah selepas Pilihanraya. Antara rungutan adalah tidak mahu jawab panggilan telefon, berlagak dan angkuh. Dr. Nasir masih biasa. Beliau masih berjalan dengan selipar dan sentiasa boleh didampingi rakyat.

Berikut adalah beberapa pencapaian dan aktiviti Dr. Nasir Hashim sejak pilihanraya.Isu Banjir Kg.Baru Sg.Buloh Sesi dialog dengan penduduk dan lawatan kawasan untuk kenalpasti masalah banjir di sekitar Kg.Baru dikaji. Melalui beberapa mesyuarat dengan MBSA, kerja-kerja pembersihan kecil dibuat dan dapat dilaksanakan.Pihak JPS telah memaklumkan bahawa kerja pembersihan dan pembesaran longkang dan sungai utama akan diluluskan dan tender sudah dikeluarkan.

Dr. Nasir juga telah berusaha mengadakan perjumpaan bersama tuanpunya kilang haram yang didapati telah membina kilangnya ke atas rezab sungai dan longkang yang mengakibatkan banjir kilat. Selain daripada itu, melalui campurtangan PSM juga, isu takung najis IWK dapat diselesaikan di Kg. Bersatu dan Kg.Baru Sg.Buloh.

Pasar Pekan Subang akan dibina dalam masa 10 bulanProjek pembinaan Pasar Baru yang terbengkalai selama 2 tahun, kini berjaya dimulakan semula. Pemaju projek Sri Gaya dalam suatu mesyuarat pada 19hb. Jun 2008 berjanji akan membina blok pasar dalam masa 10 bulan, dijangka siap pada April, 2009. Dr. Nasir juga berjaya mendapatkan pihak MBSA untuk mengambil alih penyelenggaran pasar sementara dan diharapkan dengan pengambil alih pasar oleh MBSA maka kadar sewa akan dikurangkan dan penjaja dapat berniaga tanpa masalah”

Penjaja Luar Pasar dan Penjaja Pasar Malam Pekan Subang akan mendapat LesenSuatu lagi kejayaan yang diusahakan oleh Dr. Nasir ialah berjaya mendapatkan lesen untuk penjaja barang kering seramai 115 orang dan penjaja pasar malam, yang selama beberapa tahun dinafikan lesen berniaga di Pekan Subang.“Kami telah berniaga selama lebih 10 tahun, setiap kali kita pohon lesen,ianya ditolak” kata wakil Persatuan Penjaja En.Syed. Melalui satu mesyuarat yang dihadiri oleh Dr. Nasir pada Jun 2008, En.Rosli Pengarah Perlesenan MBSA berjanji akan melesenkan semua peniaga dalam masa 2 bulan ini.

Mesyuarat setiap dua minggu di MBPJ dipengerusikan oleh Dr. NasirDr. Nasir, sebaik sahaja perlantikkannya berjaya mendapatkan pihak MBPJ untuk mengadakan mesyuarat setiap dua minggu bersama beliau. Dr. Nasir akan hantar satu senarai agenda yang ingin dibincangkan, terutamanya masalah penduduk setempat, Pihak MBPJ akan bertindak terus untuk melaksanakan kerja-kerja dan membuat laporan terperinci semasa mesyuarat tersebut. Mesyuarat ini amat berhasil bagi menangani masalah setempat yang dapat

Pembinaan Hypermarket Carrefour dikawasan perumahan dihentikanSetelah mendengar rungutan masyarakat setempat, terutamanya penduduk D’Villa dan penduduk Gugusan Dedap, Seksyen 11 Kota Damansara, Nasir telah mencadangkan supaya penduduk melancarkan suatu demonstrasi didepan tapak pembinaan Carrefour itu. Sejak demonstrasi itu, isu pembinaan Carrefour yang tidak bertanggungjawab berhampiran dengan rumah penduduk mendapat perhatian ramai. Desakan para penduduk dan PSM dapat memaksa pihak MBPJ mengeluarkan suatu notis berhenti kerja kepada pemaju tersebut. Sehingga hari ini, projek Carrefour masih terhenti, Dalam mesyuarat terakhir bersama Exco Kerajaan Tempatan, Ronnie Liu, pihak Carrefour sendiri telah mencadangkan bahawa hypermarket boleh dibina disuatu tempat yang lain.Kes Carrefour Seksyen 11 Kota Damansara ini telah mencetuskan suatu era baru dalam konsep pembangunan di Kota Damansara dimana kini ditetapkan bahawa semua projek pembangunan yang berlaku harus mendapat persetujuan penduduk sekeliling terlebih dahulu sepertimana yang diperuntukkan dibawah Local Agenda 21.

Isu Hutan Simpanan Kota Damansara dan pembinaan kubur berhampiran rumah penduduk.Dr. Nasir tetap dengan pendiriannya untuk mengekalkan Hutan Simpanan tersebut. Beliau berjaya membawa isu ini kepada keperhatian Exco Alam Sekitar, Elizabeth Wong. Selepas perjumpaan tersebut, Kerajaan Negeri telah berjanji akan mengekalkan semua hutan simpanan dan tiada projek akan dilaksanakan selain daripada kawasan 50 ekar kubur tersebut. Semua perancangan lain di Hutan Simpanan

M a s a l a h L i f P P R T, Seksyen 8 Perkara ini amat menyusahkan penduduk setempat. Setelah desakan berterusan Dr. Nasir dan PSM, kini pihak MBPJ telah memastikan bahawa sekurang-kurangnya satu lif berjalan setiap blok, Walaupun Dr. Nasir telah meminta agar semua lif diperbaiki, tetapi kos pembaik pulihan tersebut adalah tinggi.

Selain daripada lif, Dr. Nasir juga telah mengadu mengenai unit rumah kosong di PPRT yang terbiar dalam keadaan yang sungguh teruk, Rumah kosong ini menjadi tempat pembuangan sampah pula. Apabila kita ada ramai golongan berpendapatan rendah yang memerlukan tempat kediaman, tetapi di PPRT ini terdapat banyak unit rumah yang kosong dan terbiar, kenapa keadaan ini berlaku? “Ini berpunca daripada isu penyelengaraan, iaitu apabila rakyat melihat lif tidak berfungsi serta keadaan rumah yang terb iar dan dipenuhi sampah, mereka tidak ingin mendudukinya walaupun ditawarkan kepada mereka” . Pihak MBPJ berjanji akan memperbaiki semua rumah yang sudah ada pemohonnya dengan kadar yang segera,

Isu perumahan Rumah panjang Kg.BungarayaSejak tahun 1994, seramai 70 lebih keluarga rumah panjang menunggu tempat kediaman yang dijanjikan oleh pemaju, Pemaju Unique Creations sepatutnya menyediakan rumah pada tahun 1996, tetapi projek tersebut terbengkalai. Dr. Nasir amat terkilan melihat para penduduk menduduki rumah panjang tersebut,yang sepatutnya sementara tetapi kini sudahpun 14 tahun. Dr. Nasir telah adakan mesyuarat bersama Dato’Bandar dan pemaju, Oleh kerana pemaju te rsebu t bankrup t ,maka Dr. Nas i r ing in mencar i penempatan di projek lain yang

Pembuangan tanah merata tempat dihentikanAkibat daripada projek Penebatan Banjir dekat Lapangan Subang Terminal 3 yang dijalankan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran, sebanyak lebih 1000 lori telah memungut tanah daripada projek ini dan mencampakkanya di merata tempat di sekitar Kota Damansara setiap hari. Dr. Nasir telah mengadakan mesyuarat bersama kontraktor projek tersebut Wijaya dan wakil Jabatan Pengairan dan Saliran Ir.Ng. Selepas menunjukkan kawasan-kawasan pembuangan tanah, Jabatan Pengairan Saliran dengan segera mengarahkan notis berhenti kerja kepada semua lori selama satu hari sehingga tapak pembuangan yang sah dilselaraskan.Hasil daripada tindakan ini, kini pungutan dan pembuangan tanah dari projek penebatan tersebut tidak lagi dilakukan sekitar kawasan pekan Subang, Kg.Melayu dan Kota Damansara. Wijaya juga berjanji akan memperbaiki semua jalanraya yang rosak akibat perjalanan lori yang keluar masuk daripada tapak projek tersebut.

Masalah kekurangan Balai Polis di Kota DamansaraADUN Kota Damansara telah mengadakan pertemuan dengan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Tuan Aljunaidi, membincangkan kejadian jenayah yang semakin meningkat di Kota Damansara. Tuan Aljuanaidi memberitahu bahawa, polis masih kekurangan kakitangan di sekitar Kota Damansara. Dr. Nasir telah mengadakan mesyuarat lanjutan dengan pihak PKNS untuk mendapatkan tapak yang sesuai. Pihak PKNS telahpun mengenalpasti suatu lot dan akan berkerjasama untuk meluluskan status tanah tersebut untuk pengunaan balai polis,

Pangsapuri Melati,Ara damansara, isu gegaranPSM telah menerima banyak aduan mengenai kejadian gegaran yang kerap di rumah pangsa Pangsapuri Melati di Ara Damansara. Pihak MBPJ telah mengadakan beberapa kajian geosains untuk menentukan punca gegaran ini. Masalah ini akan terus dipantau untuk mengenalpasti sebab sebenar kejadian gegeran tersebut,

Isu Gerai Penjaja Kecil Seksyen 6 dan Seksyen 7 Kota DamansaraSebagai suatu program penempatan semula para penjaja kecil, pihak MBPJ telah mendapatkan kerjasama pihak PKNS dan SIC untuk membina gerai dan menjualnya kepada peniaga tersebut, Malangnya kos gerai yang ditawarkan kepada penjaja ialah terlalu tinggi iaitu RM 58,000. Pihak MBPJ juga telah mengurangkan kos ini kepada RM 53,000 tetapi perjanjian jual beli asal masih pada harga RM 58,000 dan para pembeli terpaksa membayar ansuran bank mengikut harga itu. Dr. Nasir dan PSM telah mengadakan mesyuarat khas dengan PKNS dan SIC. Beliau telah memberitahu bahawa perjanjian patut dipinda ke harga baru RN 53,000. Dr. Nasir juga telah memperolehi pecahan kos pembinaan gerai tersebut dari SIC, Beliau akan mengkaji bagaimana, kos gerai dapat diturunkan agar ianya mampu dibeli oleh peniaga kecil.

Berusaha untuk mengekalkan Tasik Puncak Nusa, Ara Damansara, Berikutan dengan tindakan pemaju untuk mengeringkan tasik di projek Puncak Nusa, rakyat telah menyuarakan bantahan mereka yang ingin mengekalkan tasik tersebut untuk rekreasi. Dr. Nasir telah mengarahkan pemaju tersebut untuk mengadakan suatu sesi penerangan kepada para penduduk persekitaraan sebelum melaksanakan projek itu. Sesi penerangan Berjaya diadakan oleh pemaju Dr. Nasir juga telah mengatur suatu mesyuarat susulan di MBPJ membolehkan para penduduk menyuarakan bantahan mereka terus kepada pegawai MBPJ yang terlibat.Inilah serba sedikit kerja Dr. Nasir dan PSM di Kota Damansara , dari banjir ke longkang, padang bola ke Tasik, hutan ke Pusat Membeli belah.

berhampiran. Projek Juta Permai merupakan satu alternatif yang baik bagi penduduk. Dr. Nasir berharap dengan kerjasama pihak bank dan Kerajaan Negeri, maka semua penduduk Kg.Bungaraya Rumah Panjang dapat ditempatkan di rumah baru mereka dengan segera.

Padang Bola Seksyen 7Setelah melawat padang tersebut beberapa kali, Nasir telah utarakan cadangan membaikpulih padang tersebut kepada pihak MBPJ. Dalam suatu mesyuarat pada bulan Mei 2008, pihak MBPJ telah bersetuju untuk membaikpulih jika terdapatnya peruntukkan. Dr. Nasir juga telah mendesak agar projek pembaikpulihan Padang Seksyen 7 ini didahulukan kerana ianya merupakan suatu tempat yang popular dikalangan anak muda. Oleh kerana padang ini digunakan setiap hari,maka kita perlu menjaga dan menbaikpulihnya. MBPJ berjanji akan memperuntukkan bajet tahun 2009 untuk kerja tersebut.

Lesen perniagaan Kilang Plastik akan ditarikKilang plastic yang telah bermaharajalela di Seksyen 7 kini akan menemui ajalnya. Kilang ini langsung tidak bertanggungjawab dan meletakkan baranganya di merata tempat di jalanraya dan didua buah lot tanah di luar kilangnya. Surau yang berhampiran juga mengalami masalah akibat bunyi bising dan masalah debu, Walaupun pihak MBPJ telah mengeluarkan pelbagai notis amaran, tetapi tuanpunya kilang tersebut tidak menghiraukannya. Nasir mendesak agar tindakan yang lebih keras harus diambil terhadap kilang ini yang begitu angkuh dan tidak mempertimbangkan kebajikan penduduk sekeliling dan surau. Dalam mesyuarat MBPJ memberi kepastian bahawa lesen perniagaan kilang tersebut akan dibatalkan,

tersebut akan dibatalkan, Dr. Nasir juga membangkitkan aduan daripada penduduk bahawa tapak pembinaan kubur tersebut terlalu hampir dengan rumah. Melalui perbincangan Dr. Nasir dengan MBPJ, beliau berjaya mendapatkan pemaju menambahkan ‘buffer zone ‘ di antara rumah penduduk dan kubur. PKNS akan menbaikpulih r u m a h p a n g s a ko s rendah Dr. Nasir telah mengadakan suatu mesyuarat khas bersama P K N S m e m b i n c a n g k a n masalah yang dihadapi oleh penduduk rumah pangsa kos rendah terutamanya di Seksyen 7, 6 dan 4 Kota Damansara Pihak PKNS telah memaklumkan bahawa para penduduk masih gagal membayar bayaran penyelengaraan sebanyak RM 20 sebulan dan Amaun tertunggak kini adalah RM 118,300”. Nasir menerangkan bahawa para penduduk enggan membayar kerana PKNS gagal membuat kerja penyelengaraan dengan memuaskan, Blok blok tidak di cat dan wujud banyak masalah lain, Dr. Nasir mencadangkan bahawa PKNS seharusnya memberikan kepastian bahawa semua blok rumah pangsa akan dicat dan dibaikpulih,

Page 9: Sosialis (Ogos 2008)

Sosialis Ogos 2008 PARLIMEN SG. SIPUT 9

PENTADBIRAN ALA SOSIALIS DI SG. SIPUT

Kepimpinan parti telah merangka satu pelan t indakan untuk mewujudkan satu pentadbiran ala sosialis di bumi Sg Siput di mana semua isu rakyat yang dianggap mustahil semasa pimpinan BN harus diselesaikan dan kerja-kerja untuk mereal isasikan misi perjuangan ini sudah pun dimulakan sejak pilihanraya tamat.

Sehingga ke hari ini, bilangan kes yang dibawa ke bilik gerakan PSM Sungai Siput sejak pilihanraya umum sudah hampir mencecah angka 350. Jumlah kes pada hari pertama sahaja sudah mencecah angka 80. Walaupun kebanyakan isu yang dibawa ialah kes persendirian yang melibatkan kebajikan, SOCSO, kad pengenalan maka timbul persoalan adakah penyelesaian isu persendirian merupakan kerja kita? Namun, kami di parti berpendirian bahawa penglibatan dalam penyelesaian isu-isu rakyat walaupun sekecil mana pun mampu membongkarkan struktur masyarakat di dalam sistem kapitalisma dan memberi satu pengajaran pratikal yang sedar kepada masyarakat akan kepincangan sistem itu sendiri.Selain i tu, satu rut in yang melibatkan ahli Parlimen ialah siri lawatan ke semua kawasan rakyat. Sehingga hari ini, sudah lebih 25 kawasan dilawat. Selain mengucapkan terima kasih dan memberi nombor telefon Dr.Kumar dan ahli parti, kami juga mengambil kesempatan untuk melihat isu umum di sesuatu kawasan kecil seperti kampung dan peniaga pasar. Melalui siri lawatan inilah kami telah menubuhkan dua jawatankuasa pasar-pasar di Sg Siput dan mendapat rakan-rakan dar i pe lbagai kaum untuk mewujudkan rangkaian masyarakat di kampung dan Kampung Baru. Rancangan yang ditekankan ialah semua kawasan di Sg Siput harus mempunyai wakil dari bilik gerakan PSM.

1 . S k i m P e r u m a h a n dan Pro jek Ekonomi untuk lapisan miskin di desa. Kerajaan BN telah memulakan 5 sk im d i kawasan pedalaman Sg Siput untuk menempatkan petani yang tiada tanah sendiri dan dijanjikan rumah PPRT (Projek Perumahan Rumah Termiskin) serta b e b e r a p a e k a r t a n a h perladangan untuk setiap keluarga. Namun di semua skim ini, janj i memberi tanah untuk ekonomi tidak ditunaikan. Rumah yang baru diberikan setahun lalu pun sudah mula meretak dan bocor. Masih ada kampung yang tiada bekalan elektrik sehingga sekarang. Kini PSM dalam proses merangka penyelesaikan kepada isu ini.2. Menyelesaikan isu P e n e r o k a B a n d a r d i kawasan Sg Siput. Empat kawasan te lah diduduki oleh peneroka bandar merupakan tanah kerajaan iaitu Simpang Tiga, Belakang Shin Chung, Kg Veerasamy dan KTM,Sg Buloh. Kini atas usaha PSM, tanah alternatif dicari untuk penempatan semula kawasan-kawasan ini.

3. Merampas kembali semua Hak untuk Orang Asli Sg Siput. Masyarakat orang asli merupakan komuniti paling terpinggir dan tertindas di bumi Malaysia. Terdapat lebih kurang 50 penempatan orang asli di Sg Siput. Satu siri lawatan telah dirancang dan beberapa kawasan sudahpun dilawat. PSM melibatkan pihak NGO yang arif dalam halehwal orang asli seperti Tijah dan Colin

untuk mengorganisasi masyarakat orang asli.

4. Penyelesian isu dengan Majlis Perbandaran Kuala Kangsar. Isu banjir telah menjadi isu hangat di Sg Siput kerana berlaku di banyak kawasan. Ini ditambah pula dengan musim hujan pada waktu ini.Dr Kumar dan ahli PSM telah melawat semua kawasan banjir dan didapati masalah perparitan dan sistem pembangunan tidak tersusun ialah punca utama. Kerja-kerja pembersihan longkang dan sebagainya telah dikontrakkan oleh MPKK kepada pihak swasta dan kebanyakan kerja masih tertangguh.

Selain ini, isu petani di kawasan Sg Siput, Khantan dan Tanah Hitam juga diperjuangkan di mana seperti biasa pemaju cuba mengusir keluar petani-petani di sini dan tindakan susulan telah dibuat termasuk menghalang pencerobohan dan membuat laporan polis.

Secara keseluruhannya, kerja-kerja perlaksanaan satu pentadbiran ala sosialis di bumi Sg Siput telah dimulakan dengan begi tu hebat . Dengan situasi politik yang juga nampaknya seperti berpihak kepada kita, tidak mustahil untuk PSM mewujudkan satu perubahan yang nyata di Sg Siput . Kita di Sg Siput mampu memberi satu pentadbiran contoh kepada kawasan lain. Pada ketika kita cuba menyelesaikan kepincangan struktur sosial dan ekonomi masyarakat tempatan, kita juga sedar akan tugas kita untuk memberikan analisa politik yang sedar kepada rakyat serta menyediakan saluran untuk mobilisasi rakyat semua kaum menentang sistem yang menindas mereka.

********

MPR DILANCAR DI SUNGAI SIPUTUntuk merealisasikan rancangan besar ini, Majlis Perunding Rakyat (MPR) telah diusahakan dan mesyuarat pertama MPR telah pun diadakan dengan kehadiran 120 orang delegasi dari 15 kawasan baru dan lama. Banyak isu telah dikongsi bersama oleh penduduk yang antaranya adalah pekerja ladang, peneroka bandar, petani, Peneroka FELDA, masyarakat orang asli dan kampung Baru.

Dalam mesyuarat tersebut, Dr. Kumar selaku wakil rakyat m e m b e n t a n g k a n k e p a d a rakyat apa yang diutarakan di Parlimen.

Para delegasi juga terkejut apabila mereka ditanya bagaimana membelanjakan wang pembangunan kerana

ini adalah kali pertama mereka diajak berbincang mengenai isu kewangan dan peruntukan. Kemudian para delegasi pula memberi cadangan untuk projek ibu tunggal, perpustakaan awam, sekolah dan tabung bencana.

Buletin mengenai pencapaian PSM Sg. Siput dalam tiga bahasa juga telah diedarkan.

Dengan adanya MPR ini, rakyat Sungai Siput terlibat dalam politik semasa dan tidak perlu tunggu setiap lima tahun untuk baru diajak berbincang mengenai masalah mereka.

Timbalan Speaker Dr. Kumar antara tiga MP terbaik di ParlimenDalam akhbar NST pada bulan Julai, Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar telah mengutuk tingkahlaku ahli-ahli Parlimen yang pada pandangan hanya mencari publisiti murah. Namun demikian, beliau telah memberi tabik kepada tiga orang ahli Parlimen yang pada pandangan beliau menjalankan tanggungjawab tanpa retorik kosong. Tiga orang ahli Parlimen tersebut yang dianggap sebagai yang terbaik adalah adalah Dr Jeyakumar Devaraj dari PSM, Mohd Puad Zarkashi dari Batu Pahat-BN dan Saifuddin Nasution Ismail dari

DR. KUMAR BERAKSI DI PARLIMEN

DR. KUMAR BERAKSI DI PARLIMENMENGENAI PEMBAZIRAN Malangnya di negara kita, perlaksanaan projek tidak begitu berkesan, dan berjuta-juta ringgit duit rakyat dibazirkan. Ke semua projek ini merupakan pembazi ran wang rakyat berjumlah berjuta-juta ringgit. Saya harap pihak berkenaan akan melaksanakan mekanisme yang berkesan yang dapat mengawal dan mengurangkan pembaziran wang rakyat.

MENGENAI KUASA

Terlalu banyak kuasa di tangan Menteri Sumber Asli. Saya terima hakikat bahawa kita memerlukan suatu rang undang-undang untuk mengawal bidang geologi, tetapi saya tidak selesa dengan bentuk rang undang yang dibentangkan di Dewan ini. Rang undang-undang di hadapan kita memberi terlalu banyak kuasa pada Menteri Sumber Asli dan ada kekurangan dalam “check and balance”. Bukan setakat ini sahaja, seorang ahli geologi yang dikenakan tindakan disiplin oleh Lembaga Geologi hanya boleh merayu kepada Menteri seperti diperuntukkan di bawah seksyen 48 yang menyatakan “keputusan Menteri - - - adalah muktamad dan tidak boleh dipersoalkan dalam mana-mana mahkamah”. Terlalu banyak kuasa ditumpukan pada Menteri Sumber Asli. Saya pohon “lets do it right the first time itself.”

KRISIS MINYAK DAN KEMELESETAN EKONOMI

Kenaikan harga minyak yang mendadak telah membawa kepada suatu situasi di mana

kemungkinan kemelesetan ekonomi dunia juga telah meningkat secara mendadak.

Kemungk inan kegawatan ekonomi amat t inggi pada takat ini. Tetapi saya tidak lihat sebarang rancangan kontingensi untuk menangani masalah-masalah rakyat sekiranya kemelesatan ekonomi berlaku. Kerajaan harus menyediakan suatu pelan terperinci untuk membantu rakyat biasa apabila berlakunya kegawatan.

Antara isu rakyat yang harus ditangani adalah masalah pekerja yang dibuang kerja tanpa sebarang pampasan kerana majikan mereka muflis, kesulitan pekerja yang dibuang kerja untuk mencari kerja baru, kesulitan pembeli rumah membiayai pinjaman bank dan kesulitan peniaga kecil membiayai pinjaman bank

KESIHATAN.Kenyataan-kenyataan PM be rka i t an Pe rkh idma tan Kesihatan amat bercanggah. Manakala perkembangan Perkh idmatan Perubatan Pelancongan tentu akanmempercepatkan penghijrahan doktor pakar ke hospi ta l swasta.

Hanya 30% daripada doktor pakar d i Malaysia masih berkhidmat dalam sektor awam manakala 75% daripada pesakit yang memerlukan rawatan dalam hospital datang ke hospital kerajaan. Jika kerajaan berhasrat meningkatkan kualiti rawatan perubatan untuk rakyat biasa, tindakan-tindakan yang berkesan harus dilaksanakan untuk mengurangkanpenghijrahan doktor pakar ke sektor swasta.

KONTRAK SOSIAL

Kontrak Sosial ini tidak direka oleh pemimpin Perikatan tersendiri. Fahaman seperti itu telah wujud sebelum Perikatan ditubuhkan. Sepu luh t ahun sebe lum Merdeka, dan jauh sebelum Perlembagaan Persekutuan digubal, gabungan AMCJA dan PUTERA telah menyediakan suatu Perlembagaan Rakyat. Ini telah berlaku pada tahun 1947.

P a d a p a n d a n g a n s a y a , persoalan di hadapan kita pada masa ini bukan isu keistimewaan Melayu dan Pribumi yang lain yang berdasarkan fakta fakta sejarah. Persoalan yang penting untuk kita menimbangkan ialah, adakah kaedah yang digunapakai untuk membasmi kem isk inan d i ka langan golongan yang terpinggir ini berkesan?

Kerajaan Perikatan dan Barisan Nasional selepasnya telah memakai kaedah memberi bantuan mengikut sasaran etnik untuk mengendalikan masalah kemiskinan di kalangan nasyarakat Melayu.

Gabungan AMCJA-Putera yang keluarkan Perlembagaan 1947 juga berazam membantu golongan miskin. Tetapi kaedah yang disyorkan oleh mereka ialah program mengikut kelas sosio-ekonomi dan bukan sasaran etnik.

Sejarah 50 tahun yang lalu telah membuktikan bahawa p e n d e k a t a n e t n i k a k a n membaw manfaat yang lebih untuk lapisan yang berada dalam kumpulan etnik yang disasarkan. Lapisan miskin dalam kumpulan etnik itu tidak menerima bantuan yang harus

Empat projek rakyat utama Parti Sosialis Malaysia Sg Siput pada masa kini ialah:

- Karthi

Page 10: Sosialis (Ogos 2008)

Sosialis Ogos 2008 NASIONAL 10

KRISIS MINYAK DUNIA ANTARA RETORIK DAN ISU SEBENARRakyat Malaysia telah dikejutkan pada 4 Jun 2008 apabila kerajaan Barisan Nasional mengumumkan kenaikan harga minyak sebanyak 78 sen. Ini merupakan satu peningkatan 40.6% daripada harga sebelum ini. Kenaikan ini berlanjutan jika dibanding dengan beberapa tahun ini. Petrol RM1.37 ke 2.70 (naik 97.1% sejak 2004), Diesel RM0.78 ke RM2.58

(naik 231% sejak 2004) dan Inflasi 3.8% (2007) ke 7.6% (2008)

Apabila Kerajaan Barisan Nasional meningkatkan harga minyak petrol, hampir keseluruhan rakyat Malaysia amat marah sekali. Mereka marah kerana tidak percaya bahawa Kerajaan akan mengambil tindakan sedrastik ini. Ada pula yang berhujah bahawa ini adalah dendam BN kepada rakyat Malaysia kerana tidak mengundi BN dalam pilihanraya yang lalu. Datuk Sri Anwar Ibrahim pula mendapat sokongan ramai apabila beliau berkata, jika hari ini kita memerintah, esok kita akan menurunkan harga minyak.

Walaupun isu harga minyak naik ini merupakan modal paling baik untuk kita menjatuhkan Kerajaan Badawi pada masa ini, namun demikian adalah wajar untuk kita memahami krisis kenaikan harga minyak ini bukan dari sudut emosi tetapi dari segi realiti.Apa yang fakta adalah kenaikan harga minyak ini telah mengakibatkan rakyat Malaysia menghadapi tekanan yang begitu tinggi dan sehingga inflasi rasmi dikatakan telah meningkat ke tahap yang paling tinggi dalam masa 26 tahun. Angka-angka tidak rasmi meletakkan inflasi kepada tahap yang lebih tinggi.

Kerajaan juga tidak mempunyai mekanisma untuk mengawal peningkatan harga barangan asas walaupun cuba membuat pelbagai kempen dan memberi subsidi dalam bentuk lain untuk meredakan kemarahan rakyat.

Harga minyak mentah dunia pada akhir tahun 2006 adalah US60 setong dan meningkat kepada US90 setong pada akhir tahun 2007. Pada tahun ini, ia melonjak melebihi US100 setong dan mencapai rekod angka US140 setong. Yang menghairankan adalah kenaikan ini tidak ada kena mengena dengan permintaan dan penawaran benar. Syarikat minyak boleh mendapat untung apabila harga dijual antara US 15 US20 setong minyak. Kajian juga menunjukkan bahawa kenaikan harga melebihi US45 setong minyak adalah tidak lojik dan bererti ada pihak yang mengaut keuntungan besar daripada krisis yang melanda dunia hari ini.

A n t a r a p i h a k - p i h a k y a n g dituduh adalah OPEC kerana mengeluarkan kurang minyak dan 5 syarikat gergasi minyak iaitu Exxon/Mobile, ChevronTexaco, ConocoPhillips, BP and Shell kerana peranan mereka tidak mahu membuat carian minyak di kawasan baru. Namun penjenayah sebenar adalah segelintir kecil pengspeku las i yang te lah membeli minyak dengan banyak sebagai sebahagian daripada perjudian mereka untuk mendapat keuntungan yang berlipatkali ganda.

F a k t o r - f a k t o r l a i n y a n g mengakibatkan harga minyak meningkat adalah pengeluaran minyak mentah lebih cepat daripada mencari kawasan baru, kos tinggi di kawsan pendalaman, faktor geo-politikal seperti perang di Timur Tengah dan gangguan penyaluran minyak kerana isu sabotaj, cuaca dan sebagainya.

Kita harus faham bahawa krisis minyak ini juga berlaku kerana sistem kapital is i tu sendiri . Siapakah puncanya? Namun demikian, Kerajaan Malaysia dan Badawi juga tidak boleh l a r i d a r i p a d a m e n g a m b i l tanggungjawab. Kerajaan Barisan Nasional yang mempratikkan Kapitalisma ini memberikan hakmilik penuh hasil minyak negara kita kepada Petronas. Maka hasil bumi petrol Malaysia dimonopoli oleh Petronas yang menikmati keuntungan. Manakala rakyat merana terpaksa beli petrol ikut harga pasaran dunia.

1. Petronas harus dimiliknegarakan dibawah kawalan dan tanggungjawab rakyat. Segala keuntungan Petronas mestilah terus masuk ke dana awam. Kerajaan perlu memaklumkan kepada rakyat segala penyata kewangan Petronas dan pengagihan keuntungan dijalankan secara telus.

2. Kebergantungan kepada kereta persendirian harus dikurangkan. Sistem pengangkutan awam yang komprehensif dilaksanakan dengan segera .3. Sistem pengangkutan awam diambil alih oleh Kerajaan dan tidak dikendalikan oleh swasta. Pengangkutan untuk kemudahan bukan untuk keuntungan.4. Sumber tenaga alternatif seperti sumber solar dan angin dikaji dan dilaksanakan dengan serius. 5. Oleh kerana kenaikan harga minyak memberi kesan yang menyeluruh, maka sumber pendapatan rakyat

harus di tambah. Akta Gaji Minima harus dilulus dan dilaksanakan dengan segera 6. Kemudahan asas rakyat, air, elektrik, kesihatan dan perumahan dikendalikan oleh Kerajaan. Semua

program penswastaan ditarik balik. Kawalan Kerajaan akan membenarkan kawalan terhadap kenaikan tariff agar tidak membebankan rakyat.

PENYELESAIAN YANG DISARAN PSM

PILIHANRAYA DAN SEJARAH AHLI MA-JLIS TEMPATAN

Sebelum 1965 ahli-ahli majlis-majlis tempatan dalam negara dipilih oleh rakyat melalui proses pilihanraya. Pilihanraya Majlis Tempatan diperkenalkan pada tahun 1952. Pada akhir 1955, sebelum Merdeka, Persekutuan Tanah Melayu mempunyai 250 Majlis Tempatan dan Luar Bandar yang dipilih sepenuhnya.

Signifikan pilihanraya Majlis Tempatan tersebut ialah ia merupakan langkah pertama bagi pilihanraya umum peringkat Majlis Perundangan Persekutuan yang diadakan pada 27 Julai 1955.

Pada 31 Ogos 1957, negara m e n c a p a i k e m e r d e k a a n d a n m e n g u a t k u a s a k a n Perlembagaan Persekutuan yang digubal oleh Suruhanjaya Lord Reid. Perlembagaan tersebut memperuntukkan pembentukan Majlis-majlis Tempatan mealui pilihanraya.

P i l i h a n r a y a u m u m 1 9 5 9 membuka ruang kepada rakyat memilih Majlis Tempatan untuk fungsi peringkat akar umbi.

P i l i hanraya Ma j l i s -ma j l i s Tempatan pula melonjakkan beberapa tokoh pemimpin akar umbi Front Sosialis seperti Tan Boon dan Hasnol Hadi sebagai YDP Maj l i s Perbandaran Melaka walaupun Kerajaan Negeri Melaka berada di bawah kepimpinan Ketua Menteri Perikatan Ghafar Baba.

Majlis Tempatan telah dibatalkan melalui peruntukkan Emergency (Suspension of Local Government Elections) Regulations 1965 iaitu satu peruntukkan yang digunakan atas nama darurat. Ketika itu Malaysia sedang menghadapi Konfrantasi dengan Indonesia, Selepas 1965 , ah l i -ah l i majlis tempatan cuma dilantik dikalangan ahli-ahli politikyang mewaki l i par t i yang memerintah diperingkat negeri. Dalam erti kata lainrakyat tidak lagi terlibat dalam proses membuat keputusan dan dasar sedangkanrakyatlah yang merupakan pembayar cukai dan hasil yang merupakan sumber danautama untuk satu-satu majlis

PAKATAN MESTI TUNJUK KEWIBAWAAN POLITIK DAN PULIHKAN PILIHANRAYA MAJLIS TEMPATAN

Parti Sosialis Malaysia (PSM) menyeru Kerajaan Pakatan rakyat memulihkan pilihanraya Kerajaan Tempatan di negeri-neger i yang d i tadb i r o leh Pakatan Rakyat. Walaupun terdapat sekatan pelaksanaan kerana perlu meminda undang-undang Persekutuan dan ini payah dilakukan kerana Barisan Nasional masih memerintah peringkat Persekutuan tetapi jika Kerajaan Pakatan rakyat mempunyai kewibawaan politik, ini boleh dilakukan.

PSM memandang positif tindakan Menteri Perak baru-baru ini yang melaksanakan pilihanraya di peringkat JK Kampung. Mesyuarat JK Pusat baru-baru ini mengambil keputusan untuk menyertai Ahli Majlis di negeri-negeri Pakatan R a k y a t s e b a g a i l a n g k a h sementara atau interim sehingga pilihanraya Majlis Tempatan dipulihkan sepenuhnya.

Di Negeri Selangor, tiga orang ahli PSM telah menjadi Ahli Majlis iaitu Komrad A.Sivarajan di Majlis Bandaraya Shah Alam, V.Selvam di Majlis Bandaraya Petaling Jaya dan S.Arutchelvan di Majlis Perbandaran Kajang. Mereka bertiga dimasukkan sebagai

ahli NGO dan tidak dimasukkan dalam kuota parti politik. Di negeri Perak pula, PSM Sungai Siput membuat bantahan dan menghantar memorandum kerana tidak diberikan sebarang kerusi Ahli Majlis di Majlis Kuala Kangsar walaupun PSM mempunyai rekod berkhidmat untuk rakyat yang paling cemerlang di Sungai Siput.

Terdapat juga banyak rungutan dari pelbagai pihak. Isu seperti Ahli Majlis dari luar kawasan, Ahli majlis lantikan yang tidak dikenali, kuota parti politik dan sebagainya telah mengeruhkan perlantikan Ahli Majlis pada kali ini. Justeru itu, keadaan dan keyakinan orang kepada Majlis Tempatan hanya akan pulih apabila rakyat sendiri memilih pemimpin atau wakil mereka. Dengan cara ini, kita tidak boleh menyalahkan mana-mana pihak termasuk kerajaan negeri kerana kini wakil dilantik terus oleh rakyat.

Ahl i Maj l is selain daripada me mbu a t u nd an g -un da n g tempatan juga adalah mereka y a n g p a l i n g d e k a t d a n berpengaruh dengan masyarakat setempat untuk menyelesaikan isu-isu seperti sampah, longkang,

rumput, lampu jalan dan jalanraya. Oleh yang demikian, Kerajaan Pakatan Rakyat mesti mencari jalan bagaimana mengadakan pilihanraya Majlis Tempatan dalam masa terdekat ini dan semestinya sebelum Pilihanraya umum yang akan datang.

During my childhood days in Seremban, I could still remember how much the Socialist Front meant to a lot of people especially the ‘working class’. They swept through almost every other municipal and town council elections, elections which we do not have now. I do remember as a child in primary school that it was the Socialist Front town councillors who made available drinking water and electricity for our village across the railway lines in Bukit Tembok, Seremban.

Richard Kamalanathan

Page 11: Sosialis (Ogos 2008)

Sosialis Ogos 2008 INTERNASIONAL 11

OBAMA Harapan baru atau omong kosong?Setiap 4 tahun, rakyat di sebuah empayar, yang bergelar Amerika Syarikat (AS), akan mengundi untuk memilih seorang Kaiser baru untuk menggantikan yang lama demi meneruskan perluasan kuasa empayar AS dan melindungi kepentingan syarikat gergasi multinasional. Tahun ini, pilihanraya presiden AS akan berlangsung sekali lagi di mana pengundi akan memilih pengganti untuk Presiden Bush yang telah dibenci hebat oleh majoriti rakyat, bukan sahaja di Amerika Syarikat(AS) malah di seluruh pelusuk dunia.

Tahun ini, persaingan untuk “takhta” Presiden AS nampaknya seakan-akan memberikan harapan baru untuk rakyat AS, apabila Barack Obama menang dalam pemilihan primer untuk menjadi calon Parti Demokratik. Barack Obama yang berkempen dengan slogan “Perubahan, kita boleh percayai padanya” (Change, We can believe in) seolah-olah telah menambat hati rakyat AS yang sudah cukup muak dengan dasar peperangan dan penghancuran sistem kebajikan yang dibawa oleh pemerintahan Bush. Ramai mengharapkan dan menjangkakan Obama akan menang dalam pilihanraya akhir tahun ini, sekaligus menjadi presiden berkulit hitam yang pertama di AS.

Bakal pencabar Obama, John McCain, calon Parti Republikan yang dikuasai puak konservatif merupakan seorang yang tidak jauh beza daripada Bush yang gilakan peperangan dan beria-ria untuk terus memeras rakyat miskin. Oleh itu, kekalahan McCain dalam pilihanraya yang akan datang melambangkan tamparan hebat kepada puak pelampau kanan yang cuba sedaya upaya untuk memperkukuhkan kuasa imperialis AS. Kemenangan McCain pula pasti akan menampakkan dasar ketamakan dan kezaliman imperialis Bush itu berterusan lagi untuk 4 tahun yang akan datang.

Obama telah berjanji untuk “mewujudkan politik berjenis baru”. Bagi ramai rakyat AS, Obama digambarkan sebagai harapan untuk keadaan hidup yang lebih baik dan masa hadapan yang lebih cerah.

Namun, semua harapan terhadap Obama besar kemungkinan hanya sekadar angan-angan. Obama memang terikat pada kepentingan kapitalis besar yang menyumbang wang dalam kempen pilihanrayanya. Berjuta-juta dollar dibelanjakan dalam pilihanraya Presiden dan menjadi mustahil untuk rakyat miskin mengutarakan agenda mereka dalam menuntut kebajikan mereka termasuklah kesihatan, perumahan dan sebagainya yang sudahpun diswastakan.

Walaupun sebahagian sumbangan kewangan kempen pilihanraya Obama datang daripada penderma kecil, Obama juga mengutip berjuta-juta dollar daripada golongan korporat yang mempunyai agenda untuk memaksimakan keuntungan melalui penghancurkan kehidupan rakyat akar umbi. Agen-agen daripada pihak korporat dan kapitalis besar melibatkan diri dalam perancangan kempen Obama. Sementara rakyat akar umbi bakal menyumbangkan undi untuk kemenangan Obama tetapi agen-agen daripada kelas elit pemerintah pula yang menentukan dasar-dasar Obama.

Politik Sebenar ObamaWalaupun Obama menekankan banyak isu berkenaan dengan rakyat biasa, tetapi timbulnya kebimbangan bahawa semua ini hanyalah omong-omong kosong kerana elit korporat gergasi di AS masih mempunyai pengaruh yang sangat kuat. Obama kelihatan berhaluan kiri (pro-rakyat) semasa pilihanraya primer Parti Demokratik, tetapi selepas memastikan tempatnya dalam pertandingan “takhta” presiden, Obama mula berpaling ke haluan kanan (pro-bisnes).

Obama membantah perang di Iraq, tetapi pada waktu yang sama juga mengatakan sekiranya menang akan menghantar tentera tambahan ke Afghanistan. Jelasnya Obama masih berjinak dengan kepentingan imperialis AS. Obama juga berjanji mengambil pendirian keras ke atas Iran, menyokong USD 30 billion disalurkan kepada Israel, menyokong bantuan ketenteraan AS kepada rejim Uribe yang zalim di Colombia dan mengatakan sekatan ekonomi ke atas Cuba (negara yang terkenal dengan sistem pendidikan dan kesihatan berkualiti yang percuma untuk semua rakyat) patut diteruskan.

Obama telahpun berkali-kali pada khalayak umum memuji (sampai memuja) kapitalisme AS, imperialism dan elit korporat, begitu juga dengan menyokong Akta Patriot (yang membenarkan penahanan tanpa bicara) dan pemantauan telefon oleh kerajaan AS.

Obama sememangnya bukan semacam tokoh politik AS berkulit hitam hebat (seperti Matin Luther King, Malcolm X, Rosa Parks) yang berasal daripada pergerakan hak sivil. Obama hanyalah seorang sentris (dalam kata lain, tiada pendirian politik yang tetap) yang berkecenderung untuk berpesong ke sana atau ke sini. Sepanjang kerjaya politiknya, Obama telah pun menunjukkan kebolehan dan keinginannya untuk menyesuaikan diri dengan institusi kuasa yang sedia ada dengan tidak mencabar ataupun cuba menggantikan apa jua sistem yang sedia ada.

Obama memang tidak boleh dibandingkan dengan tokoh hebat seperti Matin Luther King dan Eugene Debs (calon presiden AS pada tahun 1900 1920, yang pernah dipenjarakan oleh sebab membantah perang imperialis AS), kerana mereka berada pada kategori yang berlainan dan perbandingan sebegini hanya mencemar nama tokoh-tokoh yang telahpun meninggal ini. Oleh itu, adalah angan-angan kosong jika ada orang menganggap Obama adalah seorang tokoh progresif yang dapat mencabar sistem yang menyebelahi kelas korporat yang mementingkan

Siapa akan Menang?Pusingan akhir pilihanraya Presiden AS akan berlangsung pada bulan November ini, di mana kita akan menyaksikan pertarungan yang tidak kurang hebatnya antara dua orang calon yang sama-sama mewakili kepentingan elit korporat besar AS. Kita akan menyaksikan petarungan yang melibatkan penggunaan wang yang hebat. Kedua-dua calon Demokrat, Obama dan Clinton telah membelanjakan wang lebih daripada 200 juta dollar, manakala calon Republikan, McCain (yang tidak perlu membuat pertunjukan persaingan hebat seperti Obama dan Clinton) juga menghabiskan wang lebih daripada 78 juta dollar pada penghujung bulan April tahun ini.

Dalam pertarungan bipartisan kapitalis yang mendominasi politik AS, hanya akan menguntungkan kapitalis dan melicinkan sistem kapitalis yang memeras rakyat jelata. Siapakah yang akan menang pada bulan November ini? Bolehkah Obama menewaskan McCain? Tetapi hakikatnya, siapa menangpun, dasar imperialis AS yang menindas itu tetap akan diteruskan. Mungkin bezanya adalah, samaada kita mendapat imperialime yang berwajah hodoh yang diterajui oleh McCain, ataupun imperialisme yang berwajah sedikit “berkemanusiaan” yang dibawa oleh Obama.

Jangan kita lupa bahawa, rakyat jelata di dunia yang tiada hak untuk memilih Presiden AS terpaksa menanggung segala kehancuran daripada dasar imperialis AS. Pembebasan daripada penindasan imperialis hanya dapat dilakukan melalui kebangkitan dari bawah oleh pekerja, petani, kaum miskin kota dan rakyat tertindas.

Maoist gagal memerintah Nepal Perjuangan yang Belum Selesai

Selepas Parti Komunis Nepal (Maoist) (CPN-M) menang dalam pilihanraya pada bulan April dan sistem raja dimansuhkan, Republik Nepal yang baru lahir ini menampakkan perjuangan rakyat yang belum lagi selesai.

Cabaran terbaru yang dihadapi oleh kuasa rakyat Nepal adalah apabila Ram Baran Yadav, calon daripada Parti Kongres Nepal dipilih menjadi Presiden untuk negara republik yang baru ini. CPN-M yang memperoleh kerusi terbanyak dalam Perhimpunan Perlembagaan telah mengumumkan untuk tidak membentuk kerajaan baru, dan ini menjadikan CPN-M terus menjadi pembangkang.

CPN-M yang memenangi sebanyak 227 kerusi di Perhimpunan Perlembagaan Nepal, gagal untuk menjadikan calon mereka sebagai Presiden kerana satu lagi parti kiri yang lain Parti Komunis Nepal (Marxist-Leninist Bersatu)(CPN-UML) telah menyokong calon Kongres yang mewakili kepentingan golongan kapitalis. Akibat kegagalan CPN-M membentuk sebuah kerajaan berhaluan kiri, keadaan di Nepal akan menjadi rumit kerana kerajaan baru yang bersifat kapitalis pasti akan melaksanakan dasar-dasar yang mementingkan penguasaan golongan kapitalis ke atas negara tersebut.

Prachanda, Pengerusi CPN-M, berkata, “kami akan menentukan sokongan atau bantahan terhadap kerajaan baru bergantung pada kualiti atau kelakuan mereka.” Beliau juga memberi amaran bahawa adanya “bahaya besar untuk anti-revolusi yang mengagalkan negara Nepal”

“Adanya satu konspirasi reaksioner oleh kuasa luar selepas kami memenangi keyakinan dan kepercayaan ramai rakyat. Politik Nepal jelas menunjukkan bahaya besar untuk anti-revolusi.” Prachanda menyeru rakyat Nepal bersatu menentang konspirasi kuasa-kuasa luar.

Sememangnya kuasa-kuasa imperialis seperti US dan juga kuasa besar serantau seperti India, tidak menginginkan sebuah kerajaan yang anti-kapitalis dan anti-imperialis menghalang usaha mereka untuk terus merompak rakyat jelata.

Sekali lagi, Nepal di persimpangan jalan untuk melawan kuasa-kuasa imperialis, reaksioner, kapitalis dan neo-liberal dalam perjuangan untuk membebaskan negara pergunungan Himalaya ini daripada penindasan yang berterusan.

Page 12: Sosialis (Ogos 2008)

Sosialis Ogos 2008 12 PENDAFTARAN PSMSaya setuju daftarkan PSM Syed Ha-Setelah sepuluh tahun berjuang untuk mendaftarkan PSM melalui pelbagai perjuangan, aksi massa, kes mahkamah, kempen tempatan dan antarabangsa, akhirnya Kerajaan Barisan Nasional setuju untuk membenarkan pendaftaran PSM.

Keputusan menghairankan ini buat pertama kali diberitahu oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Syed Hamid Albar pada 4 Jun 2008 apabila beliau melalui email peribadinya menghantar satu email kepada Setiausaha Agung PSM bahawa, beliau setuju mendaftarkan PSM.

Pesanan email beliau menjadi semakin nyata apabila Menteri tersebut menghantar satu surat pada 16hb. Julai 2008, iaitu sehari sebelum kes Mahkamah Persekutuan PSM dan mengatakan bahawa PSM boleh mendaftar semula pendaftaran parti tersebut. Tindakan ini bererti, bahawa KDN yang sebelum ini mengatakan bahawa Permohonan Pendaftaran PSM terbatal dan keputusan ini adalah muktamad dalam surat mereka bertarikh

15 September 1999, kini telah mengambil langkah baru membenarkan pendaftaran Parti Sosialis Malaysia.

Syed Hamid Albar semasa ditemubual oleh media, mengatakan bahawa Kerajaan setuju untuk membenarkan pendaftaran PSM dan keputusan tersebut diambil seminggu yang lalu. Dalam temuramah yang sama, beliau mengatakan bahawa jika PSM boleh memenuhi semua kehendak Pendaftar Pertubuhan, beliau akan mendaftarkan parti tersebut tanpa sebarang sekatan. Beliau juga menambah bahawa, hanya Parti Komunis sahaja yang KDN tidak akan meluluskan.

Kenyataan Menteri ini jauh berbeza daripada affidavit di mahkamah pada tahun 2000 di mana KDN pada masa itu yang diketuai oleh Abdullah Ahmad Badawi mengatakan PSM adalah ancamam kepada Keselamatan Negara.

Kini PSM telah menghantar semula permohonan dan menanti Pendaftaran.

10 TAHUN BERJUANG UNTUK DAFTARKAN PSM….

Semasa membuat permohonan untuk Parti didaftarkan pada 30hb. April 1998, tidak ada Parti Keadilan Nasional pada masa itu dan gerakan reformasi masih belum bermula.

Namun PSM dimangsakan apabila pihak Pemerintah dibawa kuasa Dr. Mahathir Mohamad enggan mendaftarkan PSM. Dengan ini bermulanya, cabaran-cabaran baru. Tetapi yang paling serius adalah apabila kerajaan menolak pendaftaran parti dengan alasan PSM adalah ancaman kepada keselamatan negara. Pada 23/9/1999, PSM menerima satu surat bertarikh 15/9/1999 daripada Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri memaklumkan

bahawa rayuan parti kepada Menteri telah ditolak dan keputusan adalah muktamad. Dalam Afidavit yang dijawab oleh Kementerian Dalam Negeri Abdullah Ahmad Badawi, beliau menuduh PSM adalah ancaman kepada keselamatan negara setelah mengambilkira pandangan yang diberikan oleh Polis. Beliau juga menyatakankan bahawa beliau tidak boleh mendedahkannya kerana aspek kepentingan negara. Azmi Khalid pula pada tahun 1999 pula berpendapat pembatalan permohonan PSM adalah demi keamanan negara.

Tindakan tidak memberi pendaftaran kepada PSM adalah satu pencabulan hak demokrasi kami. Ia bercanggah dengan Deklarasi Hak Asasi Manusia, Perkara 2 dan 20, Perlembagaan Negara Perkara 10 : Kebebasan Asasi

PSM mengambil cabaran ini dan menjadi parti pertama dalam sejarah Malaysia menyaman Menteri dalam Negeri kerana gagal mendaftarkan PSM sebagai sebuah Parti Politik. Namun mahkamah Malaysia yang sering tercemar kerana “kebebasannya”turut memberi keputusan yang memihak kepada pemerintah. PSM gagal di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan dan kes tertangguh di Mahkamah Persekutuan pada 17 Jun 2008. Namun adalah pandangan yang salah, jika PSM mengharapkan mahkamah dapat menentukan masa depan PSM.

Kempen terkini membuahkan hasil. Pada 28hb. Mei 2008, PSM telah menghantar satu memorandum kepada Syed Hamid Albar, Menteri di Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Malaysia. Pada 4hb. Jun 2008, pihak kami telah menerima satu email dari Menteri ([email protected]) di mana dalam email tersebut, beliau bersetuju untuk membenarkan pendaftaran parti PSM dan melalui satu lagi email bertarikh 6hb. Jun 2008, Syed Hamid telah menulis, “ KDN akan menulis dan memaklumkan apa yang perlu Tuan lakukan untuk memuktamadkan pendaftaran parti Tuan.”

Pihak PSM kemudiannya telah menerima satu surat dari pihak KDN pada 16hb. Jun 2008 yang meminta PSM membuat pendaftaran semula dengan beberapa syarat. PSM kemudian telah mengarahkan Peguam PSM, Sdr. Tommy Thomas untuk meminta satu penangguhan perbicaraan kes di Mahkamah Persekutuan untuk membolehkan satu penyelesaian di luar mahkamah dilakukan .

Hari ini selepas 10 tahun, PSM masih berdiri megah, tetap teguh dan relevan dan disegani ramai. Bendera merah dibawa oleh kadre muda. Tshirt Lenin dan Che dipakai dengan tanggungjawab; lagu Internasionale bergema kembali dan genggaman tangan kiri menjadi simbol perjuangan dan penyatuan kelas. PSM terus menentang arus dalam misinya untuk mewujudkan sebuah masyarakat tanpa penindasan dan diskriminasi. Tugas ini tercabar dengan keadaan politik Negara yang diselubungi dengan politik perkauman dan agama manakala doktrin ideologi pasaran bebas pula menguasai kehidupan kita setiap saat.

EMAIL BERSEJARAH SYED HAMIDENTERI

—— Original Message ——From: [email protected]: Wednesday, June 4, 2008 9:35 amSubject: Re: Hantar Memorandum - 10 pagi 28 Mei 2008To: [email protected]> Tk k atas memo. Saya b setuju untk membenarkan pendaftaran parti > politik Tuan. T.Kasih. From: [email protected]: Thu, 05 Jun 2008 21:27:01 -0700To: <[email protected]>Subject: Re: Hantar Memorandum - 10 pagi 28 Mei 2008Terima Kasih Datuk Seri atas keputusan membenarkan pendaftaran parti PSM. Bagaimana kami proceed dengan keputusan ini. Sekian Terima kasihYang BenarDr. Nasir Hashim - Pengerusi ProtemS.Arutchelvan - Setiausaha ProtemFrom: [email protected]: Fri 6/6/2008 5:59 PMSubject: Re: Hantar Memorandum - 10 pagi 28 Mei 2008To: [email protected] akan menulis dan memaklumkan apa yang perlu Tuan lakukan untuk memuktamadkan pendaftaran parti Tuan. Sent via BlackBerry from

Kornologi keputusan terkini dari Syed hamid Albar

10-5-2008 Satu kempen Fax dilancarkan antara 10hb. Mei sehingga 23hb. Mei mendesak PSM didaftarkan. Lebih 50 organisasi tempatan menuntut Menteri dalam negeri mendaftarkan PSM 28-5-2008 - PSM hantar memorandum kepada Datuk Syed Hamid Albar, Menteri Dalam Negeri. Memorandum diterima oleh Encik Marzuki Zainudin, Timbalan Pendaftar Jabatan Pendaftaran Negara. .4-6-2008 - PSM terima email dari menteri dimana Menteri setuju daftarkan PSM.5-6-2008 SUA PSM Sdr. S.Arutchelvan bercakap dengan En. Marzuk, Puan Intan Yusniazura PA Datuk Syed Hamid yang mengesahkan email yang diterima adalah sahih. PSM hantar email balasan kepada Menteri untuk menanya bagaimana nak teruskan urusan pendaftaran. 6-6-2008 - Menteri balas email mengatakan KDN akan tulis surat untuk memuktamadkan pendafaran PSM 12-6-2008- PSM adakan pertemuan dengan Datuk Zaid Ibrahim yang mengatakan adalah keputusan kerajaan baru untuk membenarkan pendaftaran PSM13-6-2008 - Terima surat dari Pegawai khas Menteri, Muhamad Hanif Asaari yang mengatakan Menteri dalam proses memberi satu surat kepada PSM. 16-6-2008 -Muhamad Hanif suruh Sdr. Arutchelvan untuk ambil surat dari Puan Intan PA Menteri pada 17 Jun 200817-6-2008 - PSM terima surat ditandatangani oleh Menteri. PSM tangguh kes dimahkamah persekutuan

untuk membolehkan penyelesaian luar mahkamah dicapai.

Hakim setuju tangguh walaupun dibantah oleh Pejabat

Peguam Negara. Semua akhbar Nasional dan antarabangsa membuat liputan bahawa PSM setuju didaftarkan oleh kerajaan.19-6-2008 Mesyuarat tergempar JK Pusat diadakan25-6-2008- PSM buat pendaftaran baru di Pendaftar Pertubuhan Selangor

Di Malaysia, puak kiri hampir keseluruhannya dimusnahkan dengan penggunaan akta zalim ISA dan undang-undang lain. Dalam kemelut dan kehancuran ini, beberapa kumpulan telah datang bersama untuk membawa kembali obor agenda politik kelas dan ideologi sosialisme. Idea untuk menubuhkan sebuah parti politik Sosialis sudahpun bermula pada tahun 1991 tetapi tidak dapat bergerak. Ini juga adalah zaman dimana kebanyakan orang berminat untuk menubuhkan NGO daripada parti politik. Pada 1995, percubaan serius pertama dibuat untuk menubuhkan sebuah parti politik di rumah Dr. Nasir dimana mesyauarat dihadiri oleh lebihkurang 30 orang. Mesyuarat sebulat suara setuju untuk menubuhkan sebuah parti politik tetapi tidak dapat bersepakat untuk menamakan parti tersebut parti sosialis. Ia mengambil masa 3 tahun lagi apabila bahagian akar umbi dalam parti memutuskan untuk meneruskan dengan memakai nama Sosialis. Walaupun keputusan ini dibantah oleh golongan intelek dalam parti yang merasakan penggunaan nama sosialis akan membawa implikasi padah. Namun parti terus maju dengan nama Sosialis sebagai identiti utama.

Detik sejarah PSM ditubuhkan 10TAHUN lalu

PSM DAFTAR SEMULA DENGAN WAKIL 12 NEGERI

Satu daripada isu dan fitnah yang sering digunakan oleh Pemerintah untuk menafikan Pendaftaran PSM adalah PSM tidak mempunyai wakil dari 7 negeri untuk membolehkan parti tersebut mendapat Pendaftaran Peringkat Nasional. Ini adalah satu tuduhan yang tidak benar dan satu helah permintah untuk menafikan Pendaftaran PSM.

Oleh yang demikian, semasa PSM menyerahkan Borang Pendaftaran Baru pada 25hb. Jun 2008, PSM telah mengemukakan wakil Negeri dari 12 negeri walaupun yang diminta oleh Pendaftar pertubuhan hanya tujuh buah negeri. Hanya 2 negeri iaitu Sarawak dan Terengganu sahaja yang PSM masih belum membentuk Perwakilan Negeri buat masa kini.

Penyerahan semula PSM telah diketuai oleh Pengerusi PSM, Komrad Dr. Nasir Hashim dan Setiausaha Agung Sdr. S.Arutchelvan dimana Borang diserahkan di Jabatan Pendaftaran Negeri Selangor di MBSA, Shah Alam.

Kini ujian terletak di tangan Perdana Menteri Badawi samada beliau akan membenarkan pendaftaran seperti syor yang diberi oleh Menteri Dalam Negeri atau satu lagi mungkir janji akan berlaku.

TAK PERNAH KAMI AMPU MANA-MANA PIHAKSemasa Parti Sosialis Malaysia membuat pe di mana setiap warganegara mempunyai hak untuk

menubuhkan pertubuhan. Tindakan tidak mendaftarkan PSM adalah satu keputusan politik dan bukan pentadbiran kerana parti-parti dalam BN akan mendapat pendaftaran