SOLAT JAMAK DAN QASAR Disediakan oleh : En. Muhamad Muhaimi Bin Yazid
SOLAT JAMAK DAN QASARDisediakan oleh : En. Muhamad Muhaimi Bin Yazid
PENDAHULUAN
SOLAT merupakan ibadah yang paling penting kepada setiap muslim dan ia wajib dilaksanakan walau di manapun kita berada mengikut cara yang tertentu.
Dengan sifat Ar-Rahman & Ar-Rahim Allah taala, maka kita diberikan RUKHSAH (kelonggaran & kemudahan) apabila kita bermusafir.
PENGERTIAN RUKHSAH SOLAT Rukhsah Solat ialah :-
Kemudahan @ keringanan yang diberikan kepada orang yang bermusafir untuk menunaikan solat dengan cara QASAR dan JAMAK.
HUKUM :-Seorang yang bermusafir ke destinasi yang
jauh DIHARUSKAN menunaikan solat fardhu dengan secara Qasar dan Jamak atau kedua-duanya sekali.
RUKHSAH SOLAT
QASARQASAR &
JAMAKJAMAK
DALIL KEHARUSAN SOLAT QASAR & JAMAK
عن عمران بن حصين قال : غزوت مع رسول اللهوشهدت معه الفتح، فأقام بمكة ثماني عشرة ليلة ال
_ فإننا يصلي إال ركعتين، فيقول : ”يا أهل البدر صلوا أربعاقوم سفر“
(رواه أبو داود) Maksudnya : daripada umar bin husain berkata :
aku bersama Rasullullah, dan aku juga hadir bersama ketika permbukaan Kota Makkah. Baginda telah tinggal di Makkah selama 18 hari dan dengan hanya bersolat dua rakaat. Lalu baginda bersabda : “Wahai ahli Badar, solatlah kamu dengan empat rakaat (sempurna), kerana sesungguhnya kami semua adalah orang yang bermusafir.
(hadith riwayat Abu Dawud)
KEMUDAHAN SOLAT JAMAK & QASAR
Jamak dari segi BAHASA :- Himpunan atau kumpul.
Dari segi Istilah Syarak ialah :- Solat Jamak bermaksud, menghimpunkan dua solat
fardhu dalam satu waktu dengan syarat-syarat tertentu.
Qasar dari segi BAHASA :- Pendek dan ringkas
Dari segi Istilah Syarak ialah :- Solat Qasar bermaksud memendekkan solat empat
rakaan menjadi dua rakaat.
SYARAT-SYARAT PERJALANAN YANG DIHARUSKAN JAMAK & QASAR
Bermusafir bukan bertujuan MAKSIAT dan KEMUNGKARAN.
DESTINASI yang dituju melebihi 2 marhalah (90KM).
Mengetahui destinasi yang dituju.
PENGERTIAN SOLAT JAMAK TAQDIM DAN
SOLAT JAMAK TAKHIR.
JAMAK TAQDIM :-Menghimpunkan dua solat dalam waktu
PERTAMA iaitu menunaikan ZOHOR dengan ASAR di waktu ZOHOR dan menunaikan MAGHRIB dengan ISYAK dalam waktu MAGHRIB.
JAMAK TAKHIR :-Menghimpunkan dua solat dalam waktu KEDUA
iaitu menunaikan ZOHOR dengan ASAR di waktu ASAR dan menunaikan MAGHRIB dengan ISYAK dalam waktu ISYAK.
SYARAT-SYARAT SOLAT JAMAK
JAMAK TAQDIM JAMAK TAKHIR
1. Dimulakan dengan solat waktunya terdahulu iaitu : ZOHOR & MAGHRIB.
1. Berniat akan melakukan JAMAK TAKHIR dalam waktu pertama : ZOHOR / MAGHRIB)
* Berniat akan menunaikan Zohor @ Maghrib pada waktu Asar @ Isyak.2. Berniat JAMAK dalam solat
yang PERTAMA
-ertinaya berturut مواالة .3
turutan pada kedua-dua solat tersebut. 2. Masih dalam perjalanan
sehingga kedua-dua solat selesai ditunaikan.4. Perjalanan masih berterusan
sehingga masuk waktu ke solat kedua.
SYARAT-SYARAT SOLAT QASAR
1.Hendaklah melepasi kawasan tempat tinggal @ bermukim
2. Tidak niat bermukim melebihi 4 hari termasuk perjalanan pergi dan balik
3. Tidak berimam dengan imam yang sempurna RAKAAT nya.
4. Masih dalam keadaan musafir ketika mengerjakan solat QASAR
CARA-CARA MENUNAIKAN SOLAT JAMAK QASAR DAN JAMAK TAQDIM
Berniat JAMAK ketika solat PERTAMA. Contohnya :
1. Lafaz Niat SOLAT JAMAK TAQDIM & QASAR antara fardhu ZOHOR dan ASAR. (m/s 148)
2. Lafaz niat SOLAT JAMAK TAQDIM & QASAR antara fardhu MAGHRIB dan ISYA. (m/s 148)
Didahulukan solat waktunya TERDAHULU daripada solat yang KEDUA.
Mesti berturutan iaitu setelah menunaikan solat PERTAMA, terus menunaikan solat yang ke dua.
CARA-CARA MENUNAIKAN SOLAT JAMAK QASAR DAN JAMAK TAKHIR
Berniat JAMAK ketika solat PERTAMA. Contohnya :
1. Lafaz Niat SOLAT JAMAK TAKHIR & QASAR antara fardhu ASAR dan ZOHOR. (m/s 149)
2. Lafaz niat SOLAT JAMAK TAQDIM & QASAR antara fardhu ISYA dan MAGHRIB. (m/s 149)
Berkekalan masa musafir sehingga selesai SOLAT yang KEDUA.
HIKMAH PENSYARIATAN SOLAT QASAR & JAMAK
Memberi keringanan kepada ummat islam untuk menunaikan solat fardhu ketika dalam perjalanan dengan mudah dan senang.
Tanda kasih sayang Allah kepada ummat Nabi Muhammad s.a.w.
Supaya dapat melaksanakan fardhu solat yang begitu penting dan tidak boleh ditinggalkan walau apa keadaan sekalipun.
Menggalakkan ummat islam bermusafir dan berjalan di muka bumi Allah ini untuk menjalankan kehidupan dengan lebih sempurna.
LATIHAN ULANGKAJI
Berikan pengertian RUKHSAH SOLAT dengan jelas.
Nyatakan 3 syarat-syarat perjalanan yang diharuskan menunaikan solat dengan cara Qasar dan Jamak.
Terangkan 3 syarat sah Solat Jamak Taqdim dan 2 syarat sah Jamak Takhir.
Tuliskan dalil yang menunjukan keharusan beramal dengan solat Qasar dan Jamak.
Berikan 3 hikmah dari pensyariatan solat Qosar dan Jamak.
SEKIAN, TERIMA KASIH