12
Soalan 1 hingga Soalan 21
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
1
Bunga ros di hadapan rumah Azrul _____________ mekar.
A
Kembang
B
Kembangan
C
Berkembang
D
Mengembang
Soalan 2 berdasarkan gambar di bawah.
2
Arif dan adiknya sedang ___________________ cermin tingkap.
A
Menggilap
B
Menggosok
C
membasuh
D
mengelap
3
Hafis kelihatan ceria _____________ hadiah daripada ibunya
ketika sambutan hari lahirnya yang ke-12.
A
menadah
B
menerima
C
memberi
D
mengambil
Soalan 4 berdasarkan gambar di bawah.
4
Abang menarik ________________ tingkap biliknya setiap pagi.
A
bingkai
B
rangka
C
bidai
D
larai
5
Kaki budak itu _______________ kerana berdiri terlalu lama
semasa perhimpunan pagi.
A
lenguh
B
teguh
C
lemah
D
kaku
Soalan 6 berdasarkan di bawah.
6
Azlan __________________ sewaktu menunggang motosikal.
A
membongkok
B
membengkok
C
membelok
D
mendongak
7
Komputer peribadi milik Aqilah mempunyai _____________ yang
terkini.
A
rangkaian
B
laluan
C
model
D
perisian
8
Suraya seorang yang rajin membaca akhbar dan majalah .
________________, dia mempunyai pengetahuan yang luas.
A
Oleh kerana itu
B
Namun demikian
C
Oleh sebab itu
D
Sungguhpun begitu
Soalan 9 berdasarkan gambar di bawah.
9
Kakak ______________ air kolah menggunakan
__________________.
A
mengisi ... timba
B
membuang ... besen
C
menimba ... buyung
D
mencedok ... gayung
10
Pintu pagar rumah Izzati hanya _____________ dari jalan
utama.
A
satu setengah langkah
B
satu langkah setengah
C
setengah satu langkah
D langkah satu setengah
Soalan 11 berdasarkan gambar di bawah.
Gambar 4
11
Adik _____________ pada _____________ pintu rumah nenek.
A
bertaut ... galang
B
bergayut … selak
C
berpaut ... palang
D
bergantung … adang
12
Haikal berjaya menggondol pingat emas dalam pertandingan memanah
kerana semua _______________ panahnya menepati sasaran.
A
busar
B
busur
C
baur
D
sulur
13
Cikgu Fauziah menghantar kerja kursusnya untuk dicetak di
_______________ semalam.
A
Kedai Mencetak Rahman
B
Kedai Pencetak Rahman
C
Kedai Pencetakan Rahman
D
Kedai Percetakan Rahman
14
Husin menggunakan pisau tajam untuk _____________ daging paha
kerbau.
A
melapah
B
mengoyak
C
menyiang
D
menyiat
Soalan 15 berdasarkan gambar di bawah.
15
Kepala Jailani _______________ pada sofa kerana terlalu
letih.
A
tersandar
B
terletak
C
terlentok
D
terhantuk
16
Pak Harun menyara hidupnya dengan menganyam _________________
rotan
dan menjualnya di pasar tani setiap minggu.
A
rehal
B
andang
C
sumbu
D
lekar
17
Mak Timah membeli dua ____________ lemang dan dua _____________
kuih bingka ubi di pasar malam.
A
keping …. hiris
B
kerat …. buah
C
batang .… buku
D
batang .… potong
18
Walaupun tiang layar kapal Azhar patah, namun _____________
masih dapat meneruskan pelayarannya.
A
dia
B
kita
C
anda
D
mereka
19
Puan Amirah sangat bangga kerana menerima ____________ daripada
tuanku sempena hari keputeraan Sultan Kelantan.
A
Piala Pusingan
B
Pingat Kebesaran
C
Piala Iringan
D
Pingat Kemenangan
Soalan 20 berdasarkan gambar di bawah.
20
Zahir _________________ ketika tidur.
A
mengiring
B
meniarap
C
menelentang
D
menelungkup
21
Pak Mus yang _______________ itu sangat disenangi oleh penduduk
kampung kerana suka menderma.
A
tangkai jering
B
ringan tangan
C
murah hati
D
mulut manis
22
Ayah sedang membetulkan tali ampaian di belakang rumah kerana
sudah kendur.
Perkataan seerti bagi kendur ialah
A
lembut
B
tegang
C
regang
D
lentur
Soalan 23 berdasarkan gambar di bawah.
Pilih jawapan yang betul bagi ayat yang diberikan.
Ingat pesan saya, Aziz. Jangan datang lewat lagi selepas
ini.
23
A
Ingat, tuan. Saya berjanji tidak akan datang lagi.
B
Maaf, tuan. Saya tidak akan mengulangi kesilapan yang sama.
C
Baik, tuan. Saya akan ingat semua pesanan tuan.
D
Ya, tuan. Saya akan datang lewat lagi.
Soalan 24 dan Soalan 25
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
24
Hujan lebat yang berterusan telah menyebabkan berlakunya tanah
runtuh.
A
Tanah runtuh menyebabkan hujan lebat yang berterusan.
B
Punca hujan lebat disebabkan oleh tanah runtuh sering
berlaku.
C
Tanah runtuh terjadi disebabkan oleh hujan lebat yang
berterusan.
D
Kejadian tanah runtuh dan hujan lebat berterusan terjadi.
25
“ Kita mesti makan makanan yang berkhasiat dan seimbang setiap
hari,” pesan Adila kepada adiknya Atirah.
A
Adila mengingatkan adik Atirah agar sentiasa memilih makanan
yang berkhasiat dan seimbang setiap hari.
B
Adila menasihati adiknya Atirah supaya makan makanan yang
berkhasiat dan seimbang setiap hari.
C
Adik Atirah dan Adila makan makanan yang berkhasiat dan seimbang
setiap hari.
D
Kakak Atirah sentiasa mengingatkan Adila agar makan makanan yang
seimbang dan berkhasiat setiap hari.
Soalan 26 dan Soalan 27
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan
betul.
26
I
Sendi bahunya selalu sakit.
II
Kabil membeli sendi pintu.
III
Penari zapin itu menunjukkan sendi tariannya.
IV
Kucing tua itu tidur berhampiran sendi rumah.
A
I dan II sahaja
B
I dan III sahaja
C
II dan IV sahaja
D
III dan IV sahaja
27
I
Budak-budak itu bermain di halaman rumah Pak Midun
II
Dia berjaya membaca novel itu hingga ke halaman terakhir..
III
Murid-murid kelas itu sedang melayari halaman web tentang
cakerawala
IV
Semua orang heboh bercerita tentang orang halaman di taman
perumahan itu.
A
I dan II sahaja
B
III dan IV sahaja
C
I, II, dan III sahaja
D
II, III dan IV sahaja
Soalan 28 hingga Soalan 30
Pilih ayat-ayat yang betul.
28
I
Komputer amat penting di zaman ini.
II
Semoga berjaya dalam peperiksaan nanti.
III
Pelajar mesti membaca surat khabar setiap hari.
IV
Banyak spesies rama-rama ditemui di hutan itu.
A
I dan II sahaja
B
III dan IV sahaja
C
I, II dan III sahaja
D
II, III dan IV sahaja
29
I
Budak kecil itu sudah pandai melukis poster.
II
Tabiat membaca masih kurang dalam kalangan pelajar sekolah.
III
Cikgu Mimi mengajar Bahasa Melayu di kelas tahun lima.
IV
Hanapiah menulis semula laporan itu pagi tadi.
A
I dan II sahaja
B
III dan IV sahaja
C
I, II dan III sahaja
D
I, III dan IV sahaja
30
I
Kakak menyirami bunga setiap petang.
II
Dia amat tertarik akan keindahan pantai Teluk Kemang.
III
Penyanyi itu duduk ketika mendendangkan lagu-lagu puisi.
IV
Sharini menunggu Dewi dari pukul lapan hingga pukul sepuluh
pagi.
A
I dan II sahaja
B
III dan IV sahaja
C
I, II dan III sahaja
D
II, III dan IV sahaja
Soalan 31 hingga Soalan 35
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya.
Kantan adalah sejenis tumbuhan herba yang banyak terdapat di
Malaysia. Nama botani bagi pokok kantan ialah Phaeomeria speciosa.
Pokok kantan dapat hidup subur di Malaysia kerana cuaca dan tanah
yang sesuai. Tumbuhan ini paling banyak ditemukan di kawasan Utara
Semenanjung Malaysia.
Batang pokok kantan boleh membesar sehingga 15 sentimeter ukur
lilit dan ketinggiannya sehingga lima meter. Daun-daun kantan
terdapat pada kiri dan kanan batang. Daun-daun itu memanjang
kira-kira 30 sentimeter lebih mengikut kesuburan pokok. Lebar
daunnya tiga sentimeter hingga lima sentimeter sahaja. Warna daun
kantan adalah hijau muda dan hijau tua. Daun pokok kantan berurat
selari.
Bunga kantan merupakan bahagian yang paling utama bagi pokok
kantan. Demikian juga dengan pucuk-pucuk buah yang separuh masak.
Ramai orang yang menanam kantan semata-mata untuk mendapatkan
bunganya. Bunga kantan berbentuk lonjong dan tirus meruncing ke
hujung seperti jantung pisang. Bunga kantan berwarna merah dan
kehijau-hijauan pada bahagian bawahnya.
Orang Melayu masa kini menjadikan bunga kantan sebagai salah
satu bahan penting dalam resipi masakan mereka terutama dalam
penyediaan kuah laksa. Kebanyakan masyarakat di negeri Pahang
menjadikan bunga kantan sebagai perencah penting dalam menyediakan
gulai ikan patin. Selain itu, bunga kantan dijadikan sebagai
sayur-sayuran. Aroma bunga kantan adalah sebab utama ia dijadikan
pilihan dalam campuran masakan. Bunga kantan juga mempunyai khasiat
yang tinggi dalam bidang perubatan tradisional.
31
Kantan adalah sejenis …
A
tanaman hiasan
B
pokok bunga
C
sayur-sayuran
D
pokok herba
32
Pokok kantan banyak terdapat di negeri …
A
Kedah dan Perlis
B
Selangor dan Perak
C
Terengganu dan Kelantan
D
Negeri Sembilan dan Melaka
[ Lihat sebelah
SULIT
33
Bahagian yang paling penting bagi pokok kantan dalam masakan
ialah ...
A
batang
B
daun
C
bunga
D
urat
34
Perkataan resipi dalam petikan bermaksud…
A
bahan
B
ramuan
C
adunan
D
campuran
35
Pernyataan di bawah semuanya benar kecuali
A
Bunga kantan boleh dijadikan sebagai sayur-sayuran.
B
Pokok kantan hidup subur kerana cuaca dan tanah yang sesuai.
C
Daun kantan panjang dan berada di bahagian bawah batang.
D
Bau bunga kantan penyebab utama sebagai pilihan dalam
masakan.
Soalan 36 hingga Soalan 40
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan
berikutnya.
Persatuan Penduduk Taman Harmoni,
72000 Kuala Pilah,
Negeri Sembilan Darul Khusus.
Yang Dipertua,
Majlis Daerah Kuala Pilah,
72000 Kuala Pilah,
Negeri Sembilan Darul Khusus. 22 JANUARI 2012.
Tuan,
Aduan Penyelenggaraan Taman Harmoni
Dengan segala hormantnya saya merujuk kepada perkara di
atas.
2. Saya mewakili penduduk taman ini ingin memaklumkan kepada
tuan tentang penyelenggaraan taman perumahan ini. Untuk pengetahuan
tuan, keadaan longkang di kawasan taman ini tersekat aliran airnya.
Keadaan ini berpunca daripada takungan air di kolam utama tidak
mampu untuk menampung limpahan air terutama pada musim hujan. Ini
menyebabkan kawasan air yang bertakung menjadi tempat pembiakan
nyamuk. Kami mulai bimbang kerana beberapa orang penduduk taman ini
telah diserang demam denggi. Petugas Pejabat Kesihatan telah
beberapa kali datang membuat penyemburan racun, namun perkara ini
masih belum dapat diatasi.
3. Untuk pengetahuan tuan juga, tong sampah di hadapan rumah
juga tidak diselenggara dengan baik. Mengikut perjanjian
penyelenggaraan, sampah akan dikutip tiga kali seminggu. Namun,
kini sampah dikutip hanya sekali seminggu. Ini membuatkan timbunan
sampah yang menjijikkan. Perkara ini boleh mengundang bahaya
terutama penyakit bawaan vektor seperti denggi dan chikungunya.
Kami telah menghubungi pihak yang bertanggungjawab dan jawapan yang
diberikan ialah kakitangan tidak mencukupi untuk penyelenggaraan
sampah ini. Bagi kami perkara ini tidak sepatutnya berlaku.
4.Sekian untuk makluman tuan. Saya amat berharap agar pihak tuan
dapat menyelesaikan masalah ini secepat mungkin.
Sekian, terima kasih.
[ Lihat sebelah
SULIT
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Yang menjalankan tugas,
Hashim .
…………………………………
( HASHIM BIN ABDULLAH )
Setiausaha,
Persatuan Penduduk Taman Harmoni.
36
Siapakah yang menulis surat di atas?
A
Setiausaha Persatuan Penduduk
B
Penduduk taman perumahan
C
Yang Dipertua Majlis Daerah
D
Pengerusi Persatuan Penduduk
37
Penyakit demam denggi disebabkan oleh…
A
takungan air
B
gigitan nyamuk
C
longkang tersumbat
D
timbunan sampah sarap
38
Perkataan diselenggara dalam petikan bermaksud …
A
dibuat
B
diurus
C
diselia
D
dilaksana
39
Frasa pihak yang bertanggungjawab dalam petikan merujuk kepada
…
A
Penduduk Taman Harmoni
B
Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Pilah
C
Persatuan Penduduk Taman Harmoni
D
Majlis Daerah Kuala Pilah
40
Pernyataan di bawah adalah benar kecuali
A
sampah di taman itu dikutip tiga kali seminggu.
B
aliran air longkang tersekat akibat sampah sarap.
C
penduduk diancam penyakit demam denggi jika masalah
dibiarkan.
D
Majlis Daerah Kuala Pilah menghadapi masalah kekurangan
kakitangan.
KERTAS SOALAN TAMAT
GR/SKND