PAGE
Set Soalan Sekolah Kebangsaan
Bahasa Melayu ( Pemahaman )Soalan 1 hingga Soalan 20
Isikan tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan
yang paling sesuai.
1 " Bagaimanakah perkara itu boleh berlaku ? Katakanlah kepada
_______ kata Hang Tuah
kepada Bendahara Melaka.
A kita B hamba C kami
D patik
Soalan 2 berdasarkan Gambar 1
Gambar 1
2 Kakak sedang ______________air di atas pokok bunga kertas yang
baru ditanamnya itu.
A merenjis
B menuang
C menyiram
D menakung
3 Pak Tam sudah berusia lanjut. _____________, dia masih turun
ke laut untuk menangkap ikan.
A Namun demikian
B Di samping itu
C Tambahan pula
D Walhal
4 Sawah padi di kawasan itu menjadi ___________________kerana
musim kemarau yang
berpanjangan.
A panas
B tohor
C keruh
D tandus
5 ____________ jenis sukan yang abang gemari ialah permainan
badminton dan pingpong.
A Di antara
B Antara
C Seperti
D Umpama
6 Amboi, ________ tinggi sekali bangunan di atas puncak bukit
itu ! kata Hisham.
A paling B terlalu
C nian D amat
7 __________ riangnya Nordin melihat kepulangan abangnya
sekeluarga dari luar negara.
A Agak
B Sering
C Betapa
D Demikian
Soalan 8 berdasarkan Gambar 2.
Gambar 2
8 Encik Zainuddin hendak ________ bayaran bil elektrik dan bil
astro di pejabat pos.
A jelas
B menjelas
C memperjelas
D menjelaskan
9 Azmi menyimpan ____________ daripada wang belanja sekolahnya
untuk membeli
buku rujukan itu.
A sebahagian
B seluruh
C setiap
D semua
10 Ujian lisan diadakan untuk menguji _______________
murid-murid berkomunikasi.
A kepantasan
B kefasihan
C kemahiran
D kecepatan
Soalan 11 berdasarkan Gambar 3
Gambar 3
11Budak lelaki itu sedang ________ jambatan gantung di kawasan
hutan rekreasi itu.
Amenjalani
Bmerentasi
C mendaki D mengharungiSoalan 12 berdasarkan gambar 4
Gambar 4
12 Muka adik yang ___________kerana terkena dakwat pen
menyebabkan ayah tidak jadi
memarahinya. A coreng-moreng
B herot-berot
C calar-balar
D kusut-masai
13 Pihak sekolah akan mengadakan sesi ______________ untuk
memilih pelajar sebagai
pengawas.
A temu duga
B ramah mesra
C tegur sapa
D temu bual
14 Kamariah mendapat kad undangan ke majlis hari jadi
____________ rakannya _________
minggu lepas.
A dari ... di
B dari ... pada
C daripada ... di
D daripada ... pada
15 Gadis itu tersenyum __________ berkata, Jemputlah makan kuih
yang terhidang itu.
A lalu
B sambil
C dengan
D malahan
16 Semasa bergotong-royong membersihkan kawasan persekitaran
sekolah, janganlah
pula ada yang mengambil kesempatan untuk __________.
A muka tembok B curi tulang
C mandi peluh D langkah kiri17 Penduduk di kampung itu saling
bekerjasama apabila melakukan sesuatu pekerjaan
_____________________
A seperti kerbau dicucuk hidung
B seperti cincin dengan permata
C seperti isi dengan kuku
D seperti aur dengan tebing
18 Se ___________ durian mengandungi tiga ___________ isi
sekurang-kurangnya.
A biji ... pangsa
B ulas ... pangsa C biji ... ketul
D buah ... biji
Soalan 19 dan Soalan 20 berdasarkan Gambar 5
Gambar 5
19 Sungai itu telah ___________ akibat sikap segelintir manusia
yang tidak bertanggungjawab.19
A dicemar
B dicemarkan
C tercemar
D mencemarkan
20 Perkataan berlawan bagi situasi seperti gambar di atas ialah
__________.
A lesu
B kotor
C indah
D bersih
Soalan 21 23
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan
betul.
21A
Dia adalah Pengurus Projek Kondominium Mewah itu.
B
Kebakaran itu ialah berpunca daripada litar pintas elektrik.
C
Adalah dimaklumkan bahawa pejabat kami akan ditutup esok.
D
Permainan video itu ialah hadiah istimewa ayah kepada adik
saya.
22 I Adakah awak mempercayai kewujudan makhluk asing ?
II Pelancong asing tertarik akan keindahan negara kita.
III Ibu membeli telur asing di kedai runcit itu.
IIV Haikal asing semasa berada di sana.
A I dan II sahaja
B II dan III sahaja
C I , II dan III sahaja
23D II, III dan IV sahaja
I Sikap kepala besar adalah punca dia disisih oleh
rakan-rakannya.
II Duta Besar Mesir itu telah bertugas di Malaysia sejak dua
tahun yang lalu.
III Kapur batu merupakan bahan utama untuk membuat batu marmar
dan simen.
IV Pita suara itu merupakan satu daripada bahan bukti kes pecah
amanah tersebut.
A I dan II sahaja
B II dan IV sahaja
C I , II dan III sahaja
D II, III dan IV sahaja
Soalan 24 berdasarkan Gambar 6
Pilih ayat tanya yang paling sesuai bagi jawapan yang
diberikan.
Gambar 6
24 A Di manakah Mak Cik Siti membeli kuih itu?
B Siapakah yang memberikan kuih itu kepada kamu?
C Bilakah Mak Cik Siti memberikan kuih itu kepada kamu?
D Mengapakah Mak Cik Siti memberikan kuih itu kepada kamu?
Pilih jawapan yang paling sesuai bagi ayat tanya yang
diberikan.
25 Sudah berapa lamakah pak cik bergiat dalam bidang pertanian
ini?
A Sudah lima tahun keluarga saya mendorong saya bergiat dalam
bidang pertanian ini.
B Saya akan bergiat dalam bidang pertanian ini selama lima tahun
lagi.
C Sejak dahulu lagi saya berminat dalam bidang pertanian
ini.
D Sepanjang yang saya ingat, sudah hampir lima tahun.
Soalan 26 - 27
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
26 Lagu yang dinyanyikan oleh Saloma itu dicipta oleh Ramli.
A Ramli telah mencipta lagu nyanyian Saloma itu.
B Lagu ciptaan Saloma telah dinyanyikan oleh Ramli.
C Saloma telah merakamkan lagu yang dicipta oleh Ramli.
D Ramli telah mencipta Saloma sebagai penyanyi terkenal.
27
Nani, kalau awak ke pasar raya, belikan saya ubat gigi, kata
Hasni kepada Nani.
ANani hendak ke pasar raya jika Hasni memesan ubat gigi.
BHasni hendak membeli ubat gigi jika Nani pergi ke pasar
raya.
CHasni meminta Nani membelikannya ubat gigi jika dia ke pasar
raya.
DNani meminta Hasni membelikannya ubat gigi jika dia pergi ke
pasar raya.
Soalan 28 - 30
Pilih ayat yang betul.
28 I Ayah menghadiahkan seutas rantai emas kepada ibu.
II Pihak polis telah berjaya memberkas perompak itu.
III Undang-undang lalulintas patut dituruti oleh kita.
IV Pemuda itu hampir terjatuh apabila terpijak kulit pisang.
A I, II dan III sahaja.
B I, II dan IV sahaja
C I, III dan IV sahaja
D II, III dan IV sahaja
29 I Baju adik sesuai dipakai oleh saya.
II Ruang dapur rumah Faris akan diperluas.
III Siri kartun Keluang Man memang saya minati.
IV Kad jemputan ke majlis itu telah saya berikan pada Cikgu
Azizah.
A I dan II sahaja
B I dan III sahaja
C II dan III sahaja
D III dan IV sahaja
30 I Siapa-siapa yang mengoyakkan buku cerita ini mestilah
membayar ganti rugi.
II Banyak kuih-muih yang terhidang itu dibuat oleh Hasnah.
III Pohon kelapa itu tumbang lalu menghempap pondok itu.
IV Bila kami sampai di sana, kami pun terus berenang.
A I dan III sahaja
B I dan IV sahaja
C II dan III sahaja
D II, III dan IV sahaja.
Soalan 31 - 35
Baca petikan di bawah kemudian jawab soalan-soalan berikut.
Terdengar loceng jam berdering, Khairul segera bangun. Dia terus
mengemas bilik
tidur lantas membersihkan diri dan bersedia untuk solat. Di
dapur, ibunya sedang
menyediakan sarapan untuk mereka sekeluarga. Semasa bersarapan,
tiba-tiba Khairul
bertanya, Ibu, boleh Khairul membeli pakaian sukan yang baharu?
Dia menoleh ke arah
ibu memohon persetujuan. Ibu fikir tak perlu, nak. Baju sukan
tahun lepas masih elok lagi.
Kita perlu berhemah untuk berbelanja. Kita juga harus melihat
kemampuan kita
dalam berbelanja, jelas ibunya.
Khairul akur dengan arahan ibunya. Dia terus melakukan tugasan
rutinnya membantu ibu mengikat sayur-sayuran yang telah dipetik
petang semalam. Selepas ini, dia akan menuntun basikal yang sarat
dengan sayuran itu bersama ibunya ke pasar tani.
Puan Mariah sentiasa melatih anak-anaknya agar berdikari. Puan
Mariah mahu
anak-anaknya faham erti kepayahan hidup. Walaupun bergelar ibu
tunggal, Puan Mariah
tidak pernah menagih simpati daripada sesiapa. Ada sahaja kerja
yang dilakukan untuk
menambah pendapatan keluarganya.
Ketiga-tiga anaknya ringan tulang dan sentiasa membantu ibu
mereka. Beliau amattegas dalam mendidik anak-anak. Baginya,
disiplin mampu membentuk keperibadian mereka. Kerja sekolah
anak-anaknya sentiasa dipantau bagi memastikan mereka
menyiapkannya.
Hasilnya, anak-anaknya sentiasa cemerlang dalam pelajaran. Puan
Mariah bersyukur atas
rahmat kurniaan Allah ini.
31Ibu Khairul tidak bersetuju membeli baju sukan yang baharu
kerana ____________.
AKhairul tidak cukup wang
Bbaju Khairul masih boleh digunakan
CPuan Mariah ibu yang berhemah tinggi
DKhairul suka membazirkan wang simpanan32Kita juga harus melihat
kemampuan kita dalam berbelanja, jelas ibunya.
Petikan di atas bersesuaian dengan peribahasa ini.
ABagaimana acuan begitulah kuihnya.BSeperti ayam disambar
helang.CUkur baju di badan sendiri.
DBagai api dalam sekam.
33Yang berikut ialah sikap ibu Khairul kecuali
___________________.
Ategas
Cberdikari
Bgarang
Dberdisiplin
34Perkataan rutin bermaksud_____________.
Alazim
Csesekali
Bharian
Dkeperluan
35Pernyataan berikut benar tentang anak-anak Puan Mariah.
AKesemua anaknya mementingkan diri sendiri.
BSentiasa menagih simpati dan bantuan orang ramai.
CRajin membantu untuk meringankan beban ibu mereka.
DGemar meminta sesuatu di luar kemampuan keluarganya.
Soalan 36 - 40
Baca petikan di bawah kemudian jawab soalan-soalan berikut.
Selasa, 30 Mac 2010
8.30 pagi
Sebelum sesi latihan dimulakan, ketua jurulatih negara memberi
taklimat untuk menaikkan semangat pemain-pemain negara. Latihan ini
dimulakan dengan cara memanaskan badan seperti berjoging keliling
gelanggang, tekan tubi, lari ulang-alik, dan lain-lain lagi.
9.00 pagi
Sesi latihan bermula. Pemain perseorangan dan pemain beregu
diasingkan. Untuk pemain perseorangan latihan lebih diberikan
kepada kepantasan membalas bola lawan. Latihan ini dikendalikan
oleh jurulatih kebangsaan negara iaitu Misbun Sidek. Bagi
pemain-pemain beregu pula, jurulatih kebangsaan memberi penekanan
kepada corak permainan berpasukan. Pemain-pemain beregu diajar cara
memukul bola bergilir-gilir. Hal ini perlu agar tidak berlaku
kekeliruan semasa menghadapi pihak lawan nanti.
12.00 tengah hari
Pemain-pemain berhenti rehat dan makan tengah hari. Sebelum
latihan diteruskan, kelemahan-kelemahan yang dilihat sewaktu
latihan mendapat teguran daripada jurulatih.
2.00 petang
Latihan disambung semula. Latihan kali ini tertumpu kepada
latihan menghadapi acara sebenar. Setiap pemain menjalani latihan
antara satu sama lain. Latihan tamat pada jam 4.00
petang.36Siapakah Misbun Sidek?
APemain beregu negara.
BPemain perseorangan negara.
CJurulatih pemain beregu negara.
DJurulatih pemain perseorangan negara.
37Pemain-pemain diperuntukkan waktu rehat selama berapa
lama?
A1 jam
C3 jam
B2 jam
D4 jam
38Sebelum sesi latihan bermula, pemain-pemain
Amendapat teguran jurulatih kerana kelemahan.
Bdiberi taklimat untuk menaikkan semangat.
Cmembuat latihan memanaskan badan.
Ddiberi taklimat oleh penolong jurulatih.
39Perkataan taklimat dalam petikan bermaksud
Apenerangan
Cpengumuman
Bpernyataan
Dpemberitahuan
40Pilih pernyataan yang tidak benar tentang petikan.
A Pemain beregu diberi penekanan kepada corak permainan.
BPemain perseorangan dan pemain beregu diasingkan sewaktu
latihan
CPemain perseorangan diberi penekanan kepada latihan kepantasan
membalas bola lawan.
DSelepas sesi latihan, Misbun Sidek memberikan taklimat untuk
menaikkan semangat pemain-pemain negara.
- KERTAS SOALAN TAMAT SKEMA PEMARKAHAN PEMAHAMAN 1. B 11. B 21.
D 31. B
2. C 12. A 22. A 32. C
3. A 13. A 23. B 33. B
4. D 14. D 24. B 34. A
5. B 15. A 25. D 35. C
6. D 16. B 26. A 36. D
7. C 17. D 27. C 37. B
8. D 18. A 28. B 38. B
9. A 19. C 29. C 39. A
10. C 20. D 30. A 40. D
Jadual Spesifikasi Ujian No.
Soal-an
KonstrukPengetahuanPemahamanAplikasiAnalisisJumlah
RSTRSTRSTRST
1KATA GANTI NAMA DIRI11
2KATA KERJA11
3PENANDA WACANA11
4KATA ADJEKTIF11
5KATA SENDI NAMA11
6KATA PENGUAT11
7KATA KETERANGAN11
8IMBUHAN11
9KATA ADJEKTIF 11
10IMBUHAN AWALAN DAN AKHIRAN 11
11KATA KERJA 11
12KATA GANDA 11
13KATA MAJMUK11
14KATA SENDI NAMA11
15KATA HUBUNG11
16SIMPULAN BAHASA11
17PRIBAHASA11
18PENJODOH BILANGAN11
19IMBUHAN11
20ANTONIM11
21KATA PEMERI11
22KATA BANYAK MAKNA11
23KATA MAJMUK11
24SOALAN YANG BETUL11
25JAWAPAN YANG BETUL11
26AYAT SAMA MAKSUD11
27AYAT SAMA MAKSUD11
28AYAT YANG BETUL11
29AYAT YANG BETUL11
30AYAT YANG BETUL11
31SOALAN PETIKAN 111
32SOALAN PETIKAN 111
33SOALAN PETIKAN 111
34SOALAN PETIKAN 111
35SOALAN PETIKAN 111
36SOALAN PETIKAN 211
37SOALAN PETIKAN 211
38SOALAN PETIKAN 211
39SOALAN PETIKAN 211
40SOALAN PETIKAN 211
JUMLAH168644240
11